30 Jan 2014

Anwar Pemimpin Dunia, Tapi Jepun Reject Tak Bagi Masuk


 
Lawak!!! Ingat hanya seorang dua yang perasan, rupanya ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam  yang menyifatkan 'Bapa Sandiwara Negara'Anwar Ibrahim sebagai 'Pemimpin Bertaraf Dunia'.
 
Menurut Azmin, Ketua Pembangkang itu di perlukan oleh banyak negara di dunia terutamanya di Timur Tengah.
 
"Saya sudah kenal lama Anwar. Sudah lebih 30 tahun, dia seorang pemimpin bertaraf dunia dan akan menjadi wakil rakyat penduduk di Kajang. Dia (Anwar) bukan diperlukan di Malaysia sahaja, tetapi dia pemimpin dunia.. negara Islam di Timur Tengah pun memerlukan Anwar.
 
"Jadi orang Kajang harus bersyukur kerana pemimpin dunia turun sini berjuang," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Taklimat Jentera Pilihan Raya PRK N25 Kajang di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat semalam.
 
Ada yang mengatakan, kenyataan Azmin itu agak keterlaluan kerana cuba membodek Anwar dengan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya. Namun ramai juga yang beranggapan kenyataan tersebut lebih bersifat untuk menyindir atau dalam bahasa mudah 'pukul dalam senyap'.
 
Ini kerana Azmin yakin dan sedar, kenyataannya itu akan menyebabkan semakin ramai yang akan mentertawakan Anwar sekali gus menyebabkan imej dan maruah Ketua Umum PKR itu semakin tercalar.
 
Masakan tidak, pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang kerana pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.
 
Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.
 
Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, yang gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.
 
Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.
 
Kesimpulannya, tindakan Azmin mengatakan Anwar adalah pemimpin dunia bukanlah untuk memuji jauh sekali untuk membodek, tapi merupakan serangan hendap bagi mengajarnya.
 
Ini kerana, tindakan Anwar untuk bertanding di Dun Kajang hanya bertujuan untuk membunuh peluang Azmin yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut. Malah kehadiran Anwar di Selangor juga bakal menyebabkan Azmin hilang pengaruh sekali gus mengelakkannya menggunakan pimpinan PKR negeri untuk mengugut Anwar seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
 
Ertinya Azmin sedar, Anwar cuba membunuh 2 ekor burung, dengan menggunakan satu batu. Selain membunuh Khalid yang dilihat tidak cekap, Anwar sudah pasti akan mampu menghalang atau paling tidak mengurangkan pengaruh politik Azmin yang suatu ketika dahulu pernah dilihat sebagai 'anak emas' atau bakal pengganti kepada Anwar.


--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

ANWAR KORBANKAN ANAK MUDA KERANA TAMAK KUASA


Keputusan Anwar Ibrahim memaksa Menteri Besar Selangor mencalonkan dirinya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang adalah satu harakiri politik baginya.
Ini kerana keputusan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi tersebut hanya lapan bulan memenangi dibuat atas kepentingan Anwar bukannya rakyat.
Banyak spekulasi bertiup kencang bahawa ketua pembangkang parlimen itu akan dilantik sebagai menteri besar Selangor baru menggantikan Khalid Ibrahim.
Mungkin Anwar, Azmin dan penyokong-penyokong PKR jahil tentang politik atau kaedah pelantikan seorang menteri besar.
Mereka fikir begitu mudah sekali Khalid diturunkan hanya kerana beliau berlaga angin dengan kroni kesayangan Anwar, Azmin.
Kuasa menyetujui calon dan perlantikan seorang menteri besar terletak sepenuhnya di tangan sultan.
Mungkin Anwar lupa episod calon-calon menteri besar yang ditolak suktan dan raja di Terengganu dan Perlis semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Seorang perdana menteri sekali pun tidak boleh mencampuri apatah lagi mengekang kuasa sultan dalam isu perlantikan menteri besar inikan pula Anwar yang inga dirinya mengatasi sultan dan perlembagaan.
Kedua, Anwar sememangnya tidak layak dipertimbangkan sebagai calon menteri besar yang baru kerana undang-undang tubuh negeri mensyaratkan penjawat mestilah anak jati kelahiran Selangor manakala ahli parlimen Permatang Puah itu anak kelahiran Cherok To'Kun.
Sekutu pakatan pembangkang sudahpun melahirkan rasa tidak puas hati secara tiba-tiba mereka kekurangan satu kerusi DUN di Selangor.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi menyelar tindakan PKR itu sebagai berkepentingan diri, membuang masa dan membazir.
Malah Nasrudin menyindir sinis sambil mengatakan pilihan raya tersebut adalah ciptaan Anwar sendiri dan bukannya bagi kepentingan pembangkang.
Jika pilihan raya kecil diadakan, kemungkinan besar jentera pilihan raya Pas dan Dap tidak akan menunjukkan kesungguhan untuk membantu Anwar melihatkan ia adalah lebih kepada permainan politik beliau.
Sudah tentu apa yang dilakukan Anwar adalah bersifat unilateral dan mengambil keputusan tanpa dahulu berbincang dengan Pas dan Dap di Selangor.
Tindakan Anwar tersebut boleh dianggap sebagai keputusan untuk menyelamatkan karier politiknya yang semakin pudar dan ditolak oleh pakatan pembangkang.
Masih ingatkah kata-kata Karpal Singh bahawa Anwar adalah liabiliti paling besar kepada pembangkang dan beliau seharusnya bertaubat atas segala dosa-dosa seks liwat yang dilakukannya?
Anwar hanya mementingkan diri sendiri kerana beliau telah melanggar piagam PKR dan pembangkang untuk mengangkat suara orang muda di dalam parti.
Apa yang terjadi, beliau sanggup korbankan seorang ahli politik Cina yang muda dan pertama kali menjadi YB demi kerakusan untuk menggaut lebih banyak kuasa.
Di mana letakkannya pendirian PKR yang selama ini mengeksploitasi golongan muda untuk tujuan politik parti itu dan dengan mudah golongan ini diketepikan untuk menjaga kepentingan pemimpin atasan.
Angkatan Muda Keadilan mesti mengkaji semula kedudukan mereka di dalam PKR dan usah biarkan mereka diperkotak-katikkan demi kepentingan seorang individu.
Sanggupkah AMK menelan kepahitan melihat wakil mereka ditolak begitu sahaja untuk kepentingan seorang tua berumur 67 tahun?
Rakyat Selangor juga telah terhina dengan tindakan Anwar tersebut.
Ini kerana sebagai sebuah negeri paling kaya, termaju dengan beratus-ratus institusi pengajian tinggi, akhirnya terpaksa mengambil calon import dari Permatang Pauh untuk bertanding mewakili Kajang.
Bukankah ini satu tindakan yang paling menghinakan walhal di kalangan PKR Selangor terdapat ramai calon yang lebih layak dan lebih bijak daripada Anwar sendiri.
Inilah yang dinamakan tamak kuasa yang tidak ada hadnya.
Sudah menjadi ahli parlimen, kemudian dilantik ketua pembangkang, lepas itu memegang jawatan penasihat ekonomi pula dan kini kemaruk hendak menjadi ADUN pula.
Anwar sebenarnya individu yang amat kecewa kerana kempunankan jawatan perdana menteri yang tidak kesampaian.
Begitulah nasib seorang yang terlalu 'frust' seolah-olah hilang arah dan panduan dalam 'political widerness' yang diciptanya sendiri.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

29 Jan 2014

Siapa Ketua Pembangkang di Parlimen Jika Anwar MB Selangor? 


Pakatan Rakyat sebelum ini melantik Datin Seri Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen 'sementara' menunggu Anwar Ibrahim layak bertanding.  Perkara ini dipersetujui secara nyata oleh kesemua pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP. 
 
Strategi ini telah berjaya dan Anwar kini menjadi Ketua Pembangkang Malaysia iaitu lawan yang 'setara' bagi jawatan Perdana Menteri. 
 
Bagaimanapun, pengumuman perletakan jawatan ADUN Kajang secara tiba-tiba dan tanpa sebab pada Isnin lalu telah mengubah segala-galanya.  Tindakan tersebut memaksa PRK diadakan dalam masa terdekat. 
 
Apa yang mengejutkan ialah, Anwar dikatakan bakal bertanding di situ bagi memberi laluan kepada beliau untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor yang kini sedang panas akibat pertelagahan antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali.  Sekiranya ini benar, ia mungkin bermakna yang Anwar akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang. 
 
Walaupun ia dikira tindakan 'turun pangkat' bagi Anwar, namun pada hakikatnya, jawatan Menteri Besar Selangor adalah lebih 'berkuasa' lagi dari jawatan Ketua Pembangkang berdasarkan kedudukan Selangor sebagai negeri paling kaya di Malaysia.  Adalah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang berkuasa di Selangor akan sekali gus mempunyai akses kepada jumlah wang yang banyak dan mampu memberi tekanan hebat kepada kerajaan pusat. 
 
Antara teori lain untuk menjelaskan keputusan Anwar bertanding di PRK Kajang ialah bahawa sekiranya Anwar menang, maka cadangan melantik Anwar sebagai Menteri Besar bakal meletakkan pihak istana dalam keadaan yang sukar.  Dari situ, PR dikhuatiri akan mengambil kesempatan mencipta isu yang lebih besar terhadap Institusi Raja-raja. 
 
Teori-teori ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehingga keputusan PRK diumumkan. 
 
Antara persoalan lain dalam memperkatakan PRK Kajang ini ialah, jika Anwar melepaskan jawatan Ketua Pembangkang, siapakah yang akan menggantikannya?
 
Calon yang dikatakan 'logik' adalah Lim Kit Siang, Hadi Awang dan juga Azmin Ali.   Malangnya, mengikut pandangan umum, tiada seorang pun dari mereka ini dilihat mampu mewakili keseluruhan Pakatan Rakyat, jauh sekali keseluruhan rakyat. 
 
Lim Kit Siang yang terkenal dengan sifat rasis lagi angkuh hanya mampu mewakili kaum Cina.  Ucapan-ucapan beliau yang konon mengajak kepada perpaduan dan di waktu yang sama menuduh UMNO rasis adalah tidak konsisten dengan tindakan partinya yang secara terang-terangan menindas orang-orang Melayu dan India.  Pendirian DAP yang pro-Kristian juga tidak memberi apa-apa kelebihan kepada Kit Siang. 
 
Kesungguhan Kit Siang membangkitkan isu 13 Mei akhir-akhir ini juga telah meningkatkan rasa curiga rakyat terhadapnya.  Ini, ditambah lagi dengan hakikat beliau adalah pencetus kepada peristiwa berdarah itu.  Atas dasar ini, Kit Siang tidak mungkin boleh dipertimbangkan bagi jawatan Ketua Pembangkang.   
 
Di masa yang sama, kita juga tidak mampu membayangkan Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang.  Hadi Awang tidak berkarisma serta terlalu lemah sehingga tidak mampu mempertahankan pendirian PAS yang sering bertentangan dengan sekutu-sekutunya.  Kita juga difahamkan bahawa Hadi tidak mampu menerajui mesyuarat dalaman PAS sekali pun, dan hanya mengharapkan Setiausaha Agung menjalankan tugas bagi pihaknya.
 
Orang-orang PAS sendiri khuatir sekiranya Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang, maka beliau hanya akan bersuara mengikut rentak Kit Siang yang lebih agresif dan dominan.  Justeru, walaupun PAS ingin melantik Ketua Pembangkang dari parti itu, tetapi Hadi Awang bukanlah calon yang terbaik. Tanpa kepercayaan dari ahli parti sendiri, terbuktilah bahawa Hadi tidak layak untuk memimpin apatah lagi menjadi Ketua Pembangkang Malaysia. 
 
Azmin Ali pula mempunyai terlalu banyak skandal.  Beliau yang terkenal sebagai suami dayus hanya akan menyambung gambaran kotor yang terpahat di dahi Ketua Pembangkang terdahulu.  Secara dasarnya, Azmin mungkin boleh bergerak sebagai bayang-bayang Anwar, namun, ini juga akan bermakna beliau tidak akan mampu menjadi Ketua Pembangkang yang berkesan. 
 
Walaupun Azmin membawa pendekatan terbuka dan liberal, tetapi itu tidak bermakna DAP menyokongnya seratus peratus.  Apa yang kita tahu, Azmin sering dicurigai oleh DAP atas dasar beliau seorang Melayu dan merupakan anak didik manusia yang sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa. 
 
Kesimpulannya, ketiga-tiga calon yang disebut sebagai bakal Ketua Pembangkang yang baru ini tidak dapat mewakili ketiga-tiga parti dalam PR.  Masing-masing membawa haluan dan agenda masing-masing dan berkemungkinan besar tidak mampu menghadapi dilemma antara pendirian parti sendiri dengan pendirian Pakatan Rakyat.  Kesemuanya tidak mungkin akan mendapat penghormatan yang sewajarnya dari rakan sekutu masing-masing walaupun berjawatan Ketua Pembangkang. 
 
Hakikatnya, biarpun Anwar juga tidak dihormati oleh parti-parti sekutu, tetapi Anwar tetap merupakan tali pengikat ketiga-tiga parti. Tanpa Anwar sebagai Ketua Pembangkang, pakatan rakyat akan mendapati amat sukar untuk bersatu. 
 
Berdasarkan hakikat ini, kita semakin meragui niat sebenar PKR untuk mengadakan PRK Kajang dan apakah benar Anwar akan bertanding.   Mungkinkah Anwar akan melakukan kejutan di saat-saat akhir? 
 
Apapun, yang pasti, politik Anwar adalah politik pentingkan diri dan apa saja keputusannya nanti adalah untuk dirinya - bukan untuk rakyat, bukan untuk parti dan tentu sekali bukan untuk negara ini.   Anwar adalah seorang yang gila kuasa.  Beliau sanggup memegang seberapa banyak jawatan yang boleh kerana beliau tahu bahawa beliau tidak perlu bekerja.  Permatang Pauh, Kajang, Selangor, PKR, PR dan Malaysia – kalau boleh semua ingin diterajuinya.  Bukannya susah, hanya perlu menabur janji sahaja….

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Tiga Kali Rakyat diTipu Anwar Melalui PRK


Pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati dan pada bila-bila masa.  Pilihanraya adalah simbol 'kepercayaan rakyat', 'integriti' dan 'keadilan'. 
 
Justeru, sesebuah pilihanraya memakan kos yang begitu tinggi untuk memastikan perjalanannya lancar dan tepat.  Bagi sesebuah pilihanraya kecil juga, SPR dan PDRM memerlukan jumlah jutaan ringgit.   Contohnya, bagi PRK Kuala Besut yang lalu, perbelanjaan dari SPR sahaja memakan jumlah RM750,000 dan PDRM pula sebanyak RM10.4 juta.  Jumlah ini sudah cukup untuk menunjukkan yang ia bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan. 
 
Berdasarkan hakikat ini, seseorang wakil rakyat tidak boleh berundur diri dan meletak jawtan sesuka hati, tanpa sebab musabab yang konkrit walaupun atas nama kepentingan parti. Ini kerana tugas utama seorang wakil rakyat adalah untuk mewakili rakyat, bukan parti. 
 
Bagaimanapun, pembangkang nampaknya tidak mampu memahami perkara ini.  Bagi pembangkang, tugas wakil rakyat adalah untuk memastikan kemenangan parti atau kepentingan pemimpin tertentu semata-mata. Manakala, berkhidmat kepada rakyat merupakan tugas tetap kerajaan pusat atau wakil rakyat Barisan Nasional. 
 
Justeru itu, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim langsung tidak merasa bersalah mempermainkan rakyat dengan 'menukar' wakil rakyat dari partinya sesuka hati beberapa kali demi keuntungan politik kepada partinya, atau lebih tepat, dirinya. 
 
Perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh baru-baru ini, bukanlah kes pertama di mana seorang wakil rakyat PKR perlu berkorban bagi memenuhi serakah Ketua Pembangkang. 
 
Sebelum ini, perkara yang sama berlaku di Penanti di mana bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Muhammad Fairus Khairuddin telah dikaitkan dengan skandal rasuah seubah kuari dan terpaksa meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Bekas Setiausaha Politik Anwar, iaitu Dr. Mansor Othman mengambil-alih jawatannya. 
 
Dalam isu Penanti, Anwar dilaporkan berulang kali menafikan yang Fairus akan meletak jawatan sehinggalah ke saat akhir.  Fairus, dalam kenyataan mengenai perletakan jawatannya kepada Nanyang Siang Pau, mengesahkan andaian 'ada yang tidak kena' dengan pertuduhan rasuah ke atasnya.  Malah, beliau memberi tempoh dua minggu kepada PKR untuk membersihkan namanya serta mengugut akan mendedahkan skandal kerajaan negeri dan PKR. 
 
Nama beliau kemudiannya dibersihkan, namun jawatan beliau juga telah digantikan oleh Dr. Mansor melalui PRK Penanti, sepertimana yang dirancang oleh kepimpinan PKR. 
 
Dalam Pilihanraya 2008, Anwar menyuruh Wan Azizah meletak jawatan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada dirinya.   Ia dilihat berpunca dari ketidakyakinan Anwar untuk bertanding di kawasan lain lalu memilih kawasan paling selamat bagi memastikan kesinambungan hayat politiknya.  
 
Nampaknya, Anwar menyifatkan pilihanraya sebagai padang permainan dengan beliau perlu terus menjadi pemenang.  Anwar tidak melihat pilihan rakyat sebagai sesuatu yang serius.  Dalam fikiran Anwar, rakyat bukan memilih  calon, tetapi memilih dirinya dan partinya.  Oleh itu, beliau boleh bertanding di mana-mana saja dan menyuruh mana-mana calon meletak jawatan bila-bila masa, bagi menjayakan agendanya. 
 
Ini membuktikan bahawa Anwar bukan sahaja tidak menghormati rakyat, tetapi juga tidak menghormati pemimpin PKR termasuk Presiden parti yang juga isterinya sendiri.   Keadilan, integriti dan kepercayaan rakyat adalah sesuatu yang tidak ada kena mengena dalam perjuangannya.  Bagi Anwar, pembaziran yang berlaku bagi memenuhi agendanya bukanlah isu, walaupun beliau sering menghentam kerajaan atas tuduhan membazir. 
 
Pengundi Kajang wajar mengambil pengajaran dari siri PRK ciptaan Anwar ini.  Jika Anwar mampu mempermainkan kepercayaan dan membazir wang rakyat untuk mengadakan PRK yang tidak perlu, maka apakah Anwar seorang pemimpin yang baik?   Pemimpin jenis apa yang mengadakan pilihanraya 'sesuka-hati-mak-bapaknya'? 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

23 Jan 2014

Gempar!!!! PKR Bersetuju Lucutkan Jawatan Khalid Sebagai MB Selangor

 
Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin 'hilang arah', Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.
 
Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang, keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam. Laporan muka depan, akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.
 
Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid. Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.
 
Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.
 
Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor, penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.
 
Tidak ketinggalan isu pemecatan  Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina.
 
Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu, MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas. Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan. Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.
 
Menurut sumber juga, kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14.

Kenapa Erdogan Tidak Jumpa Anwar Ketika di Malaysia?

 
Pada10 Januari lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah mengadakan lawatan dua hari ke negara ini dalam rangka lawatannya ke negara-negara Asia.  Dalam lawatan tersebut, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib, dan sempat menunaikan solat Jumaat bersama.
 
Kunjungan tersebut secara kebetulannya bersamaan dengan ulangtahun hubungan Malaysia-Turki yang ke-50.   Antara jadual lawatannya, Erdogan telah menerima anugerah doktor kehormat dari UIA dan juga menyampaikan ceramah bertajuk 'Transforming Asia Pacific and Turkey' dalam siri ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Transformasi.  Dalam ceramahnya, Erdogan sempat memuji Dato' Seri Najib dan menyatakan keyakinannya yang Malaysia akan berjaya mencapai wawasan 2020 dan akan terus maju ke hadapan. 
 
Beliau kemudiannya dijemput makan malam di Seri Perdana bersama Perdana Menteri dan isteri. 
 
Di Malaysia, nama Erdogan cukup sinonim dengan Anwar Ibrahim.   Betapa 'kuatnya' hubungan kedua-dua pemimpin ini sehinggakan orang Anwar di dalam PAS, digelar kumpulan Erdogan. 
 
Hubungan Anwar dengan Erdogan boleh dikatakan melepasi tahap hubungan biasa antara dua pemimpin dari dua negara.  Mereka dikatakan sahabat yang akrab yang berkongsi pemikiran yang sama.
 
Bagi mengukuhkan pandangan ini, pada 5 Februari 2012, Terence Netto menulis di Malaysiakini dan disiarkan semula di blog Anwar Ibrahim sendiri, bahawa kedua-dua Anwar dan Erdogan mempunyai ideologi yang sama dan akan cuba untuk berjumpa sekerap yang boleh apabila saja berpeluang. 
 
Menurutnya, apabila Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat pada 9 Januari 2012, Anwar terus 'terbang' ke Istanbul melalui Bombay dan bertemu Erdogan sebanyak dua okali dalam masa empat minggu.  Menurut Netto lagi, Anwar dan Wan Azizah dikatakan telah bertemu Erdogan di Istana Dolmabache dan secara langsung mendesak pemimpin Turki itu untuk terus menyokong 'Arab Spring'.  
 
Dalam lawatan yang sama juga, Anwar dijemput memberikan ucapan bertajuk 'Democracy and Islam' di mana Anwar memuji kepimpinan Erdogan sebagai ke hadapan dari segi demokrasi berbanding negara Islam lain. 
 
Tidak lama dahulu, sebuah media antarabangsa, Radiance Viewsweekly telah menyiarkan pendapat seorang pembaca dari luar negara yang menggambarkan Anwar dan Erdogan sebagai 'pemimpin demokrasi baru' yang mempunyai visi dan tanggungjawab serta komited dalam memperjuangkan kebebasan beragama dan pluralisasi politik dan sosial. 
 
Jelas, hubungan rapat Anwar dan Erdogan telah menjadi pengetahuan umum di seluruh dunia.  Kedua-duanya saling puji memuji dan sanjung menyanjung. 
 
Oleh itu, amatlah mengejutkan sekali apabila Perdana Menteri Turki itu berlepas pulang ke Ankara pada 12 Januari dari Kuala Lumpur tanpa bertemu dengan Anwar Ibrahim.  Jika mereka sering mencari masa untuk bertemu ketika Anwar di Turki, kenapa mereka tidak turut mencari masa untuk bertemu bila Erdogan berada di sini? 
 
Khabar menyatakan bahawa persahabatan Anwar dengan Erdogan sudah tidak lagi seperti dahulu.   Adalah dikatakan juga bahawa Erdogan mula merasa sangsi dengan kejujuran dan agenda Anwar yang sebenar.  Malah, Erdogan mungkin merasa sedikit 'bimbang' dengan pemimpin pembangkang Malaysia itu. 
 
Kebimbangan Erdogan boleh jadi berasaskan laporan-laporan antarabangsa dan risikannya sendiri.   Namun, kita mengesyaki bahawa sebagai sahabat yang selalu menghabiskan masa bersama, tidak mustahil kebimbangan Erdgoan terhadap Anwar itu adalah berasaskan sesuatu yang lebih lagi.
 
Rekod Anwar selama ini menunjukkan trend yang sama di mana rakan-rakan rapatnya akan mula menjauhkan diri setelah beberapa lama.  Ada yang mengambil masa yang pendek dan ada yang mengambil masa yang cukup lama untuk meninggalkan Anwar, tetapi apa yang pasti, mereka tetap akan meninggalkannya. 
 
Mereka yang terus setia dan bersama Anwar selamanya hanyalah keluarganya sendiri selain mereka-mereka yang berada di luar lingkungan sahabat rapatnya serta penyokong-penyokongnya yang hanya mengenalinya dari jauh. 
 
Justeru, kita tidak hairan sekiranya Erdogan juga mula menjauhkan diri dari Anwar.  
 
Kini terbukti sudah bahawa Anwar tidak lagi relevan di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Dengan perkembangan terbaru di mana Jepun juga telah tidak menerima kunjungan Anwar ke negara itu atas alasan teknikal, maka terbuktilsh bahawa Anwar bukanlah manusia hebat yang mampu mengatasi undang-undang setiap masa.  
 
Nampaknya, sudah sampai masanya Anwar perlu memikirkan secara serius tentang janjinya untuk bersara selepas PRU-13. 
 

ANWAR PERASAN PEMIMPIN HEBAT DIMALUKAN JEPU

Aku
Penyokong pembangkang beriya-iya benar hendak memalukan perdana menteri dan kerajaan dengan mempermain-mainkan isu kenaikan harga sayuran termasuk kangkung tetapi kini pemimpin utama mereka pula yang dimalukan di mata dunia.
Ahad lalu, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dihalang daripada memasuki Jepun setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo oleh pihak imigresen negara itu.
Menurut Anwar tujuan beliau ke Jepun adalah bagi memenuhi jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa dan juga untuk membentangkan satu kerja kerja.
Kerajaan Jepun menjelaskan tindakan jabatan imigresen negara itu berhubungkait dengan hukuman jenayah liwat terhadap bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1999.
Sebenarnya sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat, Jepun tidak perlu pun memberi sebarang sebab musabab atas tindakannya.
Tetapi Anwar memikirkan sebagai ketua pembangkang dan juga penasihat ekonomi negeri Selangor bergaji RM1, beliau merasakan begitu hebat, amat popular dan seluruh dunia menyanjunginya.
Mungkin juga ini benar tetapi ada juga pihak yang tahu tembelang pemimpin ketagih seks dwi-alam ini dan mereka tidak sesekali akan tunduk kepada kerenah pemimpin yang berfantasi besar untuk menjadi perdana menteri ini.
Yang pelik lagi ganjil, kerajaan Jepun yang tidak mahu bagi masuk Anwar, kerajaan Malaysia pula yang dipersalahkan kononnya ada tangan ghaib yang mempengaruhi dari negara ini ke atas negara matahari terbit itu.
Wah! begitu hebat dan berkuasa sekali kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga boleh arah atau 'dictate' kepada kerajaan Jepun untuk mengikut kehendaknya!
Tapi hakikatnya setiap negara mempunyai undang-undang imigresen mereka tersendiri yang menentukan siapa yang boleh masuk dan siapa pula yang tidak boleh.
Pada pandangan Jepun Anwar adalah seorang individu yang tidak dihendaki oleh Jepun untuk memijak bumi negara itu.
Mengapa Anwar menjadi 'undesirable element' kepada Jepun hanya kerajaan negara itu sahaja yang arif.
Namun mungkin satu dua perkara yang dilakukan oleh Anwar dan pakatan pembangkang yang dipimpinnya dilihat oleh Jepun sebagai memalu atau memfitnah negara itu.
Pembangkang negara ini semenangnya tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja gemar menabur fitnah terhadap pemimpin negara sendiri malah negara luar dan pemimpin luar juga akan dikritik hebat jika tidak mengikut nafsu dan kehendak mereka.
Umpamanya pembangkang pernah menimbulkan isu pampasan RM207 bilion yang kononnya dibayar oleh kerajaan Jepun untuk diagih-agihkan kepada keluarga mangsa buruh paksa 'Death Railway' di Myanmar ketika Perang Dunia Kedua.
Pembangkang mendakwa sejumlah wang tersebut telahpun dibayar oleh Jepun pada tahun 1990an tetapi sehingga kini tidak diketahui ke mana wang itu dibelanjakan.
Begitu hebat fitnah pembangkang sehingga boleh membangkitkan perasaan marah kepada kerajaan yang dituduh mencuri wang pampasan tersebut tanpa secebis mengemukakan secebis bukti pun.
Kementerian Kewangan Malaysia menafikan dakwaan menerima pampasan tersebut kerana memo yang digunakan oleh pembangkang berhubung perkara itu sebenarnya adalah palsu.
Jepun juga terkejut dan meminta penjelasan daripada kerajaan dan akhirnya juga menafi dan menolak cerita rekaan pembangkang setelah mendapat gambaran yang jelas dari Malaysia.
Inilah perangai dan sikap buruk pembangkang yang sanggup memburuk dan merosakkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun yang terjalin selama ini.
Pembangkang telah melakukan pelbagai propaganda dan kempen untuk mencalar imej negara di luar negara sejak 1998 dan isu pampasan tersebut hanyalah sebahagian daripada perancangan licik mereka untuk menjatuhkan kerajaan.
Kini Anwar dan kuncu-kuncu mencari jalan untuk menutup aib begitu besar yang terpalit kepada muka mereka.
Tindakan mendesak kerajaan Malaysia dan Jepun meminta maaf kepada maaf kepada Anwar menunjukkan kebodohan pembangkang yang begitu jahil dan taksub kepada pemimpinnya.
Persoalannya siapa Anwar? Layakkah beliau untuk dianggap oleh kerajaan Jepun sebagai pemimpin negara yang perlu diberi penghormatan karpet merah atau sekadar pelancung biasa sahaja?
Dua tahun lalu pihak imigresen Malaysia menahan anggota parlimen Australia Nick Xenophon di Bandara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setibanya dari Melbourne, Australia.
Beliau kemudian dihantar pulang walaupun katanya kehadirannya adalah atas jemputan Anwar.
Kerajaan bukanlah sebodoh itu untuk tidak mengetahui niat sebenar ahli politik bebas Australia itu adalah untuk mecampuri urusan dalam negara berhubung isu proses pilihan raya yang didokong oleh Bersih.
kerajaan Australia juga menghormati keputusan Malaysia tidak membenarkan  Xenophon memasuki negara ini dan ia pun tidak mengambil sebarang langkah untuk masuk campur.
Pernah terjadi beberapa kali di mana pemerintah Anerika Syarikat tidak memberikan visa kepada pemimpin sesetengah negara dan anggota rombongan mereka untuk menghadiri persidangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak ada apa-apa juga yang boleh dilakukan oleh mereka kerana PBB terletak dalam wilayah Amerika Syarikat.
Begitu juga apabila Sabah dan Sarawak menghalang beberapa pemimpin pembangkang memasuki wilayah kedua negeri itu tidak ada apa yang boleh dlakukan oleh kerajaan pusat kerana itu adalah hak negeri tersebut.