17 Jan 2014

Akhirnya DALANG Himpunan Jalanan Mengakui Demo Tak Mampu Selesai Masalah


 
Setelah menganjurkan pelbagai siri himpunan jalanan yang menyusahkan majoriti rakyat, menyukarkan penjaja kecil untuk berniaga, merosakkan harta benda awam dan sebagainya NGO Bersih akhirnya mengakui tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.
 
Menurut Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah menegaskan bahawa demonstrasi tidak akan menyelesaikan semua masalah dan kepincangan sistem pilihan raya negara.
 
"Tetapi sekarang pilihan raya seterusnya hanya akan berlangsung dalam masa lima tahun. Kita perlu bina semula momentum itu dan demonstrasi juga tidak akan menyelesaikan semua (kepincangan pilihan raya).
 
"Kita mungkin akan dapat publisiti tetapi akhirnya yang paling penting adalah apakah kesan daripada perhimpunan itu?," katanya dalam satu wawancara dengan portal pembangkang.
 
Maria turut mengatakan, dia juga bimbang dengan sambutan orang ramai yang "penat" apabila kerap turun ke jalan raya untuk berhimpun sebelum ini. Katanya, dia turut merancang agar Bersih "berundur selangkah ke belakang", untuk melihat usaha yang telah dilakukan sebelum ini.
 
Dalam erti kata mudah, setelah melakukan pelbagai kerosakan dan mewujudkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan, mereka mengakui himpunan jalanan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang ada.
 
Persoalannya ialah, sekiranya ia tidak mampu menyelesaikan masalah mengapa mereka begitu bersungguh-sungguh menganjurkan pelbagai siri himpunan? Apakah kerana sekadar untuk bersuka ria, atau sekadar memenuhi tuntutan penderma asing yang telah menyalurkan dana untuk menumbangkan kerajaan?
 
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari sebelum ini berkata, golongan terbabit telah dibiayai oleh pertubuhan luar negara yang mempunyai agenda mahukan seorang pemimpin yang mengikut telunjuk mereka menerajui Malaysia.
 
"Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri secara langsung menerima tajaan dari Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) bagi membiayai program latihan pemimpin dan ahli mereka.
"Malah, (mantan) Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dan ramai pemimpin PKR telah hadir atau dihantar menyertai kursus dan program dua badan itu di serata dunia yang mempromosi kebebasan dan keadilan ala Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada pihak media sebelum ini.
 
Paling menarik, ia turut diakui sendiri oleh NGO tersebut yang mengesahkan telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu bagi tujuan menganjurkan perhimpunan Bersih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan