1 Mac 2013

Wikipedia Dakwa Bala Curi Duit Altantuya

Sehari dua ini, dunia politik tanahair sedikit heboh dengan kemunculan semula bekas penyiasat persendirian P. Balasundramaniam yang digunakan sebagai modal baru pakatan pembangkang dalam menarik simpati pengundi. Pelbagai program jelajah telah dirancang dan diadakan demi memastikan rakyat terus tertipu dengan kenyataan bersumpahnya yang menurut Zulkifli Nordin hanya bernilai RM4.00.

Namun apa yang menariknya ialah, ketika Bala begitu ghairah dijadikan sebagai kuda tunggangan baru puak pakatan bagi memburukkan dan menjatuhkan kerajaan dengan cerita tipu dan fitnahnya, laman wikipedia telah mendedahkan mengenai satu penipuan yang dilakukannya terhadap model Altantuya Shaariibuu. Dan penipuan tersebut, akhirnya telah menyebabkan tercetusnya beberapa rentetan peristiwa sehingga menyebabkan kepada kematian Altantuya.

Laman yang merupakan sebuah portal ensiklopedia bebas itu mendedahkan, sebelum kematian  Altantuya, Abdul Razak baginda telah melakukan satu pengeluaran wang tunai berjumlah RM50,000.00. Wang tersebut akhirnya diberikan kepada Bala untuk diserahkan kepada Altantuya.

Namun mungkin kerana sikap tamak dan �gelap mata�, Bala bukan sahaja tidak menyerahkan bayaran tersebut, malah telah mencuri wang yang sepatutnya digunakan sebagai kos pembiayaan pulang Altantuya ke negaranya.

Menurut sumber yang dikeluarkan oleh Wikipedia itu juga, wang tersebut adalah merupakan bayaran untuk kerja-kerja yang dilakukan oleh Altantuya sepanjang berkhidmat dengan Razak Baginda. Kegagalan Altantuya untuk menerima pembayaran tersebut, telah menyebabkannya gagal untuk pulang ke negaranya. Yang mana telah menyebabkan berlaku satu tragedi yang akhirnya membawa kepada kematian beliau.

Yang lebih menghairankan, semua kenyataan Bala sebelum ini, yang kononnya bertujuan untuk mendedahkan satu kebenaran, langsung tidak menyebut mengenai kehilangan wang RM50,000 ini. Apakah dia terlupa atau sengaja menyembunyikan fakta sebenar berhubung kehilangan wang tersebut.

Zulkifli Nordin yang juga merupakan bekas peguam bela kes Altantuya sebelum ini juga, pernah mebangkitkan mengenai transaksi wang tersebut. Namun sehingga kini, masih lagi tiada sebarang kenyataan dari Bala berhubung isu yang dibangkitkan ini.

Kegagalan dan keengganan Bala untuk menjelaskan mengenainya, seolah-olah membuktikan bahawa semua dakwaan yang dilemparkan ini mempunyai asas kebenarannya.

Kesimpulannya, bagi mengelakkan masyarakat terus ditipu dengan dakyah dan cerita rekaan pembangkang ini, ada baiknya pihak berkuasa memulakan siasatan berhubung kehilangan wang RM50,000 milik Altantuya yang dipercayai telah dicuri oleh Bala.

Manifesto: Hudud Gugur, Perjuangan PAS Sudah Tidak Bernilai

Manifesto PR bertemakan 'Pakatan Harapan Rakyat' telah pun dilancarkan secara rasmi pada 25 Februari 2013 yang lepas sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Kali Ke-4 yang dilangsungkan di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Manifesto itu dirangka bersandarkan empat tonggak utama iaitu Rakyat Bersaudara, Ekonomi Rakyat, Kesejahteraan Rakyat dan Kerajaan Rakyat mendapat pengesahan dan perakuan rasmi ketiga-ketiga pemimpin utama PR dari DAP, PKR dan PAS.

Satu perkara menarik, kandungan manifesto itu langsung tidak menyentuh sebarang komitmen PR untuk merintis perlaksanaan hukum Hudud sekiranya berjaya mengambil alih Kerajaan Pusat. Dari muka surat satu hingga akhir walau sepatah ayat pun mengenai perlaksanaan hukum hudud tidak kelihatan.

Keadaan ini menunjukkan PR langsung tidak berhajat untuk melaksanakannya sekalipun umum mengetahui janji perlaksanaan hukum hudud amat sinonim dengan PAS sejak hampir tiga dekad lalu.

Ia mengejutkan ramai pemerhati politik kerana dengan gugurnya isu perlaksanaan hudud dari Manifesto PR membawa maksud akar kekuatan PAS telah dicabut keluar, meletakkan parti yang sekian lama memperalatkan Islam sebagai jenama parti itu semakin tergadai prinsip juangnya.

PAS kelihatan seperti ketiadaan pengaruh dan tidak berkemampuan mendesak agendanya dijadikan prioriti dalam Manifesto PR, dengan ini meletakkan perjuangan PAS dalam isu perlaksanaan hudud sudah tidak bernilai kerana dianggap tidak membawa sebarang manfaat kepada PR.

Akibatnya sebahagian besar ahli dan penyokong PAS hanya mampu terkebil-kebil dan mati kutu dibuatnya kerana ia jelas mengulangi kegagalan PAS sebelum ini dalam isu pengguguran Negara Islam dari kamus perjuangan PAS untuk digantikan dengan Negara Berkebajikan.

Dari satu sudut pengguguran isu hudud ini boleh dianggap satu kejayaan besar bagi Anwar Ibrahim kerana Ketua Umum PKR itu pernah berjanji dan memberi jaminan kepada sekumpulan pemimpin masyarakat Cina pro DAP dan PKR di Subang Jaya, Selangor bahawa hudud tidak akan mendapat tempat dalam PR.

Dan Anwar terbukti berjaya merealisasikan janji dan jaminan itu sekaligus senario ini juga mengesahkan kedudukan PAS dalam PR hanya setaraf kasta rendah yang hanya sekadar menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.

27 Feb 2013

MB Kedah: Mahfudz Dalang Desak Azizan Undur

Ramai yang tidak tahu bahawa di kala Phahrolrazi sedang mengasak Azizan dari kiri, kanan, atas dan bawah, Mahfudz Omar rupanya sedang berkempen secara halus untuk meletakkan dirinya di kerusi Menteri Besar Kedah.    Mahfudz difahamkan �berkongsi� dengan Phahrolrazi untuk menggerakkan 11 DUN di Kedah mendesak Azizan supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri sekali gus.

Phahrolrazi bagaimanapun menafikan penglibatannya dan meminta agar mereka yang tidak berpuas hati menggunakan saluran yang betul.   Mungkin beliau terlupa bahawa beliau juga yang memberikan contoh tauladan untuk menggunakan cara biadap dan tidak betul sebelum ini apabila mendesak Azizan berundur.   Oleh itu, penafian Phahrolrazi tidak membawa apa-apa makna kerana permusuhan, dendam dan kebenciannya pada Azizan begitu terserlah.   Pendek kata, siapa yang tidak tahu yang Phahrolrazi gila kuasa ingin merampas jawatan Azizan sehingga tak tertahan-tahan. 

Kegilaan Phahrolrazi ini dilihat sebagai �peluang� bagi Mahfudz untuk menampilkan diri sebagai calon terbaik.   Rakyat pasti tidak suka melihat orang yang gila kuasa seperti Phahrolrazi dan rakyat juga sudah �serik� dengan Azizan yang tidak tahu apa-apa.   

Apa yang menariknya dalam krisis PAS Kedah ini ialah, desakan agar Azizan berundur oleh 11 DUN itu bukan kerana beliau gagal menangani pembalakan haram, bukan kerana beliau gagal membawa masuk pelaburan, bukan kerana beliau gagal mengawal pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan, bukan kerana gagal menangani masalah KUIN, bukan kerana projek-projek yang tidak masuk akal dan kerugian, bukan kerana anak-anak syarikat kerajaan lingkup dikerjakan kroni-kroni pegawai yang dilantiknya, bukan juga kerana beliau menyebabkan hutang Kedah meningkat sehingga 50% sejak mengambil-alih negeri. 

Malah, PAS membela Azizan dalam semua isu-isu di atas sehinggakan sanggup melakukan perhimpunan besar-besaran di Pedu bagi menafikan kritikan serta menunjukkan sokongan terhadap pembalakan haram. 

Semua masalah negeri dan rakyat ini bukanlah isu besar bagi PAS.  Yang menjadi masalah bagi PAS dan menyebabkan mereka mendesaknya berundur ialah sikap Azizan yang �mesra� UMNO/BN. 

Azizan telah lama dipandang serong oleh puak-puak PAS di Kedah kerana menurut mereka, beliau lebih UMNO dari UMNO.   Beliau dikritik kerana tidak memakai kopiah putih, tetapi songkok.  Beliau juga tidak memakai jubah, tetapi berkot.  Selain itu, semua orang Kedah tahu bahawa ahli keluarga beliau dan isteri beliau majoritinya adalah orang-orang UMNO, malah mempunyai pertalian darah dengan bekas Menteri Besar Kedah, Dato� Osman Aroff.  Sebahagian besar pegawai-pegawai kerajaan Kedah sejak zaman UMNO lagi merupakan sanak saudara Azizan atau isterinya.  

Pendekatan Azizan yang terbuka dengan UMNO, sehinggakan sanggup memakai baju IM4U yang membawa lambang 1Malaysia yang menjadi slogan kerajaan BN benar-benar menyakitkan hati PAS Kedah. 

Akibatnya, beliau dikritik hebat oleh PAS dan disindir agar menyertai UMNO saja.   Dari situlah penentangan terhadap Azizan semakin memuncak dan digunakan sepenuhnya oleh pihak yang menginginkan jawatannya untuk mengasak Azizan agar berundur. 

Hakikatnya, kesebelas DUN PAS yang mendesak Azizan berundur itu langsung tidak pernah fikirkan mengenai keadaan  negeri Kedah yang telah hancur.  Yang mereka tahu ialah mereka inginkan Menteri Besar yang berimej PAS tulin, itu saja. 

Dengan masalah negeri yang begitu kronik iaitu ketiadaan sumber pendapatan serta perbelanjaan dan kerugian yang terus meningkat dari hari ke sehari, sesiapa sahaja yang ingin merampas jawatan Azizan seharusnya mampu membentangkan jalan penyelesaian bagi semua permasalahan ini. 

Setakat ini Phahrolrazi hanya tahu mengugut Pulau Pinang untuk membayar caj bekalan air mentah yang mana langsung tidak dilayan oleh negeri itu.  Lebih dari itu, beliau sendiri tidak tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelamatkan negeri Kedah.   

Mahfudz pula, mengeja perkataan �ekonomi� pun belum tentu lagi mampu.  Justeru, apa yang nak diharapkan darinya untuk merancang ekonomi negeri.   Setakat mengutuk BN ke hulu ke hilir bolehlah dia, sekadar untuk membuat orang tuanya bangga melihat anak mereka berjaya walaupun tidak lulus periksa. 

Membayangkan Mahfudz yang mengganti Azizan, samalah saja seperti menyerahkan jawatan itu kepada kambing atau lembu.   Di tangan Azizan, Kedah sudah pun hancur lebur.  Jika diserahkan kepada Mahfudz, maka Kedah yang telah hancur itu akan dikunyah sehingga lunyai, dihadamkan dan akhirnya menjadi bahan buangan.  

Justeru, kita tidak nampak masa depan negeri Kedah di bawah PAS, tak kira siapapun Menteri Besarnya.  Antara Azizan, Phahrolrazi, Mahfudz dan Lembu, semuanya sama saja. 

'Haiwankah aku', hanya kerana wang ulil amri (Utusan)

ADAKAH wajar penerima bantuan kewangan dari Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) dianggap sebagai haiwan yang memakan hampas. Sepatutnya isu ini tidak timbul jika kita sebagai umat Islam memahami konsep bersyukur terhadap rezeki yang diberikan oleh Allah SWT.

Jika kita hidup susah tetapi hendak mengharapkan kerajaan yang papa kedana pun tidak ada gunanya juga. Soalnya Kerajaan Pusat mampu memberi dan kita tidak kufur nikmat sanggup menerima maka mengapa dipersoalkan sama ada memberi duit sebagai memberi ikan dan bukan memberi pendidikan.

Bercakap soal memberi ikan dan bukan belajar cara menangkap ikan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, cuba lihat apa yang dilakukan oleh kerajaan Terengganu di bawah Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said berbanding apa yang telah dilakukan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dengan pendidikan anak-anak negeri masing-masing.

Sehingga kini di Kedah krisis dalaman Kolej Universiti Insaniah (Kuin) masih belum selesai. Pihak Menteri Besar sanggup pula mengatakan kemelut yang berlaku dalam kolej tersebut direncanakan oleh pihak UMNO sedangkan institusi tersebut dalam genggamannya. Jika masalah balak di Tasik Pedu dan bukit ditarah untuk ditanam buah boleh diuruskan, mengapa KUIN dianaktirikan hingga pihak lain dibabit sama.

Sepatutnya kerajaan Kedah mencontohi Kerajaan Terengganu yang menggunakan peruntukan dana Kerajaan Pusat dengan bijak hingga negeri tersebut menjadi negeri yang terbaik aspek pendidikan sekolah dan universitinya. Dahulu Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) di Gong Badak, hanyalah kolej kini sudah meningkat dan menjadi gedung ilmu yang cukup gah kerana menghasilkan graduan Islam yang berkualiti.

Di Selangor sendiri kemelut dalam Kolej Universiti Islam Selangor (Kuis) dan Universiti Industri Selangor (Unisel) ibarat retak menanti belah akibat masalah pengurusan dan kewangan yang memerlukan perhatian yang khusus oleh Menteri Besar dan exconya. Namun negeri terkaya di Malaysia masih mengambil sikap mengutamakan perkara lain berbanding aspek mengajar orang menangkap ikan yang dinyatakan oleh Presiden Pas.

Rakyat Malaysia berasa amat terguris dan menderita minda dengan pandangan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menganggap mereka seperti haiwan memakan hampas. Jika begitu ada baiknya Tok Guru melupakan niat meminta royalti minyak daripada Kerajaan Pusat. Takut nanti dicop meminta hampas pula. Mungkin beliau akan berkata, kalau minta banyak tak mengapa kerana boleh beli banyak isi. Namun apa beza duit sedikit dengan duit yang banyak jika ia diberi terus oleh Kerajaan Pusat.

Sebaik-baiknya royalti minyak diberi terus oleh Kerajaan Pusat kepada rakyat Kelantan tanpa melalui kerajaan negeri yang tidak pernah tahu bersyukur dengan bantuan daripada Kerajaan Pusat selama ini. Jika mereka yang mengagihkan kelak ditakuti mereka akan menganggap rakyat sebagai ayam mahupun lembu.

Sepatutnya berfikir dahulu sebelum bercakap, bukannya berfikir kemudian selepas bercakap sesuatu perkara kerana terlampau takut tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri tidak pernah menganggap rakyat seperti yang dianggap oleh Nik Aziz sebelum memberi pelbagai bantuan untuk mereka. Semua golongan mendapat bantuan daripada budak sekolah, orang bujang, pelajar universiti, peniaga, orang sakit dan lain-lain lagi.

Adakah mereka sekolah lembu, orang muda tahi kuda, pelajar universiti ayam atau orang sakit sebab terkena sampar ayam. 'Haiwankah aku?' Itu kata rakyat hari ini sebagaimana C.N.Al-Afghani bertanya kepada pemimpin Pas, 'Kafirkah Aku?'

Sebaik-baiknya Tok Guru bertanya diri sendiri adakah membantu anak yatim dan janda ahli-ahli Pas yang meninggal dunia dalam Peristiwa Memali sebagai bantuan kepada makhluk yang beliau maksudkan.

Adakah nasib mereka terbela, ke mana perginya wang tabung Memali yang dikhabarkan lesap tanpa diaudit. Sebaik-baiknya perkara ini menjadi perhatian Tok Guru dan pemimpin pakatan pembangkang yang semakin galak membuat janji-janji manifesto baru ibarat gula-gula paling beracun menanti rakyat untuk mengulumnya.

Jika saya susah dan tidak berwang adakah salah saya dibantu. Haiwankah aku? Kerana terpaksa menerima wang daripada Ulil Amri. Kerana kalau diminta daripada Kerajaan PKR Selangor mereka akan bertanya, tunjukkan bukti awak memangkah kami, baru kami beri apa kami janji. Siapa yang lebih haiwan sifatnya?

25 Feb 2013

Deretan kegagalan pentadbiran kerajaan Selangor (Utusan)

SEJAK mengambil alih Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah serius dalam menunaikan janji-janji dalam manifestonya.

Apabila Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang pertama sekali tampil mempersoalkan janji-janji yang dimungkiri kerajaan negeri serta memulakan tindakan saman, keprihatinan NGO itu disambut remeh pula oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah, Abdul Khalid mencabar pula sesiapa sahaja termasuk GPRS menyaman kerajaan negerinya. Lebih teruk lagi, boleh dijawabnya: "Manifesto itu bukan janji."

Membangkitkan isu ini, Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan Abdul Khalid supaya jangan bertindak seolah-olah mahu berperang dengan NGO dan rakyat Selangor yang mempersoalkan kejujurannya.

"Jangan cuba kelirukan rakyat Selangor. Jangan asyik berpolitik sepanjang masa. Saya percaya pelbagai kumpulan rakyat sudah buka mata dengan melihat tembelang kerajaan PKR memerintah Selangor.

"Mereka ini kumpulan silence majority yang memberontak dan tak meluahkannya kepada media. Tetapi mereka inilah yang akan beri satu pengajaran berguna kepada kerajaan negeri yang berjanji kosong ini pada pilihan raya umum nanti," kata Sohaimi kepada Utusan Malaysia Jumaat lalu.

Sohaimi, 44, menggariskan isu-isu berikut yang menyaksikan kegagalan pentadbiran kerajaan PKR atau pakatan pembangkang Selangor dari 2008 hingga hari ini.

1. ISU PASIR

- Kerajaan PKR Selangor gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.

* Janji sasaran kutipan RM150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan Bajet 2009 Menteri Besar.

* Namun ketika bentang Bajet 2010 pada November 2009, Abdul Khalid menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperoleh hanya RM4,678,021.84.

* Ini hanya 3 peratus sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.

2. ISU HUTANG TALAM

- Kerajaan Selangor tidak beretika kerana 'membeli' hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan/duit rakyat.

* Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp.

* Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan/'duit rakyat' untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.

* Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu "syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain dan pada masa sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama"

* Memetik kata-kata mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai: "Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak penyangak di dalam sektor korporat".

3. YAYASAN BASMI KEMISKINAN (YBK)

- Kerajaan negeri berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor

* Abdul Khalid menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di Serendah jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi tiga kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.

* Akibat penolakan itu, Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas aset tanah YBK dan memulangkan bayaran tunggakan cukai RM5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.

* Tindakan ini nyata luar biasa, zalim dan tiada berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah Negara membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai bagi pihak pemilik tanah.

* Keseluruhan jumlah cukai dipulangkan RM6.9 juta (RM 5.7 juta � RM 1.2 juta) RM 1.2 juta adalah cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri sebelum ini.

* Ini adalah salah guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan. Mengutip cukai adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat. Kenapa ia dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manfaat rakyat.

4. ISU AGAMA

i) Penggunaan Dana Islam Untuk Pembangunan.

* Abdul Khalid ada mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan bagi tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana.

* Kata beliau di persidangan DUN: "Semua rakyat Selangor membayar cukai �membayar zakat baitulmal perniagaan. Yang dikhaskan dalam satu baitulmal. Satu baitulmal�yang mana dimasuk�. Dan duit tu..akan 100% diamanahkan untuk pembangunan..negeri Selangor."

* Dalam konteks zaman kegemilangan Islam dahulu, dana baitulmal memang digunakan untuk pelbagai tujuan pentadbiran dan pembangunan di mana bukan Islam turut membayar dalam bentuk cukai kepala.

* Tetapi Baitulmal dalam konteks sekarang adalah dana umat Islam sahaja.

ii) Duit Zakat Untuk Bukan Islam?

* Dalam persidangan DUN 2008, Dr. Mohd Nasir Hashim, wakil Kota Damansara ada mengusulkan agar wang zakat diagih kepada orang bukan Islam. Katanya - "Kita dapat banyak duit zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang bukan Islam, yang miskin kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. Kerana kalau duit banyak tu kita share sikitlah".

* Ini menunjukkan ketidakfahaman seorang pemimpin Melayu yang seharusnya tahu wang zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan.

5. ISU EKONOMI /KEWANGAN

a. Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri Tidak Realistik

* Kerajaan negeri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima projek dengan jangkaan perbelanjaan melebihi RM50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta

* Jumlah pelaburan itu tinggal anggaran dan lima inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana sehingga kini tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah dapat.

b. Kerajaan negeri wujudkan Monopoli Dalam Industri Pasir

* Pewujudan syarikat tunggal Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) menguruskan pasir dari tanah-tanah kerajaan menjadi KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.

* KSSB tidak takut hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.

* Lebih memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan

c. 'Industri Babi' Hadiah Pertama Untuk Rakyat Selangor

* Baharu sahaja berkuasa, kerajaan PKR Selangor melalui Teresa Kok mengumumkan kelulusan pembinaan kandang babi moden dengan bajet RM100 juta.

l Ia menjadi hadiah pertama mereka untuk rakyat.

6. ISU SAMPAH

1. Bukti jelas kerajaan pakatan Selangor gagal mengurus negeri dengan baik. Mereka menamatkan khidmat Alam Flora dan menyerahkan kepada PBT kononnya bagi menjimatkan kos. Namun, hakikatnya yang berlaku hari ini Selangor menjadi negeri 'Darul Sampah'.

2. Perlu diingat bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada Kerajaan Pusat. PBT dan Kerajaan negeri Selangor menerima peruntukan melebihi RM500 juta setiap tahun. Jumlah tersebut cukup banyak dan peluang pakatan pembangkang untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihan raya dan aktiviti Pakatan di Selangor sangat besar.

7. ISU PERIBADI

* Exco Selangor Tidak Bermoral?

* Selangor gempar dengan penyebaran gambar-gambar lucah melibatkan EXCO Selangor, Elizabeth Wong di internet.

� Walaup telah menghantar surat untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan EXCO Selangor sebagai tanda orang bersalah, namun diminta oleh parti agar berehat dan berfikir kembali. Alasannya - hak dan ruang peribadi beliau telah dicerobohi.

� Akhirnya beliau kembali bertugas atas sokongan rakan. Nampaknya persoalan moral dipinggirkan oleh mereka di mana kuasa mengatasi segala-galanya.

8. ISU RUMAH URUT DAN HIBURAN

Pusat Hiburan Semakin Bertambah

l Dr. Halimah Ali (Pas), Exco Pendidikan Selangor pernah menggelarkan Selangor sewaktu pemerintahan Barisan Nasional sebagai Darul Maksiat dan Darul Mungkar kerana masalah sosial dengan merujuk pada data masalah sosial.

* Tetapi kini mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat 5,911 (2009) tempat judi, hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram sejak Kerajaan PKR Selangor memerintah. Tahun 2008 berjumlah 3,600 lebih.

* Sedangkan sewaktu BN - lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja.

22 Feb 2013

BN Akan Menang Lebih 160 Kerusi

Menurut analisis terkini dan sumber-sumber tertentu, BN dijangka mampu memenangi sehingga 160 dari 222 kerusi dalam pilihanraya ke-13.   Jangkaan ini menepati ramalan majalah Economist Intelligence Unit (EIU) berdasarkan analisis terhadap projek transformasi, rekod prestasi BN serta penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Perdana Menteri yang jelas begitu kuat bekerja. 

Selain itu, prestasi pembangkang yang buruk kerana banyak memungkiri janji, di akan tambah dengan taburan janji-janji  yang tidak masuk akal jika parti itu memerintah seperti pendidikan percuma dan penurunan duti kenderaan, yang akan memakan belanja sehingga RM47.6 billion setahun, secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada sokongan terhadap BN.   Itu pun belum lagi dicampur dengan janji-janji lain yang melibatkan kewangan negara seperti tol percuma, penurunan harga barang dan lain-lain. 

Dalam pilihanraya yang lalu, BN telah mengalami apa yang dipanggil �tsunami� politik apabila kekurangan 8 kerusi untuk kuasa 2/3. Di Semenanjung daripada 166 kerusi parlimen yang tersedia, BN menang 85 dan di Sabah dan Sarawak pula,  BN menang 54 kerusi.   Secara keseluruhannya BN hanya memenangi 139 dari 222 kerusi. 

Tamparan itu merupakan peringatan dari rakyat yang tidak berpuas hati dengan pendekatan �terlalu terbuka� kepimpinan pada waktu itu sehingga memperlihatkan seolah-olah kehilangan kawalan.   Ternyata rakyat Malaysia cukup bijak menilai perkembangan semasa untuk lebih awal mengesan beberapa perkara yang tidak kena dan bakal merosakkan negara. 

Kebimbangan rakyat terbukti berasas di mana dalam masa hanya sepenggal, negara yang sebelumnya pernah digelar Harimau Asia dan disegani seluruh dunia, benar-benar berada dalam keadaan lemah dan semakin lemah dari segi ekonomi dan juga perpaduan rakyat. 

Suara-suara lantang rakyat ketika itu menjerit-jerit memberitahu mengingatkan kerajaan bahawa walaupun negara harus dipimpin secara berpasukan, namun pasukan yang terlalu besar juga menyumbang kepada risiko yang berbagai dari segi kerahsiaan, kesetiaan, keselamatan, kecekapan, ketelusan dan pengkhianatan.  

Oleh kerana suara tersebut telah diperlekehkan, maka BN pun akhirnya menerima tamparan paling kuat dalam PRU 2008 apabila rakyat nekad melakukan apa yang perlu dilakukan iaitu �memberi pengajaran� kepada kerajaan agar jangan sekali-kali merosakkan negara.  

�Kerosakan� yang dimaksudkan bukan sahaja dari segi kelemahan kepimpinan sehingga sewenang-wenangnya mendedahkan negara kepada risiko kerugian dan hilang kedaulatan, tetapi juga dari segi keterbukaan yang keterlaluan sehingga mengancam perpaduan rakyat. Antara �amaran� paling keras dari rakyat ketika itu adalah supaya kerajaan lebih bijak dalam menangani tuntutan antara suara majoriti dengan minoriti yang menjadi asas demokrasi. 

Hari ini, terbukti sudah bahawa tindakan rakyat memberi pengajaran itu adalah tepat apabila kepimpinan digantikan dengan Dato� Seri Najib.  

Nampaknya, harapan yang diberikan rakyat kepada kepimpinan baru, telah tidak dipersia-siakan beliau. Dato� Seri Najib benar-benar berusaha memahami luahan hati rakyat disamping bekerja keras menguruskan negara dan memulihkan segala kerosakan yang berlaku. 

Dato� Seri Najib membawa imej professional dengan enggan melayan karenah pembangkang yang cuba mengganggu fokus beliau dengan fitnah-fitnah mengenai rasuah, hubungan sulit sehinggakan kepada fitnah membunuh.  

Di masa yang sama, beliau juga mengambil masa untuk mendekati semua golongan, majoriti dan juga minoriti.  Beliau sanggup menerima jemputan Tahun Baru Cina oleh Dong Zong walaupun pertubuhan tersebut selamanya mengambil sikap memusuhi kerajaan.   Walaupun tidak memberi ucapan politik yang berdegar-degar, tetapi kehadiran beliau ke majlis tersebut membawa mesej jelas iaitu kerajaan tidak pernah memusuhi sesiapa. Di bawah BN, semua pihak berhak memperjuangkan hak masing-masing, asalkan tidak menyentuh sensitiviti pihak lain, tidak mencabar perlembagaan negara dan tidak menentang arus nasionalisme.

Kita percaya, pendekatan tegas tetapi lembut Dato� Seri Najib akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU-13.  Kesungguhan dan keikhlasan beliau benar-benar menyentuh hati rakyat untuk turut membantu memastikan negara terus maju ke hadapan serta aman sejahtera di bawah kepimpinannya

21 Feb 2013

ANWAR KEHABISAN PELURU SERANG UMNO-BN

Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalan dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi 'political mileage' atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Sebelum ini Bersih 1.0. 2.0 dan 3.0 juga tidak mampu memberi kesan kepada kerajaan walaupun pembangkang berarak di jalanraya mendesak tuntutan mereka dipenuhi.

Anwar juga mendalangi tindakan pertubuhan haram Suaram yang cuba menjadi plaintif dalam penyiasatan kes Scorpene di Perancis.

Ini pun gagal apabila identiti sebenar pertubuhan itu didedahkan sebagai agen pihak asing yang menerima dana asing.

Pembangkang juga berusaha untuk mengagalkan projek nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang dan telah mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.

Malah Pengerusi Himpunan Hijau yang didokong parti pembangkang telah menjadi elemen ekstrim dengan mengugut untuk membakar kilang Lynas dan kilang perlombongan emas di Bukit Koman, Raub.

Anwar juga menafikan tidak terlibat memperalatkan Deepak Jaikishan untuk memburuk-buru serta memfitnah pemimpin negara tetapi rakyat tahu beliaulah tok dalang yang mengawal penjual karpet itu.

Usaha ini nampaknya gagal kerana rakyat tidak berminat untuk mendengar penipuan demi penipuan yang keluar dari individu yang tidak bermoral dan tida mempunyai kredibiliti ini.

Anwar sudah hilang punca untuk terus menyerang kerajaan kerana semua pelurunya sudah digunakan.

Pepecahan di antara Pas dan Dap semakin hari semakin bertambah buruk.

Setiap hari ada saja ahli-ahli Pas yang berdemonstrasi dan memijak-mijak gambar pemimpin Dap kerana tida bersetuju pendirian parti mereka berhubung isu kalimah ALLAH.

Jika Pas dan Dap berpecah daripada Pakatan Rakyat maka punahlah harapan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri.

Sekiranya Pas dan Dap masih kekal dalam Pakatan Rakyat, rakyat juga akan menolak mereka kerana pendirian pembangkang yang mempermainkan agama Islam demi kepentingan politik.

Anwar dalang sebenar  atau tangan ghaib disebalik isu kalimah ALLAH dengan dibantu oleh Dap.

Taktik Anwar ialah untuk memecah belahkan kuasa politik melayu supaya senang Dap dan pengaruh gerakan  Kristian bertapak di Malaysia

Itulah sebabnya itu beliau bermati-matian mempertahan serta menyokong Dap dalam isu kalimah ALLAH.

ends