Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika.
Segala penciptaan baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata pembunuh terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika. Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika telah menjadi ‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman ini.
Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat.
Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja. Penguasaan Amerika ke atas dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan generasi.
Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha untuk mencapai matlamat tersebut. Mereka belajar dari setiap kesilapan dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau menghadapi akibatnya. Hanya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil. Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa tiada apa yang mustahil.
Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan kenapa pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui tetapi satu petunjuk pun tidak ada.
Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika. Ia merupakan antara pesawat paling canggih dan paling selamat di dunia. Maka, jika ada yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’, ia pastilah pihak Amerika juga. Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi spekulasi.
Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam mengesan pesawat tersebut.
Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi mahupun letupan di udara. Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat. Satelit dengan teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK.
Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370. Tidak cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini.
Pendek kata, habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan dalam usaha mencari pesawat malang ini. Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di daratan telah diterokai. Namun, ia masih lagi tidak ditemui.
Satu-satunya satellite yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki sebagai pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China. Malangnya, objek yang dikesan di Laut China Selatan itu, bagaimanapun, disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari.
Yang menjadi persoalan ialah kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek tersebut terlebih dahulu dari China?
Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka? Atau apakah ini satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas sesuatu isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji kekuatan lawan mereka di rantau ini, iaitu China?
Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian. Mungkinkah kegagalan menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa jua ‘operasi sulit’ mereka selesai?
Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja.
Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan dan juga keselamatan. Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-gemburkan. Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai lemah dan tidak berdaya.
Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar.
Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara ini sedikit masa lagi.
Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu diambilkira oleh kepimpinan ialah: Apakah berbaloi kita memberi sepenuh ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370?
14 Mac 2014
Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370?
7 Mac 2014
Rakyat Semakin Meninggalkan Anwar
Apa dah jadi? Semakin hari sokongan terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ternyata semakin berkurangan. Sedikit demi sedikit semakin ramai yang meninggalkan walaupun baru-baru ini ‘anak emasnya’, Azmin Ali menyifatkan Anwar sebagai ‘Pemimpin Yang Bertaraf Dunia’.
Terbaru, dianggarkan hanya sekitar 20 orang sahaja para penyokong Anwar yang hadir di perbicaraan kes liwat II Anwar, di Mahkamah Rayuan pagi tadi. Walaupun sebelum ini ramai di kalangan pimpinan pembangkang khususnya PKR yang meminta agar para penyokong Anwar hadir bagi memberikan sokongan moral.
Antaranya anak kesayangan Anwar yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang merayu kepada para penyokongnya agar menyebarkan maklumat mengenai tarikh perbicaraan.
“Tolong sebarkan maklumat ini dan mari kita TURUN” katanya
Sedangkan kalau kita rujuk kepada kes liwat pertama Anwar, ribuan orang yang sanggup hadir ke mahkamah. Malah ada ketikanya ramai yang tidak dapat masuk ke bilik mahkamah kerana ruang yang terhad.
Malah ada di kalangan mereka yang sanggup tidur di perkarangan mahkamah semata-mata untuk masuk pada keesokan harinya. Tidak kurang juga yang bermandi peluh di luar perkarangan mahkamah hanya kerana ingin memberikan lambaian dan menjerit ‘reformasi’ bagi memberikan sokongan moral kepada Anwar yang kononnya teraniaya.
Persoalannya mengapa ini terjadi? Mengapa rakyat semakin menjauhkan diri daripada Anwar? Sedangkan Anwar yang pernah mendapat sokongan puluhan ribu (ada yang mengatakan ratusan ribu) rakyat suatu ketika dahulu, masih merupakan individu yang sama.
Jawapannya mudah. Rakyat sudah semakin sedar dan dapat menilai perkara yang sebenarnya. Ditambah dengan kenyataan Anwar yang sering berubah dan saling bercanggah, telah menyebabkan tembelangnya pecah satu demi satu.
Tambah menghairankan, apabila situasi itu bukan hanya dilalui oleh Anwar, namun ia turut dirasai oleh rakan-rakan sekutunya di dalam pakatan pembangkang. Sebagai contoh, program ‘Suara Orang Kampung’ anjuran Pemuda Pas pusat siang tadi turut menerima sambutan hambar.
Dianggarkan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir memberikan sokongan terhadap himpunan tersebut. Himpunan yang diadakan di hadapan bangunan gaetah Asli itu kononnya untuk memperjuangkan nasib golongan petani yang dikatakan tertindas.
Persoalannya sekiranya benar golongan tersebut ditindas, masakan hanya 50 orang sahaja yang sanggup hadir. Tambah melucukan majoriti yang hadir pada petang itu adalah merupakan ahli Pemuda Pas yang rata-rata tinggal di Lembah Klang.
Apa pun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada majoriti rakyat Malaysia yang telah mula dapat menilai antara kaca dan permata. Benarlah kata pujangga, ‘mana mungkin penipu, dapat menipu orang buat selamanya. Lambat laun sudah pasti rakyat akan tahu siapa sebenarnya yang bersalah.
4 Mac 2014
Air oh air selangor
Rafizi Sahkan Masalah Air Adalah Mainan Politik PKR
Dengan termeterainya MOU Penstrukturan air, maka rakyat Selangor sudah mampu melihat cahaya di hujung terowong. Walaupun penyelesaian isu air bukan bersifat segera, namun, ia sudah cukup untuk rakyat menarik nafas lega kerana sekurang-kurangnya, penyelesaian adalah hampir pasti.
Walaubagaimanapun, kelegaan rakyat disambut dingin oleh beberapa pemimpin PKR Selangor.
Antaranya, Anwar Ibrahim sendiri yang mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim yang menandatangani MOU tanpa merujuk kepadanya. Selain itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli juga mempertikai tindakan Khalid dengan mempersoalkan kos yang terlibat. Menurutnya, penstrukturan air di Selangor dengan kerjasama Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan seperti anggaran awal RM9.65 bilion seperti yang diumumkan.
Rafizi menegaskan bahawa PKR tidak bersetuju dengan kandungan MOU yang melibatkan pembinaan loji rawatan Langat 2.
Rafizi menyentuh isu-isu teknikal berkenaan pengambil-alihan empat syarikat konsesi air dan juga pembinaan Langat 2 yang dikatakan tidak menepati jumlah kos yang diumumkan. Beliau membayangkan yang proses ini bakal melibatkan dana awam, sekali gus menaikkan tariff air. Rafizi kemudian mendesak Khalid mendedahkan butiran MOU kepada rakyat.
Sekali imbas, Rafizi kedengaran seolah-olah benar-benar prihatin dengan nasib rakyat yang mungkin akan terpaksa menghadapi kenaikan tariff air. Namun, bila difikirkan semula, prihatinkah Rafizi jika kononnya tidak mahu bebankan rakyat dengan kenaikan tariff air tetapi sanggup pula membebankan rakyat biar tiada air terus?
Kenyataan Rafizi seterusnya membuatkan kita kembali tersedar bahawa PKR hanya bermain politik dan tidak sedikit pun prihatin dengan nasib rakyat.
Segala-galanya terdedah apabila Rafizi berkata, “Dengan kelulusan pembinaan Langat 2, kerajaan negeri Selangor kehilangan satu-satunya senjata yang dimiliki untuk berdepan dengan kerajaan pusat dalam isu air.”
Kenyataan tersebut secara langsung membuktikan bahawa PKR telah selama ini sengaja enggan bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam menyelesaikan masalah air di Selangor kerana ingin menjadikan isu ini sebagai ‘senjata’ untuk menyalahkan BN.
Dalam kata lain, PKR sengaja membiarkan rakyat menderita dan sengsara ketiadaan air semata-mata untuk ‘bermain politik’.
Justeru, tidak hairanlah sejak mula mengambil-alih Selangor, PKR beria-ia menafikan yang Selangor bakal menghadapi masalah air walaupun telah diberi amaran oleh pakar. PKR juga dengan megah mengaku kononnya akan menyelesaikannya dengan cara merawat air lombong, menggunakan teknologi canggih seperti membran, yang kononnya jauh lebih murah dan sebagainya. Untuk itu, PKR telah menjemput pakar-pakar dari Kanada untuk membuat pembentangan dan mengemukakan penyelesaian.
Namun, akhirnya, ternyata sudah bahawa semua itu hanyalah wayang politik sahaja.
Apabila masalah air benar-benar meruncing, PKR mula gelabah dan Khalidlah yang menjadi mangsanya. Lalu, bagi menyelamatkan diri, Khalid perlu kembali ke pangkal jalan dan memeterai perjanjian dengan Putrajaya bagi membolehkan masalah ini selesai.
Berdasarkan apa yang berlaku dan juga kenyataan Rafizi, jelaslah sudah bahawa PKR tidak pernah peduli jika rakyat sengsara asalkan mereka boleh memanipulasi isu bagi menyalahkan BN.
Bayangkan jika Khalid tidak menerima penyelesaian yang dikemukakan oleh kerajaan Pusat, masalah air sudah tentu tidak akan selesai selagi PKR memerintah. Kini, apabila masalah hampir selesai, PKR tidak segan silu pula menyatakan ketidakpuasan hati dan lebih suka jika rakyat terus menderita demi sedikit ‘modal’ untuk dijadikan ‘senjata’ politik mereka.
1 Mac 2014
Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun
Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar 'recycle' bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.
Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambar tersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.
"Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan 'gambar recycle' itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.
"Sebagai seorang pemimpin yang kononnya 'anugerah tuhan', dia tidak sepatutnya menggunakan pendekatan murahan seperti itu," ujarnya.
Isu gambar recycle ini bermula, apabila semalam (27 Feb) seorang penyokong Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan gambar tersebut pada pukul 12:35 petang dengan mengatakan status "Biar gambar berbicara ketibaan @anwaribrahim di Narita Airport".
Seterusnya pada pukul 12:52 petang, status tersebut telah 'diretweet' oleh Anwar dengan menggunakan akaun rasminya seolah-olah bersetuju dengan 'status' tersebut.'Retweet' Anwar itu kemudiannya telah disebarkan pula oleh para pengikutnya yang beranggapan kononnya ketibaan Anwar di Jepun benar-benar mendapat sambutan yang hebat dari pihak media di sana.
Shaik turut beranggapan, tindakan terdesak itu mungkin dilakukan bagi membersihkan kembali imejnya yang sebelum ini tercalar kerana dihalang dari memasuki ke negara tersebut'.
Pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang apabila pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.
Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.
Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, kerana gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.
Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
Saman Pil Kuda, PKR Jatuhkan Maruah Presiden Pas
Para penyokong Pas menyelar kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menggesa agar kes saman malu antara bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang diselesaikan di luar mahkamah.
Kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook 'Kami Bersama Ulama Muda Haraki' itu meminta agar kes saman ini diteruskan perbicaraannya di dalam mahkamah, kerana di dakwa ia telah menjatuhkan maruah Hadi selaku Presiden.
"Selesai dalam mahkamah. Kamu dah jatuhkan maruah Presiden kami. Senang-senang nak tarik perhatian penyokong PAS... KAMI DAH TAHU
PERMAINAN KAMU," tegasnya.
Terdahulu Anwar melalui laman twitternya cuba mengambil jalan selamat untuk memujuk hati para penyokong Pas yang marah dengan tindakan itu dengan menjelaskan kononnya PKR telah meminta agar perkara tersebut diselesaikan di luar mahkamah.
Dia yang juga merupakan bakal calon untuk kerusi Dun Kajang menjelaskan, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.
"Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi. Kita sedang usahakan," katanya.
Para penyokong Pas sebelum ini terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Hadi agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun.
Saman tersebut difailkan oleh Shamsul, ekoran dari kenyataan Hadi di dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu. Di dalam ceramah tersebut Hadi dengan lantang menjelaskan sebab mengapa parti itu tetap meletakkan calon Pas untuk bertanding di beberapa kawasan yang turut ditandingi oleh PKR.
Menurutnya, dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram dengan menjual pil kuda.
Menurut Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi di halaman page berkenan, memang terdapat asas, sekiranya PKR menarik balik saman tersebut, kerana takut apabila melihat kemarahan yang ditunjukkan oleh para penyokong dan ahli Pas.
Namun menurutnya tindakan tersebut bukan dilakukan kerana Tok Guru (Hadi), tetapi kerana bimbang jentera Pas memboikot #KajangMove sekaligus menyebabkan kekalahan Anwar.
"Usaha boikot #KajangMove ada asas, sebab jentera Pas lihat PKR bukan nak jaga pun perasaan dan maruah Presiden. Tapi (hanya ingin) guna tenaga dan pengaruh Presiden Pas dalam di Kajang. Saya tak kisah kalau jentera Pas nak boikot sebab ada asas yang kuat," katanya.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
Sokong ISMA, Iktiraf Malaysia Bumi Warisan Melayu
Jika sesuatu bangsa itu dibunuh dan dihapuskan terus, mereka tetap akan meninggalkan kesan sejarah dari budaya yang merangkumi agama dan tradisi. Maka, bangsa itu, secara dasarnya tidaklah lenyap terus, tetapi sekadar 'hilang' dari muka bumi.
Namun, jika dihapuskan budaya bangsa itu dan sejarahnya diubah serta agama dan tradisinya dikucar-kacirkan, maka walaupun pada dasarnya bangsa itu wujud, tetapi ia sebenarnya telah lenyap sama sekali.
Sedar atau tidak, inilah perancangan para ektremis Cina di negara ini, yang turut disokong oleh golongan Melayu liberal secara sedar, dan Melayu-PAS secara tidak sedar.
Justeru, perjuangan ISMA untuk mendesak dunia mengiktiraf Malaysia sebagai bum0i warisan dan hak Melayu bukanlah sesuatu yang remeh dan tidak relevan sepertimana sangkaan golongan yang berpemikiran cetek.
Jelas, ISMA memandang jauh ke hadapan, dan mampu mendalami dan menyelami agenda tersirat pihak yang ingin melenyapkan Melayu dari muka bumi sendiri.
Hari ini, Melayu diasak agar menggadaikan 'bangsa' mereka kepada sesuatu yang dipanggil 'bangsa Malaysia'. Malangnya, 'bangsa Malaysia' yang didesak ke atas kita itu langsung tidak mengambilkira hak Melayu sebagai penduduk asal dan tidak meletakkan syarat di mana semua bangsa di bumi ini wajib berasimilasi dengan budaya dan bahasa Melayu.
'Bangsa Malaysia' yang dicadangkan itu, ingin memadam terus kewujudan 'Melayu' sepertimana kenyataan Lim Kit Siang sendiri.
Percubaan ektremis Cina untuk melenyapkan Melayu disyaki sudah dirancang sedari awal. Ini berikutan keengganan mereka mengiktiraf dan menghayati sejarah awal Tanah Melayu sejak azali lagi. Masyarakat Cina negara ini hanya melihat sejarah negara bermula dari era penjajahan British di mana tok nenek moyang mereka mereka di bawah ke sini untuk bekerja di lombong bijih timah.
Bagi mereka, sejarah negara sebelum kedatangan nenek moyang mereka ke sini adalah tiada kena mengena dengan mereka.
Apabila berlakunya 13 Mei, kita dapat melihat sekali lagi sikap bangsa Cina yang tidak pernah meletakkan kesetiaan kepada pemerintah Melayu. 13 Mei adalah sebenarnya satu percubaan merampas kuasa politik dari orang-orang Melayu.
Sejak itu, orang-orang Cina terus cuba mengubah sejarah berkenaan 13 Mei dan juga mengenai komunis. Sebolehnya, mereka mahu dunia mengiktiraf komunis sebagai wira dan mereka pula bukan sebagai dalang 13 Mei. Oleh itu, sejak sekian lama, mereka giat mengedar risalah yang memaparkan sejarah palsu mengenai komunis dan juga 13 Mei. Jika sebelum ini mereka melakukannya secara sembunyi-sembunyi tetapi hari ini mereka telah berani melakukannya secara terbuka.
Tidak cukup dengan itu, mereka juga mereka-reka cerita kononnya kaum Cinalah yang mula-mula datang ke rantau ini dan kononnya sejarah kepahlawanan Melaka sebenarnya melibatkan bangsa Cina.
Selain itu, kita juga dapat mengesan bagaimana budaya Melayu dipencilkan dalam gabungan yang kononnya merujuk kepada kepelbagaian atas nama 'budaya Malaysia'.
Kita tidak tahu kegilaan apakah atau ketamakan apakah yang melanda orang-orang Cina yang masih tidak cukup-cukup tanah dan wang yang dimiliki mereka walaupun sudah 'membiak' dan menyedut kekayaan hampir di seluruh benua.
Rasanya tidak salah jika kita menganggap kesungguhan DAP dan MCA mendesak penerimaan idea Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) untuk menghapuskan 'bangsa' dalam borang rasmi sebagai bukti wujudnya usaha serius dan bersepadu untuk melenyapkan Melayu dari muka bumi ini.
Bayangkan, sekiranya kategori 'bangsa' dihapuskan, bangsa Cina masih wujud dengan merujuk kepada negara China. Begitu juga bangsa India kekal wujud dengan merujuk kepada negara India. Namun, bangsa Melayu tidak akan mampu merujuk ke mana-mana lagi kerana di sinilah saja tempat tanah tumpah darah Melayu.
Kita seharusnya bersyukur kerana ISMA berani tampil ke hadapan membawa perkara ini ke peringkat dunia. Sesungguhnya, tidak mustahil ancaman terhadap penghapusan bangsa Melayu bukanlah ilusi tetapi ia benar-benar berasas jika dilihat dari rentak langkah golongan ektremis Cina.
Sudah sampai masanya orang-orang Melayu belajar berfikir lebih jauh dan mendalam bagi memastikan kesinambungan bangsa kita di muka bumi ini. Ini bukan lagi masa untuk berfikir secara remeh dan ala kadar bagi mengisi kehidupan pada, dan ketika ini. Bangsa Melayu wajib mula berfikir merentasi zaman dan generasi jika ingin 'menang' dalam persaingan merebut tanah air sendiri, serta menyatakan kewujudan diri.
Ingatlah, jika benar mereka wujud golongan yang ingin menghapuskan Melayu itu, maka mereka bukannya merancang perkara ini setahun dua, tetapi berpuluh tahun merentasi zaman dan generasi. Mereka kekal fokus dan tidak pernah mengubah arah destinasi biar pun apa yang terjadi. Setiap kali kecundang, seperti 13 Mei, mereka akan belajar dari kesilapan dan mengatur strategi yang lebih mantap lagi.
Jika kita tidak ingin lenyap, maka kita wajib bangun mempertahankan diri dengan berdiri di belakang ISMA dalam isu ini.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
Sebelum Kit Siang Bercakap Tentang Integriti, Apa Cerita CEC?
Blog Kit Siang hari ini memaparkan artikel tulisan Boo Su Lyn di Malay Mail Online yang bertajuk 'Election 2013 lacked integrity, study finds'. Artikel tersebut memetik kajian Electoral Integrity Project (EIP) yang mendapati bahawa Malaysia telah jatuh ke tangga ke 66 dari 73 buah negara dari segi integriti pilihanraya.
Kajian tersebut menuduh parti memerintah sebagai memanipulasi persempadanan bagi memberi kelebihan kepada mereka. Tuduhan ini adalah berdasarkan persempadanan kawasan majoriti Melayu di luar bandar dan kawasan majoriti Cina di bandar yang dikatakan dibahagikan secara tidak adil bagi membolehkan parti memerintah menang berdasarkan jumlah kawasan, bukan jumlah pengundi.
Malangnya, kajian yang dibuat oleh Professor Pippa Norris dan Dr. Ferran Martinez sebagai penulis bersama dari University Sydney dan Universiti Harvard ini, tidak pula menjelaskan bagaimana BN berjaya mengekalkan kemenangan sekian lama dengan persempadanan yang sama selama ini, jika 'kaum' merupakan faktor penting persempadanan.
Hakikatnya, BN tidak pernah mengalami kemerosotan undi masyarakat Cina sepertimana 2013, sekali gus menafikan yang persempadanan dibuat berdasarkan 'kaum' atau dengan niat untuk memanipulasi.
Kajian bebas oleh Prof. Pippa dan Dr. Ferran ini dilihat sebagai mempunyai motif yang diragui kerana sengaja mempersoal integriti pilihanraya Malaysia sedangkan keputusan yang di mana pembangkang berjaya menggoyahkan kedudukan BN, sudah cukup untuk membuktikan bahawa ia merupakan satu pilihanraya yang adil dan tiada unsur-unsur manipulasi dalam apa jua segi.
Logiknya, sekiranya BN mampu memanipulasi keadaan, tentulah parti itu tidak akan menang tipis, tetapi menang besar, dengan pembangkang tidak mampu merampas atau mengekalkan walau satu negeri sekali pun.
Justeru, kajian yang begitu lemah ini tidak seharusnya diberi perhatian serius.
Apa yang perlu diberi perhatian ialah tahap ketebalan muka Lim Kit Siang kerana tidak malu untuk terus menyentuh soal integriti di blognya sedangkan kedudukan partinya sendiri kini terumbang-ambing akibat masalah integriti pemimpinnya.
Seharusnya, Kit Siang mencermin dulu mukanya dan muka anaknya, dan seluruh anggota CECnya yang masih belum sah kedudukannya sehingga kini. Pemilihan CEC pada Disember 2012 telah diragui sejak dari awal lagi apabila parti itu mengumumkan yang mereka telah 'tersilap kira' sedangkan jumlah yang perlu dikira hanyalah lebih kurang 2,000 undi sahaja.
Bertitik tolak dari itu, pengiraan semula dilakukan yang mana memperlihatkan kesilapan yang tidak logik dan konsisten dari segi matematik contohnya, pemenang ke-20 tiba-tiba menduduk tempat ke-6 serta tidak selari dengan perbezaan undi orang lain.
Tidak cukup dengan itu, ROS menerima aduan dari lebih 700 perwakilan India DAP bahawa mereka telah tidak menerima notis mesyuarat, sekali gus telah dipinggirkan dari mengundi. Sehingga ke hari ini, DAP masih belum dapat membuktikan yang notis mesyuarat telah dihantara kepada mereka ini.
Berdasarkan aduan tersebut, ROS mengarahkan pengundian semula. Beberapa minggu sebelum pengundian semula, kedengaran lagi rungutan terutama dari pihak perwakilan India bahawa pemimpin atasan mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa perwakilan terpilih sahaja.
Kemudiannya, apabila pengundian semula diadakan, hampir 800 perwakilan telah didapati 'hilang', manakala beberapa calon pula menarik diri di saat akhir menjadikan pemenangnya kekal sepertimana keputusan dari kiraan semula sebelumnya.
Namun, keputusan yang 'sama' itu, tetap tidak mampu menutup belang pemimpin DAP apabila ROS menerima lagi aduan dari ahli dan pemimpin bawahan DAP yang mengemukakan bantahan terhadap mesyuarat CEC yang dijalankan tanpa mengikut prosedur parti.
Perbalahan turut berlaku di peringkat negeri di mana anggota CEC yang tidak sah telah bertindak mengatasi pemimpin negeri yang dipilih secara demokrasi oleh ahli.
Bersandarkan kronologi ini, DAP sebenarnya sudah tidak punya apa-apa hak lagi walaupun untuk menyebut berkenaan 'integriti', apatah lagi mempersoal orang lain mengenainya. Kemelut CEC bukanlah masalah yang sengaja diada-adakan oleh parti lawan, tetapi merupakan masalah yang dibangkitkan oleh ahli-ahli parti sendiri.
Jika ahli-ahli sendiri mempersoalkan integriti pemimpin DAP, apa hak pemimpin DAP untuk mempersoal integriti SPR mahupun BN? Jika undi 2,000 pun tak mampu mengira dan menimbulkan masalah sehingga berbulan dan bertahun-tahun, apa hak DAP untuk mempersoal SPR yang telah terbukti menjalankan kerja dengan baik saban tahun.
Mungkinkah Kit Siang ingin menyatakan bahawa kemenangan DAP di Pulau Pinang adalah kerana SPR tiada integriti dan telah 'dibeli' oleh DAP?
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.