31 Jul 2012

Hudud Punca PR Gagal Ke Putrajaya – Karpal Singh

Hudud Punca PR Gagal Ke Putrajaya – Karpal Singh

Bertalu-talu pemimpin-pemimpin DAP membuat kenyataan menyanggah PAS berkaitan hudud. Pening betul mereka dengan sikap putar-belit dan dolak dalih PAS berkenaan isu itu.

Sedangkan kerjasama PAS-DAP-PKR adalah termeterai atas persetujuan PAS untuk beralah dalam isu Negara Islam termasuk hudud. Namun, semakin PRU menghampiri, seorang demi seorang pemimpin PAS kembali bangkit menjadi 'pejuang hudud' dan Negara Islam. Mungkin setelah menyedari yang sokongan Melayu semakin merosot terutamanya selepas episod yang memeritkan dengan Datuk Dr. Hasan Ali.

Akhir-akhir ini, PAS dikecam teruk kerana membelakangkan Islam iaitu selepas bekerjasama dengan DAP. Parti ini digelar sebagai barua, balaci, kuda tunggangan dan anjing kepada parti chauvinis dan rasis Cina itu. Dan PAS telah gagal seratus peratus menangkis gelaran ini apabila terus menerus mengikut telunjuk DAP, hatta dalam isu kritikal bagi Umat Islam, seperti isu murtad sekali pun.

Dengan PRU semakin hampir, PAS nampaknya benar-benar buntu untuk mengembalikan imej Islam yang kini hanya tinggal di serban dan jubah sahaja. Di tambah dengan berduyun-duyun artis tak laku dan 'tak berapa cerdik' yang mula memenuhi parti itu, masyarakat semakin memandang sinis akan 'keIslaman' PAS.

Justeru, tidak dapat tidak, PAS terpaksa kembali memainkan 'hudud' sebagai bahan promosi dan kempen bagi meraih undi dari umat Melayu.

Tindakan ini telah membuatkan DAP benar-benar hilang sabar dengan PAS.

Karpal Singh pantas membuat kenyataan tegas bahawa sebarang cubaan PAS untuk memperkenalkan hudud di negara ini mencerminkan dengan buruk niat ikhlas dari apa yang diputuskan di Muktamar PAS tahun lepas iaitu untuk melupakan Negara Islam dan membina Negara Kebajikan. Karpal juga mengingatkan PAS bahawa tiada Hudud dalam Buku Jingga.

Kenyataan sama juga diulangi oleh Lim Guan Eng yang jelas kelam kabut apabila ditanya mengenai isu ini lalu menuduh UMNO pula yang ingin melaksanakan hudud.

Ternyata, PAS telah berjaya menjadikan Pakatan Rakyat haru-biru dengan sikap tidak amanah, tidak berpegang kepada janji dan tidak punya pendirian tetap termasuk dalam isu-isu yang melibatkan agama.

Sebenarnya, PAS tidak akan mampu meningkatkan sokongan dengan hanya membangkitkan semula isu hudud. 'Hudud' bukan isu yang akan membawa PAS mahupun PR ke Putrajaya atau mana-mana kerana semua orang tahu bahawa ia hanyalah retorik PAS semata-mata. PAS tidak akan dan tidak ingin pun untuk melaksanakannya.

Jika ada yang masih menyokong PAS, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana terpedaya bahawa PAS memperjuangkan Islam. Mereka ini akan tetap menyokong PAS tak kira jika PAS menggadaikan hudud dan Negara Islam seperti yang dipersetujui dalam Muktamar lepas atau pun tidak.

Namun, sikap tidak konsisten PAS, penentangan DAP serta sikap acuh tak acuh PKR terhadap hudud menjadi bukti betapa keliru dan haru-birunya Pakatan Rakyat itu. Semakin kuat PAS melaungkan hudud, semakin keras DAP menempelaknya, semakin jauhlah PR dari Putrajaya. Jelas, ia bukan kerana hudud, tetapi kerana kelemahan pakatan mereka begitu ketara dan rakyat tidak mungkin akan memberikan mandat kepada parti yang sebegitu lemah untuk memerintah negara.




10 Perkara yang Yahudi Seboleh-bolehnya Tidak Mahu Dunia Tahu

TUESDAY, JULY 31, 2012
Tahukah korang sebenarnya banyak benda yang yahudi laknat ni sembunyikan pada pengetahuan umum. Jom kita nak dedahkan 10 daripadanya!
1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.
2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk Israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.
3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.
4) McDonald di Israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!
5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut
.6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?
8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi
9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.
10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

30 Jul 2012

'Karpal Tidak Terima Hudud Kerana Kufur'

'Karpal Tidak Terima Hudud Kerana Kufur'

Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.

Petikan NST 30.07.12



Dengan perjuangan PAS yang tidak pernah putus terhadap hudud, Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan Tantawi membuat Tweet yang menyatakan bahawa sesiapa yang tidak menerima hukum-hukum Allah adalah mereka yang kufur.

"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tidak menerima hukum hudud kerana dia kufur. PAS perlu teruskan perjuangan untuk menegakkan Islam," menurut Tweet dari akaun Nasrudin.

Karpal sentiasa tidak pernah putus dalam menolak pelaksanaan hukum hudud di Malaysia.

Kumpulan Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga dilaporkan bersetuju dengan kenyataan Karpal. Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin, telah memberi amaran kepada Nasrudin bahawa komen-komen Nasrudin terhadap pelaksanaan hukum hudud akan menimbulkan masalah yang besar terutamanya apabila isu tersebut akan mengundang kemarahan bagi Karpal dan pemimpin-pemimpin DAP.

Shamsul juga berkata bahawa Nasrudin tidak sepatutnya membangkitkan isu lama apabila persetujuan antara PKR, DAP dan PAS terhadap isu ini telah dibuat.

Petikan NST 30.07.12

Hadi Awang Kian Terpinggir

Hadi Awang Kian Terpinggir

Bukan satu rahsia lagi, kedudukan Haji Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS sejak akhir-akhir ini kelihatan semakin goyah dan kurang mendapat penghormatan sewajarnya dari kalangan penyokong dan ahli PAS sendiri.

Dalam banyak perkara melibatkan perjalanan parti, seringkali Hadi dipaksa mengikut lenggok tari Mursyidul Am PAS sebelum menentukan keputusan untuk sesuatu perkara berbangkit - sesuatu yang jarang berlaku semasa PAS dibawah pimpinan Allahyarham Fadhil Noor mahupun Presiden sebelumnya.

Walaupun struktur organisasi PAS meletakkan kedudukan Mursyidul Am lebih tinggi berbanding Presiden, namun bukannya satu kelaziman bagi PAS meletakkan taraf Presidennya hanya sekadar pak turut kepada Mursyidul Am semata-mata.

Keadaan ini dilihat kian menonjol terutama semenjak kebangkitan puak Anwarinas ataupun dikenali juga dengan gelaran Erdogan yang mula menggandakan penentangan secara besar-besaran terhadap konsep Kerajaan Perpaduan (UG) yang diilhamkan oleh Hadi Awang.

Rentetan dari situ, satu demi satu pemimpin PAS yang pro kepada konsep UG serta mempunyai hubungan rapat dengan Hadi Awang tersingkir atau terpinggir dari arus PAS Pusat dan negeri. Sekaligus menyebabkan cengkaman pengaruh Hadi terhadap PAS kian longgar dan imejnya pula kian tercalar.

Manakala imej Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS pula diangkat setinggi-tingginya sehinggakan urusan parti yang biasa dilaksanakan oleh Presiden kini seringkali diambil alih oleh Nik Aziz.

Malah bila Hadi membuat kenyataan tertentu atau tindak tanduknya dilihat tidak mengikut kehendak kumpulan Anwarinas dalam PAS, tidak semena-mena Nik Aziz akan segera memotong dengan membuat kenyataan sebaliknya sehingga memaksa Hadi menarik handbrake dan mengubah semula kenyataan asal.

Contohnya dalam isu muzakarah dan kerajaan perpaduan, Hadi yang membuat tawaran dan mencetuskan idea namun bila ramai geng Anwarinas tampil membantahnya maka Nik Azizlah yang akan jadi perisai depan untuk memastikan bantahan puak Anwarinas tercapai.

Impak kemudiannya, Hadi terpaksa menanggung malu dan terpaksa bersilat lidah untuk menenangkan penyokong PAS yang semakin ramai berpayung di belakang kumpulan Anwarinas yang disokong oleh Nik Aziz.

Dalam konteks lain pula, kebiasaannya Presiden parti adalah penghubung utama sekiranya membabitkan pertemuan politik dengan pemimpin dari parti rakan sepakatan mahupun pemimpin parti di luar pakatan.

Namun disebabkan wujudnya usaha berterusan untuk menenggelamkan pengaruh Hadi, acapkali kumpulan Anwarinas akan segera mengaturkan sesuatu pertemuan politik itu dengan melibatkan Nik Aziz tanpa membabitkan Hadi.

Demikianlah yang berlaku baru-baru ini apabila bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukim tiba-tiba diuruskan kedatangannya ke Kelantan untuk bertemu Nik Aziz sedangkan sedari awal sepatutnya pertemuan tersebut hanya melibatkan perbincangan soal taktikal politik antara Lajim dengan Hadi Awang.

Sudahlah begitu, isi utama perjumpaan tersebut pula hanya sekadar untuk menyampaikan hasrat Lajim mahu menyertai PKR disamping meminta restu Nik Aziz.

Entah sejak bila Nik Aziz jadi pemimpin PKR agaknya sehingga restunya diperlukan sebelum dapat menjadi ahli PKR? Kelihatan seperti mahu memperlihatkan PAS lebih kuat berbanding PKR, namun hakikatnya itu hanyalah sebahagian usaha kumpulan Anwarinas untuk mengkelabu asapkan imej Hadi di mata ahli dan penyokong PAS.

Di kalangan ramai pemimpin PAS yang berada di kem Hadi dan juga beberapa orang yang tiada kem, walaupun kerap terganggu dengan penonjolan berlebihan Nik Aziz seolah-olah diktator PAS, namun mereka seakan hilang kekuatan untuk mempertikaikannya secara lebih terbuka dan terpaksa redha selagi geng Anwarinas masih menguasai PAS.

Paling mereka bimbangi dalam beberapa jangka masa terdekat atau paling lambat selepas PRU 13, Hadi awang akan terus terpinggir dari arena kepimpinan PAS dan tempatnya bakal menjadi miliki salah seorang pemimpin bukan aliran agama yang pro Anwar Ibrahim.

Tanda-tanda ke arah itu sudah banyak kelihatan. Menjelang PRU 13, PAS bukan sahaja akan berentap dengan UMNO di masa yang sama pertempuran antara kem dalam PAS akan lebih menonjol terutama sekali melibatkan perebutan untuk calon yang akan bertanding.

Lebih ramai pemimpin pro Anwar berjaya menempatkan diri sebagai calon pilihanraya bermakna berakhirnya zaman kepimpinan Hadi dan akan meninggalkan tampuk kepimpinan PAS dalam keadaan malu dan terhina sama seperti pernah dialami oleh arwah Asri Muda.


28 Jul 2012

Rakyat Terus Utuh Bersama PM, Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan



Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, tika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah.

Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.

Dilihat seimbas lalu, situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu.

Saat itu juga, kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.

Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu, sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.

Namun, syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.

Seperti mengulangi sejarah lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa.

Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah.

Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan. Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN.

Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.

Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama - rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN.

Justeru itu, sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.


24 Jul 2012

Menanti Lebuhraya Rakyat



Telah dua bulan berlalu sejak majlis pecah tanah pelancaran Lebuhraya Rakyat dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012 lepas.

Projek Lebuhraya Rakyat idea Exco kerajaan negeri, Husam Musa itu sekiranya menjadi realiti, barangkali bakal melonjakkan aktiviti ekonomi di negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ramai yang mengharapkannya menjadi kenyataan walau sebenarnya lebih ramai yang tersenyum sinis tiap kali melihat Husam Musa dan Nik Aziz bersemangat membicarakan perihal lebuhraya tersebut.

Sehingga kini sebahagian besar rakyat Kelantan kerap tertanya-tanya sesama sendiri, benarkah lebuhraya tersebut akan dapat direalisasikan atau sekadar mengulangi sejarah batu asas Jambatan Palekbang?

Tambahan pula semasa projek Lebuhraya Rakyat yang dikatakan bernilai RM 1.8 bilion ini dilancarkan pada 28 Mei 2012, ianya belumpun mendapat kelulusan Mesyuarat Exco Negeri.

Hampir setahun kisah projek tersebut diwar-warkan kepada umum dan selepas dilancarkan serta majlis pecah tanah telah diadakan, barulah Husam Musa mahu dibawa ke mesyuarat Exco untuk meminta kelulusan. Bukankah pelik prosedurnya itu.

Saling tak ubah seperti seorang pemuda bernafsu kuda 'mentekedarah' dulu anak dara orang sampai lunyai selepas itu barulah berfikir-fikir untuk membawa rombongan keluarga untuk menemui keluarga wanita malang itu. Tak begitu?

Jika diimbas 22 tahun pemerintahan PAS di Kelantan, yang banyak kelihatan ialah lebih banyak janji kosong yang dihamburkan oleh pemimpin negeri berbanding jasa bakti yang memberi manfaat kepada rakyat.

Banyak projek segera menjelang pilihanraya yang dilancarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz hanya gah sewaktu pelancaran kemudian senyap begitu sahaja selepas habis musim pilihanraya.

Sekadar beberapa contoh, Pelabuhan Darat Kuala Krai, Jambatan Palekbang, Projek Tanaman Depu, Pelabuhan Pantai Sri Tujuh dan berpuluh-puluh lagi hingga kini sama ada hanya tinggal batu asas atau hanya tinggal nama sahaja.

Saban tahun rakyat ternanti-nanti sambil membilang jari entah bila tahunnya projek-projek tersebut akan siap untuk dinikmati.

Tak mustahil, Lebuhraya Rakyat ini sama saja seperti yang lain. Penantian demi penantian. Saban hari kian ramai yang senyum sinis sementara menunggu hari pembuangan undi untuk melunaskan 22 tahun amarah dalam hati.


PKR Cuba Cetus Pemberontakan Negara Islam Terhadap Arab Saudi



Di kala dunia mula membuka mata dan mengutuk keganasan rejim Zionis, tidak semena-mena ada pihak yang cuba mengalih perhatian dengan membangkitkan persoalan terhadap kerajaan Islam, yakni, Arab Saudi. Pihak yang diperkatakan di sini pula, bukanlah pihak barat, tetapi seorang penulis pro-PKR, sekali gus menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa PKR adalah agen Zionis di Asia Tenggara.

Penulis tersebut adalah tidak lain dan tidak bukan, ialah Hishamuddin Rais. Di dalam KeAdilandaily, Hishamuddin telah menulis sebuah artikel bertajuk 'Arab Saudi dan Zionis Israel' di mana beliau menghina warga Saudi dengan menyatakan yang mereka berkelakuan lucah dan ganas terhadap warga asing termasuk merogol dan memukul pekerja wanita dari Filipina dan Indonesia.

Antara petikan lain tulisan beliau:

"Untuk saya negara yang bernama Arab Saudi adalah 'scam' yang paling besar yang menimpa penganut agama Islam di seluruh dunia.

Sejarah merakamkan bahawa Arab Saudi ini dilahirkan dari perancangan kuasa imperial Anglo-Saxon sesudah perang dunia pertama. Semenanjung Arab ini seperti Negara Telok dipimpin oleh pelbagai ketua suku dan kabilah. Perbalahan dan perperangan antara suku dan kabilah sering berlaku. Maka di sinilah munculnya T.E Lawrence seorang ejen dari Britain yang merancang untuk menjatuhkan kuasa imperial Ottoman yang berpusat di Istanbul."

Dengan memberi sokongan kepada kabilah Abdul Aziz al- Saud, kekuatan kerajaan Ottoman di sebelah Selatan – Jordan, Palestin, Syria dan Iraq – menjadi lemah. Pada 29 Oktober 1923 Turki menjadi republik. Scara rasminya kuasa kerajaan Khalifah Ottoman dihapuskan pada 3 March 1924. Akhirnya pada tahun 1932 lahirlah apa yang hari ini dikenali sebagai Kingdom of Saudi Arabia. T.E Lawrence seorang ejen British yang juga seorang homoseksaul telah memainkan peranan yang amat penting untuk mewujudkan Arab Saudi.

Soalnya, kenapakah atau apakah agenda Hishamudin Rais atau PKR untuk menghina dan memperkecilkan kerajaan dan warga Saudi sebegitu rupa? Apakah PKR ingin membangkitkan perasaan curiga, syak wasangka, prejudis dan benci terhadap kerajaan Arab Saudi di kalangan umat Islam?

Apakah beliau ingin melihat Arab Saudi yang berkocak dan kacau bilau? Apakah beliau ingin mencetuskan pemberontakan besar-besaran di kalangan negara Islam terhadap kerajaan Saudi?

Negara moden Saudi terbentuk pada tahun 1932. Sejarah yang membawa kepada pembentukan ini menyaksikan penaklukan Nejd dan Hejaz oleh Abdul Aziz bin Saud pada tahun 1902, revolusi yang gagal pada tahun 1916, serta pembunuhan beramai-ramai askar badwi wahabbi pada tahun 1930 di Sabilla setelah mereka tidak bersetuju dengan Raja Abdul Aziz yang enggan berperang dan menakluk Jordan, Iraq dan Kuwait.

Semenjak itu, politik Saudi kerap bergolak berikutan krisis dalaman antara kerabat diRaja, tentera dan puak pelampau Islam.

Namun, adalah merupakan satu rahmat bagi Umat Islam di seluruh dunia bahawa kerajaan Arab Saudi berjaya mengekalkan keamanan dan meningkatkan kemajuan negaranya bagi membolehan tanah suci Mekah dikunjungi oleh jutaan umat setiap tahun dengan selesa dan tanpa merasa terancam.

Mengungkit sejarah lama semata-mata untuk memburukkan kerajaan Saudi adalah kerja gila kalau tidak pun jahat apatah lagi jika dilakukan oleh warganegara lain, bukan Saudi sendiri.

Kerana itu, rasanya tidak salah jika kita mengesyaki Hishamuddin Rais dan PKR sedang membawa agenda Zionis untuk mencetuskan perasaan benci terhadap negara 'tauke minyak' dan bertanggungjawab terhadap rumah Allah.

Ini mungkin juga usaha terdesak Hishamuddin untuk mengembalikan imej Anwar Ibrahim sebagai pejuang Islam dan bukan agen Zionis dengan mengaitkan kerajaan Arab Saudi dengan Zionis. Malangnya, apa yang dilakukannya iaitu dengan menghentam negara Arab Saudi sebagai satu 'penipuan' adalah keterlaluan.

Atau mungkin juga beliau sengaja ingin mencetuskan ketegangan dalam hubungan dua-hala Malaysia-Saudi. Jika ini niatnya, maka beliau tentunya yakin yang PKR tidak mungkin akan menjadi kerajaan dan kerana itu beliau tidak perlu menjaga hubungan diplomasi antara negara-negara luar.

Apapun, Anwar Ibrahim perlu menjelaskan banyak perkara kepada masyarakat Islam di dunia khasnya kerajaan dan warga Arab Saudi tentang apa yang cuba disampaikan oleh 'baruanya', Hishamuddin Rais. Artikel tersebut tidak wajar dikatakan pandangan peribadi Hishamuddin kerana ianya dicetak dan diedar di dalam lidah rasmi PKR.

Lebih-lebih lagi apabila penglibatan PKR dengan Zionisme dapat dikesan melalui hubungan rapat Anwar Ibrahim dengan tokoh-tokoh Zionisme. Kes 'apology tour' yang menyaksikan Anwar terpaksa melutut kepada semua tokoh-tokoh Zionis apabila 'tersasul' mengkritik pencerobohan mereka ke atas Palestin, telah membuka mata ramai orang.

Kita sudah sedia maklum mengenai strategi Zionis menakluk dunia, iaitu dengan cara 'pecah dan perintah'. Rakyat sesebuah negara dipecahkan mengikut suku, kaum, bangsa dan agama dengan menggerakkan agen-agen mereka agar menghasut, melempar fitnah dan akhirnya memberontak terhadap kerajaan.

Sekian lama, Zionis berjaya meletakkan pemimpin boneka mereka di beberapa negara melalui strategi ini. Negara-negara yang disasarkan selalunya adalah negara di mana mereka mempunyai kepentingan sama ada berkaitan sumber alam seperti minyak, ataupun logistik dari segi ruang udara dan laut untuk kepentingan perdagangan mereka.

Selain itu, negara yang tidak mempunyai kelebihan sumber alam atau logistik juga tidak terkecuali dari ancaman Zionis kerana sememangnya Zionis mensasarkan supaya semua negara di dunia menjadi lemah agar terpaksa mengikut telunjuk mereka.

Ini bukanlah paranoia atau imaginasi yang terlalu tinggi tetapi fakta yang telah pun didedahkan oleh beberapa bekas agen CIA sendiri.

Justeru, dengan tulisan Hishamuddin Rais tersebut, nampak seolah-olah PKR bukan sahaja dipertanggungjawabkan oleh Zionis untuk memecahbelahkan masyarakat Malaysia tetapi juga masyarakat Islam di dunia dengan membangkitkan perasaan benci terhadap negara yang merupakan 'kiblat' umat Islam.

Apa yang penting, kita tidak boleh membiarkan agen-agen Zionis seperti PKR mengotorkan Tanah Suci dengan membangkitkan huru-hara di sana pula. Keamanan di Tanah Suci perlu dijaga dengan apa jua kos dan kita percaya, itulah yang dipegang oleh Kerajaan Arab Saudi bagi memungkinkan umat Islam menunaikan ibadah haji setiap tahun.

Satu soalan yang bermain di fikiran ialah, apa komen PAS? Apakah PAS juga ingin melihat Tanah Suci menjadi Dataran Tahrir yang diimpikan sekian lama?


23 Jul 2012

Hua Zong: Cina Dahulu, Malaysia Kemudian



Pheng Yin Huah, Presiden Hua Zong Association baru-baru ini membuat kenyataan mengenai konsep Sekolah Satu Aliran yang dikatakannya menyalahi Perlembagaan Negara sebagai menempelak kenyataan saudara Khairy Jamaluddin yang mempersoalkan sekolah vernakular. Kenyataan Yin Huah jelas menunjukkan sikap 'Cina dahulu, Malaysia kemudian'.

Nampaknya, Hua Zong, seperti juga Dong Zong adalah ektremis rasis tegar yang berpegang teguh kepada semangat keCinaan tanpa mengambil kira realiti dan akibat terhadap negara.

Apabila kita bercakap tentang sistem persekolahan, kita bukan hanya bercakap mengenai pendidikan tetapi juga perpaduan. Hanya mereka hipokrit sahaja yang enggan mengakui hakikat bahawa sistem persekolahan yang berasinganlah yang menyumbang kepada masalah perkauman hari ini.

Tindakan Pheng Yin Huah merujuk kepada Perlembagaan bagi menguatkan hujah hipokritnya amatlah mengecewakan.

Menurut perlembagaan Malaysia, 'tiada seorang pun yang harus dihalang dari menggunakan, atau mengajar atau belajar bahasa lain'. Ertinya, semua kaum bebas menggunakan dan belajar bahasa ibunda masing-masing.

Namun, bahasa kebangsaan iaitu Bahasa Malaysia adalah wajib bagi semua dan merupakan bahasa rasmi. Kata pepatah, bahasa menunjukkan bangsa, maka Bahasa Malaysia adalah untuk bangsa Malaysia iaitu selaras dengan konsep 1Malaysia.

Bahasa dan pendidikan yang sepadu adalah penting bagi membentuk perpaduan dalam negara. Kerana itu, kita melihat tiada kerajaan di dunia yang membenarkan sekolah berasingan untuk kaum-kaum yang berbeza, selain di Malaysia.

Dan ternyata, apa yang diamalkan Malaysia ini adalah tidak baik dan kewujudan Hua Zong serta Dong Zong, adalah buktinya.

Jika rakyat dididik di bawah satu bumbung, iaitu dalam satu aliran, pastinya puak ekstremis seperti Hua Zong, Dong Zong mahupun Perkasa tidak akan wujud. Tetapi, malangnya, akibat kedegilan puak-puak ekstremis Cina ini, maka Perkasa pun lahir bagi mengimbangi tuntutan atau pun kebiadapan mereka. Sekali gus mencetus pertembungan yang mampu mengancam kestabilan negara.

Jika masalah Hua Zong adalah risiko bahasa Mandarin terhapus, maka sekolah vernacular bukan satu-satunya penyelesaian kerana bahasa tersebut boleh dipelajari selepas waktu sekolah sepertimana anak-anak Melayu belajar agama.

Dari segi ekonomi juga, sekolah-sekolah berasingan tidak membawa apa-apa keuntungan, malah lebih banyak kerugian. Tidak perlu pergi jauh ke ladang untuk melihat bagaimana sekolah Tamil terpaksa diteruskan dengan kos utiliti dan infrastruktur yang tinggi semata-mata untuk menampung beberapa kerat murid dan guru. Di Subang Jaya sendiri, terdapat sebuah sekolah Tamil yang letaknya betul-betul di sebelah sekolah kebangsaan tetapi hanya mempunyai beberapa orang murid. Pastinya, kos utiliti, penyelenggaraan, infrastruktur, gaji guru, staff dan berbagai-bagai lagi untuk sekolah ini ditanggung oleh kerajaan. Sedangkan jika sekolah Tamil tersebut tidak wujud dan murid-murid Tamil belajar di sekolah kebangsaan, tentulah semua kos ini dapat dikurangkan.

Pendek kata, sekolah vernacular bukan sahaja merugikan dari segi sosial tetapi juga dari segi kewangan.

Namun, penulis rasa adalah satu yang sia-sia untuk menghuraikan segala statistic atau fakta bagi menjelaskan hujah bahawa sekolah satu aliran adalah yang terbaik untuk Malaysia seperti juga semua negara di dunia. Ini kerana penulis tahu bahawa Hua Zong, Dong Zong atau Dong Jiao Zong hanya akan memekakkan telinga. Sikap kiasu mereka tidak membenarkan mereka mengalah atau berundur walau setapak walaupun itulah yang terbaik untuk semua. Mereka telah diasuh dan dididik di sekolah-sekolah vernakular dengan sifat chauvinis yang hanya mementingkan kebaikan untuk kaum mereka serta mempersetankan kesan atau akibat kepada orang lain mahupun negara sendiri.

Oleh itu, kewujudan pertubuhan-pertubuhan ektremis Cina yang bertopengkan 'pendidikan' ini harus diberi perhatian serius oleh kerajaan jika benar-benar ingin merealisasikan slogan 1Malaysia. Tidak wajar mereka ditangani dengan diplomasi atau professional kerana jelas, mereka tidak terdidik dengan cara itu. Cara mereka adalah cara samseng, cara kongsi gelap yang memeras ugut dan menuntut segala-galanya sehingga mereka merasa puas, sepuas-puasnya.


AZMIN LAYAN WAN AZIZAH MACAM SAMPAH



Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik di Malaysia seorang presiden parti terpaksa merayu untuk mendapatkan kerusi untuk bertanding kecuali dalam PKR.

Begitulah yang terjadi kepada Presiden PKR, Wan Azizah Ismail apabila hasrat beliau untuk bertanding di peringkat negeri pada pilihan raya umum akan datang disambut dingin oleh pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Bukan sahaja dingin malah ada sesetengah pemimpin PKR seperti Timbalan Presiden menunjukkan sikap antagonis terhadap cadangan presidennya sendiri.

Sepatutnya seorang presiden parti politik mempunyai kuasa besar dalam perjalanan organisasinya.

Lihat daripada apa yang pernah berlaku di dalam kemelut parti-parti politik di negara ini, presiden mempunyai kuasa untuk memecat anggota parti, mengenakan tindakan disiplin, menentukan calon-calon yang sekepalanya dengannya dalam pemilihan parti dan sebagainya.

Bila datang musim pilihan raya, presiden juga punyai kuasai mutlak dan pemutus untuk menentukan siapakah yang bakal menduduki kerusi Yang Berhormat dan senarai calon-calon wajib melalui kelulusan dan tangannya.

Sebagai presiden beliau juga berotoriti untuk memilih mana-mana sahaja kawasan yang difikirkan selamat dan sesuai untuk bertanding samada di negeri atau parlimen.

Selagi tindakannya berlandaskan peraturan parti dan amalan proses demokrasi, tidak siapa boleh menentang kehendak atau kemahuannya kerana ia adalah presiden yang mempunyai kuasa yang luas.

Berlainan pula apa yang berlaku di dalam PKR, sebuah parti yang mendabik dada kononnya membawa 'politik baru' dan 'harapan baru bagi Malaysia' yang berlandaskan nilai-nilai perjuangan 'reformasi jalanan'.

Ini kerana kuasa dalam PKR terletak di tangan Anwar sebagai Ketua Umum, sat jawatan yang dilantik dan tidak boleh ditandingi.

Wan Azizah sebagai presiden hanya atas nama sahaja dan berperanan lebih kepada tunggul dan boneka yang tidak ada kuasa atau mampu membuat sebarang keputusan.

Pengorbanannya selama 14 tahun menerajui PKR seolah-olah tidak dihargai langsung malah peranannya juga dipandang sepi.

Beliau mengorbankan kerusi parlimen Permatang Pauh demi suami tetapi Anwar Ibrahim juga tidak memberi sokongan apabila si isteri meluahkan keinginan untuk bertanding semula.

Apatah lagi seteru politik Wan Azizah, Azmin Ali siang-siang lagi sudah mengenakan pelbagai syarat kepada presidennya sendiri jika ingin menjejak kaki di Selangor sebagai calon.

Malah ada ura-ura dan niat jahat Azmin untuk meletakkan Wan Azizah bertanding di DUN Sementa, sebuah kubu kuat Umno-BN.

Mungkin tujuan Azmin mahu menamatkan karier politik bos politiknya kerana tahu Wan Azizah akan diganyang dan dimalukan di Sementa.

AMK Pulau Pinang pula bersikap hangat-hangat tahi ayam menunjukkan simpati dengan nasib presiden dengan juga menawarkan kerusi.

Ini semuanya adalah permainan silap mata oleh Azmin dan kroni-kroninya.

Isu niat Wan Azizah mahu bertanding sebenarnya membongkar konflik amat serius dalam PKR antara dua puak yang bertelagah berebut kuasa.

Di satu pihak ialah puak presiden yang didokong oleh anaknya Nurul Izzah serta mendapat sokongan kuat Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, Setpol MB Faekah Husin, dan lain-lain pemimpin yang tidak sehaluan dengan Azmin seperti Dr Syed Husin, Tian Chua dan Sivarasa.

Puak Azmin pula menjadi golongan majoriti yang memegang kuasa dan jawatan di dalam PKR tetapi mendapat tentangan hebat di Selangor disebabkan halangan oleh Khalid dan Faekah.

Selangor satu-satunya negeri yang dikuasai oleh PKR serta diterajui oleh Azmin sebagai pengerusi negeri namun segala kontrak lumayan dan projek berjuta-juta ringgit dinikmati oleh kumpulan MB dan kroni-kroninya.

Faekah, seorang kroni rapat Wan Azizah dikatakan mendapat bermacam-macam habuan seperti projek-projek infrastruktur, tanah, pasir, stesen minyak, lesen-lesen, termasuk juga memonopoli penyediaan khidmat guaman kepada anak-anak syarikat di bawah MBI.

Azmin yang mengharapkan jawatan sebagai bos PKR di Selangor membolehkan beliau mengaut kekayaan terpaksa berputih mata dan menggigit jari melihat semuanya dibolot oleh kumpulan yang menyokong Wan Azizah.

Inilah punca Azmin melayan presidennya macam sampah apabila beliau mahu bertanding di Selangor.

Wan Azizah di mata Azmin hanyalah penghalang kepada cita-citanya untuk menguasai PKR dan oleh kerana itu harus dikorbankan walaupun yang hendak dimangsakan itu adalah isteri idolnya sendiri.

ends




20 Jul 2012

Dosa Khalid Ibrahim Terhadap Rakyat Selangor



Tatkala Selangor dibawah tampuk pemerintahan BN, setiap perancangan pembangunan dibuat dengan mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan panjang bersandarkan kajian data-data semasa dan sebelumnya.

Cadangan pembinaan cawangan UiTM bernilai RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah misalnya, merupakan salah satu pandangan jauh ke depan yang mengambil kira tuntutan semasa dan impak kebaikan pada kawasan sekitarnya.

Apabila pusat pendidikan tinggi itu siap dibangunkan, ia akan membawa bersamanya limpahan kemakmuran untuk penduduk sekitarnya dan mampu mengubah wajah tempat tersebut sebagai salah satu pusat tumpuan pendidikan serta membuka banyak ruang perkembangan aktiviti ekonomi.

Namun apabila Selangor diambil alih oleh DAP, PKR dan PAS, cadangan tersebut diganggu oleh Khalid hanya semata-mata YBK tidak memenuhi permintaannya untuk menjadi Pengerusi baru bagi yayasan tersebut.

Selanjutnya, Khalid mula menunjukkan langkah pemusuhan dengan YBK dengan sengaja memulangkan semula bayaran cukai tanah oleh yayasan tersebut yang jelas berniat bagi menghalalkan tindakan jahat kerajaan negeri merampas tanah milik YBK.

Disebabkan mahu mengelak kontroversi berpanjangan dengan kerajaan negeri pimpinan Khalid, maka cadangan pembinaan kampus UiTM di Serendah terpaksa dibatalkan dan dipindah ke Jasin, Melaka. Akhirnya siapa yang rugi?

Demikian juga yang berlaku dengan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sejak 2010 lagi kelancaran pembinaannya sengaja diganggu gugat oleh Khalid dan kerajaan negeri pimpinannya dengan berselindung disebalik alasan kenaikan tarif air.

Sedangkan projek yang dirancangkan oleh kerajaan sebelumnya itu bertujuan untuk menambah bekalan air bersih untuk kegunaan semasa dan akan datang yang manfaatnya bukan saja memberi kebaikan kepada rakyat malah menjamin kelangsungan ekonomi negeri.

Selepas dua tahun isu ini dipolemik dan diganggu gugat oleh kerajaan negeri yang diketuai Khalid Ibrahim, kesan negatifnya mula terasa bukan sahaja menyebabkan rakyat dirundum keresahan malah para pelabur mula menjauhi negeri ini.

Bayangkan apabila 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM tiba-tiba terpaksa membatalkan perancangan pelaburan mereka di negeri ini kerana tiada jaminan konkrit dari kerajaan negeri yang krisis air tidak akan berlaku.

Berikutan itu, sekurang-kurangnya 12,000 peluang pekerjaan hilang begitu sahaja. Bukankah ini satu dosa besar kerajaan negeri terhadap rakyat yang sepatutnya dapat dielakkan sekiranya Khalid dan pemimpin negeri yang lain dapat berfikir lebih jauh ke depan.

UiTM Serendah dan Langat 2 hanyalah secebis contoh klasik betapa ceteknya tahap pemikiran Khalid dalam mendepani tuntutan semasa sehingga kesan buruknya terpaksa pula diharungi oleh rakyat jelata.

Barangkali tidak keterlaluan kalau kita katakan untuk selama 5 dekad akan datang, rakyat Selangor akan mengenang Khalid Ibrahim sebagai satu-satunya MB yang banyak 'berdosa' dalam merosakkan masa depan negeri Selangor.
Dosa Khalid Ibrahim Terhadap Rakyat Selangor

Tatkala Selangor dibawah tampuk pemerintahan BN, setiap perancangan pembangunan dibuat dengan mengambil kira keperluan jangka masa pendek dan panjang bersandarkan kajian data-data semasa dan sebelumnya.

Cadangan pembinaan cawangan UiTM bernilai RM300 juta di atas tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) di Serendah misalnya, merupakan salah satu pandangan jauh ke depan yang mengambil kira tuntutan semasa dan impak kebaikan pada kawasan sekitarnya.

Apabila pusat pendidikan tinggi itu siap dibangunkan, ia akan membawa bersamanya limpahan kemakmuran untuk penduduk sekitarnya dan mampu mengubah wajah tempat tersebut sebagai salah satu pusat tumpuan pendidikan serta membuka banyak ruang perkembangan aktiviti ekonomi.

Namun apabila Selangor diambil alih oleh DAP, PKR dan PAS, cadangan tersebut diganggu oleh Khalid hanya semata-mata YBK tidak memenuhi permintaannya untuk menjadi Pengerusi baru bagi yayasan tersebut.

Selanjutnya, Khalid mula menunjukkan langkah pemusuhan dengan YBK dengan sengaja memulangkan semula bayaran cukai tanah oleh yayasan tersebut yang jelas berniat bagi menghalalkan tindakan jahat kerajaan negeri merampas tanah milik YBK.

Disebabkan mahu mengelak kontroversi berpanjangan dengan kerajaan negeri pimpinan Khalid, maka cadangan pembinaan kampus UiTM di Serendah terpaksa dibatalkan dan dipindah ke Jasin, Melaka. Akhirnya siapa yang rugi?

Demikian juga yang berlaku dengan projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2), sejak 2010 lagi kelancaran pembinaannya sengaja diganggu gugat oleh Khalid dan kerajaan negeri pimpinannya dengan berselindung disebalik alasan kenaikan tarif air.

Sedangkan projek yang dirancangkan oleh kerajaan sebelumnya itu  bertujuan untuk menambah bekalan air bersih untuk kegunaan semasa dan akan datang yang manfaatnya bukan saja memberi kebaikan kepada rakyat malah menjamin kelangsungan ekonomi negeri.

Selepas dua tahun isu ini dipolemik dan dig

19 Jul 2012

Krisis Air Bakal Jahanamkan Ekonomi Selangor



Tidak berapa lama dulu Kulim Hi-Tech Industrial Park (KHTP) di Kedah pernah di timpa dengan masalah bekalan air bersih yang pada peringkat awalnya menyebabkan banyak pelabur menanggung kerugian kerana terpaksa menghentikan operasi kilang mereka secara berkala.

Apabila masalah bekalan air bersih masih berterusan disebabkan sikap sambil lewa kerajaan PAS Kedah, akhirnya para pelabur mengambil keputusan drastik menutup operasi masing-masing menyebabkan beratus-ratus pekerja hilang mata pencarian.

Sedangkan sejak KHTP dibangunkan pada 1996, sekurang-kurangnya RM23 bilion nilai pelaburan asing berjaya dibawa masuk sekaligus membantu meningkatkan aktiviti ekonomi negeri dan rakyat.

Namun setelah pembangkang (PAS) mengambil alih kerajaan negeri, kawasan industri tersebut mula layu disebabkan ketidak mampuan kerajaan negeri mengurus tadbir dengan baik termasuklah gagal menyelenggara bekalan air untuk kegunaan kilang-kilang di kawasan tersebut.

Semacam sudah menjadi badi dikalangan pemimpin Pakatan Pembangkang apabila diberi peluang memerintah negeri, mereka akan menjadi seperti 'tikus membaiki labu', mengubah itu ini sesuka hati konon atas sebab untuk penjimatan atau tambah baik perkhidmatan, tapi akhirnya bukan kebaikan yang diperolehi sebaliknya banyak mengundang bala dan menjahanamkan.

Apa yang terjadi di KHTP tidak mustahil bakal berulang di Selangor kerana polisi dan dasar kerajaan negeri Selangor hampir sama dengan kerajaan Kedah - gemar mengubah perancangan asal pembangunan kemudian banyak beretorik bermain politik tanpa mengambil kira kesannya pada rakyat dan ekonomi.

Apabila MB Selangor, Khalid Ibrahim dari PKR secara rasmi dua tahun lalu menolak pelaksanaan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (langat 2) dengan alasan untuk penstrukturkan semula bekalan air bersih, kesan negatifnya kini sedikit demi sedikit mula terasa.

Para pelabur mula menjauhkan diri, yang mana sudah bersetuju sebelum ini untuk membina kilang operasi mereka, kini masing-masing mengambil keputusan samaada membatalkan atau menangguhkan dulu pelaburan kerana ragu dengan sistem bekalan air di negeri ini.

Angka terkini menunjukkan Selangor telah kehilangan sekurang-kurangnya 138 syarikat swasta dan pelabur asing dengan nilai pelaburan berbilion RM dan sepatutnya mampu menawarkan peluang pekerjaan kepada 12,000 orang.

Mudah untuk Khalid Ibrahim ataupun pemimpin pakatan pembangkang yang lain berkata projek Langat 2 atas alasan bekalan air mentah mencukupi sehingga tahun 2019.

Tapi, kilang mana yang sanggup menggunakan bekalan air mentah dari lombong atau sungai untuk menjalankan operasi kilang mereka?

Isu sekarang bukannya soal air mentah masih memenuhi empangan atau sungai, sebaliknya isu sekarang ialah bekalan air bersih yang telah dirawat untuk kegunaan rakyat dan kilang-kilang.

projek Langat 2 bukan sekadar tambahan satu loji baru yang akan meningkatkan kapasiti pengeluaran air bersih untuk disalurkan kepada pengguna di seluruh Lembah Klang, ia juga satu perancangan jangka masa panjang yang berkait rapat dengan kehidupan rakyat dan pembangunan ekonomi Selangor.

Tapi, perkara sebegini sukar difahami oleh pemimpin-pemimpin negeri yang lebih selesa beretorik mencipta polemik politik.

Mereka hanya nampak banyak air di empangan tapi gagal memahami isu asas yakni sebahagian besar loji rawatan air sudah beroperasi melampaui kemampuan sebenar. Mahu tidak mahu, loji rawatan air yang baru tetap diperlukan dan penyelesaian jangka masa panjangnya ialah Langat 2.

Namun disebabkan Khalid Ibrahim terasa terlebih cerdik, tanpa berfikir panjang ditolaknya pembangunan loji rawatan air yang baru di Sungai Langat. Dua tahun berdolak dalik gagal mencari penyelesaian, masuk angin keluar asap.

Kesannya nanti sekiranya krisis air mula meluas ke seluruh Lembah Klang, bukan sahaja ekonomi Selangor akan jahanam, silap-silap pelabur asing pun akan menjauhi Malaysia.

MB Arah Jual Saham FGVH: Bukti Kedah Tak Pandai Berniaga


Demi menjaga 'air muka' partinya, Dato' Seri Azizan Razak membuat kanyataan merelakan PKNK melepaskan 'tuah' dan membiarkan negeri kerugian.

Walaubagaimanapun, ini bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana selama ini juga PAS sentiasa mendahulukan politik daripada rakyat, mahupun agama.

Alasan Azizan bahawa pembelian saham tersebut adalah 'masalah teknikal' membuktikan cakap-cakap orang selama ini bahawa beliau sememangnya tidak tahu apa-apa. Kerana tidak mengambil tahu apa-apa termasuk apa yang berlaku di dalam organisasi di bawah kawalannya, negerinya malah partinya, membuatkan Azizan seringkali terhantuk baru tergadah.

Mungkinkah Azizan tidak tahu bahawa beliau merupakan Pengerusi PKNK? Bagaimana seorang Pengerusi merangkap Menteri Besar boleh terlepas pandang akan pelaburan berjumlah RM2 juta lebih yang dilakukan oleh organisasi utama kerajaan negeri yang bertanggungjawab untuk menjana pembangunan sosio ekonomi negeri?

Bagaimana satu keputusan yang baik ditafsir sebagai 'masalah teknikal'?

Sebenarnya, 'masalah' di sini bukan pembelian saham tersebut, tetapi Azizan itu sendiri.

Azizan sendiri keliru atau mungkin terpinga-pinga apabila disoal mengenai perkara ini. Ini dapat dilihat dalam jawapan beliau yang menyatakan bahawa keputusan PKNK itu tidak bercanggah dengan PR, sedangkan isu besar di sini ialah 'PR menentang keras penyenaraian Felda'. Justeru bagaimana beliau dapat menjelaskan 'tiada pertentangan' antara keputusan PKNK dengan PR?

Malah Azizan juga seolah-olah memberi jawapan tidak yakin dan tidak tegas bila menyatakan yang beliau "menyerahkan kepada PKNK untuk mempertimbangkan dan membuat keputusan selanjutnya termasuk untuk menjual saham tersebut." Nampaknya Azizan tidak dapat atau tidak tahu bagaimana untuk membuat keputusan dan mengembalikan persoalan tersebut ke bahu PKNK. Walhal, peneraju utama PKNK adalah beliau sendiri.

Tidak mungkin PKNK tidak pernah mengadakan mesyuarat dengan Pengerusinya dan tidak mungkin Pengerusi tidak diberitahu mengenai pembelian saham yang menjadi kontroversi. Sebagai Pengerusi, Azizan sewajarnya duduk bersama Ketua Eksekutif PKNK sama-sama meneliti dan menganalisis saham FGVH sebelum membuat keputusan.

Kita faham bahawa PKNK bukan satu-satunya organisasi yang dibawah tanggungjawab Azizan tetapi PKNK adalah organisasi paling utama, atau nadi bagi negeri Kedah. Justeru, tidak ada alasan bagi Azizan untuk terlepas pandang akan hal-hal yang melibatkan PKNK terutama yang membabitkan jumlah wang lebih RM2 juta. Kita sedia maklum bahawa kewangan negeri Kedah berada di tahap kronik dan jumlah RM2 juta adalah besar bagi negeri tersebut.

Apalah nasib negeri Kedah di bawah kepimpinan Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa. Sudahlah tiada satu pun projek yang mampu menjana pendapatan negeri yang dapat dilaksanakan dan kini untuk melabur atau berniaga juga mendapat halangan.

Sepatutnya, Azizan membuat keputusan yang terbaik untuk negeri dan rakyatnya, bukan partinya. Rakyat memilih beliau untuk menjaga kebajikan mereka dan juga mentadbir negeri, bukannya parti. Justeru, beliau wajar memikirkan semasak-masaknya kepentingan siapa yang perlu diutamakan. Dengan meletakkan kepentingan politik mendahului rakyat dan negeri, serta meletakkan tanggungjawab sendiri ke atas bahu orang lain, maka Azizan telah dengan sendirinya menunjukkan yang beliau tidak layak duduk di kerusi Pengerui PKNK mahupun kerusi Menteri Besar.


18 Jul 2012

PAS MALU BESAR PENEROKA TIDAK SOKONG HIMPUNAN OREN

PAS MALU BESAR PENEROKA TIDAK SOKONG HIMPUNAN OREN

Pemimpin PAS terkedu dan menerima tamparan hebat apabila warga Felda menolak untuk menyertai Himpunan Oren anjuran parti itu Sabtu lalu.

Selama hampir sebulan, media rasmi PAS, Harakah mewar-warkan penganjuran demonstrasi tersebut sebagai tindakan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan mensasarkan penyertaan lebih 20,000 golongan peneroka.

Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran kerana bukan sahaja tidak ada warga Felda yang menyertai Himpunan Oren tersebut, malah ahli PAS yang dikerah dari seluruh pelusuk negara pun tidak lebih daripada 2,000 orang.

Sebenarnya sekalung ucapan tahniah dan pujian harus diberikan kepada peneroka diseluruh negara kerana bijak membezakan antara kenyataan kemajuan jelas yang telah diusahakan di bawah kerajaan Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan dan janji palsu pihak PAS dan pembangkang.

PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa penyenaraian FGVH merupakan tawaran awam awal kedua terbesar didunia selepas pengapungan Facebook Inc.

Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penyenaraian FGVH adalah saru rahmat besar bagi 112,635 peneroka di seluruh negara.

Sejak diasaskan oleh ayahanda Perdana Menteri, Almarhum Tun Abdul Razak Hussien 56 tahun lalu, Felda telah berkembang pesat dan berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu di negara sendiri.

Daripada menjadi bangsa yang miskin dan tidak memiliki tanah dan aset, kini orang Melayu boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.

Tidak lagi Melayu dilihat oleh kaum Cina dan India sebagai kaum bangsat yang merempat di tanah air mereka sendiri.

Tindakan Perdana Menteri menyenaraikan FGVH adalah langkah bijak serta menjadi satu lagi tanda aras kejayaan atau 'milestone' dalam sejarah panjang Felda.

Setelah penat lelah serta membanting tulang empat kerat mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kini peneroka biberi peluang pula memiliki pegangan saham dalam salah sebuah syarikat perladangan terbesar di dunia.

Masa depan yang cerah bagi sektor perladangan dengan unjuran permintaan yang semakin meningkat bagi minyak sawit bermakna saham peneroka di dalam FGVH akan mempunyai nilai yang lebih tinggi.

Bagaimanapun semua kejayaan Felda yang dikecapi oleh golongan peneroka (termasuk juga ramai ahli PAS!) tidak bermakna bagi PAS kerana parti itu hanya melihat kepentingan politik sempat parti itu dan bukannya kepentingan bangsa Melayu.

PAS juga malu apabila Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri Kedah, yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat bertindak membeli 500,000 unit saham FGVH.

Malah Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata keputusan PKNK mungkin berdasarkan faktor keuntungan dan bukan pegangan politik.

Apabila dilihat memberi keuntungan, pemimpin PAS dengan segera boleh mengeluarkan fatwa menghalalkan sesuatu yang sebelumnya haram baginya!

Himpunan Oren yang gagal itu juga memperlihatkan sikap bermuka-muka parti rasis DAP yang menepuk dada sebagai pejuang bangsa Melayu.

Jika benar dakwaan PAS penyenaraian FGVH merugikan orang Melayu, mengapa satu batang hidung pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng tidak kelihatan pada himpunan tersebut?

PAS sanggup bersekongkol dengan parti anti-Melayu itu demi kepentingan politiknya tetapi dalam banyak hal DAP sebenarnya tidak menyokong PAS, termasuklah Himpunan Oren yang dianjurkan.

PAS menghasut warga peneroka Felda untuk menentang kerajaan kononnya atas kepentingan Melayu tetapi mereka lupa melihat diri dalam cermin sebelum menuding jari mencari kesalahan pihak lain.

Mungkin pemimpin PAS seperti Abdul Hadi, Nik Aziz dan Mat Sabu boleh jelaskan ke mana perginya dana RM50 juta hasil pelaburan 20,000 anggota parti di dalam Koperasi Al-Hilal milik parti itu?

Ke mana lesapnya wang ahli PAS yang sebegitu banyak?

Alasan yang diberi ialah kegagalan pelaburan atau ini hanyalah sandiwara pak lebai untuk menutup skandal pemimpin PAS yang menyonglap wang tersebut?

Bak kata pepatah, PAS ibarat ayam yang berkokok berderai-derai tapi ekor bergelumang dengan tahi; mengata orang itu dan ini, tidak betul, tidak Islamik tetapi diri sendiri penuh dengan kecacatan dan keburukan yang tidak mampu diselindungi lagi.


ends







Pemimpin PAS terkedu dan menerima tamparan hebat apabila warga Felda menolak untuk menyertai Himpunan Oren anjuran parti itu Sabtu lalu.

Selama hampir sebulan, media rasmi PAS, Harakah mewar-warkan penganjuran demonstrasi tersebut sebagai tindakan menentang penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dengan mensasarkan penyertaan lebih 20,000 golongan peneroka.

Akhirnya yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran kerana bukan sahaja tidak ada warga Felda yang menyertai Himpunan Oren tersebut, malah ahli PAS yang dikerah dari seluruh pelusuk negara pun tidak lebih daripada 2,000 orang.

Sebenarnya sekalung ucapan tahniah dan pujian harus diberikan kepada peneroka diseluruh negara kerana bijak membezakan antara kenyataan kemajuan jelas yang telah diusahakan di bawah kerajaan Barisan Nasional sejak ia ditubuhkan dan janji palsu pihak PAS dan pembangkang.

PAS tidak dapat menerima hakikat bahawa penyenaraian FGVH merupakan tawaran awam awal kedua terbesar didunia selepas pengapungan Facebook Inc.

Bak kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, penyenaraian FGVH adalah saru rahmat besar bagi 112,635 peneroka di seluruh negara.

Sejak diasaskan oleh ayahanda Perdana Menteri, Almarhum Tun Abdul Razak Hussien 56 tahun lalu, Felda telah berkembang pesat dan berjaya meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu di negara sendiri.

Daripada menjadi bangsa yang miskin dan tidak memiliki tanah dan aset, kini orang Melayu boleh berbangga dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa lain.

Tidak lagi Melayu dilihat oleh kaum Cina dan India sebagai kaum bangsat yang merempat di tanah air mereka sendiri.

Tindakan Perdana Menteri menyenaraikan FGVH adalah langkah bijak serta menjadi satu lagi tanda aras kejayaan atau 'milestone' dalam sejarah panjang Felda.

Setelah penat lelah serta membanting tulang empat kerat mengusahakan tanah mereka selama lebih 30 tahun, kini

17 Jul 2012

Saham FGVH: MB Kedah Memalukan PAS

Saham FGVH: MB Kedah Memalukan PAS

Maka benarlah bahawa Pakatan Rakyat itu tidak sepakat. Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri. PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim. Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama.

Tetapi, akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa, tidak terlibat dengan apa-apa perancangan, aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri, iaitu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah.

Sebelum ini, Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan 'menyinggung' perasaan DAP, serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan. Akibatnya, beliau diletakkan di bawah 'seliaan' Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak 'memandu' Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh PR.

Di kalangan rakyat pula, Ustaz Azizan dilihat sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa. Tiada satu projek pun yang dapat dijayakan di bawah pemerintahannya. Malah segala masalah dalam negeri seperti balak yang sudah sampai di tahap kronik, perobohan madrasah, krisis dalaman KUIN, dan pembaziran yang berleluasa di Kulim Hi-Tech Park diketepikan saja oleh Ustaz Azizan sebagai 'serangan tidak berasas UMNO' terhadapnya.

Masalah-masalah lain seperti isu air dan sampah pula ditepisnya sebagai berpunca dari kerajaan terdahulu. Pendek kata, mudah sungguh menjadi Menteri Besar di negeri Kedah di mana semua masalah akan diabaikan saja dengan kenyataan, "tiada masalah" atau "semua sudah selesai".

Kenapa terjadi begini ialah kerana Ustaz Azizan tidak mengambil pusing terhadap apa yang dilaporkan di media sama ada media pro-kerajaan mahupun pembangkang. Beliau juga buta IT selain angkuh dan enggan mendengar kata atau nasihat orang. Beliau 'menguruskan' negeri serta 'menyiasat' sebarang masalah dengan cara mendengar laporan dari orang-orang kelilingnya sahaja. Jika orang yang melapor itu menipu, maka penipuan itulah yang akan dipercayainya.

Justeru, tidak mustahil Ustaz Azizan sebenarnya tidak tahu menahu mengenai pendirian PAS yang menentang penyenaraian Felda selama ini. Malah, beliau juga mungkin tidak tahu menahu mengenai 'seruan rasmi' kerahan kepada ahli-ahli PAS agar meramaikan Himpunan Oren.

Oleh itu, apabila Ketua Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Datuk Abdul Rahman Ibrahim menyuarakan hasrat untuk melabur sejumlah RM2,275,000 atau 500,000 unit ke dalam saham Felda, Ustaz Azizan langsung mengiakannya kerana baginya ia pastilah sesuatu yang baik.

Apatah lagi apabila dijelaskan yang PKNK mampu mendapat keuntungan pantas sebanyak RM47,500 apabila menjual 50,000 unit pada harga RM5.50 seunit berbanding harga belian RM4.55 seunit.

Akibat dari sikap tidak ambil tahu Ustaz Azizan ini, PKNK telah membuat untung, tetapi PAS telah rugi dari segi modal politik. Ustaz Azizan telah secara 'tidak sengaja' memalukan PAS dan membuktikan kepada penyokong dan ahli PAS bahawa pendirian parti PAS adalah salah, sekali gus keputusan kerajaan untuk menyenaraikan Felda adalah bijak.

Beberapa pemimpin PAS telah pun menyuarakan rasa marah dan tidak puas hati dengan Ustaz Azizan. Tetapi kita percaya, selagi tiada media yang bertanyakan perkara tersebut kepadanya, Ustaz Azizan tidak akan tahu apa-apa. Dan apabila beliau tersedar kesilapannya, beliau hanya akan berlagak selamba sahaja.

Kini, yang pastinya PKNK telah pun berbuat keuntungan dari penyeneraian itu dan apapun alasan Ustaz Azizan kerana bertindak bertentangan dengan pendirian parti, tidak akan mengubah hakikat ini iaitu bahawa penyenaraian FGVH membawa banyak kebaikan dan keuntungan kepada banyak pihak, termasuk negeri yang ditadbir oleh PAS. Justeru, penentangan PAS terhadap penyenaraian FGVH adalah tidak berasas dan berupa cerminan sikap hasad dengki semata-mata.



Maka benarlah bahawa Pakatan Rakyat itu tidak sepakat.  Bukan sahaja tidak sepakat sesama parti sekutu tetapi juga di dalam parti sendiri.  PKR sudah lama diketahui mempunyai masalah dalaman antara kumpulan penyokong Azmin dengan penyokong Khalid Ibrahim.  Dan PAS pula antara Anwarinas dengan pro-Ulama. 

Tetapi, akhir-akhir ini semakin terserlah satu lagi kumpulan atau individu di dalam PAS yang tidak pro sesiapa, tidak terlibat dengan apa-apa perancangan, aspirasi atau strategi parti tetapi hanya mengikut kepala sendiri, iaitu Ustaz Azizan Razak, Menteri Besar Kedah. 

Sebelum ini, Ustaz Azizan telah mencipta masalah kepada PAS dan PR dalam isu-isu agama dengan 'menyinggung' perasaan DAP, serta isu pentadbiran negeri sehingga beberapa EXCO bertindak biadap dengan menolak kepimpinannya secara terang-terangan.   Akibatnya, beliau diletakkan di bawah 'seliaan' Jawatankuasa Pemandu untuk memastikan beliau tidak 'memandu' Kedah ke arah yang berlainan dari destinasi yang ditetapkan oleh PR. 

Di kalangan rakyat pula, Ustaz Azizan dilihat sebagai Menteri Besar yang tidak tahu apa-apa.   Tiada satu projek pun yang dapat dijayakan di bawah pemerintahannya.  Malah segala masalah dalam negeri seperti balak yang sudah sampai di tahap kronik, perobohan madrasah, krisis dalaman KUIN, dan pembaziran yang berleluasa di Kulim Hi-Tech Park diketepikan saja oleh Ustaz Azizan sebagai 'serangan tidak berasas UMNO' terhadapnya. 

Masalah-masalah lain seperti isu air dan sampah pula ditepisnya sebagai berpunca dari kerajaan terdahulu.  Pendek kata, mudah sungguh menjadi Menteri Besar di negeri Kedah di mana semua masalah akan diabaikan saja dengan kenyataan, "tiada masalah" atau "semua sudah selesai". 

Kenapa terjadi begini ialah kerana Ustaz Azizan tidak mengambil pusing terhadap apa yang dilaporkan di media sama ada media pro-kerajaan mahupun pembangkang.  Beliau juga buta IT selain angkuh dan enggan mendengar kata atau nasihat or

15 Jul 2012

Himpunan Oren: Usaha Pembangkang Untuk Mendapat Publisiti Murah

Pada Perhimpunan BERSIH 3.0 yang lepas, pihak pembangkang hanya berjaya mendapatkan sekitar 25,000 peserta iaitu jauh tersasar dari jumlah sasaran seramai 500,000 orang.   Mungkin kerana tidak puas hati, dan ingin 'test power' memandangkan Pilihanraya semakin hampir maka satu lagi percubaan untuk menggerakkan seramai mungkin penyokong mereka melalui demonstrasi, diadakan pada siang tadi.  Kali ini, dengan memakai nama Himpunan Oren pula yang bertujuan kononnya untuk 'menyelamatkan Felda'.  
Menurut mereka, para peserta adalah terdiri dari anak-anak Felda tetapi kita mendapat tahu bahawa ada pekeliling yang dikeluarkan oleh PAS untuk mengerahkan ahli-ahli mereka turun beramai-ramai menyertainya.   Perlu diingatkan bahawa tiada pula pekeliling yang sama dikeluarkan oleh DAP, bukan hanya kerana DAP tidak cukup bodoh untuk menyertai balaci mereka di dalam PAS untuk berbuat sesuatu yang sia-sia, tetapi juga kerana DAP tidak berminat dengan isu ini memandangkan Felda adalah isu orang Melayu.
Dari laporan laman-laman web pro-pembangkang, Himpunan Oren dikatakan mencapai sasaran iaitu disertai oleh 20,000 orang.  Namun, mengikut laporan rasmi akhbar-akhbar utama, ianya hanya berjaya mengumpul sekitar 2,000 – 3,000 orang. 
Jika dilihat dari gambar-gambar yang dipaparkan oleh kedua-dua belah pihak dan dibandingkan dengan gambar-gambar dari BERSIH 3.0 yang disertai oleh 25,000 orang, nampaknya jumlah peserta Himpunan Oren adalah tidak sampai separuh pun dari BERSIH 3.0. 
Dan penulis percaya, majoriti peserta-peserta adalah orang-orang yang sama yang menyertai demonstrasi BERSIH sebelum ini, dan juga demonstrasi Hijau, demonstrasi PTPTN dan entah apa-apa demonstrasi lagi yang didalangi pembangkang. 
Pendek kata, apapun demonstrasi yang diadakan oleh pembangkang, jumlah maksima peserta yang mampu dicapai ialah sekitar 20,000 sahaja.  Dan selalunya jauh tersasar.   Jika pembangkang boleh berbangga dengan angka ini, jelaslah mereka benar-benar berada dalam keadaan yang amat kronik. 
Apapun, sekali lagi kita mengucapkan tahniah kepada pembangkang kerana berjaya melakukan satu lagi kerja sia-sia dan kerana berjaya memperbodohkan orang-orang Melayu.  
Hakikatnya, FGV telah disenaraikan dengan jayanya pada 28 Jun lalu.  Ia mendapat perhatian meluas dari pelabur di seluruh dunia sekali gus menunjukkan keyakinan mereka.  Kita pasti, suatu hari nanti Felda akan berjaya menjadi sebuah konglomerat global.
Semua ini mampu dicapai tanpa se-inci pun tanah peneroka tergadai. 
Malah, peneroka telah pun mendapat manfaat darinya dalam bentuk 'durian runtuh RM15,000'  dan bakal mendapat lebih banyak lagi dari segi dividen, bonus dan berbagai-bagai lagi, terutamanya dalam jangka masa panjang dan tidak semestinya dalam bentuk wang tunai. 
Justeru, sikap pembangkang yang memperdaya segelintir anak-anak Felda untuk membantah sesuatu yang baik untuk mereka amatlah tidak bertanggungjawab.  
Sedangkan, pembangkang cukup maklum bahawa kerja mereka hari ini adalah sia-sia kerana penyenaraian telah pun dilakukan dan majoriti peneroka tidak ada masalah dengannya.  Memorandum yang mereka serah tidak ada nilai sama sekali.   Lebih dari itu, analisis yang dilakukan oleh pemerhati politik menunjukkan bahawa sokongan terhadap BN semakin meningkat di kalangan warga Felda. 
Kita tahu bahawa apa yang pembangkang ingin capai hari ini bukanlah untuk membatalkan penyenaraian atau apa-apa yang berkaitan dengannya kerana mereka tahu itu adalah mustahil. 
Tujuan pembangkang hanyalah untuk meraih publisiti, selain beberapa orang kroni mereka ingin membuat sedikit wang dengan membuka gerai menjual T.Shirt, air mineral dan beberapa barangan lain. 
Jelas sekali yang pembangkang sudah ketandusan isu dalam menuju pilihanraya.  Maka, kerana ketiadaan isu, mereka akan melakukan apa saja semata-mata untuk memastikan rakyat tidak lupakan mereka

13 Jul 2012

85% Peneroka Sokong BN

Tindakan pembangkang yang gemar menyerang BN dengan fitnah bolehlah diumpamakan seperti menembak dengan peluru kapur. Ini kerana, ia mungkin sakit tetapi tidak membawa kematian. Lama kelamaan, peluru pun habis dan sakit pun tidak dirasai lagi.

Begitulah yang terjadi di Felda. Setelah berhempas pulas memburukkan BN dengan berbagai fitnah kini apa yang berlaku ialah pembangkang pun sudah letih, peneroka pun sudah muak dan BN kekal teguh bergaya dari segi sokongan di Felda-Felda.

Lalu, dengan beberapa peluru mengenai kaki sendiri, pembangkang kini melompat-lompat tanpa tujuan.

Mana tidaknya kerana mengikut analisis, sokongan peneroka Felda terhadap BN selepas penyenaraian semakin meningkat iaitu sehingga 85% walaupun beberapa pihak meramalkan sebaliknya.

Walaupun tiada siapa yang dapat menafikan hakikat kejayaan peneroka hari ini adalah hasil dari keprihatinan BN terhadap rakyat miskin, tetapi ini tidak bermakna peneroka sentiasa memberi sokongan kepada BN. Dalam PRU 2004, misalnya, sokongan Felda terhadap BN hanya di tahap 54%. Sokongan ini meningkat pada PRU 2008 pada tahap 80%.

Peningkatan sokongan terhadap BN terus dilihat dalam Pilihanraya Kecil di DUN Tenang pada Januari 2011 di mana hanya 10% undi di kawasan Felda yang menyokong pembangkang. Ini bermakna 90% dari golongan peneroka di situ tetap bersama BN.

Tidak dinafikan bahawa masih ada di kalangan peneroka yang kurang faham mengenai penyenaraian. Sokongan mereka kepada kerajaan BN selama ini adalah bersandarkan keyakinan atas rekod kredibiliti dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka. Atas dasar itu, mereka menaruh kepercayaan yang kerajaan BN tidak akan sekali-kali menganiaya mereka sepertimana yang diwar-warkan oleh pembangkang.

Dan kini, segala keyakinan mereka terbukti benar apabila mula menerima durian runtuh sebagai 'bonus' ke atas jerit perih mereka selama ini. Selain itu, mereka juga bakal menerima dividen dan berbagai lagi keuntungan yang tidak mereka jangka. Semua ini adalah kerana pemilikan saham dari penyenaraian yang mana mereka tidak perlu pun mengeluarkan wang sendiri untuk membelinya.

Kesemua ini, dan ditambah dengan faktor kelemahan dan keburukan imej pembangkang sendiri menyebabkan peneroka memilih untuk berdiri teguh di belakang BN. Nampaknya, apa yang dilakukan oleh pembangkang iaitu menabur fitnah telah benar-benar memakan diri.

Kini, pembangkang terpaksa menjilat kembali ludah mereka di mana di kalangan penyokong mereka juga menerima durian runtuh dan segala bantuan dan kemudahan lain yang diberikan oleh kerajaan. Walaupun segala bantuan kerajaan tersebut dihukum sebagai haram dan rasuah namun ia tidak berjaya menghentikan penyokong mereka dari merebutnya.

Tidak cukup difitnah kerajaan, pembangkang yang semakin hilang akal mula menuduh peneroka sebagai perompak pula. Kononnya, segala wang yang diterima dari kerajaan itu adalah wang rakyat dan menerimanya menjadikan peneroka sebagai perompak wang rakyat.

Sedangkan, wang tersebut adalah hasil dari kerja kuat para peneroka dan kecekapan pengurusan Felda menjana wang mereka. Tidak timbul isu wang rakyat atau pun wang kerajaan dalam pemberian bantuan, bonus atau apa saja untuk warga Felda.

Nampak benar yang pembangkang sudah benar-benar terdesak untuk meraih undi warga Felda. Dan keterdesakan itu jugalah yang menyebabkan warga Felda semakin mencurigai, takut dan akhirnya lari dari mereka.

85% Peneroka Sokong BN

Tindakan pembangkang yang gemar menyerang BN dengan fitnah bolehlah diumpamakan seperti menembak dengan peluru kapur.  Ini kerana, ia mungkin sakit tetapi tidak membawa kematian.  Lama kelamaan, peluru pun habis dan sakit pun tidak dirasai lagi. 

Begitulah yang terjadi di Felda.  Setelah berhempas pulas memburukkan BN dengan berbagai fitnah kini apa yang berlaku ialah pembangkang pun sudah letih, peneroka pun sudah muak dan BN kekal teguh bergaya dari segi sokongan di Felda-Felda.

Lalu, dengan beberapa peluru mengenai kaki sendiri, pembangkang kini melompat-lompat tanpa tujuan.

Mana tidaknya kerana mengikut analisis, sokongan peneroka Felda terhadap BN selepas penyenaraian semakin meningkat iaitu sehingga 85% walaupun beberapa pihak meramalkan sebaliknya. 

Walaupun tiada siapa yang dapat menafikan hakikat kejayaan peneroka hari ini adalah hasil dari keprihatinan BN terhadap rakyat miskin, tetapi ini tidak bermakna peneroka sentiasa memberi sokongan kepada BN.   Dalam PRU 2004, misalnya, sokongan Felda terhadap BN hanya di tahap 54%.  Sokongan ini meningkat pada PRU 2008 pada tahap 80%.   

Peningkatan sokongan terhadap BN terus dilihat dalam Pilihanraya Kecil di DUN Tenang pada Januari 2011 di mana hanya 10% undi di kawasan Felda yang menyokong pembangkang.  Ini bermakna 90% dari golongan peneroka di situ tetap bersama BN.

Tidak dinafikan bahawa masih ada di kalangan peneroka yang kurang faham mengenai penyenaraian.  Sokongan mereka kepada kerajaan BN selama ini adalah bersandarkan keyakinan atas rekod kredibiliti dan keikhlasan kerajaan untuk membantu mereka.  Atas dasar itu, mereka menaruh kepercayaan yang kerajaan BN tidak akan sekali-kali menganiaya mereka sepertimana yang diwar-warkan oleh pembangkang. 

Dan kini, segala keyakinan mereka terbukti benar apabila mula menerima durian runtuh sebagai 'bonus' ke atas jerit perih mereka selama ini.  Selain itu, mereka juga bakal menerima dividen dan berbagai lagi keun

10 Jul 2012

Kenapa Betty Chew Perlu Meroyan?

By:  Susan Lim


Skandal seks, hubungan sulit, kecurangan ahli-ahli politik telah lama digunakan sebagai senjata untuk menjatuhkan mereka, iaitu sejak politik diperkenalkan.  Dalam dunia hari ini, terutamanya, tiada rahsia gelap dapat disembunyikan bila laman sosial dan blog menjadi satu cara hidup.  Jadi, hakikat yang perit untuk diterima oleh para ahli politik ialah satu-satunya cara untuk mengelakkan 'kecederaan' atau 'kematian' oleh senjata ini ialah dengan tetap setia pada yang satu. 

Kata orang, pena lebih tajam dari mata pedang, dan kata penulis pula, maklumat lebih berkuasa dari wang.  Apabila sesuatu maklumat sebegini sampai kepada pihak musuh, kehidupan anda pun musnah. 

Kecuali jika anda adalah seorang Anugerah Tuhan untuk manusia sejagat seperti Anwar Ibrahim di mana beliau boleh meliwat dan merogol sesiapa dan di mana saja tetapi masih tetap ada penyokong, maka anda tidak akan mampu meneruskan hidup seperti biasa apabila skandal seperti itu terdedah. 

Justeru, pastinya, Khalifah lantikan PAS, iaitu Lim Guan Eng gagal untuk meyakinkan sesiapa walaupun penyokongnya bahawa beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Ng Phaik Kheng, bekas pegawai khasnya yang kini telah ditukarkan ke bahagian lain setelah menerima tekanan dari isterinya, Betty Chew.   Ketiga-tiga mereka nampaknya sukar sekali untuk menafikan dakwaan tersebut malah Guan Eng menyalahkan musuhnya, Betty Chew pula bertindak keluar Dewan manakala Phaik Kheng memberitahu media agar bertanya Betty apabila ditanya mengenai perkara ini.

Jelas, Betty Chew benar-benar terjejas dengan skandal ini dan penulis bukannya menokok tambah dengan berkata beliau menjadi meroyan.  Dengan keluar dari dewan, menjerit dan mengangkat sepanduk bertulis 'tak malu' terhadap Datuk Gan Tian Loo hanya kerana bertanyakan soalan mengenai skandal suaminya, kita tidak punya masalah untuk membayangkan Betty Chew yang menyebabkan kecederaan di dahi Guan Eng.  Dan kita juga tidak punya masalah memahami kenapa Guan Eng mengadakan hubungan sulit. 

Betty Chew tentunya terlupa sejenak bahawa beliau seorang ahli politik yang sepatutnya menjaga tingkah laku dan tidak hilang kawalan atas apa jua alasan.  Kecualilah jika rakyat di kawasannya yang terjejas maka beliau tidak wajar untuk mengamuk kerana isu peribadi.  Jika ia isu peribadi maka beliau boleh menjawab Datuk Gan dengan baik dengan jawapan ya atau tidak.  Sama ada jawapannya dipercayai atau tidak, bukanlah soalnya. 

Satu-satunya sebab kenapa Betty Chew meroyan adalah kerana tuduhan tersebut benar belaka.  Jika tidak, beliau tentu hanya akan mengetawakannya dan menafikan saja.

Kita faham bahawa Betty Chew marah, bukan terhadap Datuk Gan atau pihak media ataupun BN tetapi terhadap suaminya dan Phaik Kheng kerana melukakan hatinya dan memalukannya.  Oleh kerana beliau tidak dapat 'menyentuh' Phaik Kheng tanpa mengambil risiko terdedah kepada internet lagi, beliau tidak punya saluran lain untuk melepaskan kemarahannya, melainkan kepada musuh politiknya.

Oleh itu, jika ada sesiapa yang layak menerima perkataan 'tak malu', ia adalah Betty sendiri kerana tidak bersikap sebagai wanita sejati, sebagai seorang isteri Ketua Menteri dan sebagai seorang ahli politik. 

Jika hati Betty boleh disejukkan, salah satu caranya ialah mungkin dengan meminta beliau membayangkan apakah yang dilalui oleh Wan Azizah setiap hari sepanjang perkahwinannya dengan Anwar Ibrahim.

Debat LGE-CSL: DAP Bayar Cukai Paling Tinggi, PAS dan PKR Layak Jadi Barua Saja

Jika debat antara Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dinilai dari segi tajuk yang diberikan iaitu "Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat" maka tiada siapa yang dapat menafikan bahawa Datuk Seri Dr. Chua telah menang dengan bergayanya. 

Kecuali, jika debat tersebut bertajuk "Dasar Siapa Yang Lebih Bermanfaat Kepada Masyarakat Cina", maka Lim Guan Eng mungkin boleh dianggap menang.  Namun, kemenangan itu tidak mungkin dapat diterjemah secara realiti kerana jika satu kaum sahaja yang merasa berpuas hati secara total, maka ia pasti bermakna kaum lain telah tertindas atau terpinggir dan ini pasti akan membawa kepada ketidakstabilan di mana akhirnya kaum yang berpuas hati itu juga akan menanggung akibatnya. 

Seperti juga tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa MCA telah menang dari segi hujah dan kewibawaan, kita tidak dapat menyangkal bahawa LGE atau DAP adalah chauvinis dan rasis tegar setelah menonton debat ini. 

LGE tidak habis-habis membangkitkan soal kononnya MCA mengikut telunjuk UMNO.  Jelas dilihat, masalah LGE di sini bukan kerana UMNO, tetapi kerana UMNO itu Melayu.  Jika UMNO itu sebuah parti Cina juga, tentu LGE tidak punya masalah. 

Secara tidak langsung, LGE cuba menunjukkan yang DAP bukan berada di bawah Melayu, tetapi DAP adalah parti dominan yang mampu menundukkan PKR dan PAS. 

Tidak seperti kerjasama UMNO, MCA dan MIC di mana semangat setiakawan dan saling menghormati dijunjung sebagai kunci keamanan dan kemakmuran negara tetapi di dalam Pakatan Rakyat dan di mata LGE, DAP wajib berada lebih tinggi dari PAS dan PKR kerana kaum Cina tidak harus duduk sama rendah dengan kaum lain. 

Sifat angkuh dan chauvinis ini terserlah dan terbukti apabila LGE berkata, "Jangan lupa bahawa komuniti Cina membayar lebih banyak cukai di Malaysia."

Sudah jelas bahawa DAP merasakan yang kaum Cina harus memerintah Malaysia hanya kerana mereka menjadi pembayar cukai terbanyak.  Tanpa LGE sedari, kata-kata ini juga membuktikan bahawa kaum Cina cukup kaya, amat mewah dan begitu berjaya di Malaysia di bawah kepimpinan Barisan Nasional. 

Pendek kata, LGE telah dengan tidak langsung mengakui kejayaan BN atau MCA dalam menjaga kebajikan dan memperjuangkan nasib kaum Cina walaupun tanpa meletakkan kaum mereka sebagai Perdana Menteri. 

Justeru, apa lagi yang diperjuangkan DAP, jika MCA telah berjaya menjadikan kaum cina pembayar cukai terbanyak di Malaysia?  Melainkan ingin memastikan kaum Cina yang menjadi Perdana Menteri, itu saja.  Iaitu satu cita-cita rasis dan rasis semata-mata. 

Dalam soal menjaga hati kaum-kaum lain dan berpegang kepada semangat kerjasama dengan UMNO, MCA tidak perlu mengambil sikap defensif kerana ternyata apa yang MCA lakukan selama ini adalah baik dan tepat sehingga berjaya meletakkan kaum Cina sebagai kuasa ekonomi di mana LGE juga terpaksa mengakuinya.

Bagaimana kaum lain boleh merasa selamat di bawah parti yang begitu rasis yang pasti tidak akan memberi peluang untuk kaum lain bersaing bersama mereka sepertimana UMNO bersedia memberi peluang kepada kaum bukan Melayu untuk meraih kekayaan dan kejayaan di negara ini?

Apa yang pasti, pemimpin rasis dengan parti yang bersifat chauvinis tidak mungkin dapat mentadbir Malaysia dengan baik.   Dengan semua hujah yang berkisar mengenai kepentingan kaum Cina semata-mata, LGE dengan sendirinya membuktikan bahawa DAP adalah parti Cina dan bukan untuk semua kaum. 

Slogan 'parti untuk semua kaum' yang dilaungkan hanyalah merangkumi beberapa individu dari kaum Melayu dan India yang boleh dibonekakan dan diperhambakan oleh mereka. 

Persoalannya, di manakah pendirian PAS dan PKR dalam perkara ini?   Apakah mereka selesa menjadi boneka dan hamba?   Bagaimanakah nasib kaum Melayu dan India jika Pakatan Rakyat memerintah dengan DAP menjadi kepala kuasa, PKR sebagai boneka dan PAS sebagai hamba? 

Persoalan yang boleh disimpulkan dari hujah LGE ialah:  Apakah dengan memuaskan hati kaum Cina secara total, maka Malaysia akan menjadi lebih baik?

Tiga Nilai Buruk Pembangkang

Gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada rakyat baru-baru ini supaya menolak pembangkang pada pilihan raya umum yang semakin hampir adalah tepat pada waktunya.

Demi masa depan pengundi, anak-anak mereka dan generasi akan datang, rakyat perlu mengguburkan pembangkang di peti undi atas tiga faktor penting ang berkait dengan nilai buruk yang akan merosakkan negara .

Faktor pertama, kata Perdana Menteri, pembangkang tidak menepati janji yang mereka buat semasa berkempen setiap kali datangnya pilihan raya.

Kelantan sudah lebih 20 tahun diperintah oleh PAS yang mendabik dada kononnya parti itulah pejuang Islam paling hebat di negara ini.

Namun pemerintahan dua dekad telah membuka mata rakyat mengenai kegagalan serius PAS menjaga kebajikan rakyat yang menjadi asas kepada pentadbiran berlandaskan Islam.

Sehingga kini PAS gagal menyelesaikan Kelantan masih gagal menyelesaikan masalah kemiskinan rakyatnya menyebabkan negeri itu ketinggalan berbanding negeri-negeri.

Rakyat Kelantan juga masih ternanti-nanti bilakah PAS akan menunaikan janjinya yang dibuat lebih 20 lalu untuk menyediakan bekalan air minum yang bersih.

Kalau 20 tahun masih tidak mampu untuk menyelesaikan perkara asas kebajikan rakyat, apa lagi yang boleh diharapkan dari parti yang menjadikan ceramah politik sebagai aktiviti utamanya.

Begitu juga PKR yang hebat menabur janji semasa PRU-12 di Selangor sehingga berjaya memperdayakan rakyat.

Pembangkang memberi 20 meter padu aip percuma kepada rakyat tetapi secara senyap-senyap tindakan itu telah menambah beban hutang kerajaan negeri kepada lebih RM200 juta.

Setiap kali kerajaan negeri kekurangan dana, aset dan harta negeri akan dijual.

Janji yang mereka buat masih tinggal janji; janji mengurangkan cukai pintu sebanyak 20 peratus dan cukai premis sebanyak 10 peratus masih tidak tertunai.

PKR berbohong apabila berjanji untuk membuka tabung permulaan RM bagi setiap anak kelahiran Selangor.

Begitu juga bantuan RM75 bagi setiap anak yang dihantar ke nurseri tinggal janji manis di mulut sahaja.

Janji kosong PKR juga termasuk bantuan RM50 sebulan bagi pendidikan pra-sekolah serta elaun kepada golongan ibu tunggal di Selangor.

PKR juga menipu rakyat dengan menjanjikan caruman takaful berjumlah RM2,500 kepada golongan warga emas, ibu tunggal dan orang kurang upaya (OKU).

Kononnya PKR mahu membawa 'Harapan Baru' kepada Selangor tetapi sehingga kini tidak satu pun janji-janji tersebut berjaya ditunaikan.

Nilai buruk kedua, menurut Perdana Menteri ialah pembangkang mengajar supaya budi baik yang dilakukan tidak perlu dikenang atau dihargai.

Sememang itulah sikap dan perangai pembangkang sejak dahulu lagi; tidak pernah mahu melihat kebaikan pihak kerajaan kerana hati mereka penuh dengan dendam kesumat dan nafsu untuk mendapatkan kuasa.

Mereka sengaja memekakkan telinga, membutakan mata dan membisukan mulut untuk memberitahu kepada rakyat kemajuan sebenar yang telah di bawa oleh BN tetapi memilih jalan untuk meneruskan budaya fitnah, maki hamun dan mencaci pemimpin negara.

Malah pembangkang tidak mempunyai sifat patriotik apabila sering kali mereka memburuk-buruk imej negara di dunia luar.

Lebih dahsyat, kata Perdana Menteri lagi, Ketua Pembangkang menghasut rakyat supaya jika berhutang, ianya tidak perlu bayar balik.

Anwar menghasut supaya golongan pelajar institusi pengajian tinggi tidak membayar balik pinjaman PTPTN kerana Pakatan Rakyat berjanji mahu menghapuskannya jika berkuasa di Putrajaya.

Jika di Selangor, Anwar berbohong, tidak syak lagi pemansuhan PTPTN adalah satu lagi auta besar beliau.






Sah Saiful Bukhari DiLiwat

Dalam kes liwat 1 yang melibatkan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kenyataan penghakiman yang dikeluarkan adalah seperti berikut:  "Kami menemui bukti yang mengesahkan bahawa tertuduh benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya yang kejadian di Tivoli Villa benar-benar berlaku…."

Dalam kes liwat 2 pula, kenyataan penghakiman telah menerima keterangan berlakunya penetrasi dubur Mohd Saiful Bukhari dan menemui sperma 'lelaki Y', namun disebabkan tiada bukti sokongan ia tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.

Sekadar mengingatkan pembaca, 'DNA lelaki Y' telah disahkan sepadan dengan DNA Anwar yang didapati dari bahan-bahan yang digunanya dan kemudian dibuang, di lokap polis. 

Anwar dan penyokong-penyokong boleh meraikan 'kejayaan' mereka dalam kes ini.  Tetapi hakikat bahawa Saiful Bukhari telah diliwat pada waktu di mana beliau dan Anwar berada di dalam bilik yang sama dan berdua-duaan, mengikut bukti rakaman CCTV dan keterangan saksi, tidak boleh disangkal sama sekali. 

Lagipun, jika Anwar baru pertama kali ditangkap, mungkin alasan 'keraguan' boleh diterima sebagai beliau tidak bersalah. 

Tetapi ini adalah kali kedua, di mana pada kali pertama ketiga-tiga hakim bersetuju bahawa beliau benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual atau meliwat, maka menolak bahawa Anwar bersalah atas alasan 'terdapat keraguan' sudah tidak boleh diterima lagi. 

Itu belum lagi dikira dengan hujah peguam Anwar yang menekankan soal 'liwat suka sama suka' dan bukannya 'Anwar bukan peliwat'.  

Pendek kata, selain dari sampel yang dikatakan dibuka oleh pegawai penyiasat dan diragui oleh hakim, segala bukti dan saksi termasuk hujah-hujah peguam Anwar sendiri, teks pembelaan diri yang dibaca Anwar, sikap Anwar, orang-orang kelilingnya, sejarah dan perkembangan semasa dirinya dan semua dan segala-galanya menjurus kepada satu fakta iaitu, Anwar seorang peliwat. 

Bagaimanapun, oleh kerana Anwar telah bebas, walau atas apa jua alasan, maka beliau berhak meraikannya.  

Dan inilah yang dihairankan iaitu entah kenapa kita melihat seolah-olah orang-orang kuat Anwar sendiri tidak begitu gembira malah agak marah dengan keputusan ini.  Majlis keraian yang kita jangkakan pastinya amat meriah, tidak berlaku. 

Sebaliknya, Azmin, misalnya, kelihatan agak marah selepas keputusan diumumkan.  Mungkin beliau marah kerana gagal membuktikan mahkamah tidak adil.  Wan Azizah pula kelihatan memberi senyum yang dibuat-buat ketika memeluk Anwar, sebagai syarat. 

Atau mungkin keluarga dan sahabat-sahabat Anwar ini marahkan hakim kerana menggagalkan rancangan mereka untuk merusuh besar-besaran,  Dan tidak mustahil juga mereka marahkan diri sendiri kerana gagal menyingkir Anwar. 

Sedarkah kita bahawa, jika dulu penyokong-penyokong Anwar di Malaysia terdiri dari mereka-mereka yang benar-benar percaya beliau tidak bersalah, tetapi kini, penyokong-penyokong Anwar terbahagi kepada dua golongan: 

Satu, golongan yang benar-benar benak dan taksub mempercayai Anwar tidak bersalah dan suci bersih.  

Dan dua, golongan LGBT dan penganut fahaman plural yang cukup maklum akan selera dan perjuangan Anwar untuk meletakkan hak mereka di negara ini. 

Seimbas pandangan, kelihatannya golongan kedua adalah lebih ramai di dalam kumpulan penyokong Anwar hari ini, berbanding golongan pertama.   Kerana itu, ceramah-ceramah Anwar tidak mendapat sambutan seperti dahulu.  Jika mendapat sambutan pun, ia adalah kerana ramainya penyokong-penyokong PAS yang buta tuli dan sanggup datang memberi sokongan kepada Anwar demi PAS dan Islam, kononnya. 

Dalam kesesatan mereka, mereka boleh bertakbir semahunya ke atas Anwar dan boleh bersolat hajat sebanyak mungkin.  Namun, hakikat bahawa penetrasi berlaku dan Saiful telah diliwat oleh Anwar tidak boleh disangkal. 

Anwar dihantui oleh hakikat ini sehinggakan matanya semakin cengkung akibat tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana Anwar tahu mahkamah dunia mungkin boleh dikelirukan, tetapi mahkamah akhirat tetap menunggunya. 

Mungkin kerana itu, Anwar sudah mula bercakap soal persaraan dan kita pasti ini akan melegakan orang-orang sekelilingnya yang sudah letih menangani karenahnya yang gila seks dan gila kuasa. 

Lebih lama Anwar berpolitik, lebih banyak skandal bakal terdedah atau bakal diciptanya di kemudian hari…

ANWAR MINTA SOKONGAN MEDIA BARAT UNTUK JADI PM

Dalam temuramah dengan akhbar Financial Times, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13 mungkin menjadi peluang terakhirnya baginya merampas Putrajaya dan seterusnya meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri.

Anwar berkata faktor usianya yang kini 65 tahun menjadi faktor utama beliau berkata demikian.

Bagi yang mengenali Anwar sebagai individu yang mempunyai pelbagai watak, kenyataan beliau kepada akhbar

berpengaruh di Washington itu hanyalah bersifat politik.

Tujuannya adalah untuk meraih simpati politik dan diharap-harap rakyat akan memberi sokongan serta undi kepada pada PRU-13 nanti.

Watak Anwar berubah-ubah mengikut selera dan kumpulan sasarannya.

Kalau berdepan dengan Financial Times yang berpusat di Amerika Syarikat, ia akan cuba menyampaikan mesej agar kawan-kawannya di koridor kuasa White House memahami keadaan getir yang dihadapi dan membantu merealisasi impiannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Apabila bertemu dengan media Barat atau berceramah di hadapan pelajar asing di London, Anwar akan berselindung di sebalik satu lagi topeng yang menyokong pluralisme agama, liberalisme malah tidak teragak-agak memberi galakan kepada perjuangan golongan homoseksual (LBGT).

Ketika berusaha untuk mendapatkan simpati penyokong-penyokongnya di kalangan tokoh berpengaruh Yahudi di Amerika Syarikat dan Eropah, Anwar akan bertukar menjadi individu paling simpatik kepada masa depan Israel.

Beliau dengan mudah menyatakan kepada akhbar Wall Street Journal bahawa keselamatan kewujudan negara Zionis-Israel adalah menjadi keutamaannya.

Apabila berada di kalangan masyarakat Melayu Felda atau di kampung dan desa, Anwar memakai baju patriotik pula dengan menampilkan bahawa dialah pemimpin paling bersih, tidak makan rasuah serta telah dizalimi dengan pelbagai konspirasi.

Malah Anwar tidak segan-segan bersumpah dengan nama ALLAH bahawa beliau tidak ambil duit rasuah satu sen pun, atau satu saham waimah satu inci tanah pun ketika menjadi Menteri Kewangan dahulu.

Kini apabila isu dakwaan menyimpan RM3 bilion dalam 20 akaun besar, Anwar terus membisu dan tidak cuba menafi sekeras-kerasnya sebagaimana ia melawan dakwaan liwat terhadapnya.

Ketika bertemu dengan rakyat di Sabah dan Sarawak, Anwar akan menukar nadanya pula dengan mengatakan kedua-dua negeri tersebut telah dizalimi oleh kerajaan Barisan Nasional seolah-seolah tidak ada langsung pembangunan yang dilaksanakan sejak penubuhan Malaysia pada 1963.

Anwar mengapi-apikan perasaan masyarakat Iban, Kadazan dan suku kaum yang lain supaya membenci kerajaan dengan bermacam-macam tuduhan dan fitnah.

Untuk mendapat sokongan golongan pelajar institusi tinggi pula, beliau membuat janji palsu dan tidak masuk akal untuk memansuhkan pinjaman PTPTN.

Membuat janji manis adalah kepakaran Anwar dan pakatan pembangkang PAS dan DAP yang dipimpinnya tetapi melaksanakan janji-janji tersebuit bukan dalam agenda mereka.

Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, Anwar gagal menampakkan sebarang impak untuk membangun ekonomi dan meningkatkan taraf sosio-ekonomi negeri Selangor.

Di atas kegagalannya itu, Anwar kini sedar beliau terpaksa merayu undi daripada rakyat dengan nada belas kasihan kerana jika terlepas peluang menjadi Perdana Menteri pada pilihan raya umum nanti, maka tamatlah riwayat politiknya.

Anwar juga sedar Pakatan Rakyat semakin lemah walaupun suara mereka nampak lantang menghentam kerajaan siang dan malam.

Politik PKR semakin bergolak dengan kemelut perebutan kuasa antara Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali dengan Menteri Besar, Khalid Ibrahim.

Terbaru timbul pula dakwaan kerajaan negeri menyalahguna dana RM300 Selangorku untuk tujuan politik dan isu hutang Talam Corporation juga amat memeningkan kepala Khalid kerana dikatakan beliau menggunakan RM1 bilion dana awam untuk membeli bebanan hutang syarikat itu.

Kedah yang dikuasai oleh PAS juga sedang dilanda ombak kerana Menteri Besar, Azizan Abdul Razak tidak sebulu dengan beberapa anggota exconya.

Di Pulau Pinang, satu skandal seks antara Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan bekas staf di pejabatnya sedang menggelegak dan bakal melimpah keluar bila-bila masa sahaja.

PRU 13: DAP Bertanding 89 Kerusi - Sekaligus PM?

Berdasarkan satu laporan yang diterima, menunjukkan PKR hanya akan bertanding di 66 kerusi parlimen dalam PRU 13 nanti, jauh berkurangan berbanding sebelumnya.

Penyusutan 31 kerusi jika dibandingkan dengan 97 kerusi parlimen yang ditandingi PKR semasa PRU 12 2008 yang lalu.

Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi PKR ini juga berkaitrapat dengan tekanan dari DAP yang melihat dirinya lebih berpotensi memberi cabaran sengit terhadap BN.

Dengan ketetapan jumlah kerusi untuk PAS tandingi pula hanyalah 67 kawasan parlimen bermakna baki sejumlah 89 kawasan lagi bakal menyaksikan calon DAP yang berentap menentang BN.

Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian kawasan parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang sebelum ini ditandingi PKR juga bakal ditandingi oleh calon DAP.

Laporan itu juga menyebut PKR turut menghadapi masalah untuk mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Banyak kawasan parlimen yang bakal ditandingi PKR masih kosong tak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai calon payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili PKR.

Ini juga bermakna propaganda Anwar Ibrahim selama ini untuk merampas Putrajaya tidak lebih sekadar seekor ayam yang riuh sekampung tapi telurnya sebiji.

Untuk rekod, dalam PRU 12 tahun 2008, daripada 47 kerusi yang ditandingi DAP 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa. Kerusi milik DAP bertambah satu melalui kemenangan di parlimen Sibu.

PKR pula hanya menang di 31 kerusi sekalipun berbanding 97 kawasan yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan dan hanya menang di 23 kerusi.

Dalam tempoh kurang dua tahun, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk satu kerusi lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil.

Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada DAP, seakan satu kewajaran untuk DAP menguasai pembahagian kawasan parlimen yang ditandingi pakatan pembangkang.

Dengan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari PKR dan PAS, tidak syak lagi DAP akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan pembangkang.

Dan sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar dimuktamadkan, maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal menjadi kenyataan.

Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang Melayu Islam yang berada dalam PKR dan PAS?

SUARAM MANIPULASI ISU SCORPENE UNTUK KEPENTINGAN WANG

Benarkah pertubuhan hak asasi manusia, Suaram betul-betul bebas daripada pengaruh politik seperti mana yang didakwa oleh anggota lembaga pengarahnya, Cynthia Gabriel?

Atau Suaram hanyalah sekadar satu unit di bawah PKR dan menjadi corong suara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim?

Tindakan Suaram mengadu perihal isu urusan pembelian kapal selam Scorpene kepada mahkamah Perancis pada 2010 atas dakwaan kononnya wujud elemen rasuah, tidak dinafikan menjadikan pertubuhan itu berprofil tinggi di peringkat antarabangsa.

Apa tidaknya, sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO cuba mencabar kewibawaan dan mengheret kerajaan sebuah negara yang berdaulat untuk diadili sebuah mahkamah asing!

Jadi meneliti persoalan samada Suaram benar-benar "Working For Human Rights" atau "Berjuang Untuk Hak Asasi Manusia" sudah tentu menjadi sama penting dengan dakwaan yang dilemparkan dalam kes Scorpene.

Kini terdedah status sebenar Suaram bahawa ia bukanlah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tetapi beroperasi sebagai sebuah syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini bermakna perjuangan Suaram bukan atas dasar sebuah NGO yang telus dan tidak bermotifkan keuntungan tetapi bertindak sebagai sebuah organisasi yang menjadikan isu hak asasi sebagai sumber pendapatan dan periuk nasinya.

Kalau bukan keuntungan yang dikejar Suaram, bagaimana sebuah NGO, mampu mengumpul dana berjumlah lebih RM1 juta daripada pelbagai sumber sejak tahun 2009?

Malah jika dikaji dengan lebih dekat, kebanyakan bantuan kewangan Suaram datangnya dari yayasan dan pertubuhan antarabangsa yang cukup kaya serta mempunyai kaitan rapoat dengan gerakan Zionis-Yahudi seperti Open Society Foundations milik Geoge Soros dan Tides Foundation.

Kedua-dua pertubuhan adalah pendokong kuat gerakan liberalisme serta agenda golongan homoseksual.

Suaram mengumpul dana lebih RM200,000 ketika mengadakan majlis makan malam bertemakan 'Ops Scorpene 2.0' Jun tahun lalu di mana ia juga berjaya mengutip RM250,000 pada acara yang sama tahun sebelumnya.

Isu Scorpene dijadikan kambing hitam dan yang untung ialah Suaram!

Satu lagi faktor penting mengapa penggerak Suaram mendaftarkan pertubuhan itu sebagai sebuah syarikat dan bukannya NGO adalah faktor pengawalan atau 'control'.

Sebuah NGO memilih kepimpinannya daripada kalangan ahli melalui proses pemilihan semasa mesyuarat agung tetapi sebuah syarikat dikawal selia oleh sebuah lembaga pengarah.

Antara individu yang pernah menyertai lembaga pengarah Suaram termasuklah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, Dr Syed Husin Ali dan Latheefa Koya, kesemuanya kini bergiat aktif dalam PKR.

Jadim untuk Cynthia mengatakan Suaram tidak kena mengenakan dengan politik adalah satu pembohongan yang jelas.

Individu-individu yang samalah kini terlibat sebagai jaguh isu Scorpene dan menjadi penggerak utama menyerang kerajaan di dalam dan luar negara atas arahan tidak lain tidak bukan Anwar sendiri.

Agenda utama Suaram menjadikan isu Scorpene adalah amat jelas iaitu untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana Anwar melihat Perdana Menteri merupakan ancaman paling besar yang boleh mengugat impiannya ke Putrajaya.

Buktinya, sejak Datuk Seri Najib menerajui tampuk pentadbiran negara, Anwar telah melancarkan siri serangan yang bertali arus terhadap Perdana Menteri dengan tujuan melemahkan kepimpinannya dan seterusnya menghakis keyakinan rakyat.

Semua strategi Anwar tidak berjaya, malah populariti Perdana Menteri terus melonjak dan penerimaan serta sokongan rakyat terhadap program pembangunan beliau terus mendapat sambutan padu.

Pembohongan Suaram sudahpun terbongkar dan peranannya sebagai keldai Anwar tidak boleh disembunyikan lagi walau apapun alasan yang diberikan.

Strategi Anwar berlindung di belakang NGO dengan dibantu oleh media antarabangsa yang menjadi balacinya, tidak mudah memperbodohkan rakyat Malaysia.

Kapal selam Scorpene akan menenggelamkan Anwar bersama-sama Suaram dalam lautan konspirasi ciptaan mereka sendiri.

ends

2 Jul 2012

Pembangkang Gelisah Dengan Iklan ‘Janji Ditepati’

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya semakin banyak perkara yang membuatkan pembangkang gelisah.   Bukan sahaja mereka gelisah kerana tidak dapat menutup skandal-skandal mereka, tetapi perkara remeh dan kecil seperti iklan 'janji ditepati' juga mampu membuatkan mereka tidak senang duduk.  

Begitu hebatnya penangan iklan yang bersifat sederhana itu sehinggakan laman web mereka, iaitu Suara Pakatan Rakyat terpaksa memberi peringatan mengenainya kepada para pemimpin pembangkang. 

Kita faham pembangkang menjadi gelisah bukan sahaja kerana iklan tersebut dapat mengingatkan rakyat tentang jasa-jasa Barisan Nasional selama ini, tetapi di masa yang sama, ia menyedarkan rakyat bahawa janji-janji pembangkang masih lagi belum ditepati walaupun telah hampir sepenggal mereka memerintah di beberapa negeri. 

Seperti yang diakui sendiri oleh laman Suara PR, walaupun Pakatan Rakyat tidak mampu menyaingi BN dari segi penggunaan media untuk mempengaruhi rakyat, tetapi kalaupun mereka mempunyai kemampuan yang sama, PR tetap tidak punya apa-apa rekod untuk digembar-gemburkan sebagai jasa mereka.  

Oleh itu, sekiranya PR diberikan slot atau ruang untuk membuat iklan sendiri di TV, kita percaya, apa yang mampu mereka lakukan hanyalah menabur lagi janji-janji baru dan bukannya menyatakan janji apa yang telah dikotakan. 

Bukan rakyat tidak tahu bahawa kalau adapun sedikit 'jasa' atau janji yang ditepati mereka, seperti air percuma di Selangor, ianya tidak menyeluruh dan tidak memberi impak yang besar kepada kehidupan rakyat, sepertimana yang diakui oleh laman pro mereka tersebut. 

Mungkin penyokong tegar pembangkang akan memandang sinis iklan tersebut dan menganggapnya sebagai bahan kempen pilihanraya.  Tetapi, apa yang penting di sini ialah apa yang dipapark oleh iklan tersebut adalah fakta dan bukan angan-angan atau pembohongan.  Antaranya pemberian BR1M, bantuan persekolahan RM100, Klinik 1Malaysia dan lain-lain yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapa walaupun penyokong-penyokong tegar pembangkang itu sendiri. 

Malah, mereka sendiri adalah merupakan penerima semua pemberian ini walaupun saban hari mereka mencaci BN dan menganggapnya sebagai haram atau rasuah. 

Lebih teruk lagi ialah pemimpin pembangkang sendiri 'merestui' hatta 'menggalakkan' penyokong mereka mengambil semua bantuan yang diberikan BN ini tetapi di masa yang sama mengharapkan para penyokong tersebut menentang BN. 

Sedangkan bukan semua manusia itu berfungsi dengan mengikut emosi dan mudah termakan hasutan.  Ramai lagi rakyat di Malaysia ini yang berfungsi mengikut akal, mampu menilai fakta, dan tahu menghargai nikmat di depan mata.  Bukan semua rakyat Malaysia kurang ajar seperti para peserta BERSIH, masih ramai lagi yang tahu berterima kasih.  Maka, tidak mungkin mereka yang rasional ini dapat menafikan yang BN telah berjasa kepada mereka sedangkan sudah nyata mereka mendapat manfaat dari bantuan yang diberikan. 

Oleh itu, walaupun iklan janji ditepati dianggap remeh dan sederhana sahaja pembikinannya, namun apabila ia berasaskan kebenaran, ia mampu memberi impak yang mendalam.  Ini kerana manusia tidak mungkin dapat menafikan emosi insaf, sedih, syukur dan mungkin juga simpati yang dibawa dalam mesej 'janji ditepati'.

Justeru, pembangkang boleh menuduh BN mempergunakan media untuk kepentingan politik dengan berkempen secara meluas melalui iklan tetapi apa yang penting bagi rakyat ialah apa yang disampaikan tersebut adalah kebenaran yang perlu diterima dan tidak boleh disangkal lagi.

Jika pembangkang tidak ingin terus merasa gelisah dengan iklan tersebut, apa yang harus dilakukan bukanlah mengkritiknya tetapi cuba menyainginya dengan cuba menepati janji-janji yang telah ditabur mereka.  Soalnya, bolehkah mereka melakukannya?