27 Mac 2014

MH370: Pembangkang Sembunyikan Maklumat?


Seperti yang kita tahu, terdapat 26 negara semuanya yang terlibat dalam pencarian MH370.   Biarpun Malaysia yang ‘menerajui’ misi pencarian namun setiap tindakan yang diambil pula berdasarkan nasihat dan pandangan pakar antarabangsa, terutamanya Amerika, Britain, Perancis dan Australia.    Ini kerana Malaysia tidak punya kepakaran, jauh sekali pengalaman atau aset yang diperlukan untuk misi sehebat ini.   
 
Dengan hakikat ini, tentulah mustahil bagi Malaysia untuk menyembunyikan apa-apa maklumat. 
 
Dalam sejarah kemalangan udara, tidak pernah kita lihat bagaimana maklumat teknikal dibentangkan kepada umum secara terperinci sepertimana yang berlaku dalam MH370. Selalunya, hanya maklumat yang perlu diketahui awam sahaja yang akan didedahkan. Maklumat teknikal lain dikira sebagai tidak sesuai kerana melangkaui pemahaman orang ramai, kecuali yang berlatarbelakangkan bidang yang berkenaan. 
 
Kerajaan Malaysia, bagaimanapun, mengambil langkah berkongsi setiap maklumat ini termasuk cara-cara penemuan disahkan oleh pihak penyiasat antarabangsa.  Rajah-rajah teknikal disertakan di dalam media bagi memudahkan pemahaman orang ramai.  Malah, sebelum ini juga kebolehan aset yang digunakan untuk misi pencarian turut dikongsi bersama dengan seluruh dunia. 
 
Walaubagaimanapun, segala ketelusan kerajaan ini tidak dihargai oleh sesetengah pihak. Mereka masih lagi menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat.   Apabila dijelaskan bahawa tiada apa yang disembunyikan dan kesukaran yang dihadapi dalam kes kehilangan MH370, mereka tetap juga bertegas bahawa kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat.
 
Kedegilan mereka untuk mempercayai bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat mula membuatkan kita musykil akan kemungkinan mereka sebenarnya mengetahui sesuatu dan mengharapkan kerajaan mendedahkannya.   
 
Namun, logiknya, kerajaan tidak akan mampu menyembunyikan apa-apa dengan 26 negara bekerjasama dan kepakaran pula bukanlah dimiliki oleh Malaysia. 
 
Tanpa mencerna fakta ini, laungan ‘kerajaan menyembunyikan maklumat’ terus membingitkan telinga kita.  Yakin benar mereka bahawa ada sesuatu yang tidak didedahkan. 
 
Persoalannya, bagaimana mereka begitu yakin bahawa ada sesuatu yang belum didedahkan jika mereka tidak mengetahui apakah ‘sesuatu’ itu?  Bagaimana kita boleh menuduh orang berahsia jika beliau merahsiakannya? 
 
Kecualilah kita sememangnya telah tahu rahsia itu barulah kita boleh menuduh dengan yakin bahawa orang itu telah sengaja merahsiakan pengetahuannya dari kita, bukan begitu? 
 
Justeru, hari ini penulis yakin bahawa mereka yang menuduh kerajaan menyembunyikan sesuatu ini sebenarnya mempunyai maklumat yang lebih lagi dari para penyiasat, tetapi telah sengaja menyembunyikan sekadar untuk menekan kerajaan.
 
Kerajaan tidak harus berdiam diri dengan membiarkan mereka terus menuduh, memfitnah dan memberi tekanan.  Sebaliknya, kerajaan wajar mengambil tindakan, memaksa mereka mendedahkan apa sebenarnya yang mereka tahu yang kerajaan sendiri tidak tahu.   
 
Tanyakan kepada mereka, kenapa mereka begitu yakin adanya rahsia, sedangkan kerajaan tidak merahsiakan apa-apa?  
 
Jika mereka enggan mendedahkan apakah rahsia itu, dakwa saja mereka kerana memfitnah, menghasut atau menghalang siasatan dengan enggan mendedahkan maklumat kepada kerajaan. 

#MH370: Agenda Media Barat Dalam Menjatuhkan Imej Malaysia Di Mata Dunia.


Media barat yang berprestij seperti CNN, Al-Jazeerah, Fox News dan sebagainya selalu dikaitkan dengan laporan berintegriti dan benar. Mereka dijadikan rujukan bagi para pengkaji dan dianggap sebagai salah satu sumber maklumat yang penting kepada warga dunia. Namun begitu, setelah dikaji dan diteliti semula, kebanyakkan maklumat yang dikeluarkan media barat tidak lah setepat yang kita sangka. Malah, ada diantara yang mereka keluarkan langsung tidak tepat dan di reka cipta atas agenda tertentu.
                Tragedi MH370 merupakan salah satu insiden di mana media barat telah memainkan peranan untuk mensabotaj dan memalukan Malaysia. Walaupun dengan nama segah CNN, mereka sering menayangkan perkara-perkara yang negatif yang tidak tepat untuk tatapan seluruh dunia. Apa yang boleh dikatakan ialah, media barat seolah-olah mempunyai agenda tertentu agar pihak berkuasa di Malaysia nampak seperti tidak cekap dan gagal mengawal keadaan.
                Contoh penipuan paling besar adalah siri wawancara yang disiarkan oleh Fox News yang sering mengetengahkan kononya tragedi MH370 itu adalah disebabkan oleh juruterbang yang beragama Islam. Pada pandangan Fox News jika seseorang itu tidak berkulit putih maka mereka adalah pengganas yang perlu dihapuskan. Tetapi disebabkan oleh kebebasan media tanpa sekatan Amerika Syarikat berita-berita rasis seperti ini masih lagi boleh disiarkan hanya kerana atas nama kebebasan bersuara.
                Jika kebenaran yang dicari oleh agensi media barat, apakah kiranya mereka tidak terus memberikan sokongan dan melaporkan maklumat yang telah diberikan oleh Kerajaan Malaysia. Maklumat yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia bukanlah diambil dari satu sumber, tetapi ianya adalah hasil dari perkongsian data daripada 26 buah negara yang terlibat secara langsung dalam operasi dan menyelamat MH370.
                Kerajaan Malaysia telah memberikan maklumat yang tepat dan lengkap untuk panduan bersama bagi seluruh penduduk dunia. Namun, tidak tahu dimana salahnya, media barat tetap memainkan isu konspirasi dan kegagalan pihak berkuasa Malaysia. Ini dijadikan modal oleh musuh dalaman dan luaran Malaysia untuk terus dijadikan modal bagi memfitnah pihak kerajaan persekutuan. Sungguhpun begitu pujian harus diberikan kepada pihak tentera negara lain yang sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu dan menyelesaikan masalah ini.
                Pihak media barat ternyata ingin mewujudkan sentimen negatif apabila menjemput pula Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim untuk memberikan komen tentang apa yang telah terjadi dengan penerbangan MH370 tersebut. Sudah tentu Anwar yang sudah lama berdendam dengan Kerajaan Persekutuan Malaysia akan memberikan pandangan sehabis buruk dengan situasi kini. Apa natijahnya pihak media barat memaparkan maklumat yang bercanggah dan hanya spekulasi? Adakah mereka berkhidmat untuk pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kerajaan yang sedia  ada?
                Dengan kebanjiran  pelbagai gossip dan cerita palsu, media barat tanpa segan silu menyebarkan tentang konspirasi, dan ianya lebih daripada apa sebenarnya yang telah dijumpai oleh para penyiasat antarabangsa. Kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersama menegakkan kebenaran dan memberikan sokongan penuh kepada Malaysia. Tidak kira fahaman politik, agama, bangsa dan taraf ekonomi perlu mempertahankan maruah dan imej Malaysia daripada di fitnah oleh konspirasi yang telah direkacipta untuk selera rakus kapitalis media barat.

21 Mac 2014

Pembangkang Tak Hargai Langsung Komitmen Petugas SAR MH370


Hari ini, genap 2 minggu MH370 hilang dan ini bermakna 2 minggu jugalah petugas misi mencari dan menyelamat (SAR) tidak berehat.   Beberapa individu penting dalam misi ini pernah berhari-hari tidak pulang ke rumah.   Makan minum mereka juga pastinya sudah tidak lagi teratur.  Itu belum lagi diambilkira mereka yang terlibat secara langsung di lautan.  Mereka ini tentulah lebih hebat lagi tekanannya. 
 
Di celah-celah itu, petugas SAR juga terpaksa berhadapan dengan hakikat bahawa ‘tiada petunjuk langsung’ dalam kehilangan MH370.  Namun, di masa yang sama, mereka perlu memberi laporan terkini hampir setiap jam.   Bayangkan, apa yang dapat mereka laporkan jika tiada apa-apa perkembangan baru untuk diumumkan?  Sedangkan seluruh dunia mengharapkan jawapan.
 
Biarpun mereka telah melakukan sebaik mungkin, mereka terus didesak dan didesak malah dicaci dan dimaki pula.   Tidak cukup dengan itu, mereka difitnah kononnya menyembunyikan maklumat.  Mereka diketawakan, dihina dan diperlekeh, dan yang paling dahsyat dijadikan bahan untuk melukis kartun dan disiarkan di media antarabangsa! 
 
Apa yang pelik, pakar dan penyiasat dari negara asing yang turut membantu, tidak pula dicemuh kerana tidak mampu membantu Malaysia.  Tiada pula timbul soalan atau rungutan seperti “kenapa pakar dan penyiasat dari ‘kuasa besar dunia’ juga tidak dapat memberi jawapannya?”.  
 
Seolah-olah yang salah dan lembab di sini hanyalah Malaysia dan kepimpinannya.
 
Dan inilah yang dijaja oleh pembangkang di serata dunia, di setiap media dan setiap ceramah mereka sama ada di Kajang mahupun Balingian.   
 
Sejak dari awal, pembangkang amat teruja dengan kehilangan MH370 namun tersentap sekejap kerana ia telah mengalih perhatian daripada kes liwat Anwar dan juga PRK Kajang dan Balingian. 
 
Walaubagaimanapun, mereka berjaya mencari sudut yang sesuai untuk menjadikan MH370 sebagai modal berkempen pula.  Justeru, ke hulu ke hilir di dalam setiap kempen dan juga tulisan di media mereka, MH370 menjadi topik utama. 
 
Apa yang memualkan mengenai pembangkang ialah, mereka bukannya meluahkan rasa simpati atau prihatin mengenai MH370 dalam kempen dan media mereka,  tetapi menghasut rakyat dengan kemarahan, kebencian dan fitnah terhadap kerajaan.    
 
Tuduhan kerajaan lembab, menyembunyikan maklumat, dan kononnya ingin mengaitkan Anwar dengan kehilangan pesawat, menjadi hujah utama di setiap ceramah dan media pembangkang.   
 
Kononnya, kerajaan terlalu takut dengan kebangkitan penyokong Anwar setelah Anwar didapati bersalah dalam rayuan kes liwat II dan memerlukan sesuatu untuk mengalih perhatian rakyat.  Kenyataan ini, jika diteliti, kedengaran seolah-olah ingin menuduh kerajaan sengaja ‘menghilangkan’ MH370 pula. 
 
Keghairahan pembangkang dengan MH370 telah menyebabkan mereka lupa sebab utama PRK diadakan.  PRK adalah untuk memilih pemimpin yang mampu berkhidmat untuk masyarakat setempat.  PRK adalah berkenaan nasib rakyat dan memajukan kawasan.  PRK bukan pentas untuk mempromosi diri untuk menjadi Perdana Menteri atau untuk berlawan siapa yang paling pandai melayan media asing. 
 
Hakikatnya, rakyat Kajang mahupun Balingian tidak perlukan pemimpin yang mampu bercakap dengan media asing.  Mereka perlukan pemimpin yang mampu membuka peluang pendidikan dan meningkatkan ekonomi mereka.  Mereka perlukan pemimpin yang mampu menangani masalah harian seperti jalanraya ataupun bekalan air.  Itu saja. 
 
Namun, pembangkang jelas tidak peduli langsung dengan apa yang rakyat perlukan, tetapi sibuk memenuhi keperluan publisiti Anwar Ibrahim.   
 
Sedangkan, Anwar bukan calon PRK.  Anwar juga bukan petugas SAR, bukan Ahli Lembaga Pengarah MAS, bukan Menteri Pengangkutan serta jauh sekali Perdana Menteri Malaysia. 
 
Anwar tidak terlibat bertungkus lumus mencari MH370.  Anwar boleh saja berehat dan bersantai di rumah selepas berkempen PRK.  Anwar tidak perlu bersekang mata menunggu maklumat baru dari pasukan SAR.  Anwar tidak perlu melayan karenah keluarga mangsa dari seluruh negara.  Anwar tidak perlu mengeluarkan setitik peluh atau satu sen pun untuk mencari MH370.  
 
Anwar tidur lena setiap malam, sebelum bangun menghentam kerajaan lagi keesokkannya. 
 
Pendek kata, dalam memperkatakan mengenai MH370, apa yang sebenarnya berlaku ialah kewujudan pembangkang  hanya memburukkan lagi keadaan.   Jentera PRK serta media mereka pula sama saja dengan Anwar, iaitu langsung tidak berguna!  
 

MH370: Kenapa Australia Tidak diTuduh Lembab Juga?


Rupa-rupanya, Australia telah menemui objek yang dipercayai serpihan pesawat MH370 jauh lebih awal.  Namun, negara itu telah mengambil masa sehingga 3-4 hari untuk melaporkannya kepada kerajaan mereka, sebelum menyampaikan berita itu kepada para pasukan mencari dan menyelamat di Malaysia. 
Kita faham bahawa Australia memerlukan masa untuk mengenalpasti dan mengesahkan perkara tersebut sebelum mengumumkannya.  Dan kita tidak mencurigai atau menuduh Australia sebagai sengaja melambat-lambatkan atau menyembunyikan maklumat.  Malah, kita menghargai sikap tanggungjawab Australia yang ingin mengesahkan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pengumuman.
Nampaknya, pembangkang negara ini serta media-media asing turut menerima alasan Australia yang tidak melaporkan penemuan itu segera.  Malah, mereka juga turut menerima penjelasan bahawa kapal-kapal Australia memerlukan 3-4 hari lagi untuk sampai ke kawasan di mana objek tersebut dikesan.  Mereka juga menerima takdir, sepertimana penjelasan Australia, bahawa cuaca buruk pada ketika ini, bakal melambatkan lagi usaha pencarian. 
Tidak ada sedikit pun rungutan atau persoalan dikemukakan oleh mana-mana pihak tentang kelambatan Australia bertindak.  Tiada tekanan kepada Australia untuk memberi penjelasan lanjut atau apa saja sepertimana yang terpaksa dihadapi oleh pihak Malaysia. 
Soalnya, kenapa ‘double standard’?   Kenapa setiap penjelasan dari Malaysia enggan diterima dengan dengan baik?  Kenapa setiap minit yang diambil oleh pihak Malaysia untuk mencari dan terus mencari dihentam sebagai lembab?  Kenapa setiap maklumat yang diumumkan oleh pihak Malaysia dituduh sebagai tidak lengkap? 
Bayangkan jika Malaysia mengambil masa 4 hari untuk mengumumkan penemuan seperti itu dan aset yang ada pula perlu mengambil masa 4 hari lagi untuk sampai ke kawasan penemuannya, maka pasti riuh-rendahlah pembangkang dan media asing mengutuk Malaysia sebagai tidak cekap.   Bukan itu saja, Malaysia juga akan turut dipersalahkan jika memberi alasan cuaca buruk bakal melambatkan proses pencarian. 
Pendek kata, apa saja yang Malaysia lakukan akan dianggap tidak kena, tidak tepat dan salah sama sekali sehinggakan cuaca buruk juga akan dipersalahkan atas kerajaan Malaysia. 
Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa mentaliti dijajah yang mengagungkan kulit putih masih terpahat kuat di dalam minda pembangkang.  
Manakala media asing pula masih dengan mentaliti penjajah dan menganggap diri mereka sebagai lebih tinggi kedudukannya dari bangsa lain.  Oleh itu, segala yang dibuat oleh bangsa Asia akan dikritik tetapi jika bangsa kulit putih berbuat perkara yang sama akan diterima dengan baik oleh mereka. 
Berdasarkan hakikat ini, Malaysia, terutamanya kepimpinan dan mereka yang terlibat secara langsung dalam misi mencari dan menyelamat MH370, tidak harus mengambil pusing dengan kritikan pembangkang dan media asing.  Abaikan mereka itu semua sebagai manusia hipokrit dan busuk hati. 
Hari ini, setiap manusia yang rasional akan dapat melihat pihak mana yang baik dan pihak mana yang merupakan perosak di muka bumi ini. 
Sesungguhnya, Malaysia telah berusaha dengan sedaya upaya bukan sahaja untuk mencari MH370 tetapi juga untuk menangani emosi dan keperluan keluarga mereka yang sedang menunggu berita. 
Biarpun dicemuh dan dituduh dengan berbagai-bagai tuduhan yang amat berat, tetapi pihak Malaysia kekal tenang dan professional dalam menghadapi apa jua dugaan.  Tidak ada dari pihak pemimpin dan pegawai kita yang emosional dalam menangani kebiadapan sesetengah pihak.  Tiada rungutan walaupun segala penat lelah mereka bertungkus lumus selama dua minggu tanpa rehat, langsung tidak dihargai, hatta dibalas pula dengan caci maki. 
Professionalisme dan komitmen Malaysia telah pun diiktiraf oleh semua 26 negara yang turut membantu dalam pencarian ini dan itu sudah cukup kerana Malaysia bukan melakukan ini kerana ingin dipuji, tetapi atas sikap kemanusiaan dan juga tanggungjawab yang tidak berbelah bagi. 
Mereka yang celik hati, pasti mampu melihat insiden ini sebagai panduan dan pedoman dalam menilai kerajaan. 
Hakikatnya, Malaysia telah dibantu oleh begitu ramai pakar dengan berbagai teknologi canggih tetapi mereka juga tidak mampu mencari MH370.  Ini bermakna, bukan Malaysia yang salah, tetapi ia takdir yang tidak dapat diubah mahupun dijelaskan. 
Australia pula mengambil masa 3-4 hari untuk mengesahkan sesuatu penemuan.  Ini bermakna, Malaysia tidak pernah lembab dalam menjalankan misi ini, tetapi kerja-kerja pengesahan sememangnya amat sukar dilakukan. 
Justeru, pada hari ini kita semakin bangga menjadi rakyat Malaysia.  Kita bangga mempunyai pemimpin yang tenang, sabar dan kekal fokus biarpun di saat yang amat tegang.  Biarlah para pengkhianat dari pihak pembangkang dan juga media asing cuba merosakkan nama baik kita tetapi kita yakin nama Malaysia tetap harum atas keindahan budi dan adab para pemimpin kita. 
Semakin terserlah kini bahawa yang buruk dan busuknya adalah nama mereka yang sanggup mempolitikkan nyawa manusia serta tidak tahu menghargai usaha yang ikhlas lagi murni. 

20 Mac 2014

Tuduhan Malaysia Sembunyi Maklumat Tidak Berasas


Misi mencari MH370 terus menjadi keutamaan bukan sahaja bagi Malaysia tetapi bagi seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat sepertimana yang diakui sendiri oleh Presiden Barrack Obama.  Seluruh dunia gempar dengan kehilangan pesawat paling canggih tanpa sebarang petunjuk langsung walaupun pencarian telah memakan masa sehingga 2 minggu. 
 
Dalam keadaan tegang ini, kemungkinan pesawat dirampas dianggap sebagai 'berita baik' berbanding 'terhempas'.   Justeru, ramai yang ingin percaya 'berita baik' ini dan inginkan kepastian mengenainya.  Oleh kerana berita ini tidak dapat disahkan, maka mereka mencari pihak yang boleh dipersalahkan sebagai cara 'memujuk diri sendiri'.  Pastinya, sasaran paling mudah untuk dihamburkan segala kerisauan, kesedihan dan kemarahan ialah Malaysia yang menjadi 'tuan rumah' kepada pesawat MH370. 
 
Dalam keadaan emosi yang berbaur ramai yang terlupa bahawa walaupun misi pencarian MH370 terletak di bawah tanggungjawab Malaysia, tetapi misi ini kini merupakan usaha berpasukan dengan 26 buah negara lain.   Segala peralatan canggih dan juga kepakaran paling hebat di peringkat antarabangsa telah digerakkan ke rantau ini demi mencari MH370. 
 
Namun, kesemua pakar yang terlibat turut mengakui bahawa kehilangan MH370 merupakan kes yang paling misteri dalam sejarah penerbangan dunia selepas misteri kehilangan 'Emilia Earheart' 'di udara' pada 1937. 
 
Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan Malaysia sejak dari awal lagi akur dengan kepakaran dan peralatan negara yang terhad atau tidak sesuai dalam misi seperti ini.  Justeru, sejak dari awal lagi, kerajaan menerima dengan tangan terbuka semua bentuk pertolongan yang
ditawarkan oleh sesiapa jua.   
 
Setiap taklimat yang diberikan oleh kerajaan dari masa ke semasa adalah berdasarkan maklumat terkumpul dari kerjasama dengan semua pihak yang terlibat, dan bukannya direka-cipta sendiri. 
 
Oleh yang demikian, adalah pelik dan tidak adil bagi mana-mana pihak untuk menuduh kerajaan Malaysia sebagai menyembunyikan maklumat kerana kerajaan juga bergantung kepada pakar dan penyiasat dari semua negara yang terlibat untuk mendapatkan semua maklumat itu.  
 
Pakar dan penyiasat yang dimaksudkan di sini termasuklah FBI dan Saintis Amerika, Colleen Keller, yang mengetuai pencarian pesawat AirFrance 447 yang terhempas di lautan Atlantik pada tahun 2009. 
 
Tidak mungkin pakar-pakar dan penyiasat ini turut sama-sama menyembunyikan maklumat dari orang ramai kerana mereka juga mempunyai reputasi masing-masing untuk dijaga, selain sifat semulajadi manusia yang prihatin terhadap mangsa dan keluarga. 
 
Secara ringkasnya, menuduh kerajaan Malaysia lembab dan sengaja menyembunyikan maklumat, samalah ertinya dengan menuduh FBI, Colleen Keller dan kerajaan Vietnam, Indonesia, Thailand dan semua negara yang terlibat, atas tuduhan yang sama.   
Menuduh memanglah mudah tetapi sekurang-kurangnya biarlah tuduhan itu berasas dan mempunyai alasan yang boleh diterima akal. 
 
Perlu diingatkan bahawa dalam keadaan ini, kerajaan Malaysia tidak meraih apa-apa keuntungan dengan menyembunyikan maklumat atau melambat-lambatkan pencarian.    Sebaliknya, apa yang dapat kita lihat kini ialah, satu-satunya pihak yang 'untung' dari kehilangan MH370 adalah pihak pembangkang berdasarkan tindakan mereka menggunakan isu ini bagi memburukkan kepimpinan. 
 
Rakyat yang berfikiran rasional pasti boleh melihat sendiri bagaimana kepimpinan negara dan juga Menteri serta pegawai kerajaan yang terlibat telah memberikan sepenuh masa dan tenaga mereka untuk MH370.    Setiap kali sidang media, keletihan dan kerisauan mereka terserlah, sekali gus menterjemahkan dedikasi dan komitmen mereka. 
 
Di masa yang sama, rakyat juga boleh melihat sendiri bagaimana pemimpin pembangkang seolah-olah meraikan kehilangan MH370.  Mereka sibuk mempromosi diri sambil bersuka-ria menghentam dan menuduh kerajaan dengan berbagai tuduhan.   Mereka jelas begitu teruja merebut peluang untuk memalukan negara sendiri sehinggakan tidak sedar bahawa mereka sebenarnya hanya memalukan diri sendiri. 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Antara Kajang, MH370 dan Kartun Zunar


Ketika negara sedang berdoa untuk MH370, akhbar Washington Post merasakan yang ianya kelakar untuk menyiarkan kartun Zunar, yang mengkritik Perdana Menteri Malaysia sebagai lemah kerana masih belum dapat mencari pesawat yang hilang itu walaupun setelah dua minggu.
 
Sikap tidak sensitif dan jahil Zunar tidaklah mengejutkan rakyat Malaysia memandangkan beliau merupakan kartunis pro-Pakatan yang tegar.  Kartun Zunar adalah contoh terbaik pemikiran pembangkang Malaysian yang gemar mempolitikkan apa saja termasuklah nyawa manusia. 
 
Sejak dari hari pertama pesawat tersebut hilang, pembangkang telah mencuba sedaya upaya untuk mengalihkan perhatian media kepada mereka.  Malah, baru semalam, Anwar Ibrahim telah diwawancara oleh CNN seolah-olah beliau merupakan satu karektor yang signifikan dalam kehilangan MH370.   Tumpuan media terhadap Anwar bagaimanapun, tidak meliputi PRK Kajang yang bakal berlangsung beberapa hari sahaja lagi.  Ia juga tidak menyentuh secara terperinci mengenai kekalahannya dalam rayuan kes liwat baru-baru ini. 
 
Walaupun Anwar yang ‘mencipta’ PRK Kajang, tetapi beliau kini seolah-olah mengabaikan terus PRK itu.  Jika dilihat dari media utama pembangkang, termasuk blog-blog peribadi pemimpin PR, mereka nampaknya langsung tidak berminat dengan Kajang.  Nampaknya segala pembaziran yang berlaku akibat terpaksa mengikut nafsu Anwar dengan mengadakan pilihanraya kecil, kini sia-sia belaka. 
 
Hari ini, jelas kelihatan yang calon BN, iaitu Chew Mei Fun pula yang bersungguh-sungguh ingin berkhidmat untuk rakyat Kajang, sedangkan Wan Azizah kelihatan kebingungan dengan apa yang berlaku. 
 
Ini membuktikan bahawa sehebat manapun politik Anwar, beliau tidak mampu melawan takdir.  Apa yang dirancang hanya boleh berlaku dengan izin Allah SWT.  Anwar mungkin melihat Kajang sebagai platform untuk beliau ‘membela diri’ dari kes liwat tetapi rancangannya untuk menarik perhatian rakyat gagal apabila MH370 hilang. 
 
Anwar kemudiannya melihat peluang untuk menjadikan MH370 sebagai modal politik apabila juruterbang dikenalpasti sebagai penyokong fanatiknya dan juga mempunyai talian persaudaraan dengan menantunya.  Namun, kartun Zunar di Washington Post telah merosakkan segala-galanya kerana ia menyerlahkan sifat tidak sensitif pihak pembangkang sekali gus memperlihatkan kerakusan Anwar berpolitik. 
 
Mungkin Zunar atau Anwar merasakan kartun memperlekehkan usaha Dato’ Seri Najib sebagai lucu, namun umum tahu bahawa Dato’ Seri Najib telah melakukan segala-galanya yang termampu untuk mencari MH370. 
 
Habis seluruh pakar dan aset tercanggih di dunia di bawa ke Malaysia.  26 negara semuanya kini bekerja secara berpasukan untuk mencari pesawat tersebut.  Sekiranya Zunar atau Anwar ataupun Washington Post sendiri ingin memperlekeh Dato’ Seri Najib maka mereka perlu terlebih dahulu memperlekeh kesemua 26 negara termasuklah pakar dan penyiasat dari Amerika. 
 
Sebaiknya, Anwar belajar menerima hakikat bahawa beliau bukan Perdana Menteri dan urusan mencari MH370 bukanlah urusannya.  Tidak ada maknanya bagi CNN atau mana-mana media tempatan atau asing mendapatkan pandangan Anwar mengenai MH370 melainkan jika Anwar sememangnya terlibat dengan kehilangannya. 
 
Anwar juga harus menerima hakikat bahawa beliau bukan calon di Kajang, tetapi isterinya dan isterinya juga tidak begitu diterima di kalangan rakyat Kajang kerana mereka tahu, bahawa beliau hanyalah boneka, kalaupun bukan simbol kepada seorang bakal banduan. 
 
Oleh itu, jika Zunar ingin sangat berjenaka, maka kegilaan Anwar untuk mencari publisiti di tengah-tengah tragedi tentulah lebih lucu.  Usaha kerajaan untuk mencari MH370 sama sekali tidak lucu. Biarpun ia memakan masa bertahun-tahun dari sekarang, ia tetap tidak lucu.  Tidak ada apa-apa yang lucu dalam soal nyawa manusia.  Tidak ada apa-apa yang lucu dengan hakikat bahawa segala pakar dan aset di dunia juga tidak mampu mencari mereka. 
 
Yang lucu adalah Anwar dan Zunar yang tidak tahu bila masanya kita perlu berdoa dan bersatu serta bila pula masanya untuk berpolitik dan mencari publisiti. 

19 Mac 2014

Wan Azizah Dijangka Kalah Di PRK DUN Kajang.


Umum mengetahui tentang permainan politik Datuk Seri Anwar Ibrahim. Rakyat Malaysia juga mengetahui tentang penglibatan keluarganya dalam arena politik Malaysia. Anwar juga seorang manusia yang tidak teragak-agak untuk mengamalkan kronisme secara terang-terangan. Beliau dengan tidak segan silu memasukkan kaum kerabatnya atas alasan perjuangan rakyat, tetapi sebagai rakyat Malaysia kita tahu bahawa segala-galanya adalah kerana cita-cita politik beliau untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia yang tidak pernah kesampaian.
Wan Azizah merupakan boneka bagi permainan politik suaminya. Jika semasa Anwar Ibrahim di penjara dahulu, Wan Azizah dijadikan papan tagan supaya kerusi Permatang Pauh tetap menjadi milik keluarga Anwar Ibrahim, kini khidmat Wan Azizah ditagih pula di dalam pilihanraya yang telah direka khas oleh Anwar untuk meluaskan kuasanya di negeri Selangor.
 Walaupun "sokongan utuh" diberikan oleh penyokong Anwar Ibrahim kepada Wan Azizah, namun begitu ianya tidak mendapat momentum yang sama daripada rakan-rakan mereka di dalam Pakatan Rakyat. Ini dapat dilihat apabila parti-parti utama di dalam Pakatan Rakyat tidak langsung menunjukkan kekuatan mereka di dalam PRK kali ini jika ingin dibandingkan di dalam pilihanraya yang lain.       
Rakyat sudah pun menunjukkan rasa tidak senang mereka dengan permainan politik Anwar Ibrahim. Ini dapat dilihat daripada jumlah kehadiran para penyokong Pakatan Rakyat di dalam program yang dibuat oleh mereka. Keadaan ini sudah tentu merungsingkan Wan Azizah dan jenteranya.
Jika dilhat dari pelbagai sudut, Wan Azizah sudah tentu mempunyai kekuatannya sendiri, tetapi oleh kerana pejuangannya hanya dilihat sebagai memperjuangkan Anwar Ibrahim dan bukannya untuk rakyat Malaysia, keputusan pilihanraya DUN Kajang ini seolah-olah telah pun berpihak kepada calon BN yang lebih ikhlas pendapat dan gerak kerjanya.
Wan Azizah berhadapan dengan bukan sahaja gerak kerja dari jentera UMNO tetapi beliau terpaksa menghadapi Datin Paduka Chew Mei Fun dan jentera MCA yang seolah-olah diberi satu motivasi dan nafas baru. Jika dahulu, MCA dibawah pimpinan Chua Soi Lek dikatakan lemah dan tidak bertaring, kini mereka bangkit semula.
Diantara hikmah yang dapat dilihat dari PRK Kajang adalah kelahiran semula jentera MCA seperti Naga yang telah dikejutkan dari tidurnya. Dan sudah pastinya Naga ini akan bangkit dan membaham semua penipuan Pakatan Rakyat. Boleh dikatakan Wan Azizah tidak mempunyai peluang pun untuk memenangi pilihanraya pada kali ini.
Dari sudut pandangan rakyat, Datin Paduka Chew Mei Fun pula adalah seorang Sri Kandi yang tidak pernah mengenal erti penat. Beliau tidak pernah berhenti memberikan khidmat kepada rakyat walaupun tidak lagi berjawatan di dalam MCA ataupun sebagai ADUN. Khidmat masyarakat yang dilaksanakan oleh beliau benar-benar menyenangkan hati dan perasaan rakyat DUN Kajang. Datin Paduka Chew adalah sebenar-benarnya seorang pemimpin dan bukannya pemain politik seperti Wan Azizah dan seluruh ahli keluarganya.
Sehingga artikel ini ditulis, Wan Azizah dianggap hanya sebagai pengacau kampung orang lain. "Track record" Wan Azizah yang teruk juga tidak dapat disorok lagi daripada mata rakyat. Kehadiran semula Wan Azizah di dalam dunia politik bukan sahaja menambahkan beban kepada Pakatan Rakyat, tetapi ianya menjadi ruang kepada pembocoran rahsia yang telah disimpan oleh Anwar Ibrahim selama ini. Wan Azizah yang tidak pandai berpolitik tidak dapat lagi menghalang rakyat daripada melihat kejahatan Anwar Ibrahim yang sanggup menggunakan isterinya untuk mendapatkan kuasa dan menagih undi.
PRK Dun Kajang merupakan titik tolak kepada dua perkara yang amat besar kepada sejarah politik Malaysia. Ianya adalah masa dimana dunia dapat melihat kebangkitan semula Malaysian Chinese Association (MCA) di dalam memperjuangkan aspirasi Barisan Nasional (BN). PRK Dun Kajang juga merupakan kubur kepada Pakatan Rakyat yang sentiasa menipu dan memanipulasi akal dan hati rakyat Malaysia.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

17 Mac 2014

Juruterbang MH370 Fanatik Anwar: Kenapa Pembangkang Tepuk Dahi?

 
Sejak dari hari pertama kehilangan MH370 disedari, pihak pembangkang seolah-olah meraikan berita tersebut sebagai peluang untuk menghentam kerajaan.    Kerajaan dikutuk sebagai lembab dan gagal menangani situasi kecemasan.  Kerajaan dituduh sengaja menyembunyikan maklumat entah atas sebab apa, yang mana hanya mereka yang menuduhnya sahaja yang tahu.   Kerajaan dihentam kerana tidak menggunakan aset pertahanan untuk operasi mencari.  Kerajaan juga disindir kerana tidak menggunakan kaedah ‘Islam’ seperti ‘azan’ sebagai usaha alternatif. 
 
Tidak cukup dengan itu, pembangkang juga mengaitkan dosa-dosa juruterbang, pembantu juruterbang dan penumpang serta penjualan arak oleh MAS sebagai bahan untuk memburukkan kerajaan sebagai tidak cukup Islam dan menjadi punca bencana.    
 
Apabila media barat memburukkan pembantu juruterbang, pembangkang pun menyambutnya dengan membantu menyebar gambar-gambar yang menjejaskan imejnya. 
 
Dalam masa yang sama, pihak penyokong kerajaan pula terus membela juruterbang dan pembantunya serta menempelak pihak yang cuba memburukkan imej mereka.  Ini dilakukan walaupun khabar angin telah menyatakan bahawa juruterbang tersebut merupakan penyokong kuat Anwar Ibrahim dan pembenci kerajaan yang tegar. 
 
Para penyokong kerajaan telah mengenepikan sentimen politik dan mengajak semua rakyat Malaysia bersatu dan bukan menuding jari kepada sesiapa. 
 
Namun, seruan murni  kita dipandang sepi.  Sebaliknya, pembangkang mengaitkan pula kejadian yang menimpa MH370 sebagai ‘bala’ akibat keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Anwar.   Ada juga yang berkata bahawa kerajaan sengaja ‘menghilangkan MH370’ bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada kes Anwar Ibrahim dan Pilihanraya Kecil Kajang. 
 
Walaupun pencarian MH370 dibantu oleh begitu banyak negara lain termasuk kuasa besar dunia, tetapi segala kritikan dan cemuhan pembangkang hanya ditujukan kepada kerajaan Malaysia.  Seolah-olah hanya kerajaan Malaysia yang lembab, yang salah dan yang bodoh kerana masih belum mempunyai sebarang petunjuk, tetapi negara lain tidak.
 
Nampaknya, bencinya pembangkang kepada negara sendiri sudah tidak dapat ditahan-tahan lagi.   Saban hari mereka mempertikai, menilai, menghukum, mencemuh, memaki dan memburukkan negara sendiri tanpa segan silu sambil disaksikan oleh seluruh dunia.  Sampaikan ada rakyat negara lain pula yang menegur akan sikap mereka yang buruk itu. Itu pun mereka masih lagi tidak tahu malu. 
 
Bagaimanapun, perkembangan mutakhir yang disahkan oleh penyiasat dalam negara dan juga antarabangsa mengenai latarbelakang juruterbang, membuatkan pembangkang terkesima.  
 
Menurut pendedahan mereka, juruterbang MH370, iaitu Kapten Zaharie Ahmad Shah merupakan bukan sekadar penyokong Anwar Ibrahim, tetapi fanatik terhadapnya.  Beliau sanggup hadir ke mahkamah menyaksikan rayuan kes liwat Anwar pada hari sebelum kejadian.  Menurut rakan-rakan beliau, keputusan mahkamah yang tidak memihak kepada Anwar benar-benar terkesan kepada dirinya. 
 
Kapten Zaharie, adalah ahli PKR seumur hidup.  Telah berkahwin tetapi bercerai.  Beliau dikatakan masih tinggal sebumbung dengan bekas isterinya dan anak-anak mereka.  Setakat ini, bekas isteri dan anak-anaknya tidak dapat ditemui dan dikatakan telah menghilangkan diri sejak hari pertama kejadian.  Maklumat dalaman menyatakan yang mereka telah berangkat ke Australia sehari sebelum MH370 hilang. 
 
Maklumat terkini ini nampaknya telah memaksa pembangkang memikirkan semula strategi menghentam kerajaan.  Tian Chua, Kit Siang, Sivarasa dan penyokong-penyokong marhaen pembangkang di laman-laman sosial mula menukar skrip. 
 
Kini, mereka bertungkus lumus mencari jalan untuk membela Kapten Zaharie pula walaupun  sebelum ini beliau dicemuh dan diragui mereka.   Mereka menolak sebarang kemungkinan yang kehilangan MH370 ada kaitan politik walaupun sebelum ini mereka juga yang cuba mempolitikkannya.   Mereka mereka-reka cerita kononnya Kapten Zaharie tidak sepatutnya bertugas kerana bercuti pada hari tersebut tetapi terpaksa menggantikan rakannya. 
 
Jika sebelum ini mereka begitu galak membincangkan teori juruterbang menutup semua alat komunikasi, tetapi hari ini mereka berusaha mengajak kita pula bersikap terbuka sambil memberi gambaran yang juruterbang tidak bersalah. 
 
Hanya kerana Kapten Zaharie telah terbukti sebagai penyokong tegar pembangkang maka pembangkang merasakan yang mereka perlu mempertahankan beliau.   
 
Sikap berat sebelah dan terburu-buru pembangkang nampaknya telah memakan diri sendiri.    Sekiranya pembangkang tidak cuba mempolitikkan perkara ini sejak dari mula maka mereka tentu tidak perlu menjadi kelam kabut dan memutarbelit pandangan sendiri.   
 
Jelas, sikap penyokong pembangkang sememangnya tidak rasional.  Justeru, kita tidak hairan jika Kapten Zaharie juga merupakan seorang yang tidak rasional. 
 
Bagaimanapun, tidak usahlah kita merendahkan diri kita ke tahap pemikiran pembangkang dengan cuba membuat andaian sendiri. 
 
Sebaiknya, kita serahkan sahaja kepada pihak berkuasa untuk mencari jawapan kepada misteri MH370.   Harapan kita agar episode ini dapat mematangkan sedikit pembangkang negara ini supaya tidak lagi terkinja-kinja mempolitikkan semua perkara. 
 

14 Mac 2014

Dakwa Mahkamah "Kangaroo Court', Tapi Anwar Yakin Akan Menang?


Sejak Mahkamah Rayuan memulakan prosiding kes Liwat II pagi tadi, Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim tidak berhenti-henti ‘menyalak’ di laman twitternya. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Badan Penghakiman dan barisan peguam Pendakwaraya yang diketuai oleh Tan Sri Mohamad Shafee Abdullah.
 
Berikut adalah antara tweet yang di ‘retweet’ oleh Anwar sepanjang berlangsung prosiding kes ini. Untuk makluman, ‘Retweet
 
"@malaysianspring: A real kangaroo court today. Guilty until proven innocent according to Shafee. Only in Bolehland."
 
"@lawyers4liberty: nothg demonstrates d tyranny of our criminal justice systm more than cases involvg anwar strange decisions become d norm"
 
"@lawyers4liberty: but at d end of day,d judiciary must have integrity, be independt & cmpetent to discharge role, defnd rights of accused"
 
"@GEanalyst: @anwaribrahim @lawyers4liberty umno decides. Shafee is just another tool."
 
"@lawyers4liberty: Shafee is misleading court on basic legal principles like burden of proof! It's for PP to prove beyond reasonable doubt"
 
@anwaribrahim Only in umnoland! Haha "@itcos_lac: @anwaribrahim Sperm can stay in anus for over 50 hours ?"
 
"@AinAEusoff: @chean_nasution Kalau bab nak kenakan DSAI, semua dah xda prosedur. Undg2 rimba! Be strong DS! We are with u! @Anwar4Kajang"
Namun apabila ditanya oleh pihak media, Anwar dengan pantas mengatakan, pihaknya yakin akan berjaya memenangi ke ini. Menurutnya penghujahan yang dikemukakan oleh Shafee mempunyai unsur politik dan tidak mengikut undang-undang kerana hanya mengulangi hujah lama dengan mengaitkan bukti lama (air mani).
"Dia hanya sebut mani, mani, mani untuk mengaibkan seseorang. Apa yang berlaku sekarang ini untuk kepentingan media Umno BN… InsyaAllah ada peluang untuk menang kes ini," katanya.
 
Di dalam perkembangan yang sama, ahli parlimen Bayan Baru dari PKR, Sim Tze Tzinmenuduh kerajaan sengaja menggunakan kes liwat ini untuk menghantar Anwar ke penjara sekali gus menamatkan karier politiknya.
 
“Sebaik sahaja Mahkamah Rayuan selesai mendengar semua hujah (pendakwaan dan pembelaan) pada Jumaat ini, keputusan penghakiman mungkin akan dibacakan pada hari Isnin petang. Iaitu sejurus selepas persidangan pembukaan parlimen pada sebelah pagi.
 
“Sekiranya Anwar di dapati bersalah, pihak peguam Anwar sudah tentu tidak akan mempunyai waktu yang cukup untuk membuat permohonan menangguhkan hukuman kerana ia mungkin telah melepasi masa pejabat. Disebabkan itu juga, Anwar akan dihantar terus ke penjara,” katanya.
 
Persoalannya ialah, pilihan raya kecil ini tiada kena mengena dengan BN mahupun Umno. #LangkahKajang ini adalah merupakan sebahagian dari perancangan strategi yang dilakukan oleh Rafizi Ramli yang juga merupakan Pengarah Strategi PKR.
 
Malah tindakan Anwar dan barisan peguamnya yang sering mengemukakan seribu satu alasan sebelum ini juga adalah merupakan punca utama kes ini sering tertangguh.
 
Adalah tidak masuk akal untuk menuduh BN/Umno sebagai dalang, sedangkan semua tindakan itu dilakukan oleh Anwar dan PKR yang jelas menggunakan PRK Kajang untuk melepaskan diri dari semua tuduhan pendakwaan.
 
Sekiranya benar Anwar merasakan dirinya tidak bersalah, dia sepatutnya berhadapan dengan semua tuduhan dengan cara ‘anak jantan’ dan bukannya menyalahkan semua pihak.
 
Kesimpulannya mudah, tindakan Anwar yang menghentam badan kehakiman dan barisan peguam pendakwaraya adalah bertujuan untuk mewujudkan persepsi kononnya perbicaraan ini berat sebelah.
 
Namun di masa yang sama kenyataan Anwar yang melahirkan keyakinan akan menang dalam kes ini, adalah bertujuan untuk memberikan gambaran seolah-olah, dirinya adalah mangsa konspirasi dan rancangan jahat sekiranya hakim memutuskan dia bersalah. Dengan cara itu, sudah pasti dia dapat mewujudkan sentimen kemarahan rakyat.
 
Nota : Menurut laman sosial Twitter, ‘retweet’ atau ‘RT’ bermaksud seseorang pengguna itu menghantar (posting) semula ‘tweet’ yang dihantar oleh lain agar ia dapat dikongsi kan dengan semua pengikut ‘followers’. Atau dalam bahasa mudah, bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak lain.

Biro Tata Negara: Jangan Biarkan Tikus Membaiki Labu

 
Ramai yang merasa gusar apabila Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mencadangkan agar BTN dikaji semula.  Kegusaran itu semakin meningkat apabila saranan Khairy disambut dengan ‘tepukan gemuruh’ oleh DAP.  Blog Lim Kit Siang turut menyiarkan semula tulisan setiausaha politiknya di Malay Mail yang menyokong penuh saranan Khairy yang bertajuk “Appauding Khairy’s Suggestion to Revise BTN”. 
 
Seperti yang kita tahu, BTN sentiasa menjadi masalah besar kepada DAP.  Bagi DAP, BTN seolah-olah lambang kekuatan UMNO dan merupakan alat untuk mengeluarkan produk pro-UMNO.  
 
Hakikatnya, visi BTN adalah sebagai peneraju patriotisme dan misinya adalah untuk menyampaikan program kecemerlangan patriotisme melalui pendidikan, latihan, kesedaran dan perkongsian strategik.  Dalam kata lain, BTN adalah bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara. 
 
Malangnya DAP menganggap ‘semangat cintakan negara’ sebagai ‘semangat cintakan UMNO’.  Bagi DAP, sayangkan Malaysia bermakna sayangkan UMNO.  Justeru, tidak hairanlah apabila anak-anak Cina mempermainkan lagu Negaraku dan menterbalikkan bendera Malaysia dengan penuh kebencian dan dendam kesumat.  Bagi mereka, bencikan UMNO harus juga bencikan Malaysia.  
 
Oleh itu, DAP berjuang untuk merampas kuasa politik dari orang-orang Melayu, yakni UMNO kerana bagi mereka, negara ini bukan negara mereka selagi ia diperintah oleh orang Melayu-Islam-UMNO. 
 
Walaupun UMNO bukan satu-satunya parti politik Melayu, namun hanya UMNOlah yang menjadi lawan DAP kerana ia membawa semangat membela dan mempertahankan ‘bangsa’.   Jika DAP berjuang atas nama kuasa bagi Cina, UMNO pula berjuang untuk mempertahankan kedudukan Melayu di negara ini.   Bezanya, DAP tidak menggunakan nama ‘Cina’ bagi partinya dan berselindung di sebalik nama ‘rakyat Malaysia’ manakala UMNO pula ikhlas berdiri atas nama ‘Melayu’. 
 
Jelas, UMNO tidak punya agenda jahat dan tidak perlu berselindung dalam memperjuangkan keadilan untuk Melayu tetapi DAP terpaksa menyamar kerana ia perlu menyembunyikan agenda perkauman parti itu. 
 
Selagi UMNO kuat, selagi itulah sukar untuk DAP menguasai politik negara.   Untuk melawan UMNO, DAP perlu terlebih dahulu menghapuskan semangat cintakan negara dari kalangan rakyat Malaysia.   Apabila semangat cintakan negara semakin pupus dan identiti Melayu semakin terhapus, maka UMNO akan hancur dengan sendirinya.
 
PAS, walaupun merupakan parti Melayu, ia bukanlah lawan DAP kerana parti itu kononnya hanya mempertahankan Islam dan enggan membela Melayu.   Sesuatu kaum yang tidak membela kaumnya sendiri pastinya tidak akan kuat dan PAS telah membuktikan ayat ini, di mana PAS kini sentiasa berada dalam keadaan melutut di kaki DAP. 
 
Dan keengganan PAS untuk bersama UMNO membela kaum sendiri telah menyebabkan bangsa Melayu keseluruhannya semakin hari semakin lemah di bumi sendiri. 
 
Berdasarkan hakikat ini, cadangan Khairy untuk mengkaji semula BTN perlu diambil perhatian serius oleh semua umat Melayu. 
 
Menurut Khairy, BTN tidak perlu merangkumi modul ‘berterima kasih kepada kerajaan’ di mana anak muda perlu dididik untuk berfikir dan memilih jalan sendiri.   Menurut Setiausaha politik Lim Kit Siang pula, BTN membentuk orang Melayu menjadi rasis. 
 
Mungkin mereka mempunyai asas untuk berkata demikian. 
 
Namun, apa yang dikhuatiri ialah modul baru yang bakal diperkenalkan gagal menghayati realiti sebenar masalah perkauman di negara ini serta akur kepada desakan DAP yang sebenarnya mempunyai agenda perkauman tersendiri walaupun asyik terjerit terlolong kononnya merekalah ‘bangsa Malaysia’ yang sebenarnya. 
 
Dalam kata lain, kita khuatir kalau-kalau Menteri Belia dan Sukan terlepas pandang bahawa yang bermasalah ‘rasis’ di sini bukanlah Melayu, tetapi Cina. 
 
Bayangkan apa akan terjadi jika kaum Melayu hilang semangat cintakan bangsa tetapi kaum Cina terus memperkukuh dan meningkatkan semangat perkauman mereka?  Bukankah ini telah pun berlaku dan boleh dilihat di dalam diri Menteri Belia dan Sukan sendiri?  Jika tidak, tidak mungkin beliau digelar Melayu liberal dan bangga mengaku diri sebagai ‘liberal-centrist’. 
 
Perlu diingat bahawa Melayu hanya ada Malaysia, tetapi Cina ada negara Cina untuk menyatakan kewujudan mereka di dunia ini.   Cina tidak akan hilang jika mengaku diri sebagai ‘bangsa Malaysia’ tetapi Melayu akan lenyap jika enggan mengaku diri sebagai Melayu. 
 
Orang Melayu pada dasarnya, cukup faham bahawa semangat cintakan bangsa, tidak semestinya berbentuk rasis.  Selama ini pun orang-orang Melayu telah membuktikan yang mereka bukanlah bangsa yang rasis. 
 
Orang-orang Melayu tidak kisah membeli belah di kedai milik Cina sehingga memungkinkan Cina menguasai ekonomi negara.  Pun begitu, peniaga Cina tetap ingin mengsabotaj ekonomi Melayu dengan menggunakan kuasa ekonomi yang ada pada mereka.  Pengguna di kalangan Cina juga sebolehnya tidak akan membeli belah di kedai Melayu. -- Ini realiti. 
 
UMNO tidak kisah memberi projek kepada kontraktor Cina sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga majoriti orang Cina menguasai tangga tertinggi senarai terkaya di Malaysia.  Pun begitu, orang Cina masih menyalak sekiranya antara senarai itu terdapat dua tiga orang Melayu.  -- Ini juga realiti. 
 
Sifat perkauman Cina bukan ilusi, tetapi realiti, yang mana dikhuatiri pak-pak menteri Melayu seperti Khairy yang tidak pernah bersaing dalam dunia sebenar di luar ini, tidak mampu memahaminya.  
 
Justeru, inilah ditegaskan bahawa sekiranya BTN perlu dikaji semula, ia tidak harus mengenepikan objektif untuk memupuk kesedaran dan kecintaan kepada bangsa dan negara,  tetapi ia harus diperluaskan lagi secara adil bagi kesemua kaum.  
 
Jika benar sayangkan Malaysia, maka semua kaum termasuk kaum Cina wajib mengikis sifat perkauman mereka terlebih dahulu sebelum meminta kaum lain bersikap terbuka. 
 
Kesimpulannya, BTN tidak rosak, maka kita harap tidak perlulah ia dirosakkan melalui makmal yang memakan jutaan ringgit wang rakyat lagi. 
 
Jika ingin lakukan penambahbaikan, pastikan ia mengambilkira semua pandangan dari semua golongan serta nasihat dan pendapat dari mereka yang lebih matang dan bijak yang telah melalui susah senang hidup di negara ini, bukannya pandangan satu pihak sahaja seperti anak-anak muda era ‘gaya-hidup syok sendiri entah apa-apa’ yang tidak faham pun apa itu jati diri dan apa itu identiti. 

Wan Azizah Mengaku Dirinya Hanya Boneka


Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail sebelum ini berang dengan tuduhan yang mengatakan dirinya hanya dijadikan boneka di dalam parti itu. Namun ketika di wawancara oleh portal pro-pembangkang Malaysia Insider baru-baru ini, dia seolah-olah mengakui tidak mempunyai peranan di dalam parti yang diterajuinya itu.
 
Menjawab soalan berhubung keputusan untuk memilih dirinya sebagai calon bagi menggantikan suaminya, Azizah yang juga dikenali sebagai pelakon ‘air mata’ menjawab, dia tidak berada di dalam mesyuarat tersebut.
 
Malah dia turut menegaskan, ketika keputusan untuk melantiknya sebagai calon di PRK Kajang di maklumkan kepadanya dia merasakan terpanggil untuk memenuhi tanggungjawab yang diberikan itu.
 
“Saya tiada dalam mesyuarat ketika itu... Apabila keputusannya tersebut dimaklumkan kepada saya, adalah menjadi tanggungjawab saya memenuhinya” katanya.
 
Atau dalam bahasa mudah, Azizah sebenarnya mengakui  sebagai Presiden dia tidak hadir dalam mesyuarat penting yang sepatutnya diputuskan oleh seorang presiden parti.
 
Persoalannya ialah, di manakah peranan dan kuasa Azizah sebagai presiden? Sedangkan mesyuarat pemilihan calon yang akan dipilih mewakili parti bukanlah satu keputusan yang kecil. Ini kerana mereka yang terpilih akan mewakili dan membawa imej parti sekiranya gagal mempertahankan kerusi panas tersebut.
 
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin ketika berucap di majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, menyifatkan Azizah sebagai ‘boneka’ dalam permainan politik yang dicipta partinya.
 
Atas sebab itu, beliau menyeru agar pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan permainan dan politik murahan pakatan dalam menagih ‘undi simpati’ dalam pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 23 Mac ini.
 
Tambah menarik di dalam wawancara itu, Azizah turut mengatakan antara sebab dia bersetuju untuk menggantikan Anwar ialah untuk memastikan rakyat Kajang dapat melihat ‘kesusahan’ yang dialami oleh keluarganya.
 
Ia sekali gus membuktikan bahawa PRK Kajang ini hanyalah bersifat peribadi dan bukannya untuk kepentingan rakyat.

PRK Kajang Sedingin Ais


PRK Kajang kini terpahat dalam sejarah sebagai bukti sikap tidak bertanggungjawab Pakatan Rakyat dan sikap pentingkan diri Anwar Ibrahim yang kronik.   
 
Permainan politik Anwar nampaknya tidak punya had dan tidak mengira tempat.  Anwar telah mempermainkan sistem demokrasi yang kononnya diperjuangkannya.  Anwar juga telah mempermainkan rakyat Kajang yang memberi kepercayaan kepada partinya dengan menyuruh ADUN yang lama meletak jawatan tanpa sebab.  Kini, kerusi tersebut cuba digantikan dengan isterinya, Wan Azizah - pastinya sebagai proksi dirinya.    
 
Mungkin kerana itu, PRK Kajang dihadapi dalam keadaan ‘dingin’ sekali.  Rata-rata, ceramah PR tidak mendapat sambutan sehangat biasa.  Rakyat seolah-olah letih dan kurang berminat dengan PRK yang sebenarnya tidak perlu sama sekali.  Rakyat juga mungkin terkilan dengan pembaziran yang berlaku akibat PRK ini. 
 
Kehilangan MH370 juga merupakan faktor utama di mana PRK Kajang menjadi dingin. Jelas, rakyat Malaysia rata-ratanya jauh lebih matang dan tidak berminat dengan permainan politik yang keterlaluan apatah lagi yang sengaja diada-adakan.   Tumpuan rakyat adalah pada pencarian MH370 serta nasib penumpang, krew dan keluarga mereka. Ini adalah isu besar yang sebenar, kerana ia melibatkan nyawa manusia. 
 
Tumpuan negara asing kepada Malaysia juga menjadi topik utama di kalangan rakyat. Rata-rata rakyat merasa gusar dan tidak mampu mengelak prasangka terhadap agenda tersembunyi negara asing di sebalik bantuan yang dihulurkan. 
 
Hanya beberapa kerat sahaja di kalangan rakyat yang berminat dengan politik berbanding isu besar lain.  Mereka ini merupakan penyokong tegar Pakatan Rakyat yang melihat segala-galanya dari segi politik sempit yang berlegar di sekitar Ketua Umum mereka sahaja.  Kononnya, semua yang berlaku ada kena mengena dengan Anwar, malah bencana jerebu juga adalah akibat dari ‘daulat’ Anwar.
 
Pun begitu, mereka  ini hanya berdegar-degar di alam maya. 
 
Di dalam kempen-kempen di Kajang, termasuk ceramah Wan Azizah sendiri, tidak begitu mendapat sambutan.   Acara karnival yang diadakan khas untuk berkempen juga tidak mampu menarik begitu ramai orang.   Kalau ada pun, ia hanya dimeriahkan oleh orang dari luar Kajang, yang bukan merupakan pengundi di situ.  Kebanyakan mereka adalah kumpulan kerahan dari PAS dan sedikit dari PKR. 
 
Secara dasarnya, PR dan BN dilihat sama-sama yakin mampu menarik undi kaum Cina. Walaubagaimanapun, kita melihat kaum Cina turut memandang sinis dengan tujuan sebenar PRK ini diadakan.  Hakikat bahawa ia dijadikan pentas untuk Anwar beraksi dalam menghadapi rayuan kes liwat, membuatkan ramai dari kaum Cina merasa ‘terganggu’. 
 
Nampaknya, Anwar kemungkinan telah membuat kesilapan yang besar dalam mengatur strategi melalui PRK Kajang.  Tidak mustahil PRK yang dijangka dapat menyambung ‘nyawa’nya, bakal menamatkan terus riwayat politiknya. 
 
Anwar mungkin boleh merancang dengan sebegitu teliti, tetapi takdir jua yang menentukan.  Takdirnya, Anwar telah kalah dalam rayuan kes liwatnya.  Takdirnya, MH370 hilang dalam Anwar sedang membuat persediaan untuk ‘naik ke pentas’ meraih simpati.  Takdirnya, Anwar masih jauh dari menjadi Perdana Menteri tetapi mungkin menjadi banduan sekali lagi. 
 
Takdirnya, kempen Wan Azizah tidak lagi mampu menarik simpati. 
 
Suasana di Malaysia kini muram, terutama rakyat Selangor dan Kajang sendiri khasnya. Bukan kerana memikirkan nasib Anwar, tetapi memikirkan masalah air, denggi, pencemaran udara dan kehilangan MH370.  Semua yang berlaku ini cukup menginsafkan. Rakyat kini sudah tidak ada masa untuk simpati pada Wan Azizah atau Anwar Ibrahim.   Rakyat kini perlu simpati pada diri sendiri. 
 
Apapun, kempen PRK Kajang tetap diteruskan dalam keadaan sedingin ais, biarpun cuaca begitu panas membahang dan kelam berjerebu. 

Usaha Kerajaan Dalam Misi SAR #MH370 Adalah Yang Terbaik


Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menyelar tindakan segelintir individu yang cuba menyalahkan kerajaan yang di katakan gagal mengendalikan kes kehilangan pesawat #MH370 dengan cekap.
 
Menurut Tun Mahathir mereka sepatutnya tidak mengkritik kerajaan dan syarikat penerbangan nasionalnya berhubung cara mereka menangani misteri kehilangan pesawat penerbangan MH370.
"Memang mudah untuk mengkritik tetapi kita menghadapi satu keadaan yang tidak pernah dialami oleh mana-mana negara di dunia.
"Jika anda kata Malaysia gagal (menangani kehilangan pesawat ini), itu bermakna Amerika Syarikat, New Zealand, Australia, Singapura dan negara-negara lain (yang membantu usaha mencari dan menyelamat) juga gagal, kenapa anda tidak menyalahkan mereka juga," katanya kepada pemberita baru-baru ini.
 
Media antarabangsa dan pembangkang sebelum ini menghentam hebat kerajaan Malaysia. Mereka melontarkan pelbagai dakwaan dan tohmahan bagi mewujudkan kemarahan rakyat. Tidak cukup dengan itu, mereka turut memperlekehkan peralatan dan kelengkapan yang digunakan di dalam misi yang dijalankan itu.
 
Malah mereka turut menggunakan isu kapal selam Scorpene bagi meyakinkan masyarakat.
 
Paling menarik, apabila isu yang di bangkitkan oleh pembangkang itu mendapat bantahan dari pihak tentera Amerika Syarikat. Menurut jurucakap Armada Ketujuh, Tentera Laut negara itu, Komander William Marks berkata, usaha yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia adalah satu kerja yang luar biasa. Ini kerana kawasan pencarian umpama sebuah papan 'chess' yang sangat besar.
 
Beliau turut memuji usaha kerajaan yang dilihat begitu terancang dan tersusun. Malangnya pesawat itu masih belum ditemui. William juga menyatakan hasrat untuk memberi segala bantuan kepada Malaysia selagi pesawat malang itu belum ditemui.
 
Berikut adalah antara kenyataan William ketika diwawancara oleh pihak New York Times.
 
“This is all coordinated by the Malaysian government. They coordinate both the water-space and the airspace management. I give them a lot of credit. They have done what I would call an exceptional job. It’s like a big chessboard out there. It’s really like moving chess pieces around, and that’s 3-D. You have three dimensions, you have the water-space and the airspace." 
 
Kesimpulannya, kerajaan tidak seharusnya melayan isu yang sengaja ditimbulkan oleh pembangkang. Pada mereka semua perkara perlu dipolitikkan asalkan ia mampu memberikan ‘pulangan’ dan impak kepada pakatan.
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam misi mencari dan menyelamat pesawat #MH#70 ini.

Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370?


Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh manusia di bumi ini akan merujuk kepada Amerika.   
 
Segala penciptaan baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata pembunuh terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika.   Biarpun Jerman, Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut terkenal dengan berbagai aset hebat, namun Amerika telah menjadi ‘simbol’ kemajuan dan terpahat sebagai tamadun tertinggi di zaman ini. 
 
Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai teknologi tetapi kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat. 
 
Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui beberapa siri ‘kebetulan’ atau tidak sengaja.   Penguasaan Amerika ke atas dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan generasi.  
 
Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha untuk mencapai matlamat tersebut.   Mereka belajar dari setiap kesilapan dan setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada hari ini di mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau menghadapi akibatnya.  Hanya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil.  Amerika berjaya menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa tiada apa yang mustahil. 
 
Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan kepantasan negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan kenapa pesawat itu masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui tetapi satu petunjuk pun tidak ada. 
 
Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika.  Ia merupakan antara pesawat paling canggih dan paling selamat di dunia.   Maka, jika ada yang mampu ‘menghilangkannya dengan begitu misteri’,  ia pastilah pihak Amerika juga.  Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi spekulasi. 
 
Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam mengesan pesawat tersebut. 
 
Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi  mahupun letupan di udara.  Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat.  Satelit dengan teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang JFK. 
 
Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih juga digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370.   Tidak cukup dengan itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini. 
 
Pendek kata, habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan dalam usaha mencari pesawat malang ini.  Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di daratan telah diterokai.  Namun, ia masih lagi tidak ditemui. 
 
Satu-satunya satellite yang dapat ‘mengesan’ sesuatu yang disyaki sebagai pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China.   Malangnya, objek yang dikesan di Laut China Selatan itu, bagaimanapun, disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari. 
 
Yang menjadi persoalan ialah kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek tersebut terlebih dahulu dari China?
 
Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka?  Atau apakah ini satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas sesuatu isu lain? Apakah ia hanya ‘umpan’ untuk mengkaji kekuatan lawan mereka di rantau ini, iaitu China?   
 
Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa tempoh tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian.  Mungkinkah kegagalan menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk berada di rantau ini selama mungkin sehingga apa jua ‘operasi sulit’ mereka selesai?
 
Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja. 
 
Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan dan juga keselamatan.  Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-gemburkan.   Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai lemah dan tidak berdaya.   
 
Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar. 
 
Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat buruk sebagai justifikasi awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara ini sedikit masa lagi. 
 
Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu diambilkira oleh kepimpinan ialah:  Apakah berbaloi kita memberi sepenuh ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370? 

7 Mac 2014

Rakyat Semakin Meninggalkan Anwar


Apa dah jadi? Semakin hari sokongan terhadap Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim ternyata semakin berkurangan. Sedikit demi sedikit semakin ramai yang meninggalkan walaupun baru-baru ini ‘anak emasnya’, Azmin Ali menyifatkan Anwar sebagai ‘Pemimpin Yang Bertaraf Dunia’.
 
Terbaru, dianggarkan hanya sekitar 20 orang sahaja para penyokong Anwar yang hadir di perbicaraan kes liwat II Anwar, di Mahkamah Rayuan pagi tadi. Walaupun sebelum ini ramai di kalangan pimpinan pembangkang khususnya PKR yang meminta agar para penyokong Anwar hadir bagi memberikan sokongan moral.
 
Antaranya anak kesayangan Anwar yang juga merupakan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang merayu kepada para penyokongnya agar menyebarkan maklumat mengenai tarikh perbicaraan.
 
“Tolong sebarkan maklumat ini dan mari kita TURUN” katanya
 
Sedangkan kalau kita rujuk kepada kes liwat pertama Anwar, ribuan orang yang sanggup hadir ke mahkamah. Malah ada ketikanya ramai yang tidak dapat masuk ke bilik mahkamah kerana ruang yang terhad.
 
Malah ada di kalangan mereka yang sanggup tidur di perkarangan mahkamah semata-mata untuk masuk pada keesokan harinya. Tidak kurang juga yang bermandi peluh di luar perkarangan mahkamah hanya kerana ingin memberikan lambaian dan menjerit ‘reformasi’ bagi memberikan sokongan moral kepada Anwar yang kononnya teraniaya.
 
Persoalannya mengapa ini terjadi? Mengapa rakyat semakin menjauhkan diri daripada Anwar? Sedangkan Anwar yang pernah mendapat sokongan puluhan ribu (ada yang mengatakan ratusan ribu) rakyat suatu ketika dahulu, masih merupakan individu yang sama.
 
Jawapannya mudah. Rakyat sudah semakin sedar dan dapat menilai perkara yang sebenarnya. Ditambah dengan kenyataan Anwar yang sering berubah dan saling bercanggah, telah menyebabkan tembelangnya pecah satu demi satu.
 
Tambah menghairankan, apabila situasi itu bukan hanya dilalui oleh Anwar, namun ia turut dirasai oleh rakan-rakan sekutunya di dalam pakatan pembangkang. Sebagai contoh, program ‘Suara Orang Kampung’ anjuran Pemuda Pas pusat siang tadi turut menerima sambutan hambar.
 
Dianggarkan hanya sekitar 50 orang sahaja yang hadir memberikan sokongan terhadap himpunan tersebut. Himpunan yang diadakan di hadapan bangunan gaetah Asli itu kononnya untuk memperjuangkan nasib golongan petani yang dikatakan tertindas.
 
Persoalannya sekiranya benar golongan tersebut ditindas, masakan hanya 50 orang sahaja yang sanggup hadir. Tambah melucukan majoriti yang hadir pada petang itu adalah merupakan ahli Pemuda Pas yang rata-rata tinggal di Lembah Klang.
Apa pun, setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada majoriti rakyat Malaysia yang telah mula dapat menilai antara kaca dan permata. Benarlah kata pujangga, ‘mana mungkin penipu, dapat menipu orang buat selamanya. Lambat laun sudah pasti rakyat akan tahu siapa sebenarnya yang bersalah.

4 Mac 2014

Air oh air selangor

Rafizi Sahkan Masalah Air Adalah Mainan Politik PKR
Dengan termeterainya MOU Penstrukturan air, maka rakyat Selangor sudah mampu melihat  cahaya di hujung terowong.  Walaupun penyelesaian isu air bukan bersifat segera, namun, ia sudah cukup untuk rakyat menarik nafas lega kerana sekurang-kurangnya, penyelesaian adalah hampir pasti. 
Walaubagaimanapun, kelegaan rakyat disambut dingin oleh beberapa pemimpin PKR Selangor. 
Antaranya, Anwar Ibrahim sendiri yang mempersoalkan tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abd. Khalid Ibrahim yang menandatangani MOU tanpa merujuk kepadanya.  Selain itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli juga mempertikai tindakan Khalid dengan mempersoalkan kos yang terlibat. Menurutnya, penstrukturan air di Selangor dengan kerjasama Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan seperti anggaran awal RM9.65 bilion seperti yang diumumkan.
Rafizi menegaskan bahawa PKR tidak bersetuju dengan kandungan MOU yang melibatkan pembinaan loji rawatan Langat 2.
Rafizi menyentuh isu-isu teknikal berkenaan pengambil-alihan empat syarikat konsesi air dan juga pembinaan Langat 2 yang dikatakan tidak menepati jumlah kos yang diumumkan.  Beliau membayangkan yang proses ini bakal melibatkan dana awam, sekali gus menaikkan tariff air. Rafizi kemudian mendesak Khalid mendedahkan butiran MOU kepada rakyat. 
Sekali imbas, Rafizi kedengaran seolah-olah benar-benar prihatin dengan nasib rakyat yang mungkin akan terpaksa menghadapi kenaikan tariff air.   Namun, bila difikirkan semula, prihatinkah Rafizi jika kononnya tidak mahu bebankan rakyat dengan kenaikan tariff air tetapi sanggup pula membebankan rakyat biar tiada air terus?  
Kenyataan Rafizi seterusnya membuatkan kita kembali tersedar bahawa PKR hanya bermain politik dan tidak sedikit pun prihatin dengan nasib rakyat. 
Segala-galanya terdedah apabila Rafizi berkata, “Dengan kelulusan pembinaan Langat 2, kerajaan negeri Selangor kehilangan satu-satunya senjata yang dimiliki untuk berdepan dengan kerajaan pusat dalam isu air.”
Kenyataan tersebut secara langsung membuktikan bahawa PKR telah selama ini sengaja enggan bekerjasama dengan kerajaan pusat dalam menyelesaikan masalah air di Selangor kerana ingin menjadikan isu ini sebagai ‘senjata’ untuk menyalahkan BN.  
Dalam kata lain, PKR sengaja membiarkan rakyat menderita dan sengsara ketiadaan air semata-mata untuk ‘bermain politik’.
Justeru, tidak hairanlah sejak mula mengambil-alih Selangor, PKR beria-ia menafikan yang Selangor bakal menghadapi masalah air walaupun telah diberi amaran oleh pakar.  PKR juga dengan megah mengaku kononnya akan menyelesaikannya dengan cara merawat air lombong, menggunakan teknologi canggih seperti membran, yang kononnya jauh lebih murah dan sebagainya. Untuk itu, PKR telah menjemput pakar-pakar dari Kanada untuk membuat pembentangan dan mengemukakan penyelesaian.   
Namun, akhirnya, ternyata sudah bahawa semua itu hanyalah wayang politik sahaja. 
Apabila masalah air benar-benar meruncing, PKR mula gelabah dan Khalidlah yang menjadi mangsanya.  Lalu, bagi menyelamatkan diri, Khalid perlu kembali ke pangkal jalan dan memeterai perjanjian dengan Putrajaya bagi membolehkan masalah ini selesai. 
Berdasarkan apa yang berlaku dan juga kenyataan Rafizi, jelaslah sudah bahawa PKR tidak pernah peduli jika rakyat sengsara asalkan mereka boleh memanipulasi isu bagi menyalahkan BN.  
Bayangkan jika Khalid tidak menerima penyelesaian yang dikemukakan oleh kerajaan Pusat, masalah air sudah tentu tidak akan selesai selagi PKR memerintah.  Kini, apabila masalah hampir selesai, PKR tidak segan silu pula menyatakan ketidakpuasan hati dan lebih suka jika rakyat terus menderita demi sedikit ‘modal’ untuk dijadikan ‘senjata’ politik mereka. 
 

1 Mac 2014

Anwar Guna Gambar ‘Recycle’ Konon Dia Mendapat Sambutan Hebat Di Jepun


Jurugambar sebuah portal berita mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang dilihat cuba menipu masyarakat dengan publisiti murahan apabila menggunakan gambar 'recycle' bagi menunjukkan kononnya dia mendapat sambutan yang luar biasa ketika lawatannya di Jepun baru-baru ini.
 
Menurut Shaik Mohamad Amin, 28 gambar tersebut sebenarnya berlaku ketika pembacaan keputusan kes liwat yang membabitkan Ketua Pembangkang itu pada 9 Januari 2012. Sebagai salah seorang jurugambar yang bertugas dia turut berada di tempat kejadian pada ketika itu.
 
"Tindakan, Anwar yang sengaja menyebarkan 'gambar recycle' itu untuk menunjukkan seolah-olah dia mendapat sambutan hangat dan luar biasa ketika berada di Jepun, adalah satu cubaan untuk memperbodoh-bodohkan masyarakat.
 
"Sebagai seorang pemimpin yang kononnya 'anugerah tuhan', dia tidak sepatutnya menggunakan pendekatan murahan seperti itu," ujarnya.
 
Isu gambar recycle ini bermula, apabila semalam (27 Feb) seorang penyokong Anwar @OrenjiRenOren telah memuat-naikkan gambar tersebut pada pukul 12:35 petang dengan mengatakan status "Biar gambar berbicara ketibaan @anwaribrahim di Narita Airport".
 
Seterusnya pada pukul 12:52 petang, status tersebut telah 'diretweet' oleh Anwar dengan menggunakan akaun rasminya seolah-olah bersetuju dengan 'status' tersebut.'Retweet' Anwar itu kemudiannya telah disebarkan pula oleh para pengikutnya yang beranggapan kononnya ketibaan Anwar di Jepun benar-benar mendapat sambutan yang hebat dari pihak media di sana.
 
Shaik turut beranggapan, tindakan terdesak itu mungkin dilakukan bagi membersihkan kembali imejnya yang sebelum ini tercalar kerana dihalang dari memasuki ke negara tersebut'.
 
Pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang apabila pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.
 
Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.
 
Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, kerana gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.
 
Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.


--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Saman Pil Kuda, PKR Jatuhkan Maruah Presiden Pas


Para penyokong Pas menyelar kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang menggesa agar kes saman malu antara bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin dengan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang diselesaikan di luar mahkamah.
 
Kenyataan yang dikeluarkan melalui laman Facebook 'Kami Bersama Ulama Muda Haraki' itu meminta agar kes saman ini diteruskan perbicaraannya di dalam mahkamah, kerana di dakwa ia telah menjatuhkan maruah Hadi selaku Presiden.
 
"Selesai dalam mahkamah. Kamu dah jatuhkan maruah Presiden kami. Senang-senang nak tarik perhatian penyokong PAS... KAMI DAH TAHU
PERMAINAN KAMU," tegasnya.
 
Terdahulu Anwar melalui laman twitternya cuba mengambil jalan selamat untuk memujuk hati para penyokong Pas yang marah dengan tindakan itu dengan menjelaskan kononnya PKR telah meminta agar perkara tersebut diselesaikan di luar mahkamah.
 
Dia yang juga merupakan bakal calon untuk kerusi Dun Kajang menjelaskan, walaupun keluarga Mohd Shamsul berkeras untuk meneruskan saman tersebut namun pemimpin PKR di peringkat pusat telah memberikan nasihat kepadanya berhubung perkara tersebut.
 
"Pimpinan telah nasihat dulu. Keluarga berkeras. Saya telah jelaskan kepada Abdul Hadi. Kita sedang usahakan," katanya.
 
Para penyokong Pas sebelum ini terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu yang memerintahkan Hadi agar membayar saman RM2 juta yang dikemukakan oleh Shamsul yang juga merupakan Ketua Angkatan Muda PKR Dungun.
 
Saman tersebut difailkan oleh Shamsul, ekoran dari kenyataan Hadi di dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat di Marang, Terengganu ketika kempen pilihanraya umum yang lalu. Di dalam ceramah tersebut Hadi dengan lantang menjelaskan sebab mengapa parti itu tetap meletakkan calon Pas untuk bertanding di beberapa kawasan yang turut ditandingi oleh PKR.
 
Menurutnya, dia MEMPUNYAI MAKLUMAT ada calon daripada pakatan pembangkang yang membuat kerja haram dengan menjual pil kuda.
 
Menurut Mohd Badiuzzaman Mohd Nursi di halaman page berkenan, memang terdapat asas, sekiranya PKR menarik balik saman tersebut, kerana takut apabila melihat kemarahan yang ditunjukkan oleh para penyokong dan ahli Pas.
 
Namun menurutnya tindakan tersebut bukan dilakukan kerana Tok Guru (Hadi), tetapi kerana bimbang jentera Pas memboikot #KajangMove sekaligus menyebabkan kekalahan Anwar.
 
"Usaha boikot #KajangMove ada asas, sebab jentera Pas lihat PKR bukan nak jaga pun perasaan dan maruah Presiden. Tapi (hanya ingin) guna tenaga dan pengaruh Presiden Pas dalam di Kajang. Saya tak kisah kalau jentera Pas nak boikot sebab ada asas yang kuat," katanya.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Sokong ISMA, Iktiraf Malaysia Bumi Warisan Melayu


Jika sesuatu bangsa itu dibunuh dan dihapuskan terus, mereka tetap akan meninggalkan kesan sejarah dari budaya yang merangkumi agama dan tradisi.  Maka, bangsa itu, secara dasarnya tidaklah lenyap terus, tetapi sekadar 'hilang' dari muka bumi. 
 
Namun, jika dihapuskan budaya bangsa itu dan sejarahnya diubah serta agama dan tradisinya dikucar-kacirkan, maka walaupun pada dasarnya bangsa itu wujud, tetapi ia sebenarnya telah lenyap sama sekali. 
 
Sedar atau tidak, inilah perancangan para ektremis Cina di negara ini, yang turut disokong oleh golongan Melayu liberal secara sedar, dan Melayu-PAS secara tidak sedar. 
 
Justeru, perjuangan ISMA untuk mendesak dunia mengiktiraf Malaysia sebagai bum0i warisan dan hak Melayu bukanlah sesuatu yang remeh dan tidak relevan sepertimana sangkaan golongan yang berpemikiran cetek.   
 
Jelas, ISMA memandang jauh ke hadapan, dan mampu mendalami dan menyelami agenda tersirat pihak yang ingin melenyapkan Melayu dari muka bumi sendiri. 
 
Hari ini, Melayu diasak agar menggadaikan 'bangsa' mereka kepada sesuatu yang dipanggil 'bangsa Malaysia'.  Malangnya, 'bangsa Malaysia' yang didesak ke atas kita itu langsung tidak mengambilkira hak Melayu sebagai penduduk asal dan tidak meletakkan syarat  di mana semua bangsa di bumi ini wajib berasimilasi dengan budaya dan bahasa Melayu. 
 
'Bangsa Malaysia' yang dicadangkan itu, ingin memadam terus kewujudan 'Melayu' sepertimana kenyataan Lim Kit Siang sendiri. 
 
Percubaan ektremis Cina untuk melenyapkan Melayu disyaki sudah dirancang sedari awal. Ini berikutan keengganan mereka mengiktiraf dan menghayati sejarah awal Tanah Melayu sejak azali lagi.  Masyarakat  Cina negara ini hanya melihat sejarah negara bermula dari era penjajahan British di mana tok nenek moyang mereka mereka di bawah ke sini untuk bekerja di lombong bijih timah.  
 
Bagi mereka, sejarah negara sebelum kedatangan nenek moyang mereka ke sini adalah tiada kena mengena dengan mereka. 
 
Apabila berlakunya 13 Mei, kita dapat melihat sekali lagi sikap bangsa Cina yang tidak pernah meletakkan kesetiaan kepada pemerintah Melayu.   13 Mei adalah sebenarnya satu percubaan merampas kuasa politik dari orang-orang Melayu. 
 
Sejak itu, orang-orang Cina terus cuba mengubah sejarah berkenaan 13 Mei dan juga mengenai komunis.  Sebolehnya, mereka mahu dunia mengiktiraf komunis sebagai wira dan mereka pula bukan sebagai dalang 13 Mei.  Oleh itu, sejak sekian lama, mereka giat mengedar risalah yang memaparkan sejarah palsu mengenai komunis dan juga 13 Mei. Jika sebelum ini mereka melakukannya secara sembunyi-sembunyi tetapi hari ini mereka telah berani melakukannya secara terbuka.
 
Tidak cukup dengan itu, mereka juga mereka-reka cerita kononnya kaum Cinalah yang mula-mula datang ke rantau ini dan kononnya sejarah kepahlawanan Melaka sebenarnya melibatkan bangsa Cina. 
Selain itu, kita juga dapat mengesan bagaimana budaya Melayu dipencilkan dalam gabungan yang kononnya merujuk kepada kepelbagaian atas nama 'budaya Malaysia'. 
 
Kita tidak tahu kegilaan apakah atau ketamakan apakah yang melanda orang-orang Cina yang masih tidak cukup-cukup tanah dan wang yang dimiliki mereka walaupun sudah 'membiak' dan menyedut kekayaan hampir di seluruh benua. 
 
Rasanya tidak salah jika kita menganggap kesungguhan DAP dan MCA mendesak penerimaan idea Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) untuk menghapuskan 'bangsa' dalam borang rasmi sebagai bukti wujudnya usaha serius dan bersepadu untuk melenyapkan Melayu dari muka bumi ini.   
 
Bayangkan, sekiranya kategori 'bangsa' dihapuskan, bangsa Cina masih wujud dengan merujuk kepada negara China.  Begitu juga bangsa India kekal wujud dengan merujuk kepada negara India.  Namun, bangsa Melayu tidak akan mampu merujuk ke mana-mana lagi kerana di sinilah saja tempat tanah tumpah darah Melayu.   
 
Kita seharusnya bersyukur kerana ISMA berani tampil ke hadapan membawa perkara ini ke peringkat dunia.  Sesungguhnya, tidak mustahil ancaman terhadap penghapusan bangsa Melayu bukanlah ilusi tetapi ia benar-benar berasas jika dilihat dari rentak langkah golongan ektremis Cina. 
 
Sudah sampai masanya orang-orang Melayu belajar berfikir lebih jauh dan mendalam bagi memastikan kesinambungan bangsa kita di muka bumi ini.   Ini bukan lagi masa untuk berfikir secara remeh dan ala kadar bagi mengisi kehidupan pada, dan ketika ini.  Bangsa Melayu wajib mula berfikir merentasi zaman dan generasi jika ingin 'menang' dalam persaingan merebut tanah air sendiri, serta menyatakan kewujudan diri.    
 
Ingatlah, jika benar mereka wujud golongan yang ingin menghapuskan Melayu itu, maka mereka bukannya merancang perkara ini setahun dua, tetapi berpuluh tahun merentasi zaman dan generasi.  Mereka kekal fokus dan tidak pernah mengubah arah destinasi biar pun apa yang terjadi.  Setiap kali kecundang, seperti 13 Mei, mereka akan belajar dari kesilapan dan mengatur strategi yang lebih mantap lagi. 
 
Jika kita tidak ingin lenyap, maka kita wajib bangun mempertahankan diri dengan berdiri di belakang ISMA dalam isu ini. 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Sebelum Kit Siang Bercakap Tentang Integriti, Apa Cerita CEC?


 
Blog Kit Siang hari ini memaparkan artikel tulisan Boo Su Lyn di Malay Mail Online yang bertajuk 'Election 2013 lacked integrity, study finds'.  Artikel tersebut memetik kajian Electoral Integrity Project (EIP) yang mendapati bahawa Malaysia telah jatuh ke tangga ke 66 dari 73 buah negara dari segi integriti pilihanraya. 
 
Kajian tersebut menuduh parti memerintah sebagai memanipulasi persempadanan bagi memberi kelebihan kepada mereka.  Tuduhan ini adalah berdasarkan persempadanan kawasan majoriti Melayu di luar bandar dan kawasan majoriti Cina di bandar yang dikatakan dibahagikan secara tidak adil bagi membolehkan parti memerintah menang berdasarkan jumlah kawasan, bukan jumlah pengundi. 
 
Malangnya, kajian yang dibuat oleh Professor Pippa Norris dan Dr. Ferran Martinez sebagai penulis bersama dari University Sydney dan Universiti Harvard ini, tidak pula menjelaskan bagaimana BN berjaya mengekalkan kemenangan sekian lama dengan persempadanan yang sama selama ini, jika 'kaum' merupakan faktor penting persempadanan. 
 
Hakikatnya, BN tidak pernah mengalami kemerosotan undi masyarakat Cina sepertimana 2013, sekali gus menafikan yang persempadanan dibuat berdasarkan 'kaum' atau dengan niat untuk memanipulasi. 
 
Kajian bebas oleh Prof. Pippa dan Dr. Ferran ini dilihat sebagai mempunyai motif yang diragui kerana sengaja mempersoal integriti pilihanraya Malaysia sedangkan keputusan yang di mana pembangkang berjaya menggoyahkan kedudukan BN, sudah cukup untuk membuktikan bahawa ia merupakan satu pilihanraya yang adil dan tiada unsur-unsur manipulasi dalam apa jua segi. 
 
Logiknya, sekiranya BN mampu memanipulasi keadaan, tentulah parti itu tidak akan menang tipis, tetapi menang besar, dengan pembangkang tidak mampu merampas atau mengekalkan walau satu negeri sekali pun. 
 
Justeru, kajian yang begitu lemah ini tidak seharusnya diberi perhatian serius. 
Apa yang perlu diberi perhatian ialah tahap ketebalan muka Lim Kit Siang kerana tidak malu untuk terus menyentuh soal integriti di blognya sedangkan kedudukan partinya sendiri kini terumbang-ambing akibat masalah integriti pemimpinnya. 
Seharusnya, Kit Siang mencermin dulu mukanya dan muka anaknya, dan seluruh anggota CECnya yang masih belum sah kedudukannya sehingga kini.  Pemilihan CEC pada Disember 2012 telah diragui sejak dari awal lagi apabila parti itu mengumumkan yang mereka telah 'tersilap kira' sedangkan jumlah yang perlu dikira hanyalah lebih kurang 2,000 undi sahaja. 
Bertitik tolak dari itu, pengiraan semula dilakukan yang mana memperlihatkan kesilapan yang tidak logik dan konsisten dari segi matematik contohnya, pemenang ke-20 tiba-tiba menduduk tempat ke-6 serta tidak selari dengan perbezaan undi orang lain. 
Tidak cukup dengan itu, ROS menerima aduan dari lebih 700 perwakilan India DAP bahawa mereka telah tidak menerima notis mesyuarat, sekali gus telah dipinggirkan dari mengundi.  Sehingga ke hari ini, DAP masih belum dapat membuktikan yang notis mesyuarat telah dihantara kepada mereka ini.
Berdasarkan aduan tersebut, ROS mengarahkan pengundian semula.  Beberapa minggu sebelum pengundian semula, kedengaran lagi rungutan terutama dari pihak perwakilan India bahawa pemimpin atasan mengadakan pertemuan sulit dengan beberapa perwakilan terpilih sahaja. 
Kemudiannya, apabila pengundian semula diadakan, hampir 800 perwakilan telah didapati 'hilang', manakala beberapa calon pula menarik diri di saat akhir menjadikan pemenangnya kekal sepertimana keputusan dari kiraan semula sebelumnya. 
Namun, keputusan yang 'sama' itu, tetap tidak mampu menutup belang pemimpin DAP apabila ROS menerima lagi aduan dari ahli dan pemimpin bawahan DAP yang mengemukakan bantahan terhadap mesyuarat CEC yang dijalankan tanpa mengikut prosedur parti. 
Perbalahan turut berlaku di peringkat negeri di mana anggota CEC yang tidak sah telah bertindak mengatasi pemimpin negeri yang dipilih secara demokrasi oleh ahli. 
Bersandarkan kronologi ini, DAP sebenarnya sudah tidak punya apa-apa hak lagi walaupun untuk menyebut berkenaan 'integriti', apatah lagi mempersoal orang lain mengenainya.   Kemelut CEC bukanlah masalah yang sengaja diada-adakan oleh parti lawan, tetapi merupakan masalah yang dibangkitkan oleh ahli-ahli parti sendiri. 
Jika ahli-ahli sendiri mempersoalkan integriti pemimpin DAP, apa hak pemimpin DAP untuk mempersoal integriti SPR mahupun BN?  Jika undi 2,000 pun tak mampu mengira dan menimbulkan masalah sehingga berbulan dan bertahun-tahun, apa hak DAP untuk mempersoal SPR yang telah terbukti menjalankan kerja dengan baik saban tahun. 
Mungkinkah Kit Siang ingin menyatakan bahawa kemenangan DAP di Pulau Pinang adalah kerana SPR tiada integriti dan telah 'dibeli' oleh DAP? 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.