Marah bebenor penyokong PAS bila bekas Ketua Polis Negara,
Tan Sri Rahim Noor memberi gelaran kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik
Mat sebagai 'Bapak kafir' berikutan kenyataan terbuka Nik Aziz yang mewajibkan
orang awam menyertai demonstrasi BERSIH 3.0.
Kenyataan Rahim itu berkait rapat dengan reaksi negatif Nik
Aziz yang mempertikaikan keputusan Jawatankuasa majlis Fatwa Kebangsaan yang
menetapkan haram bagi umat Islam menyertai atau menyokong demonstrasi yang
impaknya buruk terhadap ketenteraman - termasuklah demonstrasi BERSIH 3.0.
Dalam kenyataannya sebelum ini, Nik Aziz menganggap semua
anggota Jawatankuasa Fatwa telah membuat kesilapan kerana melihat isu BERSIH
3.0 hanya dengan sebelah mata - satu penyataan yang sengaja memperlekehkan
kelayakan para Ulama yang emnganggotai jawatankuasa tersebut.
Dan bila Rahim tiba-tiba tampil ke depan menemplek kembali
kenyataan Nik Aziz itu, memang termanggu seketika penyokong PAS dibuatnya.
Sampaikan Nik Aziz sendiri yang selama ini amat gemar komplen sana sini
mempertikaikan akidah dan tahap ilmu orang lain pun kelu lidah tak mampu komen
apa-apa.
Mungkin melihat Nik Aziz terpana seketika dengan tujahan
keras tepat atas dahinya itulah mendorong penyokong PAS dan ramai pimpinan PAS
yang lain cuba cover malu yang terpalit atas dahi Nik Aziz. Walhal sebenarnya
ramai kalangan mereka hanya baca tajuk sahaja dan tak mustahil sebahagian besar
yang lain hanya mendengar dari pihak yang ketiga.
Rupanya penyokong dan pemimpin PAS tahu juga apa rasanya
bila telinga panas dan rasa marah serta geram bila kena tujah atas dahi oleh
orang lain.
Sebelum ini tatkala penyokong UMNO dikafirkan dan dipersenda
akidahnya oleh pemimpin PAS, ada pernah orang PAS ambil kisah? Bila Nik Aziz
memuliakan syaitan sebagai kawan semata-mata untuk menghalalkan hubungan PAS
dengan kafir harbi DAP, ada orang PAS terfikir untuk menegur keterlanjuran kata
Nik Aziz?
Jawabnya tiada... Sebabnya?... Kerana hati nurani penyokong
PAS sudah hitam kelam dan buta tuli mengiakan saja dengan segala macam ucap
keji dari mulut Nik Aziz sekalipun tahu hakikatnya Nik Aziz hanyalah seorang
politikus yang mencari duniawi dengan menjual agamanya.
Walaupun penulis tidaklah bersetuju sepenuhnya dengan
kenyataan Rahim menganggap Nik Aziz adalah BAPAK KAFIR (Father Of Kafir) namun
sekali sekala ada orang dengan selamba saja balun Nik Aziz elok juga, kena pula
yang membalun itu non-politician memang cair tahi telinga penyokong PAS
dibuatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan