5 Apr 2012

KONPIRASI JATUHKAN NEGARA BERSAMA YAHUDI

Konspirasi Memusnahkan Masa Depan Rakyat Malaysia Dirancang oleh Proksi Yahudi?

Maka benarlah kata majoriti rakyat Malaysia, kerajaan buat, pembangkang musnahkan.Terkini, mereka cuba memusnahkan sebuah institusi maha penting yang banyak membantu mencerdikkan rakyat Malaysia iaitu Perbandanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

SB percaya sebahagian besar pemimpin dalam pembangkang hari ini terutamanya yang muda-muda itu jadi cerdik dan berakal tinggi atas asbab PTPTN juga! Jadi mahu dinafikan lagi peranan tabung milik rakyat ini? Sudah-sudahlah..

Keputusan menubuhkan PTPTN dibuat oleh Jemaah Menteri pada 18 September 1996 dan ia mula beroperasi secara sah pada 1 November 1997. Satu jangka masa yang lama diambil untuk menubuhkan sebuah entiti perbandanan ini kerana ia bakal melibatkan peruntukan langsung yang besar daripada kerajaan ketika pembangunan sektor-sektor lain juga memerlukan saiz dana yang tak kurang juga besar.

Antara asas penubuhan PTPTN adalah untuk menyokong dasar Rancangan Malaysia Ke-7 (RMK7) yang menumpukan kepada penyediaan sumber manusia yang mantap dan mencukupi bagi menampung pertumbuhan ekonomi negara khususnya ke arah mencapai status negara maju pada tahun 2020.

Kenapa PTPTN penting? Bahagian inilah yang tidak dihighlightkan oleh pembangkang. Matlamat penubuhan PTPTN adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 50% penduduk berumur 17-23 tahun memasuki pendidikan tertiari. Sejajar dengan hasrat itu, lebih banyak tempat diperlukan di IPTA, Politeknik dan IPTS untuk menampung pertambahan bilangan pelajar setiap sidang.

Melalui dasar ini, lebih ramai pelajar lepasan SPM dan STPM termasuk STAM berpeluang ke universiti dan syarat kemasukan boleh dilonggarkan berbanding dasar sebelum ini yang mementingkan keputusan cemerlang sebagai syarat utamanya. Hari ini, CGPA 2.5 pun masih layak ke universiti!

Jika dulu ibu bapa resah kerana memikirkan kos pengajian yang perlu ditanggung, dengan adanya PTPTN, mereka boleh menarik nafas lega kerana kos itu ditampung oleh pinjaman yang diberikan. Jika dulu, anak-anak mengharapkan biasiswa semata-mata (yang amat selektif), dengan adanya PTPTN, mereka boleh belajar sekuliah dengan pelajar-pelajar cemerlang yang menerima biasiswa itu! Rujuk jadual dan nota di bawah.

Jadi kenapa pembangkang mahu mansuhkan sebuah entiti yang banyak berjasa mencerdikkan rakyat negara ini? 

KELULUSAN PINJAMAN/PEMBIAYAAN SETAKAT 31 DIS 2012NOTA : Bagi mengatasi masalah peruntukan biasiswa yang terhad (JPA, MARA, Yayasan Tunku Abdul Rahman YTAR, Yayasan Petronas dan sebagainya), PTPTN telah diwujudkan dan telah memberikan sumbangan yang besar ke arah peningkatan jumlah pelajar di IPT tempatan (awam dan swasta). Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan statistik dalam jadual di atas.Dengan unjuran kemasukan pelajar ke IPTA pada sidang 1997 seramai 37,000 orang dan yang mampu disediakan biasiswa adalah sekitar 26,000 orang sementara bakinya pula dibiayai oleh PTPTN. Sekiranya kerajaan terus bergantung kepada biasiswa, jumlah yang mampu ditampung hanya 26,000 orang sahaja setahun, maka ramai pelajar tidak mendapat penajaan sekaligus menjejaskan matlamat 50% penduduk berumur 17-23 tahun meneruskan pengajian di peringkat tertiari.
Ikhsan dari gerakan13

Tiada ulasan:

Catat Ulasan