21 Dis 2012

Lynas


Satu kajian telah dilakukan oleh IAEA (International Atomic Energy Agency) dari segi aspek keselamatan radiasi bagi loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan dari penghujung Mei hingga awal Jun 2011. Kajian yang dilakukan dalam tempoh ini adalah hasil dari jemputan dan komitmen kerajaan Malaysia, bagi memastikan sejauh mana tahap keselamatan radiasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas.
Menurut laporan IAEA, pemprosesan nadir bumi Lynas bermula dengan aktiviti perlombongan dan diikuti proses penyaringan di Mt. Weld, Australia Barat. Nadir bumi yang telah melalui proses saringan ini kemudian dihantar ke Gebeng, Kuantan bagi proses menghasilkan produk akhir.

Beberapa perkara penting yang dipetik dari laporan IAEA ialah nadir bumi yang diimport dari Mt. Weld, Australia Barat dan kaedah pengurusan sisa bahan berkenaan di Malaysia adalah selari dengan garis panduan antarabangsa bagi kaedah pemprosesan bahan galian yang juga merangkumi bahan galian semulajadi bersifat radioaktif (NORM, Natural Occuring Radioactive Material) .
IAEA turut menyemak perkara ini melalui RPP (Radiation Protection Program) oleh Lynas dan membuat kesimpulan bahawa sekiranya RRP ini diimplementasikan,  tidak akan ada kesan radiologi berbahaya kepada orang awam dan pekerja apabila loji beroperasi.

Menurut laporan IAEA, peraturan keselamatan radioaktif di Malaysia juga adalah lebih ketat berbanding apa yang telah digariskan oleh IAEA. Sebagai contoh, dos yang diterima orang awam ialah 0.3mSv/year dan bagi pekerja loji pula 10mSv/year berbanding limit dos yang dibenarkan IAEA iaitu 20mSv/year. Dari panduan keselamatan oleh IAEA, bahan dengan konsentrasi aktiviti radionuklid di bawah 1Bq/g berada dalam lingkungan batu-batuan dan tanah yang biasa dan tidak dianggap sebagai radioaktif.

Bahan yang mempunyai konsentrasi aktiviti radionuklid dalam lingkungan 1Bq/g hingga 10Bq/g pula boleh dianggap radioaktif, namun boleh dipertimbangkan untuk pengecualian dari badan-badan kerajaan yang bertanggungjawab mengawal selia perlesanan (AELB ).
Walau bagaimanapun, ini juga bergantung sekiranya dos radiasi yang diterima oleh individu tidak melebihi 1mSv/year. Hasil kajian RIA (Radiological Impact Assesment) mendapati dos purata radiasi bagi pekerja yang terdedah ialah 2mSv/year . Kajian dibuat berdasarkan anggaran maksima 400 orang pekerja di loji Lynas. Oleh yang demikian, dalam kes ini pengecualian perlesenan dari AELB (Atomic Energy Licensing Board) adalah tidak dibenarkan.

Dari segi pengurusan sisa, loji Lynas menghasilkan 3 jenis sisa iaitu Flue Gas Desulphurization (FGD) , Neutralization Underflow (NUF) dan Water Leach Purification (WLP). Konsentrasi aktiviti radionuklid bagi FGD dan NUF adalah hampir sama dengan nilai bagi batu-batuan dan tanah di Malaysia.
Walau bagaimanapun, tiada peruntukan peraturan AELB bagi membolehkan FGD dan NUF dikecualikan dari klasifikasi sisa radioaktif. IAEA walau bagaimanapun telah mencadangkan supaya AELB memperuntukkan kriteria yang membenarkan FGD dan NUF diisytiharkan sebagai tidak radioaktif untuk membolehkan bahan ini dikeluarkan dari loji dan sekiranya perlu, ia diisytiharkan sebagai bahan buangan berjadual.

Pasukan yang membuat kajian ini juga mengalu-alukan usaha Lynas untuk memproses semula sisa bahan pepejal (WLP) yang dihasilkan loji kedalam bentuk yang boleh diguna pakai semula. Sisa yang terhasil ini akan di simpan secara sementara di tempat penyimpanan sisa (RSF, Residue Storage Facility) sebelum dikitar semula. Sisa yang tidak boleh dikitar semula akan dilupuskan di tempat pelupusan sisa.

Undang-undang di Malaysia memperuntukkan 5 jenis lesen bagi membolehkan pembangunan dan pengoperasian loji-loji seumpamanya di negara ini dan 5 jenis lesen yang dimaksudkan ialah lesen menduduki, lesen pembinaan, lesen pra-pengoperasian, lesen pengoperasian dan lesen bagi operasi pemuliharaan (decontiminate).
Kajian dilakukan oleh IAEA adalah berdasarkan dokumentasi yang diperoleh bagi fasa di bawah lesen pembinaan. Bagi fasa seterusnya Lynas akan menghantar dokumen-dokumen berkaitan kepada AELB Malaysia untuk diteliti bagi tujuan perlesenan pra-pengoperasian dan pengoperasian.

IAEA telah membahagikan skop kajian kepada 5 perkara iaitu dari segi aspek perlindungan radiasi , pengurusan sisa, pemuliharaan , pengangkutan, dan penilaian keselamatan. Kajian yang dilakukan membabitkan pakar dari 5 buah negara iaitu Leo M. Lowe (Canada) , Ulric Schwela (United Kingdom), P.M.B Pillai (India), Jan Van Der Steen (Belanda) , Dennis Wymer (Afrika Selatan) dan beberapa kakitangan dari IAEA itu sendiri.

Hasil kajian yang diperolehi dari pakar-pakar dan kakitangan IAEA menyatakan operasi kilang Lynas di Gebeng mematuhi segala garis panduan keselamatan radiasi yang ditetapkan standard antarabangsa. Walau bagaimanapun 7 perkara dibangkitkan iaitu;
Pelan pengurusan sisa bagi jangka panjang oleh Lynas kepada AELB bagi penilaian.
Pelan pengurusan sisa dan pemuliharaan kawasan sekitar apabila operasi dihentikan oleh Lynas kepada AELB bagi penilaian.
AELB perlu menggunakan data-data yang diperoleh apabila loji mula beroperasi dan kesan kepada pekerja dan penduduk sekitar untuk penilaian yang lebih tepat.
AELB perlu mencadangkan satu kriteria yang membenarkan Flue Gas Desulphurization (FGD) dan sisa bagi Neutralization Underflow (NUF) diisytiharkan sebagai tidak radioaktif untuk membolehkan bahan ini dikeluarkan dari loji dan sekiranya perlu, ia diistiharkan sebagai bahan buangan berjadual.
AELB perlu melaksanakan mekanisma bagi memperoleh dana pengurusan sisa dalam tempoh jangka masa yang panjang dengan Lynas sebagai penyumbang dana.
Kerajaan Malaysia perlu memastikan operasi loji Lynas di Gebeng mempunyai tenaga kerja mahir, kewangan yang kukuh serta sumber-sumber teknikal yang mencukupi.
Adalah menjadi tanggungjawab AELB dan Kementerian berkaitan untuk mengemaskini panduan terutama perkara berkaitan (NORM, Natural Occuring Radioactive Material) berdasarkan standard antarabangsa yang terkini.

Selain itu, kumpulan yang mewakili orang awam ini turut mencadangkan supaya AELB dan Lynas memainkan peranan yang efektif dalam memberi penjelasan yang mudah difahami terutama dari segi keselamatan dan kesan operasi loji pemprosesan nadi bumi Lynas pada orang awam.
 

4 Dis 2012

Tindakan cuba tukar kerajaan eksperimen berbahaya


KUALA LUMPUR : Cubaan segelintir rakyat di negara ini bereksperimen menukar kerajaan merupakan tindakan berbahaya dan akan memakan diri sendiri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, tindakan itu yang dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang juga akan mengakibatkan kerugian dalam jangka masa amat panjang.

"Fikirkan, apakah bentuk transformasi dan kemajuan yang telah dibuat pembangkang dalam empat tahun memerintah selain daripada apa yang telah sedia ada dilakukan kerajaan terdahulu? Namakan bentuk perubahan serta kebaikan yang telah dibawa selama tempoh pemerintahan mereka?

"Antara perkara 'hebat' yang telah dibawa mereka sejak memerintah beberapa negeri hanyalah demonstrasi haram yang berakhir dengan keganasan, membakar sentimen rakyat Malaysia dalam pelbagai perkara, membenarkan campur tangan negara luar dan politik kebencian selain sering mengambil pujian terhadap usaha kerajaan Barisan Nasional," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang menegaskan, adalah berbahaya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa membuat pertimbangan adil dan teliti.

Menurut Tunku Abdul Aziz, sehingga kini, pembangkang bukan sahaja belum sepakat dalam memilih Perdana Menteri untuk mentadbir negara malah masih bertelingkah siapakah yang harus berkuasa jika memenangi pilihan raya umum.

"Bagaimana kita boleh bersedia menerima mereka yang hanya berminat dengan kuasa semata-mata? Sehingga hari ini masih bergaduh siapa yang layak menjadi Perdana Menteri dan jawatan-jawatan penting yang lain.

"Malaysia adalah sebuah negara kompleks yang sukar untuk ditadbir kerana dihuni oleh pelbagai kaum dan latar belakang, pengalaman apa yang mereka ada selain daripada mengkritik kerajaan selama 50 tahun," katanya.

Dalam masa sama, beliau menggesa rakyat Malaysia tidak sesekali memberi undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang kerana tindakan sedemikian akan membawa kehancuran kepada negara.

"Jika benar-benar cintakan keamanan dan perpaduan negara kita, usah tersilap langkah memberi mandat kepada golongan yang hanya dahagakan kuasa dan kepentingan politik.

"Jangan sesekali membiarkan pembangkang memporak-perandakan negara ini," tegasnya.

AES Akan Elak polis Ambil Rasuah Di Sekatan Jalanraya


Disebalik bantahan dari beberapa pihak termasuk parti politik terhadap perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), sebetulnya jika kita sedikit berlapang dada pasti dari sudut tertentu dapat melihat kebaikannya.

Di pihak keselamatan jalanraya, persoalan nyawa manusia seringkali menjadi prioriti pertimbangan mereka, untuk menyelamatkan nyawa bermakna perlu ada pemantauan, pendidikan dan pengajaran.

Dengan adanya kamera-kamera AES di pelbagai lokasi tertentu termasuklah di kawasan yang sering berlaku kemalangan, sedikit sebanyak mampu mengurangkan kadar kemalangan akibat pemanduan laju dan cuai oleh sesetengah pengguna jalanraya.

Itu salah satu sebab yang membawa kepada kewujudan AES.

Manakala di pihak pengguna jalanraya, ramai dikalangan kita selesa memandu laju kerana ia lebih menjimatkan masa sesuai dengan kehebatan kenderaan yang di bawa. Lebih laju ia dipandu lebih pendek masa dibazirkan di atas jalanraya.

Akan tetapi bila tiba-tiba disaman, persoalan wang ringgit pula lebih menghantui kepala.

Persoalan risiko nyawa melayang atau berlakunya kecederaan akibat kemalangan membabitkan diri atau orang lain hanya sesekali sahaja menjadi perkiraan. Ini hakikat.

Selain itu, bukankah selama ini sebahagian kita sering merungut kemarahan dengan dakwaan kewujudan kegiatan rasuah membabitkan segelintir anggota polis terutama sekali di sekatan-sekatan jalanraya?

Cuba kita renung sejenak, bukankah dengan adanya AES maka interaksi pengguna jalanraya dengan polis trafik akan dapat diminimakan, dengan demikian peluang untuk berlakunya rasuah dapat dikurangkan.

Sekalipun dengan adanya AES tak semestinya kesalahan rasuah membabitkan anggota trafik serta kadar kemalangan maut akan jatuh hingga angka kosong, setidak-tidaknya satu yang pasti ia dapat mengurangkannya. Betul tak?

3 Dis 2012

Nik Aziz Kaya Dengan Tanah Ladang Rakyat


22 tahun Kerajaan PAS Kelantan menguasai negeri Cik Siti Wan Kembang sejak 1990, antara projek pembangunan yang agak dekat di ingatan tapi jauh dari hati rakyat ialah skandal penyelewengan tanah Ladang Rakyat di Selatan Kelantan.

Semasa ura-ura Ladang Rakyat mahu diwujudkan oleh Kerajaan PAS Kelantan, pemimpin PAS negeri mmenyebarkan cerita propaganda konon dengan pembukaan ladang itu nasib rakyat di kawasan Selatan Kelantan terutama sekali Gua Musang dan Kuala Krai akan terbela, jauh lebih baik berbanding peneroka FELDA.

Rakyat di gula-gulakan dengan janji manis akan memperolehi tanah yang luas terbentang setiap orang, sebuah rumah, peluang pekerjaan di ladang serta mendapat faedah keuntungan dividen RM200.00 setiap bulan.

Selama bertahun-tahun kemudiannya apa manfaat dan faedah yang rakyat khususnya peserta Ladang Rakyat dapat rasai? Mereka cuma dapat RM200.00 dividen sebulan sahaja.

Lain-lain janji bulan bintang yang ditaburi hanya kelihatan dalam gambaran fikiran sahaja. Tiada hak milik tanah kecuali untuk segelintir kroni parti dan pemimpin PAS Kelantan, tiada rumah dibina untuk mereka hatta peluang bekerja di Ladang Rakyat pun hanya terhad untuk 282 orang sahaja.

Tapi disebalik semua itu, diam tak diam, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat berpeluang pula memiliti lot-lot tanah di kawasan Ladang Rakyat, diikuti dengan isterinya yang turut memiliki tanah di kawasan tersebut.

Tanpa perlu meneroka tanpa setitik peluh jatuh ke bumi, kini Lot 51 di kawasan Relai, Gua Musang bernilai RM40,000 pada 20 Disember 2000 menjadi milik Nik Aziz.

Tiga tahun sebelumnya nama Nik Aziz sudah terpahat pada geran hak milik tanah di Lot No.31 dari kawasan Lojing yang bernilai RM35,000. Manakala isterinya turut memiliki tanah di Lot No. 29 juga di Lojing.

Itu belum lagi dikira pemilikan tanah melibatkan berpuluh-puluh pemimpin dan wakil rakyat PAS, rata-ratanya mendapat tanah secara percuma dan jika perlu dibayar pun cukup sekadar melangsaikan bayaran premium yang jumlahnya hanya beberapa ringgit sahaja.

Sudahlah keuntungan dari penebangan kayu balak yang beribu-ribu tan langsung tak dinikmati rakyat, nak merasa nikmat royalti balak pun jauh panggang dari api, kini angan-angan nak memiliki sebidang tanah pun tak kesampaian.

Jauh benar bezanya dengan nikmat para peneroka FELDA yang berpeluang memiliki tanah berekar-ekar luasnya, rumah dan pelbagai keistimewaan lain termasuklah mendapat durian runtuh RM15,000.00 untuk setiap keluarga, namun peserta Ladang Rakyat pula hanya berputih mata sahaja.

Peserta Ladang Rakyat tak pun berubah kehidupan mereka waima nak jadi kaya pun tak tercapai dek akal, sebaliknya Nik Aziz dan kroninya yang sudah 22 tahun menongkat langit pula yang kaya raya hasil mentekedarah tanah di Ladang Rakyat.

On 1 Dec 2012 16:07, "Beruang Biru" <1beruangbiru@gmail.com> wrote:
Salam Perjuangan,

Sila rujuk attachment file, t.q

23 Nov 2012

Jual Buah Dapat Hilux, Jual Aiskrim Dapat Ferrari



Sakan betul Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin memborong pelbagai jenis kereta mewah sejak bergelar wakil rakyat bagi kawasan Parlimen Ampang. Daripada sekadar memiliki sebuah MyVi tetiba saja bertukar citarasa kepada Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes Benz.

Sebelum ini dalam salah satu kempen PKR, ada pemimpinnya menyeru rakyat memboikot pembelian kereta kononnya selepas PR memerintah nanti, harga kereta akan diturunkan, tika itu barulah rakyat digalakkan membeli dengan harga baru yang jauh lebih rendah.

Rupa-rupanya saranan tersebut tak terjangkau untuk dilaksanakan oleh Zuraidah, itu yang belum pun kereta VOLVO XC90 mencecah usia dua tiga tahun dibelinya pula dua buah Toyota Hilux dan terbaru pula kini Zuraidah sedang selesa memandu Mercedes Benz E240.

Bukan calang-calang orang boleh merasai pelbagai jenis keempukan kereta yang berjenama dan mahal sebegitu. Tapi bak kata rakan kita di Sel13.Com, tuah ayam nampak di kaki, namun tuah manusia sekalipun masam tubuhnya tiada siapa yang tahu.

Memang bertuah betul menjadi pemimpin pembangkang, dalam sibuk-sibuk mereka
menuduh pemimpin BN hidup bermewah-mewahan, sempat pula Ketua Wanita PKR sendiri menunjukkan contoh kehidupan tawadduk dan zuhud sehinggakan penyokong PR yang sudah sedia pening jadi mereng akhirnya.

Kata dulang paku serpih, kata kat orang pemimpin PKR pula yang terlebih-lebih. Dan kemewahan hidup gaya zuhud yang dikecapi Zuraidah sekarang, bukanlah satu-satunya yang pernah wujud.

Timbalan Presiden PKR sendiri, walaupun suatu ketika dulu kerap ke hulu hilir bertemu rakyat dengan hanya memandu kereta buruk Wolkswagen untuk memperlihatkan kezuhudannya di mata rakyat, namun ramai yang tahu ada sebuah Ferrari yang bernilai ratusan ribu ringgit menjadi miliknya.

Malah ada khabar menyatakan Azmin telahpun membeli sebuah Lamborghini yang harganya hanya termampu dibayar oleh jutawan dan tauke balak sahaja.

Jika Zuraidah yang sebelum dilantik menjadi YB Parlimen Ampang dulunya cumalah seorang penjual buah-buahan sambil menjual ubat-ubatan tradisonal dan kini mampu bergaya sakan mengalahkan seorang jutawan, apa nak hairannya dengan Azmin, ya tak?

Jual buah tepi jalan pun mampu beli Toyota Hilux, Volvo dan Mercedes. Takkanlah sebagai orang penjual aiskrim special berperisa jamban tak mampu pula memiliki Ferrari dan Lamborghini, tak begitu?

19 Nov 2012

MUKTAMAR BUKTI PAS TAKUT DAP, PKR


Kelemahan Pas sebagai sebuah parti serpihan Umno yang kononnya memperjuangkan prinsip Islam amat tersrlah sekali pada muktamar parti itu yang ke 58 yang berlangsung baru-baru ini.

Sememangnya dijangkakan semangat barisan pimpinan dan perwakilan Pas berkobar-kobar semasa ucapan dan sesi perdebatan.

Ini lumrah dalam mana-mana parti politik dan Pas sebagai sebuah organisasi siyasi yang bertopengkan Islam juga tidak terkecuali dalam menonjolkan imej 'kejantanannya', apatah lagu musim pilihan raya umum sudah tinggal beberapa bulan lagi.

Antara elemen 'kejantanan' Pas yang dipamerkan kepada ahli-ahli semasa persidangannya ialah desakan kuat supaya presiden Abdul Hadi Awang dilantik ke jawatan Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU13 kelak.

Ini sudah tentunya bertentangan dengan kehendak sekutu pas, Dap yang mahukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menduduki jawatan itu.

Anwar pula secara sinis menjawab bahawa perkara tersebut boleh dibincangkan apabila sampai ketikanya kelak.

Jadi dalam pakatan pembangkang terdapat tiga pandangan yang berbeza mengenai isu siapa yang layak menjadi Perdana Menteri.

Di pihak Pas itulah kemahuan sebenar selama ia berjuang iaitu untuk merebut kerusi empuk di Putrajaya dan bukannya demi rakyat.

Konsep 'negara berkebajikan' versi Pas ialah untuk mendahulukan pimpanan parti itu untuk berlumba-lumba mendapatkan jawatan dan kedudukan dalam kerajaan sebelum memikirkan mengenai rakyat.

Perdapat kedua pula berputar sekitar agenda Dap yang mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri oleh kerana parti itu telah berjaya membuat perkiraan dengan pemimpin utama PKR itu.

Sekiranya Anwar jadi Perdana Menteri semua kehendak liberal Dap mestilah dipenuhi.

Ini termasuk menghapuskan institusi raja-raja Melayu dan mana-mana agensi kerajaan yang mendokong agenda memartabatkan Melayu seperti UiTM, MARA, MRSM dan sebagainya.

Bagi Anwar institusi-institusi tersebut perlu dihapuskan sebagai persediaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara republik dengan bantuan Dap.

PKR sudah tentu menghargai sokongan yang diberikan oleh Dap dalam impiannya untuk meletakkan Anwar di Putrajaya dan akan sanggug bersekongkol dengan parti rasis Cina itu untuk merealisasikan agenda kotor mereka.

Ini akan meletakkan desakan Pas menuntut jawatan Perdana Menteri sebagai kera sumbang di dalam Pakatan Rakyat yang tentunya tidak disenangi oleh Dap dan PKR kerana gagal menunjukkan semangat setiakawan dan kerjasama sebagai satu pasukan.
Walaupun Abdul Hadi tidak menyentuh mengenai pelaksaaan hukum hudud di dalam ucapan perasmiannya, ini tidak bermakna parti itu telah melucutkan agenda tersebut.

Ini akan menjadi satu lagi isu yang akan merenggangkan ikatan yang sudahpun longgar di antara ketiga parti tersebut.

Apatah lagi apabila media arus perdana menyiarkan visual adik kepada Mursyidul Am, Nik Radzi yang mendoakan kemusnahan Umno dan BN di kala Israel ganas menyerang penduduk Palestin di Gaza.

Inikah gambaran yang ingin dicerminkan oleh Pas sebagai sebuah parti Islam apabila memohon kepada Allah supaya menghancurkan sebuah parti Melayu yang menjadi tunjang kerajaan sejak merdeka lagi serta menyokong perjuangan rakyat Palestin melawan Israel sejak 1957 lagi?

Di manakah letaknya asas moral dan jatidiri Pas sebagai parti politik Melayu apabila sanggup mengugurkan perjuangan hukum hudud demi menjaga hati Dap tetapi rela mendoakan kemusnahan Umno yang selama ini membela dan memberi bantuan dalam apa sahaja bentuk kepada rakyat Palestin?

Malah Pas amat takut sekali membangkitkan kenyataan naib presiden PKR, Nurul Izzah yang secara jelas menggalakkan orang Melayu murtad daripada Islam.

Adakah Pas sudah tidak lagi sensitif kepada apa yang dikatakan oleh anak Anwar itu atau tidak mampu berbuat apa-apa yang mungkin akan menjejaskan peluangnya untuk merangkul jawatan Perdana Menteri?

Dengan menggunakan taktik 'tahaluf siyasi' atau kesepakatan politik, Pas tergamak mengorbankan prinsip dan maruahnya kerana tamakkan kuasa dan jawatan.

Hasil daripada muktamar itu telah berjaya memberi gambaran kepada rakyat bahawa parti itu tidak boleh diharapkan untuk melindungi Islam apatah lagi memimpin bangsa Melayu.

Malah bangsa Melayu akan dilemahkan oleh Pas dan akan bertukar menjadi satu bangsa yang mengemis dan tunduk di bawah telunjuk Dap dan PKR.

Kerakusan Pas untuk mendapatkan kuasa dengan membelakangkan kepentingan Melayu dan Islam akan menjadi liabiliti terbesar parti itu apabila berdepan dengan PRU13 nanti.

Rakyat akan membuat perbandingan antara apa yang dikatakan pada muktamar tahun ini dengan realiti yang berlaku di dalam Pakatan Rakyat.

Di dalam parti sendiri, pemimpin Pas boleh menjadi hero dan gedebe tetapi apabila berdepan dengan Dap dan PKR, Pas menjadi setan bisu yang akur menurut perintah tuannya.


ends

Hadi Nak Jadi PM? Langkah Mayat Anwar Dulu...

Ramai pemerhati politik tersenyum sinis apabila Dewan Ulamak PAS serta para perwakilan di Muktamar PAS Ke 58 tempohari bersungguh-sungguh menyarankan  Abdul Hadi Awang dilantik sebagai calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang memenangi PRU 13.

Maka kembanglah hati seketika sebahagian ahli dan penyokong PAS yang hadir, tanpa menyedari saranan tersebut akhirnya hanya akan dibakul sampahkan oleh PR sama seperti nasib yang dialami oleh manifesto negara Islam dan hudud PAS.

Bagi yang celik akal pastinya tahu saranan sedemikian hanyalah sekadar propaganda untuk menyedapkan hati ahli dan penyokong PAS yang kian merasakan mereka sebenarnya telah dipergunakan untuk memenuhi cita-cita politik Anwar Ibrahim.

Namun bagi ahli dan penyokong PAS yang totok balaci setaraf keldai, mainan propaganda itu cukup untuk membuatkan mereka lebih teruja dan bersemangat dalam menempuh liku-liku PRU 13 kelak.

Selama ini umum mengetahui PR sejak lama dulu sudah muktamad mempotretkan Ketua Umum PKR adalah calon PM yang paling layak, kini bila tiba-tiba sahaja PAS tampil dengan saranan calon PM dari puaknya, tentulah menggelikan hati ramai.

Tambah menggelikan hati lagi bila mana ketika di Himpunan Kebangkitan Rakyat anjuran PR di Stadium Sultan muhammad ke IV Kota Bharu pada malamnya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula secara terbuka mengumumkan bahawa Anwar Ibrahim adalah calon muktamad PR sebagai PM.

"Anwar bakal Perdana Menteri Malaysia ketujuh bukan keenam," demikian kata Lim Kit Siang tanpa sedikitpun rasa segan dengan para pemimpin PAS yang menjadi tuan rumah bagi majlis himpunan itu beberapa malam lepas.

Tak perlu pemimpin BN bersuara mempersoalkan atau mempertikaikan kesungguhan PAS untuk menobatkan Presidennya sebagai calon PM, sebaliknya Pengerusi DAP sendiri yang dengan selambanya menolak hadi jatuh terduduk dan malu sendiri.

Hanya berselang beberapa puluh jam sahaja, tembelang propaganda PAS pecah. Lagi mengharukan pengumuman oleh Lim Kit Siang itu dibuat dihadapan ribuan penyokong PAS dan di kubu kuat PAS sendiri. Mana Hadi nak letak muka?

Betullah kata beberapa orang pemerhati politik yang menghadiri Muktamar PAS di PUTIK Pengkalan Chepa tempohari, katanya, saranan PAS untuk meletakkan Hadi sebagai calon PM seumpama menyuruh Hadi melangkah mayat Anwar.

Sebagaimana PAS tak berani untuk melangkah mayat Karpal Singh ketika kecoh isu negera Islam suatu ketika dulu, sama saja kini PAS mahupun Hadi tidak mungkin berani menonjolkan kejantanannya bila timbul isu calon PM yang sudah lama menjadi buruan peribadi Anwar Ibrahim.

Akhirnya, PAS sekali lagi membuktikan pada khalayak hakikatnya mereka hanyalah setakat layak menjadi pencacai dan balaci. Tidak lebih dan tidak kurang. Itulah nasib sang keldai dan lembu tunggangan, wajib taat pada tuannya.