Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri
Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu.
Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan
media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa
dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri
Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.
Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu
dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di
Perlis.
Namun, sumber-sumber dari Kedah
mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak
terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah. Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak
mengikut jadual perjalanan untuk ‘pekena’ laksa Kuala Kedah atau Mee Abu,
bolehlah kita berkata ‘ada ku kesah?’
Tetapi, bila khabar yang diterima
menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula
merasa curiga, hairan, serta marah.
Jika ini benar, kita marah kerana tindakan
ini jelas menunjukkan bahawa Singapura telah dengan sengaja menunjuk sikap
tidak menghormati hubungan diplomatik antara kerajaan dua negara dengan mengunjungi
pusat pentadbiran parti pembangkang Malaysia.
Kita juga merasa hairan kenapa PAS
membenarkan ini berlaku. Sedangkan umum
tahu sejarah antara Singapura VS Malaysia atau Lee Kwan Yew VS Tunku/Tun
M/Melayu yang penuh dengan prasangka serta tidak pernah selesa. Sifat kiasu Singapura yang enggan mengalah,
enggan mengaku salah dan tidak boleh bertolak ansur dalam apa jua perkara
membuatkan hubungan antara dua negara ini tegang. Walaupun tegang tetapi tetap tenang kerana
sifat pemimpin Malaysia yang cukup sabar dan berhemah dalam menangani karenah
kiasu mereka.
Siapa tidak tahu dendam dan impian Lee Kwan
Yew untuk mengCinakan Malaysia sepertimana yang dilakukannya di Singapura. Lee Kwan Yew juga tidak pernah berselindung
tentang pendiriannya yang menganggap Islam itu sebagai penghalang perpaduan dan
telah membuat kenyataan menyeru orang Islam agar tidak terlalu berpegang kepada
agama agar lebih mudah untuk bercampur dan bermasyarakat.
Dan siapa tidak tahu hubungan ‘abang-adik’
PAP dengan DAP. Dikhabarkan juga bahawa
Lim Guan Eng memiliki sebuah pejabat di Singapura dan hampir setiap minggu akan
ke sana. Untuk apa? Apa agendanya? Apakah Pulau Pinang sebuah negeri di bawah
jajahan Malaysia atau Singapura? Semua
ini masih lagi menjadi tandatanya dan masih belum terjawab.
Kini dengan lawatan pihak kerajaan
Singapura ke Pusat PAS kita tertanya-tanya lagi tidak cukupkah DAP sebagai adik
kandung dan kini PAP ingin mengambil PAS sebagai adik angkat pula?
Rasa curiga kita terhadap Singapura dan PAS
bukanlah tidak berasas. Kita tahu
pilihanraya semakin hampir dan Kedah adalah negeri yang menuju muflis di bawah
pimpinan PAS. Tidak mustahil jika
lawatan Singapura itu membawa niat untuk ‘membantu’ adik-angkatnya di
Kedah. Bantuan yang ditawarkan boleh
jadi dalam bentuk ‘pelaburan’ melalui ‘kerjasama’.
Justeru, persoalannya sekarang sejauh
manakah kebijaksanaan kepimpinan PAS Kedah untuk membaca yang tersirat, yang
tersurat serta mencongak-congak angka, kesan dan akibat jika mereka menerima
‘pelaburan’ dan ‘kerjasama’ dengan Singapura?
Kebimbangan kita ini juga bukannya tidak
berasas kerana kita cukup maklum dengan tahap ‘kebijaksanaan’ pemimpin-pemimpin
PAS apatah lagi bila berhadapan dengan orang luar atau bangsa lain. Pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Ustaz Azizan
bukannya pernah terdedah dengan persaingan dengan bangsa lain dan tidak punya
pengalaman untuk menangani manipulasi, jauh sekali memahami agenda mereka.
Kerana itu, kita bimbang Kedah akan ditimpa
nasib seperti Kelantan di mana tanah-tanah rizab Melayu habis tergadai ke
tangan orang akibat ‘kebijaksanaan’ pemimpinnya.
Ustaz Azizan harus menjawab segala
kemusykilan rakyat mengenai lawatan Singapura ke Pusat Pentadbiran PAS Kedah
ini. Jika tidak benar, katakan tidak
benar. Jika benar, katakanlah kenapa.
Rakyat ada hak untuk mendapat penjelasan
bagi menghapuskan segala kemusykilan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan