Sakan betul Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memborong pelbagai jenis kereta mewah sejak bergelar wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Ampang. Daripada sekadar memiliki sebuah MyVi tetiba saja bertukar citarasa kepada Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes Benz.
Sebelum ini dalam salah satu kempen PKR, ada pemimpinnya menyeru rakyat memboikot pembelian kereta kononnya selepas PR memerintah nanti, harga kereta akan diturunkan, tika itu barulah rakyat digalakkan membeli dengan harga baru yang jauh lebih rendah.
Rupa-rupanya saranan tersebut tak terjangkau untuk dilaksanakan oleh Zuraidah, itu yang belum pun kereta VOLVO XC90 mencecah usia dua tiga tahun dibelinya pula dua buah Toyota Hilux dan terbaru pula kini Zuraidah sedang selesa memandu Mercedes Benz E240.
Bukan calang-calang orang boleh merasai pelbagai jenis keempukan kereta yang berjenama dan mahal sebegitu. Tapi bak kata rakan kita di Sel13.Com, tuah ayam nampak di kaki, namun tuah manusia sekalipun masam tubuhnya tiada siapa yang tahu.
Memang bertuah betul menjadi pemimpin pembangkang, dalam sibuk-sibuk mereka
menuduh pemimpin BN hidup bermewah-mewahan, sempat pula Ketua Wanita PKR sendiri menunjukkan contoh kehidupan tawadduk dan zuhud sehinggakan penyokong PR yang sudah sedia pening jadi mereng akhirnya.
Kata dulang paku serpih, kata kat orang pemimpin PKR pula yang terlebih-lebih. Dan kemewahan hidup gaya zuhud yang dikecapi Zuraidah sekarang, bukanlah satu-satunya yang pernah wujud.
Timbalan Presiden PKR sendiri, walaupun suatu ketika dulu kerap ke hulu hilir bertemu rakyat dengan hanya memandu kereta buruk Wolkswagen untuk memperlihatkan kezuhudannya di mata rakyat, namun ramai yang tahu ada sebuah Ferrari yang bernilai ratusan ribu ringgit menjadi miliknya.
Malah ada khabar menyatakan Azmin telahpun membeli sebuah Lamborghini yang harganya hanya termampu dibayar oleh jutawan dan tauke balak sahaja.
Jika Zuraidah yang sebelum dilantik menjadi YB Parlimen Ampang dulunya cumalah seorang penjual buah-buahan sambil menjual ubat-ubatan tradisonal dan kini mampu bergaya sakan mengalahkan seorang jutawan, apa nak hairannya dengan Azmin, ya tak?
Jual buah tepi jalan pun mampu beli Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes. Takkanlah sebagai orang penjual aiskrim special berperisa jamban tak mampu pula memiliki Ferrari dan Lamborghini, tak begitu?
23 Nov 2012
Jual Buah Dapat Hilux, Jual Aiskrim Dapat Ferrari
19 Nov 2012
MUKTAMAR BUKTI PAS TAKUT DAP, PKR
Kelemahan Pas sebagai sebuah parti serpihan Umno yang kononnya memperjuangkan prinsip Islam amat tersrlah sekali pada muktamar parti itu yang ke 58 yang berlangsung baru-baru ini.
Sememangnya dijangkakan semangat barisan pimpinan dan perwakilan Pas berkobar-kobar semasa ucapan dan sesi perdebatan.
Ini lumrah dalam mana-mana parti politik dan Pas sebagai sebuah organisasi siyasi yang bertopengkan Islam juga tidak terkecuali dalam menonjolkan imej 'kejantanannya', apatah lagu musim pilihan raya umum sudah tinggal beberapa bulan lagi.
Antara elemen 'kejantanan' Pas yang dipamerkan kepada ahli-ahli semasa persidangannya ialah desakan kuat supaya presiden Abdul Hadi Awang dilantik ke jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 kelak.
Ini sudah tentunya bertentangan dengan kehendak sekutu pas, Dap yang mahukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menduduki jawatan itu.
Anwar pula secara sinis menjawab bahawa perkara tersebut boleh dibincangkan apabila sampai ketikanya kelak.
Jadi dalam pakatan pembangkang terdapat tiga pandangan yang berbeza mengenai isu siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.
Di pihak Pas itulah kemahuan sebenar selama ia berjuang iaitu untuk merebut kerusi empuk di Putrajaya dan bukannya demi rakyat.
Konsep 'negara berkebajikan' versi Pas ialah untuk mendahulukan pimpanan parti itu untuk berlumba-lumba mendapatkan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan sebelum memikirkan mengenai rakyat.
Perdapat kedua pula berputar sekitar agenda Dap yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri oleh kerana parti itu telah berjaya membuat perkiraan dengan pemimpin utama PKR itu.
Sekiranya Anwar jadi Perdana Menteri semua kehendak liberal Dap mestilah dipenuhi.
Ini termasuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu dan mana-mana agensi kerajaan yang mendokong agenda memartabatkan Melayu seperti UiTM, MARA, MRSM dan sebagainya.
Bagi Anwar institusi-institusi tersebut perlu dihapuskan sebagai persediaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik dengan bantuan Dap.
PKR sudah tentu menghargai sokongan yang diberikan oleh Dap dalam impiannya untuk meletakkan Anwar di Putrajaya dan akan sanggug bersekongkol dengan parti rasis Cina itu untuk merealisasikan agenda kotor mereka.
Ini akan meletakkan desakan Pas menuntut jawatan Perdana Menteri sebagai kera sumbang di dalam Pakatan Rakyat yang tentunya tidak disenangi oleh Dap dan PKR kerana gagal menunjukkan semangat setiakawan dan kerjasama sebagai satu pasukan.
Walaupun Abdul Hadi tidak menyentuh mengenai pelaksaaan hukum hudud di dalam ucapan perasmiannya, ini tidak bermakna parti itu telah melucutkan agenda tersebut.
Ini akan menjadi satu lagi isu yang akan merenggangkan ikatan yang sudahpun longgar di antara ketiga parti tersebut.
Apatah lagi apabila media arus perdana menyiarkan visual adik kepada Mursyidul Am, Nik Radzi yang mendoakan kemusnahan Umno dan BN di kala Israel ganas menyerang penduduk Palestin di Gaza.
Inikah gambaran yang ingin dicerminkan oleh Pas sebagai sebuah parti Islam apabila memohon kepada Allah supaya menghancurkan sebuah parti Melayu yang menjadi tunjang kerajaan sejak merdeka lagi serta menyokong perjuangan rakyat Palestin melawan Israel sejak 1957 lagi?
Di manakah letaknya asas moral dan jatidiri Pas sebagai parti politik Melayu apabila sanggup mengugurkan perjuangan hukum hudud demi menjaga hati Dap tetapi rela mendoakan kemusnahan Umno yang selama ini membela dan memberi bantuan dalam apa sahaja bentuk kepada rakyat Palestin?
Malah Pas amat takut sekali membangkitkan kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah yang secara jelas menggalakkan orang Melayu murtad daripada Islam.
Adakah Pas sudah tidak lagi sensitif kepada apa yang dikatakan oleh anak Anwar itu atau tidak mampu berbuat apa-apa yang mungkin akan menjejaskan peluangnya untuk merangkul jawatan Perdana Menteri?
Dengan menggunakan taktik 'tahaluf siyasi' atau kesepakatan politik, Pas tergamak mengorbankan prinsip dan maruahnya kerana tamakkan kuasa dan jawatan.
Hasil daripada muktamar itu telah berjaya memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti itu tidak boleh diharapkan untuk melindungi Islam apatah lagi memimpin bangsa Melayu.
Malah bangsa Melayu akan dilemahkan oleh Pas dan akan bertukar menjadi satu bangsa yang mengemis dan tunduk di bawah telunjuk Dap dan PKR.
Kerakusan Pas untuk mendapatkan kuasa dengan membelakangkan kepentingan Melayu dan Islam akan menjadi liabiliti terbesar parti itu apabila berdepan dengan PRU13 nanti.
Rakyat akan membuat perbandingan antara apa yang dikatakan pada muktamar tahun ini dengan realiti yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat.
Di dalam parti sendiri, pemimpin Pas boleh menjadi hero dan gedebe tetapi apabila berdepan dengan Dap dan PKR, Pas menjadi setan bisu yang akur menurut perintah tuannya.
ends
Hadi Nak Jadi PM? Langkah Mayat Anwar Dulu...
Ramai pemerhati politik tersenyum sinis apabila Dewan Ulamak PAS serta para perwakilan di Muktamar PAS Ke 58 tempohari bersungguh-sungguh menyarankan Abdul Hadi Awang dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.
Maka kembanglah hati seketika sebahagian ahli dan penyokong PAS yang hadir, tanpa menyedari saranan tersebut akhirnya hanya akan dibakul sampahkan oleh PR sama seperti nasib yang dialami oleh manifesto negara Islam dan hudud PAS.
Bagi yang celik akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.
Namun bagi ahli dan penyokong PAS yang totok balaci setaraf keldai, mainan propaganda itu cukup untuk membuatkan mereka lebih teruja dan bersemangat dalam menempuh liku-liku PRU 13 kelak.
Selama ini umum mengetahui PR sejak lama dulu sudah muktamad mempotretkan Ketua Umum PKR adalah calon PM yang paling layak, kini bila tiba-tiba sahaja PAS tampil dengan saranan calon PM dari puaknya, tentulah menggelikan hati ramai.
Tambah menggelikan hati lagi bila mana ketika di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Stadium Sultan muhammad ke IV Kota Bharu pada malamnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula secara terbuka mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon muktamad PR sebagai PM.
"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," demikian kata Lim Kit Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.
Tak perlu pemimpin BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu sendiri.
Hanya berselang beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka?
Betullah kata beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK Pengkalan Chepa tempohari, katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar.
Sebagaimana PAS tak berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim.
Akhirnya, PAS sekali lagi membuktikan pada khalayak hakikatnya mereka hanyalah setakat layak menjadi pencacai dan balaci. Tidak lebih dan tidak kurang. Itulah nasib sang keldai dan lembu tunggangan, wajib taat pada tuannya.
17 Nov 2012
PAS Tiada Masa Untuk Perjuangkan Akidah
Ramai kalangan kita sedia maklum yang Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengikrarkan kesediaannya yang rela bersahabat dengan syaitan serta bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan BN.
Ternyata selepas beberapa tahun Nik Aziz menyatakan kesudiannya menerima syaitan sebagai rakan seperjuangan, kini hasilnya sudah terbukti telah berjaya mempengaruhi sikap PAS.
Sekarang PAS memperakui persoalan akidah bukan lagi isu penting untuk diperbahaskan apatah lagi untuk mengecam sikap liberal Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyarankan supaya kebebasan beragama turut meliputi orang Melayu Islam.
Bak kata Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, PAS tiada masa terluang untuk membincangkan isu akidah kerana matlamat mengulingkan BN jauh lebih penting untuk difikirkan.
Akhir tahun lalu, PAS juga telah gagal mempertahankan akidah dan maruah kesucian Islam tatkala JAIS melakukan pemeriksaan dan menahan 12 orang Islam yang sedang didakyah oleh pendakwah Kristian di sebuah gereja,
Kini sekali lagi PAS gagal untuk mempertahankan kesucian Islam apabila membiarkan sahaja fahaman liberal anak kesayangan Ketua Umum PKR menjalar meracuni fikiran khalayak seterusnya bakal menjahanamkan akidah ummah.
Para perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS pula ramai yang terpaku, kelu dan bisu jadinya.
Apa daya mereka untuk membantahnya kerana realiti semasa sudah lama terbentang depan mata menunjukkan perubahan besar sikap PAS yang semakin lari dari landasan perjuangan.
PAS hari ini tidak sama seperti PAS 50 tahun dulu. PAS hari ini sudah dikelabui mata mereka dengan lambaian kuasa duniawi yang tidak pasti dan ditutup hijab penglihatannya dari memandang tinggi pada isu akidah ummah.
Persoalan akidah kini dilihat seumpama beban yang jika diambil berat dikhuatiri mendatangkan amarah abang besar dari DAP dan PKR.
Syaitan yang diperakui merupakan sahabat sejati PAS kini tentu sahaja bertepuk tangan kegembiraan.
16 Nov 2012
PAS Tiada Masa Untuk Perjuangkan Akidah
Ramai kalangan kita sedia maklum yang Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah mengikrarkan kesediaannya yang rela bersahabat dengan syaitan serta bersekongkol dengan DAP demi untuk menjatuhkan BN.
Ternyata selepas beberapa tahun Nik Aziz menyatakan kesudiannya menerima syaitan sebagai rakan seperjuangan, kini hasilnya sudah terbukti telah berjaya mempengaruhi sikap PAS.
Sekarang PAS memperakui persoalan akidah bukan lagi isu penting untuk diperbahaskan apatah lagi untuk mengecam sikap liberal Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang menyarankan supaya kebebasan beragama turut meliputi orang Melayu Islam.
Bak kata Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib, PAS tiada masa terluang untuk membincangkan isu akidah kerana matlamat mengulingkan BN jauh lebih penting untuk difikirkan.
Akhir tahun lalu, PAS juga telah gagal mempertahankan akidah dan maruah kesucian Islam tatkala JAIS melakukan pemeriksaan dan menahan 12 orang Islam yang sedang didakyah oleh pendakwah Kristian di sebuah gereja,
Kini sekali lagi PAS gagal untuk mempertahankan kesucian Islam apabila membiarkan sahaja fahaman liberal anak kesayangan Ketua Umum PKR menjalar meracuni fikiran khalayak seterusnya bakal menjahanamkan akidah ummah.
Para perwakilan di Muktamar Dewan Ulama PAS pula ramai yang terpaku, kelu dan bisu jadinya.
Apa daya mereka untuk membantahnya kerana realiti semasa sudah lama terbentang depan mata menunjukkan perubahan besar sikap PAS yang semakin lari dari landasan perjuangan.
PAS hari ini tidak sama seperti PAS 50 tahun dulu. PAS hari ini sudah dikelabui mata mereka dengan lambaian kuasa duniawi yang tidak pasti dan ditutup hijab penglihatannya dari memandang tinggi pada isu akidah ummah.
Persoalan akidah kini dilihat seumpama beban yang jika diambil berat dikhuatiri mendatangkan amarah abang besar dari DAP dan PKR.
Syaitan yang diperakui merupakan sahabat sejati PAS kini tentu sahaja bertepuk tangan kegembiraan.
12 Okt 2012
DAP Parti Mafia
Kenyataan terbuka bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra, R. Vellasamy Rasu yang melabelkan DAP sebagai sebuah parti mafia merupakan satu dakwaan yang agak serius dan tidak boleh dipandang ringan atau diabaikan begitu sahaja.
Menurut Vellasamy, DAP sebetulnya bukanlah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi sebaliknya lebih kepada parti mafia yang didokong kuat oleh kumpulan gengster yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pemimpin tertentu.
Jelasnya lagi ahli-ahli bawahan seperti sengaja ditakut-takutkan dengan kehadiran sekumpulan gengster dalam mesyuarat parti dengan demikian setiap keputusan atau tindak tanduk pemimpin atasan akan dituruti tanpa dikritik atau dipersoalkan oleh ahli bawahan.
Dakwaan tersebut bagaimanapun sehingga kini belum mendapat ulasan balas atau penafian dari pihak DAP.
Namun jika dikaji dan diimbas semula beberapa peristiwa dan kontroversi sebelum ini, tidak dapat tidak sedikit sebanyak kesahihan dakwaan itu kelihatan ada benarnya.
Antaranya ialah isu sensasi melibatkan kematian Teoh Beng Hock (TBH) akibat terjatuh dari bangunan SPRM tidak berapa lama dulu, yang kiranya diteliti dan dikaji besar kemungkinan membabitkan elemen gengsterisme yang didakwa telah menguasai DAP.
TBH yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada seorang pemimpin kanan DAP Selangor sebagaimana kita ketahui merupakan saksi penting dalam membantu siasatan SPRM berhubung salah guna kuasa dan rasuah yang dilaporkan membabitkan penyelewengan tender kerajaan negeri untuk kontraktor Bumiputera.
Pastinya wujud ketakutan dan kerisauan dalam diri TBH terhadap kemungkinan tindakbalas gengster yang mempunyai kaitan rapat dengan DAP berikutan langkahnya membocorkan maklumat penting penyelewengan yang berlaku kepada SPRM semasa sesi siasatan dijalankan.
Berikutan kematian mengejut TBH selaku saksi penting kes tersebut, kesannya menyebabkan siasatan SPRM terpaksa dihentikan dan kes itu gagal diselesaikan, jelas sekali senario itu amat menguntungkan DAP di masa yang sama menyelamatkan imej pemimpinnya dari dikaitkan dengan kes rasuah.
Amat tidak logik untuk kita menerima dakwaan karut dan propaganda murahan pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP kononnya kematian TBH disebabkan oleh anggota SPRM. Tidak begitu?
Dalam isu lain yang mirip dengan unsur gensterisme, tidak berapa lama dulu juga bekas orang kepercayaan Anwar Ibrahim iaitu Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan serba sedikit kes kematian rakannya, Dato' Patrick Wong yang disyaki mempunyai kaitan rapat dengan skandal perlombongan pasir di Selangor.
Selain itu, kita juga sedia maklum kegiatan gengsterisme juga mempunyai hubungan langsung dalam menjaga dan memberi perlindungan untuk pusat maksiat seperti rumah urut, pusat pelacuran, kelab malam dan tempat perjudian tanpa lesen.
Seringkali kumpulan gengster atau kongsi gelap tertentu merupakan pihak yang mengaut keuntungan berlipat ganda hasil memberi perlindungan kepada pusat-pusat maksiat, manakala hasil keuntungan pusat maksiat sedemikian acapkali menjadi sumber kewangan bagi menampung keperluan sesebuah organisasi atau pertubuhan politik.
Kebetulannya, sejak pasca PRU 2008, negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang jatuh kepada pakatan pembangkang yang dikenali sebagai PR, kita dapat lihat wujudnya pertambahan mendadak banyak rumah urut, pub dan pusat judi tanpa lesen di negeri terbabit. Jumlah pusat perlacuran juga meningkat berlipat ganda bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.
Malah sejak PR berjaya mengumpul kekuatan politiknya hasil tsunami politik 2008, lagak dan pembawaan pemimpin mereka khususnya dari DAP dan PKR amat jelas begitu kuat membela penjenayah. Mereka juga agak aktif menekan, menyerang dan mempertikaikan urusan dan tugasan pihak polis.
Impak dari serangan mereka yang bertali arus itu, akibatnya imej pihak polis tercalar dan masyarakat seperti semakin hilang hormat pada pihak keselamatan.
Akibatnya dalam tempoh yang sama juga kegiatan jenayah meningkat berkali ganda dan penjenayah semakin berani melakukan kegiatan mereka disebabkan yakin setiap tindak tanduk mereka apastinya mendapat pembelaan dari kalangan pemimpin pembangkang.
Jika dilihat pada semua peristiwa dan kontroversi di atas, jelas ada kebenaran dan kesahihan disebalik dakwaan bekas pemimpin DAP R. Vellasamy bersabit kegiatan gengsterisme yang kini telah menguasai DAP sekaligus melayakkannya merangkul gelaran sebagai parti mafia.
Pendakwa Perancis Sahkan Pembangkang Malaysia Penipu No. 1
SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene. Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka.
Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.
Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu.
Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua 'hakim penyiasat' bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM. Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.
Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.
Oleh itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini.
SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia.
Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis. Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka.
Dalam usaha SUARAM 'mengenakan' kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum. SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku.
Dan kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung. Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing. Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros.
Secara langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi 'pertukaran rejim' di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan.