30 Mac 2013

Enggan Iktiraf Kerajaan Sementara: Helah PR Untuk Mencetus Huru-hara


Pembangkang Malaysia terkenal dengan bermacam-macam jenis pakar.  Dari pakar agama, pakar ekonomi sehinggalah ke pakar peperangan.  Malangnya, pakar-pakar mereka seringkali berbuat kenyataan yang kelakar. 

Misalnya, ketika mengulas Himpunan Kebangkitan Rakyat yang lalu, PR telah mengemukakan kenyataan dari �pakar matematik yang menganggarkan peserta seramai 700,000 orang di dalam stadium berkapasiti 30,000 orang termasuk kawasan sekitar yang merangkumi jalanraya sejauh lebih kurang 1.5km.  Kenyataan pakar tersebut telah menjadi bahan lawak jenaka kerana tidak masuk akal, tambahan pula apabila gambar-gambar yang disiarkan pihak PR dibuktikan sebagai telah diedit. 

Kini, sekali lagi PR menampilkan pakar iaitu pakar perlembagaan, Prof. Aziz Bari yang menyatakan tentang isu kerajaan sementara.  Beliau mengulas mengenai isu terbubarnya DUN Negeri Sembilan semalam, sebagai menyebabkan negeri itu kini diperintah oleh kerajaan haram.

Kita tidak faham kenapa isu pembubaran DUN secara automatik dan juga kerajaan sementara perlu dijadikan modal politik oleh PR.  Entah apa agaknya yang diharapkan oleh PR dengan membangkitkan soal haram atau tidaknya kerajaan negeri apabila DUN telah terbubar. 

Kalaupun DUN terbubar dan kerajaan sementara dianggap haram ia tetap tidak memberi mereka hak untuk mengangkat diri sendiri sebagai kerajaan negeri.  

Sebenarnya, tidak ada istilah �kerajaan haram setelah DUN terbubar.  Kerajaan hanya menjadi haram apabila dilantik secara tidak sah, antaranya dengan cara menggulingkan kerajaan sedia ada melalui jalan belakang, tanpa melalui proses undang-undang dan melantik diri sendiri sebagai ketua negara.  Cara inilah yang cuba dilakukan oleh pihak PR berkali-kali melalui demonstrasi jalanan dengan percubaan membangkitkan semangat Arab Spring. 

Mengikut lunas yang diiktiraf dan diterimapakai di peringkat antarabangsa, kerajaan sementara atau caretake government adalah amalan atau konvensyen di negara-negara yang mengamalkan Common Law.   Ia diamalkan di Britain sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen  yang menjadi rujukan bagi Negara-Negara Komanwel. 

Justeru,  istilah kerajaan sementara sememangnya wujud iaitu di dalam tempoh antara pembubaran sehingga terbentuk kabinet baru, maka urusan pentadbiran waktu itu adalah di bawah tanggungjawab kerajaan sementara.  

Kerajaan sementara bukannya dilantik sesuka hati tetapi telah melalui proses perlantikan mengikut perlembagaan juga, iaitu melalui pilihanraya yang lepas.  Tanpa kerajaan sementara, bagaimana negeri atau negara boleh berfungsi dan berada di dalam keadaan terkawal di antara tempoh tersebut?  

Apakah kerana terlalu sangat menginginkan suasana huru-hara maka PR mengharapkan agar di dalam tempoh ini, kerajaan dianggap tidak ada agar mereka boleh berbuat apa saja kerana tiada siapa yang berkuasa untuk menghalang mereka?  Apakah Prof. Aziz Bari berharap selepas terbubar maka,  tentera dan polis semua meletakkan senjata, rehatkan diri atau keluar baris agar beruk-beruk tukang demo pembangkang boleh bermaharajalela kerana tiada kerajaan yang berkuasa? 

Tentulah tidak masuk akal untuk membiarkan negara berada dalam keadaan tanpa pemerintah walaupun untuk seketika cuma.  Kerana itulah kewujudan kerajaan sementara adalah penting. 

Namun, selain dari memikul tanggungjawab memastikan negara atau negeri terkawal termasuk memastikan apa yang telah diluluskan sebelum ini diteruskan, termasuk urusan pentadbiran rutin seperti gaji penjawat awam, kerajaan sementara tidak boleh sama sekali membuat perubahan seperti mengumumkan dasar-dasar baru atau meluluskan perbelanjaan bagi projek baru mahupun membatalkan apa-apa keputusan yang telah dibuat sebelum itu. 

Dalam tempoh ini juga biasanya tiada dibuat pelantikan baru bagi mana-mana segmen kerajaan, misalnya terhadap para hakim, ketua-ketua jabatan dan institusi lain.

Apa yang lebih penting untuk diberi perhatian ialah kuasa substantif Parlimen adalah terhenti setelah terbubar, maka semua pihak wajar berwaspada bagi mengelak dari menyalahi Akta Pilihanraya 1954 dan peruntukan Akta 1954 dari segi membantu atau mempengaruhi calon-calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya nanti.  

Secara ringkasnya, kerajaan sementara adalah sesuatu yang perlu, dan tindakan PR menganggap kerajaan sementara adalah kerajaan haram hanyalah tindakan orang yang kehabisan modal politik kalaupun tidak tindakan orang yang teringin sangat untuk membuat huru-hara.   

Jelaslah, tidak ada isu langsung mengenai Kerajaan Sementara sepertimana yang Prof. Aziz Bari gusarkan.  Mungkin beliau telah tertinggal kelas agaknya ketika bab �kerajaan sementara diajar dahulu. 

27 Mac 2013

Pas Munafiq, Tipu Bina 12 Masjid

Sekadar mengambil petikan kata-kata Presiden ABIM ketiga, Datuk Dr. Siddiq Fadzil yang menyatakan ulama perlu berani menegakkan kebenaran dalam apa jua keadaan tanpa mengira tempat dan masa. Malah menurut rakan baik Anwar Ibrahim itu, ulama bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan keadilan dan tidak boleh berkompromi atau bersekongkol.

"Ulama harus berani dan bebaskan diri mereka untuk memberikan pendapat demi kebaikan semua," kata beliau di dalam satu program wacana yang bertajuk "Peranan Ulama, Menasihati Pemimpin" tidak lama dahulu.

Namun baru-baru ini, Pas dikecam hebat oleh beberapa orang ulama di Kelantan  yang mengatakan bahawa mengundi Pas dalam pilihan raya akan datang adalah haram kerana telah lari dari perjuangan asal sehingga sanggup bekerjasama dengan DAP. Ini kerana umum mengetahui DAP sebagai sebuah parti ultra kiasu, mengunapakai pendekatan sekular sebagai teras perjuangan mereka yang jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Malah Karpal Singh sendiri suatu ketika dahulu pernah mengeluarkan kenyataan langkah mayatnya sekiranya Pas ingin menjalankan menubuhkan negara Islam di Malaysia. Lebih malang lagi, baiah Karpal itu masih dipegang olehnya sampai kini sehingga menimbulkan keraguan di kalangan pengikut Pas berhubung kerjasama yang terjalin itu.

Terbaru kegagalan Pas untuk mempertahankan Islam terutamanya dalam isu berhubung penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam kerana terlalu tunduk dengan desakan DAP juga sukar untuk dimengertikan. Malah bukan itu sahaja, PAS sekarang ini, sudah sampai ke tahap sanggup berbohong demi meneruskan survival politik mereka.

PAS juga begitu bangga menyatakan, kononnya kerajaan negeri Kedah telah membina sebanyak 12 buah masjid sepanjang hampir lima tahun pemerintahan mereka seperti yang terkandung di dalam buku 'Sayangi Kedah Sejahtera'.

Yang mana ia jelas merupakan satu penipuan yang maha besar di Kedah kerana pembinaan masjid itu telah nitanggung sepenuhnya oleh kerajaan persekutuan di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri berjumlah RM24 juta.

Bahkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebenarnya yang bertanggungjawab membina 22 masjid baru itu sejak 2008 dengan peruntukan keseluruhan hampir RM40 juta.

Oleh yang demikian tindakan pemimpin PAS ini boleh diklasifikasikan sebagai munafik.

Kerajaan Kedah yang diterajui oleh pimpinan parti yang kononnya berasaskan Islam seharusnya berasa malu kerana gagal melaksanakan amanah yang telah diberikan oleh rakyat itu.

Sebaliknya, BN yang sebelum ini tewas, terus dilihat tetap melaksanakan tanggungjawab terhadap rakyat Kedah dengan penuh ikhlas dan tanpa rasa kecil hati walaupun kalah dalam pilihanraya yang lalu.

Apapun, rakyat Kedah kini sudah semakin sedar akan kesilapan yang telah mereka lakukan dan pasti akan bangkit dalam pilihan raya akan datang untuk menebus kembali kesilapan mereka.

Bimbang Tewas, Punca PR Mahu Bubar 22 April Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR. Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan. Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu? Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan. Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat ke

Sudah acap kali khalayak di dendangkan dengan propaganda pembangkang yang mendakwa Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak takut untuk membubarkan Parlimen kerana bimbang dengan kekuatan PR.

Propaganda sedemikian sedikit sebanyak termakan juga oleh sesetengah penyokong PR menyebabkan mereka lupa bahawa empat buah negeri yang dikuasai PR iaitu Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang hingga sekarang belum ada satu pun yang di bubarkan.

Walhal, jika PR merasakan PM takut membubarkan Parlimen, logiknya PR yang kelihatan seperti sudah tidak sabar untuk menghadapi pilihan raya patutnya sejak berbulan-bulan lalu sudah mengambil inisiatif sendiri segera membubarkan DUN di semua negeri PR, bukan begitu?

Bagi BN pula, soal bila Parlimen akan dibubarkan tidak pernah menjadi isu apatah lagi untuk dipropagandakan.

Jika 6 bulan lepas atau sebulan lalu mahupun esok atau lusa Parlimen dibubarkan, berdasarkan kaji selidik dan trend sokongan rakyat kepada BN, tiada masalah untuk BN mendapat hampir 2/3 kerusi Parlimen atau lebih sedikit.

Tapi disebabkan tumpuan utama tetap fokus untuk bekerja untuk rakyat, selagi masa masih berbaki selagi itu kerja buat dan jasa bakti terus dilaksanakan. Lagi semakin lama PR berteka-teki lebih bagus untuk BN sementelah di waktu kritikal ini makin ramai pemimpin PR yang pancit sebelum wisel permulaan ditiupkan.

Hakikatnya, tujuan sebenar PR menghambur celaan, sindiran dan propaganda mengenai isu pembubaran Parlimen tujuannya sekadar untuk mewujudkan persepsi kononnya PR benar-benar kuat. Dengan demikian, masalah pertelingkahan sesama sendiri dalam PR akan terkalih dari perhatian umum.

Menariknya di sebalik propaganda itu semua, ada sumber dalaman PR memberitahu semua keempat-empat negeri yang diperintah oleh gabungan tidak berdaftar itu telah mencapai kata sepakat untuk membubarkan DUN hanya selepas Parlimen dibubarkan.

Tarikh yang telah mereka sepakati ialah 22 April 2013. Persoalannya kenapa 22 April 2013, mengapa tidak dua tiga bulan lalu atau sebelum bulan Mac 2013 berakhir?

Ada muslihatnya. PR menjangkakan Parlimen mungkin akan dibubarkan pada seawal April 2013, jadi bila Parlimen di bubarkan semua negeri yang dikuasai PR tidak akan turut sama membubarkan DUN.

Dengan lain perkataan, PR mahu membubarkan DUN lewat dari pembubaran Parlimen dan proses pengundian pula akan dijalankan selepas selesai pengundian di negeri-negeri lain.

Mereka percaya langkah ini dapat mengurangkan risiko kalah teruk dan mengurangkan impak terhadap prestasi PR di DUN-DUN negeri yang sedang dikuasai sekarang.

Perkhabaran ini tidak mengejutkan kerana sudah lama PR memberi bayangannya tetapi cuba diselubungi dengan propaganda kononnya BN pula yang takut berdepan dengan penghakiman rakyat. Realitinya yang takut tewas dan ditolak rakyat ialah PR.

Sebab itu di Selangor, Menteri Besarnya sering berdolak-dalik sekejap kata mahu bubar DUN selepas Chap Goh Mei, sekejap panggil sidang akhbar untuk pembubaran kemudian tiada pengumuman dilakukan, alih-alih semuanya hanya gempak sahaja bertujuan untuk mengaburi mata umum dari mengesan ketakutan PR berdepan dengan PRU 13.

Walau apa pun, PRU 13 tetap akan tiba jua bila sampai masanya, apa sahaja taktikal strategi atau game plan yang dimainkan oleh PR, kata putus bila tarikh pengundian sama ada serentak atau berasingan tetap di tangan SPR selaku badan bebas yang mengendalikan pilihan raya.

25 Mac 2013

ANWAR KECUT PERUT TUNGGU KES PENDAKWAAN PENGGANAS SULU


Ketua Pembangkang dan pimpinan Pakatan Rakyat hanya menyatakan sokongan mereka kepada usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu pada 20 Mach lalu, iaitu 15 hari setelah berlakunya pencerobahah ke atas kedaulatan negara.

Lima belas hari atau lebih daripada dua minggu untuk menunjukkan rasa prihatin dan simpati terhadap kematian 10 anggota keselamatan yang mengorbankan nyawa untuk mempertahankan ibu pertiwi bukan sahaja dilihat tidak ikhlas tetapi juga biadap dan tidak bermaruah.

Namun kebiadapan dan ketidak ikhlasan Anwar dan pimpinan pembangkang tidak mampu menutup agenda yang lebih licik dan jahat disebalik kelewatan tanda sokongan kepada pasukan pembangkang.

Anwar dan kuncu-kuncunya dari PKR, Pas dan Dap pada mulanya sudah yakin bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 akan diadakan pada awal Mach namun jangkaan mereka meleset.

Atas andaian tersebut Anwar menyusun strategi bersama bekas pengerusi Barisan Pembebasan Islam Moro pemisah (MILF), Nur Misuari berkomplot agar serangan ke atas negeri Sabah dilancarkan seiring dengan PRU13.

Ini bertujuan untuk menimbulkan keadaan huru hara serta kacau bilau semasa kempen pilihan raya sedang berjalan supaya pihak pembangkang boleh menyalahkan kerajaan atas serangan puak pengganas Sulu itu.

Ini boleh dilihat daripada kenyataan segera yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PKR, Tian Chua yang mendakwa pencerobohan itu didalangi UMNO kononnya untuk mengalih pandangan rakyat daripada isu pemberian kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Jika dilihat kronologi apa yang berlaku bermula daripada pertemuan sulit Anwar dan Misuari pada November 2012 empat bulan lalu termasuk pertemuan bekas pemimpin PKR Dr Jeffrey Kitingan dengan wakil kesultanan Sulu terdahulu daripada itu, adalah jelas pertemuan-pertemuan rahsia tersebut adalah untuk menyusun strategi bagi pencerobohan 5 Mach lalu serentak dengan pengumuman PRU13.

Bagaimanapun semua perancangan jahat Anwar dengan koloborasi Misuari dan puak pengganas Sulu gagal menjadikan peristiwa serangan di Lahad Datu dan Semporna hasil kecekapan pasukan keselamatan negara dan respons pantas kerajaan untuk menubuhkan Kawasan Keselamatan Khas sepanjang 1400 kilometer di pantai timur Sabah (ESSCOM).

Kini Anwar sudah amat tersepit dan menuduh pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengguna isu serangan pengganas Sulu di Sabah sebagai alasan untuk mendakwa.

Hakikatnya bukan kerajaan Malaysia yang mendedahkan pembabitan Anwar dengan puak pengganas Sulu tetapi sebaliknya ini dilakukan oleh badan perisikan Filipina di mana maklumat yang diperolehi telah digunakan oleh agensi berita antarabangsa seperti Reuters dan portal berita Philippine Daily Inquirer dan akhbar Manila Times.

Malah Anwar menerima tamparan hebat apabila pimpinan MILF menafikan dakwaan Misuari yang dipetik oleh Al-Jazeera yang menuduh Kerajaan Malaysia menggunakan organisasi itu bagi memperkukuh tuntutan ke atas Sabah dan bertanggungjawab mendorong perpecahan di kalangan rakyat Moro.

Luwaran News Centre memetik kenyataan Ketua Sekretariat MILF, Mohammad Ameen yang mempertahankan Kerajaan Malaysia sambil menganggap dakwaan Misuari itu sebagai 'dosa berat', pembohongan dan palsu semata-mata.

Anwar berpakat dengan Misuari untuk memburuk-buruk nama baik dan imej Kerajaan Malaysia di mata dunia serta anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Namun fakta sebenar dan hakikat tidak boleh dipadam sama sekali berhubung peranan pro-aktif Malaysia yang telah menggesa pembentukan Persidangan Perpaduan Bangsamoro (BSC) pada 2002.

Malaysia mencadangkan pembentukan BSC dengan tujuan murni untuk menyatukan pelbagai puak dalam MNLF dan MILF serta menggalakkan pendirian bersama di kalangan mereka dalam berurusan dengan OIC.

Malah hujah Ameen Malaysia tidak pernah terbabit dalam sebarang usaha mengatur rundingan damai Kerajaan Filipina-MILF (GPH-MILF), tetapi Presiden Gloria Macapagal-Arroyo yang meminta bertindak sebagai pihak perantara pada 2001

Sekutu Anwar itu ditanya mengapa sangat kini giat
menyokong tuntutan Sabah sedangan selama 21 tahun rundingan damai dengan kerajaan Filipina tidak pernah beliau menimbulkan isu itu.

Malah fakta juga membuktikan Perjanjian Damai Muktamad Kerajaan Republik Filipina-MNLF (GRP-MNLF) pada 1996 tidak pernah merujuk kepada isu tuntutan Sabah.

Apabila dirinya terperangkap dalam permainan politik kotor dengan kerjasama Misuari dan kelompok kesultanan Sulu, Anwar kini cuba mengalih kesalahan  ke atas bahu UMNO dan Barisan Nasional pula.

Sehingga kini beliau tidak mahu mengulas walau sedikit pun mengapa ia perlu bertemu Misuari secara rahsia tahun lalu dan apakah isu kandungan rundingan tersebut.

Mengapa Anwar takut untuk memberi penjelasan dengan sendirinya adalah jelas kerana ia menjurus kepada peranan kedua-dua individu untuk mencetuskan serta merancang serangan pengganas di Sabah.

Kali ini Anwar dan kuncu-kuncunya yang terlibat dalam menyerang Sabah tidak akan dapat lari daripada pengkhianatan yang mereka lakukan kerana Kertas Putih yang kini disediakan kerajaan akan mendedahkan segala butiran mengenai peranan mereka yang sebenar.

Malah kes pendakwaan terhadap penceroboh Sulu yang akan bermula pada 12 April sudah membuat Anwar menggeletar.

Seluruh rakyat Malaysia menunggu tarikh bersejarah itu kerana pada hari itu, permaianan Anwar sudah sampai ke penghujungnya.

ends

24 Mac 2013

KERAJAAN PAS KELANTAN, KEJAM DAN ZALIM

Ekoran terlalu lama memendam rasa, akhirnya semakin ramai rakyat Kelantan yang mula sedar dan bangkit menyatakan bantahan terhadap kerajaan negeri pimpinan Pas. Terbaru seramai 300 orang rakyat Gua Musang melakukan protes terhadap tindakan kerajaan negeri yang merampas tanah yang telah lama di usahakan mereka kepada syarikat swasta.

Walaupun telah mengusahakan tanah tersebut sejak 30 tahun lalu, ia tidak menghalang kerajaan pimpinan Nik Aziz yang dianggap ulama bertindak kejam dengan merampas tanah mereka sekaligus menafikan hak penduduk Kampung Sungai Badong di Kuala Betis.

Tanah seluas kira-kira 378.8 hektar itu telah diusahakan oleh penduduk kampung dengan pelbagai tanaman seperti getah, kelapa sawit dan dusun buah-buahan. Malah permohonan yang dibuat bagi mendapatkan hak milik sebelum ini, dikatakan telah mendapat persetujuan Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang sehingga ada penduduk yang telah menjelaskan bayaran premiumnya 10 tahun lalu.

Menurut penduduk kampung itu lagi, kerajaan Ulama Pas Kelantan, melalui Pejabat Tanah dan Galian jajahan Gua Musang dikatakan meluluskan permohonan tanah itu kepada dua buah syarikat sekitar November tahun lepas dan telah mengeluarkan geran pada 28 Januari lalu.

Nampak gayanya, jubah dan serban yang digunakan pimpinan Pas yang kononnya diterajui oleh ulama tidak menghalang mereka dari bersikap kejam dan zalim. Apakah ini ciri-ciri Islam yang ingin diterapkan oleh Pas di negeri yang terkenal dengan gelaran serambi mekah itu?

Yang menjadi persoalanya ialah, bagaimanakah kerajaan negeri tergamak untuk menganiaya rakyat Kelantan dengan menyerahkan hak milik tanah tersebut kepada syarikat asing? Sedangkan mengikut logik akal mereka yang telah lama memohon malah telah membayar premium dengan lebih awal wajar dipertimbangkan terlebih dahulu.

Atau apakah ini merupakan satu bukti kerajaan Pas Kelantan lebih mengutamakan keuntungan dari melihat dan merasai denyut nadi rakyat miskin??? Kalau itulah pendekatkan yang diguna pakai, maka dakwaan yang mengatakan Kelantan di pimpin oleh ulama adalah salah. Sebenarnya rakyat Kelantan telah dipimpin oleh Ular Dalam Semak yang hanya menunggu dan ketika yang sesuai untuk mengigit dan menindas rakyat.

Lebih menyedihkan, apabila menteri besar yang mengangap Anwar Ibrahim sebagai idola ini, pernah mengatakan setiap mata cangkul tanah yang diusahakan adalah hak mereka dan akan diberi hak milik sebagai jaminan masa depan.

Episod sedih yang melanda penduduk ini boleh dikatakan selari dengan perumpamaan Melayu kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan. Walaupun ada yang bersikap sinikal dengan mengatakan Padey doh mung keno, undi lah Tok Guru tuh pah ceroh namun ia seharusnya dijadikan pengajaran buat rakyat Kelantan secara keseluruhannya.

Malah menurut maklumat yang diterima, sekitar pertengahan tahun 1960 -1970, kerajaan Tok Guru pernah memajakkan tanah seluas 300,000 ekar di Hulu Kelantan kepada syarikat Singapura.

Tidak cukup dengan itu, kerajaan Pas Kelantan sebelum ini juga dikatakan sanggup menyerahkan pajakan sehingga tahun 2092 untuk tanah seluas 10,000 ekar kepada pimpinan DAP, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min.

Kesimpulannya, rakyat Kelantan perlu membuka mata dan hati dengan seluas-luasnya untuk menilai semula sokongan yang pernah diberikan kepada Pas yang jelas mengunakan Islam sebagai modal untuk menipu rakyat di negeri Che Siti Wan Kembang itu.
Buat rakyat Kelantan  Bo La Weiiii!!!

22 Mac 2013

Rahim Thamby Chik Dedahkan Cubaan Pujuk Eskay

Mungkin kerana tidak tahan dengan percubaan demi percubaan yang dilakukan, mantan Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik Saban semalam sekali lagi tampil membuat kenyataan. Beliau semalam mendedahkan wujud usaha yang dijalankan oleh wakil pakatan pembangkang untuk membeli Dato Shazryl Eskay Abdullah salah seorang daripada 'Trio Datuk T' untuk membuat pusingan-U dalam kes video China Doll.

Menurut Tan Sri Rahim, ekoran pendedahan rakaman video seks dikaitkan dengan pemimpin pembangkang tidak berapa lama dahulu, Datuk Shazryl telah diekori dan dipujuk dengan sejumlah wang oleh pihak tertentu agar mengubah pendiriannya.

Tan Sri Rahim turut menegaskan, beliau (Datuk Shazryl) telah ditawarkan dengan wang yang TIADA HAD JUMLAHNYA sebagai pampasan sekiranya bersetuju untuk menandatangani satu dokumen berkanun yang telah disiapkan.

Sungguh hebat, pendekatan yang diguna pakai oleh makhluk bernama Anwar Ibrahim ini yang suatu ketika dahulu diangkat sebagai pemimpin Anugerah Tuhan. Motifnya hanya satu iaitu terus menipu rakyat Malaysia agar terpedaya dengan lakonannya semata-mata untuk menjadi Perdana Menteri.

Lepas berjaya beli bapa Saiful Bukhari, Pakatan cuba keluarkan wang lagi untuk beli Dato Eskay. Namun disebabkan ahli perniagaan itu mempunyai jati diri dan integriti yang tinggi, tawaran wang tanpa had� itu tidak mampu untuk membeli dirinya. Ini kerana, bukan calang-calang orang yang dapat menolak tawaran seperti itu.

Hanya disebabkan wang seorang bapa tergamak untuk mengkhianati anaknya sendiri apabila sanggup menjual maruah dirinya sekaligus menjadi pencacai dan alat kepada politik jijik pakatan pembangkang.

Sekiranya Datuk Eskay bersetuju untuk menerima tawaran yang diberikan oleh Anwar, maka sudah pasti dokumen tersebut akan digunakan sebagai modal kempen baru puak-puak pencacai untuk menyalahkan Umno.

Tambah menarik, modus operandi mengeluarkan dokumen berkanun yang telah disiapkan itu seakan-akan sama dengan tindakan PI Bala yang sebelum ini turut mengeluarkan surat akuan bersumpah. Dengan hanya bermodalkan RM2 akuan bersumpah itu terus dikatakan sebagai bukti untuk memfitnah dan mengaitkan pemimpin negara.

Begitu juga yang terjadi terhadap kes liwat Saiful Bukhari, kenyataan bapanya yang telah dibeli terus dijadikan asas untuk menolak dakwaan liwat berbandingkan kenyataan mangsa yang disertakan dengan lafaz sumpah.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Datuk Zulkifli Nordin sebelum ini yang mengatakan antara strategi Anwar untuk menghilangkan keyakinan rakyat ialah, mengunakan umpan dengan seribu satu tawaran bagi mempengaruhi mereka yang rapat dengan sesuatu kes itu agar tampil membuat kenyataan.

Dengan kenyataan itu, para pancacai Anwar akan mengunakan semua peluang dan ruang untuk menarik simpati rakyat, kononnya makhluk jijik bernama Anwar Ibrahim telah difitnah.

LAHAD DATU #OpsDaulat : SAYA DIBAYAR


Pengakuan salah seorang pengganas Hooland Kalbi yang ditangkap ketika #OpsDaulat baru-baru ini pasti mengemparkan seluruh rakyat, apabila ketika prosiding pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia telah dibayar oleh seseorang untuk bertindak di Sabah.

Hooland merupakan antara lapan warga Filipina yang dituduh menjadi anggota kumpulan pengganas, berkata sedemikian di hadapan Hakim P. Ravinthran. Turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas ialah Lin Mad Salleh, Habil Suhaili dan Timhar Hadir.

Manakala Atik Hussin Abu Bakar dan Basad Manuel ialah dua individu yang dituduh atas pertuduhan melancarkan perang dan mereka turut didakwa menjadi anggota kumpulan pengganas dan dua tertuduh lagi, Kadir Uyung dan Lating Tiong didakwa cuba melindungi sekumpulan pengganas.

Secara rationalnya, SEMUA pengganas yang ditangkap itu perlu dibicarakan atas tuduhan melancarkan perang terhadap Yang Di-Pertuan Agung. Dengan itu, sekiranya mereka didapati bersalah mahkamah mempunyai kuasa untuk menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada semua yang didakwa itu.

Ia bertujuan untuk memberi amaran dan pengajaran kepada rakan-rakan mereka khususnya warga Filipina yang mempunyai cita-cita untuk menjadi Sultan Sulu (walaupun tidak diiktiraf) mengunakan pendekatan yang sama bagi MERAMPAS kedaulatan Sabah dari Malaysia.

Malah dengan kenyataan Hooland itu tadi, pastinya akan membuatkan orang-orang tertentu panas punggung dan tidak senang duduk, kerana kenyataan tersebut dilihat selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina sebelum ini.

Mereka sebelum ini melaporkan, menurut sumber perisikan tentera dan kenyataan pegawai tertinggi Filipina yang mengatakan pencerobohan bersenjata di Lahad Datu telah dibiayai dan di dalangi oleh beberapa orang pemimpin pembangkang di negara ini.

Tambah menimbulkan keraguan ialah, sepanjang episod tragedi berdarah ini berlangsung boleh dikatakan majoriti pimpinan pembangkang seolah mengambil pendekatan lepas tangan.

Malah ketua pembangkang, Anwar Ibrahim sebelum ini ketika diminta mengulas laporan yang dikeluarkan itu, terus marah sambil mengugut akan mengemukakan saman sekiranya mengulangi soalan tersebut.

You ulang, I saman adalah merupakan ungkapan beliau bagi mematikan persoalan itu dari terus dibangkitkan.

Lebih pelik lagi, apabila dia seakan gugup dan secara jelas menipu dengan mengeluarkan kenyataan yang terbukti bercanggah dengan laporan yang dikeluarkan oleh agensi berita antarabangsa dan media Filipina.

Kerajaan Malaysia sebelum ini, cuba memberi peluang dengan membuka ruang perbincangan bagi menyelesaikan konflik ini secara baik. Namun tindakan para pengganas yang memulakan serangan telah memaksa pihak keselamatan negara membalas serangan tersebut seterusnya melancarkan #OpsDaulat.

Pihak berkuasa juga digesa untuk segera menjalankan siasatan secara menyeluruh agar mereka yang dikatakan sebagai DALANG itu turut dapat dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.

Sebagai sebuah negara yang berdaulat, tindakan yang tegas perlu diambil baik terhadap warga asing mahupun rakyat negara ini. Ia bagi mengelakkan sebarang percubaan yang ingin dilakuakn untuk mencetuskan huru-hara semata-mata untuk memperjuangkan ideologi politik songsang orang-orang tertentu.

Kepada pengkhianat negara, TUNGGU!!!! Masanya akan tiba, untuk kamu diseret sama ke muka pengadilan.