21 Feb 2014

Azmin Masih Mempunyai DNA Umno


 
Ramai yang agak sinikal dengan dakwaan berhubung kemelut dalaman antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim. Para penyokong parti itu sebelum ini menyifatkan dakwaan tersebut sebagai ‘perang saraf’ Umno yang sengaja dilakukan.
 
Namun bagi penyokong Azmin dan Khalid, perkara itu bukan lagi isu rahsia, kerana ada di kalangan mereka sendiri yang turut memainkan peranan untuk menyerang dan londeh-melondeh antara satu sama lain.
 
Terdahulu, akhbar Suara Keadilan yang merupakan lidah rasmi kepada parti itu telah menyiarkan rencana yang menghentam Azmin secara terbuka. Artikel yang ditulis oleh Hishamuddin Rais itu telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada keluaran 160, bertarikh 11 Februari 2014 di muka surat 22. Pada tarikh yang sama, artikel tersebut turut disiarkan oleh portal Malaysiakini yang juga merupakan media tidak rasmi kepada pembangkang.
 
Hishamudin di dalam artikel yang bertajuk ‘Khalid dan Azmin’ itu antara lainnya melabelkan Azmin sebagai pemimpin PKR yang mempunyai unsur dan ideologi Umno sehingga menyebabkan dia kurang disenangi oleh pimpinan parti termasuklah dari Pas dan DAP.
 
“Hanya PAS dan DAP sahaja yang dapat menjawab kenapa mereka merasa tidak yakin terhadap si Azmin… Dalam masa yang sama Azmin Ali yang tidak diyakini ini berpangkat Timbalan Presiden PKR.
 
“Mungkin PAS dan DAP juga menyedari dan terpengaruh apabila mengetahui bahawa sosok yang bernama Azmin Ali ini tidak diminati ramai dalam PKR sendiri. Azmin Ali disurahkan sebagai pemilik DNA - United Malays National Organisation. Azmin disurahkan sebagai sedang membawa budaya gerombolan ‘lanun Melayu’ ke dalam badan politik PKR”, dakwanya.
 
Hishamudin yang merupakan antara penyokong kuat Anwar itu turut mengatakan, disebabkan Azmin membawa DNA barah, dia adalah antara punca berlakunya masalah di Selangor dan PKNS sehingga MEMAKSA campur tangan Anwar.
 
“Dalam masa yang sama kisah Azmin dan duit ini masuk akal juga. Untuk pengundi di Gombak atau di Seri Setia – mereka tertanya-tanya kenapa si Azmin ini gila-gila sangat nak jadi MB Selangor? Kenapa begitu gian hendak jadi MB? Tidak cukupkan menjadi Adun dan YB Parlimen Gombak? Kalau ingin membantu rakyat, kalau mahu menolong warga miskin apakah perlu menjadi MB? Soalan-soalan ini telah berdengung di semua kepala yang berfikir. Macam ada Cukong di sebalik Gombak.“Mari kita lihat perangai Azmin semenjak selesai PRU13 dahulu. Apabila rakyat bangun membantah penipuan PRU13 – Si Azmin Ali ini baling sepana. Azmin memberi ingatan agar orang ramai TIDAK dibawa ke jalan raya. Twiter Azmin yang mempertikaikan langkah turun ke jalan raya untuk membantah penipuan PRU13. Isi Twiter si Azmin ini jelas bersifat ‘sabotaj’. Ini ciri dan watak DNA United Malays National Organisation” dakwa Hishamudin lagi.
 
Disebabkan artikel tersebut disiarkan dalam akbar terbitan Suara Keadilan, para penyokong PKR khusus ‘orang-orang’ Azmin mula bising dan mempertikaikan tindakan tersebut. Sehinggakan ada yang mendakwa ia adalah merupakan permainan politik murahan dan kotor serta sebahagian dari usaha Anwar dan Wan Azizah untuk‘membunuh’ karier politik Azmin.
 
Mungkin bagi mengelakkan serangan balas dari kumpulan Azmin yang mungkin akan melakukan sabotaj terhadap Anwar di pilihan raya kecil Kajang, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil segera membuat kenyataan bagi menafikan dakwaan tersebut.
 
Menurutnya PKR tidak terlibat dalam penyiaran artikel tersebut dan keputusan untuk menyiarkannya di dalam akhbar rasmi parti adalah merupakan keputusan pihak editorial Suara Keadilan. Namun, Fahmi mengakui isu tersebut ada dibincangkan kerana wujudnya bantahan daripada beberapa pemimpin yang dikaitkan nama dalam artikel tersebut.

Keputusan Untuk Bertanding di Kajang Tepat


Rakyat rata-ratanya menyambut baik keputusan BN untuk bertanding dalam PRK Kajang walaupun sesetengah berpendapat bahawa adalah tidak perlu untuk ‘melayan kegilaan’ pembangkang.    
 
PRK Kajang adalah bukti bahawa pembangkang selama ini telah mempermainkan demokrasi apabila menyuruh wakil rakyat mereka meletak jawatan tanpa sebarang sebab yang konkrit.   Tindakan tidak bertanggungjawab pembangkang membawa kepada pembaziran yang bukan sedikit tetapi sehingga jutaan ringgit.  Pihak SPR menganggarkan sekurang-kurangnya kos sejumlah RM1.5 juta diperlukan untuk PRK Kajang dan jumlah ini belum lagi termasuk dengan kos yang diperlukan oleh PDRM untuk mengawal keadaan. 
 
Kajang adalah kawasan pembangkang dan BN secara dasarnya, tidak mempunyai peluang cerah untuk menang.  Dengan 40% pengundi Cina dan 48% pengundi Melayu, maka Kajang dilihat sebagai kawasan Cina kerana undi Cina bersifat ‘sepadu’ manakala undi Melayu pula berpecah tiga. 
 
Berdasarkan fakta ini, BN punya pilihan untuk mencuba meraih kembali sokongan Cina ataupun menumpukan sepenuh perhatian kepada undi Melayu dengan matlamat untuk mengurangkan majoriti pembangkang.  
 
Apa yang pasti ialah BN bakal berhadapan dengan tuntutan dan desakan ekstremis Cina melalui Dong Zong yang sentiasa menangguk di air keruh dalam usaha mencapai matlamat perkauman Cina.  Di masa yang sama, BN akan diperhatikan secara dekat oleh pengundi Melayu yang meragui hala tuju parti pemerintah ini. 
 
Muslihatnya di sini ialah, BN tidak mampu lagi dilihat melebihkan satu-satua kaum dan meminggirkan kaum lain hanya kerana satu kaum itu begitu agresif mendesak. 
 
Justeru, keputusan BN meletakkan calon dari MCA, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, dilihat tepat dalam keadaan di mana MCA perlu membuktikan komitmennya,  kalaupun tidak kesetiaannya, kepada BN. 
 
Datin Paduka Chew Mei Fun pernah menjadi Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara selama 2 penggal sebelum dikalahkan oleh Tony Pua dalam PRU 2008.  Beliau juga merupakan bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. 
 
Melalui Chew Mei Fun, kita mengharapkan MCA mampu membawa semangat perikatan yang sebenar dalam PRK Kajang serta tidak lagi terikut-ikut rentak ekstremis Cina yang sering mendesak agar semua tuntutan mereka dipenuhi tanpa mengambilkira aspirasi dan identiti negara.   Politik perkauman sempit dan sikap angkuh kerana berjaya menguasai ekonomi negara yang diterapkan oleh pembangkang di kalangan masyarakat Cina perlu ditangani sebaik mungkin oleh Mei Fun agar tidak menyinggung pengundi Melayu. 
 
Dalam pada itu, kita lihat sebagai inilah masanya untuk MCA membawa masyarakat Cina kembali ke landasan setiakawan dan perpaduan.  Sekiranya MCA mampu mengembalikan sekurang-kurangnya 25% dari sokongan masyarakat Cina kepada BN, ia boleh dikira sebagai sudah cukup bagus kerana apa yang kita sasarkan bukan kuasa di Kajapng tetapi keharmonian negara secara keseluruhan. 
 
Kita percaya, kebanyakan orang-orang Cina juga cintakan keamanan serta memahami hakikat bahawa masyarakat negara ini saling bergantungan.  Hak Istimewa Bumiputera pula adalah formula terbaik untuk mengekalkan keamanan itu.   Melalui PRK Kajang inilah diharapkan agar MCA dapat membantu masyarakat Cina menghayati keunikan ini serta menghargainya dan bukannya memusuhi setiap perkara yang berkaitan dengan Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam sepertimana yang diterapkan oleh DAP. 
 
Mengambil hati pengundi tidak semestinya dengan memberi mereka apa yang mereka mahu, tetapi ia boleh dilakukan dengan mengajak mereka agar menghargai apa yang mereka ada. 
 
Kita harap Chew Mei Fun tidak akan menghampakan BN dan kita juga berharap agar Kajang bukanlah strategi awal untuk MCA menikam BN sekali lagi dalam PRU-14 nanti. 

Isu Air: PR Buat Agihan Terpilih Untuk Jatuhkan Khalid?


Isu air di Selangor semakin meruncing sepertimana amaran pakar beberapa tahun sebelum ini.  Ia berpunca dari kedegilan kerajaan PR Selangor untuk menerima penyelesaian melalui Loji Rawatan Langat 2 mengikut tempoh perancangan asal kerajaan pusat.  Projek yang melibatkan negeri Selangor-Pahang itu dilaporkan selesai lebih 80%, namun, kerja-kerja di Langat 2 yang sepatutnya siap pada 2014 belum pun bermula lagi disebabkan permainan politik PR. 
 
Setakat Januari 2014, kedua-dua syarikat, Puncak Niaga dan Kumpulan Peransang telah bersetuju secara dasarnya untuk menerima tawaran KDEB untuk mengambil alih aset air mereka.  Manakala, Gamuda Bhd, yang merupakan pemegang konsesi lain yang terlibat dalam isu ini tidak dapat membuat keputusan terhadap tawaran sebelumnya oleh KDEB sementara menunggu beberapa isu yang telah dibangkitkan pada 4 Disember lalu.
 
Tawaran pengambilalihan bernilai RM9.65 bilion itu dibentangkan oleh kerajaan negeri kepada syarikat konsesi pada 21 November 2013 adalah hampir sama dengan yang telah ditolak sebelum ini.  Sekali gus memperlihatkan bahawa segala penangguhan dalam isu ini adalah sia-sia belaka.
 
Dalam keadaan di mana rakyat begitu tertekan dengan masalah ketiadaan air, pemimpin PR di negeri ini masih terus berpolitik.  Malah, terdengar cakap-cakap di kedai kopi bahawa krisis air ini turut dijadikan ‘modal’ politik dalam perebutan jawatan Menteri Besar di antara pemimpin PR. 
 
Dalam hal ini, maka Khalid Ibrahim pastinya menjadi sasaran paling tepat untuk dipersalahkan.  Apatah lagi dengan kenyataan-kenyataan Khalid mengenai isu air sebelum ini telah meletakkan dirinya sebagai seorang yang perlu bertanggungjawab 100%. 
 
Antaranya ialah laporan oleh Malaysia Chronicle pada  11 September 2013 di mana beliau berjanji bahawa,  “penyusunan industri air di negeri ini yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun akan diselesaikan sebelum 31 Disember ini.”
 
Malaysian Insider pada 10 Disember 2013 juga melaporkan seperti berikut:
“Walaupun syarikat konsesi air di Selangor menolak tawaran RM9.65 billion daripada kerajaan negeri Selangor bagi membolehkan ia diambil alih, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim tetap optimis untuk melaksanakannya.  Khalid berkata, beliau yakin penstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat”.
Namun, apa yang berlaku ialah ia masih lagi belum selesai dan rakyat semakin tertekan sedangkan pemimpin-pemimpin PR negeri terus bertelagah sesama sendiri.  Lebih malang lagi apabila seluruh tumpuan pemimpin Selangor kini diarahkan kepada PRK Kajang dan tiada siapa pun nampaknya yang prihatin dengan nasib rakyat Selangor dalam menghadapi krisis air. 
 
Dalam pertelagahan ini, yang menjadi taruhan tentulah jawatan Khalid Ibrahim.  Seperti yang kita tahu, Anwar Ibrahim adalah antara salah seorang pemimpin PR yang sedang ‘bersedia’ untuk mengambil alih jawatan MB dari Khalid Ibrahim. 
 
Justeru, adalah tidak mustahil bahawa di sebalik masalah ‘teknikal’ berikutan kedegilan kerajaan PR Selangor mengenai isu air, terdapat juga masalah ‘politikal’ yang menambahkan lagi kekusutan.   Desas-desus kedengaran bahawa terdapat sabotaj di kalangan PR sendiri untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim melalui isu air iaitu dengan cara membuat agihan bantuan bekalan secara terpilih sekadar untuk menaikkan kemarahan rakyat. 
 
Semakin rakyat tertekan dengan masalah air, semakin beranglah mereka terhadap kerajaan negeri dan semakin mudahlah kerja pihak yang ingin menjatuhkan Menteri Besar.
 
Dalam satu sessi dialog dengan Exco Selangor, YB Dr. Yaakob Sapari di kediaman MB Selangor pada 6 Ogos 2012, Anwar dengan yakin sekali menyatakan bahawa ‘isu air boleh selesai’ dan satu-satunya cara penyelesaian ialah dengan meletakkan PR di Putrajaya.
 
Dan ‘keyakinan’ Anwar itulah yang menghairankan kita. 
 
Krisis air adalah masalah kerajaan negeri dengan syarikat konsesi yang berpunca dari kedegilan pihak kerajaan negeri.  Justeru, seorang Menteri Besar sahaja sepatutnya mampu menyelesaikannya tanpa perlu menjadi Perdana Menteri.  Anwar pasti tahu perkara ini tetapi mungkin sengaja membiarkan krisis berlarutan kerana yang akan dipersalahkan bukan dirinya, tetapi Khalid Ibrahim. 
 
Jika teori ini benar, maka ini bermakna bahawa PRK Kajang bukan sahaja membazir tetapi merupakan pilihanraya yang benar-benar menganiaya rakyat demi keuntungan politik seorang individu iaitu Anwar Ibrahim. 

Wan Azizah Tak Setuju Anwar Jadi Menteri Besar


Setelah sekian lama mengambil pendekatan mendiamkan diri, akhirnya Presiden PKR, Wan Azizah Wan Izmail akhirnya tampil membuat kenyataan sambil menolak dakwaan yang mengatakan Ketua Umum parti itu, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Menteri Besar Selangor dari Abdul Khalid Ibrahim.
 
"Tan Sri Khalid sudah mengendalikan kerajaan negeri dan kita sudah tengok sebagai Menteri Besar Selangor... tidak ada cacat cela.. jadi kita teruskan. Kehadiran Anwar (di Selangor) pula, hanya nak membantu.. " katanya semalam apabila diminta mengulas mengenainya.
 
Anwar sebelum ini menyifatkan pentadbiran Khalid lemah kerana gagal menguruskan dana kewangan negeri dengan baik sehingga menyebabkan Selangor mempunyai lebihan kewangan yang banyak seperti yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara.
 
Dia turut membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.
 
Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model, sebelum pakatan pembangkang melangkah ke Putrajaya.
 
Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.
 
“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses pakatan” katanya.
 
Paling menarik, portal pro-pembangkang, Malaysiakini juga seolah-olah menyokong idea untuk ‘memecat’ Khalid itu apabila sering melaporkan artikel yang berkaitan dengannya. Sidang redaksi portal tersebut turut melaporkan kajian, kononnya 576 warga Kajang (yang dianggap sebagai suara majoriti penduduk Kajang) turut bersetuju dengan cadangan dan harapan Anwar, untuk bergelar Menteri Besar.
 
Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pimpinan Pas, tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu antaranya kepimpinan sayap Pemuda Pas Pusat dan Pemuda Pas Selangor yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazirkan wang rakyat.
 
Desas-desus mengatakan, Anwar dikatakan sudah pun mendapat sokongan DAP namun masih pening dengan penegasan Pas yang kononnya mahukan Khalid terus kekal dalam jawatan itu.
 
Paling menarik, ada yang mengatakan,  sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.

19 Feb 2014

Rombakan Kabinet Perkara Biasa, Bukan Isu


Perletakan jawatan Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri disambut baik oleh rakyat.  Perlantikan beliau sejak dari awal menimbulkan kontroversi dan ketidakpuasan hati banyak pihak.   Kegagalan beliau menjalankan tugas dan lebih banyak memberi masalah kepada kepimpinan membuktikan bahawa perlantikannya adalah satu kesilapan sepertimana yang khuatiri rakyat. 
 
Sesungguhnya, Malaysia bersyukur kerana beliau telah meletakkan jawatan dan tidak lagi ‘menyumbang’ kepada pembaziran negara.  
 
Dengan perkembangan terbaru ini, rombakan kecil kabinet pastinya perlu dilakukan. Untuk itu, kepimpinan juga dijangka menunggu keputusan Mesyuarat Luar Biasa MCA yang bakal berlangsung pada 23 Februari ini, berkenaan jawatan kabinet yang telah ditolak oleh parti itu berikutan prestasi buruk dalam PRU-13. 
 
Sekiranya MCA membuat keputusan untuk menerima semula jawatan kabinet, maka Datuk Seri Liow Tiong Lai dilihat sebagai personaliti paling layak untuk jawatan Menteri Pengangkutan yang kini dipangku oleh Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Hishamuddin.  Liow Tiong Lai telah memenangi PRU-13 dengan ‘bergaya’ di kala hampir keseluruhan jentera partinya ‘kaku’. 
 
Jawatan Waythamoorty pula dijangka akan dibuka kepada personaliti dari MIC demi kesinambungan perjuangan membela kaum India. 
 
Selain dua jawatan ini, tidak ada sebarang perubahan besar serta tiada sebarang penambahan jumlah anggota kabinet dijangka berlaku. 
 
Rombakan kabinet adalah perkara biasa apabila berlaku perubahan dalam pentadbiran. Justeru, tiada apa-apa yang pelik mahupun petanda buruk mengenai rombakan ini, seperti yang cuba digambarkan oleh sesetengah pihak. 

17 Feb 2014

PEMBANGKANG PERHEBAT STRATEGI SERANG ISLAM, MELAYU


Kes-kes penghinaan terhadap bangsa Melayu dan Islam di negara ini terus berterusan hasil gerak kerja pakatan pembangkang.
Setiap hari ada sahaja kes tangkapan oleh polis terhadap mereka yang memaki hamun serta mencaci cerca samada raja-raja Melayu, Islam mahupun orang Melayu.
Komen-komen yang penuh dengan rasa benci, marah dan penghinaan ini memenuhi ruang siber di jaringan sosial seperti facebook, tweeter, blog serta komen-komen di bawah sesuatu artikel di dalam internet.
Terbaru seorang perempuan India berusia 27 tahun ditahan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan yang menghina Sultan Selangor di dalam halaman facebooknya.
Ini bukan perkara baru malah bermula sejak Anwar Ibrahim dibebaskan dari Penjara Sg Buloh pada 2004.
Dalam usaha untuk melawan UMNO dan Barisan Nasional, Anwar menyekutukan PKR dengan Pas dan Dap dalam satu pakatan pembangkang.
Pada ketika blog menjadi kegilaan masyarakat untuk menulis apa sahaja yang mereka terfikir mengenai sesuatu isu samada politik, agama, sosial, dan sebagainya.
Pembangkang mengguna peluang ini untuk menyebarluaskan pengaruh dan pemikiran mereka secara agresif.
Melalui pasukan siber, mereka mempengaruhi minda rakyat dengan penulisan yang penuh dengan unsur fitnah dan tohmah.
Rakyat termakan dengan cerita rekaan Anwar dan pembangkang mengenai isu rasuah, penyelewengan dan pembaziran serta gaya hidup mewah pemimpin kerajaan.
Hasilnya pada Pilihan Raya Umum 2008, BN kehilangan lima negeri termasuk Kelantan.
Selepas menawan Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Perak (untuk seketika), pembangkang memperhebatkan lagi strategi dan propaganda mereka menyerang kerajaan.
Kini jaringan sosial seperti facebook dan tweeter sudah muncul dan mereka mengeksploitasi landasan sosial baru ini dengan sepenuhnya.
Kali ini mereka tidak berhenti memainkan isu rasuah dan penyelewengan tetapi memgembangkan serangan mereka meliputi sosok peribadi raja-raja Melayu, menghina orang Melayu dan Islam secara terang-terangan dan lebih berani atau 'daring'.
Di samping organisasi-organisasi bukan kerajaan seperti Bersih yang didokong olen pertubuhan Yahudi antarabangsa menyalurkan dana yang besar untuk menyerang kredibiliti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Polis DiRaja Malaysia (SPRM), Kementerian Dalam Negeri dan sebagainya.
Parti-parti pembangkang pula mengatur strategi untuk menimbulkan keradaan huru hara dan ketegangan dalam negara dengan menganjurkan pelbagai perhimpunan dan demonstrasi untuk menaikkan kemarahan rakyat.
Mereka menggunakan isu-isu seperti kenaikan harga minyak dan kos sara hidup, pinjaman PTPTN dan lain-lain isu untuk sengaja menyerang kerajaan walhal dalam setiap isu kerajaan telah mengambil inisiatif dan langkah yang sewajarnya untuk mengatasi apa jua masalah.
Pembangkang memilih jalan rusuhan jalanan daripada dialog dan kompromi untuk menjayakan agenda mereka menumbangkan sebuah kerajaan sah yang dipilih secara demokratik.
Pembangkang juga menggunakan organisasi sebagai Comango untuk mempertikaikan negara ini sebagai sebuah negara orang Melayu dan Islam sebagai terasnya dengan membawa isu-isu sensitif yang menyentuh kesucian Islam kepada forum antarabangsa.
Comango berkempen agar masyarakat dunia mengutuk Malaysia kerana mengamalkan syiar Islam dan nilai-nilai serta adat ketimuran.
Mereka mahu Malaysia menjadi sebuah negara seperti di Eropah dan Amerika Syarikay di mana perkahwinan sejenis dibenarkan, budaya gay dan lesbian boleh bergerak bebas, fahaman yang merosakkan pemikiran manusia seperti liberalisme juga diajar di sekolah dan institusi pengajian tinggi di negara ini.
Ini adalah agenda yang dibawa olen Anwar selepas dibebaskan dari penjara.
Tujuan beliau ialah untuk menukar sistem demokrasi dan raja berperlembagaan kepada sistem republik di mana tiada lagi hak-hak istimewa orang Melayu dan Islam tidak lagi menjadi agama persekutuan.
Anwar tidak sayangkan bangsa Melayu atau negara ini.
Asalkan beliau boleh menjadi perdana menteri, apa cara sekali pun adalah halal baginya.
Menjahanamkan bangsa dan agama tidak mengapa bagi Anwar asalkan impian di hatinya tercapai untuk duduk di kerusi empuk di Putrajaya.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Kit Siang Ekstremis Pengecut: Baling Batu, Berjabat Tangan?


Entah kenapa terasa loya tekak apabila membaca blog Kit Siang pada 16 Februari lalu yang menyeru rakyat Malaysia agar "Cintai Malaysia, Selamatkan Malaysia" (Love Malaysia, Save Malaysia).  Kit Siang menyeru sedemikian kononnya untuk menentang sekumpulan kecil rakyat 'tidak berjiwa Malaysia, yang giat menyemarakkan semangat perkauman. 
 
Biarpun seruan tersebut adalah seruan yang murni, namun, kita mempunyai masalah untuk mencernanya kerana Kit Siang itu sendiri langsung tidak berjiwa Malaysia. 
 
Kit Siang yang kita kenali adalah pencetus rusuhan kaum 13 Mei.  Sehingga kini, Kit Siang tidak pernah merasa bersalah ataupun menyesali tragedi itu, malah menafikan pula penglibatannya serta berusaha mengubah sejarah. 
 
Parti Kit Siang menolak sejarah negara ini sehingga ke tahap enggan mengiktiraf kedudukan tulisan jawi dalam sejarah negara.  Parti Kit Siang enggan menerima hakikat bahawa teras identiti negara adalah bangsa dan budaya Melayu, yang merupakan penduduk asal.  Kit Siang lebih selesa berbahasa Inggeris dan lebih gemar memperjuangkan Bahasa Mandarin.  Kit Siang inginkan perpecahan antara kaum kekal melalui sekolah-sekolah vernakular.  Kit Siang juga terus mempertikai Hak Istimewa Melayu dan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang menjadi formula perpaduan terbaik, sekali gus, tonggak identiti Malaysia. 
 
Sifat perkauman Kit Siang semakin terserlah sejak Akta Hasutan dihapuskan di mana penyokong Kit Siang-DAP-PR begitu giat memprovokasi, mencabar dan menghina Melayu, Raja-raja Melayu dan agama Islam di laman-laman sosial mereka.   
 
Pendek kata, tiada apa-apa yang 'Malaysia' di dalam diri Kit Siang melainkan Cina dan Cina semata-mata.  Oleh itu, apabila Kit Siang berkata 'cintai Malaysia', kita terasa begitu loya. 
 
Satu perkara mengenai Kit Siang atau DAP ialah mereka gemar menggunakan ayat samar atau umum dalam memperkatakan sesuatu isu.  Sekiranya mereka ingin mengutuk Melayu, mereka akan merujuk kepada UMNO dan jika mereka ingin memperjuangkan Cina, mereka merujuk diri mereka sebagai rakyat Malaysia (Malaysians).  Dengan cara ini, mereka boleh menafikan bahawa tindakan mereka adalah rasis sekiranya diserang balas. 
 
Apa jua strategi mereka, matlamat DAP hanya satu, iaitu merampas kuasa politik Melayu. 
 
Dalam usaha itu, parti ini telah dengan sengaja menyemarakkan isu kalimah Allah. Tumpuan utama DAP adalah untuk merebut Sabah dan Sarawak yang majoriti penduduknya adalah Kristian.  Maka, saban hari isu ini dimainkan di semua media pembangkang seolah-olah ia merupakan isu hidup dan mati penganut Kristian.  Kononnya, kerajaan tidak memberi kebebasan beragama, UMNO parti rasis manakala pemimpin UMNO pula tidak menepati slogan kesederhanaan. 
 
Biarpun isu tersebut telah diputuskan oleh mahkamah, Kit Siang dan partinya mengambil sikap tidak peduli dengan undang-undang dan terus menyemarakkan keadaan dengan berbagai tuduhan terhadap kerajaan, UMNO, Melayu dan umat Islam.  Setiap kali melancarkan serangan, Kit Siang bersembunyi di sebalik nama 'Malaysian', dan bukan Cina - sambil mengutuk 'UMNO', dan bukan Melayu. 
 
Justeru, apabila orang Melayu bertindak balas dengan mensasarkan kepada DAP dan orang-orang Cina, maka Kit Siang akan menuduh UMNO sebagai rasis, orang Melayu sebagai pengganas manakala orang Islam itu ekstrem.
 
Namun, apapun label yang Kit Siang berikan kepada orang-orang Melayu, ia tidak mengubah hakikat bahawa Alvivi adalah penyokong DAP, begitu juga dengan anak-anak muda Cina yang menterbalikkan bendera Malaysia dengan bangga.  Ia juga tidak mengubah hakikat bahawa kalimah Allah tidak pernah menjadi isu sehingga pihak Kristian menuntut penggunaannya dan mencabar undang-undang. 
 
Dalam kata lain, bukan orang-orang Islam atau Melayu yang menghina Injil, Jesus atau perayaan dan agama orang-orang Cina di laman-laman sosial.  Bukan orang Islam yang menghalang orang Cina atau Kristian untuk mengamalkan agama mereka.  Bukan pemimpin Melayu Islam yang merampas tanah dan perniagaan bangsa lain. 
 
Tetapi orang bukan Islam yang menyuruh guru dan penyanyi Islam membuka tudung sekiranya ingin bekerja dengan mereka.  Orang bukan Islam yang melanggar undang-undang dan mencabar perlembagaan.  Pemimpin bukan Islam yang menindas orang Melayu Islam dengan merampas tanah dan perniagaan mereka.
 
 Justeru, pihak manakah yang ekstrem atau pengganas di sini?  Islam atau bukan Islam?
 
Jelas sekali, pihak bukan Islamlah yang sengaja ingin mencetuskan ketegangan bagi mengumpan tindak balas dari orang Islam.  Umpan tersebut akhirnya membawa hasil apabila Molotov koktail dilempar di gereja dan kepala khinzir diletakkan di masjid. 
 
Tidak dapat dipastikan angkara siapakah semua ini dan tidak mustahil ia adalah angkara pihak ketiga yang ingin melihat rusuhan kaum berlaku di negara ini. 
 
Namun, angkara siapapun ia, sedarkah kita bahawa semua ini tidak akan berlaku jika orang-orang bukan Islam yang sependapat dengan Kit Siang benar-benar menghayati identiti Malaysia serta akur kepada undang-undang dan perlembagaan. 
 
Malang sekali, Kit Siang adalah seorang yang tidak bertanggungjawab dan pengecut. Beliau hanya berani membaling batu dari belakang komputernya sambil membuat provokasi dan mencabar kerajaan melalui rangkaian dan penyokongnya, tetapi di masa yang sama, beliau menyembunyikan tangannya.  Kini, apabila keadaan semakin getir, beliau pula yang terhegeh-hegeh ingin berjabat tangan dengan BN, konon untuk 'bekerjasama demi perpaduan dan keamanan negara'.   
 
Untuk pengetahuan Kit Siang, rakyat tidak sebodoh penyokong-penyokong DAP. Majoriti rakyat boleh membaca strategi DAP melalui blognya.  Apa yang jelas, DAP adalah sebuah parti ektremis Cina yang zalim lagi hipokrit yang sanggup menggadaikan nyawa rakyat dan kemakmuran negara demi kuasa politik Cina. 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
Biarkan Zaid Ibrahim pertahan Khalid Ibrahim cabar Anwar Ibrahim (Utusan)
KETIKA Barisan Nasional (BN) masih berteka-teki mengenai sama ada bertanding atau tidak pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, tiba-tiba muncul satu nama yang mahu bertanding atas tiket Bebas.
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim mahu mencabar Anwar Ibrahim bagi memastikan Khalid Ibrahim tidak disingkirkan daripada jawatan Menteri Besar (MB) Selangor. Dalam erti kata lain, Zaid, bekas anggota PKR dari Kelantan, tidak mahu Anwar, dari Pulau Pinang mengetuai kerajaan negeri. Benar kata Zaid, jika Khalid dari Selangor mahu disingkirkan biarlah ia dilakukan melalui proses demokrasi seperti undi tidak percaya di dalam sidang DUN. Tidak perlulah PKR mencipta PRK yang nyata mengajak pelbagai pihak membazirkan wang. Umpama pada musim kemarau, paip air sengaja dipecahkan. Zaid menyifatkan perbuatan Anwar sebagai 'satu tindakan politik liar yang perlu dihalang dan tidak wajar direstui pengundi-pengundi Kajang'.
Adakah pengundi-pengundi Kajang yang sudah tentu majoritinya 'anak Selangor' juga sekata dengan Zaid? Kata bekas Presiden Parti Kesejahteraan Insan (KITA) itu lagi, beliau mampu menstabilkan keadaan politik di Selangor serta membawa pembangunan ke Kajang atas dasar hubungan baik dengan pemimpin dalam pakatan pembangkang dan BN. Apa pun alasan yang diberi bagi 'melayakkan' dirinya bertanding, Zaid memang berhak bertanding. Tidak ada sesiapa boleh menghalangnya kecuali 'halangan' undang-undang. Jika Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh di Pulau Pinang boleh bertanding kenapa tidak Zaid yang bukan wakil rakyat?
Dalam peraturan pilihan raya, tidak ada sekatan mana-mana individu bertanding di luar kawasannya bermastautin atau dilahirkan. Jika ada sekatan yang mengehadkan anak negeri bertanding di negeri berkenaan, sudah tentu ramai yang tidak layak menawarkan diri. Sekadar contoh, Lim Guang Eng dan bapanya Lim Kit Siang dari mana? Berapa tempat atau negeri yang sudah mereka jelajah? Lebih bertuah adalah Guan Eng yang suatu masa dulu menjadi wakil rakyat di Melaka tetapi nasib menyebelahinya di Pulau Pinang apabila dilantik sebagai ketua menteri (KM). Kini giliran Anwar, anak Cherok Tok Kun mencuba nasib di Selangor dengan harapan dapat menjadi MB seperti rekod yang dicipta Guang Eng. Dulu di Pulau Pinang, ramai anak negeri itu yang bertanding sama ada melalui DAP, Gerakan dan MCA tetapi mungkin semuanya tidak layak diangkat sebagai KM.
Kenyataan Zaid nampak lebih jelas untuk tidak melihat Anwar sebagai MB berbanding Pas yang masih 'tarik tali' berhubung jawatan tersebut. Ada yang berkata, jawatan MB perkara lain sedangkan hasrat sebenar Anwar sudah diketahui umum. Pas menegaskan bahawa jawatan MB Selangor bukan hak eksklusif PKR sebaliknya ditentukan menerusi kesepakatan. Apakah maksud kesepakatan? Langkah pertama ialah PKR, Pas, DAP (3P) sepakat untuk memastikan kemenangan di Kajang dan kemudian mencari kata sepakat melantik Anwar sebagai MB. Inilah 'pencak silat' yang berlaku. Seperti diselak sebelum ini, 'Pas tetap Pas' dan 'DAP tetap DAP' - Pas akan setuju, DAP akan patuh sebarang langkah Anwar.
Penolakan terhadap Anwar sebagai MB hanya boleh direalisasikan sekiranya wujud ketegasan seperti yang dinyatakan oleh Zaid. Tidak perlu lagi parti politik menggunakan ayat 'berlapik' kononnya untuk memperlihatkan kesepakatan. Persoalannya adakah Zaid secara bersendirian mampu melaksanakan hasratnya itu yang mungkin juga menjadi harapan anggota, penyokong dan pengundi setia Pas?
Bersediakah mereka yang mengundi Pas memilih Zaid bagi membuktikan mereka menolak Anwar? Tanpa parti, adalah sukar bagi Zaid untuk mendapatkan sokongan tetapi sejarah Selangor membuktikan calon Bebas berpeluang menjadi ADUN dan popular dalam kalangan rakyat. Cuma itu situasi dulu. Hari ini lain.
Mungkinkah Zaid cuba memenangi sokongan daripada pengundi/penyokong Pas, pengundi BN serta pengundi 'atas pagar'? Begitu juga dengan penyokong Khalid yang mahu menyelamatkan MB itu. Mungkin masih ada saki-baki anggota PKR yang menyokong Zaid. Diselak kembali kisah Zaid, beliau adalah calon PKR bagi PRK Hulu Selangor pada 25 April 2010. Ketika itu, Anwar serta Khalid bertungkus-lumus berkempen untuk Zaid bagi mempertahankan kerusi berkenaan yang kosong berikutan kematian Dr. Zainal Abidin Ahmad. Mungkin ramai yang masih ingat bagaimana Anwar yang ditemani S.Nallakaruppan menari-nari di salah satu pentas kempen. Zaid akhirnya kecundang kepada calon BN. Kali ini, jika Zaid tidak berubah fikiran pada saat akhir, beliau akan berhadapan dengan jentera bekas dua orang panglima kempennya iaitu Anwar dan Khalid. Mampukah Zaid menghadapi jentera yang lebih besar ini?
Memang tidak sukar untuk meramalkan nasib Zaid di Kajang kecuali keputusan luar biasa pengundi. Begitu juga jika BN bertanding. Jika BN tidak bertanding, perebutan akan melibatkan calon PKR bersama dua atau tiga calon Bebas. Mungkinkah calon Bebas lain terdiri daripada bekas anggota DAP dan Pas? Mungkin juga seorang dua yang pernah menjadi rakan Anwar sendiri. Tentunya pertandingan ini menarik apabila berlaku 'peperangan' melibatkan bekas anggota 3P serta rakan Anwar.
Persoalannya, adakah BN tidak bersedia menawarkan diri seperti yang dilakukan di PRK DUN Penanti? Setakat ini jentera BN sudah mula kelihatan di Kajang. Kemungkinan tidak bertanding tetap ada. Biarkan PKR dengan sandiwara mereka. Selain pembaziran, banyak faktor yang akan mendorong BN, jika tidak meletakkan calon. MCA yang sudah membentuk Kabinet barunya belum pasti menunjukkan keupayaan untuk turun ke gelanggang. Bukan mudah menghadapi Pas dan DAP. Ketika Pas masih bermain 'tarik tali', DAP sudah tentu tidak ambil kisah siapa MB. Apa yang penting ialah pembangkang menguasai Selangor. Selepas Pulau Pinang, DAP mengharapkan Selangor sebagai pangkalan kedua untuk meneruskan langkah ke Putrajaya. Maka dua hari sebelum pengundian, DAP menyusun makan malam meraikan 'Dari Kajang ke Putrajaya' di Sungai Chua. Makan malam berbayar itu mungkin penutup kempen bagi menyokong Anwar sebagai ADUN Kajang seterusnya sebagai MB baharu.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Apa Untungnya Kepada Umat Islam Bila Anwar Masuk Gereja?


Politik Malaysia hari ini menyaksikan perpecahan yang kronik di kalangan majoriti Melayu.  Keadaan ini menjadikan kaum bukan Melayu sebagai penentu undi dalam pilihanraya.   Oleh yang demikian, pemimpin politik dilihat berlumba-lumba untuk mengambil hati bukan Melayu melalui berbagai cara. 
 
Akibatnya, politik Malaysia kini sudah sampai di tahap paling hina apabila parti-parti politik sanggup berbuat apa saja untuk menang.  Sensitiviti kaum dan agama dimainkan tanpa sedikit pun rasa tanggungjawab.  Soal isu sensitif mampu membawa kepada huru-hara dan pertumpahan darah sudah tidak dipedulikan lagi. 
 
Parti pembangkang pastinya lebih bebas untuk memainkan isu sensitif kerana mereka tidak perlu bertanggungjawab ke atas kelamatan negara dan juga rakyat.  Malah mereka lebih suka sekiranya berlaku ketegangan kerana ia akan memudahkan mereka menyalahkan kerajaan. 
 
Bersandarkan strategi ini, parti DAP terutamanya, dilihat begitu giat mengerahkan jentera sibernya dan juga rangkaian penyamarannya dalam bentuk NGO dan juga wakil agama untuk melakukan provokasi terhadap orang-orang Melayu-Islam.   Pemimpin mereka juga dilihat sengaja 'menjolok' orang-orang Melayu dengan dengan berbagai isu, termasuk Kalimah Allah, isu Injil berbahasa Melayu dan juga penghinaan rambang terhadap agama Islam dan juga Raja-raja. 
 
Setiap kali orang Melayu bangkit membela agama dan Raja-raja yang dihina, mereka akan dituduh oleh DAP sebagai orang-orang UMNO yang rasis. 
 
Matlamat pembangkang adalah untuk meraih 100% sokongan bukan Melayu di samping meniupkan prasangka terhadap kerajaan Melayu.  DAP begitu yakin orang-orang Melayu yang menolak UMNO akan terus bersama PR biarpun parti itu menggadaikan maruah Melayu dan Islam. 
 
Ternyata perkiraan mereka tidak meleset apabila pada 16 Februari lepas, kita melihat Anwar Ibrahim terhegeh-hegeh masuk ke Gereja Holy Family, Kajang untuk berkempen meraih undi bukan Islam dalam menghadapi PRK Kajang.  Tujuan Anwar adalah tidak lain tidak bukan untuk 'menyenangkan hati' masyarakat Kristian yang kini giat menuntut penggunaan kalimah 'Allah' dalam Injil berbahasa Melayu.  Dalam ceramah tersebut, Anwar menonjolkan sifat terbuka mengenai isu itu dan juga terbuka terhadap semua agama. 
 
Apa yang hadirin di Gereja Holy Family tidak tahu ialah, dalam ceramah Anwar di Kompleks Penghulu Batu 10 Jalan Cheras, Kajang pada 12 Februari sebelum itu, di hadapan orang-orang Melayu, Anwar meyakinkan orang-orang Melayu yang kalimah Allah hanya milik Islam dan beliau sebagai pemimpin PR tidak akan membiarkan penganut lain menggunakannya sewenang-wenangnya. 
 
Tindakan Anwar berkempen di gereja berjaya menggembirakan bukan Islam.  Kononnya, tindakan Anwar adalah lambang 'kesederhanaan' yang sebenar.  Blog dan portal milik pembangkang menjadikan Anwar sebagai 'harapan' ke arah perpaduan rakyat Malaysia.
 
Persoalannya,  apakah pemimpin Islam perlu masuk ke gereja merendahkan diri di hadapan bukan Islam maka barulah 'perpaduan' sebenar dapat dicapai? 
 
Apakah dengan menonjolkan pendirian berbeza di pentas yang berlainan merupakan contoh 'kesederhanaan' mengikut penilaian pembangkang?   
 
Hakikatnya, sejak dari mula lagi, Anwar sentiasa terbuka dengan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Malah, PAS juga pada satu ketika, turut menyebelahi Kristian sehinggakan kerajaan pimpinan UMNO dikecam hebat kerana menghalang pengedaran 35,100 Injil berbahasa Melayu yang masuk melalui pelabuhan Klang. 
 
Justeru, ceramah Anwar di hadapan orang-orang Melayu kononnya beliau akan mempertahankan kalimah 'Allah' merupakan satu penipuan semata-mata - sebagaimana beliau telah menipu mengenai tidak akan bertanding di Kajang mahupun sebagaimana beliau menipu akan menjadi Perdana Menteri pada 16 September suatu ketika dahulu, atau mengenai tidak pernah meliwat sesiapa. 
 
Dengan berceramah di gereja, kini pihak Kristian, orang-orang bukan Islam, kumpulan ekstremis Cina dan golongan liberal semakin yakin yang Anwar merupakan seorang calon yang paling tepat untuk dinobatkan sebagai pemimpin boneka mereka.  
 
Sudah tentu pengiktirafan itu tidak akan diberikan jika Anwar dilihat tidak mampu menunaikan segala permintaan mereka.  Sudah tentu mereka tidak akan memuji Anwar sebagai 'harapan perpaduan' jika Anwar komited untuk menjaga kedaulatan agama dan bangsa sebagaimana pemimpin UMNO.   Sudah tentu mereka tidak akan mengiktiraf Anwar sebagai 'sederhana' jika Anwar juga setegas pemimpin UMNO mempertahankan kalimah 'Allah'.
 
Berdasarkan hakikat ini, fikirkanlah apakah untungnya kepada umat Islam jika Anwar dilantik sebagai wakil Kajang, Menteri Besar Selangor mahupun Perdana Menteri Malaysia?   Apakah hasilnya ceramah Anwar di gereja kepada orang-orang Melayu dan Islam?  
 
Apakah benar Anwar mampu mengukuhkan perpaduan melalui ceramah tersebut?  Atau hanya memperkukuhkan kedudukan penentang Islam, di samping melemahkan lagi kedudukan Islam? 
 
Anwar boleh saja menyeru kepada perpaduan tanpa perlu ke gereja jika benar beliau tidak terdesak untuk membuktikan kepada DAP yang beliau sentiasa bersama mereka.  Apa yang berlaku menunjukkan yang Anwar kini sudah lebih dari terdesak dan berada betul-betul di bawah tapak kaki DAP dalam perjuangannya  untuk merebut kuasa. 
 
Untuk umat Melayu-Islam, ingatlah, DAP tidak akan sekali-kali memuji Anwar, jauh sekali mengangkat beliau sebagai Ketua sekiranya mereka tidak mampu menguasainya. 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Antara Syaitan Dan Lautan Biru


Selepas pilihanraya ke 13, rakyat Malaysia menjadi marah akibat daripada tuduhan demi tuduhan yang belum lagi terjawab. Walaubagaimanapun, hari demi hari, rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan realiti bahawa cerita fiksyen kononya“Rakyat Malaysia akan hidup dengan lebih gembira jika Pakatan Rakyat menang” telah lama hancur.
Sememangnya kebenaran itu menyakitkan apabila segala macam propaganda dan terma demokrasi telah digunakan di dalam alam maya untuk mewujudkan satu realiti yang sememangnya tidak boleh diwujudkan jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia. Walaupun banyak kelemahan, keinginan rakyat untuk melihat Barisan Nasional menang di dalam pilihan raya umum adalah lebih selamat daripada Pakatan Rakyat yang tiada siapa pun tahu keupayaannya.
Komponen parti Pakatan Rakyat bersatu dan berpecah mengikut isu yang mereka terpaksa hadapi. Mereka tidak konsisten di dalam perjuangan mereka, dan inilah yang menjadi tanda aras kepada keupayaan mereka.
Dalam kontroversi terbaru dimana Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihalang dari memasuki Jepun, hanya Lim Kit Siang sahaja yang membuat kenyataan diatas kapasiti beliau sebagai penasihat parti DAP. Parti komponen lain seperti PAS dan DAP tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan. Sehingga hari ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih enggan memohon maaf diatas tindakan penyokong beliau yang telah memijak dan membakar bendera Jepun, ini adalah tindakan yang sangat tidak baik untuk hubungan antarabangsa. Pada 24 Januari 2013, akhbar nasional berbahasa Inggeris, The Star telah melaporkan bahawa prinsip Pakatan Rakyat terhadap penggunaan kalimah “Allah” masih tidak berubah walaupun Majlis Syura PAS telah mengambil keputusan bahawa ianya tidak boleh digunakan oleh mana-mana penerbitan agama selain Islam. Walaubagaimanapun, prinsip tersebut hanyalah untu gimik pra pilihanraya umum ke 13. Sungguhpun Pakatan Rakyat telah diberikan mandat untuk memerintah Negeri Selangor Darul Ehsan, mereka telah menunjukkan sifat sebenar mereka pada awal bulan Januari apabila mereka tidak mampu untuk menangani isu kalimah “Allah”.
Adakah ini boleh dikira sebagai pemerintahan yang bertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri Selangor? Nampaknya mereka tidak dapat menjalankan tugas secara efektif dan lebih mudah bagi mereka untuk menyalahkan orang lain dan mengharapkan setiap isu yang timbul akan selesai dengan sendirinya. Jika Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menguruskan isu mudah seperti ini, bagaimana jika mereka memerintah Malaysia?Ramai yang tidak menyedari bahawa dengan mengundi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum yang ke 12 dan 13, kini terdapat kekurangan wakil bangsa Cina, India dan pelbagai lagi golongan etnik di dalam kerajaan. Kelemahan parti etnik yang berlainan di dalam Barisan Nasional telah menyebabkan kejatuhan sokongan kepada parti tersebut. Namun begitu, siapa yang benar-benar rugi di dalam perkara ini? Sudah semestinya rakyat Malaysia. Mereka terlalu asyik untuk menundukkan kerajaan persekutuan sehingga mereka lupa akan kehancuran yang mereka bawakan untuk bangsa mereka sendiri. Jika terdapat golongan yang bermasalah seperti pelajar dan sebagainya, siapakah yang membantu mereka? Adakah Pakatan Rakyat yang mampu menolong golongan ini? Dengan tidak memperolehi majority di dalam pilihanrayayang lepas mereka tidak boleh membantu untuk membuat apa-apa pun. Bekas pemimpin BN yang kalah bertanding juga tidak mampu membuat apa-apa kerana mandat telah diberikan kepada Pakatan Rakyat, perkara ini terjadi terutamanya di negeri Pulau Pinang dan Selangor. Terlalu ramai pemimpin di dalam Pakatan Rakyat yang sehingga kini belum lagi membuktikan keupayaan mereka untuk menjadi pemimpin. Paling teruk ialah, Pakatan Rakyat sendiri yang sibuk meniup api perkauman yang semakin lama semakin memisahkan rakyat Malaysia. Kepemimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan perjumpaan di Ibupejabat PAS di Kuala Lumpur pada hari Rabu, 22 Januari 2014 untuk memberikan sokongan penuh kepada Pakatan Rakyat Johor dalam objektif mereka untuk menjayakan Johor Dream supaya Johor akan dijadikan negeri barisan hadapan apabila Pakatan Rakyat bergerak untuk kempen pada PRU ke 14 akan datang. Mereka masih lagi mengimpikan untuk menawan Putrajaya. Mereka masih belum lagi mencadangkan apa-apa proposal yang konstruktif contohnya di dalam bidang pendidikan atau menyelesaikan isu JAIS yang semakin meruncing di dalam negara ini. Apa yang mereka berjaya lakukan adalah menipu dan terus menipu rakyat dalam usaha mereka menakluki Putrajaya.
Sebelum PRU13, Anwar asyik bercakap tentang kabinet bayangan dan buku Jingga yang menjadi kebangaan Pakatan Rakyat. Fakta sebenarnya, Pakatan Rakyat sendiri tidak faham dan setuju dengan apa yang mereka katakan sebagai polisi pendidikan mereka. Terlalu banyak isu utama yang mereka tidak selesaikan di dalam 5 tahun yang lepas, adakah mereka rasa mereka sudah cukup mampu untuk memerintah negara ini?Barisan Nasional bukanlah sempurna dalam segala-galanya tetapi semua pemimpin BN faham akan mekanisma pemerintahan yang baik. Semua pemimpin Barisan Nasional adalah terdiri dari mereka yang berpengalaman dan ini juga dengan dibantu oleh pegawai-pegawai kerajaan yang amat terlatih. Hakikatnya BN jauh lebih baik dari Pakatan Rakyat. Apakah akan dilakukan oleh Pakatan Rakyat sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan sekiranya mereka memenangi PRU-14 akan datang?
Masyarakat SegeraRakyat Malaysia adalah masyarakat segera. Mereka mahu Barisan Nasional menyediakan penyelesaian segera apabila Barisan Nasional sudah menampilkan sesuatu polisi. Mereka mahu segalanya segera. Tetapi mereka sanggup menutup sebelah mata apabila sesuatu polisi yang dibuat oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat mengubah-ubah pendirian mereka.
Dalam keadaan tidak stabil yang telah disebabkan oleh Pakatan Rakyat akibat dari kelemahan mereka, tidak mustahil akan terjadi satu perubahan besar pada PRU-14 akan datang. Kemungkinan Barisan Nasional akan menang dengan lebih besar lagi. Rakyat Malaysia perlu mempraktikkan kebolehan akal fikiran mereka untuk memilih satu kumpulan yang lebih baik iaitu Barisan Nasional daripada Pakatan Rakyat. Adalah lebih baik untuk memilih syaitan yang dikenali (akibat daripada fitnah Pakatan Rakyat) daripada jatuh kedalam lautan ketidakpastian apabila Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Apa yang pasti adalah, angin perubahan yang ditiupkan adalah tidak sama seperti selalu. Ada angin yang menjadi taufan yang akhirnya akan menghancurkan, ada pula angin sepoi-sepoi bahasa yang menyegarkan. Oleh itu rakyat Malaysia perlu memilih angin mana yang bersesuaian dengan mereka, janganlah memilih angin yang bakal menghancurkan apa yang selama ini telah dibina oleh nenek moyang kita.
Barisan Nasional masih lagi pilihan untuk kestabilan, pembangunan dan perpaduan sekalipun para musuh sedang bekerja keras ingin memastikan kejatuhan kerajaan Barisan Nasional dan Perdana Menteri Malaysia. Tidak kira apapun penipuan yang dijual oleh Pakatan Rakyat, kebenaran pasti akan menang.
Selepas PRU-14, Perdana Menteri Malaysia akan menikmati pemerintahan yang gangguan dimana ketika itu segala menifesto akan dijalankan dengan lancar. Malaysia bukan sahaja sebuah masyarakat segera tetapi juga kurang sabar. Lagi radikal sesuatu menifesto untuk perubahan yang tidak terancang, lagi kuat penolakkan yang akan dapat kita lihat daripada rakyat Malaysia kepada Pakatan Rakyat. Keputusannya adalah semakin positif kerana Perdana Menteri Malaysia mempunyai keberanian untuk mengarahkan perubahan secara berperingkat untuk memajukan Malaysia. Ini adalah lambang pemerintahan yang berjaya dan berani kerana walaupun disaat beliau diserang hebat dengan isu-isu hebat dan juga remah (seperti isu kangkung) beliau masih lagi boleh berdiri dan melakukan perkara yang benar. Sudah tiba masanya rakyat malaysia memberikan sokongan penuh kepada Kerajaan Malaysia dan bukannya menghina kerajaan dan pemimpinnya, jangan diikutkan sangat permainan pembangkang. Dengan sokongan padu yang diberikan kepada kerajaan persekutuan, perjalanan pemerintahan negara ini boleh diangkat dengan penuh dedikasi dan kebijaksanaan oleh kita semua. 

Pemuda Pas Ulangi Pendirian Tolak Anwar Sebagai MB Selangor


 
Dewan Pemuda Pas Pusat (DPP), sekali lagi mengulangi gesaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim agar membatalkan hasratnya untuk menjadi Menteri Besar Selangor sekiranya berjaya mengekalkan kemenangan parti itu di Dun Kajang.
 
Menurut Setiausaha DPP, Mohd Nasaei Ismail sekiranya Anwar menang sebagai Adun Kajang, dia masih boleh membantu kerajaan negeri Selangor tanpa perlu meminta Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.
 
"Kalaulah berlaku kemenangan kepada Anwar di DUN Kajang, tak jadi menteri besar sekali pun dia cukup kuat untuk memberi bantuan kepada kerajaan negeri Selangor.
 
"Jadi dia duduk dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor sebagai wakil rakyat, itu pun sebenarnya boleh memberi kredit yang besar kepada pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat”, katanya.
 
Anwar sebelum ini membayangkan wujud kemungkinan untuk dirinya mengambil alih jawatan tersebut walaupun dia pernah berulang kali mengatakan isu tersebut hanyalah merupakan spekulasi.
 
Ketika diwawancara oleh Australia’s Newsline, ahli parlimen Permatang Pauh itu mengatakan dia sedang berunding dengan Khalid dan berhasrat untuk menjadikan Selangor sebagai model sebelum melangkah ke Putrajaya.
 
Seterusnya ketika ditemu bual oleh pihak media baru-baru ini, Anwar sekali lagi membayangkan dia akan menerajui kepimpinan negeri dan akan berbincang dengan pimpinan pakatan rakyat bagi mendapatkan kerjasama.
 
“Kemungkinan itu ada. Kita kena bincang ikut proses Pakatan” katanya.
 
Disebabkan spekulasi itu juga beberapa orang pemimpin Pas tampil membuat kenyataan bagi membantah ‘pengambilalihan kuasa’ itu antaranya kepimpinan sayap DPP yang menyifatkan PRK Kajang sebagai membazir wang rakyat.
 
Anwar juga dikatakan sudah mendapat sokongan DAP. Namun Pas dilihat masih bertegas mahukan Khalid untuk terus kekal dalam jawatan itu. Paling menarik, sudah ada usaha yang dibuat untuk mempelawa Khalid menyertai Pas sekiranya PKR masih berhasrat untuk memecatnya.
 
PKR mengosongkan kerusi DUN Kajang bagi membolehkan Anwar bertanding di situ pada pilihan raya kecil  23 Mac, langkah pertama ke arah beliau menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Azmin-Khalid Bergaduh, PKNS Mati diTengah-tengah?


Bermacam-macam teori dikemukakan dalam memperkatakan kemelut dalam kerajaan Selangor, khasnya, dan PKNS serta anak syarikatnya, PKNS Holdings Sdn Bhd.   
 
Pemecatan Azmin Ali dari Lembaga Pengarah PKNS dikatakan menjadi punca segala rahsia dan kotoran di dalam PKNS kini terbarai apabila kedua pihak yang diketahui umum sebagai ‘berseteru’, iaitu Azmin dan Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, cuba membela diri masing-masing dari pandangan buruk rakyat.   
 
Selain pertelingkahan mereka, keseluruhan parti PKR dan juga gabungan Pakatan Rakyat juga terpaksa berhadapan dengan kecaman rakyat apabila seramai 22 pegawai PKNS dipecat tanpa sebab berikutan kemelut Azmin-Khalid.
 
Walaupun pada dasarnya Azmin dan Khalid tidak mengakui yang mereka mempunyai sebarang masalah, namun semuanya semakin jelas apabila kelemahan dan keburukan masing-masing terdedah berikutan kemelut di dalam PKNS.  Pendedahan ‘ekslusif’ sebegitu pastinya dilakukan gerak-kerja para tentera siber masing-masing untuk menjaga air muka Tuan-tuan mereka sekali gus membuktikan yang mereka benar-benar sedang bertelingkah. 
 
Sebelum ini kita difahamkan bahawa pemecatan Azmin adalah berpunca dari tekanan dari DAP.  Menurut sumber, Azmin telah membawa masuk orang-orangnya sendiri bagi mengekang amalan kronisme DAP di dalam PKNS di mana hampir semua projek diberikan kepada kontraktor DAP.  Justeru, Khalid telah diarahkan oleh DAP agar memecat Azmin dan semua staff yang ‘tidak boleh dipercayai oleh DAP’ bagi membolehkan parti chauvinis Cina itu meneruskan agendanya untuk menghalau Melayu dari kawasan bandar melalui projek-projek hartanah mewah.    
 
Pemecatan Azmin tidaklah begitu mengejutkan dan disambut selamba oleh rakyat. Namun begitu, pemecatan 22 orang kakitangan PKNS menyebabkan Khalid dikecam keras sebagai penindas dan tidak berhati perut.  Khalid terdesak untuk membersihkan namanya. 
 
Khalid akhirnya melihat peluang untuk mengenakan Azmin melalui laporan kewangan PKNS yang memperlihatkan ketirisan yang teruk.  Beliau kemudiannya mengumumkan penubuhan jawatankuasa khas yang dilantiknya sendiri untuk memantau perbelanjaan PKNS dan PKNS Holdings.  Jawatankuasa itu bertanggungjawab memantau peruntukan untuk bola sepak RM9 juta setahun, pembangunan usahawan RM5 juta setahun dan tanggungjawab social korporat (CSR) RM30 juta setahun.
 
Pada 31hb Julai 2013, iaitu ulangtahun ke 49 PKNS, Pengurus Besarnya, Othman Omarmengumumkan bahawa perbadanan itu telah membelanjakan RM240.6 juta sejak 2008 sehingga 2012 bagi memenuhi CSR.  Oleh kerana PKNS membeli tanah pada harga pasaran seperti pemaju swasta lain, perbadanan itu telah menggunakan peruntukan CSR untuk membina rumah mampu milik di sekitar Selangor. 
 
Menurut sumber lain termasuk laporan akhbar, PKNS telah membelanjakan sejumlah RM1.1 billion dalam bentuk subsidi untuk memenuhi tuntutan CSR bagi membina lebih kurang 12,000 rumah mampu milik tersebut.  Dalam satu laporan lain pula, iaitu pada Mac 29, 2013 PKNS mengumumkan pembinaan 31,000 unit rumah mampu milik di sekitar Selangor.  Pada November 2013, hanya 1,682 dilaporkan siap dibina. 
 
Tidak dapat dipastikan apakah projek ini juga diperolehi oleh ‘kroni DAP’ seperti yang dispekulasikan ramai dan tidak dapat dipastikan juga jumlah mana dari laporan yang berbeza-beza di atas yang betul, dan apakah keseluruhan peruntukan CSR digunakan untuk projek perumahan semata-mata.
 
Jika ya, tentulah ia satu kerugian bagi rakyat Selangor kerana dana tersebut sepatutnya boleh digunakan untuk program-program lain juga.  Dan jika tidak pula, apakah butiran terperinci perbelanjaan CSR dan juga projek perumahan? 
 
Jika PR ingin dilihat telus, maka dua perkara inilah yang perlu diberi penekanan.   
 
Selain peruntukan CSR, PKNS juga dikatakan telah membelanjakan sehingga RM40 juta untuk bola sepak sahaja.  Perbelanjaan untuk bola sepak Selangor dikatakan terus meningkat sejak PR mengambil-alih kerajaan sehinggakan pada hari ini, jumlah itu telah mencecah sehingga RM10 juta untuk setahun walaupun peruntukan yang diberikan hanyalah RM9 juta setahun.   Untuk pengetahuan, peruntukan bagi bola sepak di era pemerintahan BN hanya berjumlah RM2.5 juta sahaja. 
 
Peruntukan untuk pembangunan usahawan sebanyak RM5 juta setahun dilihat sebagai terlalu  lebih kecil berbanding bola sepak. Rakyat juga tertanya-tanya, apakah membentuk pasukan bola yang handal adalah lebih bermanfaat dari membentuk usahawan berjaya bagi membantu ekonomi bumiputera?  Dan berapa ramaikah usahawan telah dibantu melalui peruntukan ini?
 
Semua persoalan ini membuktikan bahawa PR tidak mampu menguruskan walaupun sebuah syarikat biarpun ia merupakan syarikat di bawah kerajaan negeri yang paling kaya. 
 
Mungkin wang yang begitu banyak sehingga tidak dapat ‘dikesan’ inilah yang membuatkan  Anwar Ibrahim begitu teruja untuk menjadi Menteri Besar Selangor. 

Anwar Perlukan Mat Tyson Untuk Pujuk Pas Dan Istana Selangor?


 
Masih ramai yang tertanya-tanya, apa muslihat Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengumumkan akan membawa bekas Menteri Besar Selangor, Muhammad Muhammad Taib ke dalam pentadbiran Selangor.
 
Dia yang berucap di Kompleks Penghulu Batu 10 Cheras, di Kajang baru-baru ini, mengatakan Muhammad yang juga dikenali sebagai Mat Tyson itu mempunyai kepakaran dalam program desa dan ia amat diperlukan dalam pentadbiran Selangor.
 
Mat Tyson ketika diminta mengulas pelawaan tersebut mengatakan dia sedia membantu sekiranya Anwar memerlukan khidmatnya. Menjelang pilihanraya umum yang lalu, dia juga pernah mengumumkan hasratnya untuk menyertai Pas
 
“Politik itu adalah the ‘art of possible’. Tiada apa yang mustahil dalam politik,” katanya.
 
Muhammad adalah menteri besar Selangor antara 1986 hingga 1997 sebelum digantikan dengan Tan Sri Abu Hassan Omar. Dia melepaskan jawatan sebagai menteri besar Selangor pada 1998 setelah Mahkamah Majistret Brisbane memutuskannya bersalah membawa wang tunai berjumlah RM2.4 juta ke Australia.
 
Ia sekali gus menimbulkan persepsi di kalangan pemerhati politik yang merasakan ia sebagai satu muslihat Anwar untuk memujuk para penyokong, ahli dan pimpinan Pas yang sebelum ini membantah keras sebarang cadangan untuk menukar kepimpinan Selangor.
 
Umum mengetahui antara sebab utama berlakunya pilihanraya kecil Kajang adalah bertujuan untuk membolehkan Anwar bertanding sekali gus membolehkannya dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Abdul Khalid Ibrahim.
 
Ia ekoran dari masalah dalaman dan perebutan kuasa antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang saling menyerang antara satu sama lain. Atas alasan itu, PKR mendakwa Anwar diperlukan untuk menyelesaikan kemelut tersebut.
 
Persoalannya, sekiranya benar Mat Tyson diperlukan atas kepakarannya, mengapakah perkara itu tidak diumumkan oleh Khalid? Sedangkan sebagai Menteri Besar Selangor yang masih menyandang jawatan tersebut, sudah pasti Khalid mempunyai ‘locus standi’ untuk menjemput Mat Tyson berbanding Anwar.
 
Atau sememangnya Mat Tyson sebenarnya diperlukan untuk memujuk pimpinan Pas agar menerima Anwar sebagai Menteri Besar yang baru. Atau Anwar sebenarnya mengharapkan sokongan dan pengaruh istana Mat Tyson yang pernah menjadi ipar kepada Sultan Selangor.
 
Ini kerana walau apa pun strategi yang digunakan oleh Anwar, ia tidak akan dapat dilaksanakan sekiranya tidak mendapat perkenan dari Sultan Selangor. Ini kerana keputusan terakhir untuk melantik menteri besar yang baru terletak atas budi bicara Sultan Selangor, sekiranya Tuanku tidak memperkenankan perlantikan Anwar nanti, semua kemelut di dalam ‘Gerak Kajang’ ini merupakan satu kerja yang sia-sia.

Perbicaraan rayuan kes liwat II terhadap Ketua Pembangkang berlangsung Rabu lalu dalam keadaan sokongan yang semakin menurun bagi Anwar Ibrahim. Indikasinya tidak ada kumpulan penyokong PKR atau dari pembangkang yang hadir untuk menyambut beliau di kaki tangga Mahkamah Rayuan di Putrajaya seperti masa-masa lalu. Walaupun nampaknya Anwar berusaha melalui tweet untuk mengajak penyokong yang seringkali boleh dipengaruhinya untuk melaung 'Hidup Anwar' semasa perbicaraan kes yang sama sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 tetapi suasana kali ini sudah berbeza. Beliau hanya dilihat tiba berseorangan dengan diiringi isteri, pemandu yang setia dan seorang pengawal peribadi. Di mana pengawal peribadi Filipina yang pernah mengerumunni beliau satu ketika beliau seolah-olah begitu hebat tahap keselamatannya diperlu di jaga? Di mana penyokong-penyokong tegar dari kalangan reformis yang tidak pernah gagal untuk hadir pada setiap perbicaraan saban hari sambil membaca sajak reformasi memuji beliau? Apa

Perbicaraan rayuan kes liwat II terhadap Ketua Pembangkang berlangsung Rabu lalu dalam keadaan sokongan yang semakin menurun bagi Anwar Ibrahim.
Indikasinya tidak ada kumpulan penyokong PKR atau dari pembangkang yang hadir untuk menyambut beliau di kaki tangga Mahkamah Rayuan di Putrajaya seperti masa-masa lalu.
Walaupun nampaknya Anwar berusaha melalui tweet untuk mengajak penyokong yang seringkali boleh dipengaruhinya untuk melaung 'Hidup Anwar' semasa perbicaraan kes yang sama sepanjang tempoh 2008 hingga 2012 tetapi suasana kali ini sudah berbeza.
Beliau hanya dilihat tiba berseorangan dengan diiringi isteri, pemandu yang setia dan seorang pengawal peribadi.
Di mana pengawal peribadi Filipina yang pernah mengerumunni beliau satu ketika beliau seolah-olah begitu hebat tahap keselamatannya diperlu di jaga?
Di mana penyokong-penyokong tegar dari kalangan reformis yang tidak pernah gagal untuk hadir pada setiap perbicaraan saban hari sambil membaca sajak reformasi memuji beliau?
Apa jadi dengan penyokong Pas dan Dap yang dahulunya nampaknya juga kelibat mereka seorang dua tapi kini terus menyepi?
Apa jadi dengan anggota AMK yang menjadi teras kepada kumpulan baris hadapan setiap kali Anwar muncul di mahkamah Jalan Duta?
Adakah penyokong pembangkang sudah muak dengan hikayat Anwar selama ini dan sudah mula mengasingkan diri daripadanya?
Atau mungkin juga kali ini mereka yakin Anwar tidak akan mempunyai peluang untuk lepas dari hukuman meliwat Saiful Bukhari Adnan?
Bayangan perkara ini berlaku sudah kelihatan tetapi apapun hana pihak mahkamah yang boleh menjatuh hukuman berlandaskan kepada fakta-fakta serta hujah kukuh ang bakal dikemukakan oleh pasukan pendakwaan.
Manakala pihak pembelaan akan cuba untuk memutar belit supaya kes liwat itu bukan tertumpu kepada Anwar tetapi perhatian akan diberi kepada perkara-perkara ranting yang membuang masa.
Jika pasukan peguam yang membela Anwar mampu menangguhkan perbicaraan liwat 2 dahulu sebanyak 60 kali, kemungkinan besar mereka juga akan menggunakan taktik yang masa untuk memanjangkan tempoh perbicaraan atau 'to buy time'.

Ini strategi biasa di mana-mana perbicaraan tetapi Anwar mengeksploitasi kaedah ini sepenuhnya atas bermacam-macam alasan dari cuti sakit, program ke luar negara, rayuan menolak hakim hingga kes-kes mempertikaikan procedur mahkamah.
Pasukan peguam Anwar akan berhujah sehingga hakim terpaksa berlakunya keadaan perbicaraan di dalam perbicaraan.
Ini semua dilakukan supaya fokus rakyat bukan kepada fakta dan hujah pihak pendakwaan untuk membuktikan Abwar bersalah tetapi dihalakan kepada perkara teknikal dan titik bengit.
Taktik ini sudah pun bermula sebelum perbicaraan bermula lagi di mana Anwar mengemukakan permohonan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan prejudis.
Akhirnya Mahkamah Persekutuan menolak permohonan beliau untuk mengenepikan Muhammad Shafee.
Di sini masa sudah terbuang beberapa bulan.
Kemudian pada hari pertama perbicaraan rayuan, Anwar pula membuat permohonan untuk memanggil semula saksi Supt. Jude Blacious Peirera yang menjadi pegawai penyiasat polis pada perbicaraan lalu.
Kali ini juga mahkamah menolak permohonan tersebut dengan alasan ia tidak mempunyai asas serta membuang masa mahkamah.
Satu lagi taktik 'diversion' di mana Anwar mengemukakan permohonan itu supaya mahkamah dapat memutuskan sama ada keterangan Jude dalam perbicaraan kes liwat boleh dipertahankan dan dipercayai setelah permohonan bekas pegawai polis itu untuk menjadi peguam bela dan peguam cara ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 10 Januari lalu.
Selepas permohonan ditolak, Anwar akan membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu dan ini juga akan memakan masa.
Jika setiap prosedur atau tindakan Anwar ditolak oleh mahkamah atau pihak pendakwaan juga berbuat demikian, sudah tentunya perbicaraan akan berpanjangan untuk tempoh yang lama.
Taktik Anwar adalah untuk mempertikaikan kewibawaan mana-mana individu yang boleh mengancam peluangnya untuk membebaskan diri sepanjang tempoh perbicaraan.
Sudah tentunya pasukan pembelaan tidak akan berputus asa dan akan terus mencari apa-apa jua jalan selepas ini untuk melengah-lengahkan perbicaraan.

12 Feb 2014

Anwar Terpaksa Mohon Bantuan ‘Raksasa’ Untuk Masuk Jepun


 
Portal dan para penyokong pembangkang semalam begitu ghairah memainkan isu mengenai permohonan maaf yang dibuat oleh Yayasan Keamanan Sasakawa (SPF) bagi membersihkan imej Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang tercalar sebelum ini.
 
Pengerusinya, Jiro Hanyu, berkata tujuan utama lawatannya semalam adalah untuk memohon maaf kepada Anwar dan akan berusaha sedaya upaya untuk memastikannya dapat memasuki Jepun pada lawatan yang akan datang.
 
"Sebab utama lawatan ini ialah untuk meminta maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pengalaman buruknya di lapangan terbang.
 
"Saya juga sudah menghantar surat kepada pihak kehakiman dan kementerian hal ehwal luar untuk mendapatkan penjelasan," katanya.
 
Persoalannya ialah, mengapa SPF yang membuat permohonan maaf? Sedangkan Anwar sebelum ini cuba menyalahkan kerajaan Malaysia dan Wisma Putra berhubung insiden yang memalukan itu. Tidak cukup dengan itu, Anwar turut melepaskan kemarahannya dengan menyalahkan kerajaan Jepun yang disifatkan menafikan hak dan menghalangnya dari memasuki negara itu.
 
Maka, sekiranya dakwaan Anwar itu benar sepatutnya kerajaan Malaysia dan Jepun lah yang membuat permohonan maaf tersebut dan bukannya pihak SPF.
 
Mengikut laporan yang dikeluarkan, pegawai imigresen yang bertugas di Lapangan Terbang Narita sebelum ini telah meminta Anwar agar membatalkan hasrat untuk memasuki negara Jepun. Sekali gus mengarahkannya untuk segera meninggalkan negara itu dengan mengambil penerbangan pertama atau 'dipaksa' untuk dihantar balik.
 
Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, yang gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.
 
Malah pihak media Jepun juga turut melaporkan perkara yang sama. Dalam erti kata lain, ia disebabkan oleh salah Anwar kerana enggan untuk mematuhi arahan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa negara itu.
 
Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.
 
Kesimpulannya, lawatan dan permohonan maaf SPF itu hanyalah 'sandiwara' terbaru untuk membersihkan imej Anwar. Nampaknya Anwar terpaksa meminta bantuan 'raksasa' untuk membolehkannya memasuki Jepun.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

PKR, PAS HALALKAN TINDAKAN DAP CACI MELAYU, ISLAM


Permainan api perkauman yang sering menjadi fokus utama Dap kini telah memakan dirinya sendiri.
Video Tahun Baru Cina yang dibikin oleh ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok, kononnya sebagai satu satira menyindir, perdana menteri dan isteri telah menyerlahkan agenda rasis Dap yang sekarang tersepit dengan helah mereka.
Tindakan enam NGO Melayu menyembelih ayam dan melumurkan darah pada gambar pemimpin Dap dan PKR jelas menampakkan orang Melayu sudah hilang sabar.
Orang Melayu yang seringkali dicabar oleh pemimpin politik rasis seperti Teresa Kok, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng tidak mungkin boleh berkompromi lagi dengan asakan demi asakan yang diterima mereka.
Tujuan utama Dap mengeksploitasi isu-isu berkenaan orang Melayu dari hak-hak istimewa, pendidikan, biasiswa, bantuan kewangan, institusi raja, agama dan sebagainya tidak lain tidak bukan adalah untuk menimbulkan keadaan tegang yang boleh membawa kepada konflik antara kaum dan agama.
Tidak cukup dengan tindakan mencetus kontroversi kalimah Allah oleh Guan Eng dia tahun lalu, Dap meneruskan agenda jahat perkaumannya untuk mengutuk dan menyindir kepimpinan Melayu yang menerajui negara.
Semua ini dilakukan oleh Dap atas sokongan dari Anwar Ibrahim dan juga sekutunya, Pas.
Mereka membiarkan Dap melakukan kerosakan kepada keharmonian masyarakat di negara ini dengan memainkan sentimen perkauman dan pada masa yang sama Anwar dan Pas akan menudingkan jari menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan.
Inilah strategi mereka di mana masing-masing akan memainkan peranan tersendiri.
Pas pula akan berfungsi sebagai majlis ulama untuk Dap dan PKR bagi menghalalkan kesemua tindakan pembangkang terutamanya yang berhubungkait dengan orang Melayu dan Islam.
Jika dilihat setakat ini, Pas tidak pernah sekali pun membantah secara keras apa jua tindakan parti itu yang menghina atau mencerca Melayu dan Islam.
Kalau ada sekali pun ia hanyalah sekadar melepaskan batuk di tangga sebagai permainan politik silap mata pembangkang.
PKR pula menggunakan isu ketelusan dan pembaziran untuk menghentam kerajaan.
Ini pula adalah strategi untuk menutup pergolakan ang semakin kencang di dalam parti itu sehingga terpaksa mengosongkan kerusi Dun Kajang.
Serampang Kajang sebagaimana yang pembangkang panggil tindakan tersebut sebenarnya adalah satu usaha terdesak Anwar secara peribadi untuk menyelamatkan PKR dan pembangkang.
Kemelut yang melanda Selangor akibat pergaduhan politik antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim pada hakikatnya menggugat kestabilan kerajaan negeri.
Jika Anwar tidak melakukan sesuatu yang drastik dan mengejutkan kemungkinan besar kerajaan negeri PKR-Pas-Dap akan kecundang sebagaimana berlaku di Perak pada 2009.
Ini bukan disebabkan oleh rancangan UMNO atau BN tetapi disebabkan kelemahan pentadbiran dan perebutan kuasa antara dua kelompok dalam PKR.
Pas pula menunggu masa yang sesuai untuk menangguk di air keruh kerana sekiranya Anwar di tolak untuk menjadi menteri besar menggantikan Khalid, Pas akan bergaya besar untuk menduduki kerusi itu.
Samada masih calon PKR atau pun Pas, pasti yang mendapat untung bedsar adalah Dap.
Ini kerana Dap telah berjaya menguasai kedua-dua Pas dan PKR sehingga mereka akan akur kepada setiap permintaan parti rasis itu.
Sehingga kini Azmin dan Khalid masih serang menyerang dan tuduh menuduh antara satu sama lain.
Walaupun nampaknya Khalid tertekan untuk melepaskan jawatannya sebagai menteri besar, beliau tidak menunjukkan indikasi panik.
Sudah tentu Khalid juga ada taktiknya tersendiri untuk menyanggah strategi Serampang Kajang untuk menyahkan beliau dari kerusi empuk MB.
Apapun pilihan raya kecil Kajang bakal berlangsung adalah pertandingan hidup mati Anwar dalam usahanya untuk menggilap kembali bintang politiknya yang semakin malap.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Berkempen Awal:  Strategi Anwar Untuk Buat Kecoh Jika Tidak Layak Bertanding?

 
Biarpun PRK Kajang masih belum sampai ke peringkat penamaan calon, jauh sekali ditetapkan tarikhnya, PKR telah lama berkempen.  Boleh dikatakan parti itu telah mula berkempen sejurus selepas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.   PKR nampaknya begitu teruja dengan PRK ini memandangkan pemimpin nombor satunya akan bertanding di situ. 
 
Siang malam parti PKR berkempen lengkap dengan jadual ceramah di sekitar Kajang walaupun ia melanggar undang-undang pilihanraya.  Memandangkan, tempoh rasmi berkempen bagi PRK Kajang hanya bermula bulan hadapan, maka semua aktiviti kempen yang diadakan PRK pada masa ini adalah salah dari segi undang-undang. 
 
Mengikut Akta Perhimpunan 2012 bagi kesalahan perhimpunan awam, mereka yang disabitkan kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau RM20,000 sekiranya membabitkan kanak-kanak.  Mengikut Akta Kesalahan Pilihanraya pula, sesiapa yang disabitkan oleh mahkamah seksyen dan didenda RM5,000 akan kehilangan kelayakan bertanding. 
 
Malang bagi PKR kerana mempunyai pemimpin nombor satu yang tidak tahu undang-undang.  Malah, keputusan PKR untuk mengadakan PRK Kajang dengan perletakan jawatan Lee Chin Cheh juga dibuat atas dasar tidak menghormati undang-undang. 
 
Pendek kata, keseluruhan proses PRK Kajang adalah bertentangan dengan nilai dan peraturan moral mahupun sistem yang digunapakai oleh manusia bertamadun.  PRK ini dibuat semata-mata untuk memuaskan nafsu Anwar Ibrahim yang mana adalah agak mustahil untuk dilakukan kerana nafsu Anwar tidak pernah puas. 
 
Hari ini, sebagai Ketua Pembangkang, Anwar sudah melanggar dan mempermainkan undang-undang serta mengenepikan soal moral sesuka hatinya.  Bayangkan jika beliau menjadi Perdana Menteri, tentulah beliau akan meletakkan dirinya mengatasi undang-undang dan tidak langsung terikat dengan apa-apa jua nilai moral lagi. 
 
Tindakan Anwar kali ini mungkin agak terlalu 'gila' untuk diterima oleh sekutu dan rangkaian PR yang lain.  Melainkan DAP yang memberi sepenuh sokongan kepada Anwar di Kajang, PAS nampaknya agak 'segan' untuk menyokong tindakan Anwar kali ini. Bagaimanapun, kita percaya, marah PAS tidak lama dan parti itu akan tetap akur kepada Anwar dan DAP akhirnya, sepertimana biasa. 
 
Tidak seperti PAS, Majlis Peguam dan BERSIH pula nampaknya agak tegas dalam menyatakan pendapat mereka mengenai PRK Kajang.  BERSIH mempersoalkan perletakan jawatan ADUN Kajang sesuka hati sebagai mengkhianati sistem dan kepercayaan rakyat. Majlis Peguam pula hari ini mempersoalkan kempen PKR yang telah berjalan sebelum tempoh berkempen.  Menurut Presidennya, Christopher Leong, "semua pihak perlu mematuhi undang-undang pilihanraya yang memperuntukkan tempoh tertentu untuk berkempen".  Jelas, kenyataan itu ditujukan kepada Anwar dan PKR. 
 
Nampaknya, Anwar telah sedikit 'keterlaluan' kali ini sehingga gagal mendapat sokongan Majlis Peguam dan BERSIH yang selama ini setia menjadi alat kepadanya.  Mungkin keputusan Anwar untuk bertanding di Kajang dibuat dalam keadaan panik yang amat sangat kerana terpaksa menghadapi Dato' Shafee Abdullah dalam rayuan kes liwatnya. Namun, mungkin juga Anwar mempunyai strategi lain. 
 
Apapun, segalanya mungkin bila bercakap tentang Anwar. 
 
Oleh itu, jangan sekali-kali kita terkejut jika bukan Anwar yang bertanding di Kajang nanti kerana itulah berita yang didapati dari sumber dalaman PKR buat masa ini. 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

7 Feb 2014

Teresa Kok memang Sah Babi - Adun Kok Lanas


Ketua Penerangan Umno Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok sebagai pembohong kerana cuba menipu polis dan masyarakat kononnya dia telah diugut dan ancam.
 
Sedangkan menurutnya tujuan dia menghubungi Teresa adalah untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini.
 
"Macam mana saya nak ugut beliau sedangkan bukan beliau yang menjawab panggilan tersebut dan saya hubungi beliau untuk mendapatkan penjelasan mengenai video yang dibuat sebelum ini, kerana ia telah menimbulkan kemarahan orang Melayu dan Islam” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu semalam.
 
Menurut Alwi, bagi mengelakkan salah faham dan mempertahankan haknya, satu laporan polis balas telah dibuat bagi menjelaskan perkara yang sebenar.
 
“Sebenarnya itu fitnah besar, dia telah berbohong kepada polis, berbohong kepada masyarakat dan berbohong kepada semua orang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu semalam.
 
Alwi turut menjelaskan ketika menghubungi Teresa, panggilan tersebut telah dijawab oleh seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai pembantu kepada ahli parlimen itu.
 
“Saya nak tanya betulkah, YB Teresa mengatakan Melayu boleh mati. Dia (pembantu Teresa) mengatakan tidak. Kalau tidak bagaimana boleh ada video yang mengatakan, dia menyebut Melayu boleh mati.
 
“Kalau YB Teresa kata Melayu boleh mati (Malay Si), saya nak katakan YB Teresa ini cina babi, makan babi dan dia memang sah babi.. kalau dia tak kata, suruh dia menghubungi saya semula.
 
“Saya ini Alwi kawan dia. (Kita) sama-sama (merupakan) ahli parlimen dulu. Dia kenal saya dan saya pun kenal dia. Minta dia telefon saya semula dan terangkan kepada saya, mengapa dia berbuat macam itu” jelas beliau lagi.
 
Ahli parlimen DAP itu, sebelum ini menerima kecaman pelbagai pihak dan lapisan masyarakat ekoran penerbitan sebuah video klip pendek bertajuk ‘Onederful Malaysia’ yang telah menaikkan kemarahan rakyat dan menyentuh sensitiviti kaum di negara ini.
 
Menyedari akan kesilapannya itu, dia kemudiannya meletakkan kesalahan tersebut di bahu UMNO yang jelas tiada kena-mengena dengan isu tersebut.
 
Selain menyebut perkataan Malay si, klip video yang berdurasi selama 11 minit 39 saat itu turut memuatkan sindiran kepada pemimpin negara serta fitnah berhubung krisis keselamatan di Sabah dan mengaitkannya dengan isu diplomatik yang berlaku antara Malaysia dan Filipina. Teresa Kok bagaimanapun mempertahankan klip video tersebut dan menyifatkannya sebagai satira politik.
 
Mengulas lanjut, Md. Alwi berkata, fitnah dilemparkan Teresa Kok boleh disifatkan sebagai tindakan terdesak bagi mengalih perhatian masyarakat daripada terus mempertikaikan klip video yang disiarkan di laman YouTube.
 
"Kita di Malaysia ini, walau dari parti mana sekali pun, jangan lakukan sesuatu yang boleh membuatkan bangsa lain marah kalau nak hidup aman. Pandai buat, pandailah tanggung.
 
"Lagipun dia kata nak buat satira politik, masalahnya sejak bila pula dia masuk Maharaja Lawak," katanya.
 
Berikut adalah rakaman seisi sidang akhbar yang diadakan semalam :
 
http://www.youtube.com/watch?v=1LJWpqmqfa4&list=PLEjjWW8wFYQmkFcF-cCFIvjUM9WQ-pCe0#t=96


Dalam Lim Kit Siang terus-terusan ‘berzikir’ mengenai ancaman 13 Mei di dalam blognya, beliau nampaknya tidak gusar apabila Teresa Kok bertindak membangkitkan kemarahan orang Melayu melalui ucapan Tahun Baru Cina yang begitu biadap.  Menurut Kit Siang, Teresa bukannya membuat provokasi perkauman tetapi hanya mengejek Perdana Menteri dan isteri.  Justeru, ia seharusnya diterima sebagai satira masyarakat. 
 
Kit Siang juga tidak menyentuh mengenai perkataan Malay-sie di penghujung video Teresa Kok tersebut yang menjadi penyebab utama kemarahan orang-orang Melayu. Mungkin benar, ia tidak bermaksud menyatakan Melayu-Sial atau apa saja yang berbentuk maki hamun terhadap orang Melayu atau Malaysia, namun Kit Siang seharusnya merasa kesal kerana Teresa telah bertindak tidak matang dengan mempolitikkan Tahun Baru Cina.  Sebaliknya, Kit Siang berdiri teguh di belakang Teresa, membelanya dari serangan rakyat dari berbilang kaum yang tidak dapat menerima kebiadapan itu. 
 
Tindakan Kit Siang jelas membuktikan bahawa beliau tidak serius dalam mengajak kepada perpaduan nasional sekali gus mengesahkan kemusykilan ramai terhadap peringatan bertalu-talu Kit Siang mengenai 13 Mei. 
 
Kesungguhan Kit Siang memberi amaran mengenai kemungkinan berulangnya 13 Mei mengingatkan kita kembali pada hari-hari sebelum berlakunya peristiwa berdarah itu.  Apa yang berlaku pada ketika itu menyamai apa yang berlaku hari ini di mana DAP atau orang-orang Cina, khasnya Kit Siang sendiri menghabiskan masa ke hulu ke hilir bercakap tentang ‘perkauman’ dan menuduhnya ke atas orang-orang Melayu.   Dalam ucapan-ucapannya menjelang Pilihanraya 1969, Kit Siang memburukkan kerajaan (baca: Melayu) dan menyemai sikap prejudis, benci dan dendam terhadap orang-orang Melayu. 
 
Dari situ, pemimpin Cina ini meniup rasa angkuh dalam diri orang-orang Cina yang akhirnya ‘meletup’ apabila parti yang mewakili Cina menang besar di kawasan bandar. Keangkuhan itu membawa kepada ejekan oleh orang-orang Cina terhadap orang-orang Melayu yang kemudiannya dihalau mereka agar pulang ke kampung, hutan atau pergi mati saja! 
 
Jika dulu Kit Siang perlu ke sana ke mari berceramah untuk menjana keangkuhan orang-orang Cina, hari ini, Kit Siang hanya perlu menulis blog.  Jika dulu kaum Cina mengejak Melayu dengan membawa penyapu di atas lori, hari ini, mereka membuat ‘satira’ di youtube. 
 
Apa yang menarik ialah, di masa yang sama Kit Siang cuba menonjolkan bahawa beliaulah yang mengajak kepada perpaduan. 
 
Perpaduan apa jika parti Kit Sianglah yang menggalakkan orang-orang Kristian agar menuntut penggunaan nama ‘Allah’ di dalam Injil berbahasa Melayu?  Parti Kit Siang jugalah yang merampas tanah dan perniagaan orang-orang Melayu.  Penyokong parti Kit Siang jugalah yang memaki hamun orang-orang Melayu, kerajaan Melayu dan Raja-raja Melayu di laman sosial mereka secara bertalu-talu. 
 
Malah, kita tidak hairan jika parti Kit Siang sendiri yang menggantung kain rentang yang menyebut ‘Allah’ di gereja dan kemudain membaling Molotov cocktail yang dibuat dari botol plastik ke gereja yang sama.  Ini kerana suku sakat Kit Siang bukannya cerdik sangat untuk mengetahui bahawa Molotov cocktail yang dibuat dengan botol plastik bukanlah untuk digunakan dengan cara membaling sebegitu. 
 
Apa yang berlaku memperlihatkan seolah-olah adanya usaha oleh DAP untuk mengulangi 13 Mei iaitu dengan menimbulkan isu sensitif, menyemarakkannya secara berterusan dan kemudiannya menyalahkan UMNO dan orang-orang Melayu yang mula bertindak balas terhadap mereka. 
 
Seruan ke arah perpaduan nasional dan kerjasama dengan BN oleh Kit Siang di blognya mungkin hanyalah ilusi bagi mengaburi mata rakyat dan juga media asing mengenai hakikat yang DAP cuba mencetus 13 Mei.  Dengan cara ini, andainya ia benar-benar berlaku, maka Kit Siang boleh mencuci tangan bahawa kononnya beliau telah terlebih dahulu memberi amaran mengenainya.  Pada ketika itu, Kit Siang akan berpura-pura tidak terlibat dan tidak akan memikul apa-apa tanggungjawab serta meletakkan semuanya ke atas bahu kerajaan UMNO dan orang-orang Melayu.
 
Rakyat dari berbagai kaum wajar berhati-hati dengan permainan Kit Siang.  Ingatlah bahawa beliau adalah pencetus 13 Mei dan beliau tidak pernah merasa bersalah atau menyesal, malah menafikan pula yang beliau terlibat.  Apa yang beliau kesalkan mungkin hanyalah kegagalan beliau menjatuhkan kerajaan pada ketika itu.   Justeru, apakah jaminan yang beliau tidak akan mencubanya sekali lagi? 

3 Feb 2014

Apabila Tahun Baru Cina diPolitikkan


Seperti yang diketahui umum, strategi utama pembangkang kebelakangan ini adalah untuk mencipta persepsi bahawa UMNO adalah sebuah parti rasis.   
 
Bagi mengukuhkan persepsi ini, pembangkang perlu mengerahkan seluruh jentera media mereka untuk melakukan provokasi.  Maka dari situ, kita lihat perkara yang tidak pernah menjadi masalah sebelum ini seperti kalimah ‘Allah’ tidak boleh digunakan oleh bukan Islam di semenanjung, tiba-tiba menjadi masalah besar apabila Kristian menuntut untuk menggunakannya di dalam Injil berbahasa Melayu di Selangor. 
 
Pembangkang juga berusaha membina momentum perkauman dengan membangkitkan soal Hak Istimewa Bumiputera dan juga kedudukan agama Islam dalam perlembagaan negara secara konsisten.  Setiap hari, dua perkara ini dijadikan bahan provokasi dan propaganda bagi menimbulkan keresahan, prejudis dan seterusnya kebencian terhadap kerajaan Melayu-Islam. 
 
Hakikat bahawa kaum minoriti yang memegang kuasa ekonomi sekali gus menafikan bahawa mereka dipinggir oleh kerajaan, telah sengaja ditutup oleh pembangkang.  Di masa yang sama, segala NGO seperti Dong Zong mahupun yang berkaitan hak asasi digunakan untuk mendesak kepada perkara-perkara yang berkaitan kaum dan agama dalam dasar kerajaan dan undang-undang negara. 
 
Hari ini, sekolah vernakular dikatakan tidak cukup lagi, tetapi orang Cina mesti dibenarkan terpisah terus dari arus pendidikan negara dan mengiktiraf UEC, barulah kerajaan dianggap sebagai tidak rasis. 
 
Undang-undang yang menghalang aktiviti dakwah agama lain ke atas umat Islam dikatakan tidak menepati hak kebebasan beragama, dan kerajaan harus membiarkan agama lain menggunakan cara muslihat untuk berdakwah melalui nama ‘Allah’, barulah kerajaan dianggap sebagai benar-benar terbuka. 
 
Malah, undang-undang yang menghalang puak songsang LGBT yang diharamkan oleh agama Islam dan Kristian juga perlu dihapuskan, barulah kerajaan akan dianggap sebagai menepati konsep kesederhanaan (moderate) yang dilaungkan. 
 
Lalu, kerajaan dihentam kiri kanan belakang dan hadapan serta atas dan bawah sebagai rasis, korup, tidak terbuka, kolot dan ekstrem. 
 
Saban hari pemimpin pembangkang terutamanya, si-pencetus 13 Mei iaitu Lim Kit Siang, mengingatkan rakyat tentang ancaman berulangnya tragedi itu berdasarkan sikap kerajaan UMNO/Melayu. 
 
UMNO dipersalahkan sebagai berpotensi menyebabkan rusuhan dan pertumpahan darah akibat bertindak balas atas provokasi mereka dan enggan membenarkan Kristian menggunakan nama Allah dalam Injil berbahasa Melayu di semenanjung. 
 
UMNO juga dipersalahkan sebagai sengaja menimbulkan ketegangan kerana memaksa orang-orang Cina bersatu padu dengan kaum lain dengan menghayati aspirasi negara dan pendidikan nasional. 
 
Kononnya keengganan UMNO untuk tunduk pada desakan serta reaksi orang-orang Melayu dalam menghadapi provokasi mereka merupakan punca perpecahan dan ketegangan kaum. 
Nampaknya, bagi pembangkang UMNO wajib akur sahaja atas segala desakan dan tuntutan pihak lain dan tidak punya hak untuk bertindak balas. 
 
Apabila keadaan menjadi semakin parah, pembangkang cuba membentuk persepsi bahawa merekalah pejuang perpaduan.   Sehubungan dengan itu, Lim Kit Siang dan juga Anwar Ibrahim telah beberapa kali mengajak kerajaan duduk berbincang dan bekerjasama bagi mencari jalan untuk mengatasi masalah polarisasi kaum yang mereka cetuskan sendiri. 
 
Harapan mereka adalah supaya rakyat tidak melihat bahawa merekalah punca perpecahan dan ketegangan tetapi sebagai penyelamat keadaan. 
 
Malang bagi pembangkang apabila segala kepura-puraan mereka itu ‘dikantoikan’ oleh Teresa Kok dalam video ucapan Tahun Baru Cinanya.   Video Teresa Kok tersebut secara jelas cuba mempersendakan Perdana Menteri dan isteri, serta dasar-dasar kerajaan. 
 
Teresa menggunakan isu-isu semasa seperti harga barang dan juga perihal peribadi anak tiri Dato’ Seri Najib sebagai subjek sindiran dalam ucapannya.  Malah, Teresa juga secara terbuka mengejek usaha murni Perdana Menteri untuk mengambil hati orang-orang Cina dengan menyentuh persembahan Gangnam dan pemberian gula-gula. 
 
Video Teresa Kok ini mungkin tidak salah jika dibuat sempena kempen pilihanraya umum atas dasar keterbukaan dan kebebasan bersuara. 
 
Namun, bagi seorang pemimpin pembangkang untuk menyampaikan ucapan rasmi tahun baru dengan cara menyindir dan mengejek musuhnya, menyerlahkan mentalitinya yang rendah. 
 
Teresa seharusnya lebih professional dan menggunakan kesempatan Tahun Baru Cina ini untuk mengajak kepada perpaduan dan bersangka baik.  Tahun Baru Cina bukanlah satu acara politik dan Teresa nampaknya enggan memahaminya serta sengaja ingin memanjangkan perpecahan walaupun di hari sambutan perayaan.   
 
Tindakan Teresa membuktikan bahawa pembangkang tidak pernah berniat ke arah kebaikan mahupun perpaduan.  Apapun, terima kasih kepada Teresa kerana rakyat kini dapat melihat sendiri hipokrasi Kit Siang dan Anwar Ibrahim serta pembangkan keseluruhannya, dalam bercakap mengenai perpaduan. 

Sikap Kit Siang Buktikan Khutbah JAKIM Tepat


Tidak pernah terjadi dalam sejarah di mana seorang pemimpin kafir di negara ini mempertikai isi kandungan khutbah Jumaat yang disampaikan khas kepada umat Islam. 
 
Namun, perkara ini berlaku pada Jumaat lalu di mana Lim Kit Siang mempertikai khutbah JAKIM sebagai bertentangan dengan slogan ‘kesederhanaan’ Perdana Menteri dan mampu mencetuskan perpecahan.  Beliau juga menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘amat dikesalkan’. 
 
Khutbah JAKIM tersebut adalah bersandarkan kepada firman Allah SWT seperti berikut:
 
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu).”
 
Terlebih dahulu, teks khutbah tersebut menyatakan bahawa “perpecahan sememangnya merugikan tetapi persoalannya mengapa umat Islam masih terjebak dalam perselisihan dan perpecahan walaupun dilarang agama. Jawapan persoalan ini bukan semata-mata terletak pada lemahnya penghayatan agama, tetapi didorong oleh hasutan musuh-musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah padam.”
 
Nampaknya, Lim Kit Siang hanya membaca teks ini di perenggan pertama dan kemudiannya memanipulasinya bagi mencipta persepsi bahawa JAKIM/Islam/umat Islam atau kerajaanlah membenarkan dan menjadi punca perpecahan. 
 
Jika kita meneliti teks khutbah tersebut sehingga akhir, maka kita akan faham kenapa Kit Siang terguling-guling kepanasan bagaikan termakan sebakul cili.  
 
Kandungan khutbah tersebut pada  dasarnya mengajak kepada perpaduan ummah dengan mengingatkan berkenaan usaha berterusan dari pihak musuh untuk memusnahkan tembok yang melindungi hak Islam dan umatnya.  Ia seterusnya mengajak umat Islam bersatu memastikan keamanan negara dan tidak bersubahat dengan musuh Islam itu. 
 
Jelas bahawa perkara inilah yang amat ditakuti oleh Kit Siang, iaitu ‘perpaduan’ yang diseru oleh JAKIM mampu menyerlahkan dirinya sebagai pencetus perpecahan.  
 
Ayat AlQuran yang dipetik oleh JAKIM yang menyatakan bahawa penganut Kristian dan Yahudi tidak akan akan suka kepada umat Islam selagi umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka telah terkena tepat ke batang hidung Kit Siang. 
 
Seperti yang dapat kita lihat sendiri Kit Siang dan partinya DAP merupakan penyokong utama, kalaupun bukan dalang kepada provokasi Kristian mengenai Kalimah ‘Allah’. Provokasi Kristian dalam isu ini tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk memurtadkan umat Islam secara muslihat atau penipuan, semata-mata kerana ‘tidak suka kepada Islam’. 
Selain itu, kita juga telah dibongkarkan bagaimana NGO-NGO yang menyokong provokasi Kristian di negara ini kebanyakannya mempunyai hubungan dengan rangkaian Yahudi melalui OSI, NED, IRI atau yang sewaktu dengannya. 
 
Kita juga tahu bahawa NGO-NGO yang sama turut menjadi juara dalam isu LGBT.  NGO-NGO ini merupakan kumpulan pendesak agar LGBT diiktiraf, serta perlakuan seksual songsang mereka diterima sebagai hak asasi manusia. 
 
Semua ini mengukuhkan lagi ayat Allah SWT di atas bahawa pihak Kristian dan Yahudi akan memaksa cara hidup mereka ke atas umat Islam, dan tidak akan berhenti sehingga berjaya.
 
Justeru JAKIM menyimpulkan bahawa apa yang mampu menghalang desakan kumpulan Kristian dan Yahudi yang bertopengkan DAP dan PKR ini ialah penyatuan ummah.  Umat Islam tidak mampu berpecah dalam menghadapi ancaman musuh Islam ini. 
 
Kita boleh berhujah bahawa Islam itu tidak memerlukan perlindungan kerana berada di tempat yang tinggi jauh di dalam hati muslimin dan muslimat, tidak boleh dihapus atau dibuang oleh mana-mana pihak luar.  Namun, yang menjadi subjek di sini bukanlah kedudukan Islam di dalam hati umatnya, tetapi kedudukan umat Islam di negaranya sendiri. 
 
Malang sekali apabila umat Islam yang berada di negara sendiri perlukan perlindungan dari pencerobohan dan penguasaan musuh yang ingin memusnahkan asas kenegaraan yang bersandarkan agamanya. 
 
Oleh itu, kita ingin bertanya Kit Siang, jika negara majoriti Kristian berhak meletakkan agama Kristian sebagai rujukan utama undang-undang dan polisinya, kenapa negara majoriti Islam perlu didesak untuk menerima semua agama sebagai sama? 
 
Setujukah Kit Siang bahawa jawapannya ialah kerana wujudnya kumpulan Kristian dan Yahudi yang ‘tidak suka’ atau ‘tidak senang’ terhadap apa saja yang berkaitan Islam?
 
Hakikatnya, segala permasalahan ini telah pun diperingatkan kepada manusia di dalam Al-Quran walaupun pada ketika ayat ini diturunkan, Malaysia masih belum lagi wujud. Sesungguhnya, tiada yang tidak benar di dalam AlQuran melainkan yang benar-benar belaka sama ada ia berkaitan sains dan alam semesta, ataupun mengenai sikap dan perangai kaum dan bangsa. 
 
Mungkin Lim Kit Siang tersentak apabila membaca ayat khutbah tersebut yang terkena tepat kepada dirinya.  Mungkin kerana itulah Kit Siang berusaha sedaya upaya untuk memutarbelit khutbah tersebut bagi memperlihatkan keburukan di pihak JAKIM atau Islam itu sendiri. 
 
Apa yang pasti, tiada salahnya JAKIM mengajak kepada perpaduan ummah sambil berpesan agar menjaga keamanan negara. 
 
Tiada salahnya mengajak umat Islam agar berhati-hati dengan hasutan musuh dan pengkhianat negara. 
Benar bukan semua Kristian itu pengkhianat dan bukan semua Yahudi itu jahat dan mereka yang tidak khianat dan tidak jahat tentu sekali tidak akan melenting dengan khutbah JAKIM ini. 
 
Hanya yang termakan cili sahaja yang terasa pedas.  Hanya yang bersalah sahaja yang akan merasa cuak.  Kit Siang terasa pedas atau cuak?  Atau sekadar merasa benci yang amat sangat terhadap JAKIM?