13 Dis 2013

Kezaliman & Rasis DAP di Pulau Pinan


Sejak berjaya mengekalkan pemerintahan di Pulau Pinang, kerajaan DAP pimpinan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng dilihat semakin angkuh dan zalim terutamanya yang melibatkan isu bangsa Melayu dan India. Watak dan penampilan mereka jelas berbeza berbanding sebelum pilihanraya umum ke-13 (PRU13).
 
Jika sebelum ini masyarakat Melayu diangkat seperti 'menatang minyak yang penuh', namun sejurus selepas menang pilihanraya, nilai mereka hanyalah seperti duit lima kupang. Ia bukanlah cakap kosong semata-mata, namun perkara itu diakui sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu negeri, Zulkifli Mohd Noor yang berkata kewujudan ahli Melayu dalam parti tersebut jika mahu digambarkan dengan mata wang hanya bernilai 50 sen.
 
Menurutnya penyertaan orang Melayu dalam DAP tidak pernah dihargai para pemimpinnya malah kehadiran mereka dilihat sekadar mengaburi mata rakyat bagi menggambarkan keahlian parti tersebut terdiri daripada berbilang kaum. Contohnya ketika pemilihan parti yang diadakan pada hujung tahun lalu, tiada seorang pun calon wakil Melayu yang menang sekali gus memberikan gambaran sebenar kedudukan ahli-ahli Melayu dalam DAP.
 
Sedangkan sebelum ini, Guan Eng dengan bangganya mengatakan mahu mengikut jejak Khalifah Umar Abd Aziz bagi mengambarkan kononnya walaupun merupakan tokoh DAP yang dianggap rasis, dia lebih memahami Islam berbanding orang lain. Di atas pentas yang dihadiri ramai orang Melayu, Guan Eng begitu beria-ria bercakap perihal khalifah Islam itu. 
 
Sedangkan apabila diteliti pendekatan tersebut hanya bertujuan untuk mengunakan dan memperbodohkan pengundi Melayu kononnya dia faham akan ciri-ciri pentadbiran khalifah Islam, Bani Umaiyyah. Paling menarik apabila kaedah tersebut hampir sama dengan pendekatan pemimpin Republik Rakyat China menggunakan The Little Red Book yang mengandungi petikan Pengerusi Mao Tse Tung.
 
Apa yang anehnya, orang yang mendabik dada ingin mengunakan pendekatan Islam ini, langsung tidak berminat untuk mempertahankan hukum hudud sebagaimana yang dilakukan oleh cicit kepada khalifah kedua Khulafa al-Rasyidin iaitu Saidina Umar Al-Khatab.  Dari segi ini, nampaknya sebagaimana maksud peribahasa Inggeris, the appearance is more important than substance.
Tidak cukup dengan guna maskot tidak rasmi pemerintah Islam itu, ketika Ramadan pula, jadual Guan Eng agak sibuk ke sana ke mari untuk bersama umat Islam berbuka puasa seolah-olah ia sudah menjadi satu 'majlis' dan bukan lagi satu ibadah eksklusif umat Islam. Itu belum lagi diambil-kira peruntukkan yang diberikan kepada guru agama, imam dan sebagainya.
 
Namun semua yang dilakukan itu sebelum PRU13, sebaik sahaja berjaya mengekalkan kuasa, lagaknya mula berubah. Daripada seorang yang agak Islamik, dia kembali menjadi seorang pemerinah yang zalim lagi rasis.
 
Contohnya, sejak PRU-13 tamat, apa yang telah kerajaan DAP mereka lakukan untuk kebajikan rakyat. Mereka hanya berkempen dan berpolitik setiap masa tetapi tidak ada apa yang mereka lakukan untuk rakyat. Harga surcaj air naik 100 peratus, rumah kos rendah dan sederhana sehingga kini masih tidak nampak bayang dan peniaga kecil diganggu sehingga pendapatan mereka terjejas.
 
Antaranya tindakan melampau DAP yang merobohkan gerai-gerai makan di Teluk Bahang, Jelutong, Batu Feringgi dan Padang Kota tanpa sebarang notis. Malah mereka juga tergamak untuk meruntuhkan rumah seorang warga emas di Kampung Lengkok Sungai Gelugor.
 
Tidak cukup dengan itu, nasib 58 keluarga yang rata-ratanya dihuni oleh golongan nelayan juga seperti tidak menentu apabila kerajaan negeri mengarahkan mereka mengosongkan rumah di Kampung Permatang Tepi Laut, Batu Maung walaupun perkampungan tersebut telah wujud hampir 100 tahun lalu.
 
Malah sebelum ini penduduk di Kampung Genting, Balik Pulau turut terkejut apabila dimaklumkan mengenai tindakan Guan Eng yang mahu mengambil tanah mereka atas alasan untuk mewujudkan 'hab pendidikan'.
 
Mungkin kerana sudah tidak tahan dengan layanan yang diberikan selama ini, PAS Pulau Pinang baru-baru ini mengumumkan akan meletak semua jawatan dalam kerajaan negeri. Menurut meraka pentadbiran Guan Eng langsung tidak mempedulikan Pas malah mereka juga seolah-olah dinafikan hak untuk bersuara yang diumpamakan seperti melukut di tepi gantang.
 
Terbaru Ketua Pembangkang Pulau Pinang, Jahara Hamid sebelum ini mempersoalkan kenapa tiada tindakan diambil terhadap penjaja Cina yang berniaga secara haram sepanjang Pantai Bersih, Butterworth. Ekoran kenyataan tersebut, Guan Eng kemudiannya berkata, beliau sentiasa memikirkan Jahara sebagai nenek yang biasa tetapi beliau kemudiannya menjadi"nenek yang rasis dan tidak munasabah".
 
Kesimpulannya, DAP dan sikap perkauman boleh disifatkan tidak dapat dipisahkan. Kepada orang Melayu khususnya, nilailah sendiri apakah benar Guan Eng mengamalkan pemerintahan ala Khalifah Umar Abd Aziz atau ia sebenarnya hanya sekadar retorik politik semata.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan