Semalam, aku berkesempatan untuk bertemu  seorang rakan lama yang dah lama aku tak jumpa. Dia dah kerja besar dah  sekarang. Dia kerja dengan MAS, syarikat penerbangan Malaysia yang begitu  simbolik kewujudannya.
Tapi menurutnya, ada yang tak kena dengan MAS  sekarang. Yang peliknya tu, dia ada cakap pasal union-union pekerja MAS yang tak  puas hati kat pengurusan. Aku mintak dia cerita detail kat aku...
Katanya, MAS memang tengah tenat sangat  sekarang ni. Teruk dan nazak. Dah bertahun dah MAS "sakit". Jadi, pihak  pengurusan bincang-bincang dan membuat keputusan untuk buat kerjasama dengan  Air-Asia. Oooooo...baru aku ingat...isu "swap share" tuuuu...
Member aku kata, ketua-ketua union ni ramai  yang tak puas hati kat kerjasama tu, especially pasal "swap share". Ketua-ketua  union tu takut operasi MAS dikecilkan dan takut hilang kerja.  Maklumlahhh...diorang ni sebok berpersatuan sampai kengkadang lupa  kerja...heh!
Member aku cerita, ketua-ketua union MAS ni  gabra semacam dan takut kerja diorang pun di"swap"kan sekali. Maka diorang pun  buat meeting sesama diorang dan berbincang cari jalan untuk tolak kerjasama Air  Asia tu...
Dalam kerjasama tu, Tony Fernandes dan  Kamaruddin telah di"pinjam"kan kepada MAS dan seorang pengarah MAS diletakkan di  Air-Asia. MAS dapat 10% saham Air-Asia, dan Air Asia dapat 20 saham MAS. Tujuan  "swap share" tu adalah untuk memastikan Tony Fernandes ada komitmen untuk  majukan MAS macam Air Asia...kira nak ikat CEO paling perform dalam industri  aviation negara la...
Ramai orang silap faham tentang "swap share"  tu. Actually, nilai saham MAS sangat rendah berbanding Air-Asia dan sebab tu  diorang cakap pertukaran saham tu nampak tak adil. Padahal, memang adil dan  berbaloi pun...
Tapi ketua-ketua union ni bantah jugak. Diorang  nak kerajaan batalkan "swap share" tu dan kerjasama tu. Diorang nak jumpa PM  untuk buat bantahan.
Namun, sebelum diorang jumpa PM, diorang  dikatakan telah pergi berjumpa dengan Anwar Ibrahim! Persoalannya, apa sebabnya  diorang jumpa Anwar? Anwar tu CEO MAS ke? Anwar tu CEO Air Asia ke? Apa kena  mengena Anwar dengan isu ni..???
Lepas diorang jumpa Anwar, makin kuat  ketua-ketua Union ni buat bantahan. Bukan setakat memorandum, diorang buat blog  pulak untuk balun beberapa individu yang diorang target untuk dihalau  keluar...
Antaranya ialah Tony Fernandes dan Kamaruddin,  Tan Sri Azman Mokhtar dan Rashdan atau lebih dikenali sebagai Danny. Beberapa  individu pihak pengurusan MAS turut menjadi sasaran, termasuk CEO MAS,  Jauhari.
Setelah memorandum diserahkan pada PM dan  kajian pun dibuat mengenai tuntutan mereka. Dan dikatakan bahawa tanpa "swap  share" pun, kerjasama antara MAS boleh dilakukan. Tapi tu semua bergantung  kepada persetujuan Tony Fernandes la jugak kan...
Ye laaa...syarikat yang untung beratus juta  macam Air Asia tu mana la nak buat kerjasama dengan syarikat "nazak" macam MAS  tu. Kena la bincang persetujuan dengan Tony dulu kan...
Mungkin pasal semangat hormatkan MAS sebagai  syarikat penerbangan utama negara dan mahu melihat ia "sihat" kembali dari mati  terus dan lebih 20,000 orang termasuk ketua-ketua union tu hilang kerja, maka  Tony pun setuju untuk teruskan kerjasama tanpa "swap share"...
Dari cerita member aku tu, baru aku ingat  baru-baru ni kerajaan umum "swap share" antara MAS dan Air Asia tu dibatalkan  dan kerjasamanya masih diteruskan...
Tapi yang peliknya, ketua-ketua union ni tetap  tak puas hati. Diorang tuduh macam-macam kat Tony Fernandes dan beberapa  individu yang diorang target tu. Diorang hentam teruk-teruk dan ugut kerajaan  bahawa kalau tak buang individu tu, diorang akan hasut 20,000 pekerja MAS untuk  undi pembangkang!
Dah jadi bab politik la pulakkk!!! Dari cerita  nak selamatkan MAS, terus bertukar jadi kes politik???
Member aku kata, dia syak semua ni kerja Anwar  Ibrahim! Dia percaya, Anwar dah racun puak-puak ketua Union ni untuk desak dan  mintak macam-macam dari PM sampai dapat apa yang mereka mahu..!!! Nampaknya niat  ketua-ketua Union ni dah terpesong...
Menurut member aku lagi, ahli-ahli union dan  majoriti pekerja MAS okay je. Takde masalah dengan kerjasama dengan Air-Asia tu.  Tapi ketua-ketua union tu pulak yang lebih-lebih dan gunakan bilangan ahli union  yang ramai untuk ugut PM...
Aku dah mula terbayang muka Anwar  tersengih-sengih sebab "racun" dia dah mula menunjukkan kesan...rasa macam nak  tinju je sebijik kat muka kerang busuk dia tu...
Memang tak guna betul la Anwar ni. Habis semua  golongan dia nak hasut. Semua dia nak kacau dan buat huru-hara. Dari kakitangan  kerajaan, GLC, agensi kerajaan, syarikat-syarikat besar kecil, golongan pekerja,  mahasiswa..sampai la budak tadika, semuanya dia nak hasut suruh benci  kerajaan...
Kalau apa yang dia cerita semua tu betul takpe  la jugak. Masalahnya, dari apa yang dia cerita tu, hanya 0.000000001% je yang  betul! Yang betul tu pun cuma perkataan "Assalamualaikum". Itu pun kengkadang  pun salah sebut. Yang lain tu semuanya bohong belakaaa..!!!
Nampaknya, kali ni ketua-ketua union tu pulak  yang kena "racun" dan diorang tak sedar diorang dah kena "racun". Pada aku,  lebih baik buang je ketua-ketua Union ni dari terus jadi "virus racun" dalam  MAS.
Diorang nak Tony dikeluarkan dari MAS?  Bro...Tony tu nak tolong MAS je, dia the most realistic performer dalam aviation  industry. Rugi besar kalau MAS hilang sentuhan ajaib dia tu. 
Rasanya, dari hilang Tony, lebih baik  ketua-ketua union dan Anwar Ibrahim tu "dihilangkan"...heh! Satu pihak rosakkan  MAS...satu pihak lagi rosakkan negara...heh! Bellaraweiiiii....!!!
insan dari beruang biru 
dah link bro :)
BalasPadam