31 Mei 2013

Kerajaan Wajar Perkenalkan Dasar Pandang ke Selatan


Rakyat Malaysia, terutamanya kaum Cina nampaknya begitu membenci negara ini dengan sesungguh hati.  Kita dapat melihat kebencian itu dengan jelas dengan hanya melayari laman-laman sosial mereka atau mendengar mereka bercakap di kedai-kedai kopi mengenai negara ini. 

Jelas bahawa 80% pemilikan kek ekonomi sudah tidak lagi cukup bagi mereka, yang mana menjelaskan kenapa Nanyang Siang Pau, sebuah akhbar Cina menulis bahawa kaum Cina tidak pernah menjangkakan apa-apa dari pilihanraya dan oleh itu mereka tidak begitu kisah untuk keluar mengundi sebelum ini. 

Pilihanraya ke 13, bagaimanapun, memberi mereka harapan untuk perubahan.

Tentu sekali, perkataan perubahan yang dimaksudkan bukanlah perubahan dari segi peratusan kek ekonomi atau kehidupan mereka yang sedia mewah dan selesa.  Tetapi, apabila ditanya, kita hanya akan mendapat jawapan hipokrit yang menjijikkan dari mereka seperti, kami ingin kerajaan yang bersih. 

Kita meragui yang parti DAP yang disokong oleh 97% kaum Cina itu, yang telah menipu dan memanipulasi pemilihan anggota CEC mereka sendiri boleh menjadi parti yang bersih atau lebih bersih dari BN.  Apatah lagi dengan hakikat bahawa ahli mereka perlu mati, untuk menyelamatkan parti dari siasatan SPRM.  Tidak lupa juga dengan rekod perlakuan korup yang paling pantas oleh seseorang ahli politik yang dipecahkan oleh Nga Kor Meng apabila menganugerahkan tender membekalkan lounge suite kepada syarikat isterinya dalam masa hanya 42 hari selepas berkuasa. 

Lebih dari itu, kita sedia maklum bahawa korupsi melibatkan dua pihak  kerana tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi, bukan?

Oleh itu, jika kaum Cina menuduh pegawai kerajaan menerima rasuah, maka siapa lagi yang memberi rasuah kalau bukan peniaga Cina yang kaya raya?  Agak-agak kita bagaimana kaum Cina dapat memonopoli bekalan barangan keperluan rakyat?   Kenapa begitu banyak taikun Cina berbanding bangsa lain?  Bagaimana mereka mendapat begitu banyak projek?  Bagaimana mereka terus mendapat projek sedangkan kaum lain perlu berhempas pulas untuk mendapatkan walau satu projek?

Tidakkah ia disebabkan kaum lain tidak punya wang sebegitu banyak untuk ditawarkan di bawah meja?

Justeru, hentikanlah segala cakap-cakap mengarut mengenai Cina inginkan kerajaan yang bersih. 

Kita tahu bahawa kaum Cina hanya ingin membina sebuah dunia mereka sendiri di dalam Malaysia atau ingin menggantikan Malaysia.  Ertinya, tiada lagi Malaysia dalam ertikata yang sebenar.

Ini terbukti dari artikel Nanyang Siang Pau di mana dalam usahanya untuk memujuk kaum Cina atas kekalahan mereka di dalam Pilihanraya, akhbar itu  mengingatkan bahawa Rom tidak dibina dalam masa satu hari.   Dan sila ambil maklum bahawa Nanyang  merujuk kepada kekalahan kaum Cina, bukan kekalahan DAP atau Pakatan Rakyat. 

Apabila kaum Cina bercakap tentang perubahan, mereka bukan inginkan perubahan dalam cara hidup mereka yang mereka sendiri tahu adalah jauh lebih baik dari saudara-saudara mereka di negara lain seluruh dunia.   Mereka ingin membina dunia mereka sendiri di sini dan model yang terdekat untuk dicontohi, tentulah Singapura.  

Lagipun, bukankah Singapura telah menghulurkan begitu banyak bantuan kepada DAP yakni kaum Cina dalam PRU-13, sehingga membawa kepada keputusan pemerintahan-dua-parti pada hari ini?

Oleh kerana kaum Cina Malaysia begitu memuja Singapura dan sering membandingkan kedua negara ini, maka inilah disarankan jika kerajaan masih ingin terus memastikan kaum Cina gembira, maka Malaysia wajib meniru Singapura. 

Mungkin, kerajaan perlu mula melakarkan deraf polisi baru yang dipanggil Dasar Pandang Ke Selatan.

Dasar Pandang Ke Selatan akan melihat tiadanya sekolah vernakular - sama seperti Singapura.  Tiada lagi cakap-cakap mengenai mendaulatkan bahasa Mandarin - sama seperti Singapura.  Syarat bagi media, terutamanya media siber akan diperketatkan dan perlu melalui tapisan serta pembaharuan lesen setiap tahun - sama seperti Singapure. 

Tiada toleransi bagi sesiapa untuk berdemonstrasi walaupun secara aman - sama seperti Singapura.  Akta ISA akan dikembalikan - sama seperti yang digunapakai oleh Singapura dalam artikel 143 undang-undang negara itu yang membenarkan penangkapan tanpa perbicaraan.

Semua ini akan dilaksanakan, termasuklah penguatkuasaan penggunaan Bahasa Kebangsaan iaitu dalam kes Malaysia, Bahasa Melayu.

Dan jangan lupa untuk menyaman sesiapa sahaja yang meludah merata-rata - sama seperti Singapura. 

Penulis percaya polisi ini akan membantu menjadikan masyarakat Cina di negara ini lebih gembira.  Dengan cara ini, mereka tidak perlulah membiarkan Singapura menjajah atau menceroboh Malaysia lagi kerana mereka dapat menikmati cara hidup yang sama seperti rakyat Singapura juga walaupun di bawah pemerintahan BN. 

Tetapi, jika mereka masih tidak gembira, maka kerajaan wajib menerima hakikat bahawa apa yang kaum Cina ingin ubah mungkin hanya satu perkara iaitu:  bangsa individu yang menjadi Perdana Menteri Malaysia!

28 Mei 2013

Kerajaan Wajib Dakwa Lebih Ramai Peserta Himpunan 505


6 penganjur Himpunan 505 yang ditangkap hari ini telah tidak mengaku bersalah ke atas kesalahan gagal memaklumkan kepada ketua polis di daerah masing-masing dalam tempoh 10 hari dari tarikh perhimpunan.  Jika disabit kesalahan, mereka bakal menerima hukuman denda maksimum RM10,000.

6 yang didakwa tersebut ialah Kamarzaman Mohamed Yunus, Setiausaha PKR Pahang, Mohd Nazree Mohd Yunus, Ketua AMK Negeri Sembilan, Ong Eu Leong, Setiausaha Eksekutif PKR Pulau Pinang, Thomas Su Keong Siong, Ahli Parlimen DAP Ipoh Timur, Mohammad Anuar Zakaria, Setiausaha PKR Perak dan R.Yuneswaran Setiausaha Eksekutif PKR Johor. 

Walaupun penangkapan mereka dilihat sebagai satu langkah terpuji oleh pasukan keselamatan tetapi rakyat rata-ratanya masih belum berpuas hati.  Ramai yang ingin melihat ikan yang lebih besar ditangkap sementara ikan kecil-kecil ini hanya lekat di celah gigi yakni tidak mengenyangkan dan tidak membawa perubahan apa-apa. 

Selagi ikan besar tidak ditangkap selagi itu himpunan jalanan akan terus diadakan, mengganggu kehidupan rakyat serta memesongkan fokus kerajaan.   Lama kelamaaan, rakyat semakin menyampah dan mula memikirkan ada sesuatu yang tidak kena yang menyebabkan kerajaan takut untuk mengambil tindakan ke atas ikan besar. 

Apatah lagi dengan pendedahan mengenai perjanjian antara Najib dan Anwar oleh Jusuf Kalla, bekas Naib Presiden Indonesia.  Namun, dari kenyataan Anwar sendiri kita mendapati bahawa perjanjian tersebut tidak pun ditandatangani oleh Dato Seri Najib, iaitu bermakna tiada sebarang perjanjian yang dibuat.  

Pastinya, yang menginginkan satu perjanjian adalah pihak Anwar dan bukan Najib dan kerana itu, Dato Seri Najib telah menolak sebarang perjanjian dengannya.   Pastinya juga, Anwar menawarkan perjanjian itu kerana beliau sudah tidak yakin akan menang dalam PRU-13. 

Sumber-sumber dalaman menyatakan bahawa Anwar telah memohon agar beliau tidak didakwa atas insiden Lahad Datu yang mana Dato Seri Najib pantas untuk tidak bersetuju.  Pertamanya, kerana pendakwaan tersebut adalah tertakluk di bawah bidang kuasa mahkamah dan bukannya kerajaan.  Keduanya, Dato Seri Najib tidak mungkin akan melindungi pesalah, terutamanya pengkhianat negara yang telah menyebabkan kematian wira-wira negara. 

Ketegasan Dato Seri Najib inilah yang membuatkan Anwar gelabah. 

Jika berita dari sumber ini benar, maka Anwar bukan sahaja ikan besar tetapi sebenarnya adalah ikan gergasi.  Beliau bukan sahaja dalang Himpunan haram, tetapi dalang keganasan dan pengkhianatan terhadap negara. 

Rakyat menunggu dengan sabar akan penangkapan ikan gergasi ini, dan ingin sepenuh hati untuk percaya bahawa kerajaan punya sebab yang cukup kukuh dan bijak untuk terus membiarkan beliau berenang bebas sehingga kini. 

Walaubagaimanapun, inilah diingatkan bahawa kesabaran manusia sentiasa ada hadnya.  

Rakyat ingin melihat bukan sahaja lebih banyak dan lebih besar tangkapan tetapi pengakhiran kepada siri-siri himpunan jalanan yang memualkan.  Rakyat ingin kembali kepada dunia yang waras serta enggan lagi melayan berita-berita panas yang tidak bermanfaat mengenai seorang manusia yang separuh gila hanya kerana terlalu ingin menjadi Perdana Menteri. 

Pasca PRU-13:  Cina Bertekad Tingkatkan Jurang Perkauman
 
Akhbar Nanyang Siang Pau semalam menyiarkan kebimbangan persatuan ekstremis Cina iaitu Dong Zong dengan perlantikan dua menteri Cina di dalam kabinet Dato’ Seri Najib kerana kedua-dua mereka tidak fasih berbahasa Mandarin.  

Menurut Dong Zong mereka ini yang hanya menamatkan Sekolah Cina separuh jalan tidak mungkin akan dapat mewakili kaum Cina secara efektif sekali gus tidak layak digelar ‘wakil kaum Cina’.   Nampaknya, bagi kaum Cina tidak apa jika Zairil Khir Johari yang seratus peratus Cina dijadikan wakil Melayu di dalam DAP, tetapi tidak boleh bagi seratus-peratus Cina dijadikan wakil Cina di dalam BN selagi tidak fasih berbahasa Cina. 

Untuk pengetahuan Dong Zong satu-satunya bahasa yang wajib fasih di Malaysia adalah Bahasa Kebangsaan.   Untuk apa seorang wakil Cina wajib fasih bahasa Mandarin sedangkan bahasa kebangsaan negara ini adalah Bahasa Melayu?   Dengan menegaskan bahawa wakil Cina wajib fasih Bahasa Mandarin, maka Dong Zong telah mengesahkan bahawa majoriti kaum Cina negara ini memang tidak fasih berbahasa kebangsaan. 

Sudah menjadi kewajipan bagi seluruh kaum Cina yang mengaku sebagai warganegara Malaysia untuk fasih berbahasa Melayu atau mereka tidak layak mengaku sebagai rakyat negara ini. 

Jelas, Dong Zong masih menganggap diri mereka berada di tanah besar China dan masih tidak sanggup menerima hakikat bahawa nenek moyang mereka telah berhijrah ke sini.  Pun begitu, mereka tidak sanggup juga untuk kembali ke tanah besar kerana tahu bahawa hidup mereka lebih terjamin dan selesa di sini.  

Maka salahkah kita jika menyatakan bahawa kaum Cina sememangnya sejenis manusia yang semulajadinya tamak haloba dan tebal muka? 

Kaum ini tidak mungkin dapat diajak berbincang kerana segala-galanya hanya akan dapat diselesaikan sekiranya ia menepati kepentingan diri mereka secara total. 

Kerajaan wajar memahami satu perkara penting dalam mengatur langkah seterusnya selepas PRU ini iaitu:- Dong Zong atau kaum Cina tidak pernah berkongsi aspirasi yang sama dengan kaum-kaum lain di negara ini.  Kaum Cina tidak pernah inginkan kepada perpaduan kerana mereka tidak melihat keuntungan maksima di pihak mereka melalui perpaduan. 

Kaum Cina tidak melihat jurang perkauman dengan kaum lain yang terbukti dalam keputusan PRU yang lalu sebagai satu masalah kepada mereka.  Jika ia merupakan satu masalah kepada negara, maka itu adalah masalah kerajaan, bukan mereka.   

Justeru, mereka bertekad ingin terus mempertahankan sifat perkauman Cina serta mendesak pemisahan kaum itu dari masyarakat keseluruhan sebagai sesuatu yang perlu diterima.  

Dalam kata lain, mereka ingin dipisahkan terus dari aspirasi negara tetapi di masa yang sama ingin terus menerima bantuan dan sokongan kerajaan.

Tidak ada cara lain untuk menangani masalah dengan manusia seperti kaum Cina selain dari bertindak tegas dan mengabaikan segala rungutan dan tuntutan mereka. 


Sudah sampai masanya kerajaan mengambil tindakan ke atas Dong Zong kerana menghalang perpaduan dan mencabar kedudukan bahasa kebangsaan.   Inilah saja penyelesaian yang terbaik untuk kesejahteraan negara dalam masa panjang.  

Ustaz Hadi Di Cerca Sam Ketot


Selepas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyelar Hadi Awang kerana tidak mengambil tindakan serius terhadap calon PAS yang bertanding di kawasan yang ditandingi mereka dalam PRU 13, kini giliran Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin melakukan tindakan sama terhadap Presiden PAS berkenaan kerana mencerca calon PKR semasa tempoh berkempen Pilihan Raya 2013 lalu tanpa membawa sebarang bukti.

Shamsul yang baru merasa jawatan sebagai ahli Parlimen Bukit Katil, turut meluahkan rasa tidak berpuas hati terhadap tindakan Abdul Hadi mengeluarkan surat watikah calon kepada calon PAS di kawasan-kawasan yang telah dipersetujui menjadi kerusi PKR.

Shamsul dipetik mengeluarkan kenyataan dalam ucapan dasar sempena kongres nasional PKR ke 9, tempoh hari. Beliau turut menyindir Hadi yang katanya "seolah-olah benak tidak memahami tahalluf siyasi (kerjasama politik) sehingga menyaksikan masih wujud pertembungan saat-saat akhir di beberapa kawasan seluruh Malaysia.

Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi mengatakan pertindihan kerusi diantara PAS dan PKR adalah untuk menggelakkan calon daripada lompat parti. Tanpa menamakan calon, menurut Abdul Hadi, PAS mengatakan terdapat calon PKR yang merupakan pengedar dadah pil kuda dan berideologi komunis.

Nak jadi calon macam mana edar pil kuda? Orang PAS tak boleh kerja calon macam ni, terang-terang saya sebut.

Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? Orang PAS kerjasama dengan Keadilan  dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin, kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Russia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin.

Shamsul juga mencadangkan supaya PR menjadi sebuah gabungan formal sepertimana gabungan pemerintah Barisan Nasional (BN) selain daripada parti komponen PR memecat semua ahli yang mengkhianati arahan semasa Pilihan Raya 2013.

AMK jelas Shamsul turut mendesak agar semua parti komponen Pakatan Rakyat, baik PKR, DAP mahupun PAS, memecat mana-mana pimpinan atau ahli yang gagal akur serta ingkar arahan parti, dan tidak dibenarkan kembali semula ke dalam mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat.

"Hanya pendekatan tegas sebegini sahaja yang boleh memperkukuhkan ukhuwah Pakatan Rakyat sebagai sebuah entiti yang diyakini rakyat, katanya angkuh sebaik sahaja merasakan dirinya sebagai ahli Parlimen mempunyai satu kekuatan.

Dalam Pilihan Raya 2013, Shamsul berjaya mengalahkan bekas ketua menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam di kerusi Parlimen Bukit Katil di Melaka.

22 Mei 2013

Ahmad Yakob Dedah Salah Laku Nik Aziz


Ahmad Yakob yang dilantik sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru menggantikan Nik Abdul Aziz Nik Mat rupanya tidak mengambil masa yang lama untuk memperkukuhkan kedudukan khususnya di kalangan penyokong PAS di negeri ini.

Satu demi satu pihak yang rapat dengan Nik Aziz dicantas atas nama menambah baik pentadbiran negeri di masa yang sama beliau cuba menunjukkan imejnya yang lebih lembut dan tolenrasi dengan Kerajaan Pusat berbanding MB sebelumnya.

Mat Yakob juga cuba menonjolkan keterbukaan pentadbirannya dengan mempromosikan sistem tender terbuka melibatkan penerokaan mineral seperti emas, besi dan sebagainya. Katanya, melalui sistem itu ia akan meningkatkan hasil pendapatan Kerajaan Negeri.

Kenyataannya itu betul kerana Kelantan mempunyai banyak sumber mineral dan keluasan tanahnya juga sayup mata memandang, jika bijak diuruskan tentu banyak manfaat untuk rakyat jelata.

Seimbas lalu tiada yang pelik dengan kenyataan Mat Yakob, apatah lagi selama ini pun Nik Aziz sentiasa bercakap mengenai tender terbuka semenjak tahun 1993 lagi. Jadinya ia kelihatan selari dan satu kesinambungan polisi terdahulu.

Namun bila diteliti semula, jelas seakan ada sesuatu yang mahu disampaikan oleh Mat Yakob, barangkali penekanannya terhadap sistem tender terbuka itu berkait rapat dengan amalan cakap tak serupa bikin oleh Nik Aziz.

Bukan satu rahsia pun, banyak penganugerahan tender di Kelantan khususnya melibatkan penerokaan bahan mineral dan pembalakan walau pun nampak seperti terbuka tapi sebenarnya masih dilakukan secara memilih bulu yang menguntungkan kroni tertentu.

Bukan saja tender, malah dalam bab pemilikan tanah juga banyak berlegar di kalangan segolongan pihak yang rapat dengan parti sementara rakyat marhaen pula terpaksa melalui pelbagai prosedur yang menyeksakan hati.

Ia satu bentuk salah laku kepimpinan terdahulu yang tidak cermat dalam perlaksanaan kata-kata seiring dengan perbuatan meskipun sukar dibuktikan secara perundangan, namun sebagai MB Kelantan yang baru, Mat Yakob mungkin ada penyelesaiannya.

Menyedari situasi sedemikian jika berlanjutan bakal menyebabkan bajet negeri terus defisit, mungkin sebab itulah Mat Yakob menekankan kepentingan perlaksanaan tender terbuka secara telus sekali gus mengekang salah laku dalam penganugerahan tender.

Harapnya Mat Yakob berjaya dalam misinya merealisikan sistem tender terbuka itu dan tidak hanya sekadar omongan kosong untuk menyedapkan halwa telinga yang mendengar.

Karpal Singh Umpama Singa Bapok

Walaupun diancam dengan ugutan untuk diambil tindakan mahkamah, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim jelas berani dan tetap dengan pendiriannya untuk terus mendedahkan semua rancangan jahat DAP yang didakwanya bertujuan untuk merosakkan negara kepada umum.

Sebagai seorang yang tinggi dengan jati diri Melayu, beliau tegas mempertahankan tindakannya dengan mengambil pendekatan untuk tidak menjual rohnya kepada parti ultra kiasu itu. Malah sebagai warganegara yang taat kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, sudah menjadi tugasnya untuk mempertahankan keamanan negara dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Saya akan terus dedahkan kepada umum semua rancangan rahsia DAP yang cuba merosakkan negara. Sudah menjadi tugas saya untuk mendedahkan tujuan yang tidak betul, saya tidak takut! tegasnya yang berani menolak ugutan Singa Bapok DAP, Karpal Singh.

Tindakan Abdul Aziz sebelum ini, telah menyebabkan Pengerusi DAP, Karpal Singh mengugut beliau untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya masih terus mendedahkan rahsia DAP. Namun ugutan Karpal itu nyata tidak menggentarkan Abdul Aziz, sebaliknya beliau bertegas akan terus mendedahkan rahsia-rahsia DAP meskipun diheret ke mahkamah.

Beliau turut berkata Malaysia adalah tanah airnya dan keluarganya telah menetap di negara ini sejak ribuan tahun. Ugutan Karpal baginya adalah sekadar angin yang berlalu, kerana perjuangannya adalah sebagai seorang anak Melayu yang tidak sesekali akan menjualnya demi keamanan negara.

Amaran-amaran DAP itu tegasnya lebih menyemarakkan semangat Melayunya untuk melakukan pendedahan mengenai perancangan DAP menghancurkan Malaysia. Karpal sebelum ini menggesa Abdul Aziz supaya  menghentikan pendedahan yang menjadi rahsia dalam parti itu kepada umum.

Menurut Karpal, jika Abdul Aziz benar-benar gentleman beliau tidak harus mendedahkan rahsia dalam parti. Pada Mei 2012, Tunku Abdul Aziz mengumumkan keluar daripada DAP dan melepaskan jawatannya dalam parti itu kerana membantah penganjuran perhimpunan haram di ibu negara pada 28 April 2012 kerana khuatir ia boleh bertukar ganas dan bantahan itu kemudian menimbulkan perselisihan faham antara beliau dengan pemimpin DAP.

Pada awal Mei lalu, Tunku Abdul Aziz mendedahkan di sebuah blog bagaimana beliau boleh menyertai DAP dan selepas setahun menjadi ahli beliau mendapati ideologi dan perjuangan parti itu tidak sehaluan dengan pendiriannya.

Tindakan Abdul Aziz nyata memberikan kesan kepada DAP dan mereka khuatir rancangan-rancangan jahat parti cauvinis itu akan terdedah kepada umum sekali gus menyukarkan usaha mereka untuk menguasai Malaysia.

Dengan tindakan yang dibuat Abdul Aziz, ia membuktikan parti itu tidak pernah ikhlas dalam perjuangan mereka kononnya untuk rakyat berbilang kaum, sebaliknya hanya mengambil kesempatan atas kebodohan sesetengah pemimpin Melayu yang menyertai parti tersebut.

Syabas Abdul Aziz! Teruskan perjuangan sebagai anak Melayu demi tanah air tercinta daripada dimusnahkan parti cauvinis penipu dan rasis.

21 Mei 2013

Boikot Produk Cina Tidak Menjejaskan Apa-apa Cina Malaysia


Wakil Dewan Perniagaan Cina dan Melayu, Yeah Kim Leng semalam memberitahu Malaysian Insider bahawa boikot produk Cina yang dipromosikan oleh blogger pro-UMNO akan menjejaskan ekonomi Malaysia dan menakutkan pelabur.  Beliau tentunya bercakap tentang kempen boikot barangan Cina pro-DAP yang kini sedang merebak di internet. 

Kita boleh merujuk kempen ini sebagai kesan sampingan dari keputusan PRU-13 yang menyaksikan penolakan sepenuhnya kaum Cina terhadap parti pemerintah a.k.a kerajaan Melayu.  Dalam kenyataannya, Yeah mendesak Putrajaya agar masuk campur bagi menghentikan kempen boikot tersebut.

Penulis percaya bahawa Yeah sedia maklum bahawa kaum Melayu telah lama bersabar dengan permainan rasis akhbar-akhbar Cina serta lakonan mengada-ngada kaum Cina dalam menangani isu-isu rasis, dengan harapan kaum Cina akan menghargai toleransi mereka.

Bagaimanapun, kaum Cina mengambil sifat toleransi Melayu itu sebagai suntikan dos kepada ego mereka.  Dari situ, keangkuhan kaum Cina yang dipamerkan dalam tragedi 13 Mei kini sekali lagi dipamerkan sepanjang kempen PRU-13. 

Hakikatnya, majoriti rakyat sudah muak dengan sikap hipokrasi-sensitif kaum Cina.  Setiap kali mereka diingatkan tentang kontrak sosial, mereka akan menjerit rasis!.  Setiap kali mereka disoal tentang semangat nasionalis dan patriotik, mereka akan menyalak rasis!.  Dan apabila Utusan Malaysia bertanyakan apa lagi yang mereka mahu, iaitu satu soalan yang jujur, terus terang dan mudah, akhbar itu dikutuk sebagai ultra-rasis!

Di masa yang sama, akhbar-akhbar Cina dan ahli politik mereka terus memperhebatkan permainan isu rasis ini sehingga kemuncaknya masyarakat Cina gagal membezakan antara benci Melayu dengan benci Malaysia.  Maka, hari ini, kita melihat anak-anak Cina memegang bendera Malaysia terbalik  dengan bangga. 

Selepas PRU-13, para ektremis Cina ini akhirnya bertemu buku dengan ruas.  Ramai guru-guru dan murid-murid Melayu di sekolah Cina mula memperkatakan tentang pengalaman mereka berhadapan dengan sikap rasis di sekolah.  Ramai lagi yang mula bertanyakan peranan akhbar-akhbar cina yang telah lama menanam sikap prejudis, keraguan dan kebencian terhadap kerajaan yang diterajui Melayu.  Malah, ahli politik Melayu juga sudah mula �menyampah dengan hipokrasi kaum Cina.

Sudah tiba masanya kita memainkan isu rasis ini secara terbuka.  Sepertimana yang penulis sering katakan pada rakan-rakan penulis, jika kita berurusan dengan seorang rasis, kita tidak punya pilihan selain turut menjadi rasis, atau kita akan ditindas.   Dan itulah yang kaum Cina inginkan sangat, iaitu menindas. 

Jelas, kaum Melayu sudah tidak tahan lagi dengan sikap chauvinis dan angkuh kaum Cina dan mula berkata:  Jika ingin sangat bermain dengan isu kaum, maka ayuhlah kita main sama-sama. 

Mungkin ada yang menyangka, dari situlah bermulanya kempen boikot barangan Cina ini. 

Hakikatnya, ia telah bermula lama dahulu apabila kaum Cina dengan liciknya menyerang dan mengsabotaj semua produk bumiputera.  

Contohnya, apabila seorang taikun Melayu mengambil-alih Gardenia Bekeries (KL) Sdn Bhd tidak lama dahulu kerana bimbang dengan status halal tepung pembuat produk tersebut yang mana bekalannya dimonopoli oleh seorang taikun Cina, masyarakat Cina tidak menunggu lama untuk melancarkan boikot terhadap semua produk Gardenia. 

Alasan mereka?  Ia adalah milik kroni UMNO.

Ini adalah cara pemikiran tipikal seorang rasis iaitu, tidak apa bagi Cina untuk memonopoli tetapi tidak boleh bagi Melayu untuk memecah monopoli dan menyediakan persaingan yang sihat kerana ia adalah amalan kronisme; kecuali jika persaingan sihat itu melibatkan seorang Cina juga.   Seperti kata Yeah, ia adalah tidak sihat, kebudak-budakan dan rasis bagi Melayu untuk memboikot barangan Cina tetapi ia adalah hak pengguna bagi Cina memboikot barangan Melayu. 

Permainan rasis kaum Cina di sektor swasta juga merupakan rahsia umum, di mana mereka akan meletakkan mandarin sebagai kelayakan dalam iklan-iklan pekerjaan.  Di utara, terutamanya, permainan rasis kaum Cina lebih terbuka di mana syarikat yang diterajui mereka tidak akan memberi peluang yang sama kepada kaum lain untuk maju.  Sesetengahnya pula secara langsung meletakkan skim gaji dwistandard berdasarkan kaum di bawah undang-undang tidak bertulis syarikat. 

Selamanya kaum Cina itu angkuh, memberitahu semua bahawa tiada siapa yang dapat menyentuh mereka kerana mereka mengawal ekonomi. 

Mungkin benar bahawa kita tidak boleh berbuat apa-apa dan bahawa kempen boikot barangan Cina ini tidak akan membawa kaum Melayu ke mana-mana.  Justeru, jika ia benar, maka kita percaya Yeah Kim Leng tidak perlu bimbangkan apa-apa.  Lagipun, beliau hanya bimbangkan kaum Cina, bukan begitu?  Dan kaum Cina tidak akan terjejas hanya dengan boikot dari kaum Melayu, bukan begitu? 

Kaum Cina telah menyatakan bahawa mereka tidak memerlukan kaum lain, maka kaum lain juga perlu belajar untuk tidak memerlukan kaum Cina.   Dan untuk pengetahuan semua, pembelajaran ini telah pun bermula iaitu melalui kempen boikot produk Cina.

20 Mei 2013

MANSUH DEWAN NEGARA AGENDA DAP HAPUS KUASA MELAYU


Agenda jahat parti rasis dan perkauman Cina, Dap semakin terserlah apabila pengerusi kebangsaannya Karpal Singh mencadangkan pemansuhan peruntukan bagi kewujudan Dewan Negara di dalam Perlembagaan Malaysia.

Alasan yang diberikan iaitu Dewan Negara tidak diperlukan dan hanya membazir wang rakyat adalah dangkal, tidak masuk akal dan tidak bertapak kepada asas-asas ilmu perlembagaan.

Alasan yang kedua yang diberi ialah dakwaan Dewan Negara disalahgunakan oleh Barisan Nasional untuk melantik calon-calon yang kalah di dalam pilihan raya umum sebagai Senator sebagai landasan untuk dilantik ke dalam Kabinet.

Tindakan tersebut katanya dianggap sebagai pintu belakang untuk melantik calon-calon tertentu sebagai menteri.

Apa yang tidak disebut Karpal ialah penjelasan kewujudan serta fungsi sebenar Dewan Negara sebagaimana yang kekal termaktub di dalam Perlembagaan Negara.

Inilah taktik pembangkang yang sentiasa mengungkit-ungkit isu-isu sensitif yang berhubung kait dengan Perlembagaan dengan menyembunyikan fakta dan menutup kebenaran.

Ini termasuk mempersoal serta memperlekehkan isu-isu seperti hak-hak istimewa orang Melayu, kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, status Islam sebagai agama Persekutuan Malaysia, serta institusi-institusi raja-raja Melayu.

Dengan menimbulkan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan lebih berupa fitnah, pembangkang berharap rakyat yang kebanyakannya tidak memahami isu-isu yang berkaitan Perlembagaan akan turut termakan dengan fitnah yang bakal merosakkan masa depan dan kestabilan politik negara.

Dewan Negara atau juga dikenali sebagai senat adalah salah satu daripada Majlis Parlimen yang duduk di bawah kuasa perundangan Persekutuan Malaysia seperti mana di sebut dalam Perkara 44 Perlembagaan Malaysia.

Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia bersama satu lagi dewan yang dipanggil sebagai Dewan Rakyat.

Dewan Negara mempunya keahlian seramai 70 orang yang digelar Ahli Dewan Negara atau Senator di mana 26 dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 Senator setiap negeri di Persekutuan and 44 lagi dilantik dan dipilih oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.

Tugas utama Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat.

Rang undang-undang perlu diluluskan oleh kedua-dua dewan sebelum akhirnya dipersembahkan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

Antara muslihat Karpal supaya Dewan Negara dimansuhkan ialah bidang kuasa dewan ini yang amat besar dalam soal mana-mana Rang Undang-undang
yang bertujuan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana Dewan Negara mempunyai kuasa untuk menolak dan membatalkan sebarang Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan kelebihan majoriti 2/3 dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat pada bacaan kali kedua dan kali ketiga.

Ini bermakna mana-mana Rang Undang-undang untuk meminda Perlembagan Persekutuan bukan sahaja mesti diluluskan oleh majoriti 2/3 di Dewan Rakyat Dewan Rakyat tetapi juga mesti diluluskan dengan majoriti 2/3 di Dewan Negara.

Muslihat Karpal mudah dibaca - dengan jumlah ahli parlimen pembangkang seramai 89 di dalam Dewan Rakyat pasca Pilihan Raya Umum ke-13, dan sekiranya Anwar Ibrahim  berjaya membeli ahli-ahli parlimen daripada Barisan Nasional melalui tawaran imbuhan wang jutaan ringgit, pembangkang boleh menumbangkan kerajaan.

Anwar telah mencuba membeli 30 ahli parlimen BN pasca PRU 2008 dan tidak munasabah ia dilakukan semula berdasarkan senario tsunami politik Cina yang meletakkan Dap sebagai parti yang mempunyai jumlah kerusi terbanyak iaitu 38 berban berbanding PKR (30) dan Pas (21).

Dewan Negara mempunyai kuasa veto untuk menolak Rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan yang diperuntukkan di bawah - Artikel 68(5) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Apabila Dewan Negara di mansuhkan maka kuasa veto yang dimilikinya untuk melindungi serta mempertahankan Perlembaagaan Persekutuan turut juga terhapus.

Maka mudahlah pembangkang yang diketuai oleh Dasp untuk menghapuskan satu persatu insttitusi yang berkaitan kepentingan dan kedaulatan bangsa Melayu.

Inilah sebenarnya agenda licik Karpal yang sejajar dengan agenda parti Pap Singapura yang sudah berjaya meminggirkan bangsa Melayu si pulau itu.

ends

17 Mei 2013

Kabinet Baru Perlu Tegas dan Lebih 'Jantan


Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri perlu melaksanakan transformasi dengan lebih agresif dan radikal sekiranya mahu terus memegang tampuk pemerintahan negara selepas PRU-14. Walaupun PRU13 sudah berlalu, dan BN telah berjaya memenangi sebanyak 133 kerusi parlimen, namun pola dan mood luar jangka pengundi menunjukkan terdapat tanda-tanda yang ia akan menjadikan pilihanraya yang akan datang semakin mencabar dan mendebar.

Kabinet baru yang dilantik perlu memikirkan bagaimana untuk mengikis persepsi negatif yang dilemparkan terhadap kerajaan. Bukan sahaja soal pembangunan tetapi pengisian yang perlu dibuat di dalam pembangunan yang akan dilaksanakan itu perlu ditekankan.

Revolusi politik perkauman, keganasan, kebencian dan campurtangan asing perlu ditangani segera sebelum negara terjerebak di dalam kancah pergolakan. Pembangkang sebaik sahaja keputusan PRU13 diumumkan, mereka terus melaksanakan gerakkerja untuk menumbangkan kerajaan.

Siri-siri himpunan yang mendapat sokongan besar masyarakat bukan Melayu perlu dikekang dan pihak berkuasa perlu bertegas dengan dengan penganjur yang melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang.

Perkara ini jika dibiarkan, ianya akan menjadi suatu budaya dalam masyarakat dimana pada satu tahap ianya agak sukar dikikis. Negara-negara arab telah mengajar kita, perubahan pentadbiran negara melalui demontrasi jalanan tidak akan menjadikan sesebuah negara itu lebih baik.

Dikenali sebagai 'Arab Spring', negara-negara arab sehingga kini masih bergolak walaupun revolusi yang dibawa itu sudah beberapa tahun berlalu. Pemimpin-pemimpin mereka silih-berganti sehingga tiada kestabilan politik di dalam negara sekaligus menghancurkan ekonomi negara itu.

Adakah perkara yang sama yang kita mahu terjadi di dalam negara ini? Sudah tentu jawapannya tidak. Orang Melayu terkenal dengan budi bahasa dan orang cina tidak akan mampu melakukan demontrasi ini sekiranya tidak mendapat sokongan dari masyarakat Melayu.

Dalam hal ini, keputusan PRU13 yang lalu jelas menunjukkan majoriti Melayu masih sayang dan terus menyokong Umno yang dilihat berjaya mengekal kestabilan di dalam negara. Kerajaan yang naik melalui jalanraya akan tumbang melalui jalanraya juga. Sejarah telah membukti mereka tidak akan bertahan lama.

Kepada mereka yang mahu menjatuhkan kerajaan melalui demontrasi jalanan adalah sewajarnya memikirkan semula niat itu.

Kepada Anwar Ibrahim... BERSARALAH...

16 Mei 2013

Anwar Si Munafik Sukar Terima Ketentuan Illahi

Sudah dua minggu PRU-13 berlalu dan dalam tempoh ini semua Kerajaan Negeri sudah selesai upacara angkat sumpah MB dan KM masing-masing, namun sepanjang dua minggu ini jugalah Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim masih meroyan sakan menghasut rakyat supaya menolak keputusan PRU-13.

Dalam jelajah propagandanya yang terbaru di Johor, Anwar turut menggunakan alasan undi popular 51% gabungan tidak berdaftar itu sebagai asas utama dalam penegasannya untuk tidak bersara dari dunia politik.

Kenyataan itu adalah reaksi Anwar bagi menjawab desakan pelbagai pihak mengenai janjinya untuk menjadi pensyarah sekiranya gagal dalam PRU-13. Gempak yang dilakukan dulu kini memakan diri, mahu tak mahu kenalah ada alasan untuk mengalih perhatian khalayak.

Hakikatnya Anwar lupa untuk menjelaskan soal undi popular untuknya tidak wujud pun kerana PKR yang diketuainya hanya memperolehi 20% sahaja berbanding BN yang mendapat 49% daripada keseluruhan undi popular.

Anwar juga tidak menyatakan hakikatnya sebahagian besar undi popular PR datangnya dari 5 buah negeri sahaja iaitu Selangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Perak dan Kelantan, sedangkan BN pula menguasai majoriti undi popular di 9 negeri yang lain.

Satu persatu negeri dijelajahnya semata-mata untuk menyebarkan propagandanya memburukkan SPR sambil menuduh BN melakukan penipuan, tapi di ketika yang sama boleh pula Anwar berbangga dengan undi popular yang diperolehi gabungan rapuh parti pembangkang yang dikenali sebagai PR.

Kini Ketua Umum PKR itu sedang dalam keadaan tersepit, bukan sahaja kerana gagal menunaikan janji tapi juga kerana sukar menerima ketentuan Illahi yang menetapkan BN kekal mendapat sokongan dan terus berjaya memerintah negara ini.

Sekolah Vernakular Kilang Rasis?


Sedar atau tidak bahawa pantang larang paling besar bagi kaum Cina negara ini ialah apabila Sekolah Vernakular disentuh. Malah, tidak keterlaluan jika dikatakan, bahawa mereka meletakkan Sekolah Vernakular sebagai lebih tinggi atau sama sucinya dengan tokong dan berhala mereka.  Seolah-olah, tanpa sekolah itu bangsa Cina akan mati atau agama mereka akan hancur. 

Alasan mereka untuk mempertahankan sekolah tersebut adalah kononnya untuk memastikan budaya, adat dan bahasa ibunda mereka terus terpelihara.  

Untuk itu, penulis ingin memetik tulisan Tai Zee Kin seorang Cina dari produk Sekolah Kebangsaan yang turut mempersoal sikap kaumnya yang degil ingin mempertahankan Sekolah Vernakular.   

Tulisan beliau yang boleh dilayari di http://taipingmali.blogspot.com/2013/05/ethnic-han-chinese-malaysian-please.html?spref=fb, mendedahkan bahawa hakikatnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina tidak mengajar pun budaya atau kesusasteraan Cina seperti Si Shu Wu Jing dan lain-lain.  Murid-murid dari Sekolah Cina juga tidak tahu membezakan antara agama dan ideology filosofi Cina iaitu antara confusionisme, taoisme atau Mahayanian Buddha. 

Mereka juga tidak diajar tentang kostum tradisi Cina seperti Han Fu dan bezanya dengan Cheong Sam / Kei Po dari Manchuria.  Malah, nama-nama asal yang melambangkan budaya sebenar Cina seperti Yehonala, Nurhachi, Aisinjeoro juga mereka tidak pernah mendengarnya.  Sebaliknya menggunakan nama Lim, Tan, Chong dan sebagainya. 

Secara amnya, Sekolah Cina tidak langsung mempertahankan bahasa, budaya atau adat Cina. 

Justeru, menurut Zee Kin, dengan pengetahuan beliau yang lebih mendalam dan luas mengenai budaya dan kesusasteraan Cina berbanding produk dari SJKC sendiri, maka hujah pihak ekstremis Cina untuk mempertahankan Sekolah Vernakular atas alasan mempertahankan budaya dan bahasa Cina adalah tidak boleh dipakai sama sekali.

Beliau juga turut menempelak mereka yang mempertahankan Sekolah Vernakular atas alasan ekonomi, iaitu kerana ekonomi China semakin berkembang dan bakal menguasai dunia. 

Namun, di masa yang sama puak ini tidak mampu menjawab kenapa Singapura yang menjadi kiblat DAP itu tidak mempunyai walau satu pun sekolah Cina?   Jika Mandarin yang diperlukan untuk maju, maka ia boleh diambil sebagai subjek tambahan lepas waktu sekolah seperti yang dilakukan Zee Kin.  Dan apa yang jelas, penguasaan bahasa Mandarin beliau adalah jauh lebih baik dari kebanyakan produk SJKC.

Perlu diingatkan bahawa Zee Kin adalah produk Sekolah Kebangsaan iaitu sekolah milik kerajaan.  Perhatikan perbezaan tahap pemikiran beliau yang jauh lebih rasional serta bijak.  Hujah beliau berdasarkan fakta dan bukan emosi.  Beliau ternyata seorang yang berilmu, banyak membaca dan mengkaji.   Kualiti seperti ini tidak mungkin didapati di sekolah-sekolah vernakular, kerana itu kita melihat produk SJKClah yang kini ke hulu ke hilir mengekori Anwar Ibrahim dengan harapan beliau dapat memberi kerusi Perdana Menteri kepada DAP suatu hari nanti. 

Secara dasarnya, kewujudan Sekolah Vernakular sudah pun melampaui objektifnya dan langsung tidak menepati motifnya. 

Asalnya Sekolah Vernakular dibenarkan kerana pendatang Cina pada waktu itu tidak berniat untuk tinggal lama di negara ini.   Walaubagaimanapun, apabila Perang Dunia ke2 meletus, dan Jepun menceroboh negara China, kaum Cina di negara ini tidak dapat kembali ke negara asal.   Lebih-lebih lagi apabila di masa yang sama bahagian utara China juga mengalami perang saudara antara pihak komunis dengan nasionalis. 

Justeru, mereka terpaksa terus tinggal di Malaya.   Malaya yang berada dalam proses kemerdekaan akhirnya menerima kaum Cina dengan beberapa syarat iaitu menggariskan hak istimewa kaum Bumiputera ditukar dengan hak pendidikan kaum pendatang yang berdasarkan negara asal, atas fahaman bahawa mereka akan kembali ke sana.  

Oleh kerana kaum Cina terus kekal di negara ini, maka secara automatik Sekolah Vernakular sudah tidak relevan lagi. 

Hari ini, setakat apa yang dilihat, Sekolah Vernakular hanyalah tempat untuk mengeluarkan produk rasis dan chauvinis Cina.  Selain itu, ia sekadar menjadi kunci utama untuk mencabar dan memberi tekanan kepada kerajaan untuk menjustifikasi ketidakpuasan hati kaum Cina. 

Apa yang lebih malang ialah ia bertindak sebagai risiko yang semakin hari semakin besar dan semakin serius bagi keharmonian negara ini. 

Keengganan dan kedegilan pihak ekstremis Cina untuk terus mempertahankan Sekolah Vernakular adalah tidak lain tidak bukan kerana ia memberi mereka platform untuk membina kuasa.  

Mereka tidak mahu kaum Cina mengasimilasi dengan kaum lain dan menjadi satu bangsa Malaysia yang tulen tetapi mereka punya niat dan agenda rasis dan chauvinis untuk meletakkan kaum Cina lebih tinggi dari kaum lain.  

Hari ini, mereka terus berlakon kononnya mereka tidak punya niat sedemikian.  Malah, sesiapa sahaja yang menyentuh soal ini akan dibawa ke mahkamah.  Antaranya, bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah telah diselar dan dituduh sebagai menghasut dan mengugut kerana mendedahkan niat sebenar DAP dan para ektremis Cina. 

Sehubungan dengan itu, Lim Guan Eng juga berikrar akan bermati-matian bersama PR untuk mempertahankan Sekolah Vernakular. 

Soalnya, kenapa?  Semua hujah untuk mempertahankan Sekolah Vernakular telah pun disangkal.  Atas apa lagi sekolah tersebut perlu terus wujud di Malaysia jika bukan untuk meningkatkan jurang antara kaum?  Kenapa jurang itu mesti ditingkatkan?   Kita semua tahu jawapannya walaupun DAP terus menafikannya. 

Apa yang pasti, sesuatu yang tidak membawa kebaikan wajar dihapuskan, bukan dibela dan dipelihara sehingga besar.  Api semasa kecil memang tidak merbahaya tetapi kini ia telah pun membesar. 

Justeru, apakah kerajaan hanya akan bertindak apabila ia sudah menjadi bom nuklear?  

15 Mei 2013

5 Perkara Rakyat Malaysia Mahu Yang Kit Siang Wajib Tahu


Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam reaksinya kepada tulisan bertajuk "Apa Lagi Kit Siang Mahu" yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, telah menyenaraikan 5 perkara yang dikehendakinya dan akan terus menuntutnya selagi tidak direalisasikan.

Lima perkara tuntutan yang dimaksudkan oleh Kit Siang ialah;-

1) Tuntutan supaya pilihan raya yang adil
2) Malaysia mesti benar-benar mengamalkan demokrasi
3) Penghormatan kepada keluhuran perlembagaan terutama dalam konteks perundangan dan hukuman
4) Pendidikan yang setaraf dengan luar negara
5) Keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik.

Seimbas lalu kelima-lima tuntutan itu menggambarkan seolah-olah Kerajaan BN yang memerintah berdiri tegak melalui ketidak adilan pilihan raya serta tidak mengamalkan demokrasi sebagaimana sepatutnya.

Adakah perkara itu betul atau sebenarnya sekadar propaganda politik pemimpin veteran DAP itu sahaja? Untuk mencari kebenaran, pandanglah dengan mata burung jarang melihat dunia seperti katak di bawah tempurung.

Kerajaan BN yang memerintah di peringkat Pusat dan negeri-negeri yang dikuasainya sejak dulu hingga kini mendapat mandat hasil dari pilihan raya kelolaan SPR, yang mana badan rasmi pengendali pilihan raya ini jugalah yang mengiktiraf kemenangan PAS di Kelantan, DAP di Pulau Pinang dan mengesahkan Selangor kekal di bawah pentadbiran DAP, PKR dan PAS.

Persoalan Pertama;-
Jika benar pilihan raya dilaksanakan tanpa keadilan dan tiada ketelusan serta amalan demokrasi gagal direalisasikan, apa gunanya pakatan pembangkang bermati-matian menyertai proses tersebut sambil sibuk mencanang peningkatan prestasi mereka semasa PRU 12 2008 dan yang terbaru dalam PRU 13 baru-baru ini?

Kerana wujudnya demokrasilah maka penduduk Pulau Pinang kekal dengan pilihan bersama DAP yang mana kini negeri itu diperintah oleh anak Kit Siang yakni Lim Guan Eng yang merupakan juga Setiausaha Agung DAP. Atau, adakah Kit Siang mahu menganggap kejayaan DAP di Pulau Pinang terhasil dari bentuk penipuan pilihan raya dan terkeluar dari lunas demokrasi?

Persoalan Kedua;-
Layakkah Kit Siang mahu membicarakan soal tuntutan pilihan raya yang adil, sedangkan dalam pemilihan CEC DAP Pusat sendiri wujud kecelaruan yang melucukan apabila berlaku silap mata dan perubahan kedudukan pemenang. Di mana keadilannya bila mana proses pemilihan parti sendiri pun dikuasai sifat rasis yang menebal dan bila dikritik terus saja keputusan berubah-ubah.

Demikian juga dalam hal menghormati keluhuran perlembagaan, tidak timbul soal memilih bulu atau membezakan hukuman. Bukankah sudah terbukti setiap proses perundangan dan hukuman dilaksanakan seadil-adilnya tanpa mengambil kira seseorang itu pemimpin BN atau tidak.

Sebaliknya yang sering mencabar perlembagaan biasanya sinonim dengan pemimpin pembangkang termasuklah ada yang cuba mengganggu gugat hak keistimewaan Melayu Islam serta agama Islam termasuklah dalam isu kesucian kalimah Allah S.W.T.

Persoalan Ketiga;-
Bila lagi Kit Siang mendokrin semula DAP supaya menerima hakikat negara ini ada perlembagaan yang menetapkan hak keistimewaan orang Melayu dan agama Islam, yang sepatutnya tidak dicabar termasuklah dalam isu kalimah Allah S.W.T? Kenapa Lim Guan Eng beriya menuntut penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible sedangkan termaktub sudah ia hanya untuk orang Islam sahaja?

Dalam hal pendidikan pula, sedari dulu lagi Kerajaan Pusat pimpinan BN serius melaksanakan pelbagai dasar yang menepati kehendak semasa termasuk memperkenalkan PPSMI, tapi disebabkan tekanan politik oleh PR maka ia akhirnya terpaksa dibatalkan.

Begitu juga bila membicarakan perihal keamanan negara dan persaingan sihat dalam politik, bukankah selama ini BN telah terbukti berjaya mengekalkan kemanan dan kedaulatan negara sehingga membantu perkembangan ekonomi masyarakat termasuklah memberi impak positif kepada perniagaan golongan kiasu Cina DAP?

Cuma akhir-akhir ini keamanan negara tergugat disebabkan wujudnya provokasi melampau dan kempen aggresif oleh rakan sepakatan DAP dari PKR, siapa lagi kalau bukan si Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang begitu disayangi oleh Kit Siang. Cuba kalau Kit Siang sanggup tampil menasihatkan Anwar supaya berhenti melalak mempertikaikan itu ini, bukankah itu lebih bermakna untuk kesejahteraan hidup rakyat?

Persoalan Keempat;-
Perihal persaingan politik sihat sepatutnya bukan isu bagi BN kerana kepimpinan dalam BN bersilih ganti, sebaliknya Kit Siang patut bertanya diri sendiri bila lagi nak tukar polisi DAP supaya lebih mesra rakyat dan tidak lagi terkongkong dengan budaya Dinasti Lim?

Persoalan Kelima;-
Akhir sekali, pernahkah Kit Siang cermin diri sendiri bila bercakap soal persaingan sihat dalam politik, tak terbayangkah sedari dulu lagi pantang ada cabaran dari pimpinan DAP terhadap Kit Siang dan kroni nepotismenya, pasti riwayat politik musuhnya padam atau tersingkir dari arena kepimpinan DAP. Beranikah Kit Siang menafikannya?

Rasuah SPRM Bertindak Profesional

Pakatan Rakyat (PR) dilihat berterusan memberikan tekanan terhadap agensu pencegahan rasuah kononnya mereka tidak telus dalam menjalankan siasatan dan tindakan terhadap pesalah gejala tidak sihat itu.

Bagaimanapun, berbanding tindakan pembangkang yang menuduh tanpa usul periksa dan bukti yang kukuh, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional (BN) pula mengambil pendekatan serius dalam membasmi gejala rasuah melalui pengenalan 6 Bidang Utama Keberhasilan Negara (NKRA) yang turut meletakkan rasuah sebagai salah satu bidang yang perlu diberi keutamaan.

Melalui NKRA membasmi rasuah, kerajaan meletakkan sasaran kes rasuah akan dapat dikurangkan sekaligus memberikan ketakinan kepada rakyat bahawa agensi ini menjalankan tugas dengan berkesan dan penuh dengan kredibiliti tanpa dipengaruhi oleh mana-mana ideologi politik mahupun pegangan agama.

Mengambil contoh kes Pusat Fidlot Nasional (NFC), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ternyata bertindak tegas terhadap pelakunya, walaupun umum mengetahui mereka yang terlibat mempunyai kaitan langsung dengan pemimpin tertinggi Umno.

Ini membuktikan SPRM menjalankan tugas mereka dengan penuh dedikasi tanpa tekanan atau arahan tertentu daripada tangan-tangan ghaib dalam politik tanah air sekaligus membuktikan mereka menjalankan tugas secara bebas.

Tuduhan pembangkang bahawa kerajaan campurtangan dalam urusan pendakwaan kes-kes rasuah juga tidak berasas apabila mengaitkan pemimpin tertinggi Umno dengan projek-projek tertentu tanpa bukti kukuh. Malah apabila mereka cuba mendapatkan sokongan dari negara luar seperti Hong Kong juga berkenaan satu-satu kes, pihak berkuasa pencegahan rasuah di sana tidak melayani permintaan mereka kerana terbukti tiada kes untuk difailkan.

Ini turut menunjukkan bahawa SPRM bertindak secara professional, dan menuruti keperluan seperti yang termaktub dalam NKRA membasmi rasuah yang diketuai oleh Datuk Hisham Nordin. Matlamat utama NKRA ini juga adalah untuk memastikan generasi masa hadapan tidak terbelenggu dengan budaya rasuah yang sudah pasti akan menghancurkan negara.

Bagi pembangkang, mereka seharusnya bekerjasama dengan kerajaan dalam menyelesaikan isu rasuah di negara ini, tanpa hanya tahu menunding jari mencari kesalahan pihak lain. Adalah lebih mudah bagi kerajaan mencapai matlamat sifar rasuah dengan bantuan semua pihak, tanpa hanya meletakkan beban di bahu kerajaan semata-mata.

Pelbagai langkah telah diusahakan kerajaan dan pihak-pihak terlibat seharusnya memastikan hasrat ini tercapai tanpa mengambil kira pegangan politik masing-masing.

Apabila ada sesetengah pemimpin pembangkang dituduh terlibat dengan gejala rasuah, mereka melenting tak tentu pasal, tetapi sebaliknya menuduh kerajaan pula terlibat dengan rasuah tanpa mengemukakan bukti kukuh.

Tindakan SPRM menyiasat pendedahan video yang dibuat sebuah agensi dari Australia juga membuktikan efisien mereka terserlah, tanpa mengira fahaman dan ideologi parti sesetengah pihak. Jadi pembangkang seharusnya berfikir dalam konteks yang lebih luas kerana tanpa penyertaan semua pihak, membanteras gejala rasuah adalah tugas mustahil dan sukar.

81% Peratus Rakyat Desak Anwar "RESIGN"

Sepanjang keterlibatan beliau dalam arena poltik sebagai pembangkang, sudah banyak kontroversi dan masalah-masalah yang timbul segala-galanya berpunca bagi mencapai agenda dan matlamat beliau untuk menjadi perdana menteri yang diidamkannya selama ini,

Sepanjang beiau menjadi Ketua Umum Pakatan Rakyat, negara menghadapi pelbagai ancaman dari pelbagai sudut yang nyata sudah tiba di tahap sehingga membahayakan keselamatan negara.

Sikap pembangkang ini yang menunjukkan kerakusan mengejar jawatan dan kuasa sehinggakan melanggar undang-undang dan sistem yang selama ini membentuk negara mendapat reaksi negatif dari golongan intelektual mahupun masyarakat.

Budaya himpunan dan rapat umum serta demonstrasi jalanan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim kononya bertujuan untuk membawa suara rakyat yang menginginkan perubahan membawa padah kepada adab dan sopan santun rakyat negara ini.

Semestinya bijak dalam agenda untuk membodohkan dan menipu rakyat, Anwar nampaknya sekali lagi memungkiri setiap patah perkataan yang diucapkan beliau dengan membatalkan hasrat untuk bersara dalam bidang politik jika gagal memenuhi matlamat utama menawan Putrajaya dan menjadi perdana menteri pada PRU13 yang lalu.

Janji hingga tinggal janji dan Anwar masih kekal berdiri membuat onar dan kacau dengan sekali lagi menganjurkan perhimpunan haram BlackOut505 bagi membantah keputusan SPR berikutan pilihan raya yang lalu.

Rakyat sudah mula muak dan bosan dengan permainan Anwar Ibrahim yang gemar melakukan kerosakan dan keberantakan berbanding mengikut undang-undang yang sedia ada, beliau lebih cintakan keganasan berbanding keamanan. Dan ini adalah punca kenapa rakyat tidak mahu beliau menjadi perdana menteri Malaysia.

Oleh yang demikian, satu kaji selidik telah dijalankan oleh majalah The Edge yang mendapati lebih 81 peratus rakyat Malaysia mahu Anwar Ibrahim untuk menepati janji dan berundur dari arena politik negara. Majoriti telah bosan dengan gaya politik jalanan Anwar yang ternyata keji dan kotor sehinggakan menyebabkan ramai pihak terlibat dengan kancah politik sebegini.

Dengan cara yang begini, rakyat sudah mula sedar bahawa ianya akan menjatuhkan nama baik negara dan sekali gus membahayakan masa depan negara yang semakin laju mengorak menuju Wawasan 2020.

Sedar atau tidak, Anwar Ibrahim mula menerapkan perasaan dan semangat pemberontak kepada setiap pengikut beliau yang buta mata dan akal untuk berfikir dengan menyertai dan mengikut setiap kata dan perhimpunan yang dianjurkan.

Sebagai sebuah negara yang membangun maju, ketamadunan manusia seharusnya menjadi aras panduan setiap rakyat bagi membentuk sebuah negara yang lebih baik.

Dan rakyat Malaysia nampaknya sudah sedar dan tersentak bahawa perlunya untuk semua kembali bersatu dan bersama membangunkan dan memajukan negara dan bukannya merosakkan negara dengan politik jalanan Anwar Ibrahim.

14 Mei 2013

Melayu Islam Hanya Minoriti Dalam PR


Selepas selesai proses penamaan calon sempena PRU-13 pada 20 April 2013 yang lalu, jentera propaganda pakatan pembangkang sibuk mendabik dada mendakwa PR paling layak disokong oleh orang Melayu Islam kerana sebahagian besar calonnya adalah keturunan Melayu dan beragama Islam.

Mereka mengusung angka 139 mewakili calon Melayu Islam dalam PR di peringkat Parlimen berbanding hanya 132 orang sahaja calon BN dari keturunan Melayu Islam bagi menunjukkan suara orang Melayu Islam lebih dihargai dalam PR berbanding BN.

Di lihat dari angka 132 orang calon Melayu Islam dari BN itu memang kecil berbanding 139 calon Melayu Islam dalam PR. Tapi angka 139 itu tidak mencerminkan mencerminkan kesungguhan sebenar PR dalam menjaga kuasa politik dan hak orang Melayu dan Bumiputera Islam, itu hakikatnya.

Angka 139 itu hanya betul dari segi kuantiti yang terbukti tidak berkualiti apabila realiti semasa menunjukkan selepas hari pengundian 5 Mei 2013 akhirnya hanya tinggal 37 orang sahaja wakil Melayu Islam dalam PR yang memenangi kawasan Parlimen yang ditandingi dalam PRU-13.

Dari 37 orang itu pula terbahagi kepada tiga yakni 21 di pihak PAS dan 14 mewakili PKR yang mana sebahagian dari mereka ini adalah Melayu Liberal. Sementara dua orang lagi wakil Melayu Islam datangnya dari DAP termasuklah seorang daripadanya adalah Cina mengaku Melayu iaitu Zairil Khir Johari atau nama betulnya Christopher Ross Lim.

Persoalannya, adakah dengan wujudnya 37 suara Melayu Islam dalam PR itu besar maknanya dalam menentukan hala tuju PR? Tentu sekali tidak, kerana di kira dari sudut mana sekali pun ia tetap minoriti berbanding baki 52 orang wakil PR berbangsa Cina dan India.

Majoriti besar orang Melayu Islam dan kaum Bumiputera yang lain tidak mungkin menyokong PR selagi mana DAP mendominasi hala tuju pakatan itu apatah lagi dengan dasar liberal PR dalam hal agama Islam. Di tambah pula dengan PR itu sendiri bergerak atas kerjasama rapuh yang berubah-ubah pendiriannya, mana mungkin sanggup orang Islam memberikan sokongan.

Ketika Melayu Islam lebih ramai dalam PR sebelum PRU-13 dulu pun, para pemimpin PR gagal mempertahankan hak Melayu Islam dari sudut agama dan akidah misalnya, apa lagi yang nak diharapkan dari suara kecil minoriti yang berjumlah cuma 37 orang itu? Agaknya makin galak mereka berjuang untuk kepuasan si abang besar DAP.

Berbanding BN yang mana lebih 100 wakilnya di Parlimen adalah kaum Melayu dan Bumiputera Islam, jelas sekali menunjukkan BN lebih mendapat tempat di hati pengundi beragama Islam kerana wujudnya polisi yang lebih meyakinkan mereka berbanding retorik dan propaganda murahan dari PR yang hakikat praktikalnya ditentukan oleh kaum Chauvinis Cina dari DAP.

PRU-13 yang lalu menonjolkan pendirian jelas orang Melayu Islam yang cenderung bersama BN kerana terbukti sama ada ketika susah atau senang, hak majoriti rakyat Malaysia yakni yang terdiri dari kalangan Melayu Islam dan Bumiputera lain tetap terjamin sementara hak kaum lain juga tidak tergugat selagi mana mereka menghormati penduduk majoriti negara ini.

MB Selangor: Anwar Tersepit Dengan Propaganda Sendiri


Secara rasminya pada tanggal 14 Mei 2013, Abdul Khalid Ibrahim yang mendapat sokongan penuh dari Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Selangor sekali gus melengkapkan senarai tiga buah negeri dikuasai PR selesai upacara angkat sumpah untuk jawatan MB dan KM.

Selain mengekalkan penguasaan di Selangor, PR yang merupakan pakatan tidak rasmi tiga parti pembangkang utama melibatkan DAP, PKR dan PAS juga menguasai kembali Pulau Pinang dan Kelantan serta turut meraih pencapaian lebih baik di Johor, Terengganu dan Sarawak.

Pakatan pembangkang itu turut mencatat prestasi lebih baik di peringkat Parlimen apabila menawan 89 kerusi Parlimen berbanding hanya 82 sahaja pada PRU-12 2008 yang lalu.

Untuk rekod, Kerajaan PAS Kelantan selesai mengangkat sumpah untuk jawatan MB dan EXCO pada 6 Mei sementara Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng selesai upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri Pulau Pinanguntuk penggal kedua pada keesokan harinya.

Namun disebalik kejayaan itu, ramai rakyat Malaysia khususnya penduduk Selangor tertanya-tanya apa pula perlunya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan gerombolan pemimpin PR sibuk menjelajah seluruh negara menghasut penyokong pakatan pembangkang supaya menolak keputusan PRU-13 kononnya kerana wujud unsur penipuan oleh SPR.

Antara propaganda yang dimainkan ialah wujud pengundian melibatkan warga asing, blackout semasa pengiraan undi, dakwat kekal yang mudah luntur, ketidakadilan SPR serta pelbagai lagi tohmahan yang semuanya menjurus kepada penolakan mereka terhadap keputusan PRU-13.

Menolak keputusan PRU-13 atas apa sahaja tohmahan yang dilemparkan, ia sama seperti tidak mengiktiraf ketelusan dan keadilan perjalanan pilihan raya yang dikendalikan oleh SPR.

Peliknya, dalam beriya-iya mereka menuduh itu ini terhadap SPR di masa yang sama mereka meraikan pula kejayaan mereka mengekalkan penguasaan di tiga buah negeri serta berbangga dengan kejayaan meraih 89 kerusi Parlimen sambil menyebarkan pula propaganda bahawa BN telah ditolak oleh rakyat Malaysia.

Walhal, jika tohmahan Anwar dan pemimpin PR yang lain dijadikan sandaran, bukankah itu bermakna perlantikan Khalid sebagai MB Selangor untuk penggal kedua sama seperti satu pengiktirafan terhadap penipuan dan ketidaktelusan yang dikatakan wujud dalam PRU-13.

Ini juga bermaksud Kerajaan PAS Kelantan dan Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah kerajaan haram kerana ditegakkan hasil dari penipuan kerana yang mengumumkan kemenangan mereka ialah SPR selaku badan rasmi pengendali pilihan raya di seluruh negara,bukan begitu?

Di lihat dari pelbagai sudut sekali pun, jelas tohmahan yang dilemparkan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya berhubung PRU-13 langsung tak berasas.

Sekarang Anwar tersepit bila mana propaganda yang dimainkannya tidak selaras dengan realiti semasa di mana PR turut meraih keuntungan hasil dari proses pilihan raya kendalian SPR.

Jika Anwar benar yakin wujud penipuan, ketidak adilan atau berlakunya penyelewengan dalam keputusan PRU-13, patutnya sedari awal lagi Ketua Umum PKR itu menghalang Kerajaan Negeri yang dikuasai PR dari mengangkat sumpah.

Cina Mahu Kuasa Politik, PAS Mahu Apa?


Kaum Cina di Malaysia tentulah kaum yang paling sensitif sekali.  Kerana itu, apabila Utusan Malaysia hanya bertanya, Apa lagi yang Cina mahu?, maka dengan pantas akhbar tersebut dituduh rasis.   Sama juga jika ada sesiapa yang mengingatkan mereka tentang tanah asal mereka, maka dengan pantas juga orang itu akan dicop rasis.  

Sudah menjadi tabiat kaum Cina negara ini untuk membuat bising, menjerit-jerit memberi tekanan kepada kerajaan, menghentam pihak yang terlibat sambil meroyan sekiranya sensitiviti mereka disentuh.   Jika seseorang itu tidak pernah datang ke Malaysia, mungkin mereka akan menggambarkan orang Melayu seperti Aryan Brotherhood atau Ku Klux Klan di Amerika yang berpegang kepada ketuanan kulit putih serta bertindak kejam ke atas kulit hitam, jika dilihat dari meroyan kaum Cina itu.  

Walhal, hakikatnya asal-usul dan sejarah Melayu tidak pernah menyaksikan kaum ini berlaku kejam melainkan amok iaitu satu tindakan yang terasing oleh individu. 

Tetapi sejarah Cina itulah yang penuh dengan kekejaman, sejak dari pemerintahan DiRaja yang kejam dan kemudiannya komunis yang tidak berhati perut.  Sikap yang telah berakar-umbi itu dibawa oleh kaum Cina di mana saja mereka pergi dan hari ini mereka menzahirkannya melalui aktiviti-aktiviti samseng dan kongsi gelap. 

Kaum Cina di Malaysia paling pantang jika kita mencuit sekolah-sekolah vernakular kerana kata mereka itu adalah hak mereka yang ditetapkan oleh perlembagaan.  Tetapi di masa yang sama mereka begitu bebas dan biadap mempersoal hak Melayu, malah mempertikai azan dan juga huruf jawi di papantanda kerana berunsur Melayu-Islam. 

Tidak cukup dengan tiu, mereka turut mempertikai sejarah dan ingin menukarnya agar pengganas komunis dan dalang 13 Mei diangkat sebagai wira.

Pendek kata, mereka mencemuh dan menafikan serta menolak segala-galanya yang menjadikan Malaysia ini, Malaysia.  Pun begitu, tiada siapa boleh mempersoal kesetiaan mereka kepada negara walaupun pada dasarnya mereka tidak mencintai apa-apapun tentang negara ini.  

Dan hari ini, hanya kerana bertanya, apa lagi yang kamu mahu, mereka melenting menyalak-nyalak konon berlaku tidak adil kepada mereka. 

Hakikatnya, kaum Cina sedia maklum bahawa mereka sudah ada segala-galanya di Malaysia ini yang mana tidak mungkin dinikmati oleh minoriti di negara lain.  Satu perkara lagi sahaja yang belum cukup bagi mereka iaitu kuasa politik.   Kerana itulah mereka memberi undi kepada DAP, iaitu hanya setelah berjaya mengaut keuntungan dan kemewahan dari dasar dan kebijaksanaan Barisan Nasional memerintah selama ini.  

Dalam kata lain, hanya setelah mereka yakin bahawa mereka tidak lagi memerlukan BN, maka kaum Cina pun beralih kepada DAP untuk satu kuasa mutlak.  Untuk itu, mereka sanggup turun ke jalanan untuk meruntuhkan kesemuanya yang telah dibangunkan serta mengambil risiko kejatuhan ekonomi kerana percaya, ada bantuan luar yang bakal membantu mereka mempercepatkan pemulihan. 

Yang menyedihkan kita ialah kaum Melayu dari PAS turut menyalak untuk meruntuhkan kerajaan walaupun tindakan itu hanya merugikan mereka.   Mereka turut menyeringai terhadap Utusan Malaysia UMNO kerana bersikap rasis melalui pertanyaan, Apa lagi Cina mahu?   Melayu PAS ini benar-benar percaya bahawa Cina hanya mahukan ketelusan dan kecekapan kerajaan.

Tak apa jika mereka ingin percaya begitu.  Tetapi, kita ingin bertanya, apa yang PAS mahu?

Ini kerana kita hairan, kenapakah salakan PAS tidak lagi berbunyi hudud dan Negara Islam?   Apakah PAS sudah benar-benar tidak mahukan semua itu lagi?   Kenapa secara tiba-tiba masalah utama PAS pun berubah, daripada UMNO menolak Islam kepada harga barang naik?   Tiba-tiba sahaja puak-puak PAS merasa tidak cukup makan dan sengsara sehingga tidak mampu mengisi minyak kereta sedangkan mereka juga yang ingin hidup sederhana.   Islam bagi PAS sudah menjadi perkara kedua, tetapi kesengsaraan adalah masalah utama pula. 

Untuk pengetahuan Pas, harga barang adalah sama sahaja iaitu tidak berubah dan tiada kenaikan apa-apapun selepas pilihanraya.  Begitu juga dengan perjuangan DAP untuk menghapuskan Islam sebagai agama rasmi, menggunakan Kalimah Allah di dalam Injil serta menghapuskan hak-hak Melayu tidak pernah berubah.  Ia sama saja dari dahulu sehingga ke hari ini. 

Justeru, mungkin PAS perlu mengambil sedikit masa untuk berhenti menyalak dan bertenang sejenak.  Tanyalah kepada diri sendiri, apa yang aku mahu?  atau apa masalah aku sebenarnya?  Melihat dari cara PAS menyalak, sekejap hudud, sekejap tak boleh pertahan Melayu, sekejap ingin membela Melayu, sekejap Islam kemudian memecat mereka yang mempertahankan Islam dari parti, lepas itu masalah harga barang, dan bermacam-macam lagi yang tidak konsisten malah bertentangan pula sesama sendiri, kita merasa kasihan pula. 

Tentu letih berpusing-pusing berbelit-belit ke sana ke mari sehinggakan Nik Aziz pun sudah tidak begitu mampu lagi untuk berdiri.  

Namun, dalam keuzuran beliau, beliau cukup pasti apa yang beliau mahu iaitu perpecahan ummah yang berterusan  Mungkinkah ini juga yang semua orang-orang PAS mahu? 

13 Mei 2013

Boikot Akhbar: BERSIH Sekat Kebebasan Media

Ambiga Sreevenasan, Pengerusi BERSIH baru-baru ini menyeru rakyat agar memboikot akhbar-akhbar perdana iaitu New Straits Times, Utusan Malaysia, The Star dan Berita Harian selama sebulan.  Beliau juga menyeru agar rakyat memakai baju hitam sepanjang sebulan bagi menunjukkan protes terhadap keputusan PRU-13. 

Alasan Ambiga ialah keputusan PRU-13 diperolehi dengan cara tidak bersih.  Untuk itu, beliau juga mendesak agar Pengerusi SPR meletakkan jawatan. 

Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan undang-undang, Ambiga benar-benar memalukan dirinya sendiri kerana membuat tuduhan tanpa bukti.   Lebih-lebih lagi apabila beliau juga yang beria-ia, melompat terkinja-kinja mendesak sistem dakwat kekal yang ketinggalan itu.   Nasib baik SPR terus menggunakan sistem sedia ada, yang mana memastikan pengundian berjalan lancar, sementara penggunaan dakwat kekal adalah tidak lebih dari usaha untuk membuat Ambiga gembira. 

Malangnya, Ambiga masih tidak gembira walaupun tiada satu pun kes mengundi dua kali atau tidak dibenarkan mengundi akibat kelemahan dakwat kekal yang dipersoalkannya itu.  Ambiga tidak akan gembira selagi BN menang kerana BNlah yang menjadi penghalang utama kepada impiannya untuk melihat umat Islam bebas untuk murtad dan rakyat Malaysia bebas untuk mengamalkan LGBT. 

Oleh kerana tidak mampu menjadikan sistem dakwat kekal sebagai modal utama untuk menjustifikasi sebarang bantahan, maka Ambiga menuduh adanya pengundi hantu dan juga penipuan ketika kiraan undi iaitu apabila berlaku gangguan elektrik.   Tuduhan ini sudah disebarkan secara meluas dan giat di laman-laman sosial bagi membentuk persepsi yang kuat di kalangan rakyat bahawa PRU-13 tidak bersih. 

Walaubagaimanapun, Ambiga mendapati bahawa usaha untuk membentuk persepsi ini tidak semudah yang disangka apabila akhbar-akhbar perdana berjaya menepisnya dengan melaporkan kebenaran dan juga penjelasan, termasuk bukti.   Sedangkan apa yang dimomokkan Ambiga hanyalah tuduhan tanpa bukti. 

Dengan mendesak agar akhbar-akhbar ini diboikot, Ambiga sebenarnya telah mengesahkan bahawa apa yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar tersebut adalah benar dan beliaulah yang sebenarnya menipu.   Dan Ambiga tidak mahu rakyat menerima maklumat yang benar dan ingin mereka terus disogok dengan maklumat dari sebelah pihak sahaja.  

Lagipun, jika laporan akhbar-akhbar itu tidak benar, tentu Ambiga telah pun mengemukakan saman serta hujah balas.   Namun, ini tidak berlaku, Ambiga tidak mampu memberi bukti dan hujah balas atau mengambil tindakan saman ke atas akhbar jauh sekali SPR.

Sebaliknya, Ambiga hanya bermain di atas �permukaan�, membuat tuduhan rambang dan rawak bagi menyebarkan persepsi.  Ambiga tidak mampu memberitahu secara spesifik di mana berlakunya penipuan, siapa dan berapa ramai yang terlibat, tempoh dan masa tepat penipuan berlaku, mahupun bagaimana penipuan itu berlaku secara terperinci. 

Sedangkan, tanpa semua maklumat ini, bagaimana Ambiga boleh mengesahkan bahawa penipuan benar-benar berlaku? 

Bagaimana seorang peguam seperti Ambiga berbuat sesuatu yang tidak bertepatan dengan perjalanan undang-undang? 

Bagaimana seorang pejuang demokrasi seperti Ambiga menentang keputusan demokrasi?

Bagaimana seorang pejuang hak kebebasan bersuara seperti Ambiga menyeru rakyat agar memboikot, sekali gus menyekat hak kebebasan akhbar?

Jelas, hujah dan tindakan Ambiga bukanlah hujah seorang pejuang kebenaran, tetapi hujah seorang seorang yang mempunyai agenda jahat yang sengaja ingin memburukkan SPR dan kerajaan.  Ia juga bukan hujah seorang pejuang hak asasi dan kebebasan, tetapi hujah seorang hipokrit dan pengkhianat yang paling hodoh dalam sejarah kemanusiaan. 

Jika beginilah cara Ambiga menangani ketidakpuasan hatinya terhadap keputusan PRU-13, maka Ambiga wajar berhenti mendabik dada sebagai seorang pejuang apa-apa jua hak pun.  Mengaku sajalah diri itu sebagai seorang agen pertukaran rejim, dan berjuanglah atas platform yang sebenar.   Tidak perlu menyamar dan berlakon lagi, kerana segala-galanya sudah terserlah. 

10 Mei 2013

SPR Perlu Siasat Orang China Jadi Pengundi Hantu


Sedang gerombolan pemimpin dan penyokong pembangkang sibuk memperkatakan konon wujudnya rakyat Bangladesh yang diimport sebagai pengundi hantu, diam tak diam ramai rakyat negara ini turut tertanya-tanya perihal kemungkinan kewujudan pengundi hantu dari negara China.

Asas persoalan ini cukup mudah kerana ramai pengundi keturunan Cina yang keluar awal pagi di pusat-pusat pengundian pada PRU-13 baru-baru ini bukan sahaja tak dikenali penduduk tempatan malah kebanyakannya bila disoal selidik agal bertutur dengan baik dalam Bahasa Melayu.

Malah ada banyak kes menunjukkan ramai yang langsung tak boleh bertutur Bahasa Kebangsaan, seolah-olah satu frasa kata pun tak ada dalam kepala mereka. Bukankah senario ini cukup pelik bagi rakyat Malaysia?

Biasanya jarang benar rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang tidak fasih bertutur Bahasa Kebangsaan meskipun ada antaranya sejak kecil belajar di Sekolah Kebangsaan Jenis Cina, namun masing-masing tetap boleh berbicara dalam Bahasa Melayu walaupun ada yang tidak begitu fasih.

Keadaan ini menimbulkan syak wasangka berkemungkinan ada diantara pengundi keturunan Cina ini bukannya rakyat Malaysia sebaliknya di datangkan khas dari negara China seterusnya memperolehi kad pengenalan negara ini secara sindiket atau pemalsuan, kemudian didaftarkan pula sebagai pengundi.

Dua tahun lalu pihak Imigresen pernah mengumumkan terdapat lebih 90,000 warganegara China yang sudah tamat tempoh visa pelawatnya masih tinggal di negara ini termasuklah sebahagian besarnya berkecimpung dalam industri pelacuran, rumah urut, spa dan lain-lain aktiviti haram.

Tak mustahil angka itu jauh lebih besar dan ada kemungkinannya ada antara mereka yang terlibat dalam pemalsuan kad pengenalan dan menjadi pengundi. Jika perkara ini benar-benar wujud, maka ia merupakan satu ana,man kepada keseloamatan negara.

Mana mungkin masa depan negara ini dibiarkan bebas ditentukan oleh warganegara asing. Justeru itu, pihak JPN dan SPR perlu mengambil inisiatif untuk menyiasat lebih lanjut perkara ini untuk membongkar kebenaran supaya tiada lagi yang tertanya-tanya.

9 Mei 2013

Pencapaian BN dalam PRU13 lebih baik sebenarnya



Pencapaian kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najibi Razak sebenarnya lebih baik berbanding pembangkang yang kuat beretorik. Malah kemenangan BN pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) menunjukkan rakyat Malaysia yakin terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Najib telah berhadapan dengan musuh-musuh yang lebih besar daripada PRU12, pada 2008 apabila pembangkang pada masa itu mempunyai kelebihan di laman media sosial sehingga membangkitkan tsunami politik di Malaysia dan mewujudkan kejutan apabila menawan beberpa negeri.

Kemenangan BN mengekalkan pentadbiran negara serta merampas semula Kedah adalah satu pencapaian yang sangat baik, dan tidak mengalami kekalahan kerana pembangkang yang dihadapi BN, dan Najib pada 5 Mei lalu lebih tersusun dan teratur beserta perancangan rapi.

Ia dibuktikan apabila BN bukan sahaja berjaya mengekalkan Perak yang bergoyang pada 2008, tetapi sebaliknya berjaya merampas kembali kerajaan negeri Kedah dari tangan PAS yang dipimpin  Azizan Razak sebelum ini.

Umno juga telah menambah bilangan kerusi yang dimenangi mereka, walaupun BN tewas 7 kerusi kepada pembangkang apabila Umno telah meningkatkan kerusi Parlimen yang diwakilinya daripada 79 kepada 88.

Bagi kerusi DUN juga menyaksikan peningkatan kerusi Umno daripada 239 pada 2008 kepada 242 pada 2013. Dengan kekuatan pembangkang, dan pengalaman 5 tahun mereka menyusun strategi memecah belahkan pengundi, BN sebenarnya menang pilihan raya kali ini.

Nyata strategi pembangkang, terutamanya PAS dalam PR tidak berjaya mendapat sokongan pengundi Melayu yang jelak dengan sikap 'flip-flop' PAS selepas bersama Pakatan. Ia menunjukkan juga bahawa pengaruh Anwarinas dalam PAS turut terkubur bersama pemimpin-pemimpin pro Anwar yang tewas, dan menyaksikan kumpulan ulama sekali lagi mendominasi kepimpinan PAS.

BN dan Umno sebaliknya meraih populariti dalam masyarakat Melayu memandangkan keyakinan mereka terhadap usaha kerajaan selama ini, dan tidak lagi memilih PAS untuk mewakili Melayu Islam kerana suara emreka tidak akan pernah kedengaran di kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

1 Mei 2013

Salahudin Ayub: Dihalau Dari Kelantan, Terkubur Di Selatan


Di hambat keluar dari Kelantan dan terpaksa kembali ke negeri kelahiran yakni Johor yang merupakan kubu kuat UMNO dan dipertaruhkan pula untuk bertanding di Parlimen Pulai, boleh diibaratkan seperti menggali kubur sendiri.

Itulah nasib yang menimpa Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang kurang bernasib baik kali ini kerana PAS Kelantan tidak lagi memberi tempat untuknya di Parlimen Kubang Kerian berikutan tekanan pemimpin PAS tempatan.

Untuk menutup rasa malu, awal-awal lagi semenjak pertengahan 2012 Salahuddin mempropagandakan cerita konon kepulangannya ke Johor disebabkan 'misi penting' untuk membantu PR menawan kubu kuat UMNO di Selatan.

Itu katanya, tapi hakikatnya penerimaan pengundi di Kubang kerian terhadap Salahuddin sudah terlalu suram disebabkan selama dua penggal Naib presiden PAS itu menjadi wakil rakyat di sana, tiada satu pun impak positif yang membantu kehidupan khalayak.

Berbanding rakannya, dr Hatta Ramli yang berasal dari Perak tapi masih berpeluang mewakili PAS dalam PRU-13 di kerusi Parlimen Kuala Krai, itu jelas menunjukkan Salahuddin semakin tak bernilai pada kaca mata PAS Kelantan.

Rakyat Johor khususnya di Parlimen Pulai pula tidaklah sebegitu mudah untuk diperbodohkan apatah lagi untuk menerima seorang politikus sebagai wakil mereka selepas dihalau dari Kelantan.

Salahuddin yang turut bertanding serentak di DUN Nusajaya sebenarnya sudah boleh menjangkakan hayat politiknya selepas PRU-13 ini, samada terkubur di negeri selatan tanahair itu atau pun terus malap untuk selamanya.

Tak laku di Kelantan baru kini mahu berkhidmat untuk negeri sendiri, jawabnya kirim salam sajalah. Siap boleh berangan untuk menjadi Menteri Besar Johor, memang jenis muka tembok betul.