Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin 'hilang arah', Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.
Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang, keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam. Laporan muka depan, akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.
Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid. Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.
Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.
Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor, penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.
Tidak ketinggalan isu pemecatan Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina.
Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu, MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas. Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan. Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.
Menurut sumber juga, kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14.
23 Jan 2014
Gempar!!!! PKR Bersetuju Lucutkan Jawatan Khalid Sebagai MB Selangor
Kenapa Erdogan Tidak Jumpa Anwar Ketika di Malaysia?
Pada10 Januari lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah mengadakan lawatan dua hari ke negara ini dalam rangka lawatannya ke negara-negara Asia. Dalam lawatan tersebut, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib, dan sempat menunaikan solat Jumaat bersama.
Kunjungan tersebut secara kebetulannya bersamaan dengan ulangtahun hubungan Malaysia-Turki yang ke-50. Antara jadual lawatannya, Erdogan telah menerima anugerah doktor kehormat dari UIA dan juga menyampaikan ceramah bertajuk 'Transforming Asia Pacific and Turkey' dalam siri ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Transformasi. Dalam ceramahnya, Erdogan sempat memuji Dato' Seri Najib dan menyatakan keyakinannya yang Malaysia akan berjaya mencapai wawasan 2020 dan akan terus maju ke hadapan.
Beliau kemudiannya dijemput makan malam di Seri Perdana bersama Perdana Menteri dan isteri.
Di Malaysia, nama Erdogan cukup sinonim dengan Anwar Ibrahim. Betapa 'kuatnya' hubungan kedua-dua pemimpin ini sehinggakan orang Anwar di dalam PAS, digelar kumpulan Erdogan.
Hubungan Anwar dengan Erdogan boleh dikatakan melepasi tahap hubungan biasa antara dua pemimpin dari dua negara. Mereka dikatakan sahabat yang akrab yang berkongsi pemikiran yang sama.
Bagi mengukuhkan pandangan ini, pada 5 Februari 2012, Terence Netto menulis di Malaysiakini dan disiarkan semula di blog Anwar Ibrahim sendiri, bahawa kedua-dua Anwar dan Erdogan mempunyai ideologi yang sama dan akan cuba untuk berjumpa sekerap yang boleh apabila saja berpeluang.
Menurutnya, apabila Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat pada 9 Januari 2012, Anwar terus 'terbang' ke Istanbul melalui Bombay dan bertemu Erdogan sebanyak dua okali dalam masa empat minggu. Menurut Netto lagi, Anwar dan Wan Azizah dikatakan telah bertemu Erdogan di Istana Dolmabache dan secara langsung mendesak pemimpin Turki itu untuk terus menyokong 'Arab Spring'.
Dalam lawatan yang sama juga, Anwar dijemput memberikan ucapan bertajuk 'Democracy and Islam' di mana Anwar memuji kepimpinan Erdogan sebagai ke hadapan dari segi demokrasi berbanding negara Islam lain.
Tidak lama dahulu, sebuah media antarabangsa, Radiance Viewsweekly telah menyiarkan pendapat seorang pembaca dari luar negara yang menggambarkan Anwar dan Erdogan sebagai 'pemimpin demokrasi baru' yang mempunyai visi dan tanggungjawab serta komited dalam memperjuangkan kebebasan beragama dan pluralisasi politik dan sosial.
Jelas, hubungan rapat Anwar dan Erdogan telah menjadi pengetahuan umum di seluruh dunia. Kedua-duanya saling puji memuji dan sanjung menyanjung.
Oleh itu, amatlah mengejutkan sekali apabila Perdana Menteri Turki itu berlepas pulang ke Ankara pada 12 Januari dari Kuala Lumpur tanpa bertemu dengan Anwar Ibrahim. Jika mereka sering mencari masa untuk bertemu ketika Anwar di Turki, kenapa mereka tidak turut mencari masa untuk bertemu bila Erdogan berada di sini?
Khabar menyatakan bahawa persahabatan Anwar dengan Erdogan sudah tidak lagi seperti dahulu. Adalah dikatakan juga bahawa Erdogan mula merasa sangsi dengan kejujuran dan agenda Anwar yang sebenar. Malah, Erdogan mungkin merasa sedikit 'bimbang' dengan pemimpin pembangkang Malaysia itu.
Kebimbangan Erdogan boleh jadi berasaskan laporan-laporan antarabangsa dan risikannya sendiri. Namun, kita mengesyaki bahawa sebagai sahabat yang selalu menghabiskan masa bersama, tidak mustahil kebimbangan Erdgoan terhadap Anwar itu adalah berasaskan sesuatu yang lebih lagi.
Rekod Anwar selama ini menunjukkan trend yang sama di mana rakan-rakan rapatnya akan mula menjauhkan diri setelah beberapa lama. Ada yang mengambil masa yang pendek dan ada yang mengambil masa yang cukup lama untuk meninggalkan Anwar, tetapi apa yang pasti, mereka tetap akan meninggalkannya.
Mereka yang terus setia dan bersama Anwar selamanya hanyalah keluarganya sendiri selain mereka-mereka yang berada di luar lingkungan sahabat rapatnya serta penyokong-penyokongnya yang hanya mengenalinya dari jauh.
Justeru, kita tidak hairan sekiranya Erdogan juga mula menjauhkan diri dari Anwar.
Kini terbukti sudah bahawa Anwar tidak lagi relevan di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Dengan perkembangan terbaru di mana Jepun juga telah tidak menerima kunjungan Anwar ke negara itu atas alasan teknikal, maka terbuktilsh bahawa Anwar bukanlah manusia hebat yang mampu mengatasi undang-undang setiap masa.
Nampaknya, sudah sampai masanya Anwar perlu memikirkan secara serius tentang janjinya untuk bersara selepas PRU-13.
ANWAR PERASAN PEMIMPIN HEBAT DIMALUKAN JEPU
Aku
Penyokong pembangkang beriya-iya benar hendak memalukan perdana menteri dan kerajaan dengan mempermain-mainkan isu kenaikan harga sayuran termasuk kangkung tetapi kini pemimpin utama mereka pula yang dimalukan di mata dunia.
Ahad lalu, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dihalang daripada memasuki Jepun setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo oleh pihak imigresen negara itu.
Menurut Anwar tujuan beliau ke Jepun adalah bagi memenuhi jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa dan juga untuk membentangkan satu kerja kerja.
Kerajaan Jepun menjelaskan tindakan jabatan imigresen negara itu berhubungkait dengan hukuman jenayah liwat terhadap bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1999.
Sebenarnya sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat, Jepun tidak perlu pun memberi sebarang sebab musabab atas tindakannya.
Tetapi Anwar memikirkan sebagai ketua pembangkang dan juga penasihat ekonomi negeri Selangor bergaji RM1, beliau merasakan begitu hebat, amat popular dan seluruh dunia menyanjunginya.
Mungkin juga ini benar tetapi ada juga pihak yang tahu tembelang pemimpin ketagih seks dwi-alam ini dan mereka tidak sesekali akan tunduk kepada kerenah pemimpin yang berfantasi besar untuk menjadi perdana menteri ini.
Yang pelik lagi ganjil, kerajaan Jepun yang tidak mahu bagi masuk Anwar, kerajaan Malaysia pula yang dipersalahkan kononnya ada tangan ghaib yang mempengaruhi dari negara ini ke atas negara matahari terbit itu.
Wah! begitu hebat dan berkuasa sekali kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga boleh arah atau 'dictate' kepada kerajaan Jepun untuk mengikut kehendaknya!
Tapi hakikatnya setiap negara mempunyai undang-undang imigresen mereka tersendiri yang menentukan siapa yang boleh masuk dan siapa pula yang tidak boleh.
Pada pandangan Jepun Anwar adalah seorang individu yang tidak dihendaki oleh Jepun untuk memijak bumi negara itu.
Mengapa Anwar menjadi 'undesirable element' kepada Jepun hanya kerajaan negara itu sahaja yang arif.
Namun mungkin satu dua perkara yang dilakukan oleh Anwar dan pakatan pembangkang yang dipimpinnya dilihat oleh Jepun sebagai memalu atau memfitnah negara itu.
Pembangkang negara ini semenangnya tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja gemar menabur fitnah terhadap pemimpin negara sendiri malah negara luar dan pemimpin luar juga akan dikritik hebat jika tidak mengikut nafsu dan kehendak mereka.
Umpamanya pembangkang pernah menimbulkan isu pampasan RM207 bilion yang kononnya dibayar oleh kerajaan Jepun untuk diagih-agihkan kepada keluarga mangsa buruh paksa 'Death Railway' di Myanmar ketika Perang Dunia Kedua.
Pembangkang mendakwa sejumlah wang tersebut telahpun dibayar oleh Jepun pada tahun 1990an tetapi sehingga kini tidak diketahui ke mana wang itu dibelanjakan.
Begitu hebat fitnah pembangkang sehingga boleh membangkitkan perasaan marah kepada kerajaan yang dituduh mencuri wang pampasan tersebut tanpa secebis mengemukakan secebis bukti pun.
Kementerian Kewangan Malaysia menafikan dakwaan menerima pampasan tersebut kerana memo yang digunakan oleh pembangkang berhubung perkara itu sebenarnya adalah palsu.
Jepun juga terkejut dan meminta penjelasan daripada kerajaan dan akhirnya juga menafi dan menolak cerita rekaan pembangkang setelah mendapat gambaran yang jelas dari Malaysia.
Inilah perangai dan sikap buruk pembangkang yang sanggup memburuk dan merosakkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun yang terjalin selama ini.
Pembangkang telah melakukan pelbagai propaganda dan kempen untuk mencalar imej negara di luar negara sejak 1998 dan isu pampasan tersebut hanyalah sebahagian daripada perancangan licik mereka untuk menjatuhkan kerajaan.
Kini Anwar dan kuncu-kuncu mencari jalan untuk menutup aib begitu besar yang terpalit kepada muka mereka.
Tindakan mendesak kerajaan Malaysia dan Jepun meminta maaf kepada maaf kepada Anwar menunjukkan kebodohan pembangkang yang begitu jahil dan taksub kepada pemimpinnya.
Persoalannya siapa Anwar? Layakkah beliau untuk dianggap oleh kerajaan Jepun sebagai pemimpin negara yang perlu diberi penghormatan karpet merah atau sekadar pelancung biasa sahaja?
Dua tahun lalu pihak imigresen Malaysia menahan anggota parlimen Australia Nick Xenophon di Bandara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setibanya dari Melbourne, Australia.
Beliau kemudian dihantar pulang walaupun katanya kehadirannya adalah atas jemputan Anwar.
Kerajaan bukanlah sebodoh itu untuk tidak mengetahui niat sebenar ahli politik bebas Australia itu adalah untuk mecampuri urusan dalam negara berhubung isu proses pilihan raya yang didokong oleh Bersih.
kerajaan Australia juga menghormati keputusan Malaysia tidak membenarkan Xenophon memasuki negara ini dan ia pun tidak mengambil sebarang langkah untuk masuk campur.
Pernah terjadi beberapa kali di mana pemerintah Anerika Syarikat tidak memberikan visa kepada pemimpin sesetengah negara dan anggota rombongan mereka untuk menghadiri persidangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak ada apa-apa juga yang boleh dilakukan oleh mereka kerana PBB terletak dalam wilayah Amerika Syarikat.
Begitu juga apabila Sabah dan Sarawak menghalang beberapa pemimpin pembangkang memasuki wilayah kedua negeri itu tidak ada apa yang boleh dlakukan oleh kerajaan pusat kerana itu adalah hak negeri tersebut.
21 Jan 2014
Pembangkang Akan Demo Untuk Pinda Undang-undang Imigresen Jepun?
Sebenarnya, kes Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara Jepun tidak perlu menjadi kes besar. Ini kerana Anwar bukan satu-satunya manusia yang tidak dapat masuk ke negara itu atas sebab tidak menepati syarat imigresennya. Pada tahun 1980 Paul McCartney telah tidak dibenarkan masuk ke negara itu kerana memiliki ganja. Tahun 2002, Diego Maradona juga menerima nasib yang sama atas alasan di bawah pengaruh dadah. Begitu juga dengan Paris Hilton pada 2010.
Namun, ke semua selebriti ini tidak pula meroyan seperti Anwar. Mereka juga tidak menyalahkan sesiapa. Sebaliknya memahami bahawa mereka telah melanggar undang-undang kemasukan ke negara tersebut, dan perlu akur dengannya.
Malangnya, Anwar Ibrahim bukanlah manusia yang tahu mengikut undang-undang.
Partinya sendiri amat gemar membela penjenayah dan sering menyalahkan pihak berkuasa, sistem, peraturan, undang-undang, hakim, pendakwa, kerajaan dan apa-apa jua yang bertanggungjawab untuk memastikan keadaan terkawal dan berfungsi dengan baik. Bagi Anwar, undang-undang yang tidak 'sesuai' dengan kehendak dan kemahuannya adalah pincang dan perlu ditukar.
Justeru, Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau telah tidak dibenarkan masuk ke Jepun atas sebab yang berkaitan undang-undang. Anwar seolah-olah menuduh adanya 'permainan politik' antara UMNO dengan kerajaan Jepun.
Sedangkan kerajaan tidak masuk campur dalam perjalanan undang-undang negara di mana Anwar kini lepas bebas, maka bagaimana pula kerajaan boleh masuk campur dalam undang-undang Jepun?
Ramai yang membuat spekulasi sendiri tentang sebab-sebab Anwar dihalau dari Jepun. Antara teori yang dikemukakan ialah pertemuan Anwar dengan wakil Yakuza yang menyebabkan kerajaan Jepun kurang senang dengan kunjungannya.
Ada yang mengatakan bahawa ia berpunca dari fitnah Anwar pada 2013 bahawa kononnya Jepun telah membayar kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion sebagai pampasan kepada mangsa "Death Railway". Menurut mereka, kes fitnah inilah yang menjadi penyebab utama kenapa Anwar 'tidak diingini' di Jepun.
Menurut sumber lain pula, masalah ini berpunca dari kecuaian Anwar yang tidak mempunyai Visa kerana menyangkakan passport biometrik dengan mikrocip sudah cukup untuk meluluskan lawatannya ke Jepun berdasarkan penguatkuasaan baru imigresen negara itu. Bagaimanapun, penguatkuasaan itu hanyalah terpakai ke atas rakyat yang tidak mempunyai rekod jenayah sedangkan Anwar adalah bekas banduan.
Apapun sebabnya, tiada siapa yang dapat memberi jawapan yang pasti melainkan kerajaan Jepun sendiri.
Dalam usaha menjaga air muka Ketua mereka, pihak pembangkang cuba menyalahkan kerajaan dan juga UMNO konon mempengaruhi sentimen negatif Jepun terhadap Anwar. Mereka juga melancarkan kempen boikot barangan Jepun tanpa memikirkan nasib rakyat yang bekerja di syarikat Jepun di negara ini jika negara itu benar-benar terkesan dengan tindakan boikot mereka.
Usaha paling terdesak pembangkang datangnya dari Lim Kit Siang yang sanggup menjatuhkan maruah sendiri 'meminta bantuan' Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan dari Jepun mengenai kejadian ini. Kit Siang juga mendesak Putrajaya agar menuntut kerajaan Jepun meminta maaf kepada Anwar.
Soalan kita kepada Kit Siang, apa kejadahnya Putrajaya perlu mengambil pusing perihal Anwar? Pemergian Anwar ke Jepun bukannya mewakili Malaysia. Beliau bukannya ditangkap, sebaliknya dihalau pulang. Buat apa kerajaan perlu bersusah-payah kerananya?
Apa yang kita tahu, Anwar mungkin pergi ke sana untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia kerana itu sudah menjadi tugas hariannya. Jadi, perlu apa kita menunjuk prihatin terhadap pengkhianat ini?
Jika Anwar atau Kit Siang inginkan penjelasan, maka mereka boleh menulis surat rasmi sendiri kepada kerajaan Jepun. Kenapa perlu meletakannya di bahu Putrajaya setelah terlebih dahulu menyalahkan Putrajaya?
Mungkinkah Anwar malu atau tidak sanggup mendengar alasan sebenar dari kerajaan Jepun berkenaan pengusirannya? Mungkinkah Anwar sebenarnya lebih tahu apa yang telah dilakukannya yang telah menyinggung kerajaan Jepun?
Jika benar, maka Anwar seharusnya berdiam diri sahaja. Tindakannya menggembar-gemburkan perkara ini dan memaksa penyokong-penyokongnya berdemo dan meroyan memarahi Jepun hanya menambahkan 'kemaluan' yang ada.
Kini, seluruh dunia boleh melihat sikap sebenar Anwar Ibrahim iaitu seorang yang tidak rasional, malah 'delusional' kerana menyangkakan diri begitu istimewa dan perlu mendapat pengecualian undang-undang di mana-mana saja negara di dunia.
Sedangkan hakikatnya, di Permatang Pauh juga Anwar bukan lagi sesiapa.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
20 Jan 2014
Hadi Celik Melihat Isu Arab Saudi, Namun Buta Apabila Melibatkan Parti Sendiri
Pasti ramai yang akan tergelak besar atau sekurang-kurangnya tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan Arab Saudi yang dikatakan telah menjadi 'alat' kepada Amerika Syarikat dan negara Eropah untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah.
Tawa dan senyum itu bukan untuk menolak kenyataan tersebut, namun disebabkan kerana Hadi hanya mampu melihat dari satu sudut sahaja. Dalam erti kata mudah, dia hanya mampu melihat kuman yang berada di seberang laut berbanding 'bangkai' gajah yang berada di depan mata.
Bekas Menteri Besar Terengganu itu, ketika diwawancara oleh saluran televisyen satelit Press TV baru-baru ini mengatakan pergolakan berpanjangan akibat perbezaan mazhab di negara Islam sebenarnya adalah hasil plot terancang negara Barat dengan mempergunakan Arab Saudi untuk melebarkan pengaruhnya di negara Islam.
"Arab Saudi sudah dipengaruhi oleh permainan politik AS dan negara Eropah. Saudi dan negara Arab lain menjadikan negara mereka sebagai pangkalan Barat. Mereka lakukan ini bukan untuk menyokong Islam tetapi untuk meluaskan kuasa," katanya.
Betul, dari satu sudut kita menyokong dan tidak boleh menafikan kenyataan Hadi itu. Ini kerana apabila dinilai dan diteliti, banyak tindakan dan keputusan kerajaan Arab Saudi yang boleh dilihat seakan-akan menyokong barat terutamanya apabila melibatkan konflik negara Islam.
Namun yang menjadi persoalan pokoknya ialah, mengapa Hadi hanya mampu melihat, menilai dan merasakan perkara yang melibatkan negara Arab Saudi berbanding masalah yang sedang dihadapi oleh parti itu? Sedangkan sekiranya dikaji semula, isu tersebut turut berlaku di dalam Pas, apabila parti itu mengambil pendekatan 'tahalul siyasi' untuk bersama DAP dan PKR. Sedangkan isu yang berlaku hampir sama.
Ini kerana, sebaik sahaja Pas mengambil keputusan untuk menerima DAP dan PKR di bawah gabungan 'Pakatan Rakyat', ia dilihat semakin merugikan Islam dan orang Melayu. Ini kerana dasar perjuangan DAP yang 'ultra kiasu' dan PKR dengan pendekatan 'liberal' telah menyebabkan Islam dan orang Melayu semakin tertekan.
Malah perkara itu turut diakui para penyokong dan ahli Pas sendiri yang merasakan parti Islam itu semakin 'hilang taring' sejak berada di dalam pakatan. Malah di dalam Muktamar pas yang diadakan tidak lama dahulu, perkara ini turut mendapat perhatian beberapa orang perwakilan dan pemimpin Pas yang merasakan sokongan orang Melayu kepada parti itu khususnya dalam pilihan raya umum lalu semakin merosot.
Tambah mengecewakan apabila menyentuh soal Melayu, menjaga kepentingan umat Islam dan institusi raja-raja, Pas dilihat terlalu berhati-hati kerana bimbang menyinggung perasaan sekutunya. Ia ditambah pula dengan pendirian Pas yang tidak mahu terlalu menjaga memperjuangkan nasib orang Melayu kerana menganggap itu perbuatan assobiyah.
Paling memeranjatkan, apabila seakan terpaksa menyalahkan Umno, kononnya ingin mempolitikkan isu kalimah Allah kerana desakan dan tekanan DAP dan PKR. Sedangkan apabila diteliti 'ahli-ahli agama'parti itu turut berbalah dalam memberikan pendapat dan pandangan berhubung isu ini.
Kesimpulannya pelaksanaan tahaluf siyasi itu dilakukan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan Pas tanpa mengambil kira kepentingan rakyat adalah bertentangan dengan fikrah siasah Islamiah. Ini kerana apabila parti itu tidak mampu mendominasi pakatan pembangkang ia secara tidak langsung telah memberi kesan negatif kepada agama dan orang Melayu itu sendiri.
Contohnya sudah banyak isu yang dibangkitkan oleh DAP dilihat telah menyentuh sensitiviti agama sehingga menimbulkan kontroversi, namun sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam, Pas hanya mampu diam dan membisu seolah-olah menyokong perbuatan itu walaupun ia jelas bertentangan dengan akidah.
Jadi ada baiknya, Hadi selaku Presiden melihat, mengkaji dan meneliti perkara ini sebelum cuba mempertikaikan perkara yang lebih besar.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
Terima Kasih Kerajaan Turunkan Harga Kereta
Sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan, harga kereta kini dijangka akan terus turun antara 20%-30% menjelang 2018. Penurunan ini membabitkan kereta yang dipasang di dalam negara, sekali gus menggalakan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini.
Antara pengeluar yang terlibat dan telah pun mengurangkan harga secara berperingkat ialah Honda Jazz iaitu penurunan sehingga 17%, Nissan Sentra 13%, Proton Saga 12% dan Perodua Alza 12%. Bagi memastikan usaha mengurangkan harga kereta berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan duti eksais dan juga membenarkan pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN, memohon rebat cukai.
Penurunan ini bukan sahaja bakal menjadikan lebih ramai rakyat akan mampu memiliki kereta tetapi ia juga turut membuka peluang pekerjaan dan juga perniagaan berkaitan automotif. Ia juga dilihat mampu membawa industri otomotif negara ke tahap yang lebih tinggi melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan, khususnya dalam segmen Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).
Seperti yang dijangka, langkah murni kerajaan ini hanya dipandang sinis oleh pembangkang yang 'perasan' bahawa kerajaan telah menciplak idea mereka.
Namun, tidak seperti saranan pembangkang, langkah penurunan harga kereta oleh kerajaan dibuat dengan teliti setelah mengkaji dari berbagai aspek terutama kesannya terhadap pengeluar kereta nasional.
Oleh yang demikian, kerajaan bercadang memastikan lesen pemasangan EEV hanya diberi kepada enjin berkapasiti 1800cc ke atas dengan harga RM150,000 se-unit agar tidak 'mengganggu' pasaran kereta nasional.
Jelas, kerajaan cukup berhati-hati dengan mengambil tindakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan matlamat sebenar untuk memudahkan pengguna dan menjana ekonomi negara tercapai.
Apa yang pasti, tindakan kerajaan menurunkan harga kereta bukanlah satu tindakan politik untuk bersaing dengan pembangkang, tetapi merupakan satu langkah yang memandang jauh ke hadapan serta prihatin dengan realiti kehidupan rakyat.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
Edmund Bon Harus diTangkap di bawah Akta Hasutan
Seorang peguam, Edmund Bon, semalam, telah membuat kenyataan di portal Malaysian Insider bahawa bukan Islam tidak perlu patuh kepada Yang di-Pertuan Agong. Alasan beliau, titah Yang di-Pertuan Agong mengenai kalimah 'Allah' merupakan hak ekslusif umat Islam, adalah sebuah fatwa, yang mana hanya terpakai ke atas orang-orang Islam serta tidak melibatkan bukan Islam.
Kita ingin membantah hujah Edmund Bon yang amat dangkal lagi tidak berpijak di bumi nyata.
Yang di-Pertuan Agong sebenarnya telah bertitah atas kapasiti baginda sebagai Ketua Negara dan bukannya Ketua Agama Islam semata-mata. Sebuah fatwa perlu melalui Majlis Fatwa dan ianya haruslah berkaitan amal ibadah atau hal-ehwal perundangan syariah yang melibatkan umat Islam.
Berdasarkan hakikat ini, maka titah Yang di-Pertuan Agong tersebut ternyata bukanlah berkenaan hal ehwal ibadah umat Islam semata-mata tetapi berkenaan sekalian rakyat serta bersandarkan undang-undang dan juga keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan negara.
Justeru, adalah salah menyatakan bahawa titah baginda adalah fatwa. Sebaliknya, ia adalah perintah kepada seluruh rakyat jelata agar akur dengan undang-undang negeri yang menetapkan bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah.
Tindakan Edmund Bon mempertikai dan merendah-rendahkan titah murni Yang di-Pertuan Agong adalah jelas berupa hasutan di mana beliau dilihat sengaja membangkitkan rasa tidak hormat kepada Institusi diRaja negara ini.
Edmund Bon cuba meletakkan garis pemisah antara orang-orang Melayu dengan bukan Melayu dengan menggambarkan seolah-olah bukan Melayu tidak perlu hormat kepada Sultan dan Raja-raja mahupun Yang di-Pertuan Agong. Dalam kata lain, Edmund Bon memberitahu warga bukan Melayu bahawa mereka tidak terikat dengan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan yang digunapakai di negara ini.
Sekiranya Edmund Bon merupakan seorang warga Thailand yang menghina Raja mereka, tentu sekali beliau akan dikenakan hukuman berat. Namun, di Malaysia nampaknya undang-undang kita begitu longgar kerana sehingga kini Edmund masih bebas berkeliaran menghasut rakyat jelata agar tidak menghormati Sultan.
Tindakan Edmund Bon bukan sahaja derhaka, tetapi juga merbahaya selain melanggar undang-undang di bawah Akta Hasutan.
Selama ini, warganegara Malaysia dari kalangan bukan Melayu sering menepis tuduhan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak setia pada negara ini.
Namun, apa yang dilakukan oleh Edmund Bon memberikan asas dan alasan kukuh kepada orang-orang Melayu untuk terus mempertikai kesetiaan kaum bukan Melayu terhadap negara. Terserlah kini bahawa sememangnya ramai di kalangan kaum bukan Melayu yang enggan menerima dan menghayati aspirasi negara serta sentiasa menentang sistem dan perlembagaannya.
Bagi mereka ini, apa yang tertulis dalam Rukunegara iaitu 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' langsung tidak bermakna apa-apa. Malah, tidak mustahil mereka langsung tidak tahu apa itu Rukunegara. Ini dengan sendirinya menunjukkan betapa lemahnya struktur negara ini.
Rakyat yang tidak berpegang kepada Rukunegara tidak layak mengaku sebagai warganegara. Seharusnya Edmund Bon dan sesiapa sahaja yang setuju dengan beliau, dilucutkan saja kewarganegaraan. Sudah sampai masanya orang seperti Edmund Bon dikenakan tindakan.
Malaysia tidak memerlukan rakyat yang derhaka dan tidak setia. Negara ini pastinya sukar untuk dimajukan selagi penghasut dan penderhaka ini wujud dan bebas menentang dan mempertikai undang-undang dan titah baginda Sultan.
Rakyat Malaysia perlu dididik agar kembali kepada Rukunegara sebelum kita mampu bangun menjadi negara dunia pertama sepertimana yang dicita-citakan. Rakyat perlu disatukan di bawah payung dan aspirasi yang sama, dengan semangat patriotisme yang jitu sebelum kita mampu mengorak langkah pasti ke destinasi yang diinginkan.
Jika tidak, percayalah bahawa Malaysia tidak akan ke mana-mana dan hampir pasti akan hancur jua.