18 Dis 2013

LIBERALISME BIKIN NURUL IZZAH BUTA PERJUANGAN UMNO


Dalam komennya mengenai Persidangan Agung UMNO yang berlangsung baru-baru ini, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menuduh parti itu menggelapkan masa depan orang Melayu.
Malah anak kepada Ketua Umum PKR itu mendakwa UMNO tidak peduli nasib bangsa dan rakyat Malaysia dengan membiarkan kos sara hidup naik.
Menurut Nurul lagi pemimpin-pemimpin negara hidup senang lenang tatkala rakyat menderita kerana tekanan kos barangan keperluan yang naik.
Komen seperti Nurul itu adalah contoh mentaliti pemimpin pembangkang yang gaya cakap dan beretorik yang boleh memukau si pendengar tetapi hakikatnya kosong dan tidak berlandaskan fakta.
Mungkin disebabkan generasi seperti Nurul lahir dalam era negara sudah pun lama mengecapi kemerdekaan lalu jahil mengharungi sejarsah perjuangan UMNO dan juga pejuang-pejuang Melayu yang ikhlas dan kental mempertahankan ibu pertiwi.
Nurul seperti rakan-rakan seperjuangan muda lain yang menyokong pembangkang berasa tidak perlu untuk mempelajari sejarah kontemporari negara apatah lagi sejarah keagungan dan kehebatan Melayu sebagai satu bangsa yang bermaruah dan progresif di alam Nusantara.
Bagi Nurul sudah cukup membaca sedikit sebanyak sejarah perjuangan UMNO secara permukaan sahaja dan tidak berusaha memahami perit dan getir generasi terdahulu yang membangunkan masa depan negara yang dikecapi beliau kini.
Inilah sebenar wajah mereka yang menganut fahaman liberalisme yang cuba disebarluaskan di dalam pemikiran rakyat negara ini oleh tidak lain tidak bukan ayahnya sendiri, Anwar Ibrahim.
Seorang yang berkiblat kepada fahaman liberalisme tidak melihat sejarah serta kefahaman mengenainya sebagai satu aset penting dalam memahami erti kehidupan sebenar.
Orang seperti Nurul dan yang 'sewaktu' dengannya melihat sejarah sebagai satu subjek yang mati dan kaku serta tidak mampu menyumbang kepada pergerakan sesebuah tamadun ke arah kesempurnaan.
Oleh kerana fikiran golongan ini seperti begitu, maka mereka tidak dapat mempelajari apa-apa daripada sejarah kerana bukan itu yang menjadi panutan mereka dalam pencarian ideologi mereka.
PKR adalah sebuah parti yang berpegang dan menganuti agama liberalisme di samping pluralisme.
Pada pemikiran Nurul apa yang penting adalah apa yang dilihatnya di depan matanya sahaja.
Tidak perlu melihat ke belakang seperti dalam hal ini perjuangan UMNO untuk membela bangsa Melayu.
Tidak menghairankan jika Nurul tidak pernah dengar mahupun mengambil inisiatif untuk membaca karya-karya agung bangsa Melayu yang ditulis oleh tokoh silam seperti Tun Sri Lanang, Hamzah Fansuri atau yang lebih kontemporer seperti Za'aba, Hamka.
Mereka bukan sahaja menulis mnengenai politik, ketamadunan tetapi juga sejarah jatuh bangun bangsa Melayu yang sepatutnya dijadikan pedoman dan panduan oleh pemimpin muda seperti Nurul.
Adalah amat mudah bagi beliau memetik satu dua statistik atau menemubual seorang dua penduduk di kawasannya mengenai masalah mereka lalu membuat rumusan kerajaan adalah zalim, menindas dan sebagainya.
Jika Nurul ingin menjadi seorang pemimpin politik yang berwibawa dan berintegriti beliau hendaklah melengkapkan dirinya dengan pengetahuan sejarah negara secara mendalam dan terperinci.
Membaca sejarah sahaja tidak mencukupi tetapi memahaminya adalah lebih mencabar.
Setelah faham, yang lebih payah ialah bagaimana pula mengintepretasi bahan sejarah yang telah difahami.
Dalam konteks komen dan kenyataan Nurul mengenai UMNO, nampak sangat pengetahuan beliua mengenai latar belakang berwarna warni parti itu sejak penubuhannya pada tahun 1946 tidak begitu difahami oleh beliau.
Mungkin Nurul amat terpengaruh dengan kesan poltiking yang parah di kalangan parti-parti pembangkang sehingga tidak dapat memisahkan antara fakta, kenyataan dan fantasi.
Jangan disebabkan terlalu ghairah melayan kebencian terhadap UMNO dan Barisan Nasional sehingga tidak dapat mengimbangi pendapat yang syumul dan adil terhadap jasa-jasa parti pemerintah yang telah membangunkan negara dengan begitu hebat sekali.
Ingatlah kontemporer UMNO seperti Golkar di Indonesia, LDP di Jepun, Kongres di India sudah hilang kuasa politik disebabkan parti-parti itu tidak lagi mampu melalui proses peremajaan sebagaimana yang sentiasa dilakukan UMNO.
Ingatlah, Nurul, sebenci mana saudari luahkan perasaan terhadap UMNO, sistem kerajaan yang dipertahankan oleh UMNO itulah juga yang membolehkan anda bergelar 'Yang Berhormat'.

Anwar Cadangkan Program Baru Bagi Mengganti Seksualiti Merdeka?


Ketidakhadiran Anwar Ibrahim ke mahkamah pada 11 & 12 Disember lalu bagi mendengar Rayuan Kes Liwat II mengukuhkan kedudukannya sebagai 'bersalah' di mata rakyat.  Apatah lagi dengan alasan ketidakhadiran itu adalah untuk menghadiri seminar anjuran IIIT di Georgetown University Amerika Syarikat.
 
Hakikat bahawa IIIT mempunyai sejarah skandal liwatnya sendiri dan University Georgetown juga merupakan antara universiti yang mengambil pendekatan 'mesra' LGBT, menjelaskan kenapa Anwar lebih mementingkan seminar tersebut daripada usaha untuk membersihkan namanya di mahkamah.
 
Bagaimanapun, maklumat dalaman memberitahu bahawa seminar yang dihadiri Anwar hanyalah sebahagian kecil dari tujuan utama beliau ke sana. 
 
Tujuan utama Anwar ke sana, antaranya adalah untuk berjumpa dengan Nate Tisa, iaitu seorang homoseksual pertama yang dilantik sebagai Presiden Pelajar university itu. 
 
Selain Nate, Anwar juga telah mengadakan pertemuan sulit dengan Ryan Fecteau, iaitu jurucakap homoseksual pertama bagi Catholic University of Amerika.
 
Seperti juga agama Islam, agama Kristian turut mengalami ancaman hebat dari kumpulan LGBT. 
 
Kumpulan songsang LGBT dilihat sebagai telah berjaya meruntuhkan pertahanan Kristian dengan bersaranya Pope Benedict dari Vatican secara tiba-tiba awal tahun ini.  Beliau merupakan Pope pertama yang bersara sejak 600 tahun dahulu.   
 
Ramai yang melihat persaraan beliau sebagai bertitik tolak dari ancaman dan tekanan dari kumpulan liberalis yang kurang senang dengan ketegasan beliau menentang LGBT.   Keraguan ini dikukuhkan lagi dengan tindakan media barat yang seolah-olah memperlekeh-lekehkan beliau dengan mengaitkan beliau dengan Islam sejurus selepas beliau bersara.  Pope Francis yang menggantikan Pope Benedict kemudiannya pantas digambarkan oleh media barat sebagai lebih terbuka terutama terhadap masalah LGBT.    
 
Maka tidak hairanlah, pada hari ini mula terdapat pihak Catholic Kristian yang mula membicarakan, malah mengaku mewakili kumpulan LGBT dalam agama itu secara terbuka.  Kononnya, amalan homoseksual tidak semestinya akan menjejaskan iman dan kepercayaan mereka terhadap Jesus Christ. 
 
Kita melihat perjumpaan Anwar dengan beberapa personaliti homoseksual Kristian ini sebagai kesinambungan usaha kumpulan yang sama untuk 'menembusi' agama Islam pula.  Setakat ini, agama Islam digambarkan sebagai satu-satunya agama yang menentang LGBT sedangkan hakikatnya ia turut dikecam dan diharamkan oleh Kristian dan juga Judaism. 
 
Namun, hari ini hanya Islam yang dijadikan sasaran utama memandangkan Kristian dan Judaism sudah berjaya ditembusi mereka. 
 
Dari situ, kumpulan ini secara tidak langsung mengajak 'dunia' menentang Islam atas alasan ajarannya yang 'rigid' dan tidak adil. 
 
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa 17 Mei merupakan Hari Menentang Fobia Terhadap LGBT Sedunia (International Day Against Homophobia and Transphobia)  atau IDAHO.   IDAHO disambut besar-besaran di seluruh dunia oleh kumpulan pro-LGBT dengan sambutan terbesar dibuat secara bergilir antara negara yang terlibat.  Antara yang menjadi pendokong kuat IDAHO termasuklah Nick Xenophon, ahli parlimen Australia yang beberapa kali berusaha untuk memujuk kerajaan negaranya agar masuk campur dalam PRU Malaysia atas permintaan Ambiga dan Anwar Ibrahim. 
 
Sekadar mengimbas kembali, Anwar juga pernah ke Perancis pada ketika sambutan terbesar IDAHO diadakan dinegara itu. 
 
Khabar menyatakan bahawa perjumpaan Anwar dengan kumpulan homoseksual di Amerika turut membincangkan mengenai sambutan terbesar IDAHO tahun hadapan.  Menurut sumber, terdapat cadangan untuk mengadakannya di Malaysia bagi menggantikan program Seksualiti Merdeka yang telah diharamkan oleh kerajaan. 
 
Kita tidak pasti sejauh mana khabaran ini benar.  Namun begitu, ketidakhadiran Anwar ke rayuan kes liwatnya dengan sendiri meyakinkan kita bahawa ianya benar belaka.
 
Justeru, tidak keterlaluan dikatakan bahawa Anwar mungkin bukan satu ancaman kepada negara, tetapi beliau mampu menjadi ancaman kepada akidah dan pegangan kita serta generasi akan datang sebagai umat Islam. 
 
Dan sekiranya masih ada penganut Kristian yang berpegang kepada ajaran Kristian sebenar, maka Anwar juga wajar dilihat sebagai ancaman kepada agama itu.  Bagaimanapun, melihat dari perkembangan terkini dalam agama Kristian di Malaysia, nampaknya penganut agama itu di sini juga telah 'berubah' mengikut rentak Pope Vatican yang baru, malah jauh lebih terbuka lagi dengan sama-sama membela dan menyokong kumpulan LGBT. 

Anjur Demonstrasi Malam Tahun Baru, Pembangkang Takut GAGAL Dapat Sambutan


Seperti ada yang tidak kena, apabila portal dan blog pembangkang begitu kecoh mempromosikan satu himpunan yang akan diadakan menjelang tahun baru ini. Tidak ketinggalan para pencacai mereka turut menyebarkan poster, risalah dan semua yang berkaitan dengan himpunan yang bakal diadakan itu.
 
Yang menghairankan ialah, mengapakah malam menjelang tahun baru dipilih sebagai tarikh untuk mengadakan himpunan tersebut? Pelik bukan!
 
Namun apabila diteliti ia mungkin ada kaitan dengan beberapa program himpunan yang tidak mendapat sambutan sebelum ini. Sekiranya kita imbau kembali, sejurus selepas pakatan pembangkang GAGAL merampas tampuk pemerintahan negara melalui proses pilihan raya umum ke-13 lalu, beberapa siri himpunan dan demonstrasi jalanan telah diadakan.
 
Malangnya boleh dikatakan hampir kesemuanya GAGAL mendapatkan sambutan seperti yang diharapkan. Sebagai contoh, demonstrasi jalanan #Black505 yang diadakan kononnya untuk membantah keputusan pilihan raya itu hanya mampu mengumpulkan sekitar 10 ribu sahaja berbanding beberapa siri demonstrasi yang diadakan sebelum ini.
 
Paling menarik, portal-portal yang menjadi lidah rasmi pembangkang juga GAGAL memberikan angka sebenar jumlah orang ramai yang hadir pada himpunan tersebut. Malaysiakini sebagai contoh mengatakan kehadiran adalah sekitar 20 ribu orang, manakala Harakahdaily melaporkan seramai 55 ribu dan diikuti dengan Keadilandaily yang menganggarkan kehadiran sekitar 30 ribu orang.
 
Ketidakseragaman dalam menetapkan angka sebenar atau setidak-tidaknya yang paling hampir itu membuktikan bahawa mereka sendiri seakan tidak percaya dengan jumlah kehadiran pada program tersebut.
 
Tidak lama selepas, mereka turut menganjurkan himpunan yang kononnya mewakili suara anak muda, untuk berhimpun di hadapan bangunan Parlimen bagi membantah upacara angkat sumpah yang akan dijalankan.
 
Namun rata-rata di kalangan seakan terpedaya dengan sandiwara pembangkang, apabila dimaklumkan bahawa Anwar turut mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Rakyat, walaupun sebelum ini Ketua Pembangkang itu adalah merupakan dalang utama yang menghasut rakyat agar menolak sistem demokrasi yang diadakan.
 
Pada satu ketika, dia meminta agar sistem demokrasi itu ditolak, namun dalam masa yang sama dia tetap mengangkat sumpah. Paling menarik, sejurus selepas upacara itu, kumpulan anak muda yang berkumpul di hadapan parlimen itu dikejutkan dengan penyebaran gambar yang memaparkan Anwar sedang tertawa riang ketika menghadiri majlis minum pagi bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri.
 
Mungkin disebabkan rasa tertipu dengan sandiwara Anwar, mereka yang berhimpun akhirnya mula bersurai seperti yang diarahkan oleh pihak berkuasa.
 
Terbaru, pakatan pembangkang mengadakan satu lagi himpunan kononnya bagi membantah kenaikan cukai taksiran yang diadakan di padang dataran Dewan Bandar raya Kuala Lumpur, Jalan Raja Laut. Malangnya, program yang diadakan itu sekali lagi GAGAL mendapat sambutan.
 
Pihak media melaporkan hanya sekitar 400 orang sahaja yang hadir bagi menyokong isu yang dibawakan itu. Walaupun sebelum ini, pihak penganjur begitu bersungguh-sungguh mempromosikan program tersebut dengan tujuan menarik minat dan sokongan rakyat khususnya penduduk dan warga ibu kota.
 
Berbalik kepada isu yang dibangkitkan, mengapakah malam tahun baru menjadi pilihan untuk mengadakan demonstrasi? Jawapannya mudah, pakatan pembangkang nampaknya telah mula belajar dari kesilapan.
 
Mereka memilih malam tahun baru kerana, pada ketika itu ramai di kalangan warga kota khususnya anak-anak muda akan hadir bagi meraikan sambutan ambang tahun baru. Secara kebiasaannya mereka akan hadir beramai-ramai bagi menyaksikan program-program yang telah diaturkan seperti persembahan muzik, beramai-ramai mengira detik berakhirnya tahun 2013 dan disusuli dengan acara kemuncak persembahan bunga api.
 
Dalam erti kata lain, sekiranya demonstrasi yang bakal diadakan itu GAGAL mendapat sambutan, namun kehadiran ribuan masyarakat yang ingin meraikan sambutan tahun baru dapat digunakan bagi menipu jumlah angka kehadiran.
 
Ini kerana, mereka sedar semakin hari rakyat sudah mula muak dan bosan dengan pelbagai isu retorik dan sandiwara yang sering dimainkan sebelum ini. Malah mereka juga sudah mula menyedari perjuangan yang sering dilaungkan oleh Anwar bukanlah untuk membela nasib rakyat, namun hanya untuk memastikan impiannya bergelar Perdana Menteri tercapai.

17 Dis 2013

Prinsip DAP:  Sayangkan Melayu Tindas-tindaskan?

 
DAP Selangor menyasarkan untuk meraih 50% undi Melayu dalam PRU-14 berbanding 40% dalam PRU-13.  Menurut Teresa Kok, parti itu akan bekerja lebih kuat untuk memastikan sasaran ini berjaya direalisasikan. 
 
Walaupun cita-cita DAP begitu tinggi untuk meningkatkan sokongan Melayu, tetapi ia tidak bermakna yang parti itu akan melutut, menyembah atau memberi peluang kepada Melayu dalam apa jua keadaan. 
 
Kita boleh melihat sendiri bagaimana DAP tidak pernah mengalah dengan PAS dalam isu-isu yang membabitkan Islam dan Melayu tetapi sebaliknya PAS yang terpaksa mengalah dan membuat penjelasan bagi pihak DAP kepada orang-orang Melayu sekiranya parti Cina itu ada menyinggung perasaan umat Islam.
 
DAP juga tidak pernah melonggarkan walau sedikitpun sifat perkauman Cina di sektor-sektor swasta yang didominasi kaum itu.  Malah, sifat perkauman lebih terserlah dan sifat bongkak kaum Cina semakin menjadi-jadi dengan mencabar dan menghina Islam dan Melayu sesuka hati. 
 
Bayangkanlah, semua ini dilakukan dalam pada DAP ingin meraih sokongan Melayu!
 
Walaupun UMNO sering dituduh DAP sebagai perkauman dan meminggirkan kaum Cina, tetapi UMNO tetap memberi peluang dan menyediakan platform kepada pemimpin dari kaum Cina untuk turut bersama di dalam kabinet.  Sungguhpun setelah ditikam dari belakang oleh MCA yang turut menyokong DAP pada PRU yang lalu, UMNO tetap cuba memaafkan parti Cina itu dan menaruh harapan untuk terus bekerjasama demi negara. 
 
Namun, toleransi, tanggungjawab dan kematangan yang sama langsung tidak dipraktikkan oleh DAP.   Buktinya, Konvensyen DAP peringkat negeri Selangor yang lalu memperlihatkan tiada seorang pun Melayu terlantik sebagai Ahli Jawatankuasa Parti.
 
Ahli-ahli jawatankuasa DAP Selangor
Pengerusi                             -               Tony Pua Kiam Wee
Timbalan Pengerusi          -               Gobind Singh Deo
Naib Pengerusi                   -               Teng Chang Khim
Naib Pengerusi                   -               Yeoh Tseow Suan (Hannah)
Setiausaha                            -               Yong Hian Wah
Penolong Setiausaha         -                Ng Suee Lim
Bendahari                            -                Sze Han
Setiausaha Organisasi      -                Lau Weng San
Penolong Setiausaha Organisasi  - Ganabatirau Veraman
Penolong Setiausaha Organisasi  - Philip Tan Choon Swee
Setiausaha Publisiti           -               Ronnie Liu Tian Khiew
Pengarah Pendidikan Politik       - Lee Kee Hiong
Ahli Jawatankuasa            -               Charles Anthony Santiago
Ahli Jawatankuasa            -               Tiew Way Keng
Ahli Jawatankuasa            -               Kannan A/L Thangarasu
Ahli Jawatankuasa            -               Ong Kian Ming
Ahli Jawatankuasa            -               Eddie Ng
Ahli Jawatankuasa            -               Rajiv A/L Rishyakaran
Ahli Jawatankuasa            -               Yeo Bee Yin
 
Selain Selangor, Perak dan Pulau Pinang  juga tidak melantik walaupun seorang Melayu untuk memegang jawatan di peringkat negeri. 
 
Sekali lagi, semua ini berlaku ketika DAP mensasarkan peningkatan sokongan Melayu. 
 
Jika semua ini masih tidak cukup  untuk dijadikan pengajaran tentang keangkuhan dan sifat perkauman DAP, maka apa lagi?  Apakah orang-orang Melayu perlu belajar dari kemusnahan?  Apakah kita yakin yang kita mampu bangun semula setelah musnah? 
 
Hakikatnya, DAP bersifat chauvinis dan rasis dan tidak akan sekali-kali meletakkan diri mereka sama tinggi atau sama rendah dengan orang Melayu.  Biarpun DAP memerlukan Melayu untuk menang, membuka peluang kepada Melayu pantang sekali. 
                       

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

DAP Mengaku Tiada Tender Terbuka Untuk Projek Naiktaraf Longkang


Isu 'tender terbuka' merupakan peluru utama DAP untuk menyerang kerajaan BN.  Di mana-mana sahaja DAP sering mencanangkan bagaimana parti itu mengamalkan tender terbuka untuk sebarang projek bagi mengurangkan kos dan memastikan ketelusan pentadbiran.
 
Bagaimanapun, kita perlu ingat bahawa berbohong bukanlah perkara asing bagi DAP.  Jika tidak, takkanlah Setiausaha Agungnya digelar 'berlidah biawak'.  
 
Baru-baru ini DAP telah terbukti berbohong lagi buat kesekian kalinya dalam projek menaiktaraf longkang dan membendung banjir di Pulau Pinang.  Projek tersebut ternyata telah dianugerahkan kepada syarikat S.P Mega melalui rundingan terus tanpa melalui proses tender terbuka.   Perkara itu diakui sendiri oleh Lim Hock Seng, Exco Pulau Pinang apabila ia terdedah di internet. 
 
Alasan Lim ialah rundingan terus telah membantu mengurangkan kos kerana syarikat berkenaan berjanji untuk 'membantu' kerajaan negeri. 
 
Persoalannya, bukankah DAP juga yang menyatakan bahawa tender terbuka mampu mengurangkan kos?  Kenapa pula ada pengecualian atau 'double standard' apabila yang terlibat ialah DAP dan bukan BN? 
 
Kerajaan negeri menyatakan bahawa keputusan tersebut dibuat oleh MPSP sedangkan terdapat Minit Mesyuarat Sulit yang mencatatkan ia sebagai arahan terus dari Ketua Menteri untuk menganugerahkan projek tersebut kepada S.P Mega tanpa melalui tender terbuka. 
 
Lebih menarik lagi, S.P Mega meletakkan kos sebanyak RM6,913,896.60 walaupun kos yang diumumkan oleh Exco ialah RM6,947,120 iaitu perbezaan sebanyak RM33,223.40.   Jika itu belum cukup membingungkan maka kita pasti bingung membaca Minit Mesyuarat awal yang menyatakan bahawa projek tersebut dicadangkan dianugerahkan kepada syarikat Suchen Sdn Bhd dari Selangor.  
 
Lim Hock Seng memberi alassan bahawa syarikat Suchen didapati tidak layak selain bukan merupakan syarikat tempatan yang mana menyebabkan Exco mencadangkan S.P Mega. 
 
Bagaimanapun, pihak MPSP pula menyatakan bahawa Minit Mesyuarat telah tersalah catat kerana Lim Hock Seng ataupun Lim Guan Eng langsung tidak menyebut nama S.P Mega untuk projek tersebut.
 
Nampaknya, 'salah taip', 'salah catat', 'salah kira' sudah menjadi sinonim dalam pentadbiran DAP.  Setiap tindakan parti itu yang meragukan semuanya akan dijawab dengan alasan 'tersilap' atau 'tersalah', yakni tidak sengaja.  
 
Jika asyik tersilap atau tersalah, di manakah 'Cekap' yang dilaungkan? 
 
Jika tidak melalui tender terbuka, di manakah 'Telus' yang dicanangkan? 
 
Jika terdapat perbezaan harga yang meragukan, di manakah 'Amanah' yang dibangga-banggakan? 
 
Pesan kita pada DAP, cukup-cukuplah berbohong.  Sesungguhnya, hipokrasi DAP sudah sampai ke tahap meloyakan. 
 
Dari apa yang dapat kita lihat di Pulau Pinang, kita pasti DAP tidak akan mampu memerintah dengan adil.   Parti yang tidak cekap, tidak telus dan tidak amanah tidak mungkin dapat menjadi pemerintah yang baik.     

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

13 Dis 2013

Kezaliman & Rasis DAP di Pulau Pinan


Sejak berjaya mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, kerajaan DAP pimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dilihat semakin angkuh dan zalim terutamanya yang melibatkan isu bangsa Melayu dan India. Watak dan penampilan mereka jelas berbeza berbanding sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU13).
 
Jika sebelum ini masyarakat Melayu diangkat seperti 'menatang minyak yang penuh', namun sejurus selepas menang pilihanraya, nilai mereka hanyalah seperti duit lima kupang. Ia bukanlah cakap kosong semata-mata, namun perkara itu diakui sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu negeri, Zulkifli Mohd Noor yang berkata kewujudan ahli Melayu dalam parti tersebut jika mahu digambarkan dengan mata wang hanya bernilai 50 sen.
 
Menurutnya penyertaan orang Melayu dalam DAP tidak pernah dihargai para pemimpinnya malah kehadiran mereka dilihat sekadar mengaburi mata rakyat bagi menggambarkan keahlian parti tersebut terdiri daripada berbilang kaum. Contohnya ketika pemilihan parti yang diadakan pada hujung tahun lalu, tiada seorang pun calon wakil Melayu yang menang sekali gus memberikan gambaran sebenar kedudukan ahli-ahli Melayu dalam DAP.
 
Sedangkan sebelum ini, Guan Eng dengan bangganya mengatakan mahu mengikut jejak Khalifah Umar Abd Aziz bagi mengambarkan kononnya walaupun merupakan tokoh DAP yang dianggap rasis, dia lebih memahami Islam berbanding orang lain. Di atas pentas yang dihadiri ramai orang Melayu, Guan Eng begitu beria-ria bercakap perihal khalifah Islam itu. 
 
Sedangkan apabila diteliti pendekatan tersebut hanya bertujuan untuk mengunakan dan memperbodohkan pengundi Melayu kononnya dia faham akan ciri-ciri pentadbiran khalifah Islam, Bani Umaiyyah. Paling menarik apabila kaedah tersebut hampir sama dengan pendekatan pemimpin Republik Rakyat China menggunakan The Little Red Book yang mengandungi petikan Pengerusi Mao Tse Tung.
 
Apa yang anehnya, orang yang mendabik dada ingin mengunakan pendekatan Islam ini, langsung tidak berminat untuk mempertahankan hukum hudud sebagaimana yang dilakukan oleh cicit kepada khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.  Dari segi ini, nampaknya sebagaimana maksud peribahasa Inggeris, the appearance is more important than substance.
Tidak cukup dengan guna maskot tidak rasmi pemerintah Islam itu, ketika Ramadan pula, jadual Guan Eng agak sibuk ke sana ke mari untuk bersama umat Islam berbuka puasa seolah-olah ia sudah menjadi satu 'majlis' dan bukan lagi satu ibadah eksklusif umat Islam. Itu belum lagi diambil-kira peruntukkan yang diberikan kepada guru agama, imam dan sebagainya.
 
Namun semua yang dilakukan itu sebelum PRU13, sebaik sahaja berjaya mengekalkan kuasa, lagaknya mula berubah. Daripada seorang yang agak Islamik, dia kembali menjadi seorang pemerinah yang zalim lagi rasis.
 
Contohnya, sejak PRU-13 tamat, apa yang telah kerajaan DAP mereka lakukan untuk kebajikan rakyat. Mereka hanya berkempen dan berpolitik setiap masa tetapi tidak ada apa yang mereka lakukan untuk rakyat. Harga surcaj air naik 100 peratus, rumah kos rendah dan sederhana sehingga kini masih tidak nampak bayang dan peniaga kecil diganggu sehingga pendapatan mereka terjejas.
 
Antaranya tindakan melampau DAP yang merobohkan gerai-gerai makan di Teluk Bahang, Jelutong, Batu Feringgi dan Padang Kota tanpa sebarang notis. Malah mereka juga tergamak untuk meruntuhkan rumah seorang warga emas di Kampung Lengkok Sungai Gelugor.
 
Tidak cukup dengan itu, nasib 58 keluarga yang rata-ratanya dihuni oleh golongan nelayan juga seperti tidak menentu apabila kerajaan negeri mengarahkan mereka mengosongkan rumah di Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung walaupun perkampungan tersebut telah wujud hampir 100 tahun lalu.
 
Malah sebelum ini penduduk di Kampung Genting, Balik Pulau turut terkejut apabila dimaklumkan mengenai tindakan Guan Eng yang mahu mengambil tanah mereka atas alasan untuk mewujudkan 'hab pendidikan'.
 
Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan layanan yang diberikan selama ini, PAS Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan akan meletak semua jawatan dalam kerajaan negeri. Menurut meraka pentadbiran Guan Eng langsung tidak mempedulikan Pas malah mereka juga seolah-olah dinafikan hak untuk bersuara yang diumpamakan seperti melukut di tepi gantang.
 
Terbaru Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Jahara Hamid sebelum ini mempersoalkan kenapa tiada tindakan diambil terhadap penjaja Cina yang berniaga secara haram sepanjang Pantai Bersih, Butterworth. Ekoran kenyataan tersebut, Guan Eng kemudiannya berkata, beliau sentiasa memikirkan Jahara sebagai nenek yang biasa tetapi beliau kemudiannya menjadi"nenek yang rasis dan tidak munasabah".
 
Kesimpulannya, DAP dan sikap perkauman boleh disifatkan tidak dapat dipisahkan. Kepada orang Melayu khususnya, nilailah sendiri apakah benar Guan Eng mengamalkan pemerintahan ala Khalifah Umar Abd Aziz atau ia sebenarnya hanya sekadar retorik politik semata.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Pembangkang Jahil Mengenai IPP 


Kenaikan tariff elektrik baru-baru ini telah menjadikan Penjana Tenaga Bebas (IPP) sebagai sasaran tembakan pembangkang terhadap kerajaan.  Keputusan tidak popular ini sememangnya sukar untuk dicerna oleh rakyat, sekali gus memberi kelebihan kepada pembangkang. 
Sebagai rakyat yang bijak, kita tidak seharusnya menerima bulat-bulat apa saja hujah tidak kira dari pihak pembangkang mahupun kerajaan. Sebaiknya, kita mengkaji dan menganalisa sendiri latarbelakang dan kesan dari keputusan yang dibuat. 
Kewujudan IPP sebenarnya banyak membantu negara dari segi menangani krisis bekalan tenaga dengan menggunakan dana swasta.  Di kala Malaysia beralih ke era perindustrian iaitu dalam tahun 1990-an, kewujudan IPP adalah tepat di mana ia mampu mengelakan krisis tenaga yang teruk di samping menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
IPP terbukti merupakan antara faktor utama yang menjadikan Malaysia destinasi kegemaran pelabur.  Pembekalan tenaga yang efisien amatlah penting bagi industri-industri terutamanya perkilangan.  Mengenalpasti peranan IPP dalam ekonomi negara, kerajaan telah memastikan yang ia mendapat diskaun korporat dari pembekal, iaitu Petronas. 
Pembekalan gas oleh Petronas kepada IPP dan TNB dengan harga rendah mampu mengawal tariff agar kekal pada harga yang berpatutan.  Harga 'diskaun' yang diberi Petronas kepada IPP dan TNB melibatkan jumlah sehingga RM12 billion setahun. 
Selain mempersoalkan subsidi kepada IPP, pembangkang juga menuduh kononnya IPP diberi pada kroni, iaitu YTL yang mana membuktikan kerajaan tidak telus. 
Namun, kita pasti seluruh rakyat sedia maklum bahawa siapa jua yang mendapat projek tersebut akan tetap dilabel sebagai kroni di negara ini. 
Perlu diingatkan bahawa IPP dan juga TNB tidak dapat menjual gas tersebut secara langsung kepada pengguna untuk keuntungan syarikat mereka, tetapi mereka membekalkan tenaga sahaja kepada pengguna.  Pengurangan subsidi terhadap pengguna juga tidak memberi apa-apa keuntungan kepada IPP.  Kenaikan tariff elektrik adalah berpunca dari kenaikan semasa dari segi penyelenggaraan, operasi dan bangunan. 
Selain subsidi, pembangkang juga mempersoalkan mengenai simpanan tenaga yang tinggi dan menyarankan agar ianya dikurangkan dari 52% kepada 30% bagi menjana keuntungan sehingga RM20 billion.  Saranan ini membuktikan bahawa pembangkang gemar mencari cara mudah untuk membuat keuntungan sekali gus mencerminkan cara mereka mentadbir negeri-negeri jajahan mererka. 
Nampaknya, pembangkang tidak faham bahawa margin simpanan tenaga yang tinggi adalah penting bagi menarik pelabur asing melabur di negara ini. 
Di bawah transformasi Industri Bekalan Elektrik Malaysia, TNB kini perlu bersaing dengan IPP lain untuk pembinaan loji tenaga baru.  Proses pembidaan pertama untuk loji tenaga di Prai telah dimenangi oleh TNB.  Ini membuktikan bahawa TNB tidak lagi memonopoli industri ini dan perlu bersaing dengan berusaha membekalkan khidmat terbaik kepada pelanggan. 
Persaingan ini pastinya memberi manfaat kepada pengguna kerana berpeluang menikmati perkhidmatan yang lebih baik. 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.