7 Mac 2013

Mendepani Tiga Cabaran Utama Di Lahad Datu

Semenjak tercetusnya krisis pencerobohan di Lahad Datu sehinggalah pertempuran demi pertempuran yang berlaku di sana, ada sahaja rintangan yang terpaksa diharungi oleh pasukan keselamatan kita.

Sekurang-kurangnya ada tiga cabaran utama yang terpaksa kita hadapi sepanjang tempoh genting ini.

Pertamanya tentangan dari pengganas Sulu yang mahir dalam peperangan bercorak gerila dan mirip kelakuannya seperti komunis yang gemar menggunakan pendekatan ganas bermatlamat untuk menjatuhkan moral dan semangat tempur lawan mereka.

Ini jelas dapat dilihat selepas dua pertempuran awal yang menyaksikan beberapa anggota keselamatan kita ada antaranya diseksa dan dizalimi, sementara yang lain ada yang dipenggal kepalanya.

Keadaan ini amat memilukan kaum keluarga perajurit yang terkorban dan sedikit mengganggu emosi anggota keselamatan yang lain, namun pengalaman berdepan dengan kekejaman komunis suatu ketika dulu mengajar kita erti keteguhan semangat dalam meneruskan perjuangan yang belum selesai.

Kedua, cabaran yang tidak kurang hebatnya datang dari media luar negara yang banyak menyiarkan maklumat propaganda menyebelahi kumpulan pengganas Sulu. Mereka bukan sahaja cuba membenarkan tuntutan hak milik ke atas Sabah, malah memanfaatkan media-media tersebut dimanfaatkan sepenuhnya untuk membangkitkan ketakutan di kalangan rakyat Malaysia khususnya di Sabah.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila ada di kalangan pengamal media elektronik dalam negara yang turut menjadi penyambung lidah kepada propaganda Jamalul Kiram dan kuncu-kuncunya sehingga menimbulkan keraguan segelintir khalayak terhadap kemampuan pasukan keselamatan kita dalam menangani isu ini.

Ketiga, cabaran paling getir yang perlu dihadapi bila mana wujudnya segelintir rakyat kita yang langsung tidak memiliki semangat patriotik telah cuba memperlekehkan kesahihan peristiwa Lahad Datu yang digambarkan oleh mereka ini kononnya ia adalah sandiwara atau konspirasi yang di ada-adakan.

Selain itu, golongan yang tidak patriotik ini juga turut meremehkan nyawa anggota keselamatan kita yang telah terkorban di masa yang sama mereka juga mempersendakan kemampuan pasukan keselamatan kita untuk berdepan dengan tentangan pengganas Sulu.

Jika boleh mereka seperti mahu melihat lebih ramai anggota keselamatan kita mati di tangan musuh supaya bila ia berlaku demikian maka bolehlah dijadikan modal politik untuk menghentam kerajaan seterusnya menghasut khalayak membenci pimpinan negara kelak.

Lagak mereka seperti agen kepada pengganas Sulu walau hakikatnya mereka adalah penyokong pembangkang yang tersepit gara-gara permainan politik pemimpin mereka yang terbukti telah bersekongkol menjemput penceroboh melanggar Sabah.

Mungkin hanya bila ada kenalan atau ahli keluarga rapat mereka yang menjadi mangsa peluru pengganas Sulu barulah agaknya tika itu golongan tidak patriotik ini akan berhenti dari terus memperolokkan apa yang berlaku di bumi Sabah. Busuk benar hati golongan ini.

Pun begitu, mujurlah sebahagian besar rakyat Malaysia tetap tinggi semarak patriotiknya sentiasa mendukung perjuangan para pahlawan kita. Itu satu kebanggaan kerana dengan adanya sokongan padu rakyat ia mampu menyemarakkan lagi semangat juang anggota perajurit kita di medan perang.

Mendepani tiga cabaran besar ini sememangnya menuntut kesabaran dan semangat berkobar-kobar rakyat Malaysia, doa pengharapan serta dukungan kata-kata semangat perlu diteruskan.

Perkhabaran terbaru menyatakan Jamalul Kiram III telah pun mengumumkan gencatan senjata sebelah pihak berkuat kuasa 12.30 tengahari 7 Mac 2013. Ibarat bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi, tawaran tersebut telah pun ditolak oleh Kerajaan Malaysia.

Perkembangan ini menunjukkan pengganas Sulu di Lahad Datu sedang terdesak selepas di asak teruk dari pelbagai penjuru, hanya perletakkan senjata mereka tanpa syarat sahaja yang memungkinkan krisis ini ditamatkan.

Justeru itu teguhkan keyakinan kita semua dan yakinlah para perajurit kita amat pantang untuk berundur atau beralah, selagi ada hayat dan selagi darah masih mengalir selagi itulah perjuangan mendaulatkan bumi bertuah ini mesti diteruskan.

6 Mac 2013

PKR Jangka Menang 13 dari 90 Kerusi, PM Tidak Mustahil Dari DAP

Akhbar The Star hari ini melaporkan kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS bahawa Pakatan Rakyat telah memutuskan bahawa parti PAS akan bertanding sekitar 80 kerusi, manakala DAP 46 � 50 dan PKR pula sebanyak 90 kerusi dalam PRU-13 nanti.   Justeru, Tuan Ibrahim membayangkan tiada kemungkinan DAP menjadi Perdana Menteri jika PR menang. 

Berdasarkan keputusan PRU 2008 dan perkembangan semasa politik Pakatan Rakyat, DAP telah mendapat mandat terbanyak iaitu 28 kerusi, berbanding PAS 23 dan PKR 26.   Maka jika keadaan ini berulang, sudah tentulah tidak mustahil jawatan Perdana Menteri dipegang oleh DAP sekiranya PR menang dalam PRU kali ini. 

Semenjak PRU-12, Parti PKR telah mengalami kemerosotan teruk dari segi sokongan selaras dengan moral Anwar Ibrahim yang telah sedia merosot.   Malah dalam satu kajian yang dilakukan oleh Jawatankuasa Strategik Pilihanraya parti tersebut pada tahun 2011, kerusi-kerusi yang sebelum ini merupakan kerusi selamat juga tidak mustahil akan hilang.  PKR juga tidak yakin dapat mengekalkan kerusi Lembah Pantai dan Permatang Pauh.  

Justeru, mengikut perkiraan, jawatankuasa berkenaan meletakkan hanya 16 � 20 kerusi sahaja yang mampu dimenangi oleh PKR. 

Jika kenyataan Tuan Ibrahim di atas boleh digunapakai sebagai �muktamad�,  iaitu PKR akan bertanding 90 kerusi parlimen berbanding 97 kerusi pada PRU lepas, maka kita menjangkakan parti itu tidak akan mampu mencapai jumlah yang disasarkan oleh Jawatankuasa Strategik dan dijangka hanya mampu memenangi 13 kerusi sahaja.  Antaranya, Bayan Baru, Nibong Tebal, Padang Serai, Gelang Patah, Subang, Kelang, Kapar, Balik Pulau, Indera Mahkota, Kuantan, Teluk Kemang, Batu dan Machang. 

Perlu diingatkan bahawa apa yang dinyatakan oleh Tuan Ibrahim bukanlah keputusan muktamad selagi ia tidak diumumkan sendiri oleh Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim.   Kita sedia maklum bahawa Tuan Ibrahim atau PAS tidak mempunyai apa-apa kuasa atau suara di dalam PR dan lebih dari itu, kita juga tahu jika benar PAS akan bertanding 80 kerusi, ia masih tidak menjamin kemenangan yang lebih dari DAP mahupun PKR. 

Ini kerana, menurut kajiselidik berbagai-bagai pihak, kalau pun benar DAP hanya bertanding 46-50 kerusi, parti itu mampu memenangi sekurang-kurangnya 35-40 kerusi yang ditandingi. 

Katakan PAS hanya mampu mengekalkan 23 kerusi seperti PRU 2008, PKR 13 kerusi dan  DAP 40 kerusi, mana mungkin PR akan memenangi PRU kali ini.   Namun, sekiranya berlaku �keajaiban� sehingga PR memenangi PRU kali ini maka jumlah kerusi yang dimenangi oleh ketiga-tiga parti dalam PR adalah tidak relevan sama sekali kerana kuasa mutlak tetap berada di tangan DAP sepertimana yang dapat dilihat di Selangor, Kedah, Pulau Pinang mahupun Kelantan di mana tanah negeri itu juga telah terpaksa �dihadiahkan� kepada DAP.  

4 Mac 2013

Bukti Kekejaman Tentera Sulu


Asal perkataan �Sulu� dikatakan berkaitan dengan ilmu kesufian Islam iaitu �suluk� (beribadah secara terasing atau bersendirian) yang mana seharusnya menggambarkan ketinggian agama dalam diri bangsa Sulu.  Ada juga yang berkata bahawa �Sulu� berasal dari perkataan �jolo� iaitu jolokan yang diberikan oleh pedagang Cina kepada mereka yang bermaksud �orang baik�.

Justeru, adalah sesuatu yang pelik sekali apabila Bangsa Sulu yang dikaitkan dengan Islam dan kebaikan ini melancarkan perang demi menuntut wilayah di sebuah negara Islam, Malaysia, untuk dimasukkan ke wilayah negara kafir, Filipina.  Malah, kepimpinan Sulu juga menempelak kerajaan Filipina kerana tidak menyebelahi mereka untuk dalam isu tuntutan wilayah tersebut walaupun mereka adalah rakyat Filipina. 

Lebih pelik lagi apabila tindakan tentera-tentera Sulu tersebut langsung tidak mencerminkan keIslaman, walaupun menyedari hakikat bahawa mereka sedang menentang saudara seagama.  Malah, tindakan mereka lebih menyerupai kekejaman pihak komunis atau penjajah Jepun di mana pihak polis Malaysia telah dipenggal kepala, manakala seorang Ketua Unit Cawangan Khas, telah dirodok perutnya.  Kelihatannya tentera-tentera Sulu ini benar-benar nekad menggadaikan segala-galanya kerana pada hakikatnya, mereka berada di pihak yang tidak mungkin menang. 

Kekejaman yang ditunjukkan pihak Sulu mengundang lebih banyak persoalan mengenai apa atau siapa sebenarnya di belakang tuntutan mereka.  Mungkinkah Sultan Sulu begitu cetek pemikirannya sehingga sanggup menggadaikan nyawa tentera dan rakyatnya demi sesuatu yang hampir mustahil?  Atau apakah beliau telah dijanjikan bantuan oleh pihak lain?  Ini tidak mustahil jika dilihat dari pemilikan senjata yang lengkap dan canggih oleh pihak mereka.

Bangsa Sulu wajar memikirkan apalah gunanya menggadai nyawa, keamanan dan keselesaan hidup demi mendapatkan sebuah wilayah?  Untuk apakah perjuangan ini jika bukan sekadar  untuk memenuhi nafsu pemimpin mereka, selain memenuhi hasrat musuh-musuh Islam untuk melihat Umat Islam bersengketa sesama sendiri sehingga bermandi darah.   

Pencerobohan Sulu ini sebenarnya merupakan pelan susulan pihak-pihak tertentu setelah pertelegahan antara PAS dan UMNO yang berterusan sekian lama masih tidak menunjukkan tanda-tanda akan berlaku pertumpahan darah seperti yang diharapkan mereka.  Begitu juga dengan percubaan mencetuskan ketegangan kaum yang dipelopori DAP melalui isu Kalimah Allah, dan juga percubaan meniru pertumpahan darah di Dataran Tahrir melalui siri-siri demonstrasi juga telah gagal sama sekali. 

Jelas bahawa pihak Sulu tidak sedar bahawa mereka telah menjadi alat pihak asing dengan cara meletakkan nyawa mereka sendiri sebagai umpan.  Dalam keadaan tidak sedar itulah mereka yang selama ini dikenali sebagai bangsa yang �aman� tiba-tiba menjadi bagai dirasuk syaitan.  Kekejaman yang ditunjukkan amatlah dikesalkan memandangkan kerajaan Malaysia sentiasa berlembut dengan mereka sehinggakan setelah mereka melakukan pencerobohan juga, kerajaan masih menggunakan pendekatan diplomasi dan bukannya keganasan. 

Di kala umat Islam semakin hancur dek keganasan dan kerakusan musuh dan juga para pemimpin Islam sendiri, bangsa Sulu tidak seharusnya mengikut rentak yang sama.   Kehancuran yang berlaku seharusnya dijadikan pengajaran bukannya ikutan. 

Langkah kerajaan Malaysia membuktikan kematangan dan kprihatinan pemimpinnya manakala langkah Sultan Sulu membuktikan sebaliknya tentang kepimpinannya selain menyerlahkan sikap tidak rasional, hatta kejam, bangsanya.

Adalah tidak bijak bagi puak Sulu untuk mengambil kesempatan ke atas kematangan dan keprihatinan Malaysia kerana pastinya sebuah kerajaan yang matang dan prihatin juga, tidak akan membiarkan sahaja tentera dan rakyat negara ini menjadi mangsa kekejaman puak Sulu. 

Apa yang pasti, puak Sulu telah berjaya memenuhi hasrat musuh-musuh Islam untuk melihat umat Islam berbunuhan sesama sendiri. 

Sah! Gerila Dibunuh Di Sampoerna Orang Nur Misuari


Keangkuhan pengganas gerila Sulu yang turun dari bukit berdekatan selepas kes serangan hendap yang mengorbankan 6 orang anggota polis di Kampung Simunul, Sampoerna akhirnya menerima padah apabila dipukul sampai mati oleh penduduk tempatan.

Tindakan berani dan pro aktif sedemikian mencerminkan sikap patriotisme penduduk setempat kepada negeri dan negara. Ia juga satu luahan kebencian mereka terhadap keganasan yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh yang mengaku sebagai tentera Kesultanan Sulu itu.

Dalam pertempuran di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna sehari dua lalu, seramai 12 orang dilaporkan terbunuh di mana 6 orang daripadanya adalah polis Malaysia yang diserang hendap ketika menjalankan risikan di kampung terbabit.

Sementara 6 orang lagi yang terbunuh ialah pengganas Sulu termasuklah seorang daripada gerila itu dibunuh oleh penduduk tempatan.

Satu perkara penting di sebalik tindakan berani sekumpulan penduduk itu telah membawa kepada penemuan bukti kukuh yang mengesahkan kumpulan pengganas Sulu itu turut mendapat bantuan dan sokongan dari Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MILF) yang dipimpin oleh bekas Gabenor Mindanao, Nur Misuari.

Baru-baru ini Nur Misuari telah mengadakan pertemuan dengan rakannya iaitu Ketua Pembangkang Malaysia merangkap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Mengikut maklumat risikan tentera Filipina, antara perkara yang dibincangkan mereka berdua mempunyai hubung kait dengan perancangan PR untuk memberi kuasa autonami kepada Sabah dan peranan Kesultanan Sulu kelak sekiranya PR berjaya menguasai PRU 13.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin pembangkang, Jeffrey Kitingan juga pernah bertemu muka dengan seorang waris Kesultanan Sulu dan topik perbincangan juga berkisar pada autonomi kepada Sabah.

Lebih menariknya beberapa ketika selepas kedua-dua pertemuan tersebut ia dikuti dengan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu sekarang.

Ini nyata satu permainan politik yang tidak beretika sama sekali, tapi tidaklah begitu menghairankan bila mana dilihat pada rekod lampau PR yang pernah terlibat menganjurkan demonstrasi ganas di Bandaraya Kuala Lumpur sebelum ini.

Tidak syak lagi, apa yang berlaku sekarang mempunyai kaitan langsung dengan usaha politik kelompok tertentu dalam PR yang sanggup menggadaikan nyawa orang lain dan ketenteraman rakyat untuk kepentingan politik.

ANWAR DALANG PENCEROBOHAN SABAH KERANA GILAKAN KUASA

Insiden pencerobohan oleh kira-kira 180 pemberontak Filipina di Kampung Tanduo, Lahad Datu yang sehingga kini telah mengorbankan dua anggota keselamatan merupakan titik hitam di dalam sejarah Sabah.

Kumpulan penceroboh yang turut terdiri daripada 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar.

Walaupun tiga tempoh masa telah berlalu, kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Tentera Kesultanan Sulu dan menjadi pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III terus degil sehingga memaksa pihak keselamatan bertindak.

Selain dua anggota komando polis terbunuh, dan tiga cedera, 10 pengikut Sultan Sulu itu juga mati ditembak.

Malangnya dalam keadaan kerajaan Malaysia bertungkus lumus untuk mengelak pertempuran berdarah daripada berlaku serta menyelesaikan kemelut ini secara aman dan diplomatik, pembangkang pula cuba menangguk di air keruh.

Naib Presiden PKR, Tian Chua menuduh UMNO menjadi dalang di dalam insiden tersebut kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada masalah pendatang asing di Sabah.

Malah Tian Chua semakin celupar mulutnya apabila cubamengaitkan insiden Lahad Datu dengan insiden berdarah kumpulan Al Maunah di Bukit Jenalek, Sauk pada tahun 2000 yang didakwanya didalangi UMNO.

Apabila mereka tidak mampu untuk menjawab dakwaan agensi berita asing bahawa pihak pembangkanglah yang menjadi dalang kepada pencerobohan itu, PKR dengan cepat-cepat menuding jari kepada UMNO tetapi fakta yang menjelas menunjukkan kepada jalan cerita yang berlainan.

Pertama, portal berita Philippine Daily Inquirer melaporkan pihak perisikan Filipina telah mengenalpasti tiga kumpulan yang mendalangi insiden pencerobohan itu yang mana salah satunya adalah pihak pembangkang dari Malaysia.

Portal itu turut melaporkan bahawaseorang pemimpin utama pakatan pembangkang di Sabah yang intim dengan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan kumpulan penceroboh bersenjata terbabit di Sabah.

Portal itu juga memetik sumber risikan kerajaan Filipina yang mengatakan pertemuan berkenaan telah diadakan pada November 2012.

Ekoran daripada perbincangan sulit itu Sultan Sulu Jamalul Kiram III telah mengarahkan pengikutnya menceroboh Kampung Tanduo.

Siapakah yang telah mewakili pihak pembangkang dan isu apakah yang telah dibincangkan dengan Sultan Sulu hingga menyebabkan kumpulan bersenjata bertindak menceroboh Sabah?

Agensi perisikan Filipina memberi jawapan dengan mengatakan bekas Naib Presiden PKR, Dr Jeffrey Kitingan adalah pemimpin pembangkang yang terlibat dalam pertemuan sulit itu  Sultan Muidzullail T. Kiram, salah seorang pemerintah Kesultanan Sulu.

Sekitar masa yang sama satu pertemuan lain telah diadakandengan Tian Chua diutus oleh Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk mengadakan perbincangan dengan Nur Misuari, bekas pemimpin MNLF.

Kemungkinan besar kedua-dua perbincangan sulit itulah yang dirujuk oleh laporan portal Philippine Daily Enquirer yang menyatakan pihak pembangkang dari Malaysia memain peranan untuk mengapi-apikan kesultanan Sulu supaya menggunakan kekerasan berhubung isu tuntutannya ke atas Sabah.

Laporan agensi berita Reuters pada 14 Februari lalu memetik kenyataan seorang pegawai tentera Filipina yang mengatakan kehadiran kumpulan penceroboh itu di Lahad Datu adalah atas jemputan pihak pembangkang untuk berbincang mengenai isu tanah.

Dua hari selepas itu, akhbar Manila Times pula mendakwa Anwar sememangnya terbabit sebagai dalang dalam insiden tersebut apabila beliau dikatakan mencadang kepada Sultan Sulu bahawa Sabah akan diberi status autonomi sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13 kelak.

Tidak ada pilihan lain, Anwar terpaksa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan itu.

Seperti biasa konco ketatnya, Azmin Ali dengan segera mempertahankan kewibawaan bosnya tetapi alasan yahng diberi amat dangkal sekali.

Amat kelakar sekali dakwaan Azmin yang mengatakan UMNO telah mengguna media Barat untuk memburuk-burukkan pembangkang kerana bukankah selama ini media asing yang memberi gelaran 'darling of the West' kepada Anwar.

Bukankah Anwar dan pembangkang yang sentiasa bercakap kepada media asing di luar negara memburuk-buruk serta memfitnah Perdana Menteri dan kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan.

Bukankah juga Anwar sering mendapat jemputan media asing untuk ditemuranah dan ditonjolkan di kaca televisyen negara luar serta mengambil peluang itu untuk menunjukkan pembangkang ditindas di Malaysia dan kerajaan adalah zalim dan sebagainya?

Kali ini apabila pihak media asing menjalankan penyelidikan rapi dan mendapati Anwar serta pembangkang mendalangi insiden Lahad Datu, mengapa pula melenting dan meracau seperti orang gila?

Hakikatnya semakin hari semakin jelas peranan yang dimainkan oleh Anwar dari belakang tabir untuk memporak-perandakan negara hanya kerana kegilaannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Pembangkang sanggup menjadikan Sabah sebagai dadu dalam percaturan politik kotornya demi untuk meraih kuasa.

Anwar kini bermain api yang amat merbahaya kepada keselamatan dan kedaulatan negara tetapi sesiapa yang suka bermain api akan selalu terbakar dirinya sendiri.

ends

2 Mac 2013

Isu Kalimah Allah: Anwar Dakwa Hadi Menipu

Tika ini ramai ahli dan penyokong PAS yang belum kebas dari demam terkejut dan masih lagi dalam kebingungan gara-gara pendirian rasmi PR yang telah muktamad menggugurkan agenda perlaksanaan hukum hudud dari Manifesto PR.

Tambah mengeruhkan keadaan bila mana Manifesto PR tanpa agenda hudud itu turut disepakati dan diperakui oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Lebih parah lagi, tiga hari selepas Manifesto PR bertemakan "Pakatan Harapan Rakyat" dilancarkan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-4 di SACC Shah Alam, Selangor pada 25 Februari 2013 lepas, tak semena-mena Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tampil menyalahkan Hadi Awang berhubung kontroversi isu kalimah Allah.

Ketua Umum PKR itu mendakwa ketetapan bersama PR pada 8 Januari 2013 lalu untuk membenarkan kalimah Allah s.w.t diguna pakai oleh orang bukan Islam termasuklah untuk kegunaan kitab Bible versi Bahasa Melayu hanya dimuktamadkan selepas mendapat penerangan dan persetujuan Presiden PAS.

Maksudnya, PR tidak akan mengambil ketetapan sedemikian jika Hadi menerangkan perkara benar. Tapi disebabkan Hadi telah menyembunyikan kebenaran, akhirnya PR terjerumus ke kancah kontroversi. Ini dakwaan serius, ia seperti menuduh Hadi telah menipu Anwar dan PR.

Anwar juga menegaskan kenyataan rasmi yang diiktiraf sebagai dasar PR yang disepakati bersama berhubung isu itu juga dibaca dan ditandatangani sendiri oleh Hadi Awang sebagai mewakili PAS. Gayanya seperti Anwar mahu memberitahu khalayak yang kesilapan yang dilakukan oleh PR disebabkan Hadi.

PAS patut tampil ke depan mempertahankan maruah Presidennya, itu pun kalau terasa masih ada sekelumit keberanian untuk berdepan dengan Anwar. Tapi jika berdiam diri atau sekadar sepintas lalu sahaja menjawab dakwaan Anwar, bermakna betullah dakwaan itu.

Anwar memang akan sedaya upaya melepaskan dirinya dari dikaitkan dengan kesilapan pendirian PR dalam isu kesucian kalimah Allah s.w.t, dengan cara mengalihkan beban ke bahu Hadi. Itu kehebatan Anwar dalam bab spin sana sini. Hadi dan pemimpin PAS sahaja yang masih belum sedar.

Pun begitu, sama ada Anwar, Hadi mahupun PR dan PAS, kesemua mereka telah melakukan telah memilih pendirian dalam isu sensitif ini. Suka atau tidak, kenalah terima hakikat selagi PR kekal dengan pendirian 8 Januari 2013, selagi itulah amarah umat Islam akan terus menghantui PAS dan PR.

1 Mac 2013

Lahad Datu : Serbu Penceroboh, Tindakan Polis Adalah Betul

Berita yang baru diterima sebentar tadi berhubung insiden �penaklukan� Lahad Datu, yang mengakibatkan beberapa orang anggota keselamatan terkorban, begitu mengejutkan masyarakat di negara ini. Kemelut yang memakan masa hampir sebulan ini telah mengakibatkan Malaysia menjadi perhatian dunia berhubung pendekatan penyelesaian yang bakal diambil.

Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan oleh pihak kerajaan, antaranya melakukan rundingan demi rundingan dengan ketua penceroboh bersenjata bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Tambahan sekiranya isu ini tidak ditanggani dengan cara yang berkesan, ia boleh mengugat hubungan dunia hala antara kerajaan Malaysia dan Filipina.

Namun semua pendekatan tersebut menemui jalan buntu, bilamana pihak penceroboh tetap berkeras dan enggan menerima keputusan kerajaan. Kerajaan sebelum ini bertegas meminta mereka pulang ke negara asal sekaligus menghormati kedaultanan sesebuah negara.

Namun disebalik kesedihan itu, tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak keselamatan negara atas tindakan yang diambil terhadap kumpulan penceroboh bersenjata itu. Dan yang paling penting, ia dilakukan setelah kerajaan dan pihak keselamatan negara mengunakan semua pendekatan dan ruang perbincangan.

Menurut sumber, kejadian serangan bermula ketika pihak keselamatan negara yang sedang berkawal di salah satu pos kawalan di sekitar Kampung Tanduo diserang oleh pihak penceroboh bersenjata. Selain senapang dan mesingan, pihak penceroboh turut dilaporkan menyerang pihak keselamatan dengan mengunakan mortar.

Apa yang menyedihkan, ada di kalangan pencacai pembangkang yang mempertikai tindakan tersebut dengan menyalahkan kerajaan dan pihak keselamatan negara di atas serangan tersebut. Namun ia bukanlah satu perkara yang pelik, kerana sudah menjadi resam pembangkang untuk �spin� apa sahaja isu yang boleh digunakan semata-mata untuk merosakkan imej dan kredibilti kerajaan.

Sedangkan pada hakikat, sekiranya benar pihak berkuasa bertindak gopoh dan terburu-buru untuk menamatkan kemelut pencerobohan ini, sudah pasti strategi kumpulan penembak tepat akan digunakan. Ia bukan sahaja dapat mengelakkan nyawa pihak keselamatan negara dari menjadi korban, namun di masa yang sama ia akan dapat diselesaikan tanpa perlu mengambil masa yang lama.
Dengan kelengkapan kepakaran dan peralatan terkini yang dimiliki oleh pihak tentera, bukanlah satu perkara yang mustahil buat kerajaan untuk segera bertindak. Namun sekiranya tindakan tersebut di ambil, maka sudah pasti pihak kerajaan khususnya Datuk Seri Najib akan dikecam oleh masyarakat dunia yang sentiasa cemburu dan iri hati dengan pencapaian negara selama ini.

Dan apa yang pasti, pada ketika itu, para pencacai pembangkang akan turut sama mengambil kesempatan untuk mengkritik kepimpinan kerajaan, kononnya telah gagal menanggani kemelut pencerobohan ini dengan cara yang berkesan. Anwar pula pada ketika itu, yang telah lama merasa kononnya dirinya adalah pilihan yang terbaik bagi menerajui kepimpinan Putrajaya akan memgeluarkan kenyataan menyelar tindakan tersebut.

Isu yang pada mulanya berpunca dari pendekatan dan perancangan sulitnya dengan pemimpin kumpulan penceroboh bersenjata akhirnya telah bertukar menjadi konflik antarabangsa. Dan sekiranya gagal, kerajaan akan dijadikan sebagai kambing hitam, bagi menanggung semua masalah cipntaannya ini.

Oleh yang demikian, sekali lagi diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan dan pihak keselamatan negara diatas kecekapan dalam menghadapi kemelut ini.