28 Sep 2013

Tiada Alasan Moral Untuk Nasihat Berkenaan Integrit

Baru-baru ini, media tempatan dan media asing dengan sewenang-wenangnya menggelarkan negara-negara tertentu sebagai korup dengan menggunakan "kajian" yang dilaksanakan oleh Ernst & Young sepertimana yang mereka laporkan di "Asia-Pacific Fraud Survery Report Series 2013" (Laporan Kajian Penipuan Asia-Pasifik 2013). Yang paling mengecewakan ialah kebanyakkan media tempatan tidak menjalankan kajian menyeluruh terhadap laporan-laporan tersebut sebelum menulisnya di dalam portal atau suratkhabar mereka. Ada diantara tajuk yang digunakan oleh pihak media berkenaan report tersebut memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling korup. Ada juga menceritakan bagaimana Malaysia adalah sebuah negara yang paling lemah apabila berhadapan dengan penipuan korporat  dan juga perihal syarikat Malaysia yang bersedia untuk membuat kerja sambil lewa.
            Secara realistik, laporan yang dijadikan sebagai rujukan itu mengandungi terlalu banyak kesalahan dan ia mengejutkan kerajaan dan rakyat sesebuah negara yang dibicarakan didalam laporan tersebut. Kebanyakkan negara yang terkena tempias laporan kurang tepat ini mengambil langkah tidak mempedulikan laporan tersebut.
            Walaupun syarikat yang mengeluarkan report tersebut adalah syarikat perakaunan, ia tidak bermaksud bahawa keputusan yang diwar-warkan oleh mereka adalah sempurna dan tepat. Sayangnya, untuk kes ini, tiada maklumat tepat dapat diberikan oleh firma tersebut . Para pengkaji yang menjalankan kajian ini biasanya akan terpengaruh dengan dunia luar, faktor dalaman, kehendak agar "laporan" mereka akan dikeluarkan, menaikkan taraf karier mereka, menerima dana dan juga untuk memenangi sesuatu pemilihan parti politik.
Menggunakan Metodologi Kajian Yang boleh dipertikai.

Sampel Size.
Suruhanjaya yang diterajui oleh EY dan dilaksanakan oleh Asia Risk, dan projek Asia-Pacific Fraud hanya mendapat 681 undi dikalangan eksekutif, manager pengurusan, dan pekerja "call center" yang telah bermula dari March kepada May 2013 dan ini meliputi semua negara di Asia-Pasifik seperti Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, South Korea dan Vietnam.
Sampel Size untuk Malaysia adalah hanya 103 eksekutif. Bolehkah pemandangan 103 eksekutifmenjadi wakil tahap integriti persekitaran perniagaan? Bagaimana kuat, tepat, dan boleh dipercayai daripandangan ini 103 elit eksekutif untuk mengeluarkan laporan mengatakan bahawa:
 
 
... amalan rasuah dan korupsi  berleluasa di Malaysia. 39% daripada responden mengatakan bahawa amalan rasuah atau korupsi berlaku secara terang-terangan dan meluas di Malaysia, ianya hampir dua kali ganda di Asia Pasifik dibawah kadar purata 21%. Tambahan pula, 29% daripada responden mengatakan bahawa amalan rasuah atau korupsi telah meningkat disebabkan oleh keadaan ekonomi yang sukar dan persaingan yang meningkat, ianya merupakannegara ketiga tertinggi di kalangan negara-negara yang dikaji.
103 orang yang membuat survey jika dibandingkan dengan 20.24 juta rakyat Malaysia hanyalah berkadaran 0.0003522571% sahaja dari populasi warganegara Malaysia. Adakah dengan menggunakan nisbah ini Ernst and Young mempunyai hak untuk menyatakan apa-apa "fakta" mengenai kadar rasuah dan korupsi yang sedang berlaku di Malaysia?
Kaedah Persampelan:
Laporan tersebut juga tidak menyatakan bagaimanakah kaedah persampelan digunakan untuk mengenalpasti 103 eksekutif yang diambil buah fikiran mereka untuk dizahirkan didalam laporan tersebut. 
Apa yang dinyatakan hanyalah "sample kajian telah direka untuk mengambil kira pandangan staf yang mempunyai tanggungjawab untuk menangani penipuan, rasuah dan hal-hal pematuhan korporat di syarikat multinasional, syarikat domestik dan GLC. Ini termasuk dari sektor Minyak dan Gas, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Ekuiti Persendirian, Peruncitan, Hospitaliti, Galian dan Mineral.
Ungkapan "sampel mengundi telah direka untuk mendapatkan pandangan staff" melemahkankebolehpercayaan kerana ia adalah pengakuan yang jelas bahawa kaedah persampelan tersebut telah gagal  dari awal. Ia kemungkinan besar dilaksanakan dengan bertujuan untuk mendapat sesuatu keputusan yang mereka sendiri telah jangkakan.
Sepatutnya, kajian dipercayai MESTI menggunakan sampel rawak, menggunakan saiz sampel yang sesuai, mengelakkan berat sebelah, dan mesti dijalankan oleh penyelidik yang kekalobjektif dan tidak terpengaruh oleh pembiayaan atau keinginan untuk mendapatkan keputusan yang tertentu. Kaedah rawak dalam persampelan adalah penting untuk memastikan kesahihanpenyelidikan. Ini tidak berlaku di dalam kajian ini kerana ianya terlalu berat sebelah.
Siapa peduli dengan apa yang dikatakan oleh Ernst and Young:
Lanjutan daripada laporan tersebut 21% daripada responden mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan prosedur dalaman syarikat mereka sendiri untuk menangani masalah penipuan. Hanya sebahagian kecil mereka yang terlibat dengan kajian tersebut yang mengharapkan teknik atau kaedah lain untuk menangani masalah penipuan. Contohnya, hanya 12% daripada responden mengatakan penggunaan teknologi dan sains sepeti forensic adalah salah satu cara terbaik untuk menangani penyelewengan.
Who doesn't know a research finding is less likely to be true when the studies conducted in a field are smaller?
Telah terbukti bahawa Laporan Kajian Penipuan Asia-Pasifik 2013 penuh dengan bias, dari awal penyelidikan dijalankan sehinggalah ayatnya yang terakhir. Kita boleh melihat bagaimana gabungan reka bentuk pelbagai , data, analisis, dan faktor-faktor pembentangan telah dimanipulasi untuk menghasilkan hasil penyelidikan mengikut citarasa mereka apabila keputusan yang mereka mahukan tidak dapat dihasilkan . Lihatlah kaedah dan analisis atau laporan keputusan . Jelas sekali , laporan itu memaparkan laporan terpilih atau diputarbelitkan untuk meunjukkan bahawa ianya adalah hasil daripada sebuah kajian yang neutral.
Instrumen penyelidikan:
Laporan itu tidak mendedahkan instrumen kajian yang digunakan. Apa yang kami boleh simpulkan ialah penyelidik mereka meminta responden untuk
 "pendapat mereka mengenai apa usaha sedang diambil berjaya untuk mengurangkan risiko tersebut. Semua peserta kajian kami bekerja di syarikat-syarikat dengan perolehan melebihi USD500 juta dan industri yang terdiri daripada industri perkhidmatan kewangan, dari runcit kepada sumber-sumber semula jadi. "
Adakah ini dilakukan melalui soal selidik bebas atau dikawal ? Selain itu, adakah ia melalui temu bual berstruktur atau tidak berstruktur ? Adakah soalan-soalan terbuka  atau tertutup ? Setiap jenis  instrumen penyelidikan mempunyai kelebihan tersendiri dan peraturannya. Pendek kata kita sebenarnya tidak tahu dan tidak diberitahu tentang bagaimana kaedah penyelidikan dijalankan. Seolah-olah menghina kepintaran kita, semua yang dinyatakan seolah-oleh tidak dijalankan dengan lebih mendalam dan serius.
Sememangnya laporan seperti ini tiada nilai. Negara-negara yang disebut dan digambarkan negatif termasuk Malaysia, Singapura , Australia, China, Indonesia , New Zealand , Korea Selatan dan Vietnam, akan merasa tersinggung dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka. Tindakan undang-undang perlu dilaksanakan terhadap firma tersebut yang berniat buruk terhadap negara-negara ini.
Kesimpulannya , laporan keseluruhan adalah mereka hanya bermain dengan kata-kata dan taktik kotor dalam cubaan mereka untuk meningkatkan prestij syarikat. Pada hakikatnya, usaha itu adalah bencana. Kajian ini perlu dibuang kedalam tong sampah, kerana ia tidak mencapai standard yang sepatutnya ada di dalam mana-mana penyelidikan.
Dengan standard yang rendah di dalam penyelidikan, Ernst & Young tidak mempunyai alasan moral untuk mengajar apa-apa tentang rasuah kepada negara-negara di rantau Asia. Chris Fordham , Rakan Kongsi Pengurusan Ernst & Young (Unit Perkhidmatan Siasatan Penipuan & Pertikaian Perkhidmatan untuk Asia Pasifik), telah memberikan kata pengantar untuk kajian ini.Setelah bekerja di sebilangan besar siasatan forensik , dan penipuan, rasuah dan anti- pengubahan wang haram penglibatan perunding risiko, siapa yang akan menjangka bahawa standard yang dikeluarkan oleh beliau untuk penyiasatan penipuan tidak mematuhi aspek kebolehpercayaan dan kesahihan di dalam keputusan kajiannya. Perbuatan untuk mengedarkan kajian yang cacat seperti itu adalah salah dan tidak professional. Sekiranyan Ernst & Young ingin membuat apa-apa lagi kajian mereka hendaklah sentiasa mengamalkan integriti yang tinggi, kadar pendapat yang meluas, kebolehpercayaan dan kesahihan.
 

14 Sep 2013


MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
OLEH
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU),
JAM 10.00 PAGI,
BERTEMPAT DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya.

2. Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

3. Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, bagi tempoh 5 tahun akan datang,.... demi meneruskan agenda Melayu dan Bumiputera di tanah air tercinta ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4. Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita.

5. Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan......, Yes... indeed!!!... we hear you... we hear you loud and clear.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

6. Sejak negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963, Sabah dan Sarawak pula bergabung bagi membentuk Malaysia. Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa sejuta rahmat kepada kita. Lusa, dengan izin Tuhan jua, kita akan menyambut genapnya lima puluh tahun, perayaan jubli emas Malaysia, yang InsyaAllah akan saya hadiri di Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

7. Menyonsong populasi negara, pada tahun 1970, Bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus penduduk. Orang Melayu terdiri daripada sembilan suku kaum utama, orang asli pula terbahagi kepada 18 kategori, Bumiputera Sabah sebanyak 40 suku, manakala di Sarawak terdapat sejumlah 60 etnik.

8. Semasa Perhimpunan Agong UMNO Tahun 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima.... Mamak dan Malabari pun....... dah serap ke Melayu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

9. Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

10. Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu,  dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

11. Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak  boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12. Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional. Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020.

13. Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

14. Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

15. Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan tragedi 13 Mei 1969.

16. Begitulah Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.

17. Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

18. Sejak merdeka, Kerajaan telah mewujudkan pelbagai instrumen dan institusi demi Melayu dan Bumiputera, antaranya, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, UDA, PERNAS, DARA, JENGKA, KETENGAH dan KESEDAR. Perdana Menteri Ketiga yakni, Tun Hussein Onn pula telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional.

19. Seperti yang kita maklumi juga, kepentingan Bumiputera telah diperkukuhkan lagi oleh Perdana Menteri Keempat, yakni Tun Dr. Mahathir melalui Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020, yang menjadi landasan perjalanan negara kini. Perdana Menteri Kelima pula, Tun Abdullah telah mewujudkan Koridor-Koridor untuk merancakkan pembangunan ekonomi wilayah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

20. Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan telah melancarkan Model Baru Ekonomi, yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, dengan pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan Bumiputera setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira tujuh tahun lagi.

21. Selain itu, secara dasarnya, Model Baru Ekonomi memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan atau growth with equity, bagi mempastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara.

22. Manakala, Rancangan Malaysia Kesepuluh, bermula pada tahun 2011 yang lalu hingga 2015 nanti, bertujuan untuk menyediakan peluang yang adil kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik mahupun latar kedudukan geografi, untuk terlibat sama dalam semua aktiviti ekonomi. Ini, adalah berasaskan kepada prinsip mesra pasaran, berasaskan keperluan, telus dan meritokrasi. Akan tetapi meritokrasi yang kita maksudkan di sini adalah persaingan dalam kalangan Bumiputera.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

23. Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan. Hasil pelaksanaan program transformasi, pertumbuhan ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang kukuh dalam situasi ekonomi global tidak menentu. Pada tahun 2011 dan 2012, kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang masing-masing sebanyak 5.1 dan 5.6 peratus.

24. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, pertumbuhan secara berterusan begini, adalah amat penting, kerana, pertama, dengan adanya pertumbuhan, barulah kita dapat mengagihkan kekayaan negara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

25. Melalui perancangan ekonomi yang rapi dan bijaksana, taraf hidup Bumiputera telah meningkat. Misalnya, pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera telah naik daripada 172 ringgit pada tahun 1970an kepada 4,457 ringgit pada tahun 2012 atau hampir 2,500 peratus dalam jangkamasa 42 tahun.

26. Kadar kemiskinan Bumiputera pula, telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970an kepada 2.2 peratus pada tahun 2012. Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011.

27. Selain itu, kecuali dalam beberapa sektor guna tenaga tertentu, bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam kategori profesional, terutamanya golongan bertauliah seperti doktor-doktor perubatan, para jurutera dan para peguam sudah menghampiri peratusan komposisi kaum.

28. Ini membuktikan, Dasar Ekonomi Baru, sebagai langkah awal telah berjaya menangani jurang antara kaum dalam usaha membangunkan sosioekonomi masyarakat Bumiputera. Jelasnya, sepanjang lebih 4 dekad, masyarakat Bumiputera telah melalui Fasa Pertama Transformasi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

29. Namun begitu, Kerajaan sedia maklum bahawa masih wujudnya jurang ketaksamaan pendapatan antara etnik. Sebagai contoh, pada tahun 2012,  pendapatan purata bulanan kaum Cina lebih tinggi berbanding Bumiputera pada nisbah 1 kepada 1.43 kali ganda.

30. Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat pula, kita masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus. Effective control kita ke atas syarikat korporat terkini hanyalah pada sekitar 10 peratus. Kerajaan juga faham bahawa penglibatan masyarakat Bumiputera dalam aktiviti keusahawanan masih tidak signifikan dan majoritinya hanya berada pada tahap usahawan kecil dan mikro.

31. Lantaran yang demikian, Tuan-Tuan dan Puan-Puan....... atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini...., maka, .... pada hari ini........, Kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas.

32. Perjumpaan penuh bermakna dan bersejarah ini, kita namakan sebagai  Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Masyarakat Bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya........  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberi fokus kepada lima strategi utama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Pertama : MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

33. Seperti kita maklumi, modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah berjaya menempatkan secara signifikan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri dan luar negara. Oleh itu, fasa seterusnya adalah pemerkasaan modal insan Bumiputera yang menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran.

34. Untuk tujuan itu, pertamanya, bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan. 

35. Dalam aspek ini juga, program re-skilling akan dipergiatkan. Untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan. Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif. 

36. Kedua, kepada golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah.

37. Ketiganya, bagi menambah bilangan Bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

38. Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kedua : MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

39. Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak 200 ribu ringgit. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan, terutamanya golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

40. Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Ketiga : MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

41. Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. Sebagai contoh, dalam tahun 2012, transaksi rumah kediaman yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, menunjukkan hanya 36.3 peratus transaksi rumah kediaman melibatkan Bumiputera dengan nilainya hampir 18 bilion ringgit atau 26 peratus.
42. Pada sudut lain pula, banyak aset bukan kewangan seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Bumiputera Islam, yang tidak diuruskan secara teratur atau terbiar menyebabkan nilai aset berkenaan menjadi rendah. Justeru, bagi mengoptimakan nilai dan manfaat aset berkenaan, sebagai permulaan, Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat.

43. Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

44. Di samping itu, kerajaan menyedari tahap kemampuan masyarakat Bumiputera untuk memiliki rumah adalah rendah dan ditambah lagi dengan harga pasaran rumah yang semakin meningkat. Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan Bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
45. Manakala menurut perangkaan, 58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah Bumiputera. Namun, Kerajaan tahu, peratusan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar adalah kecil. Maka, tanpa intervensi Kerajaan, bagi membetulkan keadaan ini, kedudukan pemilikan hartanah Bumiputera semakin meruncing.

46. Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

47. Bersabit hal ini juga, saya akan mengarahkan GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutamanya perumahan, rumah kedai dan premis komersial.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Keempat : MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

48. Sebagaimana kita maklum, perniagaan dan keusahawanan merupakan aktiviti ekonomi terpenting bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Walau bagaimanapun, penglibatan Bumiputera dalam kegiatan tersebut masih rendah disebabkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi termasuk teknologi pengeluaran yang lapuk, kekurangan akses kepada dana dan modal serta pasaran produk yang terhad. 

49. Dalam mengatasi isu akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana pula, peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkuatkan supaya bilangan usahawan Bumiputera yang menerima akan bertambah, termasuk di Sabah dan Sarawak.

50. Sehubungan itu, sukacita saya umumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak 300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun. Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350 ribu kepada 500 ribu orang pada tahun 2015 kelak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

51. Pada kesempatan ini juga, saya mengumumkan, dana tambahan sejumlah 700 juta ringgit kepada TEKUN Nasional. Bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangka akan meningkat daripada 270 ribu pada tahun 2013, kepada 370 ribu pada tahun 2015.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

52. Bagi menyahut keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses ke pasaran, maka, kerajaan akan mengarahkan semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Barulah usahawan Bumiputera dapat dipupuk menjadi berdaya maju dan mampan.

53. Seiring dengan itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat dijalankan dengan lancar.

54. Berkait dengan pemerkasaan Program Pembangunan Vendor atau VDP, PETRONAS hendaklah melonjakkan program VDP-nya, bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas. Tenaga Nasional pula dalam sektor tenaga, manakala Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

55. Dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini juga, saya mahukan semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor. Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.

56. Sehubungan itu, suka saya kongsikan dalam sektor minyak dan gas antara sekarang sehingga tahun 2017, PETRONAS sedang dan akan menjalankan beberapa projek utama dalam sektor upstream dan downstream. Melalui projek-projek tersebut, kita merangkakan supaya syarikat-syarikat Bumiputera mendapat manfaat daripada kontrak yang bernilai 20 bilion ringgit setiap tahun untuk kerja-kerja perkhidmatan di sektor upstream dan downstream.

57. Jangka hayat kemudahan-kemudahan ini selalunya mengambil masa selama 25 tahun atau lebih. Dianggarkan sekurang-kurangnya 22 skop kerja kritikal bakal diwujudkan dan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Bumiputera.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

58. Bagi menangani isu rantaian perbekalan pula, Kerajaan melalui GLC dan GLIC, akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi.  Dalam konteks ini, GLC dan GLIC akan menerajui usaha untuk mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.
Tuan-Tuan dan Puan-puan,

59. Program Penswastaan, secara umumnya, telah berjaya menjadi pemangkin bagi mewujudkan individu dan syarikat Bumiputera yang berjaya. Oleh itu, untuk merancakkan lagi program berkenaan, Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS akan mengambil inisiatif untuk mengenalpasti secara terpilih mana-mana perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.

60. Sebagai langkah untuk mempastikan peluang syarikat Bumiputera untuk memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar Carve-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain di bawah kementerian serta GLC dan GLIC. Dasar ini telah berjaya dilakukan di dalam projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau 9 bilion ringgit telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi.

61. Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

62. Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi serta passionate dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan atau knowledge based economy seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau.

63. Untuk tujuan ini, satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan. Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringgit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.

64. SUPERB ini akan menyediakan kemudahan geran sehingga 500 ribu ringgit kepada entrepreneur baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

65. Pemilihan entrepreneur-entrepreneur Bumiputera ini adalah berdasarkan merit dan akan dibuat oleh sekumpulan panel entrepreneur di kalangan mereka yang telah berjaya. Di samping itu, entrepreneur baru yang terpilih akan turut mendapat perkhidmatan mentoring daripada entrepreneur yang sudah berjaya tersebut.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kelima : MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

66. Sebagaimana yang saya sebutkan, Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi. Oleh itu, bagi mempastikan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif, sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif.

67. Untuk itu, Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.

PENUTUP

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

68. Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.

Bahawasanya:

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain".

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

69. Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh. Ia telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui kebersatuan Sabah dan Sarawak pabila Malaysia dibentuk 50 tahun yang lalu.

70. Kendatipun begitu, bagi pihak Kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak, agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham, tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini. Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini, kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain, mahupun menafikan kepentingan sesiapa.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

71. Certainly!... We are doing what is fair,... we are doing what is right..., and we are doing what is equitable. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa nawaitu, atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa-bangsa lain.

72. Sayugia, yang tertanam di benak sanubari saya dan kerajaan, adalah hasrat murni untuk terus gigih mencipta serta menjana kekayaan baru. Semoga nikmat dan kemakmurannya, dapat diraih serta dirasai oleh semua golongan sebagai rakyat Malaysia secara adil dan saksama.

73. Bahkan, kerukunan kita telah diiktiraf pada tangga ke-20 sebagai negara paling stabil dan aman di dunia..............., Begitulah istimewa dan uniknya Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

74. Pucuk pangkalnya, hendak saya pertegaskan bahawa kita adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab, ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira apa jua latar belakang samada Bumiputera atau bukan Bumiputera, Islam mahupun bukan Islam.

75. Kita juga tidak seperti sesetengah pelaku politik, yang tidak sudah-sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerun dan memesongkan pemikiran rakyat. 

76. Suka tidak suka, seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengan sentimen pihak luar, melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka, tempiasnya akan terpercik kepada kita. Sekiranya dibiar dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka pada akhirnya akan musnah dan membungkam.... Barang dijauhkan oleh Allah jua.....

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

77. Sebagai mana di awal ucapan tadi, saya menyatakan kita berhimpun di sini bukan untuk saja-saja, kita berkumpul di sini bukan untuk suka-suka......... Seperti slogan yang popular, UiTM Dihatiku.... makanya, Universiti Teknologi MARA ini sangat dekat di hati kita, sebagai sebuah institusi Bumiputera yang cukup membanggakan.

78. Bahkan....., masih segar lagi dalam ingatan, sewaktu saya berucap sebagai Timbalan Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agung tahun 2005........., saya telah mengumumkan supaya enrolmen pelajar UiTM ditingkatkan daripada 100,000 kepada 200,000  menjelang tahun 2015. Kini,...... Alhamdulillah, bilangannya sudah pun mencecah 180,000 orang.

79. Pagi ini pula........., saya ingin mengumumkan hasrat peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020. Penambahan ini juga termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

80. Demi Melayu......, Demi Bumiputera........, Saya ingin mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah 1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan  pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk Matching Fund  nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan yang disalurkan secara berperingkat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

81. Kita juga sedar, masyarakat Bumiputera meletakkan harapan yang tinggi kepada TERAJU bagi menakhoda agenda pembangunan Bumiputera. Kini, untuk membestarikan lagi TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri, dengan diketuai oleh seorang ............................................

82. Sebagai memenuhi hasrat kita untuk mewujudkan Komuniti Entrepreneur Bumiputera, sukacita saya umumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB yang baru saya wujudkan tadi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

83. Sebagai payung dan kemuncak strategi pemerkasaan ini, sebuah council yang dipanggil Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan dipengerusikan sendiri oleh saya dan Timbalan Pengerusinya adalah YAB Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan. Keahliannya pula bersifat kompak, di mana pelbagai badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang releven akan diundang. Majlis yang penting ini, akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih dari itu. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

84. Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini....., kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana,...... selagi ada bulan dan bintang,.......... selagi hayat dikandung badan,............. survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila.

85. Akhir kalam, saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai.

HIDUP MELAYU........ HIDUP BUMIPUTERA........ HIDUP MALAYSIA.......

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.

12 Sep 2013

UMNO jangan pinggirkan orang agama! (Utusan)


SUASANA pemilihan UMNO semakin terasa bahangnya. Di sana sini sibuk orang memperkatakannya. Ada berbagai-bagai idea dan pandangan diutarakan. Yang jelas semua idea dan pandangan adalah manifestasi daripada rasa cinta dan sayang kepada UMNO.

Antara idea yang paling menonjol adalah pandangan tentang perlunya proses meremajakan UMNO. UMNO dilihat sudah tua. Maka untuk meremajakan UMNO, orang tua dalam UMNO perlu beri laluan kepada orang muda untuk menerajui parti, manakala orang tua atau orang lama perlu mengundur diri. Apakah ini satu perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO?

Isu sekarang bukan orang muda atau orang tua. Isunya bukan orang lama atau orang baru. Isu yang paling penting adalah bagaimana UMNO boleh terus relevan menjadi parti pilihan rakyat. Bagaimana UMNO boleh terus menjadi parti yang dominan dalam pemerintahan negara.

Dan yang lebih penting, bagaimana UMNO boleh terus dipilih oleh Allah SWT; untuk terus memerintah Malaysia pada Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti. Ini kerana, hakikatnya bukan rakyat yang pilih. Allah yang pilih. Rakyat hanya asbab. Yang memenangkan adalah Allah, dan mengalahkan adalah Allah.

Semua apa yang berlaku adalah mengikut pentadbiran kudrat dan iradat Allah SWT. Kita hanya berusaha. Yang menentukan adalah Allah SWT.

Teras atau dasar UMNO yang pertama dan utama adalah Alif iaitu Agama. Kemudian baru Bangsa dan diikuti oleh Tanah Air.

Ini jelas diterjemahkan pada bendera UMNO. Di tengah-tengah bendera UMNO ada keris. Dan keris itu berwarna hijau. Keris bermakna Melayu. Hijau bermakna Islam. Maka roh perjuangan sejak dahulu adalah agama Islam. Dan inilah yang telah menjadi asas kepada kesatuan dan persatuan bangsa Melayu.

Islamlah yang telah menjadi titik temu antara kita. Hingga maruah bangsa dapat dibela. Hingga Malayan Union runtuh dan membawa kepada kemerdekaan negara. Sesungguhnya Islamlah asas kepada kebangunan peradaban bangsa.

Bagi menjamin kelangsungan keberadaan UMNO ini, nilai dan roh agama dalam UMNO perlu diperkasakan .

Jika kita melihat kepada trend Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) dan PRU-13; Rakyat amat dahagakan agama. Jika UMNO ingin bertahan dan terus diberi mandat dengan majoriti yang besar pada PRU-14 nanti, UMNO perlu memastikan paksi perjuangannya adalah agama.

Justeru, jangkamasa lima tahun ini sangat penting. Ia bukan semata-mata untuk meremajakan UMNO. Tetapi yang lebih penting adalah untuk membuktikan bahawa UMNO adalah sebuah parti yang terus relevan di mata bahkan di hati rakyat secara keseluruhannya. Bukan hanya di mata dan hati orang muda saja.

Hasan Al-Bana mengatakan, kamu tidak akan dapat melahirkan sebuah negara Islam. Selagi kamu tidak melahirkan individu-individu yang benar-benar Islam.

Meminjam roh dan semangat daripada kata-kata itu, maka UMNO perlu melahirkan ahli dan barisan kepimpinan yang berjiwa agama. Yang faham bahawa mereka adalah warga akhirat dan bukan warga dunia. Yang insaf bahawa UMNO bukan matlamat. Matlamat akhir adalah redha Allah. Yang sedar UMNO hanya alat. Alat untuk membina akhirat.

Ahli dan barisan kepimpinan yang faham bahawa Islam tempatnya bukan pada dinding , tembok dan kertas. Islam bukan terletak pada bangunan, acara sambutan dan perarakan semata-mata. Islam bukan hanya terletak pada membaca doa pada awal dan akhir majlis. Islam letaknya pada diri. Yang diterjemah dalam setiap gerak dan tindak. Hinggalah lahirlah 'al-Quran' yang bergerak.

Ahli dan barisan kepimpinan yang sedar bahawa matlamat hidupnya di dunia adalah ibadah dan dakwah; dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup. Kepekaan terhadap persoalan dosa, pahala, halal dan haram menjadi tinggi. Iman dan takwa menjadi subur. Penghayatan solat sebagai tiang agama menjadi agenda hidup. Solat sunat, puasa sunat, bangun malam, bacaan Quran, zikir, istigfar dan selawat menjadi KPI diri. Imarah Masjid menjadi budaya. Sedekah, beramal jariah, wakaf dan berinfaq harta tidak dilupa. Orang tua dihormati. Orang muda disayangi. Ulama dimuliakan. Fakir miskin dan anak yatim disantuni.

Ahli dan barisan kepimpinan yang menjadikan matlamat akhir hidupnya adalah untuk dapat bersama dengan Rasulullah SAW dan para Sahabat RA di akhirat nanti; Dan akhirnya dapat bertemu dengan Allah di dalam syurga.

Untuk itu, proses penjenamaan semula UMNO sebagai parti yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangannya, adalah amat penting untuk dilaksanakan. Maka program tarbiah dan dakwah yang bermodul untuk ahli dan barisan kepimpinan UMNO perlu diwujudkan. Ia perlu dirancang dengan baik. Mengambil kira semua peringkat dalam UMNO; dari akar umbi membawa kepada barisan pucuk pimpinan.

Agenda ini bukan hanya tanggungjawab dan perlu digerakkan oleh Biro agama UMNO semata-mata. Tetapi proses ini perlu berlaku pada semua biro, sayap dan jentera yang ada dalam UMNO. Yang nak diubah bukan UMNO. Yang di ubah adalah orang dalam UMNO. Maka seluruh ahli dan saf kepimpinan dalam UMNO perlu dibawa bersama ke arah kesatuan hati dan fikir. Ke arah kesatuan gerak dan tindak bagi merealisasikan visi dan misi ini.

Maka program tarbiah dan dakwah perlu diletakkan sebagai agenda arus perdana dalam UMNO. Dan ini perlu berlaku dari akar umbi di peringkat cawangan hinggalah ke bahagian, negeri dan negara secara keseluruhannya.

Hal ini perlu diterjemahkan dalam pemilihan pemimpin UMNO nanti. Isunya bukan orang tua atau orang muda. Bukan orang lama atau orang baru. Isu yang terpenting adalah mereka yang bakal dipilih nanti adalah mereka yang mampu menjadikan agama sebagai cara hidup dan asas perjuangan.

Mereka yang dipilih nanti hendaklah mereka yang secara sedar mempunyai keinginan, iltizam dan komitmen yang tinggi untuk mendokong amanah sebagai pemimpin yang berjiwa dai, muallim, muaadib dan murabbi. Yang akhirnya mampu menjadi role model dan ikutan kepada seluruh ahli UMNO dan juga rakyat keseluruhannya.

10 Sep 2013

Apa Lagi Yang Rakyat Mahu?


Setelah mengalami kejutan dalam PRU-13 lalu, BN terus mengharungi berbagai cabaran dalam usaha meneruskan pemerintahan.  Sejurus selepas PRU, BN perlu berhadapan dengan serangan dari pembangkang dalam bentuk demonstrasi dan fitnah yang tidak kunjung henti.  Bagaimanapun, setelah beberapa ketika, serangan pembangkang semakin reda.  Kalau adapun, ianya tidaklah sehebat mana, malah jelas terlihat seolah-olah ia hanyalah usaha untuk mengalih perhatian.

Sebaliknya, apa yang berlaku ialah BN menghadapi serangan dari pihak penyokong sendiri.

Serangan yang pada mulanya berupa persoalan, semakin hari semakin hangat sehingga mencetuskan ketegangan sama ada sesama blogger mahupun pihak atasan.  Akhir-akhir ini, serangan dari penyokong BN telah mencapai tahap tertinggi iaitu terus kepada Perdana Menteri dan mereka-mereka di sekeliling beliau.

Jika diteliti, serangan dari pihak penyokong BN ini bermula sejak barisan kabinet diumumkan lagi.  Jelas, ramai yang tidak berpuas hati dengan barisan kabinet yang menyenaraikan muka-muka yang pernah menjadi kontroversi.  Semakin hari, serangan semakin hebat sehingga hampir mengaburi segala kebaikan dan pencapaian BN sepanjang pemerintahan Dato  Seri Najib Razak.

Untuk berlaku adil, rakyat harus menilai kepimpinan tanpa terbawa-bawa dengan emosi.  Di masa yang sama, kepimpinan juga perlu berlaku adil dengan mengambilkira resah hati rakyat tanpa terbawa-bawa dengan ego dan juga kepentingan diri.

Sehingga ke hari ini, kita tidak dapat menafikan bahawa Dato Seri Najib telah melakukan begitu banyak perubahan dan kebaikan kepada rakyat dan negara.  Antaranya:

       11 Julai 2009  Mengumumkan penubuhan Tabung Amanah Saham 1Malaysia.

        7 Jan 2010  Menubuhkan Klinik 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah menjalani rawatan dengan bayaran RM1.

�         31 Jan 2010 � Menubuhkan Tabung Penyelenggaraan Satu Malaysia (TP1M) dengan peruntukan RM37.6 juta.

�         28 Jan 2010 � Memperkenal Program 1AZAM (Akhiri Zaman Miskin) bertujuan membina keupayaan golongan ini dan mewujudkan peluang pekerjaan melalui gabungan pekerjaan dan keusahawanan.

�         19 Feb 2011 � Lancar Program Transformasi Kedai Runcit Kecil (Tukar) sebagai usaha memodenkan peruncit kecil dan sekaligus membantu mereka meningkatkan daya saing.

�         22 Jun 2011 � Membangunkan Kedai Rakyat 1Malaysia

�         7 Okt 2011 � Memperkenalkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 diberi kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 sebulan ke bawah yang kni menjadi inisiatif tahunan

�         4 Julai 2011 � Mengilhamkan Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA).

�         7 Julai 2011 � Menu Rakyat 1Malaysia diperkenal dengan harga siling RM2 dan juadah tengah hari pada harga RM4
�         7 Julai 2011 � Lancar projek My Rapid Transit (MRT), kaedah pengangkutan utama Malaysia ke arah memperkukuh sistem pengangkutan awam negara.

�         19 Dis 2011 � Lancar televisyen Internet dan mobil pertama negara, 1Malaysia TV.

�         18 Feb 2012 � Menubuhkan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) pertama di Gopeng, Perak dan beberapa lagi dibuka di Kelantan, Melaka dan Pahang.

�         23 Jun 2012 � Lancar Pusat Transformasi Bandar (UTC) pertama di Melaka dan pada 22 Sept tahun yang sama,sebuah lagi UTC dibuka di Pudu Sentral.

�         24 Jun 2012 � Lancar program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1Ma) dengan insentif hampir RM35 juta untuk golongan pemandu teksi.

�         7 Julai 2012 � Memperkenal Pelan Induk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) bagi membawa pembangunan PKS ke peringkat lebih tinggi menerusi peningkatan produktiviti.

�         14 Julai 2012 � Lancar Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) sebagai usaha berterusan kerajaan membantu meringankan beban rakyat.

�         7 Ogos 2012 � Memperkenal kad �1Malaysia Privilege Card� khusus buat 241,000 anggota dan pegawai polis dan tentera.

�         28 Sept 2012 � Melaksanakan pemberian pusingan kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan diperluas kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas.

�         12 Nov 2012 � Memperkenal Pusat Panggilan 1Malaysia (1MOCC) yang beroperasi 24 jam sehari bagi melonjakkan perkhidmatan awam ke tahap bitara.

�         15 Feb 2013 � Lancar Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA @Hati Rakyat) inisiatif terbaharu bagi membantu rakyat berpendapatan rendah dan miskin dengan peruntukan sebanyak RM50 juta diagihkan kepada 200,000 penerima.

�         16 Mac 2013 � Mini UTC pertama dibuka di Kompleks Perniagaan dan Komuniti Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.

�         28 Sept 2012 � Pemberian sumbangan RM1,000 secara sekali bayar kepada bekas tentera yang bersara kurang daripada 21 tahun perkhidmatan serta tidak berpencen. Seramai 224,000 bekas tentera mendapat manfaat.

�         15 Dis 2012 � Memperkenal Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia untuk kebajikan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

�         23 Feb 2010 � Umum peruntukan sebanyak RM3.4 bilion kepada Sarawak menerusi NKRA bagi merancakkan semua projek pembangunan di negeri itu terutamanya di kawasan luar bandar.

�         23 Feb 2010 � Umum peruntukan khas RM35 juta untuk tiga projek memajukan kehidupan rakyat di empat skim penempatan semula Kawasan Pemerintah Keselamatan Rajang (Rascom) di Sibu Sarawak.

�         25 Mac 2013 � Meluluskan tuntutan Dana Pencen, imbuhan tetap perumahan, pembayaran sagu hati tamat perkhidmatan dan enyelarasan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada tujuh agensi Badan Berkanun yang Diasingkan Saraan BBDS).

�         25 Okt 2010 � Lancar Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan 18 projek permulaan (EPP).

�         11 Jan 2011 � Umum 19 lagi EPP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion.

�         7 Okt 2011 � Memperuntuk bantuan tunai RM100 buat semua pelajar sekolah dan RM200 baucar buku untuk pelajar universiti.

Program-program yang disenaraikan di atas adalah yang melibatkan rakyat secara langsung.  Walaupun kelihatan begitu banyak sekali, tetapi entah kenapa masih terdapat rungutan di kalangan rakyat, terutama bumiputera yang merasakan diri mereka dipinggirkan oleh kerajaan.

Rakyat, terutama bumiputera yang menyokong BN, mempersoalkan kerajaan kerana tunduk kepada desakan pembangkang untuk menghapuskan Akta Pencegahan dan Keselamatan Dalam Negeri sekali gus membebaskan tahanan terus ke dalam masyarakat.  Keputusan ini ternyata salah apabila kadar jenayah meningkat secara drastik.

Sikap beberapa anggota kabinet yang angkuh, samseng dan tidak beretika turut menambah keraguan rakyat terhadap kerajaan.   Apatah lagi apabila rakyat telah terlebih awal melihat perlantikan mereka sebagai satu kesilapan.  

Justeru, terbentuklah persepsi bahawa kerajaan tidak punya kredibiliti, takut kepada pembangkang dan tidak mendengar suara rakyat.  Akibatnya, setiap satu yang dilakukan kerajaan semuanya diragui kerana rakyat telah memutuskan bahawa kerajaan hanya mementingkan pembangkang dan minoriti selain menjaga kepentingan sendiri. 

Dan nampaknya, setakat ini, masih tiada penjelasan yang mampu memulihkan persepsi negatif ini.  

Pengumuman pengurangan subsidi minyak baru-baru ini dilihat bagaikan simbahan petrol ke atas api yang sedang membara.  Rakyat kini mula memperinci keputusan kerajaan dari segi ekonomi.  Kejatuhan ringgit, kelembapan pasaran, penurunan kadar eksport, pelaburan asing yang tidak menggalakkan dan sebagainya diambil sebagai bukti bahawa kerajaan tidak cekap.

Walaupun pada dasarnya rakyat turut menyalahkan pembangkang kerana sering memburukkan Malaysia sehingga menyebabkan pelaburan asing jatuh tetapi alasan ini masih tidak mampu mengurangkan marah mereka terhadap kerajaan.  Bagi rakyat, alasan pelaburan asing semata-mata adalah tidak cukup bagi menjelaskan keadaan ekonomi Malaysia yang semakin merudum.

Rakyat tertanya-tanya, sejak bila Malaysia perlu bergantung kepada pelaburan langsung asing semata-mata?  Di mana projek-projek yang mampu menjana ekonomi negara?  Kenapa tidak dimantapkan ekonomi domestik?  Dan ke manakah dilaburkan hutang yang menjulang tinggi itu? 

Secara ringkasnya, rakyat tidak melihat sesuatu yang signifikan dalam usaha menjana ekonomi.

Lebih menyukarkan lagi ialah apabila rakyat turut maklum akan kewujudan begitu ramai konsultan dan pakar-pakar yang membantu dan menasihat kerajaan dalam urusan pentadbiran negara.  Persoalan yang menerjah minda mereka tentulah, apa gunanya semua konsultan dan pakar jika mereka tidak mampu membawa negara ke arah kecemerlangan sebaliknya semakin hari semakin menjunam, semakin merudum dari segala segi?

Namun, apa yang benar-benar membuat rakyat marah ialah apabila mengetahui bahawa semua konsultan dan pakar-pakar, termasuk dari luar negara itu dibayar berjuta-juta ringgit dalam keadaan ekonomi semakin merosot.

Justeru, rakyat mula membandingkan Malaysia di kala menjadi Harimau Asia tidak memerlukan konsultan asing tetapi hanya bergantung kepada kepakaran anak Malaysia yang berpengalaman dan telah terbukti berjaya, untuk membantu kerajaan.

Keadaan bertambah buruk apabila rakyat mengetahui bahawa beberapa individu yang terlibat menasihat dan membantu kerajaan, mempunyai latarbelakang yang diragui iaitu cenderung menyokong pembangkang.  Malah ada juga yang mempunyai kehidupan peribadi liar, yang tidak sepatutnya bagi seorang yang terlibat dalam rahsia negara.  Akibatnya, rakyat tidak dapat mengelak dari terus meragui kerajaan apabila membayangkan bagaimana individu seperti itu mempunyai akses kepada maklumat sulit serta strategi keselamatan negara.   Mengambil mudah persepsi rakyat adalah satu risiko yang BN tidak mampu tangani.

Dalam era teknologi maklumat ini, tiada apa yang menjadi rahsia lagi.  Untuk pengetahuan, senario di syarikat-syarikat milik kerajaan atau GLC turut menyumbang kepada persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan.  Apa yang berlaku dengan MAS-Air Asia sehingga kedua-duanya perlu membayar denda RM10 juta menguatkan persepsi ini.   Malah, di laman-laman sosial, rungutan dari mereka yang berkait dengan GLC cukup lantang memperkatakan tentang permainan halus untuk menyingkir para nasionalis dari jawatan atasan.  Rakyat kini memerhatikan apa yang berlaku di Petronas dengan dekat.

Tindakan kerajaan melantik personaliti yang mempunyai imej buruk di mata rakyat sebagai peneraju syarikat-syarikat yang berkait dengan kerajaan pula seolah-olah ingin membuktikan bahawa semua persepsi rakyat itu benar belaka.

Kecenderungan tunduk pada desakan pembangkang, keputusan yang berunsur liberalis iaitu mementingkan keterbukaan pasaran yang keuntungan golongan kaya, memujuk golongan miskin dengan BR1M yang tidak memberi apa-apa makna dalam persaingan ekonomi yang semakin sengit, perlantikan personaliti kontroversi ke kabinet dan GLC serta ketiadaan projek yang signifikan untuk menjana pendapatan menjadikan rakyat memandang kerajaan dengan pandangan yang sinis sekali.  Pengurangan subsidi hanyalah �alat kawalan jauh� bagi sebuah bom jangka.

Perit untuk diakui bahawa segala konsultan untuk membina dan memulihkan imej, memperkenalkan slogan, �branding� atau �rebranding� yang bernilai berjuta-juta, telah akhirnya memburukkan lagi imej kerajaan.

Walaupun kerajaan berjanji tidak akan meminggirkan bumiputera biar apapun berlaku, namun persoalannya, bagaimanakah kerajaan mengatasi persepsi buruk yang telah terpahat kuat ini?  Rakyat inginkan bukti, bukan janji. Rakyat ingin melihat hasil, bukan persembahan �powerpoint� yang hebat.  Rakyat ingin melihat �kerja� bukan �politik�.  Hentikan tindakan melantik seseorang atau berbuat sesuatu atas alasan politik.  Kita ingin melihat BN memerintah selama-lamanya, bukan sehingga PRU-14 sahaja.

Akhir sekali, inilah diingatkan bahawa jika subsidi dikurangkan lagi tanpa terlebih dahulu  mengatasi persepsi buruk ini, maka BN pasti akan mengalami mimpi ngeri dalam PRU-14 nanti.

8 Sep 2013

Apakah Yang Kamu Mahukan Anwar?


Bertahun lamanya Anwar Ibrahim menawan hati ramai pihak dengan karisma dan kebolehannya untuk bercakap. Namun begitu lama kelamaan rakyat Malaysia telah dapat melihat disebalik lakonan Anwar Ibrahim.
Bukan sekali beliau mengamuk dan menunjukkan dirinya yang sebenar. Contohnya apabila beliau menulis didalam laman twitter miliknya yang berbunyi Apa lagi yang UMNO mahu?. Ini menyebabkan perdebatan hebat tentang keperibadian Anwar dari kedua-dua belah pihak di dalam dunia politik Malaysia.
Tanpa sebarang maruah dan harga diri, beliau memanggil rakan-rakan lamanya di dalam politik sebagai histeria apabila mendapat respon negatif daripada rakan-rakannya akibat daripada isu beliau menghadap PM Najib untuk kerajaan perpaduan dan ramai diantara mereka yang mempersoalkan tindakan beliau untuk bekerjasama dengan parti UMNO.
Ironinya, beliau mengeluarkan kenyataan yang sama dengan Utusan Malaysia Apa lagi Cina Mahu? sebaik sahaja berakhirnya pilihanraya pada 5 May 2013 yang lepas.
Kami ingin bertanya pula kepada Anwar Ibrahim: Apakah Yang Kamu Mahukan, Anwar? Segala-galanya sudah terlewat bagi kamu!
  Siapa yang tidak tahu, walaupun melalui zaman kejatuhannya semasa beliau depecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar tidak berputus asa untuk mengambil alih PUtrajaya. Semua impiannya telah hancur berkecai dan akhirnya beliau telah bertukar daripada menjadi ikon pemimpin generasi baru kepada seorang manusia yang lidah bercabang dan sikap sesumpah beliau yang sering bertukar-tukar pendirian sesuka hatinya.
Selepas Pilihan Raya Umum ke 13 pada 6 May didalam satu sesi temu ramah di dalam BBC, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim telah menghasut para pengikutnya untuk melakukan protes selepas BN memenangi pilihanraya tersebut dikatakan dengan cara penipuan.
Anwar tidak mahu menerima keputusan pilihanraya, dan menuduh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah membantu BN untuk mencapai kemenangan. Pakatan Rakyat pula telah memfailkan banya petisyen kepada mahkamah iaitu di 27 kawasan untuk membuktikan kebenaran tuduhan mereka. Adakah ini dikira sebagai suatu perkara yang ikhlas?
Pada malam hari merdeka Anwar telah mengeluarkan kenyataan: Meraikan kemerdekaan adalah dengan mengetahui perkara baik yang perlu dilakukan dan tidak mengulangi kesalahan yang lepas Tidak mengira protes kami terhadap pilihanraya, kami sudah bersedia untuk menolak segala perbezaan untuk kebaikkan negara ini. Oleh itu, kami berharap ia adalah penting untuk Perdana Menteri mengadakan satu perbincangan diantara kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat,. Adakah ini dikira sebagai berprinsip?
Sekiranya Anwar benar-benar mahu bercakap tentang perpaduan, beliau perlu melakukannya sebelum atau selepas pilihanraya, dan bukannya membuat tuduhan melulu, menganjurkan himpunan Black 505 dan akhirnya ingin berbaik semula! Sekarang- kita seolah-olah melihat seorang budak kecil yang meragam disebabkan tidak mendapat sesuatu- dalam konteks Anwar Ibrahim, kegagalan beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Semasa sambutan Festival Belia 2013 pada bulan Mei yang lepas, PM Najib telah menyatakan bahawa ketua pembangkang adalah seorang manusia yang tidak berprinsip apabila seringkali mungkir janji dan gagal untuk menerima keputusan PRU-13 dan sering mengamuk apabila beliau kalah pilihanraya.
Barapa kali Anwar Ibrahim telah gagal untuk menepatu janji dan prinsip beliau dalam sesuatu kenyataan ataupun pengakuan?
Pada September 2008, beliau menyatakan bahawa lebih daripada 31 ahli parlimen BN akan lompat parti kepada PR tetapi gagal untuk menyatakan nama 31 orang ahli parlimen tersebut. Tetapi tiada apa-apa yang berlaku. Adakah beliau jujur dengan kata-katanya?
Beliau sepatutnya bersara dengan aman selepas perkara tersebut, namun atas delusi yang amat parah untuk menjadi PM Malaysia, semakin lama Anwar Ibrahim semakin asyik dengan impiannya yang tidak kesampaian itu.
Wall Street Journal pernah melaporkan bahawa Mantan Timbalan Presiden Indonesia pernah menjadi perantara sidang damai antara Anwar Ibrahim dan pihak pemerintah. Sidang rahsia itu adalah untuk kedua-dua belah pihak menghormati keputusan pilihanraya pada 5 Mei 2013.
Jusuf Kalla telah menyatakan persetujuan antara kedua-dua belah pihak untuk menghormati keputusan pilihanraya dan tidak menjalankan serangan peribadi kepada mana-mana pihak. Namun begitu Anwar Ibrahim telah mengadakan protest bagi membantah keputusan pilihanraya tersebut. Beliau juga telah menjalankan kempen fitnah kepada ramai tokoh-tokoh BN walaupun sebenarnya Anwar Ibrahim lah yang telah mencadangkan perjanjian itu dilaksanakan.
 
Sikap buruknya makin terserlah apabila beliau mencanag pula tentang kerajaan perpaduan yang timbul pada bulan Jun. Selepas itu, beliau berkata pula tiada proposal kerajaan perpaduan diajukan kepada PM Najib dan menyatakan bahawa idea itu datangnya dari rakyat Malaysia.
Nota: Pada masa itu, Anwar menidakkan semua pertuduhan bahawa beliau telah menghadiri satu perjumpaan dengan Perdana Menteri Malaysia di Istana Presiden Indonesia di Jakarta semasa kedua-dua mereka berada di negara tersebut. Anwar berkata dia hanya berjumpa Presiden Susilo dan Mantan Timbalan Presiden Jusuf Kalla di Bali dan Jakarta secara berasingan.

Jadi mengapa beliau mencetuskan semula isu kerajaan perpaduan dan terus menerus mengamuk di Twitter sekiranya beliau mendapat respon negative?

Mungkin Anwar dapat melihat kebinasaannya di hujung cerita ini dan kebarangkalian beliau untuk menjadi Perdana Menteri hanyalah angan-angan kosong belaka. Agaknya kerana itulah beliau terlalu terdesak untuk menukar hala tuju politiknya dan kembali semula kepada BN. Adakah ini tokoh yang mempunyai prinsip?
Dalam usahanya untuk berlakon baik, Anwar telah didapati telah menyatakan bahawa beliau menerima pendapat bahawa PM Najib mencadangkan bahawa kerajaan perpaduan diwujudkan. Manakala pejabat Perdana Menteri Malaysia telah menyangkal kenyataan Anwar Ibrahim ini. JPM telah menyatakan bahawa perbincangan tidak dapat dijalankan secara serius selagi Anwar dan konco-konconya menolak dan mempersoalkan keputusan PRU-13 yang lalu.

Perkataan dan perbuatan Anwar Ibrahim jelas sekali gagal dari sudut prinsip, moral dan integrity. Secara jelas, dia sangat terdesak dan sanggup berbuat apa sahaja untuk tampil masih relevan dengan reality politik Malaysia. Namun, beliau telah lama menjadi lapuk dan tidak berguna lagi.
Telah tiba masanya Anwar Ibrahim berundur daripada terus menggunakan tipu helah untuk bermain politik kotor acuannya sendiri. Jelas, beliau akan terus menukar pendirian dan matlamat, selagi mana ianya memuskan nafsu politik beliau.
Sebagai seorang pakar manipulasi, cara serampang dua mata Anwar Ibrahim adalah satu indikasi bahawa beliau telah lama tidak releven di dalam dunia politik.
Jujur dan berpendirian? Anda tentukan siapa Anwar Ibrahim.

Perang Menjelang CEC DAP


Pemilihan CEC DAP terus menjadi topik perbincangan hangat di kalangan ahli-ahli DAP.  Setakat ini, semua pihak menantinya dengan penuh prejudis.  Beberapa rungutan telah pun kedengaran terutama di kalangan perwakilan berbangsa India.

Nampaknya, DAP sekali lagi meminggirkan mereka dalam dialog awal yang diadakan dengan para perwakilan.   Dialog yang diadakan khas bagi menghadapi pemilihan semula tersebut disyaki bertujuan untuk mengatur kekalahan atau kemenangan individu-individu tertentu.

Dengan peminggiran perwakilan dari kaum India dari dialog ini, memperlihatkan yang DAP sememangnya berniat untuk mempermainkan mereka sekali lagi.

Justeru, tidak mustahil apa yang berlaku dalam pemilihan sebelum ini bakal berulang di mana 753 perwakilan dari kaum India tidak dijemput.

Setelah meminggirkan kaum India serta memanipulasi kaum Melayu dalam pemilihan terdahulu, kepimpinan DAP berhadapan dengan risiko yang lebih besar akan ditolak oleh kedua-dua kaum ini dalam pemilihan semula ini. 

Di masa yang sama, tidak semua kaum Cina di dalam DAP menerima baik kepimpinan kuku besi Guan Eng.   Sikap Guan Eng yang angkuh sudah lama menjadi liabiliti kepada parti.

Ini kerana, DAP sepatutnya tidak perlu melalui segala episod yang memalukan sehingga terpaksa mengadakan pemilihan semula, sekiranya Guan Eng benar-benar punya kredibiliti, bijak dan jujur dalam memimpin parti.  

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa imej dan kredibiliti DAP hancur kerana Lim Guan Eng.

Guan Eng sendiri tahu bahawa tiada jaminan yang semua perwakilan Cina akan memilihnya.  Mengenali sikap samseng, angkuh dan kukubesi Guan Eng, beliau tidak mungkin akan mengambil risiko dirinya dan orang-orang pilihannya kalah dalam pemilihan.

Di masa yang sama, para perwakilan yang menolaknya juga pasti sedang mengatur rancangan untuk menyingkirkannya dan juga orang-orangnya.  Jelas, kedudukan Guan Eng benar-benar bahaya pada ketika ini.

Dalam keadaan ini, semua orang melihat pemilihan semula DAP ini bakal menjadi pemilihan yang dua kali paling tercemar dalam sejarah politik negara.  Ini kerana, Guan Eng tidak mungkin akan membenarkan dirinya tersingkir dengan apa cara sekali pun.

Bak kata orang, sebuah penipuan hanya boleh ditutup dengan penipuan yang lebih besar. 

Setelah menipu dalam pemilihan awal, dan sedang mengatur cara untuk menutup penipuan itu dalam pemilihan semula, maka inilah disarankan agar ahli-ahli DAP belajar menyesuaikan diri untuk ditipu selama-lamanya oleh pemimpin mereka.