17 Jan 2014

KHALID TUNDUK KEPADA DAP TEKAN JAIS


Kemelut isu kalimah Allah membuktikan kepada rakyat pembangkang tidak boleh diharapkan untuk menjaga kedaulatan dan martabat Islam di negara ini.
Bukan sahaja parti seperti Pas yang sepatutnya memperjuangkan Islam secara jujur dan ikhlas malah pemimpin mereka bersekongkol dengam parti anti Islam, anti Melayu dan rasis seperti Dap untuk menekan dan menentang Islam.
Ketika majlis angkat sumpah jawatan menteri besar di hadapan Sultan Selangor, Khalid Ibrahim berpakaian lengkap sambil memegang tombak diraja.
Antara lain dalam sumpah terima jawatan, Khalid membuat akujanji di hadapan baginda dengan disaksikan semua pembesar negeri, pegawai tinggi kerajaan dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bahawa beliau akan mempertahankan kedudukan Islam dan tidak melakukan apa-apa perbuatan yang boleh mencemarkan agama.
Ini kerana, sultan adalah ketua agama negeri dan jika imej Islam dibiarkan tercalar, maruah sultan dan umat Islam di negeri itu juga terjejas.
Apa yang berlaku di dalam isu perampasan lebih 300 naskah Alkitab milik Bible Society of Malaysia ialah menteri besar sendiri yang menentang dan mempersalahkan Jabatan Agama Islam Selangor atas tindakan itu.
Beliau sepatutnya mempertahankan agensi kerajaan tersebut kerana ia menjalankan tugas selaras dengan fungsi yang termaktub di dalam piagam penubuhannya.
Bukan sahaja tanggungjawab JAIS menjalankann operasi membanteras penyebaran ajaran sesat yang bertentangan Islam mazhab Sunnah wal Jamaah, tetapi juga memastikan juga tidak ada campur tangan agama lain dalam urusan Islam.
Di dalam hal ini, pihak mahkamah sehingga ke peringkat mahkamah rayuan  telah memutuskan majalah Herald tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam mana-mana penerbitannya.
Malangnya pengarang Herald, Father Lawrence Andrew menunjukkan sikap angkuh dan sombong dengan mencabar ketetapan undang-undang dan mahu terus menggunakan kalimah Allah di dalam Alkitab.
Perbuatan biadapnya itu sudah tentu tidak akan diterima pihak Jais mahupun umat Islam dengan berdiam diri.
Atas prinsip itu maka pihak Jais menguatkuasakan kuasa merampas yang dibekalkan kepadanya.
Tiba-tiba Jais pula yang dipersalahkan oleh menteri besar dan mengarahkan agensi itu merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tatacara penguatkuasaan.
Peliknya pihak gereja yang keras kepala dan tidak menunjukkan hormat kepada sultan selaku ketua agama, Jais pula yang terpaksa menerima bahana.
Pujian patut diberi kepada pihak yang kini menyiasat pengarang bongkak tersebut di bawah Akta Hasutan.
Tindakan tegas hars diambil kepada mana-mana pihak yang berfikir mereka boleh melakukan apa sahaja sehingga menghina Islam dengan menyorok di belakang prinsip kebebasan.
Sebenarnya sikap tidak mempertahankan Islam yang ditunjukkan oleh Khalid adalah beliau ditekan hebat oleh Dap yang memainkan peranan sebagai dalang di dalam isu ini.
Khalid hanyalah boneka bernyawa yang tidak boleh mengambil apa-apa sebagai menteri besar tanpa arahan atau kebenaran Dap.
Dap lah yang sebenarnya berkuasa di Selangor, bukan PKR atau Pas.
Dap lah menteri besar de facto kerana semua dasar dan program mesti mendapat restu parti perkauman itu.
Menteri Besar berbangsa Melayu hanya digunakan sebagai rubber stamp untuk menghalalkan segala perancangan licik Dap yang merugikan orang Islam dan Melayu.
Pas juga berkerjasama dengan Dap untuk menekan Islam kerana tamakkan kuasa dan pangkat.
Pas juga dianggap sebagai tunggul oleh Dap kerana itu ia amnat takut sekali bersuara lebih daripada yang dibenarkan oleh bosnya.
Sekadar melepaskan batuk di tangga Pas dilihat tidak langsung mempertahankan kesucian Islam apabila diserang bertubi-tubi oleh Dap, gereja dan orang kafir.
Ia lebih sibuk menganjurkan demonstrasi anti Israel dan menyertai himpunan gulingkan kerajaan daripada benar-benar mempertahankan isu kalimah.
Melihat keadaan ini tidak sukar untuk difahami jika pembangkang berkuasa, Islam dan Melayu adakan menjadi sasaran pertama dan utama mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan