25 Apr 2013

Polis Sudah Dapat Kertas Undi: Cybertroopers PR Cuba Timbulkan Kekeliruan Tentang Undi Pos


Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz awal-awal lagi sudah berpesan dan mendedahkan rancangan sulit PKR untuk menimbulkan huru-hara dalam PRU13 akan datang. Rancangan sulit ini cukup teratur dan terancang oleh PKR dan disokong beberapa NGO di belakang mereka yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian.

Mereka telah diberi latihan kepada Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/Barong oleh NGO yang dipanggil Tindak Malaysia. Mereka diajar bagaimana untuk mewujudkan suasana tegang di beberapa kawasan yang telah dipilih kononnya untuk mengawal kesulitan undi.

Mereka ini diajar supaya menjadi vokal dan mencabar Ketua Tempat Mengundi dalam usaha mewujudkan rasa tidak puas hati pengundi kepada SPR. Mereka ini diajar bukan sahaja di tempat-tempat tertentu milik kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan, malah sebahagian besar latihan telah diadakan di gereja-gereja.

Ini semua hanya mempunyai satu matlamat iaitu menerbitkan persepsi negatif terhadap SPR yang kononnya tidak adil. Jangkaan serangan adalah sewaktu pilihan raya tetapi rupa-rupanya mereka telah mula menyerang sebaiknya sahaja penamaan calon selesai.

Semalam segelintir pengguna media sosial pro-pembangkang menyebarkan tweet kononnya anggota polis telah mendapat kertas undi sebelum 30 April. Mereka mendedahkan kononnya anggota polis itu telah menunjukkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya.

Ini adalah strategi cybertroopers pembangkang untuk mencalit kredibiliti SPR seperti yang biasa mereka gunakan. Tetapi anehnya, sehingga ke saat ini, mereka tidak membuat sebarang laporan polis dan atau merujuk kes ini kepada pihak SPR.

Peguam-peguam handalan PKR seperti N. Surendren, Latheefa Koya, Sivarasa dan pengarah Strategi, Rafizi Ramli tidak mengambil sebarang inisiatif dan hanya berdiam diri. Ini menunjukkan mereka juga tidak dapat untuk mensahihkan berita yang diputar belitkan ini walaupun mereka kaki belit.

PDRM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mematahkan fitnah-fitnah PR ini. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, polis akan menyiasat termasuk memanggil mereka yang terbabit dalam menyebarkan maklumat palsu itu.

Polis mempunyai kuasa memanggil dan mengambil keterangan mereka yang didapati menyebarkan maklumat tidak benar dan boleh mendakwa mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Cukup-cukuplah puak-puak pakatan haram ini menyebarkan fitnah. Salam 1Malaysia Tolak Fitnah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan