27 Nov 2013

Akhirnya Hadi Setuju Muzakarah Dengan Umno


Ramai yang seakan tidak percaya dengan kenyataan, Presiden Pas, Abdul Hadi Awang yang bersetuju untuk bermuzakarah dengan Umno. Ini kerana, umum mengetahui bagaimana sikap bekas Menteri Besar Terengganu itu yang begitu sinikal dengan Umno tiap kali timbulnya idea untuk bermuzakarah.
 
Hadi ketika menyampaikan ucapan penangguhan Muktamar parti sebelum ini berkata, Pas sedia bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan pentadbiran berasaskan ajaran Islam di negara ini. Menurut Hadi kesediaan Pas itu dizahirkan daripada kepakaran pemimpin parti tersebut yang menguasai pelbagai bidang profesional seperti undang-undang, ekonomi dan penguatkuasaan.
 
"Pas bersedia untuk bermuzakarah dengan UMNO dalam usaha pelaksanaan Islam. Media, siarkanlah perkara ini. InsyaAllah ulama-ulama kita akan turun. Kita ramai ahli-ahli (pelbagai bidang), dia (UMNO) hendak yang tua pun ada, muda pun ada."
 
"(Marilah) Kita bersatu atas Islam, satu bahtera, kiblat kita satu, tidak banyak kiblat kita, kiblat kita kiblat Islam dalam masyarakat majmuk," katanya.
 
Manakala Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata semalam, UMNO bersikap terbuka berhubung hasrat Pas bermuzakarah dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan umat Islam. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan, UMNO perlu meminta penjelasan lanjut daripada Pas berhubung skop muzakarah yang mahu dilaksanakan.
 
"Saya akan berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan (Datuk Ahmad Yaakob) tidak lama lagi sebab beliau sudah minta untuk berjumpa saya mengenai perkara ini (muzakarah)," katanya.
 
Ramai pemerhati politik, melihat idea ini ditimbulkan kembali ekoran dari keputusan pemilihan Muktamar Pas yang diadakan sebelum ini. Keputusan pemilihan itu menyaksikan kumpulan ulama hanya mampu mengisi 9 tempat daripada 18 Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat.
 
Malah kemenangan besar kumpulan Liberal yang mengalahkan calon-calon kumpulan Ulama Pas itu dilihat bakal menyukarkan parti itu untuk terus relevan di hati masyarakat Melayu dan Islam di masa akan datang.
 
Di tambah pula dengan desakan dan tekanan parti 'Ultra Kiasu' DAP dan PKR yang dilihat semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini terutama yang melibatkan isu-isu yang berkaitan agama Islam. Tambah membimbangkan mereka, apabila ada di kalangan pemimpin Pas yang dilihat bersetuju dengan desakan dan tekanan yang diberikan itu.
 
Sehinggakan ada yang merasakan, Pas tidak lebih hanya merupakan kuda tunggangan DAP untuk terus melebarkan kuasa politik perkauman mereka di samping merealisasikan impian Anwar untuk bergelar Perdana Menteri. Semua ini dilihat akan menjadi punca undi masyarakat Islam dan Melayu semakin mengecil kepada parti yang menggunakan nama Islam itu.
 
Sebagai contoh, analisa PRU13 yang dijalankan jelas membuktikan, undi orang Islam dan Melayu terhadap Pas semakin merosot. Selain gagal mempertahankan Kedah, Pas hanya mampu peroleh 21 kerusi Parlimen serta hilang lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan, iaitu daripada 37 kerusi kepada 32 kerusi DUN.
 
Malah beberapa pemimpin tertinggi parti itu juga tewas kepada BN termasuk Timbalan Presidennya Mohamed Sabu di Kedah, Naib Presiden Salahuddin Ayub di Johor dan seorang lagi Naib Presiden Datuk Husam Musa di Putrajaya.
 
PRU13 juga menyaksikan Pas kalah 52 kerusi daripada 73 kerusi Parlimen yang ditandinginya dengan memperoleh 21 kerusi Parlimen. Ia sekali gus memperlihatkan kemerosotan parti itu berbanding pada 2008 apabila Pas hanya kalah di 43 kerusi daripada 66 kerusi Parlimen yang ditandinginya dan memperoleh 23 kerusi.
 
Terbaru, ketika PRK Sungai Limau walaupun berjaya mengekalkan penguasaan, namun kemerosotan majoriti jelas ketara apabila calon Pas, hanya mampu memperoleh majoriti sebanyak 1,084.  Calon parti itu Mohd. Azam Abd. Samat mendapat 12,069 undi manakala calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim memperoleh undi 10,985.
 
Jumlah undi majoriti yang diperolehi Pas dilihat merosot jika dibandingkan dengan majoriti yang diperoleh bekas ADUN Pas Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Aziz berjumlah 2,774 undi. Pada pilihan raya itu, Allahyarham Azizan memperoleh 13,294 undi berbanding lawannya daripada BN, Mohd. Fadzillah Mohd. Ali yang memperoleh 10,520 undi.
Kesimpulannya idea muzakarah ini kembali dilaungkan, hanya apabila Pas merasakan ia bakal menyebabkan parti itu semakin tidak relevan. Ini kerana pada tahun lalu, Hadi dengan sombong dan bongkak telah menolak perlawanan untuk bermuzakarah dengan Umno sebaliknya memilih untuk berbincang dengan NGO.
 
Apa pun diharapkan agar Pas benar-benar ikhlas ingin mencari titik tengah bagi memartabatkan Islam di negara ini.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

19 Nov 2013

COMANGO Menentang Hak Asasi Agama


 
COMANGO atau Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia yang mencabar kerajaan berkenaan hak LGBT, murtad, dan nama Allah untuk kegunaan Kristian, semakin terserlah sebagai pejuang hak asasi yang hipokrit. 
 
Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor, Pengerusi Majlis Universiti Islam Malaysia pula menyifatkan perjuangan COMANGO sebagai keliru iaitu tidak dapat mendefinasikan 'hak asasi' dalam konteks yang tepat.  Hujah beliau, 'hak asasi' seharusnya meliputi hak asasi semua golongan dan semua perkara di dunia ini.   Bagaimanapun, COMANGO telah menyempitkan definisi 'hak asasi' dengan memilih hanya hak-hak yang kebetulan bertentangan dengan agama, terutamanya agama Islam sahaja. 
 
Bagi COMANGO, agama Islam telah menghalang kebebasan manusia untuk bertindak mengikut nafsunya. 
 
Secara dasarnya, bukan hanya agama Islam yang menentang LGBT tetapi semua agama-agama langit mengharamkannya. Seperti yang kita tahu, Vatican sendiri menyokong perjuangan kumpulan Kristian di negara-negara Eropah untukmenghalang pengiktrifan hak LGBT. 
 
Malangnya, ajaran Kristian mempunyai berbagai versi yang berbeza atau bertentangan antara satu sama lain mengikut tempat, citarasa dan juga 'kaum'. 
 
Jika Kristian di negara lain turut menentang terjemahan nama Tuhan di dalam Injil sebagai 'Allah', Kristian di Malaysia pula bermati-matian menuntut untuk menggunakan nama Allah di dalam risalah agama mereka.  Alasan yang diberi adalah, ia telah digunakan sekian lama di Sabah dan Sarawak. 
 
Perkara ini sebenarnya telah pun diputuskan di mahkamah iaitu pihak Kristian di Sabah dan Sarawak boleh meneruskan penggunaan nama Allah sepertimana kebiasaan mereka kerana yang dihalang oleh mahkamah hanyalah penerbitan The Herald yang menggunakan nama Allah untuk edaran di Semenanjung. 
 
Logik keputusan mahkamah ini ialah, sejak azali lagi, Kristian di Semenanjung tidak menggunakan nama 'Allah' di dalam risalah dan ceramah mereka dan ia tidak pernah menjadi masalah sebelum ini.  Entah kenapa akhir-akhir ini Kristian di Malaysia ingin menyebarkan nama 'Allah' di dalam ajaran mereka di sini tanpa memberikan alasan konkrit selain kerana ia telah lama digunakan di Sabah Sarawak. 
 
Jelas, ada pihak Kristian di Malaysia yang mempunyai niat jahat untuk memurtadkan umat Islam di Semenanjung melalui manipulasi halus. 
 
Sudah tentu sebagai sebuah negara Islam, kerajaan mempunyai hak untuk menggubal undang-undang yang menghalang umat Islam dari murtad atau dimurtadkan dengan sewenang-wenangnya. 
 
Oleh itu, tindakan COMANGO mencabar semua perkara ini membuktikan bahawa mereka adalah hipokrit terbesar yang sengaja ingin mencari masalah dengan umat Islam. 
 
Hakikatnya, apa yang dituntut oleh COMANGO samalah dengan menuntut agar kerajaan menukar perlembagaan yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi.  Selain itu, COMANGO sebenarnya menuntut agar sebahagian amalan Islam itu dilonggarkan atau ditolak dengan mengiktiraf hak kepada golongan songsang LGBT.  COMANGO juga ingin menafikan hak umat Islam untuk mempertahankan akidah saudara-saudara mereka. 
 
Pendek kata, bagi COMANGO, umat Islam tidak punya hak untuk mengamalkan kepercayaan mereka dan kerajaan tidak punya hak untuk meletakkan Islam sebagai agama rasmi. 
 
Setiap agama ada garispanduan tertentu yang wajib diikuti oleh setiap penganutnya dan masyarakat wajib menghormati kepercayaan mereka.  Adalah tidak wajar menyuruh penganut Hindu agar jangan memecahkan kelapa di Hari Thaipusam atas alasan membazir.  Adalah tidak wajar menyuruh penganut Buddha agar jangan membakar colok atas alasan berbau busuk.  Dan adalah tidak wajar mengejek penganut Hindu yang enggan makan daging lembu walaupun kebuluran atau mengejek penganut Buddha yang amat gemar makan babi walaupun ia merupakan binatang yang paling kotor yang memakan najis sendiri. 
 
Semua agama ada pantang larangnya dan ritualnya yang kita perlu hormat dan terima sebagai sebahagian dari kehidupan di dunia.  Semua negara ada undang-undangnya, semua kaum atau puak ada adatnya dan semua ini wajib dihormati sekiranya kita berada di dalam jajahan negara atau kaum tersebut. 
 
Bak kata Tan Sri Yusof Nor, kerajaan juga ada hak ke atas negaranya dan COMANGO tidak berhak mempersoal hak sesebuah kerajaan untuk mentadbir mengikut cara masing-masing yang dirasakan terbaik untuk majoriti rakyatnya.  Ingatlah, di dalam pentadbiran demokrasi, dan kita percaya COMANGO turut mendokong demokrasi, hak majoriti adalah lebih utama dari minoriti.  Di Malaysia, umat Islam adalah majoriti manakala Kristian mahupun golongan songsang LGBT hanyalah minoriti kecil. 
 
Mungkin COMANGO tidak tahu bahawa manusia bertamadun adalah manusia yang mengikut peraturan.  Nampaknya, COMANGO terdiri dari manusia yang tidak bertamadun, yang mengimpikan dunia tanpa peraturan. 
 
Justeru, sebagai manusia bertamadun, kita wajib menentang COMANGO dengan segenap kudrat yang termampu. 

PAS TERCICIR 60 TAHUN DI BELAKANG BN LAKSANA ISLAM


Isu pelaksanaan hukum syariah atau hudud nampaknya panas kembali pasca pilihan raya umum.
Selama lebih 20 tahun Pas telah menjadikan isu hukum hudud sebagai modal politik pada setiap pilihan raya, sama ada umum atau kecil.
Sekitar awal 1990an Dewan Undangan Negeri Kelantan telah meluluskan enakmen rang undang-undang hukum hudud tetapi ia tidak dilaksanakan.
Alasan yang diberi sehingga kini ialah kuasa peruntukan Perlembagaan Persekutuan dalam penggubalan undang-undang mengatasi kuasa negeri.
Mana-mana undang-undang yang diluluskan di peringkat negeri terbatal dengan sendirinya jika ia bercanggah dengan kuasa kerajaan pusat.
Inilah yang dijadikan senjata ampuh Pas selama ini untuk menjustifikasikan kegagalannya melaksana serta menguatkuasakan enakmen rang undang-undang hudud.
Sekali gus hujah Pas menampakkan kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional sebagai anti-Islam dan tidak punyai iltizam untuk menegakkan sebuah negara yang berlandaskan syariat.
Hujah Pas ini sebenar hanya retorik dan penuh dengan pembohongan.
Matlamat UMNO sebagai tulang belakang kerajaan Perikatan/BN yang berterusan memerintah Malaysia sebelum dan selepas Merdeka adalah mempertahankan kedudukan dan kesucian Islam dan hak-hak bangsa Melayu yang berkait rapat dengan agama Islam.
Maka selama hampir 60 tahun kerajaan bukan sahaja telah mempertahankan Islam sebagai Agama Persekutuan sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Negara, tetapi juga memastikan syiar dan ketinggian status Islam menjadi keutamaan agenda kerajaan.
Pas menuduh kerajaan BN mengamalkan sistem sekular bilamana mereka sendiri tidak faham apa pengertian sekularisme sebenarnya.
Di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad umpamanya pengupayaan Islam telah ditingkatkan lagi melalui pendekatan "Penerapan Nilai-nilai Islam" di dalam sistem pemerintahan negara.
Sistem pendidikan baru digubal bagi memastikan mata pelajaran Islam dimantapkan disamping pengajaran sejarah Islam.
Bank Islam diwujudkan pada 1983 dan sehingga kini banyak lagi bank-bank Islam telah ditubuhkan manakala kebanyakan bank-bank komersial juga telah membangunkan perbankan Islam mereka sendiri.
Malah Malaysia berbangga dengan pengiktirafan dunia sebagai antara negara Islam pertama yang memperkenalkan sistem perbankan Islam yang berjalan seiringan dengan sistem perbankan konvensional.
Kini bukan sahaja perbankan Islam di Malaysia menjadi jauh lebih maju tetapi ia telah menjadi destinasi rujukan bukan sahaja negara-negara Islam tetapi juga dunia Barat.
Begitulah hebatnya pentadbiran BN yang memperkenalkan keindahan dan keunikan sistem Islam itu sendiri daripada perlaksanaan hukum jinayat.
UMNO berkali-kali menegaskan ia tidak menentang pelaksanaan hukum hudud di negara ini tetapi apa yang ditolak ialah hukum hudud acuan Pas.
Pas hanya mementingkan rupa dan bentuk iaitu perundangan hukum hudud itu sendiri tetapi gagal memahami aspek manusiawi yang dianggap penting dalam usaha dakwah Islam.
Pas gagal mengambil kira unsur kemajmukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
Sistem pentadbiran negara juga telah diterapkan dengan nilai-nilai kerja yang selari dengan ajaran Islam.
Ini hanyalah sekelumit daripada jasa dan sumbangan agung kerajaan BN terhadap Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
Ini tidak termasuk pembinaan ratusan sekolah-sekolah berasrama penuh, kolej serta universiti Islam.
Hakikatnya Malaysia telah lama menjadi sebuah negara Islam yang bersikap terbuka dan praktikal bahawa negara ini bukan sahaja kepunyaan orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain.
Sistem pentadbiran Islam di Malaysia sudah diiktiraf dan disanjung oleh dunia Islam dan Barat kerana ia bersikap rasional dan mempunyai elemen al wassatiyyah atau kesedehanaan yang jauh berbeza dengan kefanatikan Pas.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Intipan Amerika, Cubaan Anwar Alih Isu Tuntutan Comango


Ketika semua masyarakat Islam dunia khususnya Malaysia sedang memberikan tumpuan serius terhadap tuntutan Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango), Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilihat cuba mengalih perhatian masyarakat dengan mengadakan sidang akhbar bagi membangkitkan isu lain.
 
Bertempat di Parlimen semalam, dia mengatakan kerajaan Barisan Nasional, pimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak takut untuk mengkritik Amerika Syarikat ekoran dakwaan berhubung kegiatan intipan yang dilakukan. Konon atas dasar prihatin, dia mengatakan kerajaan Malaysia seharusnya bangkit mempertikaikan tindakan tidak bertanggungjawab itu.
 
Namun, persoalannya ialah, sekiranya benar Anwar prihatin terhadap isu dan masalah negara, mengapakah dia langsung tidak menyentuh berhubung tuntutan yang dikemukakan oleh Comango? Bukankah isu tersebut juga tidak kurang pentingnya, tambahan pula ia menyentuh sensitiviti agama Islam? Atau mungkinkah Anwar juga turut bersetuju dengan tuntutan yang dikemukakan oleh Comango itu?
 
Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks LGBT, hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini selain mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.
Selain daripada itu, Comango juga secara spesifik mendesak Seksyen 377A Kanun Keseksaan berkaitan jenayah liwat dan enakmen-enakmen jenayah syariah yang bertujuan menyekat gejala LGBT, murtad serta penyebaran ajaran Syiah dimansuhkan.
 
Kerajaan sebelum ini memberikan jaminan tidak teragak-agak mengambil tindakan ke atas mana-mana anasir yang cuba menjejaskan keharmonian dan mencabar Perlembagaan Persekutuan termasuklah Comango. Ia disifatkan sebagai pencabulan kepada Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Islam dan tindakan akan diambil mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.
 
Selain itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang diketuai oleh Gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam Dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPRo) dilihat turut memainkan peranan yang proaktif bagi mendesak tindakan terhadap Comango.
 
Malah media arus perdana semalam melaporkan, MuslimUPRo akan menghantar memorandum kedua bagi mencadangkan penubuhan satu pasukan khas ke Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) bagi menangani isu Islamophobia dan isu hak asasi manusia yang terkeluar dari landasan Islam.
 
Delegasi MuslimUPRo sebelum ini telah memantau tuntutan yang dibuat oleh Comango termasuk dalam isu proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober lalu.
MuslimUPRo dianggotai pertubuhan Islam utama negara antaranya Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
 
Anak perempuan Anwar, Nurul Izzah sebelum mengatakan tuntutan Comango itu ti membahayakan negara.
 
Kesimpulannya sebagai Ketua Pembangkang, Anwar seharusnya berani untuk tampil bagi menyatakan pendiriannya berhubung tuntutan yang dikemukakan itu. Apa guna berlagak alim, sekiranya takut untuk menyatakan pendirian pakatan pembangkang dalam isu Comango.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Imej Islam Tercalar, Dengan Pendekatan Kotor Kempen Pemilihan Pas


Walaupun sering menggunakan Islam dan imej ustaz dan tok guru bagi menarik sokongan rakyat di kampung, namun pendekatan kempen yang digunakan oleh calon-calon yang bertanding jawatan tertinggi parti itu jelas bertentangan dengan ajaran agama. Bukan sekadar memburukkan antara satu sama lain, namun ada di kalangan mereka sanggup menggunakan pendekatan yang agak melampau bagi menarik sokongan perwakilan.
 
Media sebelum ini melaporkan tindakan penyebaran satu poster yang bertujuan menghina calon Ketua Pemuda Pas, Zulhazmi Sharif yang digantikan dengan gambar anjing dan disifatkan sebagai penyokong kumpulan Liberal.
 
"Jika aning-anjing liberal ini berjaya menguasai parti, maka lihatlah sendiri akan lebih ramai lagi para pejuang Islam akan menerima nasib yang sama seperti Ustaz Nasarudin dan Dr Hassan Ali. Mereka akan terus menerus menjadi kuda kepada PKR dan DAP" kata salah seorang penyokong parti itu dalam akaun Facebooknya.
 
Selain menghasut, pemilik akaun tersebut turut mendakwa Suhaizan hanyalah 'kambing hitam' kepada golongan liberal dengan bertujuan untuk memecahbelahkan perwakilan Pas khususnya undi Kamaruzaman yang dikatakan mempunyai pemikiran Islam yang jelas.
 
"Golongan ini amat bimbang dengan Kamarulzaman yang mempunyai fikrah islam yang jelas maka Kamarulzaman wajib dinyah keluar dari Dewan Pemuda bagi melakasanakan kerja-kerja jahat mereka.
 
Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan sebelum ini pula menyifatkan tindakan tersebut merupakan cara kempen dan perang saraf yang keji bertaraf 'macai'.
Tidak cukup dengan itu, di dalam satu majlis percambahan fikiran anjuran Lajnah Tarbiayah Pas Perak yang diadakan baru-baru ini, seorang penceramah dikatakan telah menghamburkan pelbagai kata-kata kesat terhadap Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS (PPP), Dr Dzulkefly Ahmad dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Rawa.
 
Penceramah yang merupakan ahli jawatankuasa Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Dewan Ulama PAS Pusat itu didakwa menghamburkan kata-kata berbaur hinaan yang tidak dibenarkan dalam garis panduan menjelang muktamar PAS.
 
Jawatankuasa Pemilihan parti itu melalui sidang akhbar yang diadakan sebelum mengatakan pihaknya telah mendapat aduan dua atau tiga kes di mana lajnah di peringkat negeri mengadakan majlis rasmi kemudian "ditukar untuk mempromosi seorang calon, dan pada masa yang sama menjatuhkan calon yang lain".
 
Selain daripada itu penyandang jawatan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu sebelum ini turut melahirkan rasa kecewa dan kurang senangnya berhubung cara dan kaedah kempen yang dijalankan pada pemilihan kali ini.
 
''Sepanjang 35 tahun saya berada dalam Pas iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat.''
 
Malah kenyataan itu turut disokong oleh Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor, Khalid Samad yang menegaskan wujudnya budaya fitnah dan adu domba menjelang pemilihan parti itu minggu depan dengan agenda tersirat untuk mengeluarkan parti itu dari pakatan pembangkang.
Katanya, budaya itu bukan akan menyelamatkan parti Islam itu, sebaliknya bakal meruntuhkannya.
 
Kesimpulannya, semenjak bersetuju untuk bersekongkol dengan DAP dan PKR, parti itu telah mula diresapi dengan pelbagai elemen negatif. Tambahan pula rakan sekutunya DAP dan PKR memang sering berdepan dengan masalah tiap kali tiba musim pemilihan. DAP dengan isu pemilihan CECnya, manakala PKR dengan insiden gaduh dan baling kerusi.
 
Apa pun, terserahlah kepada 1,300 perwakilan parti itu yang akan membuat keputusan pada 22 November ini. Keputusan yang akan dibuat pada tarikh tersebut bakal menentukan corak perjalanan politik Pas selepas ini sama ada 'Berani Berubah' untuk menjadi sebuah parti yang dominan atau 'Kekal' sebagai 'pak turut'.

18 Nov 2013

Bantu Melayu, India dalam DAP Dulu Sebelum Bercakap tentang Penduduk Sabah, Sarawak


Malaysian Insider semalam melaporkan kenyataan Lim Guan Eng bahawa DAP bersedia bekerjasama dengan pemimpin BN dari Sabah dan Sarawak yang telah dipinggirkan oleh pemimpin muda dari UMNO. 
 
Lim Guan Eng berkata begitu dengan merujuk kepada kenyataan Menteri Pembangunan Sarawak, Tan Sri James Masing bahawa terdapat pemimpin muda UMNO yang sengaja merenggangkan hubungan Sarawak dengan Putrajaya. Pemimpin muda tersebut dikatakan bersikap angkuh apabila berurusan dengan Sabah dan Sarawak seolah-olah wakil dari kedua-dua negeri itu berada di taraf yang rendah berbanding pemimpin dari semenanjung. 
 
Jika benar, keluh kesah Tan Sri James wajar mendapat perhatian kepimpinan tertinggi dan ditangani segera.   Namun, begitu, ia tidak memberi apa-apa hak kepada DAP untuk menunjuk hero atau masuk campur dalam masalah dalaman BN.  Apatah lagi apabila ia melibatkan sikap bongkak sesuatu pihak dan perasaan terpinggir pihak yang lain. 
 
Ini kerana Lim Guan Eng sendiri merupakan 'ikon' manusia paling bongkak di era ini.  Tiada yang lebih bongkak dari manusia yang digelar tokong oleh ahli partinya sendiri.   Kepimpinan Lim Guan Eng juga merupakan contoh paling mudah dalam soal meminggirkan orang lain. 
 
Seluruh rakyat boleh melihat sendiri bagaimana Lim Guan Eng meminggirkan orang-orang India dan Melayu dengan tidak mengambilkira langsung permasalahan mereka ketika kerajaannya merobohkan kampung dan menghalang mereka berniaga.  
 
Seluruh rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana Lim Guan Eng mengenepikan suara kaum India dan Melayu dalam pemilihan parti melalui berbagai muslihat. 
 
Malah, Lim Guan Eng turut meminggirkan kaumnya sendiri yang lantang menegur dan mengkritik caranya. 
 
Akibatnya, seorang demi seorang dari ahli dan pemimpin DAP membuat aduan, laporan dan juga keluar parti kerana tidak tahan dengan keangkuhannya. 
 
Justeru, kita ingin bertanya kepada Tan Sri James dan juga seluruh rakyat Sabah dan Sarawak, apakah mereka percaya yang Lim Guan Eng akan membantu mereka? 
 
Apakah mereka percaya Lim Guan Eng tidak akan meminggirkan mereka? 
 
Jangan sekali-kali lupa bahawa Lim Guan Eng memandang rendah kepada kaum Melayu dan India, maka apakah jaminan yang beliau tidak memandang rendah juga pada pribumi Sabah dan Sarawak juga?   Tidak mustahil, beliau memandang pribumi Sabah dan Sarawak sebagai jauh lebih rendah lagi. 
 
Jika orang Melayu di bandar di halau ke kampung oleh DAP suatu ketika dahulu, maka ke manakah pribumi Sabah dan Sarawak yang tinggal di pedalaman akan dihalau Guan Eng nanti? 
 
Guan Eng bukanlah manusia prihatin dan untuk percaya yang Guan Eng akan membantu sesiapa selain keturunan dan kroninya adalah sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali.  
 
Kesimpulannya, apapun masalah Tan Sri James dengan Putrajaya adalah masalah dalaman BN yang tidak memerlukan campurtangan dari manusia seperti Lim Guan Eng.   BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah mengabaikan rakyat dan BN juga telah memastikan semua rakyat dari berbagai kaum mendapat peluang untuk meningkat maju dan berjaya. 
 
BN bukan seperti DAP yang hanya mementingkan kaum Cina pembayar cukai.  BN sentiasa memberi keutamaan kepada kaum lain yang sekian lama membantu kaum Cina berjaya dengan menjadi pelanggan mereka.
 
BN bukan parti angkuh.  Jika ada seorang dua pemimpin yang angkuh, maka beliau perlu didedahkan dan ditegur agar kembali ke pangkal jalan.    

15 Nov 2013

Pakatan Pembangkang, Berdepan Dengan Pelbagai Isu Dalaman


Walaupun pilihan raya umum telah melabuhkan tirainya, namun saban hari ada sahaja laporan mengenai ketidakpuasan hati para pengikut dan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR). Ada yang mengambil pendekatan memendam rasa dan tidak kurang juga yang mula menzahirkan rasa ketidakpuasan hati mereka dengan mengumumkan untuk keluar dari parti yang hidup atas sandiwara dan drama.
 
Terbaru, dilaporkan hampir 90 peratus ahli jawatankuasa parti itu dari cabang Kota Belud mengumumkan untuk 'keluar'beramai-ramai. Sebelum ini pula media melaporkan seramai 70 orang ahli PKR dari Cabang Pandan turut mengambil tindakan yang sama kerana sudah hilang kepercayaan terhadap parti yang menganggap Anwar Ibrahim adalah segala-galanya.
 
Selain ahli dan penyokong mereka, parti itu juga berdepan dengan masalah apabila Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian, Jeremy Malajad turut mengambil keputusan untuk tidak lagi menyokong parti itu. Pada Jumaat lalu pula, Adun Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dilaporkan telah meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR Sabah dan menganggap dirinya bukan lagi anggota parti kera tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan negeri.
 
Sekiranya sebelum ini, apabila ada ahli atau penyokong mereka yang mengumumkan untuk keluar parti, pembangkang dengan segera mendakwa ia hanyalah gimik yang dilakukan Umno bagi berhadapan dengan pilihan raya. Namun apa pula alasan mereka apabila tindakan tersebut dilakukan selepas pilihan raya?
 
Selain PKR, parti yang dilabelkan sebagai 'ultra kiasu' DAP turut berdepan dengan masalah yang sama. Pada 27 September lalu, ADUN Luyang, Hiew King Cheu mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).
 
Malah mengikut pemerhatian yang dijalankan terhadap DAP, walaupun mereka berjaya meyakinkan pengundi Cina untuk menolak BN sekali gus menambah bilangan kerusi pada pilihan raya umum yang lalu. Namun parti itu dikatakan sedang berdepan dengan masalah perpecahan dalaman yang sangat serius.
 
Berikut adalah antara masalah yang sedang dihadapi oleh parti itu diperingkat negeri:
 
JOHOR
 
Pengerusi DAP negeri ini, Dr. Boo Cheng Hau tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini khususnya apabila beliau dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim. Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi. Oleh demikian, terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina dengan membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.
Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP. Cheng Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau kerana yakin dengan beliau sehinggalah muncul Lim Kit Siang di Gelang Patah.
 
Tidak cukup dengan itu, Kit Siang turut membawa masuk Liew Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching (Serdang) untuk mengukuhkan kedudukannya. Kedua-dua pemimpin ini pula merupakan orang kuat dinasti Lim. Malah, dikatakan sudah ada dakwaan terdapat 'tangan ghaib' dari DAP pusat yang bertindak menukar calon-calon mengikut'selera' dan kepentingan mereka demi memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.
 
Perkara ini berterusan walaupun selepas PRU lepas. Kali ini lebih terbuka dengan terdapat usaha untuk 'mencantas' Cheng Hau selamanya. Perkara ini dijangka akan berlaku pada Konvensyen DAP negeri 2013 Disember ini.
 
Antara dijangkakan, Cheng Hau mungkin 'ditendang' keluar dan digantikan dengan Chin Tong yang juga pengikut setia Kit Siang yang akan mengikut semua kehendak mereka.
 
KEDAH
 
DAP Kedah pula tampak tidak sehaluan dengan pusat apabila akar umbi di negeri itu menyokong bekas pengerusi negeri, Lee Guan Aik yang dipecat oleh DAP pusat. Malahan Guan Eng bertindak melantik anak emasnya, Zairil Khir Johari yang sering mendapat jolokan Melayu celup untuk menggantikan Guan Aik.
 
Apa yang peliknya, pengikut serta ahli DAP di Kedah masih mahukan Guan Aik dan menolak Zairil yang tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan DAP Kedah sebelum ini. Guan Aik juga merupakan antara pengkritik dinasti Lim yang disifatkan 'sudah lari' dari prinsip parti.
 
Guan Aik mendakwa, berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk menyelia negeri ini selepas PRU-13. Berikutan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut yang didakwa dilakukannya secara terburu-buru.
 
Katanya, tindakan itu bukan sahaja sebagai usaha untuk merosakkan imej parti tersebut, sebaliknya mahu menyelamatkannya daripada 'tangan-tangan hitam' yang berada dalam parti itu sendiri.
 
Guan Aik menambah, dia percaya setiap kejadian yang melanda pimpinan DAP Kedah sebelum PRU-13 lalu juga adalah dirancang oleh 'tangan-tangan hitam' daripada DAP Pusat yang cuba masuk campur berkaitan urusan di negeri. Terdapat khabar angin yang mengatakan Zairil dari Pulau Pinang sengaja dilantik supaya boleh mengetuai kepimpinan di Kedah dan dikuasai oleh kumpulan dinasti Lim yang ketika ini lebih dikuasai oleh penyokong bukan dinasti Lim.
 
MELAKA
Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan serta-merta apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Seri Haron.
 
Beliau sebelum itu menyuarakan rasa kagum dan memuji kematangan yang ditonjolkan Idris dalam menerajui kepemimpinan kerajaan negeri. Peletakan jawatan Leong San telah diikuti oleh ADUN Bachang, Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip.
 
Adalah sungguh memeranjatkan apabila Leong San bertindak sedemikian kerana selama ini DAP Melaka merupakan satu-satunya negeri dalam parti itu yang masih bersatu dan walaupun berlainan kem, masing-masing sanggup berdiam diri atau menyelesaikan kemelut dalam keadaan tertutup dan sukar dihidu oleh mana-mana pihak.
 
Leong San juga dianggap sebagai musuh utama yang sering tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi pusat mentadbir parti itu. Pernah beberapa kali secara lantang dia mengkritik dinasti Lim. Adalah agak sukar untuk dinasti Lim dan puaknya melebarkan kuasa di Melaka seandainya Leong San masih berpengaruh di negeri itu.
 
Natijahnya, akibat memuji Ketua Menteri, alasan itu terus dipergunakan untuk menekan beliau sehingga meletak jawatan. Pada pemilihan parti depan, Leong San sudah tentunya tidak lagi berpeluang memegang jawatan itu lagi. Dengar khabar, salah seorang keluarga terdekat dinasti Lim akan memegang jawatan Pengerusi negeri tersebut.
 
PERAK
 
Operasi cantas mencantas kali ini juga bakal menyaksikan kejatuhan pasangan sepupu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang tidak pernah sehaluan dengan dinasti Lim malah menganggap Perak sebagai 'milik' mereka.
 
Adalah sedikit sukar untuk sebarang tangan ghaib menyentuh hal negeri ini. Namun dengan menggunakan sekumpulan pemimpin dari DAP Pusat, maka sedikit kekecohan sedang dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kepimpinan pasangan sepupu itu semakin lemah. Pada konvensyen negeri kali ini mungkin kuasa kedua-dua mereka akan beralih arah kepada M.Kulasegaran dan Thomas Su yang merupakan pengikut tegar dinasti Lim.
 
PAHANG
 
Perkara yang sama juga terjadi di Pahang di mana sekumpulan pemimpin negeri digantung selama enam bulan dan tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan negeri yang akan diadakan pada masa terdekat. Punca mereka digantung ekoran sokongan kepada ahli DAP yang keluar parti dan bertanding secara bebas. Antara yang digantung ialah ADUN Tras, Choong Siew Onn. Mereka ini bukanlah penyokong tegar dinasti Lim yang akan mengikut rentak lagu yang dimainkan.
 
SELANGOR
Datuk Teng Chang Kim yang merupakan musuh 'ketat' dinasti Lim juga dijangka dicantas selamanya. Namun proses itu mungkin memakan masa. Walaupun Chang Kim merupakan jaguh dalam memperjuangkan prinsip parti dan berjaya mengekalkan nama baik dalam kalangan ahli dan penyokongnya, namun kehadiran beliau dari awal lagi tidak disenangi oleh mana-mana penyokong tegar dinasti Lim.
 
Beliau terlampau vokal sehingga kadang- kadang amat sukar untuk mengawalnya.
 
Tidak ketinggalan parti yang sering mengunakan Islam sebagai modal menarik sokongan rakyat Pas, turut berdepan yang isu dalaman yang meruncing. Pertembungan antara 2 kumpulan antara Ulama dan Liberal dalam pemilihan kali ini sudah cukup meletakkan parti itu berada dalam masalah yang memeningkan.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Anwar Cuba Nafi, Blog Negara Pakatan Rakyat Milik Pembangkang 


Beberapa hari ini ramai di kalangan pimpinan pembangkang 'menjerit-jerit' di dalam laman sosial Twitter menafikan penglibatan mereka terhadap kewujudan sebuah blog 'Negara Pakatan Rakyat' (www.negarapakatanrakyat.blogspot.com). Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim di dalam twitternya baru-baru ini mengatakan kononnya blog tersebut bukan milik pakatan pembangkang tetapi ditaja oleh Umno.
 
Yang menghairankan ialah, mengapa Anwar menyalahkan Umno di dalam isu ini? Sedangkan sekiranya diteliti semua kandungan yang dipaparkan di dalam blog terbabit, secara jelas mengkritik kerajaan.
 
Dengan mengambil contoh isu video seks dahulu yang didedahkan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, ahli parlimen Permatang Pauh itu tidak mengheret ahli perniagaan itu ke mahkamah sebaliknya hanya membuat laporan polis.
 
Katanya, apabila hasil siasatan forensik mendapati video tersebut sahih dan benar, beliau pula menyatakan itu adalah satu konspirasi serta memperlekehkan kredibiliti polis.
 
Itu belum lagi diambil kira tindakan Anwar untuk menyalahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan berhubung dakwaannya mengenai 40,000 pengundi hantu yang kononnya di terbangkan secara khas dari Bangladesh untuk mengundi Barisan Nasional dalam pilihan raya umum yang lalu. Apabila siasatan dilakukan, ternyata ia hanyalah merupakan cerita rekaan pembangkang untuk menghasut rakyat menolak keputusan pilihan raya.
 
Selain Anwar, Pengarah Komunikasi parti itu, Fahmi Fadzil turut dilihat cuba meletakkan kesalahan tersebut kepada Umno. Malah Ketua Biro Hal Ehwal Guaman PKR, Latheefa Koya turut mengambil pendekatan sama dengan mendakwa ia adalah merupakan perbuatan macai @ cybertroopers Umno. Mudahnya mereka menyalahkan orang lain.
 
Pembangkang, nampaknya mempunyai satu pendekatan yang 'standard' untuk menyalahkan Umno dan kerajaan dalam semua perkara. Sebagai contoh pendedahan video seks Anwar suatu ketika dahulu, turut dikatakan salah Umno, DAP bermesyuarat tanpa mengikut perlembagaan parti, sehingga terpaksa menjalankan semula pemilihan CEC, dikatakan sebagai salah Umno. Tidak ketinggalan yang terbaru perpecahan dalaman Pas antara kumpulan Ulama dan Liberal turut menjadikan Umno sebagai kambing hitam.
 
Sedangkan semua yang dinyatakan tadi adalah merupakan kesilapan mereka sendiri, namun disebabkan ingin memperbodohkan rakyat buat kesekiaan kalinya Umno dikaitkan dalam semua hal. Seolah-olah penubuhan Umno hanya untuk mengenakan pembangkang di negara ini.
 
Namun apa yang peliknya ialah, sehingga ke hari ini, tiada satu pun laporan polis yang dibuat bagi menafikan penglibatan pakatan pembangkang terhadap blog tersebut. Atau sekurang-kurangnya mengambil tindakan undang-undang.
 
Kesimpulannya, ini hanyalah merupakan taktik murahan Anwar bagi mengalihkan perhatian masyarakat. Ini kerana, banyak artikel-artikel yang disiarkan, banyak mengkritik pimpinan rakan sekutu mereka.
 
Persoalannya ialah benarkah pimpinan pakatan pembangkang tidak terlibat di dalam menaja blog tersebut? Atau ia sebenarnya adalah merupakan gerakan perang saraf mereka untuk memastikan semua pimpinan pakatan selari dengan pendirian dan keputusan yang dibuat Anwar.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

13 Nov 2013

DAP ‘Berkecamuk’ di enam negeri (Utusan)


CANTAS mencantas untuk terus mendominasi parti dan keretakan dalaman, antara punca kebanyakan pemimpin tertinggi DAP negeri tampil membuat kenyataan terbuka 'menghentam'.
Ini dipercayai ada hubung-kait dengan pemilihan negeri yang akan diadakan tidak lama lagi. Pemimpin kanan DAP seperti Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng dikatakan akan memastikan 'orang'nya dipilih pada pemilihan parti kali ini. Seterusnya, didakwa akan membantu mereka menguasai dan 'mencantas' ahli-ahli yang tidak menyokong mereka.
Apa yang terjadi di negeri-negeri berikut:
1. JOHOR
- PENGERUSI DAP negeri ini, Dr. Boo Cheng Hau tidak begitu digemari oleh dinasti Lim dan puak-puak mereka sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini khususnya apabila beliau dilihat begitu lantang mengkritik kepimpinan Lim. Perkara ini sudah berlaku sebelum pilihan raya umum ke-13 lagi. Oleh demikian, terdapat dakwaan daripada ahli DAP bahawa dinasti Lim sengaja membuat keputusan untuk bertanding di beberapa kawasan yang rata-rata mempunyai undi Cina dengan membelakangkan Cheng Hau bersama pengikut- pengikut lain yang selama ini telah bertungkus-lumus membangunkan DAP Johor.
Cheng Hau merupakan tunjang utama yang berpengaruh dalam membawa sokongan masyarakat Cina secara khusus dan lain-lain bangsa kepada DAP. Cheng Hau juga mempunyai barisan kepimpinan tertinggi negeri yang setia kepada beliau kerana yakin dengan beliau sehinggalah muncul Lim Kit Siang di Gelang Patah. Tidak cukup dengan itu, Kit Siang turut membawa masuk Liew Chin Tong dari Pulau Pinang (Bukit Bendera) dan Teo Nie Ching (Serdang) untuk mengukuhkan kedudukannya. Kedua-dua pemimpin ini pula merupakan orang kuat dinasti Lim. Malah, dikatakan sudah ada dakwaan terdapat 'tangan ghaib' dari DAP pusat yang bertindak menukar calon-calon mengikut 'selera' dan kepentingan mereka demi memastikan kuasa dan pengaruh Cheng Hau berkurangan.
Perkara ini berterusan walaupun selepas PRU lepas. Kali ini lebih terbuka dengan terdapat usaha untuk 'mencantas' Cheng Hau selamanya. Perkara ini dijangka akan berlaku pada Konvensyen DAP negeri 2013 Disember ini.
Antara dijangkakan, Cheng Hau mungkin 'ditendang' keluar dan digantikan dengan Chin Tong yang juga pengikut setia Kit Siang yang akan mengikut semua kehendak mereka.
2. KEDAH
- DAP Kedah pula tampak tidak sehaluan dengan pusat apabila akar umbi di negeri itu menyokong bekas pengerusi negeri, Lee Guan Aik yang dipecat oleh DAP pusat. Malahan Guan Eng bertindak melantik anak emasnya, Zairil Khir Johari yang sering mendapat jolokan Melayu celup untuk menggantikan Guan Aik.
Apa yang peliknya, pengikut serta ahli DAP di Kedah masih mahukan Guan Aik dan menolak Zairil yang tidak pernah mempunyai sebarang kaitan dengan DAP Kedah sebelum ini. Guan Aik juga merupakan antara pengkritik dinasti Lim yang disifatkan 'sudah lari' dari prinsip parti.
Guan Aik mendakwa, berlaku amalan pancung-memancung dalam DAP Kedah yang didalangi dua pimpinan DAP Pusat mewakili CEC yang diarahkan untuk menyelia negeri ini selepas PRU-13. Berikutan itu, beliau mahu Pendaftar Pertubuhan (ROS) menyiasat lantikan jawatankuasa interim DAP Kedah tersebut yang didakwa dilakukannya secara terburu-buru.
Katanya, tindakan itu bukan sahaja sebagai usaha untuk merosakkan imej parti tersebut, sebaliknya mahu menyelamatkannya daripada 'tangan-tangan hitam' yang berada dalam parti itu sendiri.
Guan Aik menambah, dia percaya setiap kejadian yang melanda pimpinan DAP Kedah sebelum PRU-13 lalu juga adalah dirancang oleh 'tangan-tangan hitam' daripada DAP Pusat yang cuba masuk campur berkaitan urusan di negeri. Terdapat khabar angin yang mengatakan Zairil dari Pulau Pinang sengaja dilantik supaya boleh mengetuai kepimpinan di Kedah dan dikuasai oleh kumpulan dinasti Lim yang ketika ini lebih dikuasai oleh penyokong bukan dinasti Lim.
3. MELAKA
- Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri, Goh Leong San dari DAP meletakkan jawatan serta-merta apabila disindir oleh ADUN DAP kerana ucapannya yang memuji Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Seri Haron.
Beliau sebelum itu menyuarakan rasa kagum dan memuji kematangan yang ditonjolkan Idris dalam menerajui kepemimpinan kerajaan negeri.
Peletakan jawatan Leong San telah diikuti oleh ADUN Bachang, Lim Jak Wong sebagai Ketua Whip.
Adalah sungguh memeranjatkan apabila Leong San bertindak sedemikian kerana selama ini DAP Melaka merupakan satu-satunya negeri dalam parti itu yang masih bersatu dan walaupun berlainan kem, masing-masing sanggup berdiam diri atau menyelesaikan kemelut dalam keadaan tertutup dan sukar dihidu oleh mana-mana pihak.
Leong San juga dianggap sebagai musuh utama yang sering tidak berpuas hati dengan cara kepimpinan tertinggi pusat mentadbir parti itu. Pernah beberapa kali secara lantang dia mengkritik dinasti Lim. Adalah agak sukar untuk dinasti Lim dan puaknya melebarkan kuasa di Melaka seandainya Leong San masih berpengaruh di negeri itu.
Natijahnya, akibat memuji Ketua Menteri, alasan itu terus dipergunakan untuk menekan beliau sehingga meletak jawatan. Pada pemilihan parti depan, Leong San sudah tentunya tidak lagi berpeluang memegang jawatan itu lagi. Dengar khabar, salah seorang keluarga terdekat dinasti Lim akan memegang jawatan Pengerusi negeri tersebut.
4. PERAK
- Operasi cantas mencantas kali ini juga bakal menyaksikan kejatuhan pasangan sepupu, Datuk Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming yang tidak pernah sehaluan dengan dinasti Lim malah menganggap Perak sebagai 'milik' mereka.
Adalah sedikit sukar untuk sebarang tangan ghaib menyentuh hal negeri ini. Namun dengan menggunakan sekumpulan pemimpin dari DAP Pusat, maka sedikit kekecohan sedang dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kepimpinan pasangan sepupu itu semakin lemah. Pada konvensyen negeri kali ini mungkin kuasa kedua-dua mereka akan beralih arah kepada M.Kulasegaran dan Thomas Su yang merupakan pengikut tegar dinasti Lim.
5. PAHANG
- Perkara yang sama juga terjadi di Pahang di mana sekumpulan pemimpin negeri digantung selama enam bulan dan tidak dibenarkan bertanding pada pemilihan negeri yang akan diadakan pada masa terdekat. Punca mereka digantung ekoran sokongan kepada ahli DAP yang keluar parti dan bertanding secara bebas. Antara yang digantung ialah ADUN Tras, Choong Siew Onn. Mereka ini bukanlah penyokong tegar dinasti Lim yang akan mengikut rentak lagu yang dimainkan.
6. SELANGOR
- Datuk Teng Chang Kim yang merupakan musuh 'ketat' dinasti Lim juga dijangka dicantas selamanya. Namun proses itu mungkin memakan masa. Walaupun Chang Kim merupakan jaguh dalam memperjuangkan prinsip parti dan berjaya mengekalkan nama baik dalam kalangan ahli dan penyokongnya, namun kehadiran beliau dari awal lagi tidak disenangi oleh mana-mana penyokong tegar dinasti Lim.
Beliau terlampau vokal sehingga kadang- kadang amat sukar untuk mengawalnya.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Apabila Dalang 13 Mei Mengajak Kita Berkongsi Impian…


Dalam satu Majlis Makan Malam untuk mengumpul dana pilihanraya di Hotel Empire Subang Jaya semalam, Lim Kit Siang telah mengajak rakyat Malaysia agar berkongsi impiannya membina Malaysia untuk semua rakyat Malaysia di mana demokrasi diamalkan. 
 
Katanya, "apa yang penting ialah PR harus berada di landasan politik dan pilihanraya ini sehingga kita berjaya membawa perubahan politik kepada Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama, kawasan atau darjat bagi mencapai Impian Malaysia – iaitu Malaysia untuk semua rakyat Malaysia, di mana adanya demokrasi". 
 
Nampaknya, Kit Siang ingin mengajak kita semua berkongsi impiannya dan impian itu hanya boleh menjadi nyata jika kita meletakkan dirinya atau partinya di puncak kuasa. 
 
Malangnya, kita telah melihat Kit Siang ketika mempunyai hanya sedikit kuasa dahulu dan apa yang kita lihat langsung tidak menepati gambaran di dalam ucapannya. 
 
Kit Siang mengajak kita agar mengenepikan soal bangsa tetapi Kit Sianglah yang menjadi dalang pencetus 13 Mei di mana kaum Cina dari parti DAP terjerit-jerit melaungkan kebencian terhadap Melayu, menghalau Melayu dan menyuruh Melayu pergi mati. 
 
Kit Siang mengajak kita mengenepikan soal perbezaan agama, tetapi Kit Siang dan partinya DAP tidak jemu-jemu mencabar agama Islam dengan membangkitkan isu yang tidak pernah menjadi isu sebelum ini seperti Kalimah Allah dan azan.  Tentera siber Kit Siang juga melancarkan serangan berterusan terhadap Islam dan umat Islam dengan menghina nama Allah SWT, Nabi Muhammad serta amalan-amalan dalam Islam. 
 
Kit Siang mengajak kita mengenepikan soal kawasan tetapi DAP juga yang membangkitkan sentimen prejudis terhadap kerajaan pusat di kalangan penduduk Sabah Sarawak. 
 
Kit Siang juga mengajak kita mengenepikan soal darjat tetapi di masa yang sama DAP sering membawa hujah bahawa bangsa Cina merupakan pembayar cukai tertinggi, dan kononnya lebih bijak manakala bangsa Melayu hanya menumpang kekayaan mereka.  Malah, 13 Mei juga dicetuskan dari taktik yang sama iaitu meletakkan bangsa Cina di atas dan Melayu di bawah. 
 
Justeru, apabila Kit Siang mengajak kita berkongsi impiannya, kita wajar berfikir berkali-kali. 
 
Ini kerana impian Kit Siang hanyalah untuk melihat Cina menguasai negara ini sepertimana yang berlaku di Singapura.  Kit Siang tidak akan senang selagi kita hidup harmoni dan meletakkan semua kaum sebagai setaraf kerana Kit Siang mahukan kaumnya berada di atas dalam segala segi. 
 
Kit Siang sanggup membiarkan anaknya memanipulasi pemilihan parti demi memastikan kaum lain tidak menjawat jawatan penting atau apa-apa jawatan langsung dalam CEC. 
Inilah demokrasi impian Kit Siang di mana hierarki pemerintahan haruslah bermula dari bawah iaitu kaum Cina, parti DAP dan Dinasti Lim.   Dalam kata lain, demokrasi boleh diamalkan selagi ketiga-tiga perkara ini berada dalam hierarki teratas mengikut aturan tersebut.
 
Kit Siang mencongak yang impian ini boleh dicapai dengan terus menggunapakai PAS dan PKR.  Untuk itu, beliau menggariskan matlamat untuk memenangi pilihanraya dengan 135 kerusi daripada 222 kerusi.  Caranya ialah dengan memastikan setiap parti sekutu PR mendapat 45 kerusi.  Bagi mencapai matlamat ini, PAS perlu menambah 24 kerusi, PKR 15 dan DAP 7. 
 
Memandangkan PAS semakin hari semakin 'mengecut' kerana asyik kalah atau menang dengan majoriti yang merosot teruk, maka kita jangka impian Kit Siang kemungkinan besar akan tinggal impian semata-mata, selama-lamanya. 
 
Jika Kit Siang ingin tahu kenapa sokongan terhadap PAS semakin berkurangan, maka sebabnya ialah tiada siapa yang percaya dengan impian yang dijaja Kit Siang.  Semua orang tahu siapa Kit Siang iaitu seorang rasis tegar yang membenci Melayu dan Islam dengan sepenuh jiwa raganya. 
 
Kit Siang ada menceritakan di dalam ucapan yang sama kononnya terdapat seorang wanita Melayu yang mendekatinya di lapangan terbang untuk meminta maaf kerana membenci Kit Siang selama ini dan kini sedar bahawa Kit Siang bukanlah sejahat yang disangkanya. 
 
Jelas, bahawa Kit Siang masih ingin memperbodohkan orang Melayu dengan cerita begitu.  
 
Jika Melayu benar begitu bodoh, maka tidak mungkin PAS akan semakin kehilangan sokongan.   Apa yang pasti, orang Melayu yang dahulunya tidak mengambil peduli siapa Kit Siang, kini sudah mengenali beliau dengan lebih baik. 
 
Justeru, diulangi di sini bahawa Kit Siang adalah seorang rasis tegar yang membenci Melayu dan Islam dengan sepenuh jiwa raga sejak sebelum tragedi 13 Mei, selepas tragedy itu dan selama-lamanya dan akan berterusan menerusi keturunannya. 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Isu Setiausaha Agung Ikhwanul Muslimin:  Bukti Tangan Asing Turut Mencaturkan PAS?



Telah dilaporkan bahawa Bridget Welsh iaitu seorang kolumnis Malaysiakini yang kini menjadi Professor di sebuah Universiti di Singapura pernah menghadiri Muktamar PAS ke-55.  Bridget Welsh pernah menjadi Professor di Universiti John Hopkins di mana Anwar pernah menjadi penyarah jemputan atas bantuan sahabatnya Al-Gore dan John Wolfowitz.   Bridget Welsh juga menjadi Pengarah Malaysia Asia Barometer yang bekerjasama dengan Merdeka Centre untuk menjalankan 'kajian' mengenai politik di Malaysia. 
 
Bridget Welsh disyaki sebagai agen asing berdasarkan latarbelakangnya sebagai konsultan di Freedom House iaitu antara rangkaian NED, yang diterajui CIA. 
 
Objektif Freedom House adalah untuk mewujudkan dunia yang mengiktiraf kebebasan mutlak dengan mengambil Israel sebagai contoh.  Kebebasan ini merangkumi hak LGBT dan juga murtad iaitu dua isu yang menjadi halangan terbesar di negara Islam, termasuk Malaysia.  Seperti yang dapat kita lihat hari ini, perjuangan kebebasan Freedom House ini kini dipikul oleh COMANGO yang bertindak mendesak kerajaan di peringkat antarabangsa. 
 
Justeru, kehadiran Bridget Welsh di Muktamar PAS ke-55 dahulu amatlah mencurigakan.  Selepas Muktamar PAS ke-57 Bridget Welsh dilaporkan membuat ulasan positif mengenai kemenangan Mat Sabu sebagai Naib Presiden PAS.  Beliau menyifatkannya sebagai kemenangan kumpulan progresif yang akan mengukuhkan Pakatan Rakyat. 
 
Jelas di sini bahawa PAS telah lama menjadi perhatian pihak asing dan pakatan PAS bersama DAP dan PKR merupakan satu perkembangan yang sangat mengujakan bagi mereka.  Kemasukan kumpulan liberal iaitu Anwarinas ke dalam PAS serta kemenangan Mat Sabu yang menjadi balaci DAP dilihat sebagai tanda 'kemenangan pertama' bagi mereka. 
 
Dari sudut lain pula, ia merupakan kekalahan bagi PAS, dan permulaan kemusnahan umat Islam.
 
Secara dasarnya, isu LGBT dan murtad yang diperjuangkan oleh Freedom House melalui COMANGO hanyalah sebagai 'alat' untuk mencetuskan ketidakstabilan di dalam negara Islam di mana ia dijadikan alasan untuk menentang kerajaan dan memberontak.  Manakala, matlamat utama adalah untuk menjatuhkan kerajaan agar dapat digantikan dengan seorang pemimpin boneka bagi membolehkan pihak asing menguasai ekonomi dunia. 
 
Berdasarkan rekod, adalah lebih mudah untuk menjatuhkan sesebuah negara Islam dengan menggunakan Islam sendiri. Untuk itu, pihak asing menubuhkan pertubuhan yang menggunapakai nama Islam atau menyusup masuk ke pertubuhan Islam sedia ada bagi mencetuskan kekeliruan, ketegangan dan persengketaan sesama umat Islam dan juga terhadap kerajaan mereka.  Malang sekali kerana Ikhwanul Muslimin juga tidak terkecuali dari menjadi permainan mereka. 
 
Ini terbukti melalui penglibatan salah seorang 'orang kuat' Ikhwanul Muslimin, iaitu Youseff Nada, di mana beliau merupakan antara pencetus Arab Spring.  Youseff Nada turut mempunyai hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dan dianggap oleh bekas banduan dan juga bekas Timbalan Perdana Menteri itu, sebagai rakan keluarga.  Seperti juga Anwar, Youseff turut duduk atau terlibat bersama dalam rangkaian NED melalui IIIT, King Farouk Foundation dan Foundation for the Future. 
 
Bagaimanapun, Malaysia tidak mempunyai pergerakan Ikhwanul Muslimin untuk dipergunakan sebagai pencetus pemberontakan terhadap kerajaan.  Percubaan memberontak melalui kumpulan liberal pula nampaknya sukar dilakukan kerana kumpulan ini merupakan minoriti.  Walaupun percubaan terus dilakukan melalui COMANGO, namun ia dijangka tidak mampu membawa kesan besar.   
 
Justeru, tidak hairanlah apabila nama Hadi Awang tiba-tiba dikaitkan dengan Ikhwanul Muslimin di peringkat tertinggi di mana beliau dikatakan dilantik sebagai Setiausaha Agung pergerakan itu.   Berita ini disiarkan oleh akhbar Al-Wathan di Mesir.
 
Jika sebelum ini Hadi atau PAS cukup bangga jika dikaitkan dengan sebarang pergerakan Islam di luar negara, tetapi kali ini Hadi nampaknya pantas menepis dan menafikan sekeras-kerasnya laporan tersebut.  Malah, Hadi juga katanya sedang berkira-kira untuk menyaman akhbar terbabit.  Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa respon Hadi Awang menggambarkan yang beliau berada dalam keadaan bimbang dan takut. 
 
Persoalannya, kenapa harus ada khabar angin sebegitu?  Siapa yang meniupkannya atau kenapa ia bertiup dikala Muktamar hampir tiba? 
 
Hadi Awang dan PAS secara keseluruhannya wajar melihat perkara ini dengan lebih mendalam.  Tanyalah pada diri sendiri, siapakah yang mencaturkan PAS?  Apakah hanya Anwarinas yang cuba mencaturkan PAS dari dalam?  Atau hanya DAP yang cuba mengarah-arah PAS dari luar? Atau ada lagi tangan lain yang lebih besar yang cuba memperalatkan parti itu? 
 
Penulis melihat apa yang berlaku sebagai strategi pihak asing untuk menggambarkan kewujudan rangkaian pergerakan Islam di negara ini yang berpotensi memberontak pada suatu hari nanti.  Memandangkan Malaysia mengamalkan kesederhanaan di mana personaliti atau kumpulan yang ekstrem sukar untuk dicari, maka nama Hadi Awang dan parti PAS diketengahkan sebagai pihak yang berpotensi itu. 
 
Umat Islam di Malaysia harus berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan apa jua maklumat yang diterima akhir-akhir ini. Nampaknya, asakan pihak asing untuk mencetuskan ketidakstabilan dan menggugat keharmonian negara serta kedudukan agama Islam, semakin menjadi-jadi. 
 
Muktamar PAS yang bakal menjelang dijadikan 'tingkap' bagi mereka untuk mengintai dan mengatur apa yang boleh, untuk tujuan itu.  Semua ini boleh dilakukan kerana PAS memberi peluang kepada mereka untuk masuk ke dalam, duduk bersama malah bergandingan tangan serta berpelukan mesra demi untuk merampas Putrajaya. 
 
Sudah tiba masanya PAS sedar dengan siapa mereka berpakat, dan siapa atau apa yang mereka jemput untuk duduk bersama mereka.  Kita pasti, Hadi Awang dan segelintir pemimpin PAS yang bijak, telah sedikit demi sedikit semakin menyedarinya. 
 
Soalnya, sampai bila mereka akan terus bersekongkol dengan syaitan semata-mata kerana ego, enggan mengaku tersilap di hadapan UMNO?  Atau apakah PAS sebenarnya telah membuat perjanjian besar dengan syaitan dan tidak dapat melepaskan diri lagi? 


--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

GLC Perlu Main Peranan Untuk Bantu Akhbar Bahasa Melayu


Seperti ada sesuatu yang tidak kena, apabila banyak GLC (Syarikat Milik Kerajaan / Goverment Link Company) mengambil pendirian untuk tidak meletakkan iklan mereka dalam akhbar-akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times.
 
Malah Perdana Menteri sebelum ini juga pernah memberikan teguran kepada semua agensi kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat swasta terutama milik bumiputera agar mengiklankan lebih banyak dengan akhbar-akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan arus perdana berbahasa Melayu.
 
Menurut statistik yang diperoleh dianggarkan hanya 3.7 peratus sahaja nilai iklan yang diberikan oleh 35 syarikat GLC utama kepada akhbar-akhbar berbahasa Melayu. Sedangkan akhbar-akhbar berbahasa Melayu khususnya Utusan Malaysia dan Berita Harian banyak membantu kerajaan dalam memperjuangkan agenda bumiputera.
 
Berdasarkan kajian terbaharu AmResearch, perbelanjaan pengiklanan (adex) untuk akhbar berbahasa Melayu merosot 1.8 peratus sehingga September lalu, walaupun adex industri mencatat pertumbuhan sebanyak 3.7 peratus. Menurut RHB Research pula, bagi September sahaja, adex akhbar berbahasa Melayu jatuh 26 peratus kepada RM116 juta berbanding RM154 juta untuk tempoh sama tahun lalu.
 
Ini berbeza dengan akhbar Cina dan Inggeris yang masing-masing meningkat 8.9 peratus dan 7.2 peratus.
 
Maka amatlah wajar untuk syarikat-syarikat GLC menyokong akhbar-akhbar tersebut bagi meneruskan perjuangan untuk menjayakan lagi Dasar Pemerkasaan Ekonomi khususnya untuk orang Melayu dan Bumiputera. Malah sekiranya kita rujuk petunjuk prestasi utama (KPI) kepimpinan GLC adalah untuk memastikan pencapaian ekonomi bumiputera meningkat sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 5,000 usahawan baharu pada setiap tahun.
 
Adalah agak malang jika GLC tidak membantu memartabatkan pengiklanan dalam akhbar Melayu, sedangkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sering melaungkan usaha  untuk memperkasa ekonomi bumiputera namun ia seolah-olah langsung tidak difahami dan ditaati oleh syarikat GLC.
 
Ramai peneraju GLC seperti sudah hilang jati diri dan lupa hakikat kewujudan GLC itu sendiri. Mereka menyerahkan penentuan iklan misalnya kepada pihak industri terutama agensi yang banyak dikawal oleh ekspatriat, golongan rasis dan liberal yang tidak bertunjangkan perlembagaan.
 
Alasan yang selalu diberi oleh pihak industri adalah atas pertimbangan komersial semata-mata, yang sebenarnya terdedah kepada manipulasi. Persoalannya, bagaimana kita mahu menyandarkan masa depan kedaulatan Bahasa Kebangsaan kepada ekspatriat dan golongan tersebut?
 
Dalam satu sesi perbincangan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut mempersoalkan beberapa bank dan syarikat telekomunikasi di bawah GLC yang kurang mengiklankan produk mereka dalam akhbar Bahasa Kebangsaan.
 
Antara nama yang disentuh adalah Celcom, CIMB dan Petronas. CIMB misalnya, walaupun majoriti pengguna adalah Melayu tetapi lebih ghairah mengiklan untuk akhbar Inggeris dari bahasa ibunda.
 
Sedangkan sekiranya difikirkan secara rasional, pengiklanan adalah merupakan kaedah serampang dua mata dan merupakan tanggungjawab mereka sebagai warga negara kerana Perlembagaan negara meletakkan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan untuk semua rakyat. Malah dari segi logiknya bahasa kebangsaan adalah bahasa yang digunakan sebagai bahasa penyatuan untuk semua kaum di negara ini.
 
Sebelum ini, beberapa NGO, golongan akademik dan orang perorangan pernah mencadangkan kepada kerajaan agar mewujudkan Dasar Pengiklanan Negara (DPN) yang bermatlamat untuk mengawal industri iklan, menangani lambakan iklan asing dan mendaulatkan bahasa kebangsaan.
 
Selain itu satu garis panduan khusus juga perlu ditetapkan melalui DPN agar mewajibkan 60 peratus iklan semua syarikat GLC diberikan kepada akhbar berbahasa Melayu khususnya Utusan Melayu.
 
Ini kerana, sekiranya akhbar-akhbar berbahasa Melayu terkubur, tiadalah lagi pihak yang berani mempertahan Perlembagaan dan memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan Bumiputera. Sekaligus menyebabkan semakin ramai anak-anak muda hilang jati dirinya.  

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Pembangkang Cuba Wujudkan Sentimen Kebencian Masyarakat India


Seolah-olah sudah menjadi trend bagi portal dan blog pembangkang untuk memainkan isu-isu sensitif bagi mewujudkan sentimen kebencian di kalangan rakyat. Malah mutakhir ini, mereka dilihat begitu hebat menggunakan isu masyarakat India berbanding isu masyarakat Cina yang 'agak kurang' dimainkan.
 
Mungkin kerana sokongan kaum Cina dilihat sudah tekad dan bulat untuk bersama pakatan pembangkang, jadi isu kumpulan etnik terbabit bukan lagi menjadi keutamaan. Berbanding sokongan kaum India yang dilihat mula kembali untuk menyokong kerajaan Barisan Nasional pada pilihan raya umum yang lalu.
 
Malah mengikut analisa yang dijalankan, kepulangan sokongan pengundi India ditambah dengan sokongan kaum Melayu, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan pembangkang gagal merampas Putrajaya walaupun mengunakan pelbagai slogan seperti 'UBAH' dan 'Ini Kalilah'. Apa yang nyata sokongan masyarakat India yang memberikan mesej 'Lain Kalilah'mungkin antara sebab mereka dijadikan sasaran agar kembali untuk membenci kerajaan BN.
 
Contohnya, bermula dengan isu 'kantin tandas' di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana mereka dengan segala cara cuba menghasut kumpulan etnik terbabit dengan memainkan isu tersebut hampir saban hari. Sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan bilik persalinan yang digunakan buat sementara waktu bagi memudahkan para pelajar bukan Islam menikmati jamuan mereka ketika proses pengubahsuaian kantin asal dijalankan.
 
Tambah menghangatkan suasana apabila ada ibu bapa pelajar yang membiarkan hal kantin ini dipergunakan sebagai isu politik. Mereka seolah-olah sengaja membiarkan diri dijadikan alat kepada kumpulan tertentu terutama dari parti cauvinis itu untuk 'mencucuk' jarum.
 
Jadilah isu kantin di bilik persalinan sebagai modal kononnya kumpulan minoriti dipinggirkan. Di tangan kumpulan ini, isu yang mudah bertukar rumit yang kemudian cuba dikait-kaitkan dengan soal kaum dan agama.
Seterusnya mereka dengan pantas menggunakan isu 'korban di sekolah' bagi menarik perhatian kaum India. Kononnya demi melakukan majlis korban sempena sambutan Aidiladha, pihak sekolah telah menyebabkan pelajar beragama hindu terguris dan trauma.
 
Pelbagai hujah digunakan bagi menyokong dakwaan yang tidak berasas itu. Kerana bagi mereka apa yang penting masyarakat India perlu diajar secara halus untuk kembali membenci kerajaan sekali gus menolak BN dalam PRU-14 nanti.
 
Belum pun isu tersebut reda, mereka sekali lagi mempertikaikan dan mendakwa pihak polis seolah-olah sengaja shoot to kill atau dalam bahasa mudah 'membunuh gangster India' di dalam Ops Cantas yang dilakukan. Sedangkan pada hakikatnya ia bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah berat dan tembak yang semakin menunjukkan peningkatan.
 
Untuk menguatkan lagi tohmahan yang dilemparkan itu, ada pemimpin pembangkang yang kononnya sanggup menawarkan diri untuk mengikuti operasi yang dijalankan bagi 'memeriksa' kaedah yang digunakan mengikuti SOP yang dibenarkan. Namun sehingga hari ini, orang yang kononnya berani itu masih lagi gagal menandatangani surat pelepas seperti yang ditetapkan.
 
Terbaru mereka sekali lagi menggunakan sentimen masyarakat India dengan mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional melalui Dewan Bandar raya Kuala Lumpur (DBKL) sengaja bertindak zalim dengan merobohkan kuil Sri Muneswarar di Jalan P Ramlee. Sedangkan apa yang dilakukan ialah merobohkan struktur bangunan tambahan yang didirikan secara haram.
 
Sedangkan sekiranya kita teliti, sepanjang pemerintahan kerajaan pakatan rakyat di Selangor, mereka telah merobohkan hampir 7 buah kuil. Malah kerajaan pimpinan DAP di Pulau Pinang turut dikatakan merobohkan kuil hindu Sri Veera Muiswarar dengan alasan faktor keselamatan kerana berada berhampiran saluran paip kimia.
 
Kenapa semua itu tidak dijadikan sebagai isu? Apabila ia berada di bawah bidang kuasa kerajaan pusat, ia dianggap sebagai zalim, kejam, menindas dan sebagainya. Namun sekiranya ia dilakukan oleh kerajaan pakatan, ia adalah sebaliknya.
 
Kesimpulannya, mereka sengaja ingin memainkan politik perkauman, ekstremisme dan cauvinistik selagi sokongan masyarakat India terus kuat menyokong kerajaan BN. Ini kerana mereka sedar, tanpa sokongan masyarakat India usaha mereka untuk merampas kerajaan hanya akan menjadi sia-sia.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

ANWAR TAK LAGI MAMPU PIMPIN PAKATAN PEMBANGKANG


Kemelut dalaman parti-parti pakatan pembangkang serta tuduh menuduh antara satu sama lain bakal mengakibatkan mereka berpecah.
Antara ketiga-tiga parti pembangkang, PKR merupakan entiti paling muda dan paling rapuh sekali atau 'the weakest link'.
Walaupun dipimpin oleh Anwar Ibrahim sebagai ketua umumm kepimpinannya tidak sama sekali menyerlah.
Ini menjadi faktor utama mengapa dua daripada lima ahli dewan undangan negeri PKR di Sabah keluar parti lalu menyokong Barisan Nasional.
Presiden PKR, Dr Wan Azizah Ismail cuba mempertahankan kepimpinan Anwar dengan mengalihkan kesalahan keluar parti atas bahu dua Adun terbabit iaitu Jeremmy Malajad dan Jelani Hamdan.
Wan Azizah berkata ia berpunca daripada perbalahan antara mereka dan pucuk pimpinan PKR negeri dan tidak ada kaitan dengan Anwar.
Dengan mudah sekali beliau menyucikan suaminya daripada memikul tanggungjawab terhadap apa yang berlaku di dalam partinya di Sabah.
Jika di lihat rekod Wan Azizah sebagai presiden adalah amat hambar sekali kerana dalam apa jua keadaan sekalipun beliau tetap akan mempertahankan Anwar.
Walaupun sudah dua kali suaminya itu didakwa terlibat dalam seks songsang liwat dan bukti pembabitannya adalah jelas sekali, Wan Azizah menutup mata dan memekaknya telinganya terhadap kebenaran
Menyokong dan taat kepada suami adalah satu hal tetapi melindungi serta acap kali menafikan perlakuan jijiknya bukan sahaja dosa dari segi agama tetapi tidak melayakkan beliau memimpin sebuah lagi.
Mungkin Wan Azizah masih menaruh keyakinan Anwar alan menjadi perdana menteri suatu hari kelak tetapi realiti setiap hari berlaku peluang ia berlaku semakin tipis.
Begitu juga hubungan antara Pas dan dap semakin renggang akibat kenyataan biadap pemimpin veteran Dap, Karpal Singh baru-baru ini.
Karpal mencadangkan supaya mana-mana parti politik yang berteraskan perkauman atau agama hendaklah dimansuhkan.
Cadangan beliau itu disasarkan kepada UMNO khususnya dan juga Pas.
Cadangan Karpal itu sendiri bersifat rasis kerana mensasarkan hanya dua buah parti politik milik Melayu tetapi tidak pula ia berkeras supaya MCA dan MIC dibubarkan juga.
Hakikatnya walaupun Dap mengklaim partinya sebagai paling demokratik dan majmuk, realiti adalah amat berbeza sekali.
Dap mengaku telus dan adil tetapi setelah pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat parti itu didakwa menyeleweng, imejnya telah tercalar teruk.
Apatah lagi setelah diadakan pemilihan semula, masih lagi ramai anggota parti itu mempertikaikan kesahihan keputusan yang tidak banyak berubah daripada yang pertama.
Dap adalah parti pembohong dan amat rasis sekali kerana slogannya untuk rapat kepada bangsa Melayu hanyalak taktik untuk mendapat undi.
Buktinya apabila Dap berjaya menunggangi Pas dan PKR, ia mendapat banyak undi Melayu pada pilihan raya umum lalu hingga muncul sebagai parti pembangkang terbesar di Parlimen.
Cadangan sesetengah pemimpin Pas supaya kerjasama politik atau tahalus siyyasi dengan PKR dan Dap dikaji semula adalah amat tepat sekali dan kena pada masanya.
Keberadaan Pas dalam pakatan pembangkang tidak membawa apa manfaat jangka panjang kepada parti itu.
Ini jelas melihat kepada keputusan pilihan raya kecil Sg Limau baru-baru ini di mana Pas kehilangan lebih 60 peratus majoriti undinya berbanding sebelumnya.
Ini menunjukkan di peringkar akar umbi, ahli-ahli Pas sudah tidak setuju dengan ikatan kerjasama dengan dua sekutu politiknya.
Pas lebih banyak menanggung rugi daripada keuntungan jika terus bersama PKR dan Dap.
Orang Melayu akan terus meminggirkan parti itu yang dilihat sudah mengorbankan banyak prinsip perjuangannya untuk mengambil hati parti rasis Dap terutamanya objektif menubuhkan Negara Islam.
Dap sudah tentu mahu Pas terus berada di dalam kebodohannya kerana ia boleh meraih sebanyak keuntungan daripadanya dari segi undi di dalam pilihan raya.
Sasaran Dap adalah untuk meningkatkan undinya menjelang PRU14 jika Pas dan PKR terus berada di sisinya memberi sokongan padu.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

12 Nov 2013

ANWAR SUDAH TIDAK BOLEH KAWAL PAKATAN PEMBANGKANG LAGI.


Pakatan pembangkang kini sudah tidak tentu arah akibat kemelut dalaman yang semakin parah.
Di Sabah, PKR sudah kehilangan dua Ahli Dewan Undangan Negeri iaitu Kadamaian dan Matunggong.
Ini sekali gus mengurangkan jumlah kerusi DUN PKR daripada tujuh kepada lima sahaja.
Biarpun kedua-dua ADUN tersebut, Jeremmy Malajad (Kedamaian) dan Jelani Hamdan (Matunggong) menjadi wakil bebas yang menyokong Barisan Nasional Sabah namun tindakan mereka merupakan hebat kepada Anwar Ibrahim yang begitu yakin pembangkang akan menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.
Itu semua hanyalah khayalan Anwar kerana rakyat Sabah 'tatap' berdiri teguh menyokong BN.
Campur dengan ADUN Luyang daripada Dap, Hiew Ling Cheu yang keluar parti September lalu juga untuk menjadi wakil bebas, pembangkang di Sabah sudah kehilangan tiga kerusi DUn setakat ini.
Tidak mustahil lebih ramai lagi wakil-wakil rakyat akan menyeberang menyokong BN setelah menyedari mereka dilayan secara buruk oleh pimpinan pusat PKR dan Dap.
Anwar dan pemimpin pembangkang dari Semenanjung hanya pandai membuat pelbagai janji manis semasa usaha memancing sokongan daripada pimpinan pembangkang peringkat negeri.
Namun apabila sudah menang lain pula ceritanya.
Apa yang nyata janji yang dibuat tidak ditunai lantas menyebabkan kedua ADUN PKR tersebut mengambil keputusan meninggalkan parti mereka.
Masalahnya disebabkan Anwar adalah kaki pembohong nombor satu dan tidak kena mengena dengan BN.
BN sudah amat selesa dengan majoriti dua pertiga di di dalam Dewan Undangan Negeri.
Tidak ada sebab untuk memancing sokongan daripada wakil rakyat pembangkang.
Tetapi alasan tidak masuk akal inilah yang digunakan oleh naib presiden PKR, Tian Chua apabila menuduh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman merasuah Jeremmy dan Jelani melompat parti.
Tuduhan tidak berasas ini dibuat kerana PKR mahu menutup kelemahan parti itu di Sabah.
Hakikatnya Anwar tidak mampu menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin pembangkang yang boleh membawa perubahan di negeri itu.
Beliau membawa isu kenaikan royalti minyak daripada 5 peratus kepada 20 peratus untuk meraih sokongan pengundi tetapi setelah pihak kerajaan memberi penjelasan dan kedudukan sebenarnya, rakyat sedar tembelang Anwar.
Untuk menutup juga malu kehilangan tiga wakil rakyatnya, pembangkang kini membuat cerita dua ADUN BN dari Perak pula mahu melompat ke pembangkang.
Kononnya dua ADUN misteri ini telah bertemu dengan Anwar berbincang terma-terma 'penghijrahan' mereka.
Hikayat yang dipintal oleh pembangkang ini juga tidak logik kerana BN Perak tidak menghadapi sebarang masalah dalaman yang serius seperti mana yang membelenggu Anwar dan parti-parti yang dipimpinnya.
Kepimpinan menteri besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir diterima baik oleh semua lapisan parti-parti komponen BN terutamanya UMNO.
Mungkin Anwar takut lebih ramai wakil rakyatnya termasuk Ahli Parlimen akan melompat menyebelahi BN.
Ini kerana walaupun pembangkang berjaya meningkatkan jumlah kerusi Parlimen dan juga DUN di seluruh negara, namun rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil rakyat mereka bukanlah rahsia lagi.
Perbalahan dalaman juga semakin serius dalam PKR menjelang kongres parti itu yang akan diadakan pada penghujung tahun ini.
Cerita menarik menjelang kongres PKR akan dikupas dengan lebih lanjut dalam makalah yang lain pula.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

11 Nov 2013

Siapa Yang Sedang Mencaturkan PAS?


Menjelang Muktamar PAS 24 November ini, bukan sahaja politik dalaman PAS semakin bergolak, tetapi ia turut menyaksikan rakan sekutunya, DAP, sama-sama menyibuk, mengacah dan menjentik PAS agar menari mengikut rentak mereka.
 
Ini terbukti apabila Karpal Singh, dengan tidak semena-mena membuat kenyataan yang begitu 'menyakitkan' PAS dengan mengecam parti yang berasaskan kaum dan agama sebagai merbahaya.  Karpal juga menyarankan parti seperti PAS dibubarkan sahaja atas alasan tidak menepati 'sifat' negara ini yang majmuk. 
 
PAS menjadi bertambah kelam kabut apabila sebuah laman facebook melaporkan petikan kenyataan AJK Kerja PAS Pusat iaitu Dr. Siti Mariah Mahmud yang menyarankan agar Majlis Syura Ulama dibubarkan saja.  Beliau juga dilaporkan berkata bahawa cadangan melantik Presiden dan Timbalan Presiden PAS di kalangan Ulama sebagai cadangan yang kurang bijak. 
 
Bagaimanapun, Dr. Mariah kemudiannya dikatakan menafikan kenyataan tersebut.   Sehingga kini, tiada siapa yang dapat mengesahkan kisah sebenar mengenai laporan facebook itu. 
 
Benar atau tidak, kita semua tahu bahawa PAS telah lama membelakangkan Majlis Syura termasuk pemimpin dari kalangan Ulama sendiri.    Antaranya, isu mengenai Kalimah Allah di mana PAS dilihat berada dalam keadaan kabur dan keliru, tidak tahu untuk berpegang kepada pendirian Majlis Syura atau keputusan Pakatan Rakyat. 
 
Di kalangan akar umbi PAS, mereka menganggap Majlis Syura sebagai badan tertinggi mengatasi segala yang lain.  Namun mereka lupa bahawa PAS tertakluk di bawah kerjasama dengan Pakatan Rakyat yang mana secara automatik meletakkan keseluruhan parti itu di bawah satu payung yang diketuai oleh Anwar Ibrahim. 
 
Justeru, semua keputusan wajib mengambilkira pandangan sekutu PAS iaitu DAP dan PKR, serta wajib pula diluluskan oleh Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang. 
 
Umum tahu bahawa DAP dan PKR sama sekali tidak bersetuju sekiranya Ulama menerajui PAS. 
 
Dengan kemasukan golongan Anwarinas secara meluas di dalam PAS, maka tidak mustahil bahawa PAS sedang dicatur dari dalam agar menepati pendirian PKR/Anwar Ibrahim. 
 
Manakala, dari luar pula, PAS sedang dicatur oleh DAP.   Contohnya, kenyataan Karpal sebenarnya hanyalah sebagai ujikaji terhadap reaksi PAS, mungkin untuk mengenalpasti secara tepat siapakah yang paling lantang menentang DAP dan siapa pula yang menyokong.  Selain itu, kenyataan Karpal juga boleh dijadikan sebagai alat untuk menonjolkan mereka yang bakal bertanding dalam Muktamar nanti. 
 
Inilah masanya bagi mereka untuk menunjuk 'Islam' dan 'lantang' menempelak Karpal.  Inilah masanya untuk menunjuk sebagai pejuang tulin yang tidak gentar dengan kafir harbi. 
 
Malangnya, percaturan PAS hanyalah sebahagian dari mainan politik DAP dan PKR yang jauh lebih besar dari sekadar pemilihan parti.  Kita pasti, sepertimana kenyataan Karpal mengenai parti berasaskan agama, isu mengenai saranan pembubaran Majlis Syura adalah sebenarnya suara DAP dan PKR. 
 
Percaya atau tidak, PAS kini sedang berhadapan dengan cabaran yang melibatkan akidah dan iman.  PAS sedang diasak dari dalam dan dari luar agar menghumbankan saja golongan Ulama yang degil tidak dapat menerima pendekatan liberal dan plural DAP dan PKR. 
 
Persoalannya, mampukah golongan Ulama PAS menolak asakan mereka?  Apakah ahli-ahli PAS menyedari apa yang sedang berlaku di dalam parti mereka? 
 
Apapun, hanya Muktamar PAS yang dapat memberikan jawapan kepada semua persoalan ini.   Sekiranya golongan Anwarinas berjaya memegang jawatan penting, maka bersedialah untuk PAS yang hanya Islam pada nama.  Sekiranya balaci DAP juga turut berjaya menduduki jawatan tinggi, maka bersedialah PAS untuk menghapuskan terus nama 'Islam' pada parti mereka. 

4 Nov 2013

Analisa: BN Tempangkan PAS Di Sg Limau


Keputusan Pilihanraya N20 Sg Limau sudah pun diketahui umum. Jangkaan PAS mempertahankan kerusi DUN tersebut telah pun dijangka. PAS memperoleh 12,069 undi manakala BN memperoleh 10,985 undi. Keputusan ini memperlihatkan majoriti PAS merosot kepada 1,084 berbanding 2,774 majoriti pada PRU 13 yang lalu.

Walau bagaimanapun, usaha keras BN menembusi kubu kuat PAS telah menempangkan PAS di Sg Limau. PAS dan Pakatan Rakyat telah menggunakan seluruh kekuatan jenteranya untuk mempertahankan DUN Sg Limau. PAS dilihat sangat terdesak sehingga memaksa mereka mengerahkan jentera pemudanya untuk membuat flash mob motosikal dan kereta sepanjang hari pengundian. Ini telah menyebabkan kesesakan teruk sepanjang lebih 15 km di semua peti undi.

Kemerosotan undi terhadap PAS juga adalah disebabkan penolakan pengundi terhadap kepimpinan Mahfuz Omar selaku Pengarah Pilihanraya PRK N20 Sg Limau. Mahfuz Omar sangat dikenali sebagai orang di belakang Dr Phahrolrazi untuk menentang Allahyarham Tan Sri Azizan suatu ketika dahulu. 

Ini terbukti apabila beberapa Daerah Mengundi yang menjadi tradisi PAS telah membuat kejutan dengan memilih Dr Sohaimi Lazim. Antara Daerah Mengundi yang merupakan kubu kuat PAS tetapi telah tumbang kepada BN adalah Daerah Mengundi Kabu 10, Daerah Mengundi Sungai Limau, Daerah Mengundi Sedaka dan daerah Mengundi Padang Lumat. Faktor ini didorong oleh perpecahan dalaman PAS selain kemarahan akibat banyak campur tangan petugas luar negeri Kedah. 

Antara faktor berubah undi juga pastilah sebagai tanda protes dan kemarahan penyokong PAS terhadap kem Mahfuz Omar dan Phahrolrazi.

Antara faktor lain yang menyebabkan kemerosotan undi kepada PAS adalah pengundi luar. Pengundi luar yang pulang mengundi amat rendah. Ini dipengaruhi oleh tarikh hari pengundian yang jatuh pada hari bekerja. Selain itu, tahap keyakinan yang tinggi terhadap PAS untuk mengekalkan kemenangan juga mendorong pengundi luar untuk tidak pulang mengundi.

Menurut penganalisis politik, faktor kecil pengundi Cina juga telah menjejaskan undi terhadap PAS. Pada PRU 13 yang lalu, hampir 90% pengundi Cina telah keluar mengundi dan 87% daripadanya telah memilih PAS. Beliau menambah, pada kali ini hanya 51% pengundi Cina mengambil keputusan untuk mengundi. Hampir 49% daripadanya telah memilih calon Barisan Nasional manakala selebihnya memilih calon PAS. 

Isu ekonomi seperti kenaikan harga minyak dan Cukai Barangan & Perkhidmatan telah mendorong pengundi Cina kekal mengundi PAS. Kemerosotan jumlah keluar pengundi Cina adalah disebabkan mereka mula berasa tertipu oleh janji – janji manis Pakatan Rakyat terutama Anwar Ibrahim sekaligus mengambil keputusan untuk tidak keluar mengundi. Inilah adalah tanda protes diam masyarakat Cina terhadap Pakatan Rakyat dan sekiranya trend ini berterusan maka peluang untuk pengundi Cina pulang kepada Barisan Nasional sangat tinggi.
  
Secara moralnya Barisan Nasional telah berjaya mengubah paradigma pemikiran pengundi di Sg Limau. PAS hanya memenangi 9 Pusat Daerah Mengundi berbanding 13 Pusat Daerah Mengundi pada PRU lalu. Manakala BN telah meningkat dengan baik apabila memenangi 10 Pusat Daerah Mengundi daripada 19 Pusat Daerah Mengundi keseluruhan. Kesimpulannya, laungan Berani Hijrah oleh Barisan Nasional telah menempangkan sokongan PAS di kubu kuatnya.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Taktik Kotor dalam PRK Sg. Limau Bakal Kuburkan PAS


Dalam dua minggu ini, kita telah menyaksikan bagaimana taktik kotor dalam berkempen mencemari PRK Sg. Limau. 
 
Antara yang paling hangat diperkatakan ialah tindakan PAS menggunakan gambar superimpose dalam usaha untuk menunjukkan kononnya calon mereka rapat dengan arwah Tan Seri Azizan.  PAS ternyata tidak mampu memutarbelit isu ini dan terpaksa mengakui bahawa mereka menipu atau bermain kotor semata-mata untuk meraih undi. 
 
Satu lagi taktik yang kurang menyenangkan ialah tindakan PAS menggunakan gambar arwah sebagai bahan kempen.  Ini dilihat sebagai cubaan mengheret orang yang 'telah tiada' dalam kempen politik dunia, iaitu amat biadap dan tidak sensitive. 
 
PAS juga dikesan sengaja mengsabotaj banner dan bunting yang BN iaitu satu tindakan yang tidak matang dan tidak menepati ajaran Islam. 
 
Hari mengundi pula memperlihatkan PAS semakin ganas, sehingga sanggup membaling bata ke arah wanita hanya kerana beliau berkempen untuk UMNO. 
 
Jelas, akhlak Islam langsung tidak ada pada PAS. 
 
Namun, semua taktik ini tidak dapat menandingi perbuatan meletakkan replika kaki di lampu isyarat bagi menyindir arwah Tan Sri Azizan.  Malangnya, setakat ini tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab dan tiada tangkapan dibuat. 
 
Pihak PAS cuba membayangkan bahawa itu adalah perbuatan UMNO manakala pihak UMNO pula menuduh PAS melakukannya sendiri untuk menyalahkan UMNO. Sehingga kini, tuduh menuduh ini tidak membawa apa-apa penyelesaian, manakala rakyat terus menggeleng-gelengkan kepala melihat politik keterlaluan di Sg. Limau. 
 
Bagaimanapun, ramai cenderung mempercayai PAS yang melakukannya kerana PAS sudah terkenal dengan taktik kotor.  Di masa yang sama, UMNO pula terkenal dengan kempen bersih yang dipromosi oleh Datuk Mukhriz Mahathir. 
 
Sebenarnya, reputasi PAS telah terhapus sepenuhnya sejurus selepas gambar superimpose calon dengan arwah Tan Sri Azizan didedahkan.  Pendek kata, PAS telah sinonim dengan taktik kotor dan dengan itu, rakyat lebih mudah percaya bahawa PAS yang meletakkan replika kaki di lampu isyarat di kawasan itu semata-mata untuk menuduh UMNO. 
 
Dengan sikap PAS yang begitu hina, kita hairan jika masih ada pengundi Sungai Limau yang mengundi PAS dalam PRK ini.   Parti yang sanggup berkempen cara kotor tetapi menggunakan nama Islam, wajib ditolak mentah-mentah.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

PRK Sg. Limau:  Mampukah Sungai Limau Berubah?


Hari ini, para pengundi di DUN Sungai Limau, Yan, Kedah turun membuang undi bagi menentukan 'nasib' kawasan mereka.  Bagaikan tersekat dalam ruang masa di tahun 80-an, kawasan ini tidak pernah mengalami perubahan, jauh sekali kemajuan.  Apabila kawasan lain di sekitar mengalami perubahan dari segi pembangunan, kawasan ini terus terbiar seolah-olah tidak dipedulikan. 
 
Oleh kerana kawasan ini menjadi kubu kuat PAS maka kerajaan Kedah pimpinan UMNO sebelum ini, tidak mampu menghulurkan bantuan yang berkesan. Memandangkan PAS terus menang di Sg. Limau, maka kita melihat itu sebagai isyarat yang penduduk di situ sememangnya enggan berubah. 
 
Ini terbukti apabila PAS berjaya merampas kepimpinan Kedah dan Menteri Besar yang dilantik  merupakan ADUN Sungai Limau sendiri dan Sg. Limau masih lagi tidak mengalami apa-apa perubahan.  Begitupun, sentimen menyokong PAS terus kuat dan perasaan sayang para penduduk terhadap arwah bekas Menteri Besar dari PAS itu juga cukup terasa. 
 
Justeru, kita tertanya-tanya, apakah penduduk Sungai Limau sememangnya enggan berubah dan ingin terus hidup dalam keadaan terkebelakang, jauh dari arus kemodenan dan kecanggihan dunia?  Mungkinkan penduduk di sini benar-benar enggan memajukan diri?
 
Bukankah Islam menuntut umatnya agar memajukan diri?  Bukankah penduduk Sungai Limau amat gemar melaungkan Islam? 
 
Umat Islam telah diingatkan bahawa kemiskinan akan mendekatkan kita kepada kekufuran.  Untuk keluar dari kemiskinan, kita wajib menimba ilmu dan berusaha.  Kita tidak boleh hanya duduk menerima nasib sendiri tanpa sedikit pun 'berjuang' untuk meningkatkan taraf hidup kita.   Hanya melalui ilmu maka pemikiran kita akan lebih terbuka dan mampu menganalisa fakta dan angka agar tidak mudah diperdaya oleh sesiapa.  Hanya melalui ilmu maka kita akan menjadi ummah yang kuat. 
 
Justeru, bukankah itu yang penduduk Sungai Limau inginkan?  Iaitu untuk menjadi sebahagian dari ummah yang kuat? 
 
Kita percaya setiap yang mengaku Islam pasti mempunyai impian untuk melihat kekuatan ummah.  Kita mungkin tidak mampu mengubah pemikiran atau membantu umat Islam di negara lain atau di negeri lain untuk mencapai impian itu tetapi, kita boleh saja memulakan dengan diri sendiri. 
 
Pilihanraya Kecil Sg. Limau ini adalah peluang terbaik untuk melakukan perubahan itu.  Ia adalah langkah pertama untuk membawa keluar Sg. Limau keluar dari kemunduran.  Melalui PRK ini, Sg. Limau mampu berubah dan menjadi kawasan yang rancak dengan aktiviti serta mungkin juga cemerlang dari segi ekonomi.  Ini tidak mustahil jika melihat dari perancangan-perancangan bagi kawasan ini yang telah digariskan oleh arwah Menteri Besar dan turut dipersetujui oleh Menteri Besar Kedah sekarang ini.
 
Siapa tahu bakat dan kebolehan yang mungkin ada di kalangan anak-anak Sg. Limau jika mereka tidak didedahkan kepada arus kemodenan dunia.  Siapa tahu akan potensi yang ada di kalangan penduduk di situ sekiranya tidak pernah berpeluang menyerlahkannya. 
 
Bakat, kebolehan, potensi dan peluang adalah kurniaan Allah SWT dan ia perlu diteroka dan dipupuk agar dapat digunakan bagi menfaat seluruh manusia.  Ini tidak akan dapat dilakukan jika Sg. Limau terus di takuk lama, di mana pemikiran penduduknya hanya dipenuhi dengan politik PAS-UMNO manakala sekolah-sekolah agama terus terbiar dan tidak mampu merealisasikan ajaran AlQuran seperti yang diangan-angankan. 
 
Fikirkanlah, sampai bila Sungai Limau harus begini? 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

3 Nov 2013

Mahfuz Bakal Mampos, Sebab Gambar Mukriz


Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar sekali lagi naik sawan apabila melihat peningkatan sokongan masyarakat di Sungai Limau terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Omar. Maklumlah, dia sebelum ini merasakan Umno sebagai parti'underdog' pasti akan berdepan dengan laluan sukar di DUN yang telah lama menjadi kubu kuat Pas itu.
 
Masakan tidak, sudah hampir 20 tahun DUN Sungai Limau berada di bawah penguasaan Pas, namun itu tidak bermakna sokongan itu akan kekal selamanya. Ini kerana sekiranya parti itu tidak berdepan dengan masalah perpecahan dan sabotaj dalaman, sudah pasti akan menyukarkan Umno untuk menembusi kawasan hitam itu.
 
Malah masyarakat Sungai Limau dan majoriti rakyat Kedah tahu akan masalah yang sedang melanda parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu. Masing-masing cuba menonjol dan saling menjatuhkan antara satu sama lain. Namun apa yang menyedihkan, mereka saling menggunakan Islam sebagai perisai untuk membunuh'musuh politik' walaupun berada di bawah payung yang sama.
 
Mahfuz yang sebelum ini dilabelkan sebagai Naib Presiden kelas 3, kerana sering membawa isu remeh, dilihat sebagai kesilapan utama Pas pusat. Ini kerana pelantikannya sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri untuk mengemudi jentera perang telah meletakkan Pas Kedah semakin teruk berpecah kerana masalah dalaman.
 
Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, Mahfuz sebelum ini cuba mempertikaikan isu gambar poster calon BN yang dikatakan akan mengelirukan pengundi. Dia berkata, perkara itu berlaku kerana pengundi Dun Sungai Limau mungkin terpengaruh atau tertipu kononnya yang bertanding itu adalah Mukhriz, yang merupakan Menteri Besar Kedah, dan bukannya calon BN.
 
"Saya nak SPR beri penjelasan siapakah yang bertanding, adakah Mukhriz ataupun Dr Ahmad Sohami Lazim?
 
"Apakah untuk mendapatkan populariti kononnya seolah-olah Mukhriz lebih popular berbanding calon BN yang tidak popular. Jadi, untuk menawan hati dan pemikiran pengundi-pengundi, maka digunakan gambar Mukhriz seolah-olah calon yang bertanding di Dun Sungai Limau adalah Mukhriz," katanya.
 
Namun apa yang menghairankan ialah, Mahfuz lansung tidak membangkitkan isu Pas yang mengunakan gambar Mantan Menteri Besar Kedah, Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak sepanjang tempoh kempen dijalankan.
 
Malah baru-baru ini media arus perdana turut mempertikaikan tindakan parti itu yang mengunakan teknik superimposed untuk menipu pengundi yang rata-rata mempunyai hubungan keluarga dengan Allahyarham Ustaz Azizan. Mereka dilaporkan telah mereka cipta beberapa keping gambar, yang bertujuan untuk membayangkan kononnya calon Pas itu mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham Ustaz Azizan.
 
Malah para petugas yang ditemui turut mendedahkan, bagaimana Mahfuz selaku Ahli Parlimen Pokok Sena turut mengunakan gambar mantan Presiden Pas, Allahyarham Dato Fadzil Mohd Noor ketika kempen pilihanraya umum yang lalu.
 
Itu belum lagi di ambil kira, pendekatan Pas yang mengunakan gambar Hadi Awang dan Nik Aziz ketika berkempen. Malah gambar Nik Aziz berdoa adakalanya lebih banyak dari gambar calon Pas sendiri, seolah-olah bekan Menteri Besar itu yang bertanding di setiap kawasan.
 
Kesimpulannya, ada baiknya Mahfuz ini mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mempertikaikan gerak kerja orang lain. Kepada Mukhriz di harap meneruskan semua gerak kerja yang telah dan sedang dijalankan ketika ini. Pedulikan Mahfuz Omar itu, kerana kariernya bakal 'mampos' sebaik sahaja pihak SPR mengumumkan kemenangan calon BN pada 4 November ini.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

2 Ahli Pas Ditahan Kerana Gantung Patung Potong Kaki Potong


Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, jentera kempen Pas yang dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan replika patung kaki sebagai usaha untuk menimbulkan kemarahan pengundi di Sungai Limau.
 
Jentera Barisan Nasional (BN) sebelum ini dikatakan berang dengan tindakan tidak bermaruah pihak yang tidak bertanggungjawab itu, yang jelas ingin menggunakan isu tersebut bagi menyalahkan BN/Umno.
 
Seperti ada satu gerakan terancang, blog-blog pembangkang dengan segera memainkan isu tersebut bagi menyalahkan parti Umno yang dikatakan cuba menghina Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak dan keluarganya. Sedangkan secara logiknya, mana mungkin Umno akan bertindak sejauh itu kerana umum mengetahui Azizan adalah merupakan tokoh yang dihormati.
 
Tambahan pula, kebanyakan pengundi di Sungai Limau adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan bekas Menteri Besar Kedah itu.
 
Bagi mengelakkan sebarang persepsi buruk dan sangkaan jahat, jentera BN/Umno telah mengambil pendekatan segera, bagi menafikan penglibatan parti itu dalam menggantung patung yang dipotong kakinya di kawasan Titi Batu dan Bukit Besar.
 
Tidak cukup dengan, Pengerusi BN Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir turut membuat laporan polis semalam, untuk membolehkan satu siasatan diajalankan untuk membawa mereka yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.
 
Jamil Khir ketika mengulas lanjut mengenai perkara itu melahirkan rasa kesal terhadap tindakan biadab tersebut.
 
"Saya amat kesal dengan kejadian ini kerana ia satu provokasi melampau yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan mungkin dilakukan oleh pakatan pembangkang pada saat-saat akhir berkempen ini.
 
"Perkara ini sangat tidak wajar dan saya menafikan penglibatan BN dalam hal ini, kami masih ada etika dan tidak sampai ke tahap melakukan perkara sebegitu. Secara logiknya kenapa kita nak gantung patung tersebut berhampiran bilik gerakan BN" ," katanya semalam.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pula menyifatkan tindakan pihak yang menggantung patung kaki di tiga lokasi berasingan sebagai sikap tidak bertanggungjawab sekali gus melanggar peraturan kempen pilihan raya.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, tindakan tersebut tidak sesuai dijadikan bahan kempen dan tidak mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau.
Beliau berkata, SPR telah mengarahkan Pegawai Pilihanraya Negeri untuk membersihkan replika tersebut awal pagi tadi.
"Itu sangat tidak bertanggungjawab, mereka yang pasang patung itu telah mengguris hati keluarga Allahyarham. Saya dari mula lagi sudah pesan buat kempen secara berhemah, jangan langgar peraturan" katanya.
 
Patung berwarna kelabu yang dipotong separuh kaki sehingga paras betis dan tertulis perkataan 'ini kaki Ustaz Azizan' digantung di atas wayar elektrik berhampiran bilik gerakan BN di kawasan tersebut.
 
Seperti kata pepatah, doa orang yang teraniya akan segera dimakbulkan Allah swt. Hasil maklumat orang kampung, semalam dilaporkan satu tangkapan telah dibuat terhadap 2 orang lelaki Melayu kerana disyaki sedang menggantungkan satu lagi patung kaki di kampung Batu 16.
 
Paling menarik, apabila disiasat kedua-dua suspek tersebut adalah merupakan ahli Pas dari kawasan Pokok Sena. Bagi mengelakkan mereka terus dibelasah oleh penduduk kampung yang berang atas tindakan yang dilakukan itu, pihak polis terpaksa mententeramkan keadaan dengan menahan kedua-duanya.


--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.