Rakyat Malaysia sudah muak dengan alasan yang diberikan Anwar setiap kali pendakwaan mahkamah dilakukan terhadapnya.
Pemecatan beliau oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dikatakan 'konspirasi politik peringkat tertinggi'.
Begitu juga dakwaan liwat, pertama kali 14 tahun lalu dan kali kedua pada 2008, juga dianggap 'konspirasi' untuk menyekat impian Anwar ke Putrajaya.
Malah bagi mengguatkan lagi hujah mereka, maka diseret pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa seperti Human Rights Watch untuk membuat menyokong Bersih 3.0 serta menghentam kerajaan.
Begitulah sifat dan perangai pimpinan pembangkang terutamanya Anwar dan kuncu-kuncunya yang sentiasa bergantung atas sokongan NGO dari Amerika Syarikat mahupun Eropah untuk mengabsahkan segala tindak tanduk politik mereka, walaupun perbuatan itu secara terang melanggar undang-undang negara ini.
Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya mahu dilihat bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja untuk menentang kerajaan tanpa apa-apa sekatan perundangan.
Ini termasuklah mengadakan siri ceramah tanpa permit sesuka hati mereka di seluruh negara serta menganjurkan perhimpunan yang berakhir dengan rusuhan.
Di dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, bukan sahaja ramai peserta, malah petugas media serta anggota polis yng menjalankan tugas mereka turut tercedera.
Ini semuanya angkara Anwar yang dilihat di dalam paparan video memberi arahan supaya peserta merempuh halangan untuk menceroboh Dataran Merdeka yang sudahpun diisytiharkan sebagai zon larangan.
Begitu juga penganjur utamanya, Ambiga Sreenevasen seorang peguam kanan yang sepatutnya arif mengenai undang-undang tetapi bertindak lebih sebagai pemimpin pembangkang.
Pembangkang berfikir mereka bebas dari segala dosa dan kesalahan, justeru itu juga bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang tindakan undang-undang.
Malah mereka memperlecehkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diluluskan untuk menangani antara lain penganjuran serta protes jalanan seperti Bersih 3.0.
Tindakan kerajaan mendakwa Anwar, Azmin dan lain-lain pemimpin pembangkang dalam isu ini patut dipuji dan dihargai.
Ia menunjukkan dalam hal menjaga keselamatan awam dan negara, kerajaan bersikap tegas dan tidak memilih bulu.
Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tidak kira apa kedudukan mereka dalam masyarakat, hatta Ketua Pembangkang sekali, tidak bebas melakukan perkara yang menodai kesucian perundangan negara.
Samada Anwar dan Azmin bersalah atau tidak, terpulang kepada kebijaksanaan mahkamah menentukan berdasarkan hujah dan bukti sediada.
Bak kata pepatah Melayu, siapa yang termakan cili, dialah yang merasa pedasnya atau dalam lingo anak-anak muda, 'sendiri buat sendiri tanggung'.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan