12 Mac 2013

Rakyat Semenanjung Dan Sarawak Bersatu Pertahan Sabah


Insiden Keganasan Lahad Datu mencatatkan sejarah hitam dalam negara yang aman damai dan sejahtera ini.  Sejak  Mei 1969,  Malaysia tidak pernah lagi diancam keganasan sebegitu rupa.  

Walaupun Peristiwa Memali pada November 1985 dan Sauk pada Julai 2000, turut menyaksikan pertumpahan darah, kedua-duanya �berskala kecil� kerana kawasan yang terancam adalah terhad serta yang terlibat adalah rakyat senegara yang tidak pernah terlibat dalam keganasan serius sebelumnya.  Pun begitu, pihak pasukan keselamatan negara tidak pernah mengambil enteng ancaman mereka.

Oleh kerana sudah terlalu asyik dibuai keamanan, maka rakyat Malaysia, terutama generasi baru tidak tahu lagi untuk menghargainya.  Jiwa dan jati diri yang lemah menjadikan memperlihatkan bagaimana sebahagian daripada generasi ini menjadi manusia yang tidak sensitif dan warga yang tidak patriotik. 

Bagi mereka, keganasan, penderitaan adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku ke atas mereka - di bumi Malaysia.  Dalam fikiran mereka, semua itu adalah �kisah-kisah� di dalam Berita Dunia � tentang Iraq, Bosnia, Palestin, Syria atau negara-negara Afrika yang mana �terlalu jauh� dari Malaysia, dari mereka. 

Di tambah dengan hasutan pembangkang yang tidak bertanggungjawab, yang berjuang dengan cara memusnahkan negara sendiri dari segi ekonomi dan juga sosial iaitu jatidiri warganya, maka generasi baru kita semakin jauh melayang sehingga sukar untuk berpijak di bumi nyata lagi.  Justeru, kita lihat bagaimana laman-laman sosial anak-anak muda kita, lelaki dan juga wanita, yang memperlekehkan pengorbanan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.   Antara kekeliruan sama ada itu sebuah sandiwara atau tidak, anak muda ini memilih untuk bersikap tidak peduli sambil mentertawakan mereka yang terkorban.  Tidak kira apapun alasan mereka, yang pastinya, mereka sudah tidak punya semangat cintakan negara walau sekelumit pun lagi. 

Alhamdulillah, bukan semua anak muda kita begitu, hanya segelintir sahaja yang kurang matang yang termampu dihasut oleh pembangkang.   Dan insiden Lahad Datu telah mengurangkan lagi jumlah mereka yang kurang matang itu. 

Insiden ini membuka mata lebih ramai lagi rakyat Malaysia bahawa keamanan bukan sesuatu yang dinikmati secara automatik.  Pada bila-bila masa, nikmat keamanan boleh ditarik balik sekiranya kita tidak berhati-hati dan tidak bersyukur. 

Bagi rakyat Malaysia yang sudah terlalu asyik dibuai keselesaan dan keamanan, pastinya sukar untuk membayangkan keganasan yang dilakukan oleh puak Sulu.  Namun, sudah sampai masanya kita memahami bahawa bukan semua yang dianggap �serumpun� itu seperti kita.  Mereka yang dilahir dan dibesarkan dalam suasana gasar, tidak berpeluang mendapat pendidikan sempurna dan terbiasa melihat keganasan, tidak akan berfikiran seperti kita. 

Kemampuan kita untuk berfikir panjang dan memahami akibat perbuatan yang salah adalah kerana kita dilimpahkan nikmat pendidikan dan keamanan yang tidak mampu dinikmati oleh mereka yang bukan warganegara ini. 

Oleh itu, insiden Lahad Datu bukan sahaja satu pengajaran dan peringatan, tetapi ia telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia mampu bersatu tanpa syarat.   Biarpun Sabah dan Sarawak sering dianggap terasing dan gemar mengasingkan diri dari Semenanjung, tetapi itu tidak bermakna kita tidak menyayangi sesama sendiri. 

Buktinya, anggota-anggota keselamatan dari Semenanjung bergadai nyawa mempertahankan Sabah, begitu juga anggota dari Sarawak.  Akibatnya, 6 anggota dari Semenanjung, 1 dari Sabah dan 1 dari Sarawak telah pun terkorban, dengan beberapa orang dari mereka telah terlebih dahulu disiksa dengan kejam oleh pengganas.
1. Sarjan Sabarudin Daud, 46, dari Kem Ulu Kinta, Perak
2. Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29,dari Kem Ulu Kinta, Perak
3. Supritendan Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman

4. Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran, 27, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau

5. Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, dari Batalion 14 Pasukan Gerakan Am, Tawau

6. Koperal Salam Togiran, 42, dari Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.

7. Asisten Supritendan Michael Padel, 36, Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna

8. Sarjan Baharin Hamid, 49, dari Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Sabah.

Perasaan sayu dan tidak sampai hati mendengar bagaimana pengganas-pengganas menyembelih, memotong tangan dan mencungkil mata anggota keselamatan kita kini bertukar menjadi marah yang amat sangat.  Sedar tidak sedar, kesayuan dan kemarahan itulah yang membentuk semangat patriotik serta keinsafan di dalam diri masing-masing, termasuk yang selama ini musykil dengan tindakan kerajaan.

Rakyat Malaysia kini bangkit menyatakan cinta mereka pada negara dan hormat mereka kepada pasukan keselamatan dan pertahanan kita.  Kita semua sepakat bahawa Sabah adalah milik kita, milik Malaysia. 

Kita tidak akan membiarkan saudara-saudara kita di Sabah diperintah oleh masyarakat pengganas yang tidak bertamadun.  Kita tidak akan biarkan saudara-saudara Islam kita di sana terpesong dengan ajaran Islam yang bercampur baur dengan ilmu hitam yang diamalkan oleh kepimpinan pengganas Sulu.   Kerana kita pasti, setiap rakyat Sabah cukup maklum bahawa negeri itu tidak mungkin semakmur hari ini, dan hidup mereka tidak mungkin sejahtera seperti hari ini, jika tidak berada di bawah Malaysia.  

Hari ini, pengganas Sulu cuba merampas semua nikmat ini dari mereka, untuk apa?  Sekadar untuk membuat huru-hara atas jumlah bayaran tertentu oleh pihak tertentu � untung nasib, menjadi Raja, biarpun tidak mampu memerintah.

Justeru, jangan kita sesalkan wira-wira kita yang pergi.  Mereka bukannya pergi sia-sia, tetapi pergi dengan memberi pengajaran agar kita tidak kufur dengan nikmat kemakmuran, mereka pergi sebagai peringatan bahawa keamanan itu bukan �hak semulajadi� rakyat Malaysia, mereka pergi dengan menyemai semangat sayangkan negara, mereka pergi dengan seruan agar kita semua bersatu. 

Merekalah wira dan pengorbanan mereka wajib dibalas dengan terus memastikan bahawa Sabah kekal menjadi milik kita! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan