28 Ogo 2012

Rakaman Tuduhan Mansor Bakal Disebar

Pada 16/17 Ogos lalu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dikatakan berada dalam keadaan yang cemas apabila blog Gelagat Anwar mendedahkan transkrip rakaman beliau mengutuk bosnya, Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat.  Antara yang hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Law Choo Kiang PKR Bukit Bendera, Felix Ooi, PKR Bayan Baru, Tan Seng Keat calon Bayan Baru pada 2004, Raymond Ong, PKR Tanjung, Ng Chek Siang;,Batu Uban, Cheah Peng Guan dan John Ooi, juga PKR Bayan Baru.

Mansor di dalam rakaman tersebut merujuk kepada Guan Eng sebagai 'sombong' dan 'angkuh'.   Beliau juga dikatakan mengucapkannya dengan berani dan lantang.  Antara petikan rakaman tersebut berbunyi:

"Dia (Guan Eng) very arrogant I tell you. Cocky and arrogant. It's not easy. Now more arrogant because dia menang banyak." — sumber blog 'Gelagat Anwar' (1)

"Guan Eng macam tokong, you know, to the Chinese. You cannot deny that… he is just like a tokong. Itu yang buat dia org sombong … very, very angkuh and arrogant." — sumber blog 'Gelagat Anwar' (2)

Secara dasarnya, rakyat telah pun sedia maklum akan keangkuhan dan kesombongan Guan Eng.  Malah, di dalam DAP sendiri, Guan Eng tidak begitu disukai.  Beliau juga menjadi penyebab beberapa pemimpin DAP keluar parti akibat tidak tahan dengan keangkuhan, kesombongan dan juga 'kekorupan' beliau. 

Namun, ini bukan soal Guan Eng kerana semua orang sudah kenal siapa Guan Eng lidah biawak, hati kering, penipu tegar yang tidak tahu malu bila kantoi.  

Ini adalah soal Mansor dan kedudukannya di dalam PKR, di dalam pentadbiran Pulau Pinang, di sisi Guan Eng dan di mata rakyat.   Umum tahu bahawa tiada seorang pemimpin termasuk di dalam DAP sendiri yang akan selamat jika berani melawan Guan Eng.   Kediktatoran Guan Eng bukan satu cerita rekaan dan kerana itulah Mansor dikhabarkan menjadi kecut perut mengenang nasib yang bakal menimpa dirinya.  

Lebih menakutkan Mansor ialah apabila ada pihak yang tampil menyatakan yang mereka akan menyebarkan rakaman suara tersebut tidak lama lagi bagi membolehkan semua orang mengadili sendiri apa yang diperkatakan dan siapa yang mengatakannya. 

Menurut sumber, pihak yang terlibat tidak berminat untuk menunggu 'waktu yang sesuai' seperti pilihanraya, untuk menyebarkannya tetapi akan menyebarkannya sebaik saja mereka bersedia.  

PKR Pulau Pinang kini berada dalam keadaan gelabah namun tidak begitu bersungguh untuk mempertahankan Mansor.  Khabarnya, masing-masing lebih berminat menyelamatkan diri dari 'dibaham' Guan Eng.  Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih takutkan Guan Eng dari Anwar, Ketua Umum parti mereka.

Apa yang berlaku akhir-akhir ini memperlihatkan Guan Eng mula menunjuk curiga secara terang-terangan terhadap Mansor dan mula memberi tekanan terhadap beliau.  Walaupun begitu, ada juga pengkhabaran yang menyatakan bahawa Guan Eng sudah lama mencari jalan untuk menyingkirkan Mansor dan semua Melayu-melayu di dalam pentadbiran Pulau Pinang. 

Jika ini benar, maka pendedahan rakaman tersebut telah memberikan peluang untuk Guan Eng berbuat demikian. 

Selama ini, parti pembangkang gemar merujuk kepada pemimpin UMNO sebagai diktator atau kukubesi.  Tetapi kini, ternyata, mereka berpeluang berhadapan dengan diktator sebenar yang tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur apatah lagi dikutuk, di dalam parti mereka sendiri. 

Kerana itu, walaupun penyebaran rakaman suara tersebut belum lagi dibuat, Mansor sudah dapat merasakan bahaya yang bakal menimpa dirinya.  Inilah suasana hidup dalam pentadbiran kukubesi, iaitu sentiasa berwaspada, takut dan langsung tidak punya hak bersuara.  

Sewajarnya rakyat mengambil iktibar dengan pergolakan politik Pulau Pinang ini.  Percayalah, kita juga pasti akan terpaksa hidup dalam keadaan yang sama iaitu sentiasa ketakutan dan tiada hak bersuara jika ditakdirkan PR menjadi pemerintah Malaysia dengan DAP menjadi kuasa mutlak di belakangnya. 

Mahkamah Tak Pernah Kata Malaysia Negara Sekular

Mungkinkah Karpal Singh belum pulih sepenuhnya setelah jatuh sakit tempoh hari sehingga meracau-racau?  Mungkinkah beliau masih berhalunisasi apabila berkata bahawa Tun Salleh Abbas pernah memutuskan bahawa Malaysia adalah negara sekular dalam kes Che' Omar Che Soh.

Tun Salleh Abbas sebagai Ketua Hakim Negara hanya menyatakan bahawa terdapat undang-undang di negara ini yang berunsur sekular dan beliau tidak pernah sekali-kali memutuskan negara ini sebagai negara sekular. 

Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri Malaysia telah pun menegaskan bahawa negara ini adalah negara Islam kerana ia diperintah oleh orang Islam, meletakkan Islam sebagai agama rasmi dan di masa yang sama tidak pernah menyekat amalan agama-agama lain. 

Untuk itu, Perlembagaan Perseketuan mewajibkan Pemerintah dan rakyat keseluruhannya memelihara kesucian dan kedaulatan Agama Islam melalui Perkara 37 dengan mewajibkan Ketua Utama Negara Yang di-Pertuan Agong untuk bersumpah atas nama suci Allah bagi memlihara agama Islam pada semua masa.  Selain itu, semua cabang pemerintahan negara sama ada Eksekutif, Legislatif dan Kehakiman terikat dengan sumpah Yang di-Pertuan Agong untuk memastikan kesucian dan kedaulatan Agama Islam setiap masa.

Tindakan Karpal Singh membangkitkan hal ini dalam pertelagahannya dengan PAS tentang hudud menyerlahkan lagi agenda jahat DAP yang menentang kedaulatan Islam sebagai agama rasmi.  Tindakan Karpal Singh juga dilihat sebagai menentang prinsip Rukun Negara.  

Nampaknya, pertelagahan mengenai hudud antara DAP dan PAS semakin mengganggu dan mengelirukan rakyat, malah mampu mencetus ketegangan. 

Rakyat perlu faham bahawa sesebuah negara Islam tidak semestinya melaksanakan hudud.  Sedangkan Mesir negara yang memusatkan semua Ulama-ulama tersohor juga tidak melaksanakan hudud. 

Perlaksanaan hudud dalam negara juga tidak menjamin syurga kepada umat Islam di dalamnya.  Ini kerana, syurga-neraka adalah tertakluk kepada amalan peribadi iaitu antara hubungan seorang hamba dengan Allah S.W.T dan juga antara sesama manusia.  Kerajaan dan undang-undang tidak akan mempengaruhi kedudukan seseorang Islam di sisi Allah S.W.T.

Hudud adalah undang-undang yang terlalu tinggi yang memerlukan keikhlasan dan ketakwaan yang mantap di kalangan para pelaksananya.  Ia juga memerlukan kedudukan negara dan umah dalam keadaan sempurna dari segi ekonomi, pendidikan dan sosial sebelum hudud boleh dilaksanakan. 

Hudud yang dilaksanakan tanpa memenuhi syarat di atas akan berakhir dengan ketidakadilan.  Lihat saja antara negara yang mengamalkan hudud seperti Pakistan, Afghanistan, Sudan, Somalia, dan Nigeria.  Keadaan rakyat mereka menyedihkan, kekejaman terhadap wanita berleluasa, manakala kaum lelaki bermaharajalela menjamu nafsu.  Negara mereka juga semakin mundur dan tidak pernah aman. 

Keadaan ini berlaku apabila undang-undang diletakkan lebih tinggi dari keadilan itu sendiri.  Atau dalam beberapa kes, mungkin juga lebih tinggi dari keperluan asas seperti makanan, pakaian, pendidikan dan keselesaan. Sedangkan, hudud adalah berkenaan keadilan dan kesempurnaan, bukan undang-undang semata-mata. 

Lebih dari itu, adalah bahaya untuk melaksanakan hudud di kala keadaaan hampir mustahil untuk mencari pelaksana atau hakim yang benar-benar mantap takwanya dan keikhlasannya serta mampu pula mengambilkira semua aspek teknologi canggih di zaman ini dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam berbagai bidang termasuk psikologi malah mungkin juga sains, sebelum menjatuhkan hukuman. 

Lebih buruk lagi jika si penggubal, pelaksana dan hakim mempunyai kecenderungan bersifat 'chauvinis' dan masih berpegang kepada fahaman jahiliah iaitu memandang rendah pada wanita atau suka membiarkan diri terpengaruh dengan sesuatu golongan atau pandangan tertentu.  Jika ini berlaku, bagaimana kita boleh memastikan yang beliau benar-benar menjatuhkan hukuman dengan hukum Allah S.W.T atau hanya dengan pendapat, pandangan dan kecenderungan peribadinya? 

Menghakimi hitam atau putih sesuatu perkara mungkin mudah tetapi malangnya keadilan itu tidak semudah hitam atau putih.   Kadangkala, hitam yang dilihat adalah tumpahan warna dari beberapa punca.  Maka, sang hakim perlu menilai perkara dari puncanya agar tidak berlaku kejam terhadap sesiapa. 

Karpal jelas tidak memahami perkara ini tetapi begitu juga sebahagian umat Islam yang kononnya hidup demi hudud.  

Namun, sama ada Karpal faham atau tidak, adalah amat tidak bertanggungjawab bagi beliau, untuk membangkitkan perkara ini dengan menolak prinsip Rukunegara dan perlembagaan negara yang meletakkan negara ini sebagai Negara Islam. 

Mungkinkah, Karpal sanggup memperbodohkan dirinya dengan menidakkan pengetahuan mengenai perlembagaan negara semata-mata kerana menentang hudud dan segala-galanya yang berkaitan dengan Islam? 

Walau apapun tindakan dan kenyataan Karpal, yang pasti PAS telah berikrar akan sehidup semati dengan Karpal dan DAP sementara 'hudud' akan terus menjadi nyanyian rasmi PAS sekadar untuk memancing undi.

85 Peratus Janji Pembangkang Tidak Ditunaikan

JOHOR BAHRU : Pakatan pembangkang gagal menunaikan lebih daripada 85 peratus janji kepada rakyat yang 'ditabur' mereka dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-12.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, berdasarkan kajian yang dibuat, kerajaan negeri di bawah kepimpinan pakatan pembangkang hanya berjaya menunaikan tidak lebih 15 peratus daripada keseluruhan janji yang dibuat.

"Mereka sudah diberi peluang untuk memerintah negeri tetapi tidak dapat melaksanakannya, macam mana kononnya mereka mahu diberi peluang menuju ke Putrajaya?" katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Pulai di Kompleks Tan Sri Mohamed Rahmat di sini hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Terbau, Datuk Abdul Halim Suleiman. Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN) sehingga kini sudah berjaya menunaikan lebih daripada 87 peratus janji yang dibuat sejak pilihanraya umum pertama 1959 ketika di bawah Parti Perikatan.

Beliau mengakui terdapat kelemahan sebanyak 13 peratus dalam menunaikan janji yang dibuat dan tidak mustahil pekara itu akan dibawa ke Pilihan Raya Umum Ke 13 tidak lama lagi dan meminta rakyat menilai sendiri serta menolak parti yang disifatkan sebagai pembohong kerana tidak menunaikan manifesto pilihan raya.

Katanya, kerjasama tiga parti dalam pakatan pembangkang adalah ibarat perkahwinan mutaah yang bersifat sementara kerana mereka hanya memerlukan satu sama lain pada waktu pilihanraya dan hubungan tersebut tidak bertahan lama disebabkan agenda masing-masing yang berbeza.

"Kita lihat seperti mana yang berlaku di Pulau Pinang, DAP cuba menguasai lebih daripada dua pertiga kerusi di sana selain mahu menjadi parti tunggal di negeri itu.

"Adalah lebih baik PKR dan PAS meninggalkan DAP dan menjadi entiti berasingan kerana mereka tidak jujur dalam menterjemahkan kesepakatan yang terjalin dan kaedah yang sama juga akan dilakukan jika mereka menguasai Putrajaya," Katanya lagi.

#Petikan Utusan Malaysia

24 Ogo 2012

'Belum Masa Laksanakan Hudud'


Shah Alam : Ketika pemimpin pas mahu hukum hudud dilaksanakan, Ahli Parlimen Pas Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula berbeza pendapat. Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, tidak setuju Hudud dilaksanakan selagi rakyat tidak menerima dan memahami  undang-undang islam itu secara mneyeluruh.

Katanya, sekarang bukan masa yang kondusif untuk hudud dilaksanakan kerana proses merealisasikan undang-undang itu memerlukan perbincangan secara terbuka serta membabitkan banyak proses perundangan.

"Selain itu, banyak pekara lagi yang perlu dibuat dan semua pihak harus memahaminya. Usaha menerapkan pemahaman mengenai hudud tidak boleh hanya melibatkan golongan tertentu, perlu merangkumi semua pihak agar tidak ada yang terkeliru," katanya.

Sehubungan itu, Dzulkefly berkata, hudud tidak mungkin dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Bercakap dalam satu program bual biacara anjuran televisyen internet, MobTV bersama Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya bertajuk 'Hentikan Polemik hudud,' beliau berkata, isu hudud kini semakin menjadi permainan politik.

"Dalam keadaaan ini, jika ia tidak ditangani secara baik, banyak pihak akan terus tidak faham malah mungkin terkeliru mengenai hudud," katanya.

katanya, ini perlu diperjelaskan kerana bukan semua masalah boleh diselesaikan melalui hudud. Minggu lalu, Ahli Majlis Syura Ulama Pas, Nasharudin Mat Isa mencadangkan parti itu keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) jika DAP yang menjadi rakan sekutunya dalam pakatan itu, terus menentang hudud.

Ini berikutan kenyataan pengerusi DAP, Karpal Singh yang terus mempertikaikan perlaksanaan hudud malah memberi amaran supaya 'langkah mayatnya dahulu' jika parti itu mahu melaksanakan undang-undang Islam itu jika diberi peluang memerintah negara ini.

#Petikan Sinar Harian Edisi Selangor 23/8/12

16 Ogo 2012

Fitnah & Dusta Makanan Harian Balaci PAS


Sahih terbukti, inilah realiti yang sukar untuk dinafikan sama sekali apabila fitnah yang sudah mendarah daging semakin bersebati bersama pekat hitam seketul daging yang dinamakan hati.

Ya, hati yang hitam legam angkara rutin hariannya mencintai fitnah berbanding kebenaran sememangnya agak sinonim dengan penyokong sebuah parti yang kononnya mendaulatkan Islam dalam dasar dan polisinya.

Dek kerana hitamnya hati-hati yang menyokong PAS mengakibatkan penglihatan mereka ditutup rapat dari kebenaran sebaliknya fitnah dan dusta dipandang sebagai memiliki darjat yang tertinggi.

Itulah yang berlaku bila mana Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan kes berkaitan saman fitnah UMNO terhadap fitnah oleh Harakah terpaksa ditolak sekalipun mengesahkan fitnah telah dengan sengaja dilakukan oleh media rasmi PAS itu.

Dalam kes tersebut, UMNO Selangor telah menyaman Harakah berikutan satu artikelnya yang memfitnah UMNO sebagai kononnya punca JAIS melakukan serbuan ke atas sebuah gereja di Selangor.

Disebabkan plaintif yang memfailkan saman tiada kelayakan dari segi undang-undang kerana dirinya bukan penjawat awam, Harakah terselamat dari hukuman membayar saman RM10 juta, satu kemenangan yang cukup indah bagi ramai balaci PAS yang cetek akal fikirannya.

Para balaci yang kebanyakannya berkopiah dan berserban seakan bergembira dengan keputusan tersebut walhal hakikat kebenaran yang menunjukkan PAS melalui lidah rasminya telah disahkan melakukan fitnah tidak pula disedari oleh hati-hati yang kelam itu.

Sekurang-kurangnya empat kejahilan telah dilakukan oleh penyokong PAS yang meraikan 'kejayaan' mereka dalam kes ini sama ada secara sedar atau sebaliknya;

1) Memfitnah UMNO yang dianggotai sebahagian besar umat Islam sebagai dalang pemeriksaan di gereja.

2) Memfitnah JAIS kononnya sebagai talibarut UMNO sedang hakikatnya mereka hanya melaksanakan tanggungjawab menyelamat dan mempertahankan akidah umat.

3) Mendahulukan kepentingan gereja berbanding hak keperluan mendaulatkan akidah umat

4) Meraikan fitnah yang nyata sekalipun beban dosa fitnah itu lebih besar dari membunuh.

Malang betul bagi segelintir umat Islam yang sudah ditutup hijab penglihatannya untuk melihat kebenaran gara-gara terlampau lama bergelumang dengan adu domba, dusta dan fitnah rekayasa propaganda parti yang bertopeng agama.

Inilah hakikat yang perlu kita umat Islam akui betapa fitnah yang sudah menjadi asam garam kehidupan sesebuah organisasi politik seperti PAS impaknya turut menyebabkan penyokongnya hilang kewarasan berfikir.

Saban hari halwa telinga dan mata disajikan dengan propaganda dan fitnah serta dusta pula menjadi santapan harian rohani tentu sahaja hatinya gagal memandu akal fikiran ke arah yang sepatutnya.

Akhirnya lahirlah penyokong dan ahli yang menyokong membuta tuli, angguk-angguk dan geleng-geleng mengikut rentak parti tanpa peduli lagi soal betul atau salah.

Yang hitam diraikan, yang putih dikesampingkan. Malang benar bagi sesiapa yang masih beriktikad dalam hati untuk terus menyokong PAS.

13 Ogo 2012

Dong Zhong Ingin Sisihkan Kaum China

Tujuh pertubuhan utama Cina dengan diketuai Dong Zhong telah memuktamadkan 'Chinese Education Memorandum' yang menyenaraikan 49 tuntutan dan akan diserahkan kepada Perdana Menteri pada bila-bila masa. 

Antara tuntutan mereka ialah agar kerajaan menghapuskan syarat-syarat yang dikenakan bagi pembinaan sekolah, menuntut agar kerajaan menanggung kos pembinaan dan tanah untuk sekolah Cina serta melaksanakan polisi pendidikan berbagai berbanding satu sistem yang diamalkan sekarang. 

Apa yang dituntut oleh pertubuhan-pertubuhan Cina ini membuktikan bahawa mereka benar-benar ingin menyisihkan terus kaum Cina dari arus sosial dan pembangunan negara ini. 

Melihat dari keangkuhan kaum Cina yang sering bermegah dengan penguasaan ekonomi mereka di negara ini, maka mereka mungkin ingin mewujudkan 'Chinese Supremacy' di mana mereka berada di atas dan oleh itu tidak perlu bergaul dengan kaum lain.  Tindakan mereka seolah-olah ingin mewujudkan sistem apartheid yang mengasingkan kaum-kaum di Malaysia. 

Apartheid dilaksanakan secara rasmi di Afrika selepas pilihanraya pada tahun 1948 yang memisahkan penduduk kepada 4 kumpulan iaitu orang asli, kulit putih, Asia dan lain-lain kaum.  Kesemua kumpulan ini dipisahkan dalam pendidikan, perubatan, kawasan peranginan di pantai, kemudahan awam,malah kawasan perumahan juga dipisahkan, adakalanya dengan cara kekerasan.  Tentu sekali, kumpulan yang lemah dari segi ekonomi iaitu penduduk asal kulit hitam, mendapat bahagian yang lebih buruk dari pemisahan ini. 

Sebenarnya, sudah terlalu lama Dong Zhong memperjuangkan 'apartheid' di Malaysia ini dan mereka nampaknya tidak akan berganjak lagi.  Malah, mereka terus mara dan terus mengasak dengan tuntutan yang bukan-bukan bagi memastikan matlamat mereka berjaya. 

Namun, apa yang membuatkan kita menggeleng-gelengkan kepala dengan keangkuhan ektremis Cina ini ialah mereka sanggup meminta kerajaan menanggung kos untuk melaksanakan agenda gelap mereka. 

Adalah tidak wajar sama sekali bagi kerajaan untuk menggunakan wang negara dan wang rakyat untuk membantu puak ektremis mengubah struktur sosial negara ini demi kepentingan sempit komuniti mereka. 

Jika Dong Zhong ingin membina sekolah Cina yang berkiblatkan budaya, sejarah dan bahasa ibunda mereka, adalah tidak wajar mereka meminta bantuan kerajaan Malaysia.  Ini kerana ianya amat bertentangan dengan aspirasi kerajaan untuk membentuk 1Malaysia dengan satu bangsa, bahasa dan budaya. 

Pendek kata, jika Dong Zhong ingin membina sebuah negara China baru di dalam Malaysia, maka mereka perlu ditentang, bukannya dibantu. 

Apa yang dituntut oleh Dong Zhong sebenarnya amatlah merbahaya.  Percayalah agenda mereka adalah jauh lebih dalam dan luas dari sekadar 'pendidikan Cina'.   Ini bukan soal pendidikan lagi kerana jika ia hanya soal pendidikan bahasa Cina, ia boleh diselesaikan dengan sekadar mengadakan kelas tambahan.  

Dong Zhong mengimpikan sesuatu yang melangkaui soal bahasa atau budaya Cina.  Mereka inginkan penguasaan kaum Cina secara mutlak tanpa perlu bergantung kepada kaum lain, selain dari menjadi penyumbang kepada daya-beli produk mereka. 

Sudah menjadi undang-undang tidak bertulis di dunia bahawa sesiapa yang mengawal ekonomi, adalah berkuasa.  Maka, dengan ekonomi sedia berada di tangan kaum Cina, pengasingan kaum Cina dari kaum lain akan memaksa kaum lain tunduk kepada mereka.  Lama kelamaan, kuasa politik yang ada pada kerajaan juga tidak akan membawa makna lagi kerana terpaksa tunduk kepada kuasa ekonomi kaum Cina.

Sudah sampai masa kerajaan bertegas dengan puak ektremis Cina ini.  Bahaya yang dibawa mereka tiada bezanya dengan puak ektremis agama yang mampu menjejaskan keamanan negara.   Dengan dasar apartheid yang ingin diwujudkan mereka, tidak mustahil negara bakal mengalami nasib seperti Afrika suatu ketika dahulu, dalam masa 10 – 20 tahun dari sekarang jika segala tuntutan mereka diterima.

Anti Patriotisme: Politikus Pembangkang Bakal Menjahanamkan Negara


Saban tahun menjelang sambutan kemerdekaan negara kita, akan ada saja kenyataan dan komen negatif seperti disengajakan akan terpancul keluar, rata-ratanya datang dari kalangan politikus parti pembangkang.

Semacam ada gerakan subversif yang mahu menyemai kebencian dan menyemarakkan semangat anti patriotisme dikalangan rakyat sedang dijalankan oleh segelintir poli'tikus' pembaiki labu air.

Biasanya gerakan mereka bermula dengan polemik mempertikaikan rekabentuk bendera kebangsaan, Jalur Gemilang yang acapkali cuba dikaitkan dengan bendera Amerika Syarikat hanya semata-mata beberapa warnanya sama.

Sedangkan sebuah negara lain di Afrika iaitu Liberia, benderanya juga seakan sama seperti bendera Amerika namun tidak pernah ianya menjadi polemik sehingga menyebabkan hilang rasa hormat rakyat terhadap panji kemerdekaan negara mereka.

Malah Iran yang sentiasa seringkali dipuja puji oleh pembangkang khususnya PAS juga memiliki rekabentuk bendera yang hampir sama seperti India, cuma berbeza dari segi warna merah dan oren serta kedudukan atas bawah warna hijau, tidak pula pernah pemimpin pembangkang di negara tersebut menjadikannya pertikaian.

Demikian jua dengan Syiria, Iraq dan Yemen, jalur merah putih dan hitam melintangnya sama yang berbeza cuma kedudukan objek ditengah lajur putih sahaja pun tidak sesekali rakyat pernah tersilap mengibarkan bendera, malah tidak juga hilang kecintaan mereka pada ibu pertiwi.

Begitu juga dengan jiran kita Indonesia dan Singapura, sekalipun bendera mereka memiliki jalur warna merah putih sama seperti Poland, pantang sekali untuk mereka menghina panji negara masing-masing apatah lagi untuk merasa segan untuk mengibarkannya.

Tapi di Malaysia yang tercinta ini, kita memiliki terlampau ramai politikus yang didukung oleh segelintir rakyat yang tiada semangat kecintaan pada negara yang begitu gemar memperlekehkan simbol kebesaran negara sendiri.

Dalam pada mereka seringkali membandingkan bendera kita dengan bendera Amerika sambil memperlekehkan maruah kemerdekaan negara, di masa yang sama mereka jugalah yang acapkali mendabik dada memuji sistem demokrasi Amerika dan meminta kerajaan mencontohi kebebasan politik ala Amerika. Kontradiks.

Jika pada tahun lepas (2011) pertikaian terhadap bendera negara kita hangat diperkatakan gara-gara kenyataan anti patriotisme oleh M.Manoharan, tahun ini politikus yang sama mempertikaikan pula pengorbanan jaguh badminton yang berpenat lelah cuba mengharumkan nama negara di persada antarabangsa.

Tidak lupa juga kontroversi ceramah Mat Sabu pada tahun 2011 yang secara terbuka pernah mengheret isu Jalur Gemilang dan lagu Negaraku diikuti sanjungannya pada Mat Indera komunis yang baginya adalah pejuang kemerdekaan sebenar berbanding pahlawan negara yang menjadi mangsa kekejaman Mat Indera di Bukit Kepong.

Seperti sengaja mahu merancakkan lagi gerakan anti patriotisme, dalam tahun ini pula seorang lagi politikus dari PAS, Nizar Jamaluddin turut berkongsi nada sama-sama mengambil bahagian melabelkan penghinaan terhadap bendera negara sebagai jalur malang.

Baru beberapa ketika berlalu, kartunis pro pembangkang yang bernama Zunar pula tanpa sedikit pun rasa bersalah telah dengan angkuh dan sombong melakarkan karikatur yang memperlekehkan panji kemerdekaan negara.

Dan seperti biasa, para penyokong pembangkang akan berusaha sedaya upaya cuba menjustifikasikan penghinaan tersebut sebagai satu kewajaran, sedangkan selama ini merekalah yang bersungguh benar mahu merampas tampuk kekuasaan negara yang berpanjikan Jalur Gemilang yang mereka hina itu.

Langsung tak terdetik barangkali di nurani masing-masing betapa polemik yang mereka timbulkan hasil kenyataan anti kenegaraan  itu berkait langsung dengan maruah anak bangsa dan tanahair.

Melihat pada susun atur dan corak serangan terbuka terhadap simbol, lambang dan sejarah kemerdekaan negara, pastinya tidak sukar untuk kita membuat satu andaian sememangnya wujud gerakan anti patriotisme dikalangan politikus pembangkang.

Tentu saja tujuan mereka mahu seboleh mungkin mengikis semangat patriotisme dikalangan hamba rakyat, bila ianya berjaya dilakukan barangkali mudah untuk pembangkang mencucuk jarum kebencian bagi mencapai angan-angan mereka untuk merampas pemerintahan negara ini.

Tatkala ramai pemimpin politik di negara lain bertungkus lumus melakukan amal bakti dan menabur jasa demi cinta mereka pada negara sekalipun masing-masing berbeza fahaman politik, di negara kita sebaliknya berlaku.

Politikus pembangkang Malaysia kelihatan semakin selesa menjalankan gerakan anti kenegaraan samada secara sedar atau tidak, menjurus kepada kepentingan sempit tanpa mengira impaknya bakal memudahkan musuh luar mengambil yang bakal menjahanamkan tanahair tercinta.

Oleh itu, semua rakyat Malaysia yang masih menyimpan perasaan cintakan ibu pertiwi, bangunlah segera mempertahankan maruah tanahair ini dari terus dinodai oleh politikus haprak yang rendah nilai patriotismenya.

Tanah bertuah ini baik buruknya, lebih atau kurangnya waima ditimpa hujan batu sekalipun sepatutnya kita sama-sama terus mempertahankan maruahnya kerana disinilah bumi yang kita pijak dan selamanya akan kita junjung.