6 Apr 2012

POK NIK TAK SIHAT

MB Kelantan Nik Aziz Nik Mat Ditahan Wad CCU Sejak Dua Hari Lepas
KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih dirawat di wad Unit Rawatan Jantung (CCU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dipercayai kerana komplikasi jantung sejak tengah hari Rabu.Ahli keluarga terdekat Nik Abdul Aziz memberitahu detiperubahan.com, Mursyidul Am Pas itu berada dalam keadaan stabil dan doktor memintanya untuk berehat di wad tersebut untuk sementara waktu."Beliau akan berehat dalam sehari dua lagi di hospital sebelum dibenarkan pulang."Sebelum ini beliau terlalu banyak program parti dan kerajaan negeri sejak akhir-akhir ini menyebabkan beliau amat keletihan," katanya.Hari ini, Utusan Malaysia yang memetik sumber melaporkan Nik Abdul Aziz yang berusia 81 tahun dikatakan mengadu sakit dada selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco kerajaan negeri di Kota Darulnaim pagi rabu dan dikejarkan ke hospital sebaik selesai mesyuarat.Anak Nik Abdul Aziz, Nik Abduh ketika dihubungi pula berkata, doktor tidak membenarkan ayahnya masuk ke wad biasa kerana ingin membuat ujian bagi memastikan keadaan jantung ayahnya dalam keadaan baik dan tiada komplikasi serius.http://detikperubahan.com/2012/04/06/nik-aziz-masih-di-ccu-husm/?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitterNabi Musa atau Firaun tetap mati walau setinggi mana darjat iman atau kekufuran.Semoga Allah memberi peluang Datuk Nik Aziz Nik Mat membuat satu pusingan u-turn untuk menyeru umat Islam Malaysia bersatu sebelum akhir hayatnya.Ini doa kita dan mari kita berdoa...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan