Persiapan hebat sedang dilakukan oleh pihak pembangkang
untuk mengganas dan menghuru-harakan negara dalam ‘Demonstrasi Duduk Bantah’
BERSIH 3.0 atau lebih tepat dipanggil ‘Demonstrasi Berarak Ganas’ kerana mereka
dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari
beberapa penjuru KL sebelum duduk.
Antara persiapan penting puak-puak pengkhianat dan balaci
CIA ini ialah memberi taklimat awal kepada wartawan-wartawan asing agar
bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan
penganiayaan polis terhadap mereka. Ini
penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak
mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau
apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara
lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta. Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan
berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak.
Bersih 2.0 telah membuktikan bagaimana pendemonstrasi
dilayan dengan lembut di mana mereka yang ditangkap diberi makan dan ‘tempat
berehat’ yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat.
Malah, kerana tiada keganasan polislah maka salah seorang
peserta demonstrasi BERSIH 2.0 terpaksa berlakon mati dengan kamera sedia
merakam lalu disebarkan di internet sebagai usaha memburukkan kerajaan.
Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan
memastikan keadaan menjadi benar-benar genting.
Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka
sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan
negara kerana pilihanraya semakin hampir.
Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas
itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas.
Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk
membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan
sebenarnya. Siapa yang bakal
dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui.
Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi
para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu
menyebarkannya kepada dunia. Apabila ini
berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk
campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia.
Ini adalah taktik biasa CIA di bawah pertubuhan NED yang
menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia. Buku ‘Inside the Company: CIA Diary’ yang
ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam
usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin
menguasai. Cara mereka tidak pernah
berubah iaitu mewujudkan organisasi-organisasi untuk kononnya memantau
pilihanraya negara-negara tersebut di mana di masa yang sama membangkitkan
kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan kerajaan.
Seterusnya, mereka juga meletakkan ‘warna-warna’ tertentu
seperti merah di Thailand, dan kuning di
Mlayasia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi
mewujudkan ‘volume’. Ke semua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu
tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan
keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan.
Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina
melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election
(NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat
(menyerupai Pakatan Rakyat). Mereka juga
membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade
tetapi tidak begitu berjaya. Namun
mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga
menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan
Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi.
Kita juga tahu bahawa mereka juga berada di belakang
kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain.
Kesemua ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bantuan
media. Dan tidak hairanlah BERSIH di
Malaysia ini juga berusaha memastikan media asing memainkan peranan yang sama
untuk membantu memusnahkan negara
ini.
Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai maklumat yang
terbentang di hadapan mata. Rakyat
boleh membantu kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan
menjauhkan diri dari BERSIH. Kuasa
rakyat itu benar, kerana itu gunakanlah kuasa minda kita untuk memilih yang
terbaik untuk diri, bangsa, agama dan negara.
Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mainan politik musuh-musuh Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan