25 Okt 2013

TERAS BAJET 2014 BAJET RAKYAT ATASI KOS KEHIDUPAN



Bajet 2014 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan belanjawan yang dekat di hati rakyat.

Ini kerana kerajaan pimpinan beliau memahami sekali masalah yang menimpa rakyat terutamanya berhubung kenaikan kos kehidupan yang semakin mencabar.

Keadaan ini lebih jelas khususnya di kawasan bandar di mana peningkatan kos kehidupan lebih dirasai.

Sebagai kerajaan yang merasai denyut nadi rakyat bawahan, pelbagai rancangan dan program telah di laksanakan bagi meringankan beban.

Terbaru keputusan kerajaan untuk memperluaskan lagi jaringan dan jumlah Kedai Rakyat 1Malaysia atau KR1M kepada 99 buah di seluruh negara.

Pelaksanaan KR1M di bawah program tranformasi kerajaan telah berjaya memperkenalkan skim jualan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan dan mampu dibeli oleh golongan berpendapatan rendah.

Golongan inilah yang selalunya terkesan daripada sebarang kenaikan barangan atau bahanapi kerana mereka merupakan kelas pengguna atau pembeli yang terbesar dalam ekonomi negara.

Oleh kerana itu dalam mana-mana program atau dasar yang digubal dan ingin dilaksanankan, kerajaan tidak pernah melupai golongan marhaen ini.

Sebelum ini kerajaan telah melaksanakan bermacam-macam program seperti memansuhkan yuran sekolah, skim buku teks percuma serta bantuan persiapan persekolahan seperti beg sekolah, kasut, baju kepada murid-murid daripada golongan miskin dan tidak mampu.

Begitu juga Bantuan Rakyat 1Malaysia yang telah diperkenalkan sejak tahun 2012 dan diteruskan pada tahun ini dengan pemberian sebanyak RM500 seorang kepada mereka yang layak.

Malah kerajaan telah berjanji untuk meneruskan pemberian BR1M pada tahun depan dan tahun seterusnya dengan kemungkinan jumlah yang lebih besar dan kepada bilangan penerima yang lebih ramai.

Jumlah dana yang terlibat bukannya sedikit kerana ia membabitkan berbilion ringgit.

Pembangkang sentiasa ingin meracuni pemikiran rakyat dengan mengatakan pemberian BR1M adalah satu pembaziran dan bermotifkan politik.

Pembangkang seperti pandai berkokok ke sana sini dengan menggunakan modal air liur sahaja tetapi gagal membuktikan kemampuan mereka untuk mewujudkan program atau rancangan yang membangunkan ekonomi rakyat dan juga negara.

Jika BR1M adalah satu pembaziran nescaya kerajaan akan mengalami defisit yang mungkin menjejaskan ekonomi negara.

Sebaliknya ekonomi negara tidak terjejas malah bertambah mantap dan kukuh dengan program-program baru ekonomi yang diperkenalkan.

Hakikatnya BR1M atau mana-mana program transformasi yang diperkenalkan sudahpun melalui proses saringan dan penilaian yang teliti sebelum ia dilaksanakan.

Ia bukannya satu program yang sembrono atau 'tangkap muat' yang hanya difikirkan secara melulu dan terburu-buru.

Sebab itulah jumlah dana mencukupi dan berjaya disasarkan kepada golongan yang dikehendaki tanpa sebarang masalah atau risiko kepada ekonomi negara.

Belanjawan kelima yang dibentangkan Datuk Seri Najib sejak menjadi Perdana Menteri akan memastikan kebajikan rakyat terus dijaga dengan baik.

Kerajaan Barisan Nasional telah berjaya membangunkan negara terus menerus sejak 56 tahun lalu dan rakyat sentiasa menjadi teras kepada sebarang perancangan negara.

Ini kerana negara tidak mengecapi pembangunan yang begitu pesat seperti yang dinikmati sekarang jika taraf sosioekonomi rakyat tidak ditingkatkan juga.

Inilah resipi kejayaan kerajaan BN selama ini kerana ia mampu mengimbangi arus pembangunan negara selari dengan pembangunan modal insan yang menjadi tulang belakang kepada momentum perkembangan ekonomi.

Bajet 2014 akan memberi fokus secara spesifik kepada program-program yang mampu meringankan keperitan kos kehidupan yang meningkat.

Malaysia sebagai negara yang mengamalkan ekonomi pasaran terbuka tidak terlepas daripada menerima kesan daripada kemelut dan krisis kewangan global.

Jika ekonomi Amerika Syarikat atau Eropah merosot atau merudum, negara ini juga menerima kesan langsungnya kerana aktiviti perdagangan dua hala akan terjejas.

Pada 2009 Amerika mengalami krisis subprima sektor perumahan yang amat kritikal sekali namum ekonomi Malaysia tidak banyak terjejas disebabkan pelaburan modal luar negara tidak banyak terdedah kepada pasaran hartanah negara ini.

Kemampuan negara melindungi ekonomi subprima Amerika adalah hasil daripada tindakan bijak pengurusan kewangan kerajaan yang berhati-hati dalam membuat pelaburan di luar negara.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Wajarkah Kakitangan Awam Diberi Cuti Sebulan Kerana Kematian Suami?


 
Keputusan kerajaan Kelantan untuk memberi cuti selama sebulan dengan gaji penuh kepada kakitangan awam wanita yang kematian suami mendapat berbagai reaksi di kalangan rakyat.   Sebelum ini, cuti bagi kes kematian suami hanyalah tiga hari. 
 
Selain gaji penuh, turut dibayar ialah insentif khas bagi membantu mereka menguruskan perkara berkaitan kewangan setelah hilang tempat bergantung.  Jumlah cuti yang lama turut bertujuan memberikan mereka ruang untuk menyesuaikan diri dari segi emosi dalam menghadapi kehilangan dan perubahan yang perlu dilakukan dalam hidup. 
 
Menurut kerajaan Kelantan, keputusan ini adalah menepati kehendak syariah. 
 
Beberapa pihak melihat keputusan kerajaan Kelantan ini bersifat tidak realistik dari sudut produktiviti organisasi.  Walaupun memahami kesukaran yang perlu dihadapi oleh wanita yang kematian suami tetapi jumlah cuti bergaji sehingga 30 hari adalah terlalu lama.  
 
Jika hujah Mumtaz Md. Nawi  iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Kelantan diambilkira iaitu, kes kematian suami amat jarang berlaku dan secara amnya hanya akan berlaku sekali bagi setiap penjawat wanita, maka ia wajar diambil sebagai kes terpencil yang lebih memerlukan budi-bicara mengikut kes masing-masing. 
 
Cuti tiga hari mungkin terlalu pendek dan sebulan pula adalah terlalu panjang.    Jika diikutkan hati manusia, pastinya cuti selama-lamanya juga tidak akan membantu menghapuskan dukanya. 
 
Jangka masa yang diperlukan untuk seseorang untuk bangun kembali adalah berbeza-beza mengikut tahap kekuatan diri, jumlah tanggungan yang terlibat serta urusan-urusan harian.   Sikap seseorang itu juga adalah berbeza-beza di mana sebahagian dari manusia memerlukan aktiviti dan kesibukan bagi menangani kedukaannya.  Dalam kes seperti ini, rakan-rakan pejabat boleh membantu meringankan kesedihan.  Oleh itu, dengan kembali ke pejabat lebih awal, akan membantu beliau mengalihkan perhatian dari terus melayan emosi sekali gus, bangun kembali. 
 
Secara dasarnya, tempoh masa seminggu adalah sesuai untuk memberikan seseorang itu masa untuk menerima hakikat apa yang berlaku, manakala seminggu lagi digunakan untuk urusan yang perlu dalam menghadapi kelainan hidup. 
 
Cuti yang terlalu lama boleh juga membawa keburukan di mana yang terlibat akan menjadi murung melayan perasaan seorang diri tanpa aktiviti yang boleh membantunya melupakan apa yang terjadi.  Ia juga mampu menjejaskan kualiti dan prestasi kerjanya akibat terlalu lama bercuti. 
 
Justeru, dua minggu dilihat sebagai tempoh yang paling sesuai bagi pihak yang terlibat dan juga organisasi.  Sekiranya ada yang memerlukan masa yang lebih, maka beliau perlu memohon cuti tahunan seperti biasa ataupun cuti tanpa gaji. 
 
Pun begitu, selain prosedur bertulis, budi bicara Ketua juga amat penting dalam menentukan apa yang terbaik untuk pekerjanya.   Ini kerana apabila berurusan mengenai emosi manusia, ia tidak harus tertakluk kepada satu garis panduan yang rigid kerana manusia adalah berbeza-beza.  
 
Tindakan yang terbaik ialah mengambil jalan tengah di antara pihak balu dan juga jabatan awam yang terlibat.  Justeru, separuh dari 30 hari yang diputuskan oleh kerajaan Kelantan dilihat sebagai lebih realistik dan sesuai untuk digunapakai. 
 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

PRK Sungai Limau:  Menghayati Makna ‘Berani Hijrah’


 
Kempen BN di Sungai Limau di bawah pimpinan Dato' Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi BN Kedah memperkenalkan slogan 'Berani Hijrah' dalam strategi mendekati masyarakat kawasan tersebut.   Slogan tersebut dilihat selaras dengan slogan 'Berani Berubah' yang dibawanya dalam kempen pemilihan UMNO sebelum ini. 
 
Hijrah dan berubah yang dimaksudkan pastilah merujuk kepada sesuatu yang lebih baik.  Namun, tanpa sebarang kupasan, tentu sukar bagi masyarakat Sungai Limau untuk memahaminya secara mendalam. 
 
Mungkin ramai yang melihat perkataan 'ubah', 'perubahan', 'transformasi', 'reformasi' atau 'hijrah' adalah sekadar bermakna bertukar dari satu parti ke parti lain atau satu individu ke individu lain.   Mungkin ada yang berfikir lebih sedikit dan melihatnya sebagai satu usaha untuk menambahbaik atau menukar sistem atau cara pentadbiran. 
 
Namun, 'hijrah' yang dimaksudkan oleh Dato' Mukhriz adalah melangkaui apa yang dapat dilihat dengan mata kasar.  Bagi memahaminya, kita perlu melihat dari keperibadian Dato' Mukhriz sendiri yang terkenal sebagai lelaki budiman.   Ini satu hakikat yang tidak dapat dinafikan walaupun oleh musuh-musuhnya sepertimana musuh-musuh bapanya tidak boleh menafikan kebijaksanaan Negarawan Ulung itu. 
 
Dato' Mukhriz tidak pernah 'terlepas laku' sepertimana beberapa pemimpin kita hari ini. Kita tidak dapat membayangkan beliau berkasar, apatah lagi memaki hamun atau menjerit melompat dalam apa jua keadaan atas alasan 'berjuang'.  Beliau pernah diherdik secara berhadapan oleh ahli PAS, tetapi beliau hanya tersenyum.  Beliau sering menjawab sindiran dengan lembut.  Apabila beliau menyerang, beliau menyerang dengan fakta, itu pun dengan lembut juga iaitu kualiti yang pastinya diwarisi dari Tun Mahathir yang dikasihi. 
 
Namun, dalam kelembutan Tun Mahathir terdapat senjata yang tajam untuk membalas serangan manakala Mukhriz belum ada keperluan untuk berbuat demikian ataupun belum masanya lagi.  Oleh itu, sifat itu belum dapat dilihat dalam dirinya atau kemungkinannya tidak ada.   Tidak mungkin beliau mewarisi bapanya seratus peratus. 
 
Dalam masyarakat British, lelaki budiman seringkali dirujuk kepada golongan bangsawan iaitu yang lahir dari keturunan yang dihormati, selalunya berdarah diRaja. Golongan ini perlu menjaga tuturkata dan adab sopan serta tidak akan sekali-kali menggunakan kata-kata kesat kerana ia akan menjatuhkan maruah mereka. 
 
Mungkin kerana sifat Dato' Mukhriz yang budiman, maka beliau turut dirujuk sebagai golongan bangsawan. 
 
Masyarakat kita seringkali tersalah mentafsirkan perkataan 'bangsawan' atau ada juga yang merujuknya sebagai 'elit'.  Ada yang menyangka ia merujuk kepada 'orang-orang kaya' tak kira apa latarbelakangnya dan bagaimanapun sikapnya.  Hakikatnya, seorang bangsawan sebenar pastinya seorang yang budiman.  Manakala, seorang kaya tidak semestinya seorang budiman dan seorang budiman tidak semestinya seorang bangsawan dan tidak semestinya kaya. 
 
Hari ini, sukar sekali untuk kita mencari lelaki budiman tidak kira dari golongan bawahan mahupun atasan.  Hari ini kita melihat anak-anak pemimpin yang kaya raya juga terjerit-jerit, menyombong atau mengherdik orang sesuka hati.   Di kalangan remaja biasa juga, adab sopan sudah semakin terhakis terus.  Malah, pemandu teksi di Malaysia telah 'dinobatkan' oleh majalah antarabangsa sebagai paling biadab di dunia! 
 
Di dalam politik juga sama saja, yang samseng, yang 'taiko' dihormati manakala yang dedikasi, bijak dan kurang bercakap dipandang sepi.  Maki hamun dan cakap-cakap lucah sudah menjadi perkara biasa di mana-mana saja.  Mungkin ada yang menganggap ini sesuatu yang elok kerana tiada lagi 'kasta' antara bangsawan dengan tidak. 
 
Justeru, Malaysia semakin hari semakin hilang kehormatannya.  Sedikit demi sedikit kita mengundur ke belakang dari segi ketamadunan dan kemanusiaan.  Sedangkan di dalam Islam, manusia yang tinggi darjatnya adalah manusia yang beradab. 
 
Maka inilah 'Hijrah' yang perlu dilakukan iaitu ke arah menjadi manusia yang lebih baik. Tidak guna 'berebut' perkataan Islam atau mempertahankan Kalimah Allah jika diri sendiri bersikap bagai manusia di zaman jahiliah.  Apa ada pada jubah, serban dan tudung kepala jika tutur kata bersalut najis?  
 
Kita percaya, masyarakat Sungai Limau mampu melakukan hijrah ini bersama Dato' Mukhriz.  Tolaklah mereka-mereka yang gemar memaki-hamun.  Ingatlah bagaimana mereka memaki Almarhum Tan Sri Azizan ketika sihat sehinggalah ketika beliau terlantar sakit dan seterusnya tenat, hanya kerana mereka tidak dapat merebut jawatannya. 
 
Walaupun beliau merupakan musuh politik, tetapi Dato' Mukhriz tidak sanggup membiarkan nama beliau diaibkan, dan Dato' Mukhrizlah yang tampil membela beliau di dalam Dewan.  Ini boleh dirujuk sendiri dalam hansard DUN Kedah.
 
Inilah keperibadian pemimpin Islam sebenar iaitu menolak mengaibkan musuh, menolak kempen dengan cara memfitnah dan maki hamun serta enggan menjawab serangan peribadi kerana ia tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun jua. 
 
InsyaAllah, Allah SWT akan memberkati masyarakat yang beradab.  Ingatlah bahawa adab adalah dakwah yang pertama dan paling terkesan kepada manusia berbanding ceramah.  

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Lebih Ramai Ahli Pas Akan Mengundi BN


 
Berdasarkan beberapa pemerhatian dan perkongsian maklumat yang dikumpulkan sepanjang perjalanan PRK Sungai Limau ini, dapat dijangkakan Barisan Nasional mempunyai peluang cerah untuk merampas kerusi tersebut yang sekian lama milik PAS. 
 
Terdapat beberapa faktor yang diberi perhatian dan jelas ianya berpihak kepada BN termasuklah faktor calon yang dipertandingkan pada PRK ini. 
 
Pertamanya, calon yang dibawa PAS dalam PRK kali ini dilihat kurang dikenali berbanding penyandang kerusi ini dahulu, arwah Tan Sri Azizan. 
 
Ini tidak memberikan kelebihan kepada PAS berbanding calon BN yang lebih dikenali dan mudah mesra dengan penduduk sekitar Sungai Limau. 
 
Walaupun difahamkan calon PAS merupakan anak jati kampung tersebut, tetapi ternyata hasil tinjauan yang dilakukan wartawan yang berada di lokasi PRK, Ustaz Azam Samat tidak begitu dikenali penduduk setempat berbanding calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim. 
 
Penduduk di sekitar kawasn itu juga lebih berminat untuk mempunyai Adun yang berpendidikan tinggi seperti mantan Adun Sungai Limau, arwah Ustaz Azizan.
 
Sudah pasti, pendidikan merupakan antara faktor penting yang diberi perhatian tidak kira sama ada oleh parti mahupun rakyat. 
 
Ini kerana, pendidikan dapat menjamin pentadbiran yang baik dan lebih bermutu untuk memastikan masyarakat setempat mendapat pembangunan dan kemajuan yang sepatutnya. 
 
Dikatakan juga, beberapa ahli PAS dari Pusat Daerah Mengundi (PDM) Matang Buloh, Sungai Dedap, Gelam Tiga dan Bukti Choras turut sama menyokong calon yang berpendidikan seperti Ustaz Azizan dahulu. 
 
Malah, penyokong PAS di Pondok Pak Ya juga dikatakan menyokong calon BN ekoran Dr Sohaimi merupakan salah seorang bekas tenaga pengajar di sekolah pondok tersebut. 
 
Ini menunjukkan peluang cerah BN mendahului hati masyarakat setempat dalam memastikan kerusi Sungai Limau kembali menjadi milik BN. 
 
Dalam perkembangan yang sama, berdasarkan rekod yang sedia ada, ahli Umno di Sungai Limau berjumlah 7,833 orang. Namun, jumlah undi yang diperoleh oleh BN pada PRU13 yang lalu berjumlah 10,540 melebihi jumlah ahli Umno di kawasan tersebut. 
 
Dan dijangka pada PRK kali ini, akan lebih ramai ahli PAS yang bakal berhijrah menyokong BN dan berdasarkan faktor-faktor ini dan pemerhatian yang dijalankan, PAS dilihat perlu bekerja keras untuk berkempen sebelum hari pengundian tiba pada 4 November nanti. 

24 Okt 2013

Dulu Benci, Kini Arwah Azizan DIjadikan Hero Kempen


Selesai sudah penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Sungai Limau dan sekarang adalah masa untuk berkempen bagi kedua-dua calon Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Namun, apa yang mengecewakan, tindakan PAS yang menggunakan bekas Menteri Besar Kedah, Arwah Tan Sri Azizan sebagai modal untuk berkempen.
 
Sedangkan umum tahu konflik yang terjadi di Kedah sewaktu di bawah pentadbiran arwah yang kerap menjadi kecaman PR kerana mengamalkan dasar sama rata kepada semua pihak.
 
Dahulu, Pharolrazi kerap menyelar segala tindak tanduk arwah sehingga melancarkan perang saraf bagi menentang tokoh politik yang berjiwa besar itu.
 
Apa yang terjadi sekarang, seumpama tidak mempunyai perasaan, arwah dijadikan modal kempen walaupun masa hidup beliau dipenuh dengan tentangan dari ahli parti sendiri termasuk parti komponen PR itu.
 
Terdesak sehingga menggunakan kebaikan arwah untuk mendahului hati pengundi di kawasan Sungai Limau kerana penduduk di situ merupakan penyokong kepada Ustaz Azizan.
 
Kalau dahulu, apa sahaja cara digunakan untuk mencantas bekas Menteri Besar itu sehingga satu masa, beliau dikatakan merajuk dengan mereka.
 
Masa hidup, tidak dikenang. Tetapi apabila beliau sudah lagi tiada, segala kebaikan dibawa naik untuk disampaikan bagi pihak parti untuk mempertahankan kerusi di Sungai Limau itu.
 
Orang yang bijak akan dapat menilai kebodohan PAS terutamanya dalam hal ini, mereka dilihat terlalu bermuka-muka dan menngunakan kesempatan dalam kesempitan.
 
Terlalu taksub untuk mempertahankan kerusi yang selama ini milik PAS sehingga tidak memikirkan secara waras dan matang berkenaan tindakan mereka.
 
Tidak teringatkah dahulu mereka yang kerap mengecam dan menindas arwah, tapi sekarang cuba untuk menjaja nama beliau bagi kepentingan politik.
 
Sah-sah sudah jauh menyimpang dengan dasar perjuangan PAS yang membawa agama Islam sebagai asas perjuangan dalam parti kalau menghormati arwah juga tidak pernah tejadi ketika beliau masih bernyawa.
 
Rakyat sudah pasti tidak bodoh untuk menilai situasi ini, bukan untuk berkempen, tetapi memikirkan dasar kemanusiaan dan sikap mereka yang tidak berperasaan ini membuatkan orang bertambah jengkel dan meluat dengan PR.

28 Sep 2013

Tiada Alasan Moral Untuk Nasihat Berkenaan Integrit

Baru-baru ini, media tempatan dan media asing dengan sewenang-wenangnya menggelarkan negara-negara tertentu sebagai korup dengan menggunakan "kajian" yang dilaksanakan oleh Ernst & Young sepertimana yang mereka laporkan di "Asia-Pacific Fraud Survery Report Series 2013" (Laporan Kajian Penipuan Asia-Pasifik 2013). Yang paling mengecewakan ialah kebanyakkan media tempatan tidak menjalankan kajian menyeluruh terhadap laporan-laporan tersebut sebelum menulisnya di dalam portal atau suratkhabar mereka. Ada diantara tajuk yang digunakan oleh pihak media berkenaan report tersebut memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara yang paling korup. Ada juga menceritakan bagaimana Malaysia adalah sebuah negara yang paling lemah apabila berhadapan dengan penipuan korporat  dan juga perihal syarikat Malaysia yang bersedia untuk membuat kerja sambil lewa.
            Secara realistik, laporan yang dijadikan sebagai rujukan itu mengandungi terlalu banyak kesalahan dan ia mengejutkan kerajaan dan rakyat sesebuah negara yang dibicarakan didalam laporan tersebut. Kebanyakkan negara yang terkena tempias laporan kurang tepat ini mengambil langkah tidak mempedulikan laporan tersebut.
            Walaupun syarikat yang mengeluarkan report tersebut adalah syarikat perakaunan, ia tidak bermaksud bahawa keputusan yang diwar-warkan oleh mereka adalah sempurna dan tepat. Sayangnya, untuk kes ini, tiada maklumat tepat dapat diberikan oleh firma tersebut . Para pengkaji yang menjalankan kajian ini biasanya akan terpengaruh dengan dunia luar, faktor dalaman, kehendak agar "laporan" mereka akan dikeluarkan, menaikkan taraf karier mereka, menerima dana dan juga untuk memenangi sesuatu pemilihan parti politik.
Menggunakan Metodologi Kajian Yang boleh dipertikai.

Sampel Size.
Suruhanjaya yang diterajui oleh EY dan dilaksanakan oleh Asia Risk, dan projek Asia-Pacific Fraud hanya mendapat 681 undi dikalangan eksekutif, manager pengurusan, dan pekerja "call center" yang telah bermula dari March kepada May 2013 dan ini meliputi semua negara di Asia-Pasifik seperti Australia, China, Indonesia, Malaysia, New Zealand, Singapore, South Korea dan Vietnam.
Sampel Size untuk Malaysia adalah hanya 103 eksekutif. Bolehkah pemandangan 103 eksekutifmenjadi wakil tahap integriti persekitaran perniagaan? Bagaimana kuat, tepat, dan boleh dipercayai daripandangan ini 103 elit eksekutif untuk mengeluarkan laporan mengatakan bahawa:
 
 
... amalan rasuah dan korupsi  berleluasa di Malaysia. 39% daripada responden mengatakan bahawa amalan rasuah atau korupsi berlaku secara terang-terangan dan meluas di Malaysia, ianya hampir dua kali ganda di Asia Pasifik dibawah kadar purata 21%. Tambahan pula, 29% daripada responden mengatakan bahawa amalan rasuah atau korupsi telah meningkat disebabkan oleh keadaan ekonomi yang sukar dan persaingan yang meningkat, ianya merupakannegara ketiga tertinggi di kalangan negara-negara yang dikaji.
103 orang yang membuat survey jika dibandingkan dengan 20.24 juta rakyat Malaysia hanyalah berkadaran 0.0003522571% sahaja dari populasi warganegara Malaysia. Adakah dengan menggunakan nisbah ini Ernst and Young mempunyai hak untuk menyatakan apa-apa "fakta" mengenai kadar rasuah dan korupsi yang sedang berlaku di Malaysia?
Kaedah Persampelan:
Laporan tersebut juga tidak menyatakan bagaimanakah kaedah persampelan digunakan untuk mengenalpasti 103 eksekutif yang diambil buah fikiran mereka untuk dizahirkan didalam laporan tersebut. 
Apa yang dinyatakan hanyalah "sample kajian telah direka untuk mengambil kira pandangan staf yang mempunyai tanggungjawab untuk menangani penipuan, rasuah dan hal-hal pematuhan korporat di syarikat multinasional, syarikat domestik dan GLC. Ini termasuk dari sektor Minyak dan Gas, Perkhidmatan Kewangan, Teknologi, Ekuiti Persendirian, Peruncitan, Hospitaliti, Galian dan Mineral.
Ungkapan "sampel mengundi telah direka untuk mendapatkan pandangan staff" melemahkankebolehpercayaan kerana ia adalah pengakuan yang jelas bahawa kaedah persampelan tersebut telah gagal  dari awal. Ia kemungkinan besar dilaksanakan dengan bertujuan untuk mendapat sesuatu keputusan yang mereka sendiri telah jangkakan.
Sepatutnya, kajian dipercayai MESTI menggunakan sampel rawak, menggunakan saiz sampel yang sesuai, mengelakkan berat sebelah, dan mesti dijalankan oleh penyelidik yang kekalobjektif dan tidak terpengaruh oleh pembiayaan atau keinginan untuk mendapatkan keputusan yang tertentu. Kaedah rawak dalam persampelan adalah penting untuk memastikan kesahihanpenyelidikan. Ini tidak berlaku di dalam kajian ini kerana ianya terlalu berat sebelah.
Siapa peduli dengan apa yang dikatakan oleh Ernst and Young:
Lanjutan daripada laporan tersebut 21% daripada responden mengatakan bahawa mereka tidak yakin dengan prosedur dalaman syarikat mereka sendiri untuk menangani masalah penipuan. Hanya sebahagian kecil mereka yang terlibat dengan kajian tersebut yang mengharapkan teknik atau kaedah lain untuk menangani masalah penipuan. Contohnya, hanya 12% daripada responden mengatakan penggunaan teknologi dan sains sepeti forensic adalah salah satu cara terbaik untuk menangani penyelewengan.
Who doesn't know a research finding is less likely to be true when the studies conducted in a field are smaller?
Telah terbukti bahawa Laporan Kajian Penipuan Asia-Pasifik 2013 penuh dengan bias, dari awal penyelidikan dijalankan sehinggalah ayatnya yang terakhir. Kita boleh melihat bagaimana gabungan reka bentuk pelbagai , data, analisis, dan faktor-faktor pembentangan telah dimanipulasi untuk menghasilkan hasil penyelidikan mengikut citarasa mereka apabila keputusan yang mereka mahukan tidak dapat dihasilkan . Lihatlah kaedah dan analisis atau laporan keputusan . Jelas sekali , laporan itu memaparkan laporan terpilih atau diputarbelitkan untuk meunjukkan bahawa ianya adalah hasil daripada sebuah kajian yang neutral.
Instrumen penyelidikan:
Laporan itu tidak mendedahkan instrumen kajian yang digunakan. Apa yang kami boleh simpulkan ialah penyelidik mereka meminta responden untuk
 "pendapat mereka mengenai apa usaha sedang diambil berjaya untuk mengurangkan risiko tersebut. Semua peserta kajian kami bekerja di syarikat-syarikat dengan perolehan melebihi USD500 juta dan industri yang terdiri daripada industri perkhidmatan kewangan, dari runcit kepada sumber-sumber semula jadi. "
Adakah ini dilakukan melalui soal selidik bebas atau dikawal ? Selain itu, adakah ia melalui temu bual berstruktur atau tidak berstruktur ? Adakah soalan-soalan terbuka  atau tertutup ? Setiap jenis  instrumen penyelidikan mempunyai kelebihan tersendiri dan peraturannya. Pendek kata kita sebenarnya tidak tahu dan tidak diberitahu tentang bagaimana kaedah penyelidikan dijalankan. Seolah-olah menghina kepintaran kita, semua yang dinyatakan seolah-oleh tidak dijalankan dengan lebih mendalam dan serius.
Sememangnya laporan seperti ini tiada nilai. Negara-negara yang disebut dan digambarkan negatif termasuk Malaysia, Singapura , Australia, China, Indonesia , New Zealand , Korea Selatan dan Vietnam, akan merasa tersinggung dengan tuduhan yang dilemparkan kepada mereka. Tindakan undang-undang perlu dilaksanakan terhadap firma tersebut yang berniat buruk terhadap negara-negara ini.
Kesimpulannya , laporan keseluruhan adalah mereka hanya bermain dengan kata-kata dan taktik kotor dalam cubaan mereka untuk meningkatkan prestij syarikat. Pada hakikatnya, usaha itu adalah bencana. Kajian ini perlu dibuang kedalam tong sampah, kerana ia tidak mencapai standard yang sepatutnya ada di dalam mana-mana penyelidikan.
Dengan standard yang rendah di dalam penyelidikan, Ernst & Young tidak mempunyai alasan moral untuk mengajar apa-apa tentang rasuah kepada negara-negara di rantau Asia. Chris Fordham , Rakan Kongsi Pengurusan Ernst & Young (Unit Perkhidmatan Siasatan Penipuan & Pertikaian Perkhidmatan untuk Asia Pasifik), telah memberikan kata pengantar untuk kajian ini.Setelah bekerja di sebilangan besar siasatan forensik , dan penipuan, rasuah dan anti- pengubahan wang haram penglibatan perunding risiko, siapa yang akan menjangka bahawa standard yang dikeluarkan oleh beliau untuk penyiasatan penipuan tidak mematuhi aspek kebolehpercayaan dan kesahihan di dalam keputusan kajiannya. Perbuatan untuk mengedarkan kajian yang cacat seperti itu adalah salah dan tidak professional. Sekiranyan Ernst & Young ingin membuat apa-apa lagi kajian mereka hendaklah sentiasa mengamalkan integriti yang tinggi, kadar pendapat yang meluas, kebolehpercayaan dan kesahihan.
 

14 Sep 2013


MAJLIS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
OLEH
YAB DATO' SRI MOHD NAJIB BIN TUN HAJI ABDUL RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA
PADA 14 SEPTEMBER 2013 (SABTU),
JAM 10.00 PAGI,
BERTEMPAT DI DEWAN AGONG TUANKU CANSELOR,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM, SELANGOR.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala kerana dengan izin-Nya jua kita dapat berkumpul pada pagi ini, di Dewan Agong Tuanku Canselor, Kampus Induk Universiti Teknologi MARA, sebuah institusi simbol serta perlambangan kepada perjuangan Melayu dan Bumiputera yang tiada pernah hentinya.

2. Terlebih dahulu, saya, bagi pihak Kerajaan, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Melayu dan Bumiputera yang telah menunjang, mandat serta kepercayaan kepada Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum Ke-13... untuk terus menerajui kepimpinan negara. Apa yang lebih mengharukan adalah, UMNO sebagai parti tonggak kepada Barisan Nasional, telah berjaya menambah kerusi Parlimennya daripada 79 kepada 88.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

3. Ini membuktikan, walau apapun rintangan, sekali apapun tohmahan, Kepimpinan Transformatif UMNO, bersama parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain terus kukuh, terus kental dan terus ampuh bertahan, sebagai parti pilihan rakyat, bagi tempoh 5 tahun akan datang,.... demi meneruskan agenda Melayu dan Bumiputera di tanah air tercinta ini.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

4. Setelah selesai Pilihanraya Umum yang lalu, kita mendengar pelbagai rungutan, pelbagai keluh-kesah serta ketidakpuasan hati, yang dibangkitkan oleh masyarakat Bumiputera, tentang nasib, masa depan dan halatuju, bersama anak-anak cucu mereka, di bumi tanah tumpah darah kita.

5. Sememangnya, kita mendengar rintihan tuan-tuan dan puan-puan. Kita juga, menyelami denyut nadi serta resah gulana tuan-tuan dan puan-puan......, Yes... indeed!!!... we hear you... we hear you loud and clear.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

6. Sejak negara mencapai kemerdekaan, tanggal 31 haribulan Ogos tahun 1957, rakyat telah hidup dalam keharmonian, bersatu padu, membina negara. Pada 16 haribulan September 1963, Sabah dan Sarawak pula bergabung bagi membentuk Malaysia. Alhamdulillah, penyatuan ini, membawa sejuta rahmat kepada kita. Lusa, dengan izin Tuhan jua, kita akan menyambut genapnya lima puluh tahun, perayaan jubli emas Malaysia, yang InsyaAllah akan saya hadiri di Bandaraya Kuching dan Kota Kinabalu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

7. Menyonsong populasi negara, pada tahun 1970, Bumiputera berjumlah 6.1 juta atau 56 peratus penduduk. Orang Melayu terdiri daripada sembilan suku kaum utama, orang asli pula terbahagi kepada 18 kategori, Bumiputera Sabah sebanyak 40 suku, manakala di Sarawak terdapat sejumlah 60 etnik.

8. Semasa Perhimpunan Agong UMNO Tahun 2010, saya sebut bahawa Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu, Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, keturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli adalah Melayu, Arab dan Pakistani semua juga kira Melayu, malah muallaf bertakrif Melayu, waima.... Mamak dan Malabari pun....... dah serap ke Melayu.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

9. Banci Penduduk dan Perumahan 2010, menunjukkan Orang Melayu dan Bumiputera Islam berjumlah 59.7 peratus. Manakala Bumiputera Bukan Islam pula, 7.6 peratus bilangan daripada rakyat keseluruhannya.Unjuran terkini, setakat 2012, menganggarkan warganegara Malaysia, adalah seramai 27.4 juta orang, yang mana Bumiputera adalah 18.6 juta atau 67.9 peratus.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

10. Sejak Merdeka, semua perancangan serta dasar ekonomi Melayu dan Bumiputera oleh pihak Kerajaan telah digubal berasaskan perhitungan komposisi masyarakat majmuk tersebut. Secara prinsipnya, perkara dan amalan ini telah diterima pakai sebagai satu kontrak sosial sejak sekian lama oleh seluruh rakyat Malaysia, seperti mana dipersetujui oleh bapa-bapa pengasas negara kita terdahulu,  dilindungi, dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 153, Perkara 160 kurungan 2, Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan a. Juga Perkara 161A kurungan 6 sub kurungan b.

11. Makanya, Melayu dan Bumiputera sebagai teras kepada agenda nasional tidak  boleh dinafikan oleh sesiapa. Sesungguhnya, sebarang prakarsa bersifat nasional yang tidak mengambilkira atau mengabaikan agenda Melayu serta Bumiputera, adalah tidak adil dan tidak saksama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

12. Perkara ini sangat mustahak untuk difahami dengan baik-baik oleh semua pihak bahawa kita sentiasa menginsafi dan beringat-ingat tentang Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional. Ini kerana, jika sekiranya kaum majoriti Bumiputera tidak dibela dan berasa diri mereka terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan mengecapi keamanan, kestabilan, dan kita tidak mungkin mencapai impian menjadi negara maju yang sejahtera dan sentosa seperti yang didambakan pada tahun 2020.

13. Hatta, sejarah telah membuktikan dalam pembangunan ekonomi negara terutamanya sejak Dasar Ekonomi Baru dilaksanakan, bukan sahaja orang Melayu dan Bumiputera, bahkan semua rakyat Malaysia berkongsi nikmat, meraih manfaat bersama, hasil daripada pembangunan ekonomi negara. Jelasnya, ini telah kita lakukan bukanlah dengan mengambil, atau menidakkan hak sesiapa, tetapi sebenarnya melalui penciptaan kekayaan baru dan penjanaan pertumbuhan ekonomi yang mampan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

14. Tawarikh dunia juga telah menunjukkan bagaimana jika sesebuah Kerajaan itu gagal memainkan peranan pro-aktif sebagai pengimbang sosioekonomi secara adil dan saksama, antara mereka yang memiliki dan tidak memiliki, antara pemodal dan pekerja, antara tuan punya tanah dan penyewa, antara pekerja kolar putih dan kolar biru, telah dan sedang membawa malapetaka.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

15. Jika dihimbau kembali, Dasar Ekonomi Baru yakni DEB telah diperkenalkan pada tahun 1971, oleh Allahyarham Tun Abdul Razak, Ayahanda saya, untuk menangani isu ketidakseimbangan sosioekonomi antara etnik dan pembasmian kemiskinan berikutan tragedi 13 Mei 1969.

16. Begitulah Dasar Ekonomi Baru telah berlangsung di antara tahun-tahun 1971 hingga 1990. Semenjak tahun 1965 sehingga tahun 2010 pula, sebanyak 10 Rancangan Malaysia, 3 Rangka Rancangan Jangka Panjang telah dilaksanakan.

17. Dasar Pembangunan Nasional pula, melewati tempoh-tempoh tahun 1991 sehingga tahun 2000. Kemudiannya, Dasar Wawasan Nasional merentasi tahun 2001 sehingga 2010. Dalam pada itu, saya juga telah melancarkan Dasar Transformasi Nasional, semasa membentangkan Bajet tahun 2010, sebagai paksi pengukuhan dan pemangkin untuk mencapai Wawasan 2020 kelak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

18. Sejak merdeka, Kerajaan telah mewujudkan pelbagai instrumen dan institusi demi Melayu dan Bumiputera, antaranya, Bank Bumiputera, Lembaga Urusan Tabung Haji, MARA, FELDA, RISDA, FELCRA, UDA, PERNAS, DARA, JENGKA, KETENGAH dan KESEDAR. Perdana Menteri Ketiga yakni, Tun Hussein Onn pula telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad dan melancarkan Skim Amanah Saham Nasional.

19. Seperti yang kita maklumi juga, kepentingan Bumiputera telah diperkukuhkan lagi oleh Perdana Menteri Keempat, yakni Tun Dr. Mahathir melalui Dasar Penswastaan dan Wawasan 2020, yang menjadi landasan perjalanan negara kini. Perdana Menteri Kelima pula, Tun Abdullah telah mewujudkan Koridor-Koridor untuk merancakkan pembangunan ekonomi wilayah.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

20. Sejak saya mengambil alih pentadbiran negara, Kerajaan telah melancarkan Model Baru Ekonomi, yang bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, dengan pertumbuhan yang saksama, menyaksikan masyarakat Melayu dan Bumiputera setanding dengan masyarakat lain pabila fajar negara maju menyinsing kira-kira tujuh tahun lagi.

21. Selain itu, secara dasarnya, Model Baru Ekonomi memperkenalkan pendekatan pembangunan secara inklusif berasaskan prinsip pertumbuhan dengan kesaksamaan atau growth with equity, bagi mempastikan semua masyarakat di Malaysia memperoleh manfaat daripada pembangunan ekonomi dan kekayaan negara.

22. Manakala, Rancangan Malaysia Kesepuluh, bermula pada tahun 2011 yang lalu hingga 2015 nanti, bertujuan untuk menyediakan peluang yang adil kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira etnik mahupun latar kedudukan geografi, untuk terlibat sama dalam semua aktiviti ekonomi. Ini, adalah berasaskan kepada prinsip mesra pasaran, berasaskan keperluan, telus dan meritokrasi. Akan tetapi meritokrasi yang kita maksudkan di sini adalah persaingan dalam kalangan Bumiputera.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

23. Kerajaan juga telah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan dan Program Transformasi Ekonomi bagi membentuk satu ekosistem pembangunan ekonomi negara yang teguh dan berdaya tahan. Hasil pelaksanaan program transformasi, pertumbuhan ekonomi negara terus mencatat pertumbuhan yang kukuh dalam situasi ekonomi global tidak menentu. Pada tahun 2011 dan 2012, kadar pertumbuhan ekonomi negara berkembang masing-masing sebanyak 5.1 dan 5.6 peratus.

24. Apa yang ingin saya tegaskan di sini, pertumbuhan secara berterusan begini, adalah amat penting, kerana, pertama, dengan adanya pertumbuhan, barulah kita dapat mengagihkan kekayaan negara kepada seluruh rakyat Malaysia.

Tuan-tuan dan Puan-Puan,

25. Melalui perancangan ekonomi yang rapi dan bijaksana, taraf hidup Bumiputera telah meningkat. Misalnya, pendapatan purata bulanan isirumah Bumiputera telah naik daripada 172 ringgit pada tahun 1970an kepada 4,457 ringgit pada tahun 2012 atau hampir 2,500 peratus dalam jangkamasa 42 tahun.

26. Kadar kemiskinan Bumiputera pula, telah berkurangan daripada 64.8 peratus dalam tahun 1970an kepada 2.2 peratus pada tahun 2012. Pemilikan ekuiti syarikat korporat Bumiputera juga telah meningkat daripada hanya 2.4 peratus dalam tahun 1970an kepada 23.5 peratus pada tahun 2011.

27. Selain itu, kecuali dalam beberapa sektor guna tenaga tertentu, bilangan tenaga kerja Bumiputera dalam kategori profesional, terutamanya golongan bertauliah seperti doktor-doktor perubatan, para jurutera dan para peguam sudah menghampiri peratusan komposisi kaum.

28. Ini membuktikan, Dasar Ekonomi Baru, sebagai langkah awal telah berjaya menangani jurang antara kaum dalam usaha membangunkan sosioekonomi masyarakat Bumiputera. Jelasnya, sepanjang lebih 4 dekad, masyarakat Bumiputera telah melalui Fasa Pertama Transformasi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

29. Namun begitu, Kerajaan sedia maklum bahawa masih wujudnya jurang ketaksamaan pendapatan antara etnik. Sebagai contoh, pada tahun 2012,  pendapatan purata bulanan kaum Cina lebih tinggi berbanding Bumiputera pada nisbah 1 kepada 1.43 kali ganda.

30. Dalam konteks pemilikan ekuiti syarikat korporat pula, kita masih belum mencapai sasaran sekurang-kurangnya 30 peratus. Effective control kita ke atas syarikat korporat terkini hanyalah pada sekitar 10 peratus. Kerajaan juga faham bahawa penglibatan masyarakat Bumiputera dalam aktiviti keusahawanan masih tidak signifikan dan majoritinya hanya berada pada tahap usahawan kecil dan mikro.

31. Lantaran yang demikian, Tuan-Tuan dan Puan-Puan....... atas sokongan dan dokongan yang diberikan oleh orang-orang Melayu dan Bumiputera, pada Pilihanraya Umum Ke-13 baru-baru ini...., maka, .... pada hari ini........, Kerajaan memutuskan untuk membuat satu anjakan besar bagi melaksanakan strategi-strategi serta pendekatan-pendekatan yang konkrit lagi tuntas.

32. Perjumpaan penuh bermakna dan bersejarah ini, kita namakan sebagai  Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Segalanya ini, kita perbuat, demi membela untung nasib orang-orang Melayu dan Masyarakat Bumiputera, dari dulu, kini dan selama-lamanya........  Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini memberi fokus kepada lima strategi utama.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Pertama : MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA

33. Seperti kita maklumi, modal insan merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah masyarakat. Kerajaan sebenarnya telah berjaya menempatkan secara signifikan pelajar Bumiputera di institusi pengajian tinggi awam dalam negeri dan luar negara. Oleh itu, fasa seterusnya adalah pemerkasaan modal insan Bumiputera yang menjurus kepada pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran.

34. Untuk tujuan itu, pertamanya, bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran, Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan. 

35. Dalam aspek ini juga, program re-skilling akan dipergiatkan. Untuk tujuan itu, peruntukan tambahan akan diberikan kepada GiatMARA bagi memperoleh peralatan berteknologi terkini untuk mengendalikan program latihan. Manakala bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan latihan dua syif. 

36. Kedua, kepada golongan graduan Bumiputera yang mengganggur pula, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah.

37. Ketiganya, bagi menambah bilangan Bumiputera berkelulusan tinggi, agensi berkaitan seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi.

38. Keempat, dalam melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera, Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kedua : MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT

39. Sehingga kini, had maksimum bagi setiap individu dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah sebanyak 200 ribu ringgit. Justeru, bagi menggalakkan penyertaan, terutamanya golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham, sukacita saya mengumumkan Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham.

40. Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Ketiga : MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA

41. Bumiputera masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial. Sebagai contoh, dalam tahun 2012, transaksi rumah kediaman yang direkodkan oleh Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, menunjukkan hanya 36.3 peratus transaksi rumah kediaman melibatkan Bumiputera dengan nilainya hampir 18 bilion ringgit atau 26 peratus.
42. Pada sudut lain pula, banyak aset bukan kewangan seperti hartanah dalam kalangan masyarakat Bumiputera Islam, yang tidak diuruskan secara teratur atau terbiar menyebabkan nilai aset berkenaan menjadi rendah. Justeru, bagi mengoptimakan nilai dan manfaat aset berkenaan, sebagai permulaan, Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat.

43. Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

44. Di samping itu, kerajaan menyedari tahap kemampuan masyarakat Bumiputera untuk memiliki rumah adalah rendah dan ditambah lagi dengan harga pasaran rumah yang semakin meningkat. Ke arah memperkasakan pemilikan aset hartanah, bagi menjana kekayaan Bumiputera, kerajaan melalui Syarikat Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA serta Syarikat Perumahan Negara Berhad dan dengan kerjasama Kerajaan-Kerajaan Negeri, akan memperbanyakkan pembinaan rumah mampu milik kepada Bumiputera di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak.
45. Manakala menurut perangkaan, 58 peratus daripada 72 peratus penduduk Malaysia yang menetap di bandar adalah Bumiputera. Namun, Kerajaan tahu, peratusan pemilikan hartanah Bumiputera di kawasan bandar adalah kecil. Maka, tanpa intervensi Kerajaan, bagi membetulkan keadaan ini, kedudukan pemilikan hartanah Bumiputera semakin meruncing.

46. Lantaran itu, peranan UDA Corporation akan diperkukuhkan untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar.

47. Bersabit hal ini juga, saya akan mengarahkan GLC dan GLIC yang terlibat dalam perniagaan hartanah untuk memberi penekanan kepada pembangunan hartanah Bumiputera terutamanya perumahan, rumah kedai dan premis komersial.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Keempat : MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA

48. Sebagaimana kita maklum, perniagaan dan keusahawanan merupakan aktiviti ekonomi terpenting bagi menjana pendapatan dan kekayaan. Walau bagaimanapun, penglibatan Bumiputera dalam kegiatan tersebut masih rendah disebabkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapi termasuk teknologi pengeluaran yang lapuk, kekurangan akses kepada dana dan modal serta pasaran produk yang terhad. 

49. Dalam mengatasi isu akses kepada dana pembiayaan bagi usahawan kecil dan sederhana pula, peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkuatkan supaya bilangan usahawan Bumiputera yang menerima akan bertambah, termasuk di Sabah dan Sarawak.

50. Sehubungan itu, sukacita saya umumkan, tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak 300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun. Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350 ribu kepada 500 ribu orang pada tahun 2015 kelak.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

51. Pada kesempatan ini juga, saya mengumumkan, dana tambahan sejumlah 700 juta ringgit kepada TEKUN Nasional. Bilangan usahawan TEKUN Nasional juga dijangka akan meningkat daripada 270 ribu pada tahun 2013, kepada 370 ribu pada tahun 2015.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

52. Bagi menyahut keluhan usahawan yang mengalami kesukaran mendapatkan akses ke pasaran, maka, kerajaan akan mengarahkan semua Kementerian dan GLC mengukuhkan sistem pembangunan vendor Bumiputera. Pemilihan vendor mestilah berasaskan meritokrasi di kalangan Bumiputera. Barulah usahawan Bumiputera dapat dipupuk menjadi berdaya maju dan mampan.

53. Seiring dengan itu, saya juga mahukan jangka masa kontrak dan konsesi vendor disesuaikan dengan tempoh bayaran balik pinjaman bank agar projek mereka dapat dijalankan dengan lancar.

54. Berkait dengan pemerkasaan Program Pembangunan Vendor atau VDP, PETRONAS hendaklah melonjakkan program VDP-nya, bagi mengukuh rantaian bekalan sektor minyak dan gas. Tenaga Nasional pula dalam sektor tenaga, manakala Telekom Malaysia dan AXIATA dalam sektor komunikasi, UEM dalam sektor pembinaan serta Sime Darby dan Felda Global Ventures untuk sektor perladangan.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

55. Dengan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera ini juga, saya mahukan semua Ketua Pegawai Eksekutif di GLC menetapkan sasaran ke atas penyertaan Bumiputera termasuk perolehan yang dianugerahkan kepada vendor. Ini wajiblah dimasukkan sebagai Petunjuk Prestasi Utama atau KPI kepada CEO atau Ketua Pegawai Eksekutif syarikat masing-masing.

56. Sehubungan itu, suka saya kongsikan dalam sektor minyak dan gas antara sekarang sehingga tahun 2017, PETRONAS sedang dan akan menjalankan beberapa projek utama dalam sektor upstream dan downstream. Melalui projek-projek tersebut, kita merangkakan supaya syarikat-syarikat Bumiputera mendapat manfaat daripada kontrak yang bernilai 20 bilion ringgit setiap tahun untuk kerja-kerja perkhidmatan di sektor upstream dan downstream.

57. Jangka hayat kemudahan-kemudahan ini selalunya mengambil masa selama 25 tahun atau lebih. Dianggarkan sekurang-kurangnya 22 skop kerja kritikal bakal diwujudkan dan dapat memberi manfaat kepada syarikat-syarikat Bumiputera.

Tuan-tuan dan Puan-puan,

58. Bagi menangani isu rantaian perbekalan pula, Kerajaan melalui GLC dan GLIC, akan membangunkan sekumpulan usahawan Bumiputera yang akan melibatkan diri dalam aktiviti berkaitan pembuatan dan perindustrian yang berpotensi dan mempunyai nilai tambah tinggi.  Dalam konteks ini, GLC dan GLIC akan menerajui usaha untuk mewujudkan beberapa konsortium syarikat Bumiputera dalam sektor-sektor yang terlibat.
Tuan-Tuan dan Puan-puan,

59. Program Penswastaan, secara umumnya, telah berjaya menjadi pemangkin bagi mewujudkan individu dan syarikat Bumiputera yang berjaya. Oleh itu, untuk merancakkan lagi program berkenaan, Unit Kerjasama Awam Swasta atau UKAS akan mengambil inisiatif untuk mengenalpasti secara terpilih mana-mana perkhidmatan Kerajaan yang berdaya maju untuk diswastakan kepada Bumiputera.

60. Sebagai langkah untuk mempastikan peluang syarikat Bumiputera untuk memperoleh kontrak serta sebagai persediaan untuk bersaing pada masa hadapan pula, dasar Carve-out akan diperluaskan kepada projek-projek besar lain di bawah kementerian serta GLC dan GLIC. Dasar ini telah berjaya dilakukan di dalam projek MRT di mana sebanyak 47 peratus atau 9 bilion ringgit telah dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera terpilih secara meritokrasi.

61. Sebagai contoh, empat projek tambahan yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini ialah Projek Menara Warisan Merdeka, Bukit Bintang City Centre, MATRADE Exhibition Centre dan Program Pembangunan Institut Penyelidikan Getah Sungai Buloh.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

62. Demi kelangsungan agenda, kita wajar membina satu Komuniti Baru Entrepreneur Bumiputera yang mempunyai daya tahan, daya saing, daya juang, inovatif dan berani mengambil risiko. Mereka juga perlu mempunyai minat yang tinggi serta passionate dalam menyertai bidang-bidang baru berasaskan pengetahuan atau knowledge based economy seperti teknologi maklumat, bioteknologi dan teknologi hijau.

63. Untuk tujuan ini, satu skim pembiayaan baru lagi unik dinamakan sebagai Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau ringkasnya SUPERB akan diperkenalkan. Skim ini bertujuan untuk membantu syarikat start-up. Bagi tujuan itu, dana sebanyak 100 juta ringgit akan diperuntukkan dalam tempoh tiga tahun.

64. SUPERB ini akan menyediakan kemudahan geran sehingga 500 ribu ringgit kepada entrepreneur baru yang kreatif dan inovatif dalam bidang-bidang strategik yang mempunyai potensi masa hadapan yang besar.

65. Pemilihan entrepreneur-entrepreneur Bumiputera ini adalah berdasarkan merit dan akan dibuat oleh sekumpulan panel entrepreneur di kalangan mereka yang telah berjaya. Di samping itu, entrepreneur baru yang terpilih akan turut mendapat perkhidmatan mentoring daripada entrepreneur yang sudah berjaya tersebut.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

Fokus Pemerkasaan Kelima : MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

66. Sebagaimana yang saya sebutkan, Kerajaan mendengar luahan rasa yang dilontarkan oleh masyarakat Bumiputera berhubung tahap penyertaan dalam program pembangunan sosioekonomi. Oleh itu, bagi mempastikan agenda pembangunan sosioekonomi Bumiputera dapat dilaksanakan secara efektif, sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif.

67. Untuk itu, Unit-Unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian. Unit Pembangunan Bumiputera ini bertanggungjawab bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera.

PENUTUP

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

68. Menjiwai kepentingan dan perjuangan Bumiputera, saya ingin memetik Tujuh Wasiat, oleh Sembilan Raja-Raja Melayu, semasa memperkenankan perjanjian kemerdekaan untuk menubuhkan sebuah Persekutuan.

Bahawasanya:

"Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain".

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

69. Wasiat ini sangat terang lagi bersuluh. Ia telah menyatakan tentang ekuiti dan pemilikan orang Melayu dan kemudiannya diperluaskan kepada Bumiputera, melalui kebersatuan Sabah dan Sarawak pabila Malaysia dibentuk 50 tahun yang lalu.

70. Kendatipun begitu, bagi pihak Kerajaan, secara tulus ikhlas saya meminta kepada semua pihak, agar jangan bersalah sangka atau sesekali bersalah faham, tentang pemerkasaan ekonomi Bumiputera ini. Sesungguhnya, inisiatif dan haluan besar ini, kita lakukan bukan dengan jalan memintas, tidak dengan cara mengambil hak orang lain, mahupun menafikan kepentingan sesiapa.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

71. Certainly!... We are doing what is fair,... we are doing what is right..., and we are doing what is equitable. Maknanya, kita tidak mempunyai apa-apa nawaitu, atau sekelumit pun rasa prejudis terhadap bangsa-bangsa lain.

72. Sayugia, yang tertanam di benak sanubari saya dan kerajaan, adalah hasrat murni untuk terus gigih mencipta serta menjana kekayaan baru. Semoga nikmat dan kemakmurannya, dapat diraih serta dirasai oleh semua golongan sebagai rakyat Malaysia secara adil dan saksama.

73. Bahkan, kerukunan kita telah diiktiraf pada tangga ke-20 sebagai negara paling stabil dan aman di dunia..............., Begitulah istimewa dan uniknya Malaysia.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

74. Pucuk pangkalnya, hendak saya pertegaskan bahawa kita adalah kerajaan yang berhemah lagi bertanggungjawab, ke atas seluruh lapisan rakyat, tanpa mengira apa jua latar belakang samada Bumiputera atau bukan Bumiputera, Islam mahupun bukan Islam.

75. Kita juga tidak seperti sesetengah pelaku politik, yang tidak sudah-sudah menyalakan api perkauman sehingga menggerun dan memesongkan pemikiran rakyat. 

76. Suka tidak suka, seandainya tidak berhati-hati dan terpengaruh dengan sentimen pihak luar, melalui dalang dan petualang dalaman ini, maka, tempiasnya akan terpercik kepada kita. Sekiranya dibiar dan tidak dibendung, Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang berdaulat lagi merdeka pada akhirnya akan musnah dan membungkam.... Barang dijauhkan oleh Allah jua.....

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

77. Sebagai mana di awal ucapan tadi, saya menyatakan kita berhimpun di sini bukan untuk saja-saja, kita berkumpul di sini bukan untuk suka-suka......... Seperti slogan yang popular, UiTM Dihatiku.... makanya, Universiti Teknologi MARA ini sangat dekat di hati kita, sebagai sebuah institusi Bumiputera yang cukup membanggakan.

78. Bahkan....., masih segar lagi dalam ingatan, sewaktu saya berucap sebagai Timbalan Presiden UMNO, pada Perhimpunan Agung tahun 2005........., saya telah mengumumkan supaya enrolmen pelajar UiTM ditingkatkan daripada 100,000 kepada 200,000  menjelang tahun 2015. Kini,...... Alhamdulillah, bilangannya sudah pun mencecah 180,000 orang.

79. Pagi ini pula........., saya ingin mengumumkan hasrat peningkatan enrolmen pelajar Universiti Teknologi MARA ini kepada 250,000 menjelang tahun 2020. Penambahan ini juga termasuk penubuhan beberapa lagi kampus baru di seluruh negara.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

80. Demi Melayu......, Demi Bumiputera........, Saya ingin mengumumkan penubuhan Dana Pendidikan MARA yang berjumlah 1 bilion ringgit bagi membiayai keperluan program latihan, pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan  pembangunan serta inovasi. Dana ini berbentuk Matching Fund  nisbah satu kepada satu antara MARA dan Kerajaan yang disalurkan secara berperingkat.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

81. Kita juga sedar, masyarakat Bumiputera meletakkan harapan yang tinggi kepada TERAJU bagi menakhoda agenda pembangunan Bumiputera. Kini, untuk membestarikan lagi TERAJU, sebagai sebuah badan yang unggul, ia akan diletakkan langsung di bawah saya sendiri sebagai Perdana Menteri, dengan diketuai oleh seorang ............................................

82. Sebagai memenuhi hasrat kita untuk mewujudkan Komuniti Entrepreneur Bumiputera, sukacita saya umumkan bahawa Institut Keusahawanan Negara atau INSKEN kini, akan diletakkan di bawah seliaan TERAJU. Begitulah juga Skim Permulaan Entrepreneur Baru Bumiputera atau SUPERB yang baru saya wujudkan tadi.

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

83. Sebagai payung dan kemuncak strategi pemerkasaan ini, sebuah council yang dipanggil Majlis Ekonomi Bumiputera atau MEB akan ditubuhkan bagi menggantikan Majlis Tindakan Agenda Bumiputera. Majlis Ekonomi Bumiputera ini akan dipengerusikan sendiri oleh saya dan Timbalan Pengerusinya adalah YAB Timbalan Perdana Menteri dengan keanggotaan beberapa menteri berkenaan. Keahliannya pula bersifat kompak, di mana pelbagai badan bukan kerajaan dan pihak-pihak yang releven akan diundang. Majlis yang penting ini, akan bersidang sekurang-kurangnya sekali sebulan dan jika perlu lebih dari itu. 

Tuan-Tuan dan Puan-Puan,

84. Maka, berpasak dan bertunjang dengan Majlis Ekonomi Bumiputera ini....., kepada orang-orang Melayu dan Bumiputera, usahlah berbimbang-bimbang dan bergundah-gundah, kerana,...... selagi ada bulan dan bintang,.......... selagi hayat dikandung badan,............. survival Melayu dan Bumiputera tetap menjadi keutamaan dan pelita perjuangan kita sampai bila-bila.

85. Akhir kalam, saya berikrar akan terus beristiqamah memperkasakan ekonomi Melayu dan Bumiputera. Mudah-mudahan dengan izin dan ketentuan Allah jua, semuanya akan tercapai.

HIDUP MELAYU........ HIDUP BUMIPUTERA........ HIDUP MALAYSIA.......

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima kasih.