30 Mac 2013

Enggan Iktiraf Kerajaan Sementara: Helah PR Untuk Mencetus Huru-hara


Pembangkang Malaysia terkenal dengan bermacam-macam jenis pakar.  Dari pakar agama, pakar ekonomi sehinggalah ke pakar peperangan.  Malangnya, pakar-pakar mereka seringkali berbuat kenyataan yang kelakar. 

Misalnya, ketika mengulas Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu, PR telah mengemukakan kenyataan dari �pakar matematik yang menganggarkan peserta seramai 700,000 orang di dalam stadium berkapasiti 30,000 orang termasuk kawasan sekitar yang merangkumi jalanraya sejauh lebih kurang 1.5km.  Kenyataan pakar tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka kerana tidak masuk akal, tambahan pula apabila gambar-gambar yang disiarkan pihak PR dibuktikan sebagai telah diedit. 

Kini, sekali lagi PR menampilkan pakar iaitu pakar perlembagaan, Prof. Aziz Bari yang menyatakan tentang isu kerajaan sementara.  Beliau mengulas mengenai isu terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, sebagai menyebabkan negeri itu kini diperintah oleh kerajaan haram.

Kita tidak faham kenapa isu pembubaran DUN secara automatik dan juga kerajaan sementara perlu dijadikan modal politik oleh PR.  Entah apa agaknya yang diharapkan oleh PR dengan membangkitkan soal haram atau tidaknya kerajaan negeri apabila DUN telah terbubar. 

Kalaupun DUN terbubar dan kerajaan sementara dianggap haram ia tetap tidak memberi mereka hak untuk mengangkat diri sendiri sebagai kerajaan negeri.  

Sebenarnya, tidak ada istilah �kerajaan haram setelah DUN terbubar.  Kerajaan hanya menjadi haram apabila dilantik secara tidak sah, antaranya dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada melalui jalan belakang, tanpa melalui proses undang-undang dan melantik diri sendiri sebagai ketua negara.  Cara inilah yang cuba dilakukan oleh pihak PR berkali-kali melalui demonstrasi jalanan dengan percubaan membangkitkan semangat Arab Spring. 

Mengikut lunas yang diiktiraf dan diterimapakai di peringkat antarabangsa, kerajaan sementara atau caretake government adalah amalan atau konvensyen di negara-negara yang mengamalkan Common Law.   Ia diamalkan di Britain sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen  yang menjadi rujukan bagi Negara-Negara Komanwel. 

Justeru,  istilah kerajaan sementara sememangnya wujud iaitu di dalam tempoh antara pembubaran sehingga terbentuk kabinet baru, maka urusan pentadbiran waktu itu adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sementara.  

Kerajaan sementara bukannya dilantik sesuka hati tetapi telah melalui proses perlantikan mengikut perlembagaan juga, iaitu melalui pilihanraya yang lepas.  Tanpa kerajaan sementara, bagaimana negeri atau negara boleh berfungsi dan berada di dalam keadaan terkawal di antara tempoh tersebut?  

Apakah kerana terlalu sangat menginginkan suasana huru-hara maka PR mengharapkan agar di dalam tempoh ini, kerajaan dianggap tidak ada agar mereka boleh berbuat apa saja kerana tiada siapa yang berkuasa untuk menghalang mereka?  Apakah Prof. Aziz Bari berharap selepas terbubar maka,  tentera dan polis semua meletakkan senjata, rehatkan diri atau keluar baris agar beruk-beruk tukang demo pembangkang boleh bermaharajalela kerana tiada kerajaan yang berkuasa? 

Tentulah tidak masuk akal untuk membiarkan negara berada dalam keadaan tanpa pemerintah walaupun untuk seketika cuma.  Kerana itulah kewujudan kerajaan sementara adalah penting. 

Namun, selain dari memikul tanggungjawab memastikan negara atau negeri terkawal termasuk memastikan apa yang telah diluluskan sebelum ini diteruskan, termasuk urusan pentadbiran rutin seperti gaji penjawat awam, kerajaan sementara tidak boleh sama sekali membuat perubahan seperti mengumumkan dasar-dasar baru atau meluluskan perbelanjaan bagi projek baru mahupun membatalkan apa-apa keputusan yang telah dibuat sebelum itu. 

Dalam tempoh ini juga biasanya tiada dibuat pelantikan baru bagi mana-mana segmen kerajaan, misalnya terhadap para hakim, ketua-ketua jabatan dan institusi lain.

Apa yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah kuasa substantif Parlimen adalah terhenti setelah terbubar, maka semua pihak wajar berwaspada bagi mengelak dari menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan peruntukan Akta 1954 dari segi membantu atau mempengaruhi calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya nanti.  

Secara ringkasnya, kerajaan sementara adalah sesuatu yang perlu, dan tindakan PR menganggap kerajaan sementara adalah kerajaan haram hanyalah tindakan orang yang kehabisan modal politik kalaupun tidak tindakan orang yang teringin sangat untuk membuat huru-hara.   

Jelaslah, tidak ada isu langsung mengenai Kerajaan Sementara sepertimana yang Prof. Aziz Bari gusarkan.  Mungkin beliau telah tertinggal kelas agaknya ketika bab �kerajaan sementara diajar dahulu. 

27 Mac 2013

Pas Munafiq, Tipu Bina 12 Masjid

Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga, Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.

"Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua," kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin" tidak lama dahulu.

Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan  yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP. Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ultra kiasu, mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia. Lebih malang lagi, baiah Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.

Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan. Malah bukan itu sahaja, PAS sekarang ini, sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.

PAS juga begitu bangga menyatakan, kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku 'Sayangi Kedah Sejahtera'.

Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah nitanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta.

Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.

Oleh yang demikian tindakan pemimpin PAS ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.

Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.

Sebaliknya, BN yang sebelum ini tewas, terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.

Apapun, rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka.

Bimbang Tewas, Punca PR Mahu Bubar 22 April Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR. Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan. Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu? Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan. Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat ke

Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.

Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.

Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?

Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.

Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.

Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.

Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.

Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.

Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?

Ada muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.

Dengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.

Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.

Perkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.

Sebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.

Walau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.

25 Mac 2013

ANWAR KECUT PERUT TUNGGU KES PENDAKWAAN PENGGANAS SULU


Ketua Pembangkang dan pimpinan Pakatan Rakyat hanya menyatakan sokongan mereka kepada usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu pada 20 Mach lalu, iaitu 15 hari setelah berlakunya pencerobahah ke atas kedaulatan negara.

Lima belas hari atau lebih daripada dua minggu untuk menunjukkan rasa prihatin dan simpati terhadap kematian 10 anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa untuk mempertahankan ibu pertiwi bukan sahaja dilihat tidak ikhlas tetapi juga biadap dan tidak bermaruah.

Namun kebiadapan dan ketidak ikhlasan Anwar dan pimpinan pembangkang tidak mampu menutup agenda yang lebih licik dan jahat disebalik kelewatan tanda sokongan kepada pasukan pembangkang.

Anwar dan kuncu-kuncunya dari PKR, Pas dan Dap pada mulanya sudah yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada awal Mach namun jangkaan mereka meleset.

Atas andaian tersebut Anwar menyusun strategi bersama bekas pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro pemisah (MILF), Nur Misuari berkomplot agar serangan ke atas negeri Sabah dilancarkan seiring dengan PRU13.

Ini bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru hara serta kacau bilau semasa kempen pilihan raya sedang berjalan supaya pihak pembangkang boleh menyalahkan kerajaan atas serangan puak pengganas Sulu itu.

Ini boleh dilihat daripada kenyataan segera yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan itu didalangi UMNO kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Jika dilihat kronologi apa yang berlaku bermula daripada pertemuan sulit Anwar dan Misuari pada November 2012 empat bulan lalu termasuk pertemuan bekas pemimpin PKR Dr Jeffrey Kitingan dengan wakil kesultanan Sulu terdahulu daripada itu, adalah jelas pertemuan-pertemuan rahsia tersebut adalah untuk menyusun strategi bagi pencerobohan 5 Mach lalu serentak dengan pengumuman PRU13.

Bagaimanapun semua perancangan jahat Anwar dengan koloborasi Misuari dan puak pengganas Sulu gagal menjadikan peristiwa serangan di Lahad Datu dan Semporna hasil kecekapan pasukan keselamatan negara dan respons pantas kerajaan untuk menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1400 kilometer di pantai timur Sabah (ESSCOM).

Kini Anwar sudah amat tersepit dan menuduh pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengguna isu serangan pengganas Sulu di Sabah sebagai alasan untuk mendakwa.

Hakikatnya bukan kerajaan Malaysia yang mendedahkan pembabitan Anwar dengan puak pengganas Sulu tetapi sebaliknya ini dilakukan oleh badan perisikan Filipina di mana maklumat yang diperolehi telah digunakan oleh agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan portal berita Philippine Daily Inquirer dan akhbar Manila Times.

Malah Anwar menerima tamparan hebat apabila pimpinan MILF menafikan dakwaan Misuari yang dipetik oleh Al-Jazeera yang menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan organisasi itu bagi memperkukuh tuntutan ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.

Luwaran News Centre memetik kenyataan Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen yang mempertahankan Kerajaan Malaysia sambil menganggap dakwaan Misuari itu sebagai 'dosa berat', pembohongan dan palsu semata-mata.

Anwar berpakat dengan Misuari untuk memburuk-buruk nama baik dan imej Kerajaan Malaysia di mata dunia serta anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Namun fakta sebenar dan hakikat tidak boleh dipadam sama sekali berhubung peranan pro-aktif Malaysia yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002.

Malaysia mencadangkan pembentukan BSC dengan tujuan murni untuk menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF serta menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka dalam berurusan dengan OIC.

Malah hujah Ameen Malaysia tidak pernah terbabit dalam sebarang usaha mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang meminta bertindak sebagai pihak perantara pada 2001

Sekutu Anwar itu ditanya mengapa sangat kini giat
menyokong tuntutan Sabah sedangan selama 21 tahun rundingan damai dengan kerajaan Filipina tidak pernah beliau menimbulkan isu itu.

Malah fakta juga membuktikan Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada isu tuntutan Sabah.

Apabila dirinya terperangkap dalam permainan politik kotor dengan kerjasama Misuari dan kelompok kesultanan Sulu, Anwar kini cuba mengalih kesalahan  ke atas bahu UMNO dan Barisan Nasional pula.

Sehingga kini beliau tidak mahu mengulas walau sedikit pun mengapa ia perlu bertemu Misuari secara rahsia tahun lalu dan apakah isu kandungan rundingan tersebut.

Mengapa Anwar takut untuk memberi penjelasan dengan sendirinya adalah jelas kerana ia menjurus kepada peranan kedua-dua individu untuk mencetuskan serta merancang serangan pengganas di Sabah.

Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya yang terlibat dalam menyerang Sabah tidak akan dapat lari daripada pengkhianatan yang mereka lakukan kerana Kertas Putih yang kini disediakan kerajaan akan mendedahkan segala butiran mengenai peranan mereka yang sebenar.

Malah kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu yang akan bermula pada 12 April sudah membuat Anwar menggeletar.

Seluruh rakyat Malaysia menunggu tarikh bersejarah itu kerana pada hari itu, permaianan Anwar sudah sampai ke penghujungnya.

ends

24 Mac 2013

KERAJAAN PAS KELANTAN, KEJAM DAN ZALIM

Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas. Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap ulama bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh ulama tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi mekah itu?

Yang menjadi persoalanya ialah, bagaimanakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing? Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu.

Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin??? Kalau itulah pendekatkan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh Ular Dalam Semak yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.

Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang mengangap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan.

Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan Tok Guru pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Buat rakyat Kelantan  Bo La Weiiii!!!

22 Mac 2013

Rahim Thamby Chik Dedahkan Cubaan Pujuk Eskay

Mungkin kerana tidak tahan dengan percubaan demi percubaan yang dilakukan, mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik Saban semalam sekali lagi tampil membuat kenyataan. Beliau semalam mendedahkan wujud usaha yang dijalankan oleh wakil pakatan pembangkang untuk membeli Dato Shazryl Eskay Abdullah salah seorang daripada 'Trio Datuk T' untuk membuat pusingan-U dalam kes video China Doll.

Menurut Tan Sri Rahim, ekoran pendedahan rakaman video seks dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tidak berapa lama dahulu, Datuk Shazryl telah diekori dan dipujuk dengan sejumlah wang oleh pihak tertentu agar mengubah pendiriannya.

Tan Sri Rahim turut menegaskan, beliau (Datuk Shazryl) telah ditawarkan dengan wang yang TIADA HAD JUMLAHNYA sebagai pampasan sekiranya bersetuju untuk menandatangani satu dokumen berkanun yang telah disiapkan.

Sungguh hebat, pendekatan yang diguna pakai oleh makhluk bernama Anwar Ibrahim ini yang suatu ketika dahulu diangkat sebagai pemimpin Anugerah Tuhan. Motifnya hanya satu iaitu terus menipu rakyat Malaysia agar terpedaya dengan lakonannya semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Lepas berjaya beli bapa Saiful Bukhari, Pakatan cuba keluarkan wang lagi untuk beli Dato Eskay. Namun disebabkan ahli perniagaan itu mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi, tawaran wang tanpa had� itu tidak mampu untuk membeli dirinya. Ini kerana, bukan calang-calang orang yang dapat menolak tawaran seperti itu.

Hanya disebabkan wang seorang bapa tergamak untuk mengkhianati anaknya sendiri apabila sanggup menjual maruah dirinya sekaligus menjadi pencacai dan alat kepada politik jijik pakatan pembangkang.

Sekiranya Datuk Eskay bersetuju untuk menerima tawaran yang diberikan oleh Anwar, maka sudah pasti dokumen tersebut akan digunakan sebagai modal kempen baru puak-puak pencacai untuk menyalahkan Umno.

Tambah menarik, modus operandi mengeluarkan dokumen berkanun yang telah disiapkan itu seakan-akan sama dengan tindakan PI Bala yang sebelum ini turut mengeluarkan surat akuan bersumpah. Dengan hanya bermodalkan RM2 akuan bersumpah itu terus dikatakan sebagai bukti untuk memfitnah dan mengaitkan pemimpin negara.

Begitu juga yang terjadi terhadap kes liwat Saiful Bukhari, kenyataan bapanya yang telah dibeli terus dijadikan asas untuk menolak dakwaan liwat berbandingkan kenyataan mangsa yang disertakan dengan lafaz sumpah.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Datuk Zulkifli Nordin sebelum ini yang mengatakan antara strategi Anwar untuk menghilangkan keyakinan rakyat ialah, mengunakan umpan dengan seribu satu tawaran bagi mempengaruhi mereka yang rapat dengan sesuatu kes itu agar tampil membuat kenyataan.

Dengan kenyataan itu, para pancacai Anwar akan mengunakan semua peluang dan ruang untuk menarik simpati rakyat, kononnya makhluk jijik bernama Anwar Ibrahim telah difitnah.

LAHAD DATU #OpsDaulat : SAYA DIBAYAR


Pengakuan salah seorang pengganas Hooland Kalbi yang ditangkap ketika #OpsDaulat baru-baru ini pasti mengemparkan seluruh rakyat, apabila ketika prosiding pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia telah dibayar oleh seseorang untuk bertindak di Sabah.

Hooland merupakan antara lapan warga Filipina yang dituduh menjadi anggota kumpulan pengganas, berkata sedemikian di hadapan Hakim P. Ravinthran. Turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas ialah Lin Mad Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.

Manakala Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan dua tertuduh lagi, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.

Secara rationalnya, SEMUA pengganas yang ditangkap itu perlu dibicarakan atas tuduhan melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agung. Dengan itu, sekiranya mereka didapati bersalah mahkamah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada semua yang didakwa itu.

Ia bertujuan untuk memberi amaran dan pengajaran kepada rakan-rakan mereka khususnya warga Filipina yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Sultan Sulu (walaupun tidak diiktiraf) mengunakan pendekatan yang sama bagi MERAMPAS kedaulatan Sabah dari Malaysia.

Malah dengan kenyataan Hooland itu tadi, pastinya akan membuatkan orang-orang tertentu panas punggung dan tidak senang duduk, kerana kenyataan tersebut dilihat selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina sebelum ini.

Mereka sebelum ini melaporkan, menurut sumber perisikan tentera dan kenyataan pegawai tertinggi Filipina yang mengatakan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu telah dibiayai dan di dalangi oleh beberapa orang pemimpin pembangkang di negara ini.

Tambah menimbulkan keraguan ialah, sepanjang episod tragedi berdarah ini berlangsung boleh dikatakan majoriti pimpinan pembangkang seolah mengambil pendekatan lepas tangan.

Malah ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini ketika diminta mengulas laporan yang dikeluarkan itu, terus marah sambil mengugut akan mengemukakan saman sekiranya mengulangi soalan tersebut.

You ulang, I saman adalah merupakan ungkapan beliau bagi mematikan persoalan itu dari terus dibangkitkan.

Lebih pelik lagi, apabila dia seakan gugup dan secara jelas menipu dengan mengeluarkan kenyataan yang terbukti bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, cuba memberi peluang dengan membuka ruang perbincangan bagi menyelesaikan konflik ini secara baik. Namun tindakan para pengganas yang memulakan serangan telah memaksa pihak keselamatan negara membalas serangan tersebut seterusnya melancarkan #OpsDaulat.

Pihak berkuasa juga digesa untuk segera menjalankan siasatan secara menyeluruh agar mereka yang dikatakan sebagai DALANG itu turut dapat dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, tindakan yang tegas perlu diambil baik terhadap warga asing mahupun rakyat negara ini. Ia bagi mengelakkan sebarang percubaan yang ingin dilakuakn untuk mencetuskan huru-hara semata-mata untuk memperjuangkan ideologi politik songsang orang-orang tertentu.

Kepada pengkhianat negara, TUNGGU!!!! Masanya akan tiba, untuk kamu diseret sama ke muka pengadilan.

20 Mac 2013

Bela Pengganas: Majlis Peguam Buat Kerja Gila

Setakat ini seramai 108 orang telah di tahan berdasarkan Akta kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas 2012 (SOSMA 2012) kerana dipercayai mempunyai hubung kait dengan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah.

Laporan berita yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyebut sebahagian daripada tahan terbabit akan mula di dakwa bermula 20 Mac 2013.

Baru-baru ini Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah mengumumkan satu kerjasama khusus di antara Persatuan Undang-undang Sabah dengan Majlis Peguam Malaysia akan dibentuk bertujuan untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang terbabit.

Secara umumnya, usaha sedemikian boleh dikira baik sesuai dengan kehendak undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia yang mengiktiraf setiap individu yang ditahan memiliki hak untuk membela diri.

Peluang yang terbentang di depan mata ini rupanya tak terbiar lama apabila sepantas kilat disambar oleh Majlis Peguam bila mana Presidennya yang baru dilantik, Christopher Leong segera menyatakan kesanggupan untuk membela kesemua individu tersebut.

Tak pasal-pasal satu negara terpaksa menanggung malu bila dunia luar mendengar ada juga badan rasmi seperti Majlis Peguam yang sanggup menyumbang usaha membantu menyelamatkan tahanan yang mempunyai hubungan dengan para pengganas.

Bagaikan sudah tabii semula jadi Majlis Peguam, pantang ada sahaja yang di tahan atas pelbagai kesalahan maka di situlah mereka segera muncul menawarkan bantuan kepakaran guaman mereka. Semuanya atas alasan hak asasi manusia.

Waima bila ada segelintir individu mahu murtad dari agama Islam pun mereka bersedia membelanya konon demi hak kebebasan individu, jadi apa sangatlah bila Majlis Peguam tergamak membuat kerja gila untuk turut sama membantu golongan pengganas, tak gitu?

Tapi persoalan besar yang perlu dijawab, layakkah golongan pengkhianat dan tali barut pengganas Sulu yang telah membunuh 10 perajurit dan perwira tanahair di beri pembelaan? Beberapa orang wira kita yang terkorban tidak hanya di tetak malah isi perut juga terburai diperlakukan.

Sedemikian punya kejam pun masih ada yang sanggup mengeluarkan kenyataan untuk membela rakan-rakan si pengganas Sulu, dah kemaruk sangat nak mentekedarah duit upah guaman ke? Memang betul-betul kerja gila.

Sebetulnya, amat tidak perlu dan tidak kena masanya untuk Presiden baru Majlis Peguam itu membuat kenyataan rasmi mahu membela tahanan terbabit, kot ya pun terburu-buru mahu mencari publisiti murahan, tengok-tengok jugalah keadaan sekeliling.

Tolonglah jaga sikit sensitiviti rakyat dan ahli keluarga kepada perajurit kita yang terkorban.

Alasan kemanusiaan mungkin betul dari satu sudut tertentu, tapi kekejaman yang dilakukan oleh pengganas Sulu terhadap beberapa orang perwira kita jelas sekali tiada sedikit pun sifat kemanusiaan.

Jika alasan hak asasi manusia masih juga mahu dijadikan sandaran, Majlis Peguam sepatutnya tak perlu terlibat secara rasmi atau terbuka, cukuplah sekadar menyerahkan tugasan 'kemanusiaan' itu dilaksanakan oleh ahli-ahlinya sahaja.

19 Mac 2013

Mengupas 7 Dosa Pembangkang - Utusan


KETIKA Datuk Seri Najib Tun Razak menuju ke dewan jamuan di Sekolah Menengah Tanah Merah 1, Tanah Merah Kelantan pada Jumaat lalu selepas selesai memberikan ucapan dalam Majlis Bekwoh Bersama Perdana Menteri, secara kebetulan ribut dan hujan lebat melanda.

Kejadian itu diambil kesempatan oleh penyokong-penyokong pakatan pembangkang untuk menabur fitnah dengan menyatakan ia bala daripada Allah SWT.

Hakikatnya, apa yang berlaku hanyalah secara kebetulan kerana suasana cuaca yang sama melanda seluruh negara termasuk di negeri-negeri dikuasai pembangkang seperti Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Tetapi itu bukanlah fakta yang mahu didengari oleh puak-puak pembangkang, bagi mereka kalau sesuatu perkara yang berlaku kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO itu bala Allah, kalau berlaku kepada puak-puak mereka itu ujian Allah.

Namun kita boleh faham kenapa penyokong pakatan pembangkang begitu marah dengan majlis yang mencatatkan jumlah kehadiran tertinggi dalam sejarah lawatan Perdana Menteri ke Kelantan tersebut.

Selain jumlah kehadiran mencecah 50,000 orang, Perdana Menteri ketika berucap pada majlis anjuran UMNO Bahagian Tanah Merah itu juga, menyenaraikan tujuh dosa besar pakatan pembangkang kepada seluruh rakyat Malaysia.

Berikut penulis senaraikan tujuh dosa besar yang dinyatakan oleh Najib dan hujah yang memungkinkan penyokong pembangkang terpaksa menabur fitnah bagi mengelakkan rakyat menyokong kenyataan Perdana Menteri.

n Dosa pertama yang dilakukan ialah para pemimpin pembangkang terutama Pas telah gagal mempertahankan kesucian agama Islam daripada dihina kerana sangat mengimpikan Putrajaya. Pas tidak mempertahankan kalimah Allah.

- Pas tidak boleh menafikan hakikat ini kerana cadangan supaya membenarkan bukan Islam menggunakan kalimah Allah datang daripada sekutu mereka, DAP.

Apa yang berlaku biar pun Majlis Syura Ulama Pas menolak cadangan itu tetapi kegopohan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menandatangani persetujuan dengan pakatan pembangkang telah menyebabkan parti itu tersepit. Sehingga ke hari ini tidak ada pendirian rasmi daripada Pas, keputusan mana yang dipatuhi sama ada yang dibuat oleh Majlis Syura Ulama atau Abdul Hadi.

Tindakan Pas itu boleh mendatangkan dosa kerana ia membuka laluan kepada perbuatan mencemarkan kalimah Allah seperti mana pernah dihujahkan oleh Timbalan Mursyidul Am, Datuk Haron Din.

n Dosa kedua, dakwaan pemberian tanah kepada pemimpin DAP.

- Isu ini tidak dijawab dengan jelas oleh kerajaan Pas Kelantan biar pun didesak oleh pelbagai pihak.

n Dosa ketiga ialah apabila hutan di Kedah dan di Gua Musang, Kelantan dibotakkan untuk diambil balaknya.

- Perbuatan yang dianggap memusnahkan alam sekitar bagi memberikan pendapatan kepada kerajaan di kedua-dua negeri itu bukanlah isu baru. Tetapi biar pun diasak supaya menghentikan pembalakan rakus tersebut, namun tiada tindakan tegas diambil oleh kerajaan Pas di Kelantan dan Kedah.

Tindakan ini dilarang oleh Islam kerana kerakusan memusnahkan bukit bukau akan mengakibatkan pasak bumi terancam dan sekali gus boleh mengundang bencana alam seperti banjir. Keadaan ini sudah dialami oleh penduduk-penduduk di kawasan-kawasan terlibat.

n Dosa keempat keceluparan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dalam isu pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu.

- Walaupun perbuatan Tian Chua itu mengguris perasaan dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia, namun tiada tindakan tegas diambil oleh PKR. Malahan DAP dan Pas juga tidak memberi tekanan supaya Naib Presiden PKR itu dikenakan tindakan.

Pas juga hanya mendiamkan diri apabila pemimpin-pemimpin PKR terus membuat kenyataan memperlekehkan kerajaan dalam menangani isu pencerobohan itu.

Apa yang kita saksikan, untuk meredakan kemarahan rakyat kepada pakatan pembangkang yang mempolitikkan isu itu, Pas dilihat bercelaru dalam pendiriannya apabila menubuhkan Tabung Perajurit Lahad Datu melalui Dewan Pemuda Pas tetapi dalam masa tidak mendesak sekutu mereka supaya melihat pencerobohan itu adalah soal kedaulatan dan keselamatan negara.

n Dosa kelima yang dilakukan pembangkang ialah tidak menunaikan janji mereka dalam manifesto pilihan raya umum 2008 di negeri-negeri yang telah ditadbir pakatan pembangkang.

- Ini bukan tuduhan tetapi satu fakta yang sama sekali tidak boleh dinafikan oleh pakatan pembangkang. Demi hendak meraih undi pada pilihan raya umum lalu, mereka telah menaburkan pelbagai janji bagi meraih undi tetapi apabila kuasa sudah dimiliki alasan yang diberikan, "itu bukan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri" dan alasan paling klasik, "manifesto bukan satu perjanjian".

Sebagai sebuah parti yang kononnya memperjuangkan Islam sudah tentulah pemimpin Pas lebih faham apa hukumnya orang yang memungkiri janji dalam Islam.

n Dosa keenam, apabila Pas menipu rakyat dalam soal tahaluf siyasi serta kegagalan parti itu mengekalkan matlamatnya menubuhkan negara Islam.

- Pas tidak boleh menafikan fakta ini kerana parti itu sendiri sudah mengubah haluan perjuangannya daripada negara Islam kepada negara kebajikan.

Pas melakukan tindakan itu semata-mata kerana hendak memastikan matlamat menubuhkan negara Islam itu tidak menjadi halangan dalam kerjasama dalam pakatan pembangkang khususnya dengan DAP.

Ia memandangkan DAP menentang keras dan sentiasa konsisten sejak dulu lagi tidak menerima perjuangan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud oleh Pas.

n Dosa ketujuh yang digariskan oleh Perdana Menteri ialah mempermainkan matlamat kononnya negara Islam, lepas itu negara kebajikan, apabila dekat pilihan raya timbul pula hudud tetapi apabila terbit manifesto, hilang negara Islam hilang hudud.

- Ini satu lagi fakta yang tidak boleh dinafikan oleh Pas. Semua orang tahu bagaimana Pas bukanlah dominan dalam pakatan pembangkang. Pelaksanaan hukum hudud yang sering dimainkan oleh parti itu menjelang pilihan raya hanyalah semata-mata untuk meraih sokongan umat Islam dan memberi isyarat kononnya Pas tidak meninggalkan perjuangan Islam.

Tetapi dalam masa yang sama, umat Islam juga amat memahami betapa selagi Pas berada dalam pakatan pembangkang selagi itulah, perjuangan Islam oleh itu parti itu hanyalah sekadar modal menghadapi pilihan raya.

Berdasarkan apa yang disenaraikan adalah jelas tujuh dosa besar atau kesalahan pakatan pembangkang itu seperti mana dinyatakan oleh Perdana Menteri bukanlah satu fitnah atau tohmahan sebaliknya ia adalah fakta.

Pakatan pembangkang mungkin boleh berhujah apa sahaja, namun senario politik selepas pilihan raya umum 2008 jelas membuktikan bahawa pakatan pembangkang bak kata Perdana Menteri, "Perlu dihukum dan tidak layak mentadbir negara ini selepas Pilihan Raya Umum Ke-13."

18 Mac 2013

Wawancara Sin Chew dengan Wan Azizah: Publisiti Bernilai RM5

Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew baru-baru ini menyiarkan wawancara eksklusif dengan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah, bagi mendapatkan pandangannya mengenai isu-isu semasa dan pilihanraya yang menjelang tiba. 

Tidak perlu diulas panjang mengenai pandangan Wan Azizah kerana ianya sudah dapat dibaca iaitu segala-galanya yang dibuat kerajaan adalah buruk dan pembangkanglah yang terbaik, selain suaminya sebagai manusia paling suci di dunia yang tidak henti-henti menjadi mangsa penganiayaan kerajaan.  Semua tuduhan adalah palsu dan semua yang berlaku adalah sandiwara UMNO termasuk insiden Lahad Datu di mana suaminya tidak terlibat langsung dan hanya bertemu Misuari untuk bersembang kosong. 

Pastinya, itulah jawapan standard Wan Azizah di mana-mana saja, jadi tidak perlulah sesiapa membuang masa untuk bertanya apa-apa padanya. 

Justeru, wawancara tersebut tidaklah berbaloi untuk dibincangkan di sini, tetapi, apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah motif Sin Chew yang jelas cenderung memberi kredit dan publisiti murah kepada Wan Azizah. 

Mana tidaknya, jika yang ditekankan bukanlah isu berbangkit menjelang pilihanraya tetapi mengenai sifat rendah diri dan tidak mengada-ngada yang kononnya dimiliki oleh Wan Azizah.  

Menurut Sin Chew, Wan Azizah tidak memakai perhiasan emas atau berlian mewah seperti sesetengah isteri pegawai tinggi kerajaan, tetapi hanya memakai mutiara palsu yang bernilai hanya RM5 seutas. 

Pesan kita pada Wan Azizah, agak-agaklah kalau nak menunjuk rendah diri sekalipun.  Apa erti mutiara palsu RM5 seutas dengan rumah mewah berjuta dolar walaupun suami sudah tidak bekerja?   Siapa yang kos sara hidup dan pelajaran anak-anak, kos ulang-alik dan penginapan termasuk perbelanjaan sampingan ke luar negara berpuluh kali setahun untuk dirinya, suami dan anak-anak?  

Namun, dari satu sudut, tidak mustahil Wan Azizah bercakap benar mengenai mutiara RM5nya kerana jika dikaji pendedahan berbagai pihak mengenai rumahtangganya dengan Anwar, kita akan dapati bahawa semua yang dikeliling mereka mengakui bahawa Anwar tidak pernah memberi perhatian, jauh sekali kemewahan kepada isterinya atas alasan ingin dilihat sebagai ahli politik yang baik. 

Tetapi,  di masa yang sama, Anwar memberi segala kemewahan kepada �anak-anak ikannya� dan juga wanita simpanannya. 

Antara yang telah terdedah di mahkamah ialah adik angkatnya, Suka Dermawan yang diberikan bilik khas di rumahnya sendiri serta modal yang banyak untuk membangunkan syarikat sendiri.  Begitu juga Shamsidar Taharin, isteri Azmin Ali, merangkap perempuan simpanannya, menikmati gaji yang tinggi sebagai Pengarah Syarikat tanpa perlu bekerja atau memikul apa-apa tanggungjawab, selain diberikan saham-saham dan barangan kemas sebagai hadiah. 

Isterinya, Wan Azizah, bagaimanapun disuruh membawa imej sederhana sahaja agar salah lakunya tidak disyaki orang.   

Baru-baru ini, kita didedahkan pula oleh bekas pembantu peguam Anwar, iaitu Yuktes Vijay, bahawa Anwar tidak perlu mengeluarkan sesen pun dalam kebanyakan hal kerana beliau mempunyai penaja.  Jika ini benar, nampaknya Anwar mempunyai penaja dengan jumlah dana tanpa had. 

Logik akal, jika seseorang itu dipecat, tidak kiralah sekiranya beliau seorang Timbalan Perdana Menteri sekalipun, tentulah kehidupannya tidak akan semewah sebelumnya, apatah lagi setelah 13 tahun berlalu.  Lebih-lebih lagi apabila telah bergelar banduan.  Bayangkanlah, Anwar melantik hampir 10 orang peguam setiap kali ke mahkamah.   Peguamnya pula bukan calang-calang, tetapi yang sudah pun menempa nama di mana bayaran yuran mereka tentu sekali bukan calang-calang juga. 

Justeru, di manakah atau bagaimanakah Anwar membiayai kos guaman, kos sara hidup serta kerjaya politiknya?   Segala kos ini selama berbelas tahun pasti memakan jumlah sehingga berbilion ringgit.   Dengan dana yang tanpa had itu, mungkinkah Anwar begitu kejam terhadap Wan Azizah sehingga sanggup membiarkan isterinya itu memakai seutas mutiara bernilai hanya RM5?   

Di sebalik kekayaan Anwar dan kekejamannya terhadap Wan Azizah, jangan kita sekali-kali lupa pendedahan bekas Penolong Setiausaha Pemuda Keadilan, Lokman Nor Adam di awal tahun 2012 tentang bagaimana ketika Anwar dipenjara, Nurul Izzah ada menerima wang berjumlah USD200,000 dari Joseph Estrada, Presiden Filipina pada waktu itu, untuk membantu perjuangan pembebasan Anwar.   Wang tersebut diberikannya kepada ibunya, Wan Azizah, Namun sehingga Lokman meninggalkan PKR, satu sen pun tidak dimasukkan oleh Wan Azizah ke akaun parti. 

Begitu juga apabila rakan Lokman, Nasir Husin, yang sama-sama ditahan ISA menerima cek berjumlah RM5 juta dari Datuk Soh Chee Wen, atas nama Wan Azizah untuk membantu parti dan Anwar Ibrahim.  Tetapi, perkara sama juga berlaku di mana satu sen pun tidak diberikan oleh Wan Azizah kepada parti. 

Perkara ini telah didedahkan sejak tahun 2012 tetapi sehingga kini tiada siapa yang menyaman Lokman Nor Adam, walaupun Anwar terkenal dengan hobinya menyaman orang. 

Oleh itu,, sekiranya Sin Chew merasa �kagum� kerana Wan Azizah sanggup memakai barang kemas bernilai RM5 ketika diwawancara mereka,  maka kekaguman akhbar itu pastinya berasas.  Bayangkan, walaupun keluarganya telah menyonglap berbilion ringgit,  Wan Azizah tegar berlakon rendah diri dengan hanya memakai barang kemas yang tidak sampai sepuluh ringgit.    

Isu Lahad Datu : 12 perkara untuk renungan - Utusan

1. Inquirer News mendedahkan wujudnya kumpulan ketiga dalam isu pencerobohan ke atas Sabah oleh pengganas Sulu membabitkan pembangkang Malaysia, yang sedang bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang mungkin akan dipanggil sebelum Jun.

Pegawai perisikan Filipina berkata, salah seorang ahli pembangkang politik Malaysia yang bersekutu dengan Anwar Ibrahim telah bertanding bagi jawatan di Sabah.

Rupa-rupanya, ahli politik ini adalah salah seorang dari orang-orang yang bercakap dengan Kiram. Beliau didakwa mewakili parti pembangkang yang menyokong Kiram membuat tuntutan ke atas negeri Sabah.

2. Malah, satu laporan The Philippine Star telah mendedahkan pencerobohan ke atas Sabah ini adalah sabotaj kepada usaha rundingan damai kerajaan Aquino dan mengaitkannya dengan nama-nama Cojuangco, Tingting, Moro National Liberation Front atau Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari dan Norbeto Gonzales, bekas penasihat keselamatan negara Filipina.

3. Portal ABS.CBN juga mengulangi kenyataan wujudnya tiga kumpulan yang memperalatkan tuntutan Jamalul Kiram III untuk kepentingan masing-masing. Kumpulan pertama ialah mereka yang ada kepentingan kewangan, kedua ialah kumpulan yang anti-Aquino dan ketiga ialah parti pembangkang Malaysia.

Maka, jika merujuk kepada kenyataan Inquirer News, Portal ABS.CBN dan The Philippine Star, adalah amat mustahil isu pencerobohan di Lahad Datu didalangi oleh UMNO dan Barisan Nasional seperti yang diuar-uarkan pakatan pembangkang.

4. Agensi berita antarabangsa, Reuters pada 14 Februari yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.

5. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.

6. Satu komunikasi dari Kedutaan Amerika Syarikat di Manila ke Jabatan Negara di Washington bertarikh 11 Mei 2007 telah didedahkan oleh Wikileaks. Komunikasi tersebut mengenai perkembangan terbaharu pengasas dan bekas pengerusi MNLF, Nur Misuari. Ketika itu, dia sedang mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya bertanding kerusi Gabenor Sulu.

Wikileaks mendedahkan hubungan Nur Misuari dengan Anwar dan kemarahannya terhadap Malaysia kerana menyerahkannya kepada pihak Filipina ketika ditangkap pada 2002. Dia juga masih menaruh harapan untuk mengambil kembali Sabah termasuk perancangan untuk menakluki secara ketenteraan.

7. Tindakan Anwar menyanyikan lagi "Tanya Sama Pokok" yang diubahsuai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah berulang kali sejak tahun lalu mencetuskan pelbagai persoalan. Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut 'Sabah bakal hilang'.

Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan BN akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi Ketua Pembangkang.

"Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

Dalam ceramah pada 29 Januari lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datuk Sabah, diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

8. Aquino sendiri hairan bagaimana Jamalul Kiram III tiba-tiba boleh ada ada wang yang banyak untuk menghantar bala tenteranya menceroboh Sabah sedangkan sebelum ini dia nak buat rawatan (dialisis) penyakit buah pinggangnya pun tak mampu sehingga terpaksa ditanggung oleh sebuah badan amal di negara itu.

"Jika berkaitan kesihatannya sendiri dia memerlukan bantuan, saya dimaklumkan untuk menyewa bot besar ke Sabah memerlukan ratusan ribu peso dan sekurang-kurangnya dua buah bot digunakan dalam kejadian itu.

"Jadi, di mana dia mendapat dana untuk menyewa bot dan mendapatkan makanan," kata Aquino dipetik daripada Malaya-Business Insight.

9."SAYA hanyalah seorang sultan yang paling miskin di dunia," kata Jamalul kepada pemberita AP ketika ditemui di kediamannya di kampung Maharlika, Manila. Tidak seperti keluarga diraja lain di dunia, hanya duduk di istana dan bergaya, hidup pula mewah, 'kerajaan' Sultan Jamalul Kiram III hanya mampu tinggal di rumah uzur dua tingkat dalam komuniti rakyat miskin Islam di Metro Manila.

10. DUA pemimpin kanan pakatan pembangkang yang disahkan pergi ke Filipina sebelum tercetusnya pencerobohan di Lahad Datu menggusarkan banyak pihak kerana kedua-dua individu terbabit dikatakan mempunyai rekod 'buruk' pada masa lampau dalam usaha pemecahan wilayah. Kedua-dua pemimpin kanan itu pernah memainkan peranan penting yang membawa kepada pemisahan wilayah Timor Timur yang kini dikenali sebagai Timor Leste daripada Indonesia.

Mereka berusaha 'membebaskan' wilayah Timor Timur dengan memberi tekanan politik kepada kerajaan Indonesia pimpinan Presiden Suharto dengan menganjurkan persidangan Asia-Pacific Conference on East Timor (APCET) di Kuala Lumpur pada November 1996.

11. TINDAKAN Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali meramalkan bosnya, Anwar bakal ditangkap dalam masa terdekat yang dilaporkan Free Malaysia Today, juga dikatakan 'skrip lama' pembangkang untuk mengelak Penasihat PKR itu daripada dikaitkan dalam pembabitan isu-isu tertentu termasuk terbaharu, isu pencerobohan Lahad Datu.

Dulu, Anwar menyatakan dia akan dibunuh, dia pun lari ke pejabat Duta Turki...satu sandiwara filem Tamil yang cukup hebat. Skrip lama yang diperbaharui. Ingat tak kita kepada beberapa skrip masa Anwar ditahan di penjara Sungai Buloh? Kononnya, Anwar akan disuntik dengan racun arsenik. Bila keluar, siap dengan topang dagu kata leher sakit. Hairan ya, Anwar boleh bersenam semasa di penjara, tapi katanya sakit belakang.

Kemudian, dia dibawa ke Jerman untuk rawatan sakit belakangnya. Dan sehinggalah dia 'pulih serta-merta'.

12. MENURUT sumber yang boleh dipercayai, pengganas Sulu yang menceroboh masuk ke Kampung Tanduo, dipercayai telah melakukan perancangan rapi dan sebenarnya merancang untuk melakukan serangan sebaik sahaja Parlimen dibubarkan. Penceroboh yang turut didalangi penduduk tempatan itu mahu mengambil kesempatan daripada proses pilihan raya berkenaan bagi menjadikan negara kucar-kacir.

Azhar Idrus Benarkan Perbuatan Menghasut


Astaghfirullah, ulama tersohor PAS Ustaz Azhar Idrus kini sudah hilang pedoman apabila mengeluarkan fatwa songsang dengan menyatakan tidak salah menghasut dibuat untuk tujuan kebaikan. Kenyataan bekas pemain gitar kumpulan pop Iklim hari ini seolah-olah cuba mengelirukan umat Islam dengan mengatakan hukum menghasut dibenarkan di dalam Islam sekiranya berniat untuk melakukan perubahan.

Jika diamati 'fatwa songsang' pimpinan PAS bukan baharu lagi dalam sejarah susur galur politik  negara ini, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat juga pernah mengeluarkan 'fatwa songsang' mengemparkan umat Islam seperti �mengundi Pas masuk syurga dan  `Pas sanggup berkawan dengan syaitan sekalipun untuk mengalahkan BN�.

Selain itu antara kenyataan pernah digunapakai pemimpin PAS adalah �bekerja dan membantu Pas adalah seperti membantu Islam, tidak masuk syurga bagi sesiapa yang tidak mengundi Pas dan sebagainya.

Ia dilihat sebagai satu strategi politik Pakatan Pembangkang PKR, DAP dan PAS khususnnya menggunapakai pendekatan ayat-ayat kempen yang dilihat mengunakan Islam bagi mengelirukan orang awam khususnya kepada mereka yang tidak mempunyai kefahaman tentang agama yang tinggi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Walaupun kenyataan yang diberikan oleh penceramah bebas itu agak ringkas, namun sekiranya diteliti ia mempunyai maksud yang mendalam dan boleh menyebabkan berlakunya kerosakkan yang lebih besar. Sebagai contoh sekiranya ingin melakukan dosa, namun niat kita baik maka ia adalah perkara yang dibenarkan.

Para peminat cerita barat, pasti pernah mendengar nama watak Robin Hood, seorang penyamun dan perompak yang diangkat sebagai tokoh kerana membantu orang yang dalam kesusahan. Dari segi moral, benar tindakan tersebut boleh dikatakan terpuji, namun sekiranya berlandaskan hukum ia TETAP berdosa dan satu perbuatan yang tercela. Islam tidak pernah mengajar penganutnya untuk menguna pakai kaedah 'Matlamat Menghalalkan Cara', kerana ia merupakan salah satu pendekatan ideologi komunis yang jelas bertentangan dengan seruan Islam itu sendiri.

Menurut Kamus Dewan (edisi ke-4) menghasut membawa maksud menjadikan orang sakit hati atau marah kepada orang lain, mengapi-apikan dan sebagainya. Manakala menurut Islam disebut juga sebagai mengadu-domba yang merupakan perkataan Arab an-namimah.

An-namimah berasal dari perkataan an-namma yang bererti mengeluarkan berita dengan tujuan menghasut. Dalam kitab al-Mausuah al-Fiqhiah al-Muyassarah, an-namimah bermaksud memindahkan atau menyampaikan berita pada orang lain dengan tujuan yang tidak baik.

Menurut Imam al-Ghazzali Rahimahullah, perkataan an-namimah pada kebanyakan pendapat adalah menyampaikan percakapan orang lain kepada orang yang dikatakan. Contoh: Seseorang berkata kepada seseorang yang lain  Si Fulan mengatakan tentang engkau begini begini.

Selain daripada itu, ia juga diertikan sebagai Ghibah iaitu keinginan untuk menghancurkan orang, suatu keinginan untuk menodai harga diri, kemuliaan dan kehormatan orang lain, sedang mereka itu tidak ada di hadapannya. Ini menunjukkan kelicikannya, sebab sama dengan menusuk dari belakang. Sikap semacam ini salah satu bentuk daripada penghancuran.

Maksud firman Allah dalam ayat 12 surah al-Hujurat yang bermaksud : 'Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Adakah di kalangan kamu orang yang suka memakan daging saudaranya yang telah mati sedangkan mereka tidak menyukainya'

Bertanyalah Nabi Muhammad S.A.W kepada mereka : Tahukah kamu apakah yang dimaksudkan dengan Ghibah itu?. Lalu mereka menjawab : Allah dan rasulNya yang lebih tahu. Maka sabda nabi Muhammad S.A.W : Iaitu kamu membicarakan saudaramu tentang sesuatu yang dia tidak menyukainya.

Kemudian Nabi Muhammad S.A.W ditanya : Bagaimana jika pada saudaraku itu terdapat apa yang saya katakan tadi?. Baginda Rasulullah S.A.W menjawab : Jika padanya terdapat apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu mengumpatnya dan jika tidak seperti apa yang kamu bicarakan itu maka bererti kamu telah menuduhnya. ( Riwayat imam Muslim, Abu Daud, Tarmizi dan Nasaie)

Daripada Jabir berkata : Kami pernah berada di samping nabi kemudian menghembuslah angin berbau busuk lalu bertanyalah nabi : Tahukah kamu apakah bau ini? Inilah bau orang-orang yang mengumpat orang mukmin { Riwayat imam Ahmad dan perawinya thiqah)

Apabila kita merenungi kepada maksud ayat al-Quran dan potongan hadis nabi maka dapatlah disimpulkan bahawa mengumpat merupakan salah suatu dosa besar dan ia merupakan perbuatan yang tercela seolah-olah pelakunya memakan daging saudaranya sendiri yang telah mati.

Di dalam Islam ada dosa besar yang mempunyai hukum khusus untuknya seperti murtad, zina, bunuh dan ada pula dosa besar yang lain tetapi tidak ditetapkan hukumannya seperti riba, rasuah.

Namun begitu bukan bermakna sesuatu perbuatan yang tidak mempunyai hukuman khusus bukan termasuk dalam dosa besar.

Ini bersesuaian dengan Islam itu sendiri yang merupakan agama fitrah dan juga agama nasihat bukan setakat agama yang menghukum semata-mata.

Ini kerana ada sesuatu perbuatan sudah memadai dengan nasihat secara lembut dan ada yang terpaksa ditetapkan hukuman secara khusus. Ini juga sebagai memberi kesenangan dan kemudahan kepada manusia bukan untuk menambahkan bebanan.

Sumber rujukan al-Quran dan Syeikh Yusuf Qardhawi, al-Halal wa al-Haram fi al-Islam.

15 Mac 2013

Lahad Datu: Iktibar Dari Sejarah Timor Timur


Masihkah kita ingat dengan nama Timor Timur? Pasti ramai mengingatinya, ia adalah sebuah wilayah kecil milik sah Indonesia sejak 1976 hingga 1999. Bermula tahun 2002 ia kemudiannya secara rasmi terpisah dari Indonesia dan dikenali sebagai Republik Demokratik Timor Leste.

Bagaimana wilayah Timor Timur akhirnya menjadi sebuah negara dan siapakah dalang yang bertanggungjawab menyebabkan Indonesia berpecah? Untuk menjawab persoalan itu, elok kita sama-sama menelaah sejarah kerana sejarah adalah guru kita, ia boleh dijadikan iktibar, pengajaran malah teladan berguna.

Sebahagian punca yang merintis kepada keluarnya Timor Timur dari Indonesia disebabkan wujudnya sebuah forum Asia Pacific Conference on East Timur 2 (APCET II) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 November 1996. Sebelumnya, Sidang APCET I pernah diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.

Tujuan penganjuran kedua-dua forum tersebut amat jelas untuk membincangkan isu pembebasan wilayah itu dari Indonesia dengan turut melibatkan campur tangan antarabangsa. Bagaimana pun persidangan itu di bantah oleh Pemuda UMNO dan salah seorang penentangnya ialah Saifuddin Nasution yang ketika itu adalah Setiausaha Kerja Pergerakan pemuda UMNO Malaysia.

Berikutan tentangan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO tika itu, PAS pula bangkit sebagai pengkritik mempertikaikan kesungguhan Pemuda UMNO membantah Sidang APCET II, seakan memperlihatkan PAS menyebelahi usaha memerdekakan Timor Timur dari Indonesia.

Salah satu NGO yang terlibat aktif menjayakan Sidang APCET II ialah SUARAM, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kini aktif mengecam Kerajaan Malaysia khususnya dalam isu Kapal Selam Scorpeane.

Watak lain yang turut sama menyokong APCET II termasuklah Tian Chuan dan R.Sivarasa. Kebetulan yang amat menarik, kedua-dua pemimpin PKR ini telah ke Manila, Filipina pada 7 Februari 2013 yang lalu, dua tiga hari sebelum pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu, Sabah.

Kira-kira dua tahun selepas Sidang APCET II, Indonesia dilanda ribut reformasi yang sebahagian puncanya melibatkan sahabat karib Anwar Ibrahim iaitu Amien Rais yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Indonesia menggantikan Suharto.

Setahun kemudiannya, sewaktu Indonesia di bawah pimpinan Presiden BJ Habibie akhirnya satu pungutan suara di Wilayah Timor Timur diadakan yang memihak kepada gerakan pemisah. Selepas itu diikuti dengan berlakunya rusuhan besar-besaran melibatkan pertempuran antara orang Islam dan Kristian.

3 tahun kemudiannya Timor Timur muncul sebagai sebuah negara baru di mana ia juga kini merupakan tapak utama penyebaran agama Kristian di rantau Nusantara.

Ringkasan sejarah kemunculan Timor Leste (Timor Timur) tak mustahil boleh berulang semula, yang mana kali ini mungkin melibatkan Sabah pula sementelah lagi salah seorang sekutu Anwar iaitu Jefrrey Kitingan pernah di tahan di bawah ISA berikutan dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.

Malah beberapa bulan sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu, pemimpin kepercayaan Anwar di Sabah itu pernah menemui waris 'Kesultanan Sulu', manakala Anwar pula pernah beberapa kali menemui rakan akrabnya yang pernah memimpin MNLF iaitu Nur Misuari yang diketahui umum begitu bercita-cita untuk menakluki Sabah.

Kebetulan juga Nur Misuari mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III dan merupakan penyokong kuat kepada tuntutan ke atas Sabah, dan kebetulan juga sebahagian besar pengganas Sulu tajaan Jamalul Kiram III merupakan anggota MNLF yang setia kepada Nur Misuari.

Dalam pada itu, laporan oleh Reuters baru-baru ini yang memetik kenyataan sumber risikan tentera Filipina mengesahkan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu ada kaitan dengan jemputan dari Ketua Pembangkang Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.

Tambah menarik lagi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini Anwar kelihatannya cukup bergembira menyanyikan lagu "Sabah Nak Hilang" seakan satu bayangan akan ada sesuatu yang besar seperti Timor Timur bakal berlaku. Mungkin ya, mungkin tidak.

Apa pun sejarah hitam Indonesia kehilangan Timor Timur sewajarnya dijadikan iktibar dan diambil pengajarannya. Kita tidak mahu Sabah mengulangi sejarah tersebut dan tentu sahaja majoriti rakyat Sabah langsung tidak terdetik untuk berada di bawah kekuasaan Jamalul Kiram III yang sudah terbukti kekejamannya itu.

Terima Kasih Kerajaan Atas Ketegasan Berhubung Kenyataan Biadap Tian Chua


Tindakan untuk mengherat Naib Presiden PKR, Tian Chua ke muka pengadilan pasti mengembirakan majoriti rakyat Malaysia khususnya balu, anak dan kaum keluarga, para perwira yang telah terkorban sepanjang Ops Daulat dilakukan.

Malah menurut sumber yang diperolehi dari rakan-rakan media yang sedang bertugas di Lahad Datu ketika ini, berita mengenai pendakwaan tersebut telah di sambut dengan ucapan alhamdulillah dan terima kasih PM

Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa, kenyataan ahli parlimen batu yang biadap dan kurang ajar itu, telah menimbulkan kemarahan di kalangan anggota-anggota keselamatan negara yang sedang berkorban nyawa di sana. Malah menurut salah seorang rakan yang dihubungi sebentar tadi, mengatakan ada dikalangan penduduk kampung yang melakukan sujud syukur tanda berterima kasih atas ketegasan kerajaan berhubung kenyataan tersebut.

Tian Chua, pagi tadi telah dihadapkan ke mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(b), di bawah Akta Hasutan 1948 atas kenyataannya pada 1 Mac yang mengatakan tragedi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandiwara BN/Umno.

Ekoran kenyataan tersebut, ia telah menimbulkan kemarahan sebilangan besar rakyat Malaysia yang bangkit menyatakan bantahan atas kenyataan tidak bertanggungjawab itu. Malah tragedi yang telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan negara itu juga juga dilihat sebagai percubaannya untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap dakwaan media antarabangsa yang mengaitkan Anwar sebagai dalang utama.

Lebih malang ada dikalangan pimpinan PKR  yang di temui mengatakan, ia adalah merupakan permainan dan putar-belit media BN/Umno, sedangkan kenyataan tersebut adalah merupakan laporan yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan yang juga merupakan media rasmi PKR.

Di sebalik pelbagai kata-kata cacian dan nista yang dilemparkan kepada mereka, menurut rakan media yang membuat laporan langsung dari Pusat Media, Ops Daulat semangat perwira negara tetap tinggi dan bersemangat.

Malah menurutnya (rakan media yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Azmi) ketika dimaklumkan mengenai korban terbaru yang menimpa anggota tentera tempoh hari, majoriti pasukan keselamatan yang ada telah menitiskan air mata. Walaupun bersedih dengan kejadian yang menimpa rakan sepasukan mereka itu, mereka tetap meminta kebenaran dari pegawai atasan agar segera memberikan kebenaran kepada mereka menyertai misi yang dijalankan.

Berdiri bulu roma dan semangat saya ketika ketika melihat peristiwa itu semalam, dengan linangan air mata, mereka terus meminta kebenaran agar diberikan kesempatan untuk menyertai misi menjejaki saki baki penceroboh

Berita mengenainya gugurnya rakan sepasukan, tidak langsung mematahkan semangat juang mereka, malah telah menjadikan mereka terus bersemangat untuk berdepan dengan para penceroboh katanya.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan di sana, Azmi turut menjelaskan ketika ditanya apakah tidak wujud sebarang perasan takut dikalangan anggota keselamatan yang kerap berdepan dengan situasi mencemaskan itu?

Mereka menjawab mereka yakin dan redha dengan ketentuan dari Allah serta doa rakyat Malaysia dan keprihatinan pemimpin kerajaan telah menyebabkan semangat mereka terus kuat dan membara

Surat Terbuka Faekah pada Tun M: Faekah Perlu Jelas Kenapa PAS Pecat Hassan Ali Sebelum Tulis Surat Pada Tun M - Bahagian 1


Faekah Hussin, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor telah menulis surat terbuka kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed, bagi menangkis kenyataan negarawan tersebut bahawa hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya Pakatan Rakyat terus berkuasa di Negeri Selangor.

Kata Faekah, kenyataan tersebut melampaui batas, celupar dan menunjukkan yang Tun Mahathir ketinggalan jauh dari perkembangan politik semasa selain menghina Institusi Agama dan Raja di Selangor. 

Lebih menarik, Faekah juga seolah-olah khuatir yang kenyataan tersebut akan menjadi liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang dipromosi oleh BN. 

Faekah memulakan warkah terbukanya dengan membentangkan penghormatan tertinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Sultan-sultan yang menjadi pengawal kesucian agama Islam, sambil menekankan kedudukan Klang sebagai Bandar DiRaja, iaitu tempat di mana Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut, bagi menunjukkan sanjungan Pakatan Rakyat terhadap Institusi Raja-raja Melayu.  Katanya, PR menyerahkan semua urusan agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor tanpa sebarang campurtangan politik. 

Faekah mengemukakan bukti-bukti peruntukan yang tinggi untuk masjid, sekolah agama, elaun guru KAFA sebagai menguatkan hujah yang PR tidak meminggirkan kesucian agama Islam.   Selain itu, Tun Mahathir juga dituduh Faekah sebagai menghina pembelajaran agama, memperlekehkan aktiviti qiamullail tetapi berlagak sebagai jaguh agama. 

Faekah juga tidak segan silu menghina perkataan �mantan� sebagai membawa maksud tidak relevan lagi.   Entah �ulama� mana yang dirujuk Faekah yang mengajar perkara ini, kita tidak tahu tetapi benarlah bahawa �hanya jauhari yang mengenal manikam� iaitu hanya yang bijaksana yang mampu mengenali dan menghargai kebijaksanaan.  

Allah SWT telah mengingatkan kita bagaimana manusia sebelum kita menolak seruan Nabi agar belajar dari sejarah mereka-mereka yang terdahulu yang telah menafikan ajaran Nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka, telah dihancurkan kerana keangkuhan dan kesesatan tersebut. 

Manusia yang sesat dan kehilangan arah selalunya adalah manusia yang membelakangkan sejarah dan pandangan orang-orang yang berjasa dan berpengalaman.   Mereka inilah manusia yang bodoh dan angkuh.  Maka jelaslah sudah bahawa Faekah bukanlah �jauhari�. 

Dengan memperlekehkan Tun Mahathir, yang diiktiraf sebagai pemimpin agung bertaraf dunia maka maka tidak hairanlah Faekah kini sesat kerana kebodohannya. 

Kita ingin bertanya Faekah, sejak bila PR menghormati Sultan, mahupun YDP Agong? 

Bukankah ADUN PKR yang menempelak Sultan dengan mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan dengan biadapnya menyuruh baginda agar mengikut sahaja keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)?

Jika benar PR menjunjung Institusi Raja-raja, kenapakah kerajaan Selangor gagal menepati protokol apabila tiada seorang pun Pegawai Tinggi Kerajaan termasuk Menteri Besar sendiri hadir menyambut Permaisuri Agong ketika perasmian Festival Lagu-lagu Islamik Antarabangsa pada 4 Julai 2010?  Malah kerajaan Selangor langsung tidak menghebahkan majlis tersebut sehingga tidak mendapat hadirin yang mencukupi?

Pada bulan April 2010, Sultan Selangor telah menitahkan agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menggunakan masjid untuk berpolitik.  Tetapi titah tersebut telah disanggah oleh Nik Aziz dalam satu sidang media keesokannya, dengan berkata, �Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid. Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim.  Sungguh dukacita, inilah politik, ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik."

Ini adalah antara bukti penderhakaan PR terhadap Sultan, maka masihkan Faekah ingin menipu kononnya parti itu sentiasa taat setia kepada Sultan dan mempertahankan Raja-raja Melayu?  Apa Faekah ingat rakyat tidak tahu bahawa antara perjuangan utama DAP ialah untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu?   Atau Faekah sahaja yang tidak tahu?  

Maka salahkah jika Tun Mahathir memberi amaran tentang bahayanya parti PR kepada nasib orang-orang Melayu dan agama Islam? 

Tun Mahathir bukan graduan bidang agama, begitu juga Faekah.  Namun, Tun Mahathir layak diberi gelaran �ulama� yang bermaksud �orang yang berilmu�, manakala Faekah adalah jauh panggang dari api untuk gelaran itu.   Ini kerana jasa dan kebijaksanaan Tun Mahathir telah terbukti terbentang di hadapan mata, di seluruh pelusuk negara.  Pemikiran Tun Mahathir pula dijadikan rujukan oleh pemimpin dan cendekiawan seluruh dunia.  Sedangkan Faekah nampaknya langsung tidak mampu berfikir.

Segala apa yang difahami oleh Faekah tentang kritikan Tun Mahathir mengenai pembelajaran agama menunjukkan kedangkalan dan kejahilan Faekah dalam memahami isu agama dan pemikiran Tun Mahathir secara mendalam.  Faekah harus faham bahawa bukan semua yang memakai nama agama itu tidak boleh dikritik dan bukan semua yang bersalut �logo� agama itu benar dan baik. 

Sekolah-sekolah agama sejak di era pemerintahan Tun Mahathir telah terbukti menjadi kilang mengeluarkan produk ekstrem dan bingung yang akhirnya tidak membawa kebaikan kepada manusia mahupun negara.  Sauk dan Memali adalah antara bukti jelas yang boleh dijadikan rujukan. 

Lebih buruk, produk sekolah ini menjadi pengacau atau pemusnah kepada segala kebaikan yang ada. Ini kerana sebahagian besar dari sekolah-sekolah ini tidak mengajar agama Islam yang sebenar-benarnya, tetapi cenderung membasuh pemikiran kanak-kanak dengan fahaman politik parti sekutu PR, iaitu PAS, yang ternyata sempit dan menyesatkan.

Asas agama Islam iaitu kasih sayang dan nilai-nilai murni peradaban, serta kepentingan mempelajari ilmu dunia bagi melengkapkan diri untuk menjadi Khalifah, telah diabaikan hampir secara sepenuhnya di sekolah-sekolah agama ini.   Justeru, walaupun mereka ini semua mampu menghafal segala macam doa dan juga Al-Quran, kita perlu mengakui pahitnya kebenaran bahawa bukan lagi sesuatu yang asing hari ini apabila mendengar berita berkenaan produk dari sekolah-sekolah ini terlibat dalam aktiviti samseng, zina, buang bayi malah aktiviti songsang. 

Inilah yang ditegur oleh Tun Mahathir iaitu belajar agama dengan mengutamakan hukum-hakam, tanpa terlebih dahulu menghayati asasnya seperti mengenal dan mencintai Allah SWT bagi membentuk hati yang ikhlas, jujur yang menjamin hubungan yang baik antara sesama manusia demi kebaikan seluruh alam.  

Kewujudan sekolah-sekolah agama sebegini tentulah harus dikekang sebelum negara dipenuhi dengan manusia-manusia yang celaru, keliru dan buntu dalam mencari arah hidup mereka sementara menunggu ajal menjelma.   Mana tidaknya, apabila sebahagian besar dari mereka didapati tidak mampu mencapai keputusan yang cukup baik untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi.   Antara segelintir yang mampu pula, sebahagian besarnya terkandas separuh jalan. 

Sebahagian yang lain pula memilih untuk meneruskan pengajian di negara-negara yang turut mengalami kekeliruan yang sama, sambil mencampur-adukkan pula antara budaya dengan ajaran agama. 

Apabila kesemua mereka pulang ke Malaysia, mereka tidak punya kelayakan untuk bekerja di dalam mana-mana sektor pun.  Satu-satunya bidang mereka ialah agama-politik.  Akhirnya, walaupun kurang kelayakan, mereka terpaksa menjadi guru agama, atau membuka sekolah agama sendiri yang dan mengajar agama mengikut kefahaman mereka sepertimana yang diajar oleh sekolah-sekolah agama politik mereka dahulu.

Lalu kekeliruan mengenai agama pun berkembang biak apabila semakin ramai ibubapa yang inginkan anak mereka mendekatkan diri dengan agama memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah milik produk-produk ini.  Selama itu juga, tiada siapa yang berani mempersoal atau mengkritik ajaran mereka ini dan segala apa yang diajar, ditelan sebagai benar hanya kerana mereka menggunapakai nama �agama�.   

Kerana itulah kita tidak hairan apabila masalah moral turut meningkat sejajar dengan meningkatnya jumlah sekolah-sekolah agama ini sepertimana yang dibanggakan oleh Faekah.   

Dan sekiranya Faekah mampu berfikir lebih dalam sedikit, maka beliau mungkin faham bahawa masalah MURTAD yang semakin parah di Selangor juga sedikit sebanyak berpunca dari kekeliruan yang dibawa oleh produk-produk sekolah agama-politik ini. 

Sikap �orang agama� yang lahir dari sekolah tadi, jarang sangat menepati ciri-ciri Islam dan inilah yang menjadi antara punca Islam diragui.  Sikap mereka yang gemar menghukum, menyindir dan menghina orang yang dianggap jahil menyebabkan golongan yang sedang �mencari� agama menjadi cuak sehingga memilih untuk lari dari Islam dalam mencari ketenangan atau kebenaran.   Selain itu, amalan agama yang berkisar soal hukum hakam sahaja, tanpa ditanam asas yang kuat, menyebabkan ramai anak muda walaupun cukup arif tentang hukum-hakam dalam Islam, turut mudah dipesongkan akidahnya sehingga menjadi murtad.   

Tun Mahathir jelas telah menganalisis dan mengkaji perkara ini secara mendalam dan dari segi jangka masa panjang, yang mana otak Faekah tidak mungkin mampu melakukannya.  

Walaupun tidak mampu berfikir sejauh itu, tidak perlulah Faekah pura-pura tidak tahu bagaimana bossnya, Khalid Ibrahim telah tanpa berfikir dua kali memilih untuk menempelak Jabatan Agama Islam dan membela gereja apabila kes MURTAD didedahkan.    Dan tidak perlulah Faekah pura-pura lupa bahawa Datuk Dr. Hasan Ali yang merupakan antara yang paling lantang mempertahankan akidah umat Islam, telah ditekan dari berbagai sudut sehingga akhirnya terpelanting keluar dari PAS dan kepimpinan PR Selangor, semata-mata ingin mempertahankan Islam. 

Isu Kalimah Allah juga menunjukkan betapa PR tidak mampu mengekang ancaman terhadap Islam oleh DAP.  PKR secara terbuka menyokong penggunaan Kalimah Allah di dalam kitab Injil walaupun tahu bahawa tujuannya adalah untuk memudahkan puak Kristian memurtadkan umat Islam.  Manakala PAS pula tidak mampu bersuara tegas dan masih berdolak dalih mengenainya dengan bercakap berlainan rentak di hadapan DAP, di hadapan pengikutnya dan  di dalam media perdana. 

Entah apa keputusan PAS sehingga kini kita masih tidak mendapat jawapan yang pasti, kerana jika mengikut Majlis Syura, larangan hanya termaktub ke atas ahli PAS sahaja di mana DAP atau siapa sahaja yang bukan ahli PAS, tentulah boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab Injil dan apa jua kitab agama.  Namun, bila diajukan dengan kenyataan tersebut kepada PAS, mereka menafikannya pula. 

Oleh itu, tidak usahlah Faekah bersusah payah memetik angka untuk menunjukkan PR turut mempertahankan agama Islam, tetapi lebih baik Faekah menjelaskan bagaimana peningkatan peruntukan dan jumlah sekolah agama itu turut seiring dengan peningkatan kes murtad, dan pertumbuhan pusat hiburan dan maksiat di Selangor? 

14 Mac 2013

Bodohnya, Manila Standard Today Samakan Najib Dengan Slovodan Milosevic?

Atty. Harry Roque Jr, seorang wartawan dari Manila Standard Today, mendesak Datuk Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia agar menghentikan konflik bersenjata di Sulu dengan segera atau beliau akan dilihat sebagai setaraf dengan penyembelih orang Islam di Bosnia, iaitu Slobodan Milosevic atau pembunuh rakyat sendiri dengan senjata kimia, iaitu Saddam Hussein. 

Wartawan tersebut juga secara biadapnya menuduh Malaysia tidak mengendahkan hak asasi manusia dalam melindungi hak untuk hidup bagi rakyat Filipina di Sabah serta hak untuk dibicarakan sebelum dijatuhkan hukuman mati.  Seterusnya, beliau mengugut supaya Malaysia berfikir dua kali sebelum melakukan jenayah di bawah Akta Antarabangsa. 

Tulisan Roque ini adalah berdasarkan dakwaan kononnya berlaku serbuan dan pembunuhan rakyat Filipina secara kejam dan tidak mengikut undang-undang dalam usaha membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu. 

Harry Roque nampaknya tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai Datuk Seri Najib, Slobodan Milosevic mahupun Saddam Hussein kerana ketiga-tiga mereka ternyata berbeza dari segi karektor, latarbelakang mahupun sejarah negara masing-masing. 

Roque juga nampaknya tidak segan silu memberi pandangan malah �mengugut� Perdana Menteri Malaysia hanya dengan berdasarkan laporan media lain yang turut memetik �cerita� dari mereka yang mendakwa sebagai mangsa tanpa terlebih dahulu menyelidik kesahihannya. 

Slobodan Milosevic telah tercatat dalam sejarah dunia sebagai manusia kejam yang melakukan pembersihan etnik ke atas umat Islam di Bosnia.  Beliau telah pun didakwa dan dihukum sebagai penjenayah perang sebelum ditemui meninggal dunia di dalam penjara pada tahun 2006 kerana serangan jantung.  

Milosevic lahir dalam era perang dunia keII.  Ibubapanya telah bercerai sejurus selepas perang berakhir.  Bapanya, seorang padri Serbia Ortodoks telah membunuh diri pada tahun 1962 dan ibunya juga menurut jejak langkah yang sama sepuluh tahun kemudian. 

Latarbelakang yang penuh dengan keganasan secara semulajadinya telah menjadikan Milosevic seorang yang kejam. 

Saddam Hussein pula telah dituduh sebagai bertanggungjawab membunuh sehingga 100,000 puak pemberontak Kurdish dengan menggunakan senjata kimia.   Tuduhan ini tidak dapat dibuktikan dengan jelas sehingga ke akhir hayatnya, seperti juga tuduhan beliau membina senjata pemusnah (WMD).  Ramai yang berpendapat bahawa tuduhan tersebut hanyalah rekaan Amerika.   Saddam ditangkap dan digantung pada tahun 2006. 

Saddam juga mempunyai latarbelakang yang menyedihkan di mana bapanya meninggalkan keluarganya ketika Saddam masih di dalam kandungan ibunya.  Ketika berusia 13 tahun, Saddam kehilangan abangnya akibat kanser.  Saddam yang masih bayi kemudian dipelihara oleh ibu saudaranya sehingga berusia 3 tahun iaitu sehingga ibunya berkahwin semula.  Dari situ, Saddam mendapat tiga abang tiri dan bapa tiri yang tidak melayannya dengan baik.  Semasa berumur 10 tahun, Saddam tidak sanggup lagi tinggal bersama keluarganya dan melarikan diri ke Baghdad untuk tinggal dengan bapa saudaranya. 

Jelas, apa yang berlaku kepada Saddam sewaktu kecil, telah membentuk jiwa yang keras dan kental malah mungkin juga kejam. 

Milosevic dan Saddam, kedua-duanya menepati ciri-ciri manusia yang berpotensi menjadi kejam kerana mempunyai latarbelakang yang tidak normal.   Manusia yang waras tidak mungkin akan secara semulajadi mempunyai jiwa yang keras atau kejam jika mendapat pendidikan yang baik dan dibesarkan dalam keluarga yang normal. 

Dan kerana itulah Datuk Seri Najib cukup terkenal sebagai seorang yang berjiwa lembut. 

Untuk pengetahuan Roque, Datuk Seri Najib lahir dalam golongan bangsawan, di dalam sebuah keluarga bahagia di mana bapanya Tun Abdul Razak ketika itu merupakan Pegawai tinggi kerajaan.  

Datuk Seri Najib kemudiannya dibesarkan sebagai anak Perdana Menteri Malaysia apabila Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri.  Namun, beliau tidak pernah mempunyai masalah kekurangan perhatian atau tidak cukup kasih sayang seperti Milosevic mahupun Saddam kerana ibu Datuk Seri Najib adalah surirumah sepenuh masa, serta ibu yang penyayang.  Tun Abdul Razak juga tidak pernah mengabaikan keluarga dan sering mencuri masa untuk mendampingi anak-anaknya serta memantau pembelajaran mereka.  Tun Razak tidak memanjakan anaknya dengan kemewahan malah menolak permintaan anak-anaknya untuk membina kolam renang di rumah supaya kehidupan mereka tidak terlalu berbeza dengan orang kebanyakan.   Datuk Seri Najib dididik dengan penuh kesopanan dan kesusilaan sesuai dengan darah bangsawannya dan kedudukan bapanya sebagai Perdana Menteri. 

Oleh kerana, Datuk Seri Najib tidak pernah terdedah kepada keganasan sewaktu kecil, maka beliau mempunyai jiwa yang lembut dan prihatin.  Ini terbukti apabila ketika beliau menjadi Menteri Pertahanan dan bertanggungjawab menanganai tragedi Sauk, beliau telah memilih untuk berunding dan memujuk dengan pemberontak sehinggalah mereka menyerah diri.  Pertumpahan darah tidak pernah menjadi pilihan utamanya. 

Beliau juga merupakan watak penting dalam kebanyakan misi keamanan yang disertai Malaysia, termasuk di Bosnia di mana Milosevic merupakan penjenayahnya.  Beliau  juga turut bertanggungjawab membawa perdamaian di selatan Filipina dan baru-baru ini turut berikrar untuk membantu membawa perdamaian di Palestine. 

Jelas, jiwa dan personaliti Datuk Seri Najib adalah berorientasikan �keamanan� yang mana amat berbeza dengan Saddam dan Milosevic yang merupakan pengganas. 

Justeru, apa yang dibayangkan oleh Roque mengenai Datuk Seri Najib sebagai manusia kejam amatlah menggelikan hati.  Datuk Seri Najib tidak mungkin mampu walaupun untuk menampar mereka-mereka yang giat memfitnahnya saban hari.  Malah, beliau jarang sekali membalas kutukan mereka, kecuali jika sudah terlalu amat keterlaluan, maka beliau akan memberikan penjealasan sebagai serangan balas kepada kutukan tersebut. 

Tentera dan polis Malaysia juga turut membawa semangat keamanan dan keprihatinan yang sama dengan pemimpin kita, Datuk Seri Najib.  Dunia telah menyaksikan bagaimana pasukan keselamatan dan pertahanan Malaysia adalah antara yang paling aktif menyertai misi-misi keamanan di mana saja.  Malah, dalam insiden Lahad Datu juga, kelembutan hati pihak Malaysia cukup terserlah dan terbukti apabila kita memberi ruang yang terlebih dari cukup untuk berunding dan menyerah diri. 

Satu-satunya pihak yang ganas dalam insiden Lahad Datu ialah pihak Sulu.  Mengorek mata, menyembelih dan memotong tangan anggota keselamatan Malaysia adalah sesuatu yang teramat asing bagi tentera dan polis Malaysia kerana �kekejaman yang keterlaluan� bukanlah satu sifat yang biasa dimiliki oleh rakyat negara ini, biarpun mereka merupakan penjenayah.  Selain itu, tentera dan polis Malaysia, majoritinya berbangsa Melayu dan bangsa Melayu itu telah tercatat dalam sejarah sebagai bangsa lemah lembut iaitu sifat yang membolehkan negara ini kekal aman walaupun penduduk asal terpaksa berkongsi kekayaan dengan bangsa lain, termasuk pendatang asing. 

Jika orang Melayu begitu ganas, kenapa orang Filipina terhegeh-hegeh sanggup bergadai nyawa ke sini?  Kenapa selama ini mereka selamat, hidup aman, tenang dan tidak pernah diganggu?  Kenapa hanya hari ini baru kedengaran cerita berkenaan �kekejaman� pihak keselamatan Malaysia terhadap mereka?  Kenapa tidak sejak dahulu lagi? 

Mungkin Roque perlu membuat sedikit kajian sebelum menulis kerana nampaknya beliau masih belum layak untuk mengulas apa-apa mengenai isu dunia. 

Tian Chua Perlu Didakwa Segera Sebelum Sabah Menerima Nasib Seperti Timor Leste



Akhbar hari ini melaporkan bahawa Tian Chua sudah pun didakwa di mahkamah kerana menghina polis dan tentera dengan menuduh bahawa insiden Lahad Datu hanyalah sandiwara UMNO.  Tian Chua benar-benar biadap dan tidak berperikemanusiaan kerana enggan meminta maaf walaupun sedia maklum bahawa tuduhan dan penghinaannya mengguris hati keluarga wira-wira yang terkorban. 

Lebih buruk lagi, apabila penyokong-penyokong Tian Chua dan parti pembangkang, amnya, turut menghina anggota keselamatan termasuk yang terkorban di dalam laman-laman sosial.  Justeru, majoriti rakyat Malaysia mengutuk sikap Tian Chua dan merasa hairan kerana tiada seorang pun dari pemimpin PR, termasuk dari PAS yang menempelak Tian Chua seolah-olah bersetuju dengannya. 

Mungkin ramai yang melihat Tian Chua ini sebagai seorang ahli politik biasa, cuma terlebih  lantang atau celupar, atau terlebih berani ataupun bodoh dari yang lain-lainnya.  Namun, jika kita meneliti latarbelakang Tian Chua, kita wajar mengambil serius terhadap �ancaman� yang mungkin dibawanya. 

Rakyat Malaysia tidak boleh terus menerus melihat politik dari sudut sempit di dalam negara sendiri.   Masanya sudah lama tiba untuk kita memahami percaturan politik dunia serta tidak lagi tersalah langkah dengan memandang rendah atau mengambil mudah atau menafikan terus wujudnya percubaan untuk menakluk dunia oleh kaum Yahudi, sepertimana yang diingatkan oleh Allah SWT di dalam AlQuran.  

Oleh itu, usaha tidak jemu-jemu sesetengah pihak untuk menjemput campurtangan asing dalam urusan negara, termasuk dalam urusan mahkamah, tidak harus dipandang ringan.  Apabila dikatakan �campurtangan asing� maka ia secara automatik merujuk kepada kuasa besar yang didalangi Yahudi.  Sebagai negara Islam, dan sebagai umat Islam, tentulah amat mencurigakan jika kita meminta musuh Islam untuk campurtangan dalam urusan negara kita sedangkan AlQuran telah pun mengingatkan  bahawa musuh-musuh kita itu tidak mungkin ikhlas dan tidak akan berhenti sehingga kita menuruti mereka.  Apakah kita sudah tidak lagi percaya pada AlQuran?

Di Malaysia, pihak mana lagi yang sering menjemput campurtangan asing jika bukan pakatan pembangkang?   Walaubagaimanapun, Pakatan pembangkang tentu saja tidak mahu dilihat berhubungan dengan Yahudi secara langsung.  Oleh yang demikian, mereka memerlukan rangkaian atau badan lain untuk menjadi perantara dan untuk dijadikan penyamaran dalam usaha mencapai matlamat mereka untuk berkuasa. 

SUARAM dan BERSIH adalah antara organisasi yang telah terbukti menjadi rangkaian pembangkang dan telah pun mengaku menerima dana asing dari rangkaian George Soros untuk menjalankan operasi mereka.  Sudah menjadi rahsia umum bahawa rangkaian Soroslah yang menaja pertukaran rejim di beberapa negara di dunia. 

Dan di sinilah nama Tian Chua menjadi satu nama yang penting. 

Tian Chua adalah antara pemimpin PKR yang turut berada dalam kepimpinan tertinggi SUARAM.  Hari ini, Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sudah pun mendedahkan di dalam sebuah program yang mana telah pun dimuatnaik ke Youtube, tentang bagaimana SUARAM menyalurkan USD2 juta kepada pengganas Sulu untuk menceroboh Malaysia.   Kita tunggu SUARAM menyaman JMM jika pendedahan ini tidak benar. 

Umum sedia maklum bahawa Tian Chua telah beberapa kali berkunjung ke Filipina dalam masa sebulan dua sebelum pencerobohan ke atas Sabah berlaku.   Mungkin ada yang bertanya, kenapa Tian Chua, sedangkan ramai lagi pemimpin PKR di dalam SUARAM? 

Tian Chua mempunyai pengalaman dalam misi seperti ini kerana beliau bernah  bekerja di bawah Ramos Horta di Timor Timur yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika dan Australia. 

Pada 9 November 1996, Tian Chua menggunakan platform SUARAM untuk menganjurkan Asia Pacific Conference on East Timur II (APCET II) di Kuala Lumpur, sebagai lanjutan dari APCET I yang diadakan di Manila pada Mei 1994.   Program ini adalah bertujuan untuk membincangkan pemisahan Wilayah Timor Timur dari negara Indonesia.  Cadangan pemisahan ini membawa kepada keganasan dan pertumpahan darah apabila pemimpin etnik Timor Timur, Gusmao melancarkan serangan bersenjata.  Pertempuran antara pemberontak Gusmao dengan ABRI dan kerajaan Indonesia berlangsung untuk beberapa lama. 

Sejarah kemudiannya merekodkan Ramos Horta berjaya memisahkan Timor Leste dari Indonesia pada tahun 2002, dan menjadi Presiden di negara Kristian tersebut.

Jelaslah bahawa Tian Chua telah mempunyai rekod �cemerlang� dalam membantu memisahkan sebuah wilayah dari negara asalnya.   Dan Tian Chua nampaknya sedang berusaha untuk melakukan yang sama dengan Sabah. 

Perlu difahamkan bahawa tujuan sebenar Tian Chua, SUARAM, Anwar mahupun dalang mereka, iaitu puak zionis Yahudi bukanlah sangat untuk memisahkan Sabah, tetapi untuk menghuru-harakan dan melemahkan sebuah negara Islam yang makmur dan maju.  

�Menyebarkan agama Kristian� juga bukanlah motifnya, tetapi agama adalah sekadar �alat� atau �penyamaran� untuk mengaburi mata dunia.  Lagipun, menggunakan agama sebagai alasan untuk berperang atau apa saja, adalah lebih mudah kerana manusia cenderung menjadi ekstrem, taksub ataupun keliru apabila berhadapan dengan isu agama.   Kecenderungan itu akan digunakan oleh pihak mereka untuk mencetuskan ketegangan dan juga pertumpahan darah. 

Hakikatnya, yang menjadi motif utama semestinyalah aset, sumber asli, potensi dan lokasi strategik negara ini kerana kesemua ini adalah asas penting untuk membina struktur bagi menakluk dunia.  Negara ini punya sumber asli yang banyak, selain berpotensi besar untuk terus berkembang maju kerana lokasinya, selain sifat penduduknya.  Sejak beratus tahun dahulu, negara ini sering menjadi rebutan penjajah atas alasan yang sama.   

Rasanya, kita semua boleh berfikir bahawa tidak mustahil semua yang berlaku ini turut berkaitan dengan tindakan kerajaan menolak permintaan Amerika untuk membina pengkalan tentera di Lumut dan tidak mustahil juga ia berkaitan dengan kesungguhan Malaysia membantu Palestine. 

Kesimpulannya, Tian Chua adalah pengkhianat negara dan dakwaan menghina atau menghasut adalah terlalu ringan dan tidak menepati kesalahannya.  Sewajarnya, Tian Chua didakwa kerana mengkhianati negara, sebagai pembelot atau petualang yang tidak harus diberi peluang kedua lagi. 

PKR Masih Cuba Politikan Isu Lahad Datu

Kenyataan bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara jelas membuktikan dirinya pengkhianat negara.

Sepatutnya selaku veteran bekas timbalan tentera yang sudah lama berkhidmat dan menabur bakti demi mempertahankan tanahair yang tercinta ini, Abdul Ghafir seharusnya berfikiran rasional dan matang memberi teguran dan nasihat membina.

Tindakan beliau menuding jari menyalahkan kerajaan sewenang-wenangnya secara tidak langsung memperlihatkan kedangkalan serta sifatnya bermotifkan dendam kepada kerajaan semata-mata.

Selepas menyertai PKR baru-baru ini, tindak tanduk serta kenyataan juga jelas mencerminkan watak peribadi Abdul Ghafir yang sebenar iaitu seorang yang rakus, tamakan kuasa serta pangkat, kemungkinan namanya tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).

Dalam sidang media di ibu pejabat PKR semalam, bekas timbalan tentera, Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata kegagalan pasukan perisikan negara mengesan kemasukan penceroboh Selatan Filipina di Lahad Datu menyebabkan anggota keselamatan negara terkorban.

Menurutnya, insiden pencerobohan di Sabah dapat dikekang lebih awal sekiranya pasukan itu memberi tumpuan kepada keselamatan negara berbanding isu tempatan.

Beliau yang kini ahli PKR mendakwa Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) lebih memberi tumpuan kepada isu politik tempatan berbanding mendapatkan maklumat mengenai ancaman luar.

"Saya ingin menegaskan disebabkan kegagalan ini, kebertanggungjawaban itu tidak boleh diambilkira, kalau kita semua rasa kalau ini yang perlu dijelaskan, mereka perlu jelaskan," katanya kepada pemberita.

Mengulas lanjut, Abdul Ghafir selain itu mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara.

"Kita tidak sepatutnya...arahan politik diberikan, sepatutnya ada arahan yang jelas datang daripada operasi, politik tidak boleh masuk campur dalam urusan keselamatan negara," katanya yang merujuk kepada Amerika Syarikat yang tegas dalam soal keselamatan dan ketenteraan.

Difahamkan, Kerajaan melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu setelah beberapa anggota keselamatan negera terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Tanduo.

Setakat ini seramai 57 orang penceroboh bersenjata Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram berjaya dibunuh manakala 9 anggota keselamatan terkorban.

Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menuntut hak sebahagian daripada Sabah.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini mengingatkan agar pemimpin pembangkang tidak membuat andaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh tentera dan polis terhadap kumpulan penceroboh tersebut.

Najib menyelar pihak tertentu terutama pemimpin pembangkang yang mendakwa tindakan mempertahankan kedaulatan negara dari peceroboh bersenjata Sulu sebagai 'sandiwara UMNO'.

Polis beri amaran individu hina, persenda pasukan keselamatan negara dikenakan tindakan undang-undang

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran terhadap individu atau pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam, Khalid menegaskan arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini.

Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR, Tian Chua memperlekehkan pasukan keselamatan negara yang sedang bertarung nyawa untuk hapus penceroboh bersenjata Sulu.

"Ini satu perbuatan yang amat keji. Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.

Jelasnya, polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.

Susulan itu, Khalid memberitahu polis sudah membuka dua kertas siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan

Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu.

"Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya.

12 Mac 2013

Rakyat Semenanjung Dan Sarawak Bersatu Pertahan Sabah


Insiden Keganasan Lahad Datu mencatatkan sejarah hitam dalam negara yang aman damai dan sejahtera ini.  Sejak  Mei 1969,  Malaysia tidak pernah lagi diancam keganasan sebegitu rupa.  

Walaupun Peristiwa Memali pada November 1985 dan Sauk pada Julai 2000, turut menyaksikan pertumpahan darah, kedua-duanya �berskala kecil� kerana kawasan yang terancam adalah terhad serta yang terlibat adalah rakyat senegara yang tidak pernah terlibat dalam keganasan serius sebelumnya.  Pun begitu, pihak pasukan keselamatan negara tidak pernah mengambil enteng ancaman mereka.

Oleh kerana sudah terlalu asyik dibuai keamanan, maka rakyat Malaysia, terutama generasi baru tidak tahu lagi untuk menghargainya.  Jiwa dan jati diri yang lemah menjadikan memperlihatkan bagaimana sebahagian daripada generasi ini menjadi manusia yang tidak sensitif dan warga yang tidak patriotik. 

Bagi mereka, keganasan, penderitaan adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku ke atas mereka - di bumi Malaysia.  Dalam fikiran mereka, semua itu adalah �kisah-kisah� di dalam Berita Dunia � tentang Iraq, Bosnia, Palestin, Syria atau negara-negara Afrika yang mana �terlalu jauh� dari Malaysia, dari mereka. 

Di tambah dengan hasutan pembangkang yang tidak bertanggungjawab, yang berjuang dengan cara memusnahkan negara sendiri dari segi ekonomi dan juga sosial iaitu jatidiri warganya, maka generasi baru kita semakin jauh melayang sehingga sukar untuk berpijak di bumi nyata lagi.  Justeru, kita lihat bagaimana laman-laman sosial anak-anak muda kita, lelaki dan juga wanita, yang memperlekehkan pengorbanan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.   Antara kekeliruan sama ada itu sebuah sandiwara atau tidak, anak muda ini memilih untuk bersikap tidak peduli sambil mentertawakan mereka yang terkorban.  Tidak kira apapun alasan mereka, yang pastinya, mereka sudah tidak punya semangat cintakan negara walau sekelumit pun lagi. 

Alhamdulillah, bukan semua anak muda kita begitu, hanya segelintir sahaja yang kurang matang yang termampu dihasut oleh pembangkang.   Dan insiden Lahad Datu telah mengurangkan lagi jumlah mereka yang kurang matang itu. 

Insiden ini membuka mata lebih ramai lagi rakyat Malaysia bahawa keamanan bukan sesuatu yang dinikmati secara automatik.  Pada bila-bila masa, nikmat keamanan boleh ditarik balik sekiranya kita tidak berhati-hati dan tidak bersyukur. 

Bagi rakyat Malaysia yang sudah terlalu asyik dibuai keselesaan dan keamanan, pastinya sukar untuk membayangkan keganasan yang dilakukan oleh puak Sulu.  Namun, sudah sampai masanya kita memahami bahawa bukan semua yang dianggap �serumpun� itu seperti kita.  Mereka yang dilahir dan dibesarkan dalam suasana gasar, tidak berpeluang mendapat pendidikan sempurna dan terbiasa melihat keganasan, tidak akan berfikiran seperti kita. 

Kemampuan kita untuk berfikir panjang dan memahami akibat perbuatan yang salah adalah kerana kita dilimpahkan nikmat pendidikan dan keamanan yang tidak mampu dinikmati oleh mereka yang bukan warganegara ini. 

Oleh itu, insiden Lahad Datu bukan sahaja satu pengajaran dan peringatan, tetapi ia telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu bersatu tanpa syarat.   Biarpun Sabah dan Sarawak sering dianggap terasing dan gemar mengasingkan diri dari Semenanjung, tetapi itu tidak bermakna kita tidak menyayangi sesama sendiri. 

Buktinya, anggota-anggota keselamatan dari Semenanjung bergadai nyawa mempertahankan Sabah, begitu juga anggota dari Sarawak.  Akibatnya, 6 anggota dari Semenanjung, 1 dari Sabah dan 1 dari Sarawak telah pun terkorban, dengan beberapa orang dari mereka telah terlebih dahulu disiksa dengan kejam oleh pengganas.
1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
2. Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29,dari Kem Ulu Kinta, Perak
3. Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman

4. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau

5. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau

6. Koperal Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

7. Asisten Supritendan Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna

8. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.

Perasaan sayu dan tidak sampai hati mendengar bagaimana pengganas-pengganas menyembelih, memotong tangan dan mencungkil mata anggota keselamatan kita kini bertukar menjadi marah yang amat sangat.  Sedar tidak sedar, kesayuan dan kemarahan itulah yang membentuk semangat patriotik serta keinsafan di dalam diri masing-masing, termasuk yang selama ini musykil dengan tindakan kerajaan.

Rakyat Malaysia kini bangkit menyatakan cinta mereka pada negara dan hormat mereka kepada pasukan keselamatan dan pertahanan kita.  Kita semua sepakat bahawa Sabah adalah milik kita, milik Malaysia. 

Kita tidak akan membiarkan saudara-saudara kita di Sabah diperintah oleh masyarakat pengganas yang tidak bertamadun.  Kita tidak akan biarkan saudara-saudara Islam kita di sana terpesong dengan ajaran Islam yang bercampur baur dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh kepimpinan pengganas Sulu.   Kerana kita pasti, setiap rakyat Sabah cukup maklum bahawa negeri itu tidak mungkin semakmur hari ini, dan hidup mereka tidak mungkin sejahtera seperti hari ini, jika tidak berada di bawah Malaysia.  

Hari ini, pengganas Sulu cuba merampas semua nikmat ini dari mereka, untuk apa?  Sekadar untuk membuat huru-hara atas jumlah bayaran tertentu oleh pihak tertentu � untung nasib, menjadi Raja, biarpun tidak mampu memerintah.

Justeru, jangan kita sesalkan wira-wira kita yang pergi.  Mereka bukannya pergi sia-sia, tetapi pergi dengan memberi pengajaran agar kita tidak kufur dengan nikmat kemakmuran, mereka pergi sebagai peringatan bahawa keamanan itu bukan �hak semulajadi� rakyat Malaysia, mereka pergi dengan menyemai semangat sayangkan negara, mereka pergi dengan seruan agar kita semua bersatu. 

Merekalah wira dan pengorbanan mereka wajib dibalas dengan terus memastikan bahawa Sabah kekal menjadi milik kita!