31 Jul 2013

Petisyen Pilihanraya: Kenapa Anwar Meroyan Sakan?


Setelah gagal membatalkan keputusan PRU-13 melalui demonstrasi jalanan, Anwar bagaikan kehilangan arah untuk mengatur langkah seterusnya.   Akhirnya Anwar kelihatan terpaksa mengaku kalah dan menerima kemenangan Barisan Nasional.   Apatah lagi setelah beliau sendiri mengangkat sumpah sedangkan balaci-balacinya terus mengharapkan yang beliau menggerakkan pemberontakan besar-besaran.  Apa yang berlaku ini benar-benar membuat Anwar terdiam seketika.

Bagi memastikan namanya tidak terus tenggelam, Anwar mengharapkan agar petisyen pilihanraya yang difailkan oleh calon-calon PR akan memberi beliau sedikit publisiti.   Ini kerana, Anwar sendiri sedia maklum bahawa petisyen yang dikemukakan tidak berasas dan pasti akan ditolak.

Dan penolakan itu akan dijadikan peluru baru untuk menghentam kerajaan, mahkamah dan apa saja yang boleh dihentamnya.  Inilah yang sedang berlaku sekarang di mana Anwar sedang membawa watak Ketua Pembangkang yang meroyan sakan kerana petisyen PRU-13 yang difailkan oleh calon PR ditolak.

Kos petisyen yang tinggi membantu Anwar melakonkan babak meroyan dengan lebih berkesan.   Malah, lebih baik lagi bagi Anwar, ia memberikan alasan pula kepada partinya untuk mengutip derma.  Pada 28 Jun lepas, Anwar telah pun mengadakan majlis makan malam untuk mengumpul dana bagi tujuan itu.  Kos keseluruhan yang dianggarkan ialah RM1.5 juta. 

Pada 23 Julai, petisyen yang difailkan oleh dua calon PKR dari Pulau Pinang - Abdul Halim Hussain (bagi kerusi DUN Teluk Bahang) dan Muhammad Baktiar Wan Chik (bagi kerusi Parlimen Balik Pulau) ditolak oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.   Abdul Halim dan Muhammad Baktiar yang kalah kepada calon BN dalam PRU yang lalu diperintahkan membayar kos kepada lawan mereka, pegawai pengurus pilihan raya dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), masing-masing berjumlah RM10,000 dan RM30,000.

Hakim Hadariah Syed Ismail mengeluarkan perintah itu kepada kedua-duanya kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.

Minggu lepas, calon PAS bagi Parlimen Titiwangsa, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi diperintahkan membayar RM40,000 kepada SPR dan RM30,000 kepada lawannya apabila petisyennya ditolak di Kuala Lumpur.

Dalam skrip meroyan Anwar, beliau menuduh keputusan hakim sebagai tidak betul dan tidak masuk akal kerana bersandarkan alasan teknikal. 

Nampaknya, Anwar lupa bahawa selama ini  beliau sendiri telah beberapa kali terlepas dari dakwaan liwat atas alasan teknikal juga.   Lebih dahsyat, dalam kes-kes liwatnya, segala bukti dan saksi menuding kepada dirinya sedangkan di dalam petisyen PRU yang difailkan, satu bukti atau saksi pun tidak ada.

Oleh itu, jika Anwar menolak penghakiman yang dibuat atas alasan teknikal, maka Anwar wajib mengambil sikap yang sama dalam kes-kes liwatnya. 

Walaubagaimanapun, kita faham, orang yang meroyan tentu tidak dapat berfikir dengan baik.  Sebagai aktor tersohor,  Anwar tahu yang beliau tidak perlu berhujah dengan fakta tetapi cukup dengan memainkan babak meroyan ini sebaik mungkin supaya penyokongnya terlupa akan fakta tetapi menumpukan sepenuhnya kepada dirinya.

Kesimpulannya, Anwar hidup atas publisiti, tanpa publisiti matilah dia. Sesungguhnya, petisyen PRU dan lakonan meroyan Anwar hanyalah untuk publisiti, tidak lebih dari itu.  RM1.5 juta, bukan masalah baginya.  Makan malam mengumpul dana hanyalah penyamaran bagi menjustifikasi sumber kewangan partinya, dan mungkin juga dirinya.  

ANWAR KECUT PERUT FITNAH SCORPENE MEMAKAN DIRI SENDIRI


Pendedahan Jasbir Singh Chahl mengenai penipuan pembangkang mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene telah mendedahkan rancangan jahat mereka untuk memburuk-burukkan imej kerajaan di mata masyarakat antarabangsa.

Pengakuan beliau sebagai individu yang bertindak sebagai arkitek urusan jual beli Scorpene bahawa wanita Monggolia bernama Altantuya Shaariibuu tidak terlibat langsung dalam mana-mana aspek perbincangan perniagaan itu apath lagi mengenali beliau, sekaligus meranapkan pembohongan pembangkang selama ini.

Melalui pertubuhan haram, Suaram yang menjadi jurucakap Anwar Ibrahim, pembangkang telah menyebarkan pelbagai fitnah dan propaganda di seluruh negara dan juga luar negara untuk meraih keuntungan politik.

Altantuya telah dimangsakan oleh Anwar dan Suaram untuk mendapat simpati rakyat sejak beberapa tahun lalu.

Malah isu kematian wanita itu yang cuba dikaitkan dengan Scorpene telah dieksploitasi oleh Suaram untuk mengutip sebanyak dana mungkin daripada penyokong mereka yang ditipu bulat-bulat.

Ini tidak termasuk sumbangan dana dari organiasi antarabangsa yang pro-Yahudi seperti Open Society Institute kepunyaan penyangak matawang, George Soros.

Isu Scorpene telah menjadi duri dalam daging sejak sekian lama kerana pembangkang telah berjaya mewujudkan persepsi negatif dalam perang saraf mereka terhadap kerajaan.

Bekas ahli parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Noordin yang juga pernah menjadi peguam bela Anwar Ibrahim dalam kes liwat pertama, membuat pendedahan dalam Dewan Rakyat satu ketika dahulu bahawa beliau diarah oleh Ketua Pembangkang untuk mengada-adakan bukti dalam kes pembunuhan Altantuya.

Anwar tidak berani menyaman Zulkifli walaupun beliau telah mengulangi kenyataan di luar parlimen berulang kali kerana tahu apa yang dikatakan adalah benar.

Walaupun Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan ketika itu telah memberi penjelasan rasmi panjang lebar di dalam Dewan Rakyat pada tahun 2009 lagi, fakta-fakta mengenai pembelian Scorpene telah diputarbelit oleh pembangkang secara licik.

Antara lain pembangkang menyebarkan tohmah kononnya Perdana Menteri serta isteri akan disapina oleh pihak berkuasa Perancis untuk disoal siasat berhubung pembunuhan Altantuya.

Suaram juga mendakwa Mahkamah 'Tribunal de Grande Instance' di Paris akan menjalankan perbicaraan mengenai penjualan kapal selam Scorpenen oleh anak syarikat kerajaan Perancis, DCNS.

Hakikatnya tidak ada sebarang usaha mahkamah Perancis menjurus kepada perbicaraan sebagaimana yang dinyatakan oleh bekas pendakwa kerajaan negara tersebut, Yves Charpenel.

Apabila pembohongan ini berjaya didedahkan, pemimpin PKR, Tian Chua dengan cepat menafikan beliau pernah mendakwa akan ada perbicaraan di Perancis.

Begitu juga dengan isu komisyen sebanyak yang kononnya telah dibayar oleh DCNS kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dikaitkan dengan Abdul Razak Baginda.

Perimekar mempunyai pemilik ekuiti terdiri daripada KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.

Pembayaran yang diterima oleh Perimekar adalah bagi perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan sokongan dan koordinasi kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Ini termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 kakitangan dan 49 pegawai yang ditempatkan di Perancis dan juga Sepanyol.

Syarikat itu tidak pernah menerima komisyen bagi mana-mana pihak termasuk Perdana Menteri atau isteri beliau kerana semua fakta di catat secara jelas di dalam laporan audit yang merekodkan jumlah keuntungan selepas cukai bagi syarikat itu sebanyak RM105,111,191.

Dalam ertikata lain pembayaran yang diterima Perimekar adalah bagi servis yabg disediakan kepada TLDM dan bukannya komisyen seperti yang dicanang oleh pembangkang.

Ini selari dan konsisten dengan penjelasan Ahmad Zahid yang menegaskan bahawa Kementerian Pertahanan tidak pernah membayar sebarang komisen sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana syarikat dalam perolehan kapal selam Scorpene.

"Kenyataan Anggota Parlimen Lembah Pantai bahawa dua buah kapal selam Scorpene dibeli daripada Syarikat Thales International adalah tidak benar," kata beliau ketika menjawab isu Scorpene yang dibangkitkan oleh Nurul Izzah Anwar di Parlimen pada tahun 2009.

Selain itu menteri turut menegaskan kementerian tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai dakwaan penjualan dokumen yang dikatakan rahsia oleh Syarikat Terarasi (Hong Kong) kepada Syarikat Thint Asia yang didakwa bernilai 36 juta euro.

"Kementerian juga tidak mempunyai maklumat dakwaan bayaran secara berkala daripada Thint Asia kepada Syarikat Terarasi," tegas beliau.

Kenyataan Jasbir baru-baru ini telah membersihkan nama kerajaan Malaysia dalam skandal khayalan ciptaan Suaram dan diangkat oleh pembangkang sebagai satu senjata politik utama mereka.

Jelas Jasbir lagi, pekerjaan Altantuya bukan sebagai seorang penterjemah bahasa Perancis sebagaimana dakwaan pembangkang malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga dipertikaikan.

Syarikat DCNS yang membekal 2 buah kapal selam Scorpene kepada kerajaan adalah sebuah syarikat yang mempunyai rangkaian di seluruh dunia dan segala urusan antarabangsanya dengan syarikat termasuk dari Malaysia menggunakan bahasa Inggeris sebagai perantaraan dan bukannya bahasa Perancis.

Oleh kerana tidak perlu mengambil khidmat seorang juru bahasa dan sekiranya diperlukan sekali pun apakah alasan untuk menggunakan perantaraan seorang wanita dari Mongolia?

Malah dokumen rasmi dari pihak polis Perancis  mengesahkan wanita itu tidak pernah memasuki negara itu antara tahun 1999 hingga 2006.

Tetapi pembangkang telah memesongkan fakta dengan mengedit gambar-gambar Altantuya untuk menunjukkan beliau berada di bumi Perancis bagi mengguatkan pembohongan mereka.

Individu-individu yang terlibat dalam urusan pembelian Scorpene juga mengaku tidak pernah berjumpa dengan wanita Mongolia itu, jauh sekali terlibat dalam perbincangan mengenai urusniaga tersebut antara tahun 2000 hingga 2002.

Malah Abdul Razak Baginda,  yang didakwa rapat dengan Perdana Menteri, dikatakan hanya bertemu Altantuya pada tahun 2004.

Altantuya dibunuh pada tahun 2006 setelah cebisan mayatnya ditemui bertaburan berhampiran Empangan Tasik Subang di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah Alam, Selangor pada 7 November tahun itu, 17 hari selepas kehilangannya  dilaporkan kepada pihak polis.

Bagaimana pula pembangkang boleh mendakwa wanita itu mengambil bahagian dalam urusan perbincangan Scorpene awal daripada 2004?

Jelas isu Scorpene telah diwujudkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya menggunakan platform Suaram untuk menggugat kewibawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan tetapi kini tiba giliran pembangkang pula untuk menerima tempias daripada segala fitnah dan onar mereka lakukan selama ini.

ends








21 Jul 2013

PRK Kuala Besut : PAS bimbang kalah teruk


Semalam selesai sudah proses pengundian awal bagi PRK DUN Kuala Besut melibatkan anggota tentera, polis dan pasangan bagi Peti Undi TUDM Gong Kedak yang menyaksikan sejumlah 911 daripada 1,148 telah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi.

Angka 911 itu jauh lebih kecil berbanding 1,022 yang direkodkan pada PRU-13 dan peratusan keluar mengundi 79.36 peratus itu juga menjadikan sasaran 95 peratus yang diletakkan SPR gagal dicapai.

Dalam pada itu, menurut sumber yang dekat dengan kepimpinan PAS menyuarakan kebimbangan kemungkinan PAS sedang ketinggalan jauh apabila menjangkakan jumlah undi yang diperolehi dari pengundian awal mungkin sekitar 100 hingga 150 undi sahaja.

Jika anggaran yang dinyatakan itu betul bermakna ia satu bonus kepada BN memandangkan pada PRU-13 yang lepas Peti Undi TUDM Gong Kedak menyumbang sebanyak 388 undi untuk calon PAS, sementara 626 undi lagi berpihak kepada BN.

Sumber yang sama juga tidak menolak kemungkinan jumlah keseluruhan yang akan diperolehi PAS pada PRK kali ini jauh lebih rendah dengan andaian kurang dari 5,500 undi setelah mengambil kira protes dikalangan penyokong PAS yang membantah penguasaan PAS Kelantan di Kuala Besut.

Menurutnya lagi PAS mungkin kalah teruk sekiranya pada 24 Julai nanti ramai penyokong PAS yang membuat protes dengan tidak keluar mengundi atau pun berpaling arah menyokong BN.

Sementara itu wakil BN yang ditemui optimis Peti Undi TUDM Gong Kedak akan terus dikuasai BN tetapi sedikit bimbang kalau-kalau sebahagian dari 111 pengundi yang tidak keluar mengundi semalam merupakan penyokong BN.

Bagaimana pun secara keseluruhannya kedua-dua pihak yang bertanding berpuas hati dengan perjalanan proses pengundian awal semalam dan masing-masing kini fokus untuk mengiatkan kempen menjelang hari pengundian 24 Julai 20013 pula.

19 Jul 2013

DAP CUBA SELINDUNGI WAJAH RASIS PEKAT

Demi 'survival' politik, Dap kini cuba menukar imej daripada sebuah parti rasis Cina yang anti-Melayu kepada wajah yang kononnya prihatin kepada isu-isu bersangkutan orang Melayu.

Dalam soalan bertulis yang diajukan kepada Menteri Kesihatan di Dewan Rakyat pada 15 Julai lalu, Ahli Parlimen Bagan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mahu siasatan  dilakukan serta diambil tindakan terhadap tiga doktor berbangsa Cina di dua hospital Kerajaan di Pulau Pinang kerana enggan memberikan rawatan perubatan kepada pesakit Melayu.

Menurut Guan Eng sikap rasis yang ditunjukkan oleh Dap itu adalah ekoran tsunami Cina yang mengakibatkan pengundi Cina tidak memihak kepada Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Sikap pengundi Cina yang membenci Barisan Nasional terbawa-bawa kepada perbuatan memboikot serta menghina orang Melayu pula.

Realitinya fenomena ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi menjadi satu realiti yang berakar di dalam masyarakat sejak sekian baru.

Lakonan Dap untuk tiba-tiba menjadi juara anti-rasisme bukanlah baru.

Ini kerana Dap berpura-pura menuding jari telunjuk yang lurus tetapi hakikatnya jari kelingking adalah berkait.

Dap cuba menunjukkan kepada orang Melayu bahawa parti itu sensitif serta peka kepada amalan rasisme yang dilakukan oleh kaum Cina terhadap bangsa Melayu tetapi secara senyap dan untuk sekian lama parti itu menggalakkan orang Cina supaya membenci orang Melayu.

Seperti yang dinyatakan oleh Al-Quran bahawa orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali redha kepada umat Islam, begitu juga kaum Cina tidak akan redha dan terima kepimpinan bangsa Melayu di Tanah Melayu ini.

Walaupun telah diberikan segala macam peluang dan kemudahan oleh Kerajaan sehingga kaum ini menguasai bidang ekonomi serta diberi perkongsian kuasa dalam pentadbiran negara, mereka kini tamak dan rakus pula untuk menguasai Kerajaan sepenuhnya.

Berlakunya Tsunami Cina adalah sustu realiti politik dalam PRU13 yang tidak boleh dinafikan tetapi Dap seboleh-bolehnya mahu menyanggahnya dengan mengatakan ia adalah Tsunami Malaysia.

Parti itu amat takut jika tembelang dan agenda liciknya menipu orang Melayu terbongkar.

Sememangnya penyokong-penyokong daripada kalangan orang Melayu di dalam Pas dan PKR membuta tuli menyokong Dap tanpa memperdulikan samada parti itu menindas orang Melayu.

Malah Dap setiap hari menyerang pemimpin-pemimpin serta institusi berkaitan Melayu tanpa dibangkang oleh pemimpin Pas atau PKR.

Umpamanya ketika ditanya berkenaan siasatan terhadap dua blogger seks, Alvin Tan dan Vivian Lee, dua ahli parlimen Pas, Mahfuz Omar dan Dr Mariah Mahmud secara jelas mahu tindakan juga diambil terhadap pemimpin Melayu yang membuat kenyataan yang didakwa berbaur rasis.

Di mana letaknya sifat sayang serta mempertahankan bangsa sendiri yang gagal dizahirkan oleh pemimpin Pas yang rela menjunjung sikap rasis dua individu Cina ini?

Pas sudah menjadi barua Dap dengan menyokong tindak tanduk Dap dan penyokong-penyokongnya.

Kedua-dua individu Cina yang menghiris hati umat Islam dan menimbulkan kemarahan dalam bulan Ramadhan yang mulia dengan 'iklan' Bak Kut Teh mereka yang amat tidak sensitif telah disokong sepenuhnya oleh pemimpin Pas.

Pada masa yang sama Pas cuba menonjolkan imej Islamik dengan slogan Islamnya tetapi realitinya ia telah menjadi keldai tunggangan Dap yang mengiyakan segala tindakan parti rasis itu.

Pas serta PKR mungkin tidak sedar mereka telah dipergunakan oleh Dap selama ini sehingga berjaya merangkul 38 kerusi parlimen di atas sokongan penuh pengundi Cina dan juga Melayu yang terpengaruh dengan dakyah parti itu.

Kepuraan-puraan yang ditunjukkan oleh Dap hanya sandiwara yang terus dimainkan untuk mengaburi mata orang Melayu.

Sekiranya dap mendapat kuasa politik, barulah orang Melayu akan sedar apa yang dipamerkan oleh Dap hanya wayang semata-mata.

Ketika iu nasi sudah menjadi bubur, kaum Cina akan menguasai segala apa yang pernah dimiliki oleh orang Melayu.

Orang Melayu akan menjadi pengemis yang mengharapkan ehsan dan belas kasihan penguasa berbangsa Cina yang akan menindas orang Melayu dengan sehina-hinanya.

Ketika itu baru orang Melayu akan hanya bernostalgia betapa untungnya nasib mereka ketika negara berada di bawah kepimpinan serta kuasa politik orang Melayu.

Sebelum ini berlaku, sedarlah kaum Melayu bahawa Allah tidak akan menukar nasib sesuautu bangsa jika bangsa itu sendiri tidak berusaha memperbaiki nasibnya sendiri.


Anwar malu nak tunjuk muka di Kuala

Besut

Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Besut yang sudah masuk hari ke-8 hari ini masih tenang dan penduduk setempat pun masih selesa meneruskan kehidupan harian seperti biasa seolah-olah tiada apa-apa yang menarik sepanjang kempen berlangsung.

Kecuali, ada satu dua perkara berkaitan PRK yang sedikit mendapat perhatian penduduk Kuala Besut ialah berkenaan rungutan mereka apabila ada beberapa surau dan masjid yang dimanipulasi oleh penyokong PAS untuk berkempen.

Begitu juga mengenai tindakan NGO pro PAS terutama dari Kelantan yang berceramah di Bazar Ramadan menyebabkan ramai yang merungut geram kerana ia dianggap satu gangguan pada penduduk untuk membeli juadah berbuka puasa.

Dalam pada itu, ada sesetengah penyokong PAS yang merupakan pengundi di Kuala Besut melontarkan pertanyaan mengenai misteri di mana Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berada tika ini. Persoalan itu timbul berikutan jadual ceramah PAS di Kuala Besut langsung tidak menyenaraikan nama Anwar, menjadikannya satu misteri nusantara.

Ada yang membuat spekulasi nakal mengandaikan Anwar sebetulnya malu dan takut untuk menunjukkan mukanya di Kuala Besut kerana bimbang diperlekehkan kehadirannya gara-gara kelancangan mulut Ketua Umum PKR itu sebelum ini yang banyak mempertikaikan kewibawaan SPR.

Kata mereka, kot kalau Anwar bersungguh-sungguh menghambur kempen nista di atas pentas untuk membantu calon PAS yang proksi Husam itu tapi kemudian keesokannya jadi bahan kempen oleh BN dan dijadikan pula bahan senda gurau penduduk tempatan, haru dibuatnya.

Rasanya logik juga andaian mereka, lagi pun hanya orang gila meroyan yang tak tahu malu saja sanggup datang berkempen dalam pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR yang dianggapnya sebagai penipu dan tidak telus dalam mengendalikan PRU-13.

Dalam Islam pun ada disebut, malu itu sebahagian dari iman. Sebab tiada iman maka Penasihat DAP, Lim Kit Siang dengan selambanya datang semasa penamaan calon sebagai tanda menyokong PAS meski pun hampir dua minggu sebelumnya anak lelaki sendiri meminta PRK DUN Kuala Besut diboikot.

Tapi Anwar tak macam Kit Siang sebab Anwar seorang muslim, cuma penulis ada sedikit was-was samada jenis manusia muka tembok macam Anwar ni reti kena apa itu perasaan malu? Ikut pada sejarahnya sejak dulu dan kini sama je perangai Anwar, selalunya soal malu belakang kira.

18 Jul 2013

BERSIH 4.0 Untuk Tebus Kegagalan Black 505


Desas-desus mengenai satu lagi demonstrasi jalanan bakal diadakan oleh puak pembangkang kini semakin jelas kedengaran.    BERSIH 4.0 dikatakan sedang digerakkan sebagai membantah persempadanan semula sekiranya dilakukan tanpa pembersihan daftar pemilih.
Ambiga, Tian Chua, Mahfuz, Tukar Tiub dan Malaysiakini kini sedang sibuk mempromosi BERSIH 4.0.  Di masa yang sama, kita yakin mereka sedang mencongak-congak sambutan penyokong mereka bagi memastikan bencana yang berlaku dalam Black505 tidak berulang.
Dalam Black505 yang sepatutnya menjadi kemuncak bantahan rakyat terhadap keputusan PRU-13, Pakatan Rakyat hanya mampu menggerakkan sekitar 5,000 orang sahaja.  Jumlah ini amatlah memalukan jika dibandingkan dengan sasaran 1 juta.
Lebih memalukan ialah selepas penyokong mereka berguling-guling di dalam jerebu membantah keputusan PRU-13, esoknya juga pemimpin pembangkang mengangkat sumpah menerima keputusan PRU yang sama.  
Oleh yang demikian, Black505 dengan tidak semena-mena menjadi bahan ketawa seluruh rakyat Malaysia.
Mungkin kerana itu, pembangkang yang tidak berpuas hati, merasakan perlu untuk mengadakan demonstrasi lagi.  Mereka berazam untuk memastikan BERSIH 4.0 menyaksikan kehadiran yang lebih ramai.   Dengan menggunakan alasan persempadanan semula dan dakwat kekal, BERSIH terus memburuk-burukan imej SPR.
Hairan sekali kenapa BERSIH tidak memanjangkan isu pengundi hantu dan blackout dalam himpunan  kali ini?
Walhal, di waktu PRU berjalan dan beberapa hari selepasnya, kedua-dua isu ini dimainkan dengan begitu giat siap dengan gambar dan bukti-bukti kotak-kotak undi yang hilang.   Tetapi, entah kenapa mereka-mereka yang mempunyai bukti-bukti ini tidak pula membuat laporan dan tidak pula memasukkannya dalam petisyen.  Mungkin SPR sendiri perlu memulakan siasatan menjejaki semua yang menyebarkan bukti-bukti ini bagi membersihkan namanya. 
Sebagai pemerhati, kita melihat PR bakal berhadapan dengan tekanan hebat untuk memastikan BERSIH 4.0 dapat mengumpul lebih ramai peserta dari himpunan-himpunan yang lepas.   Kali ini, tiada lagi alasan jerebu bagi menjustifikasi kehadiran yang memalukan.
Jika dilihat dari mood peserta-peserta Black505, kita mendapati kebanyakan mereka bosan dan ramai juga yang pulang separuh jalan.  Mereka juga kedengaran merungut kerana ceramah yang panjang serta membuang masa. 
Dari rungutan itu, kita dapat memahami bahawa sebahagian besar dari mereka inginkan aksi iaitu cabar-mencabar dan pertempuran dengan polis.  Manakala, sebahagian lagi pula benar-benar menjangkakan himpunan aman dan santai sehingga berani membawa anak-anak kecil menyertainya.
Di sini saja sudah cukup untuk membuktikan bahawa penyokong PR keliru dengan pendekatan yang ingin diambil oleh kepimpinan mereka.  Ada yang terpedaya bahawa PR benar-benar inginkan himpunan aman, dan ada yang berpegang kepada desakan untuk mencetuskan anarki.   
Di penghujung drama komedi slapstick Black505, kita melihat segelintir dari peserta telah memilih untuk �berjuang ke titisan darah terakhir dengan cuba merempuh Parlimen.  Tetapi akhirnya mereka membuat keputusan untuk berbaring saja di atas jalan beramai-ramai, mungkin cuba menghilangkan keletihan dan mengantuk akibat dihalau dari khemah jam 4.00 pagi oleh DBKL.  
Dan apa yang tercatat dalam sejarah kini ialah Black505 berakhir dengan Anwar bergelak ketawa mesra dengan Perdana Menteri di dalam Parlimen.
Berdasarkan apa yang berlaku, bagaimana PR boleh yakin akan mendapat penyertaan yang lebih ramai dalam BERSIH 4.0?  Dan agak-agak, berapa ramaikah agaknya penyokong mereka masih tidak sedar atau tidak serik menjadi bodoh?   Atau, berapa kali gandakah upah perlu dinaikkan bagi mendapatkan peserta yang sanggup membodohkan diri sekali lagi?

16 Jul 2013

Kes Ng Mun Tatt: Amaran Terhadap Penghina Agama atau Pihak Berkuasa?


 
Setelah PAS bersekongkol dengan DAP, kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia semakin lemah.  Walaupun kerajaan masih lagi diterajui UMNO, perpecahan Melayu menyebabkan UMNO juga seolah-olah tidak begitu mampu menahan asakan perpaduan kaum Cina. 
 
Ditambah pula dengan sikap pemimpin yang 'segan' untuk membela Melayu kerana bimbang dituduh rasis sedangkan kaum Cina pula langsung tidak segan untuk mendesak dan menuntut apa saja atas dasar rasis. 
 
Bermula dari Namewee yang biadap tetapi akhirnya dijulang sebagai ikon oleh kerajaan, orang-orang Melayu terus memendam kemarahan.  Walaubagaimanapun, orang Melayu tetap memberi sokongan kepada UMNO dalam PRU-13 yang lalu kerana bimbang keadaan yang lebih teruk menimpa Melayu di tangan pembangkang. 
 
Bertitik-tolak dari Namewee, semakin ramai kaum Cina yang secara terbuka menghina Islam dan Sultan-sultan di laman-laman sosial mereka.  Namun, apa yang berlaku ialah, hari ini mereka dilaporkan, esok mereka disoal-siasat, dan lusa mereka lepas bebas.  
 
Kitaran ini berulang-ulang menjadikan mereka semakin hari semakin melampau dan benar-benar percaya yang undang-undang tidak mampu mengapa-apakan mereka.   Kemarahan yang diluahkan oleh rakyat terhadap mereka di laman-laman sosial menjadikan mereka bertambah teruja. 
 
Sememangnya, itulah matlamat mereka iaitu membuat orang-orang Melayu/Islam marah. 
 
Dalam keterujaan, mereka menjadi semakin lupa diri maka terjadilah kes mengajak orang Islam berbuka puasa dengan Bak Kut Teh.  
 
Namun, orang-orang Melayu sudah tidak lagi mengharapkan apa-apa dari kerajaan untuk membela Islam dan mempertahankan maruah orang-orang Melayu.  Orang Melayu tidak lagi menjangkakan yang pasangan Bak Kut Teh Alvin dan Vivian akan dikenakan tindakan. 
 
Oleh yang demikian, nama dan alamat mereka kini disebarkan di internet, pastinya dengan niat menunggu adanya seorang Melayu yang berani menjalankan hukuman ke atas mereka.   Khabarnya, mereka juga sudah menerima ancaman bunuh.  
 
Dalam penantian itu, dengan tidak disangka-sangka rupanya sudah ada yang menerima hukuman atas kesalahan menghina Islam.  Beliau dikenalpasti sebagai penjaga cybercafé, Ng Mun Tatt 24 tahun, yang diculik, dibogelkan dan ditinggalkan di tepi jalan dengan tubuhnya diconteng "Saya Hina Agama Islam". 
 
Beliau bagaimanapun tidak cedera dan barangan peribadinya juga diserahkan kepada teman wanitanya. 
 
Kejadian ini membawa dua pengertian iaitu 1.  orang Melayu itu ada kesabaran dan hanya memberi amaran walaupun kes penghinaan terhadap agama Islam dan Melayu sudah berpuluh kali berlaku, dan 2. kesabaran itu pasti ada hadnya. 
 
Cara orang Melayu melepaskan kemarahan juga boleh terjadi dengan dua kemungkinan iaitu 1.  mengamuk terhadap sesiapa sahaja yang berani menghina Islam dan Melayu lagi selepas ini, dan 2. menolak UMNO yang dilihat lemah dan tidak mampu membela Islam dan Melayu lagi. 
 
Justeru, apa yang terjadi kepada Mun Tatt sebenarnya bukan sahaja merupakan amaran terhadap kaum Cina yang biadap, tetapi juga amaran terhadap kerajaan dan pihak berkuasa agar lebih tegas.  Tidak mustahil keadaan akan menjadi lebih buruk jika semua yang menghina agama Islam tidak dikenakan tindakan.    
 
Apapun, kes ini tidak harus dipandang remeh atau diketepikan sebagai 'kes orang Melayu yang emosi'.  Sesungguhnya hanya orang yang paling bodoh dan tidak bermaruah sahaja yang sanggup mengangkat orang yang menghinanya sebagai ikon! 
 
Oleh itu, atas dasar cinta kita pada UMNO dan BN, inilah diingatkan bahawa kemarahan orang-orang Melayu terus memuncak dan mungkin akan meletup menjelang PRU-14 nanti.  Pada waktu itu, pemberian BR1M berjumlah RM5000 seorang juga tidak akan mampu melembutkan hati mereka lagi.    

15 Jul 2013

DAP PENDOKONG GERAKAN KRISTIANISASI


Umat Islam di Malaysia amat marah dengan kenyataan biadap Duta Vatican City ke negara ini yang menyokong penggunaan kalimah ALLAH di kalangan penganut Kristian.

Sokongan yang dizahirkan oleh wakil Paus Francis I, Archbishop Jose Marino bukan sahaja telah mengguris hati dan perasaan umat Islam makah secara terangan mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Apatah lagi beliau telah menunjukkan sikap yang amat tidak sensitif ketika umat Islam baru sahaja masuk hari kedua mengerjakan ibadat puasa dalam bulan Ramadhan al Mubarak.

Tentangan hebat daripada badan-badan kerajaan Islam dan Melayu seharusnya diberi pujian dan kalungan penghargaan kerana mereka dengan pantas dan cepat mengutuk keras serta mengecam kenyataan Marino.

Yang menjadi persoalan mengapa beliau menjadi amat berani sekali memberi komen sedemikian walaupun baru menyerahkan watikah pelantikan kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 28 Mei lalu.

Tentu sekali sebagai seorang diplomat yang berpengalaman luas, Marino tahu batasan dan skop tugas sebagai seorang duta yang mewakili negaranya.

Apatah lagi jika ia mewakili ketua penganut Kristian Katholik dan dihantar pula ke sebuah negara Islam seperti Malaysia.

Mencampuri hal ehwal dalaman sesebuah negara adalah antara sempadan larangan yang digariskan begitu jelas dalam protokol hubungan diplomasi antarabangsa.

Jelas apa yang dilakukan oleh duta tersebut adalah sesuatu yang terancang dan secara sedar bahawa kenyataan beliau akan mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

Ini tidak lain tidak bukan adalah sebab faktor pengaruh parti rasis Dap yang amat lantang sekali memperjuangkan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian.

Sudah menjadi agenda jelas barisan pimpinan tertinggi dap berbangsa Cina yang rata-rata beragama Kristian Katolik untuk menyebarluaskan pengaruh agama itu di kalangan umat Islam.

Dap adalah penerus gerakan Kristianisasi di negera ini sejak zaman penjajahan Portugis, Belanda dan Inggeris lagi.

Jadi tidak hairanlah apabila antara agenda utama Dap dalam pakaran pembangkang ialah memperkenalkan tradisi-tradisi Kristian kepada pemimpin-pemimpin Muslim dalam Pas dan PKR.

Antaranya ialah tradisi memasang lilin samada untuk mengingati kematian Teoh Beng Hock, A. Kugan atau memegang lilin dengan berpakaian serba hitam dalam perhimpunan politik mereka.

Pemimpin Muslim Pas termasuk tok-tok guru dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertindak seperti orang jahil dan tidak menggunakan akal untuk berfikir implikasi perbuatan mereka tersebut.

Malah ahli parlimen Pas dari Shah Alam, Khalid Samad tidak segan silu kerap berkunjung ke gereja kononnya untuk berdakwah tetapi kesan yang diperolehi adalah sebaliknya!

Kenyataan ahli parlimen Dap dari Seputeh, Teresa Kok yang menolak Islam sebagai agama persekutuan negara ini juga menjurus kepada pertentangan dengan unat Islam.

Apatah lagi Marino mengakui dalam temuramah bersama media bahawa beliau mengadakan pertemuan serta perbincangan dengan pemimpin-pemimpin gereja tempatan di mana kalimah ALLAH telah dibangkitkan.

Ini menunjukkan terdapat usahasama rahsia di antara duta Paus Francis I, pihak gereja dan juga Dap yang mensasarkan umat Islam negara ini.

Gerakan Kristianisasi mendapat suntikan dan tenaga baru dengan kenyataan Marino yang bias kepada penganut Kristian.

Ini tidak sepatutnya berlaku kerana hujah mantap dan tidak boleh disanggah telah diberikan oleh para ulama yang mengatakan ALLAH adalah katanama khususnya hanya untuk penganut Islam sahaja.

Namun atas perancangan licik untuk memecahbelah serta mengelirukan umat Islam, Dap terus menyerang Islam di negara ini.

Dap bukan sahaja mahu orang Melayu tunduk dengan pujuk rayu dan janji-janji palsu parti itu tetapi juga mengajak orang Melayu masuk Kristian secara halus.

Jika tindakan tidak diambil terhadap Marino samada beliau diusir dari Malaysia atau diberi kutukan ang keras oalh pihak Kerajaan, ini bukanlah terakhir perkara ini akan berlaku.

Umat Islam sentiasa haruslah ingat peringatan ALLAH di dalam Al-Qur'an bahawa orang-orang Nasrani dan Yahudi tidak akan sesekali akan redha dengan orang Muslim.

Hanya berpegang teguh dengan peringatan ini, umat Islam di Malaysia akan selamat dan terlindung daripada asakan gerakan Kristianisasi yang semakin mengganas.

13 Jul 2013

Subjek Tamadun Islam: Dr. Ko Chung Sen Berpemikiran Cetek


Manusia dianugerahkan dengan otak yang terbahagi beberapa bahagian kegunaannya.  Di bahagian pemikiran, otak manusia dibahagikan pula kepada dua iaitu kanan dan kiri.  Satunya berfungsi untuk memproses maklumat logik, seperti perkataan dan matematik manakala satu lagi untuk memproses perkara seni, abstrak dan emosi.   Kedua-dua bahagian akan berfungsi dalam tahap tertentu tetapi berbeza dalam otak manusia normal.  Perbezaan inilah yang membentuk seseorang itu cenderung ke arah menjadi seorang seniman ataupun seorang saintis.

Kedua-dua bahagian ini perlu �dilatih dan dijana sebaiknya bagi membentuk seorang yang bijaksana.  Oleh kerana itulah di negara barat, misalnya, matapelajaran kesusasteraan dan sejarah tetap akan diperkenalkan di peringkat awal, walaupun dunia mereka amat mementingkan sains dan matematik. Matematik dan sains mungkin menjadikan seseorang itu bijak, tetapi kesusasteraan dan sejarah mampu menjadikan beliau bijaksana kerana ia melatih seseorang itu berinteraksi dan berfikir secara mendalam.

Justeru, tidak hairanlah seorang bijakpandai di barat termasuk saintis selalunya mampu memetik bait-bait Shakespeare dan mengupasnya dengan baik.

Di Malaysia, matapelajaran Tamadun Islam di pusat-pusat pengajian tinggi sebenarnya membawa objektif yang sama.  Lebih dari itu, ia juga turut merupakan pengetahuan am yang tidak rugi jika dipelajari.

Justeru, kita amat terkejut dengan kecetekan minda Ahli Parlimen DAP yang bergelar Doktor, iaitu Ko Chung Sen yang mendesak agar subjek tersebut tidak dijadikan subjek wajib di IPTS. 

Dr. Ko menyangkakan yang Tamadun Islam adalah subjek berkaitan agama Islam hanya kerana terdapat nama Islam di situ.  Akibat diselubungi emosi anti Islam yang amat kuat maka beliau tidak dapat melihat sebarang kaitan, jauh sekali kelebihan matapelajaran tersebut.  Kita percaya jika nama subjek tersebut adalah Tamadun Dunia atau lain-lain, maka ia tidak akan begitu menjadi masalah kepada Dr. Ko dan DAP.
Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan UKM telah pun menjelaskan bahawa kursus tersebut yang dikenali sebagai Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) iaitu merangkumi huraian topik Islam dan bukan Islam serta membincangkan topik hal ehwal Melayu dan bukan Melayu.
Apa yang dapat disimpulkan di sini ialah Dr. Ko nampaknya ingin kembali ke era tertutup China.
Pemikiran Dr. Ko amat konsisten dengan pemikiran rakyat negara China dahulu kala di mana segala-galanya adalah searah dan arah itu pula hanya menjurus kepada keuntungan.   Ini berdasarkan kepada hujahnya bahawa subjek Tamadun Islam adalah tidak berguna kepada pelajar-pelajar yang ingin menjadi Jurutera.  Mana mungkin skil berfikir dan bersosial tidak berguna kepada mana-mana manusia?   Dan apa jenis graduan yang tidak punya pengetahuan am?
Jika kita biasa bergaul dengan kaum Cina dari negara China, kita akan dapati bahawa mereka mempunyai pengetahuan am yang cukup rendah.  Kebanyakan mereka tidak tahu langsung tentang budaya dan agama orang lain dan negara lain.  Justeru, mereka sering bersikap tidak wajar ketika berada di negara orang.   Contohnya, memberi hadiah berbentuk tokong kepada jabatan kerajaan Malaysia atau meraikan pelanggan Islam dengan hidangan tidak halal.  Perkara sebegini tidak mungkin berlaku jika berurusan dengan orang-orang Barat.
Kita pasti bahawa punca warga China menjadi begitu tidak sensitif ialah kerana mereka meremehkan subjek yang membentuk skil berfikir dan bergaul, sama seperti Dr. Ko.
Jelas sekali bahawa cara pemikiran Dr. Ko akan membawa Malaysia ke belakang.
Apa yang membahayakan ialah pemikiran beliau turut dikongsi oleh sebahagian besar masyarakat Cina negara ini yang meremehkan skil berfikir dan bersosial yang termasuk di dalamnya adab, patriotisme, toleransi, hormat-menghormati dan belas kasihan.  Masyarakat Cina hari ini telah meletakkan objektif hidup kepada untung semata-mata.
Kita percaya cara pemikiran sebegini masih terus giat dipupuk di sekolah-sekolah vernakular yang mana hasilnya telah mula dilihat hari ini di mana anak-anak Cina amat biadap sekali dan tidak tahu menghormati sesiapa lagi.