15 Jan 2014
Gobind Singh Patut Saman DAP Bukan ROS!
Bagaimana sebuah parti yang tidak mempunyai ahli jawatankuasa pusat yang sah boleh terus beroperasi dan berfungsi seperti biasa? Bagaimana ahli jawatankuasa haram ini boleh bertindak sebagai pentadbir dan pengurus kepada parti dan berbuat sesuka hati?
Namun, itulah yang berlaku dalam parti DAP. Sehingga ke hari ini, masalah pengundian dan perlantikan CEC DAP masih lagi tidak selesai.
Sebagai sebuah parti samseng, para pemimpin DAP cuba mengenepikan undang-undang pertubuhan dan ingin terus berlagak seolah-olah mereka tidak bersalah. Mereka juga cuba menyalahkan kerajaan, ROS, UMNO, 'cuaca' dan mungkin juga 'harga pasaran kangkung semasa', atas apa yang berlaku dalam parti mereka.
Kononnya, semua masalah yang melanda DAP adalah permainan UMNO melalui ROS.
Hakikatnya, tugas menghantar notis kepada perwakilan DAP bukan tugas UMNO. Tugas mengira undi CEC juga bukan tugas UMNO. Justeru, bagaimana pula UMNO boleh menjadi punca kemelut dalam DAP?
Bagi menyelamatkan air muka DAP, Pengerusi Biro Undang-undangnya, Gobind Singh Deo, telah mewar-warkan yang beliau telah menghantar 'surat guaman' kepada ROS. Harapannya agar dapatlah DAP memperlihatkan kepada rakyat bahawa masalah notis mesyuarat CEC tidak diterima dan juga kehilangan perwakilan dalam proses pengundian CEC adalah salah ROS.
Bagaimanapun, rakyat tahu bahawa tugas menghantar notis dan menjemput perwakilan DAP bukan tugas ROS. Oleh itu, kedudukan ahli jawatankuasa DAP menjadi tidak sah pada hari ini bukanlah salah ROS.
Sebaliknya, ROS hanya menjadi tempat mengadu oleh para perwakilan DAP yang merasakan diri mereka telah teraniaya, terpinggir atau dipermainkan oleh pemimpin sendiri.
Apa yang lebih menarik ialah ROS menafikan ada menerima apa-apa surat guaman, surat saman atau surat cinta dari DAP.
Kebetulan, ROS sememangnya ada menunggu 'surat' dari DAP iaitu surat-surat notis mesyuarat yang dikatakan telah dihantar tetapi tidak diterima oleh lebih 700 perwakilan dalam pemilihan awal. ROS juga sedang menunggu surat penjelasan yang terperinci dari pihak pemimpin DAP mengenai aduan ahli-ahli mereka sendiri.
Namun, satu-satunya surat yang diterima oleh ROS dari DAP ialah berkenaan memohon penjelasan mengenai pengesahan jawatankuasa CEC yang ditandatangani sendiri oleh Lim Guan Eng - itu saja.
Jika Guan Eng sendiri sedar bahawa kedudukan sendiri tidak sah, apa hal pula Gobind Singh ingin menyaman ROS?
Nampaknya, ROS akan terus menunggu penjelasan DAP dan DAP pula akan terus menipu. Sementara itu, parti DAP akan terus diterajui oleh jawatankuasa yang tidak sah.
Inikah parti yang kononnya melaungkan 'cekap, amanah dan telus' serta keadilan untuk semua?
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
7 Jan 2014
Ugut Bunuh Hannah Yeoh: Taktik Basi DAP
Hanya kerana kenyataan tidak prihatin terhadap wanita hamil, Hannah Yeoh membuat aduan kepada rakyat bahawa beliau telah diugut bunuh. Begitulah terdesak dan murahnya politik Speaker DAP yang bergaji lebih tinggi dari Perdana Menteri ini.
Taktik mewar-warkan berita menerima ugutan bunuh apabila kehabisan modal membela diri merupakan strategi yang telah terlalu sering digunakan oleh DAP.
Contohnya, Karpal Singh melaporkan menerima peluru hidup pada Mei 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Februari 2009. Lim Guan Eng juga pernah membuat laporan menerima ugutan bunuh pada September 2013.
Skrip ugut bunuh yang paling dramatik pula tentunya dimenangi oleh Anwar Ibrahim di mana beliau terpaksa mengangkut berbelas pengawal peribadi untuk ke beberapa majlis pada ketika tertentu. Bagaimanapun, di ketika lain, Anwar begitu bebas 'meninjau' LRT dan juga ke seluruh pelusuk negeri dan negara tanpa perlu bimbang terhadap keselamatan dirinya. Mungkin ugutan bunuh terhadap Anwar hanya sah pada dan ketika tertentu sahaja.
Kononnya lagi, ugutan bunuh itu pernah diperpanjangkan kepada anak dan isteri Anwar juga.
Namun, sehingga hari ini tiada siapapun di antara mereka ini yang dibunuh.
Dalam kes Hannah, kurang jelas bagaimana ugutan bunuh dilakukan kerana Hannah tidak membuat laporan polis dan sekadar membuat laporan akhbar. Dalam laporan itu pula, Hannah lebih banyak merengek menceritakan bagaimana beliau dimarahi rakyat kerana tidak prihatin terhadap wanita hamil berbanding menceritakan secara terperinci tentang ugutan tersebut.
Nampaknya Hannah juga telah ketandusan idea dan terpaksa meraih simpati dengan mencari publisiti murah, sama seperti tindakan 'bos-bosnya'. Jelas, Hannah tidak cukup bijak untuk memahami bahawa taktik ini sudah basi. Rakyat sudah mual mendengarnya.
Apa ke jadahnya Hannah diugut bunuh hanya kerana satu kenyataan bodoh? Bukankah lebih baik membiarkan Hannah hidup untuk dijadikan bahan ketawa?
Dan tindakan Hannah mengadu konon diugut bunuh membuatkan kita ketawa lebih besar lagi.
Apa yang kita tahu, kerja-kerja mengugut ala samseng ini adalah kerja DAP. DAP yang paling galak membela samseng dan penjenayah. DAP yang paling giat menjana perniagaan gelap yang berkaitan samseng dan penjenayah. Jika benar ada ugutan, maka ia pastinya kerja dari dalam DAP sendiri. Kita tidak pernah lupa bagaimana Teoh Beng Hock 'terpaksa' mati bagi menyelamatkan pemimpin DAP.
Kita faham bahawa Hannah sebenarnya buntu apabila semakin ramai yang memandang serong terhadap Ratu Kristian Evangelis ini. Bermula dari kenaikan gajinya yang begitu drastik dan sikapnya mempertahankan kenaikan itu, rakyat mula meraguinya. Justeru, ramai yang tidak terkejut apabila Hannah langsung tidak prihatin terhadap wanita hamil apatah lagi apabila yang terlibat itu adalah Melayu.
Selama ini, seperti juga pemimpin pembangkang yang lain, Hannah begitu lantang mengkritik kerajaan persekutuan terutama isteri Perdana Menteri atas tuduhan 'boros'. Laman sosial Hannah juga tidak pernah kering dengan sindirian dan kecaman terhadap kerajaan terutama mengenai ekonomi. Kononnya kerajaan perlu berjimat cermat dan lebih prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat.
Namun, dalam keprihatinan Hannah terhadap rakyat, dengan tidak semena-mena, gajinya pula yang meningkat. Peningkatan itu pula bukan sebanyak 10%-20% tetapi 268%! iaitu dari RM6109.29 kepada RM22,500!
Justeru, tidak hairanlah Hannah terpaksa menggunakan taktik paling bodoh untuk meraih simpati dan publisiti tahap lelong dengan mewar-warkan bahawa beliau telah menerima ugutan bunuh. Logiknya, tiada siapa yang perlu mengugut Hannah kerana beliau langsung tidak signifikan dalam hidup rakyat Malaysia.
Nasihat kita pada Hannah, carilah cara lain untuk mencari publisiti kerana cara ini sudah basi.
Kalimah ‘Allah’: June Wong, Pengarang The Star Ingin Jemput Campurtangan Asing Pula
Akhbar The Star nampaknya telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dalam isu kalimah 'Allah'. Menurut June Wong iaitu seorang pengarang di akhbar tersebut, halangan terhadap orang-orang Kristian di Malaysia untuk menggunakan kalimah tersebut bagi merujuk kepada Tuhan 'Bapa' adalah bertentangan dengan konsep moderat yang dipromosikan oleh Perdana Menteri.
Justeru, katanya, sekiranya masalah ini berlarutan maka beliau menyarankan agar pihak Kristian meminta bantuan asing untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikannya.
Fakta yang sengaja tidak disebut oleh June Wong ialah isu ini bukanlah satu isu kerana telah termaktub di dalam Enakmen 1998 bahawa Kalimah Allah merupakan antara perkataan Arab yang tidak dibenarkan diguna oleh bukan Islam di Malaysia.
Selain itu, perkara ini diperkuatkan lagi melalui kes The Herald, apabila mahkamah memutuskan yang sama, dengan pengecualian terhadap Sabah dan Sarawak.
Sewajarnya sebagai pengarang akhbar dan manusia yang bertamadun, June Wong harus akur dengan undang-undang dan keputusan mahkamah. Namun, June Wong memilih untuk bersikap degil dan samseng dengan sengaja memberi tekanan kepada kerajaan kononnya atas nama kebebasan beragama
Persoalannya, kebebasan yang manakah dalam amalan agama Kristian yang dihalang oleh kerajaan? Sejak bila amalan Kristian wajib menggunakan nama Allah?
Kita pasti yagn June Wong tidak akan dapat menjawab soalan ini. Pun begitu, beliau akan terus menyalak melolong-lolong sengaja berbuat bising, kononnya untuk menakut-nakutkan kerajaan
Hakikatnya, June Wong, DAP, Marina Mahathir, COMANGO dan mana-mana pihak yang sewaktu dengan mereka ini bukannya memperjuangkan kebebasan beragama, hak asasi manusia mahupun keadilan. Mereka sebenarnya hanya ingin menentang Islam.
Mereka tidak senang melihat negara ini aman damai dengan semua agama mengamalkan ibadah masing-masing tanpa pertelagahan. Mereka tidak senang selagi Islam menjadi agama rasmi negara dan menjadi penghalang kepada cara hidup mereka yang tanpa batasan.
Oleh itu, biarpun kerajaan tidak pernah mengganggu amalan agama lain, tetapi itu belum cukup bagi mereka. Mereka ingin mendesak fahaman liberal mereka ke atas kerajaan dan seluruh umat Islam.
Sesiapa yang tidak bersetuju dengan fahaman liberal mereka akan dikecam sebagai kolot, sampah dan bodoh. Sikap yang mereka tonjolkan ini tentulah amat bertentangan dengan perjuangan yang mereka laungkan.
Jika benar mereka memperjuangkan kebebasan beragama, maka kenapa mereka memperlekeh pegangan Umat Islam?
Jika benar mereka berpegang bahawa semua orang punya hak, maka kenapa setiap kali Umat Islam mempertahankan haknya akan dituduh sebagai sampah, kolot dan bodoh pula? Apakah umat Islam tidak punya hak apa-apa? Kenapa Islam perlu didiskriminasi? Bukankah mereka juga yang menentang sebarang bentuk diskriminasi?
Sekiranya June Wong mengkaji sejarah kitab Injil, maka beliau pasti tahu bahawa walaupun Kristian turut mengiktiraf Tuhan sekalian alam yang dipanggil Triune, Tuhan yang dimaksudkan itu adalah berbeza dengan yang disembah oleh Umat Islam kerana sifatnya yang terbentuk dari 3 entiti iaitu Bapa, Anak dan Holy Spirit.
Sedangkan 'Allah' yang disembah oleh umat Islam adalah Esa, tidak punya anak atau bapa atau bersangkutan dengan sebarang entiti asing.
Maka tidak hairanlah apabila tidak pernah sama sekali dalam sejarah Injil yang merujuk kepada Tuhan Triune yang terdiri dari 3 entiti itu, sebagai Allah.
Antara nama-nama lain bagi Tuhan Kristian mengikut zaman dan daerah ialah Jehovah, Eloihim, El Shadai, Adonai, Emmanuel dan lain-lain yang semuanya berakar dari Bahasa Arab dan Hebrew, TETAPI nama 'Allah' BUKAN serta TIDAK PERNAH merupakan salah satu daripadanya.
Bagi membantu June Wong memahami hujah ilmiah ini, maka inilah diringkaskan seperti berikut:
1. Memandangkan nama 'Allah' tidak pernah ada kena mengena dalam kitab Injil agama Kristian, maka tidak ada sebab konkrit bagi Kristian untuk bermati-matian memperjuangkan penggunaan nama itu dalam aktiviti dan kitab agama mereka di Malaysia.
2. Amalan Kristian tidak akan terjejas jika mereka tidak menggunakan nama Allah.
Maka, kita pinta June Wong menjelaskan kenapa beliau sanggup menjejaskan keharmonian serta memperjudikan kedaulatan negara semata-mata untuk memperjuangkan sesuatu yang tidak signifikan?
Dengan tidak mengetahui sejarah kitab Injil yang diperjuangkannya, maka tidak salah jika kita menuduh June Wong sebagai bukan seorang Kristian yang alim atau bukan seorang Kristian pun. Sekali gus, ini bermakna, perjuangan June Wong dalam isu ini bukanlah kerana agama demi alam abadi selepas mati, tetapi sekadar memenuhi kebenciannya terhadap Islam dalam usaha meruntuhkan kerajaan Islam.
Untuk itu, June Wong amat mengharapkan campurtangan asing agar agenda untuk meruntuhkan kerajaan Islam lebih cepat tercapai.
Setiap manusia yang rasional pasti dapat melihat bahawa membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia hanya akan membawa keburukan dan langsung tiada kebaikan – termasuklah kepada para penganut Kristian sendiri.
Malangnya, June Wong, Marina Mahathir, DAP dan yang seangkatan dengan mereka...bukanlah manusia yang rasional.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
Isu Gambar Jet Baru, Dr Maza dan Admin Akui Silap Sebar Gambar Fiitnah
Masyarakat pada hari ini secara tiba-tiba kecoh, memperkatakan mengenai sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dimuatnaik oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam laman facebook rasminya. Tidak cukup dengan itu, dia turut mendakwa hiasan tersebut adalah merupakan gambaran di dalam pesawat baru yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya, menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'Putrajaya' lebih 180 juta... bersyukur negara kita mewah", menurutnya lagi.
Paling menarik, apabila para blogger Umno membuktikan bahawa gambar tersebut adalah merupakan sekeping gambar palsu, Dr Asri dengan segara membuat pusingan 'u-turn' dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada pengendali (admin) laman sosial beliau. Kononnya tindakan tersebut dilakukan tanpa merujuk atau mendapat kelulusan dari pihak beliau sendiri.
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi beliau berhubung perkara tersebut:
" Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas gambar 'hiasan pesawat' kerajaan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan oleh Malaysia Chronicle. Adapun kos 180 juta tahun 2012 memang laporan kebanyakan media. Di samping bersyukur atas kekayaan negara, kita juga menunggu gambar rasmi yang sebenar. Atas sikap adil DrMAZA.com telah menyiarkan jawapan rasmi Pejabat PMO sebelum ini."
" [admin] Pihak Admin memohon maaf kepada Prof Madya Dato' Dr MAZA (Dr Asri) dan followers page ini atas gambar yang tidak tepat tentang Jet Putrajaya sebelum ini. Pihak Prof Madya Dato' Dr MAZA telah mengarah admin menarik balik gambar tersebut dan sudah pun ditarik. Ada jumlah 180 juta itu adalah bersumberkan laporan berasas. Sesiapa yang ada gambar sebenar harap dapat bantu pihak admin."
Di dalam kenyataan di atas, admin beliau secara jelas menyatakan permohonan maaf terhadap Dr Asri di atas kesilapan yang dilakukan itu. Dalam erti kata mudah, yang salah adalah admin page tersebut, dan bukannya Dr Asri sendiri kerana telah dilakukan tanpa pengetahuan dirinya.
Tambah menarik, mungkin kerana ini menjaga air muka atau maruah Dr Asri sebagai tokoh agamawan yang disegani ramai, dia ingin mengatakan yang salah hanya gambar, tetapi kenyataan terhadap gambar tersebut adalah merupakan fakta dari laporan yang berasas.
Sedangkan sekiranya dirujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum ini, sewaan terhadap pesawat ACJ A320 di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 (mungkin itu yang beliau maksudkan dengan jet baru Putrajaya) adalah disebabkan pesawat sedia terpaksa dihantar untuk urusan penyelenggaraan.
Dalam erti kata lain, sebagai langkah berjimat-cermat kerajaan hanya menyelenggarakan pesawat-pesawat yang lama agar boleh digunakan kembali, berbanding membeli pesawat baru bagi digunakan untuk tugasan rasmi. Namun semua itu tidak dibangkitkan oleh Dr Asri walaupun beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani.
Mungkin kerana telah dikritik oleh pelbagai pihak atas tindakan tersebut, barulah pihak admin page tersebut meletakan kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri, itu pun setelah 2 jam penyataan maaf itu dikeluarkan.
Namun apa yang mendukacitakan ialah, sehingga artikel ini ditulis, langsung tiada sebarang permohonan maaf secara rasmi dari pihak Dr Maza sendiri mahupun admin beliau terhadap Perdana Menteri selaku orang yang dikaitkan secara langsung dengan fitnah tersebut.
Sedangkan disebabkan gambar tersebut, pelbagai persepsi, cacian, sindiran dan sebagainya telah dilemparkan kepada Perdana Menteri. Mereka menuduh kononnya kerajaan tidak prihatin, boros, membazir dan tidak kurang juga yang mengeji dengan pelbagai kata-kata nista.
Oleh yang demikian, Dr Asri dan pihak admin yang mengendalikan page tersebut perlu memikul tanggungjawab dengan memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri atas tindakan tersebut dan bukan hanya kepada followers page tersebut.
Ini kerana perkara tersebut melibatkan 3 pihak secara langsung iaitu, tuan empunya diri (Dr Asri), orang yang tertipu (followers) dan yang paling penting Perdana Menteri selaku orang yang menerima kesan terhadap fitnah tersebut.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
2 Jan 2014
Ceramah Azhar Idrus, Ibarat Cerita Lucah, Sia-Sia Dan Menjual Agama
Tindakan salah seorang aktivis pembangkang, Khalid Mohd Ismath yang mengkritik penceramah politik, Azhar Idrus telah mengundang kemarahan pengikut fanatik ustaz tersebut. Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Khalid telah diserang dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian dan disifatkan telah menghina Islam.
Bukan niat untuk membela tindakan anak didik pembangkang ini, namun sekadar ingin memperlihatkan betapa fanatik dan jumudnya para pengikut pembangkang yang jelas tidak boleh menerima sebarang teguran dan kritikan.
Sedangkan sebelum ini, mereka begitu hebat melaungkan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi membolehkan mereka memaki dan mencerca para pemimpin negara. Bagi mereka yang sering menghadiri ceramah, program dan demonstrasi anjuran pembangkang ini, pasti dapat melihat bagaimana biadapnya mereka menghina para pemimpin.
Apabila disoal, mereka berkata ia adalah sebahagian dari hak dan kebebasan yang ingin mereka perjuangkan. Namun apabila perkara yang sama terkena atas tokoh dan para pemimpin mereka, ia dianggap bodoh dan menghina Islam. Tambah menyakitkan hati apabila mereka, apabila menerima kritikan dari orang yang lahir dari acuan yang diajarkan oleh 'sekolah politik' pembangkang.
Khalid melalui laman sosial twitter dan facebooknya sebelum ini menyifatkan ceramah agama yang dianjurkan itu sebagai satu perkara yang paling hina.
"Sambutan tahun baru (yang) disambut dengan ceramah agama adalah paling hina. Lebih baik ke Dataran Merdeka, ubah kerajaan daripada jual agama.
"Ketika kawan-kawan kita sedang bermati-matian di dataran (merdeka), apa hukumnya kita yang tidak berjuang bersama (tetapi hanya) bergelak-tawa mendengar ceramah agama yang penuh unsur-unsur gelak tawa?. Ketika kawan-kawan kita sedang 'berperang' dengan musuh-musuh Allah (kerajaan BN).
Dia turut berkata, penyertaan ahli Pas dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka tengah malam tadi merupakan langkah awal kepada kejayaan mengubah corak pemikiran pemimpin Pas yang selama ini disempitkan oleh anasir jumud kepada anasir pemikiran liberal.
"Pilih, sama ada nak Azhar Idrus yang buat lawak sia-sia atau berjuang bersama pemuda Pas dan kawan-kawan NGO serta punk dan skinhead?" katanya.
Tidak cukup dengan itu, melalui postingnya di dalam Facebook, dia menyifatkan ceramah yang dilakukan oleh Azhar Idrus itu sebagai ceramah lucah.
"Buat mereka yang fikir ini 'bermanfaat'. Lebih kurang filem porn" jelasnya yang turut memberikan link terhadap ceramah tersebut.
Semalam, Azhar menyampaikan ceramah dalam majlis Sembang Ambang 2014 di Padang Majlis Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.
27 Dis 2013
Satu Lagi Program FlashMob Pembangkang GAGAL
Bertempat di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur, telah diadakan satu #flashmob bagi membantah kenaikan tarif elektrik yang dikatakan bakal membebankan rakyat. Program yang dipercayai anjuran pakatan pembangkang itu turut dihadiri oleh pimpinan dari Pas Wilayah Persekutuan.
Selain itu, pihak penganjur turut menyediakan petisyen kononnya untuk ditandatangani oleh orang ramai sebagai tanda sokongan terhadap program yang djalankan. Menurut salah seorang ahli jawatankuasa penganjur yang ditemui, mereka menjangkakan sebanyak 10,000 tandatangan dapat dikumpul dan akan diserahkan kepada pihak menteri yang bertanggungjawab menjelang acara kemuncak yang akan diadakan pada malam sambutan tahun baru.
Program yang bermula dari 5.00 petang itu, berakhir pada jam 7.00 petang di beberapa lokasi LRT antaranya Stesyen Masjid Jamek, Damai, Keramat, Segambut, Kampung Baru, dan Bangsar.
Namun yang paling menarik ialah, program tersebut GAGAL mendapat sambutan seperti yang dharapkan. Menurut pemerhati yang hadir di program tersebut, hanya sekitar 50-70 orang warga kota sahaja yang berminat untuk menandatangani petisyen yang disediakan oleh pihak penganjur itu.
Lebih malang lagi, petisyen tersebut langsung tidak menepati seperti kebiasaanya. Ini kerana mereka yang ingin menurunkan tandatangan, tidak perlu mengunakan nama sebenar, nombor kad pengenalan dan sebagainya. Dalam erti kata lain, sesiapa sahaja boleh menurunkan tandatangan dan orang yang sama boleh mengunakan pelbagai nama dengan berulang kali.
Menarik bukan! Ini bermaksud pengajur cuba menipu orang ramai kononnya program yang dianjurkan mendapat sokongan. Ertinya walaupun mereka hanya mampu mengumpulkan 500 tandatangan, namun ada kemungkinan wujud penipuan bagi memastikan kononnya ia mendapat sambutan.
Kesimpulannya, selepas GAGAL merampas pentadbiran Putrajaya di dalam pilihanraya umum yang lalu, pembangkang tidak lagi mendapat sokongan rakyat secara keseluruhan. Malah pelbagai penipuan pembangkang khususnya Anwar Ibrahim di dedahkan kepada umum, rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap mereka.
Maka untuk mengembalikan keyakinan rakyat, mereka perlu mementaskan dram penipuan yang baru, bagi memastikan sokongan dapat diraih kembali. Namun bak kata orang dulu-dulu, mana mungkin rakyat tertipu lagi.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.
Menteri Besar Kelantan U-Turn, Ekoran Desakan ‘Suara Ghaib’
Mungkin kerana tidak tahan dengan 'tekanan' dari pelbagai pihak, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob terpaksa menarik semula keputusan yang telah dibuat sebelum ini untuk tidak menghantar wakil dalam 'Himpunan Untuk Mengulingkan Kerajaan'.
Ahmad Yaakob yang dipetik melalui akaun Facebooknya mengatakan himpunan yang bakal diadakan itu adalah merupakan gerakan rakyat.
"Saya sepenuhnya bersama kepimpinan Pas tentunya sentiasa bersama-sama gerakan rakyat untuk terus mendesak kerajaan Malaysia mendengar suara rintihan hari rakyat. Jika ada yang berkata bahawa ia bertujuan untuk menggulingkan kerajaan, saya kira ia hanyalah omongan palsu semata-mata kerana takut akan bayang-bayang sendiri," ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan, pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Yaakob sejurus selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan yang di adakan di Bangunan Pas Jalan Dato Pati, Kota Baharu Selasa lalu.
Menurutnya Pas Kelantan telah memutuskan untuk tidak menghantar wakil atau penyokong ke demonstrasi pada tengah malam 31 Disember 2013 dengan alasan, TIDAK BERSETUJU DENGAN SLOGAN, 'GULINGKAN KERAJAAN'.
Malah keyataan tersebut turut disokong oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah yang berkata usaha untuk menjatuhkan kerajaan secara "Arab Spring" itu sebenarnya tidak membawa sebarang kebaikan sebaliknya membawa banyak keburukan kepada negara.
"Kita di Kelantan sendiri pun tidak pernah membincangkan sama ada perlu untuk kita berhimpun seperti yang diadakan di negeri lain dan bagi Pas Kelantan adalah lebih baik untuk apa sekali pun ia dilakukan mengikut kaedah demokrasi,
Ekoran keputusan yang dibuat itu juga, beberapa Pas kawasan di Kelantan yang sebelum ini merancang untuk turut mengikuti demonstrasi jalanan itu telah bertindak untuk membatalkan penyertaan mereka.
Persoalannya ialah mengapakah, Ahmad Yaakob 'flip-flop' berhubung isu ini? Apakah ada arahan dari pihak tertentu yang memintanya agar segera menarik kembali kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini?
Tambah mengelirukan mengapakah kenyataan menyokong himunan jalanan ini hanya dibuat melalui akaun Facebook? Apa yang pasti ialah Ahmad Yaakob mungkin terpaksa akur dengan 'suara ghaib' yang meminta segera mengubah pendirian yang dibuat sebeum ini.
Kesimpulannya golongan ulama parti itu masih lagi takut untuk menentang kehendak dan kemahuan kumpulan'liberal' yang semakin menguasai Pas.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.