30 Jan 2014

Anwar Pemimpin Dunia, Tapi Jepun Reject Tak Bagi Masuk


 
Lawak!!! Ingat hanya seorang dua yang perasan, rupanya ramai yang ketawa terbahak-bahak dengan kenyataan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali semalam  yang menyifatkan 'Bapa Sandiwara Negara'Anwar Ibrahim sebagai 'Pemimpin Bertaraf Dunia'.
 
Menurut Azmin, Ketua Pembangkang itu di perlukan oleh banyak negara di dunia terutamanya di Timur Tengah.
 
"Saya sudah kenal lama Anwar. Sudah lebih 30 tahun, dia seorang pemimpin bertaraf dunia dan akan menjadi wakil rakyat penduduk di Kajang. Dia (Anwar) bukan diperlukan di Malaysia sahaja, tetapi dia pemimpin dunia.. negara Islam di Timur Tengah pun memerlukan Anwar.
 
"Jadi orang Kajang harus bersyukur kerana pemimpin dunia turun sini berjuang," ujarnya ketika menyampaikan ucapan pada sesi Taklimat Jentera Pilihan Raya PRK N25 Kajang di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Sekamat semalam.
 
Ada yang mengatakan, kenyataan Azmin itu agak keterlaluan kerana cuba membodek Anwar dengan meletakkannya di tempat yang tidak sepatutnya. Namun ramai juga yang beranggapan kenyataan tersebut lebih bersifat untuk menyindir atau dalam bahasa mudah 'pukul dalam senyap'.
 
Ini kerana Azmin yakin dan sedar, kenyataannya itu akan menyebabkan semakin ramai yang akan mentertawakan Anwar sekali gus menyebabkan imej dan maruah Ketua Umum PKR itu semakin tercalar.
 
Masakan tidak, pertengahan bulan yang lalu masyarakat di negara ini tiba-tiba gempar dengan laporan berita mengenai Anwar yang dihalau pulang kerana pihak imigresen Jepun tidak membenarkannya masuk ke negara itu.
 
Demi untuk mengelakkan maruahnya dari tercalar, Anwar cuba menyalahkan kerajaan Malaysia yang dikatakan menjadi dalang kerana berpakat dengan kerajaan Jepun untuk memalukannya.
 
Namun semua tuduhan yang tidak berasas itu, kembali menimpa dirinya, apabila jurucakap kedutaan Jepun di negara ini menjelaskan masalah itu berpunca dari Anwar sendiri, yang gagal untuk memohon dan mengemukakan visa perjalanan.
 
Rentetan daripada itu, masyarakat Malaysia mula mentertawakan Anwar yang jelas telah memperbodohkan dirinya sendiri. Di laman media-media sosial pula, penuh dengan watak-watak animasi Jepun seperti Doraemon, Ultraman, Kesatria Baja Hitam dan banyak lagi yang dijadikan bahan lawak jenaka ekoran insiden yang memalukan itu.
 
Kesimpulannya, tindakan Azmin mengatakan Anwar adalah pemimpin dunia bukanlah untuk memuji jauh sekali untuk membodek, tapi merupakan serangan hendap bagi mengajarnya.
 
Ini kerana, tindakan Anwar untuk bertanding di Dun Kajang hanya bertujuan untuk membunuh peluang Azmin yang telah lama mengidamkan jawatan tersebut. Malah kehadiran Anwar di Selangor juga bakal menyebabkan Azmin hilang pengaruh sekali gus mengelakkannya menggunakan pimpinan PKR negeri untuk mengugut Anwar seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.
 
Ertinya Azmin sedar, Anwar cuba membunuh 2 ekor burung, dengan menggunakan satu batu. Selain membunuh Khalid yang dilihat tidak cekap, Anwar sudah pasti akan mampu menghalang atau paling tidak mengurangkan pengaruh politik Azmin yang suatu ketika dahulu pernah dilihat sebagai 'anak emas' atau bakal pengganti kepada Anwar.


--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

ANWAR KORBANKAN ANAK MUDA KERANA TAMAK KUASA


Keputusan Anwar Ibrahim memaksa Menteri Besar Selangor mencalonkan dirinya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kajang adalah satu harakiri politik baginya.
Ini kerana keputusan Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi tersebut hanya lapan bulan memenangi dibuat atas kepentingan Anwar bukannya rakyat.
Banyak spekulasi bertiup kencang bahawa ketua pembangkang parlimen itu akan dilantik sebagai menteri besar Selangor baru menggantikan Khalid Ibrahim.
Mungkin Anwar, Azmin dan penyokong-penyokong PKR jahil tentang politik atau kaedah pelantikan seorang menteri besar.
Mereka fikir begitu mudah sekali Khalid diturunkan hanya kerana beliau berlaga angin dengan kroni kesayangan Anwar, Azmin.
Kuasa menyetujui calon dan perlantikan seorang menteri besar terletak sepenuhnya di tangan sultan.
Mungkin Anwar lupa episod calon-calon menteri besar yang ditolak suktan dan raja di Terengganu dan Perlis semasa pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Seorang perdana menteri sekali pun tidak boleh mencampuri apatah lagi mengekang kuasa sultan dalam isu perlantikan menteri besar inikan pula Anwar yang inga dirinya mengatasi sultan dan perlembagaan.
Kedua, Anwar sememangnya tidak layak dipertimbangkan sebagai calon menteri besar yang baru kerana undang-undang tubuh negeri mensyaratkan penjawat mestilah anak jati kelahiran Selangor manakala ahli parlimen Permatang Puah itu anak kelahiran Cherok To'Kun.
Sekutu pakatan pembangkang sudahpun melahirkan rasa tidak puas hati secara tiba-tiba mereka kekurangan satu kerusi DUN di Selangor.
Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi menyelar tindakan PKR itu sebagai berkepentingan diri, membuang masa dan membazir.
Malah Nasrudin menyindir sinis sambil mengatakan pilihan raya tersebut adalah ciptaan Anwar sendiri dan bukannya bagi kepentingan pembangkang.
Jika pilihan raya kecil diadakan, kemungkinan besar jentera pilihan raya Pas dan Dap tidak akan menunjukkan kesungguhan untuk membantu Anwar melihatkan ia adalah lebih kepada permainan politik beliau.
Sudah tentu apa yang dilakukan Anwar adalah bersifat unilateral dan mengambil keputusan tanpa dahulu berbincang dengan Pas dan Dap di Selangor.
Tindakan Anwar tersebut boleh dianggap sebagai keputusan untuk menyelamatkan karier politiknya yang semakin pudar dan ditolak oleh pakatan pembangkang.
Masih ingatkah kata-kata Karpal Singh bahawa Anwar adalah liabiliti paling besar kepada pembangkang dan beliau seharusnya bertaubat atas segala dosa-dosa seks liwat yang dilakukannya?
Anwar hanya mementingkan diri sendiri kerana beliau telah melanggar piagam PKR dan pembangkang untuk mengangkat suara orang muda di dalam parti.
Apa yang terjadi, beliau sanggup korbankan seorang ahli politik Cina yang muda dan pertama kali menjadi YB demi kerakusan untuk menggaut lebih banyak kuasa.
Di mana letakkannya pendirian PKR yang selama ini mengeksploitasi golongan muda untuk tujuan politik parti itu dan dengan mudah golongan ini diketepikan untuk menjaga kepentingan pemimpin atasan.
Angkatan Muda Keadilan mesti mengkaji semula kedudukan mereka di dalam PKR dan usah biarkan mereka diperkotak-katikkan demi kepentingan seorang individu.
Sanggupkah AMK menelan kepahitan melihat wakil mereka ditolak begitu sahaja untuk kepentingan seorang tua berumur 67 tahun?
Rakyat Selangor juga telah terhina dengan tindakan Anwar tersebut.
Ini kerana sebagai sebuah negeri paling kaya, termaju dengan beratus-ratus institusi pengajian tinggi, akhirnya terpaksa mengambil calon import dari Permatang Pauh untuk bertanding mewakili Kajang.
Bukankah ini satu tindakan yang paling menghinakan walhal di kalangan PKR Selangor terdapat ramai calon yang lebih layak dan lebih bijak daripada Anwar sendiri.
Inilah yang dinamakan tamak kuasa yang tidak ada hadnya.
Sudah menjadi ahli parlimen, kemudian dilantik ketua pembangkang, lepas itu memegang jawatan penasihat ekonomi pula dan kini kemaruk hendak menjadi ADUN pula.
Anwar sebenarnya individu yang amat kecewa kerana kempunankan jawatan perdana menteri yang tidak kesampaian.
Begitulah nasib seorang yang terlalu 'frust' seolah-olah hilang arah dan panduan dalam 'political widerness' yang diciptanya sendiri.
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

29 Jan 2014

Siapa Ketua Pembangkang di Parlimen Jika Anwar MB Selangor? 


Pakatan Rakyat sebelum ini melantik Datin Seri Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen 'sementara' menunggu Anwar Ibrahim layak bertanding.  Perkara ini dipersetujui secara nyata oleh kesemua pemimpin tertinggi ketiga-tiga parti PKR, PAS dan DAP. 
 
Strategi ini telah berjaya dan Anwar kini menjadi Ketua Pembangkang Malaysia iaitu lawan yang 'setara' bagi jawatan Perdana Menteri. 
 
Bagaimanapun, pengumuman perletakan jawatan ADUN Kajang secara tiba-tiba dan tanpa sebab pada Isnin lalu telah mengubah segala-galanya.  Tindakan tersebut memaksa PRK diadakan dalam masa terdekat. 
 
Apa yang mengejutkan ialah, Anwar dikatakan bakal bertanding di situ bagi memberi laluan kepada beliau untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor yang kini sedang panas akibat pertelagahan antara Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali.  Sekiranya ini benar, ia mungkin bermakna yang Anwar akan melepaskan jawatan Ketua Pembangkang. 
 
Walaupun ia dikira tindakan 'turun pangkat' bagi Anwar, namun pada hakikatnya, jawatan Menteri Besar Selangor adalah lebih 'berkuasa' lagi dari jawatan Ketua Pembangkang berdasarkan kedudukan Selangor sebagai negeri paling kaya di Malaysia.  Adalah dikatakan bahawa sesiapa sahaja yang berkuasa di Selangor akan sekali gus mempunyai akses kepada jumlah wang yang banyak dan mampu memberi tekanan hebat kepada kerajaan pusat. 
 
Antara teori lain untuk menjelaskan keputusan Anwar bertanding di PRK Kajang ialah bahawa sekiranya Anwar menang, maka cadangan melantik Anwar sebagai Menteri Besar bakal meletakkan pihak istana dalam keadaan yang sukar.  Dari situ, PR dikhuatiri akan mengambil kesempatan mencipta isu yang lebih besar terhadap Institusi Raja-raja. 
 
Teori-teori ini bagaimanapun tidak dapat dipastikan sehingga keputusan PRK diumumkan. 
 
Antara persoalan lain dalam memperkatakan PRK Kajang ini ialah, jika Anwar melepaskan jawatan Ketua Pembangkang, siapakah yang akan menggantikannya?
 
Calon yang dikatakan 'logik' adalah Lim Kit Siang, Hadi Awang dan juga Azmin Ali.   Malangnya, mengikut pandangan umum, tiada seorang pun dari mereka ini dilihat mampu mewakili keseluruhan Pakatan Rakyat, jauh sekali keseluruhan rakyat. 
 
Lim Kit Siang yang terkenal dengan sifat rasis lagi angkuh hanya mampu mewakili kaum Cina.  Ucapan-ucapan beliau yang konon mengajak kepada perpaduan dan di waktu yang sama menuduh UMNO rasis adalah tidak konsisten dengan tindakan partinya yang secara terang-terangan menindas orang-orang Melayu dan India.  Pendirian DAP yang pro-Kristian juga tidak memberi apa-apa kelebihan kepada Kit Siang. 
 
Kesungguhan Kit Siang membangkitkan isu 13 Mei akhir-akhir ini juga telah meningkatkan rasa curiga rakyat terhadapnya.  Ini, ditambah lagi dengan hakikat beliau adalah pencetus kepada peristiwa berdarah itu.  Atas dasar ini, Kit Siang tidak mungkin boleh dipertimbangkan bagi jawatan Ketua Pembangkang.   
 
Di masa yang sama, kita juga tidak mampu membayangkan Hadi Awang sebagai Ketua Pembangkang.  Hadi Awang tidak berkarisma serta terlalu lemah sehingga tidak mampu mempertahankan pendirian PAS yang sering bertentangan dengan sekutu-sekutunya.  Kita juga difahamkan bahawa Hadi tidak mampu menerajui mesyuarat dalaman PAS sekali pun, dan hanya mengharapkan Setiausaha Agung menjalankan tugas bagi pihaknya.
 
Orang-orang PAS sendiri khuatir sekiranya Hadi Awang menjadi Ketua Pembangkang, maka beliau hanya akan bersuara mengikut rentak Kit Siang yang lebih agresif dan dominan.  Justeru, walaupun PAS ingin melantik Ketua Pembangkang dari parti itu, tetapi Hadi Awang bukanlah calon yang terbaik. Tanpa kepercayaan dari ahli parti sendiri, terbuktilah bahawa Hadi tidak layak untuk memimpin apatah lagi menjadi Ketua Pembangkang Malaysia. 
 
Azmin Ali pula mempunyai terlalu banyak skandal.  Beliau yang terkenal sebagai suami dayus hanya akan menyambung gambaran kotor yang terpahat di dahi Ketua Pembangkang terdahulu.  Secara dasarnya, Azmin mungkin boleh bergerak sebagai bayang-bayang Anwar, namun, ini juga akan bermakna beliau tidak akan mampu menjadi Ketua Pembangkang yang berkesan. 
 
Walaupun Azmin membawa pendekatan terbuka dan liberal, tetapi itu tidak bermakna DAP menyokongnya seratus peratus.  Apa yang kita tahu, Azmin sering dicurigai oleh DAP atas dasar beliau seorang Melayu dan merupakan anak didik manusia yang sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa. 
 
Kesimpulannya, ketiga-tiga calon yang disebut sebagai bakal Ketua Pembangkang yang baru ini tidak dapat mewakili ketiga-tiga parti dalam PR.  Masing-masing membawa haluan dan agenda masing-masing dan berkemungkinan besar tidak mampu menghadapi dilemma antara pendirian parti sendiri dengan pendirian Pakatan Rakyat.  Kesemuanya tidak mungkin akan mendapat penghormatan yang sewajarnya dari rakan sekutu masing-masing walaupun berjawatan Ketua Pembangkang. 
 
Hakikatnya, biarpun Anwar juga tidak dihormati oleh parti-parti sekutu, tetapi Anwar tetap merupakan tali pengikat ketiga-tiga parti. Tanpa Anwar sebagai Ketua Pembangkang, pakatan rakyat akan mendapati amat sukar untuk bersatu. 
 
Berdasarkan hakikat ini, kita semakin meragui niat sebenar PKR untuk mengadakan PRK Kajang dan apakah benar Anwar akan bertanding.   Mungkinkah Anwar akan melakukan kejutan di saat-saat akhir? 
 
Apapun, yang pasti, politik Anwar adalah politik pentingkan diri dan apa saja keputusannya nanti adalah untuk dirinya - bukan untuk rakyat, bukan untuk parti dan tentu sekali bukan untuk negara ini.   Anwar adalah seorang yang gila kuasa.  Beliau sanggup memegang seberapa banyak jawatan yang boleh kerana beliau tahu bahawa beliau tidak perlu bekerja.  Permatang Pauh, Kajang, Selangor, PKR, PR dan Malaysia – kalau boleh semua ingin diterajuinya.  Bukannya susah, hanya perlu menabur janji sahaja….

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Tiga Kali Rakyat diTipu Anwar Melalui PRK


Pilihanraya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sesuka hati dan pada bila-bila masa.  Pilihanraya adalah simbol 'kepercayaan rakyat', 'integriti' dan 'keadilan'. 
 
Justeru, sesebuah pilihanraya memakan kos yang begitu tinggi untuk memastikan perjalanannya lancar dan tepat.  Bagi sesebuah pilihanraya kecil juga, SPR dan PDRM memerlukan jumlah jutaan ringgit.   Contohnya, bagi PRK Kuala Besut yang lalu, perbelanjaan dari SPR sahaja memakan jumlah RM750,000 dan PDRM pula sebanyak RM10.4 juta.  Jumlah ini sudah cukup untuk menunjukkan yang ia bukan sesuatu yang boleh dipermudahkan. 
 
Berdasarkan hakikat ini, seseorang wakil rakyat tidak boleh berundur diri dan meletak jawtan sesuka hati, tanpa sebab musabab yang konkrit walaupun atas nama kepentingan parti. Ini kerana tugas utama seorang wakil rakyat adalah untuk mewakili rakyat, bukan parti. 
 
Bagaimanapun, pembangkang nampaknya tidak mampu memahami perkara ini.  Bagi pembangkang, tugas wakil rakyat adalah untuk memastikan kemenangan parti atau kepentingan pemimpin tertentu semata-mata. Manakala, berkhidmat kepada rakyat merupakan tugas tetap kerajaan pusat atau wakil rakyat Barisan Nasional. 
 
Justeru itu, Ketua Pembangkang, iaitu Anwar Ibrahim langsung tidak merasa bersalah mempermainkan rakyat dengan 'menukar' wakil rakyat dari partinya sesuka hati beberapa kali demi keuntungan politik kepada partinya, atau lebih tepat, dirinya. 
 
Perletakan jawatan ADUN Kajang, Lee Chin Cheh baru-baru ini, bukanlah kes pertama di mana seorang wakil rakyat PKR perlu berkorban bagi memenuhi serakah Ketua Pembangkang. 
 
Sebelum ini, perkara yang sama berlaku di Penanti di mana bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Muhammad Fairus Khairuddin telah dikaitkan dengan skandal rasuah seubah kuari dan terpaksa meletak jawatan bagi memberi laluan kepada Bekas Setiausaha Politik Anwar, iaitu Dr. Mansor Othman mengambil-alih jawatannya. 
 
Dalam isu Penanti, Anwar dilaporkan berulang kali menafikan yang Fairus akan meletak jawatan sehinggalah ke saat akhir.  Fairus, dalam kenyataan mengenai perletakan jawatannya kepada Nanyang Siang Pau, mengesahkan andaian 'ada yang tidak kena' dengan pertuduhan rasuah ke atasnya.  Malah, beliau memberi tempoh dua minggu kepada PKR untuk membersihkan namanya serta mengugut akan mendedahkan skandal kerajaan negeri dan PKR. 
 
Nama beliau kemudiannya dibersihkan, namun jawatan beliau juga telah digantikan oleh Dr. Mansor melalui PRK Penanti, sepertimana yang dirancang oleh kepimpinan PKR. 
 
Dalam Pilihanraya 2008, Anwar menyuruh Wan Azizah meletak jawatan sebagai wakil rakyat Permatang Pauh bagi memberi laluan kepada dirinya.   Ia dilihat berpunca dari ketidakyakinan Anwar untuk bertanding di kawasan lain lalu memilih kawasan paling selamat bagi memastikan kesinambungan hayat politiknya.  
 
Nampaknya, Anwar menyifatkan pilihanraya sebagai padang permainan dengan beliau perlu terus menjadi pemenang.  Anwar tidak melihat pilihan rakyat sebagai sesuatu yang serius.  Dalam fikiran Anwar, rakyat bukan memilih  calon, tetapi memilih dirinya dan partinya.  Oleh itu, beliau boleh bertanding di mana-mana saja dan menyuruh mana-mana calon meletak jawatan bila-bila masa, bagi menjayakan agendanya. 
 
Ini membuktikan bahawa Anwar bukan sahaja tidak menghormati rakyat, tetapi juga tidak menghormati pemimpin PKR termasuk Presiden parti yang juga isterinya sendiri.   Keadilan, integriti dan kepercayaan rakyat adalah sesuatu yang tidak ada kena mengena dalam perjuangannya.  Bagi Anwar, pembaziran yang berlaku bagi memenuhi agendanya bukanlah isu, walaupun beliau sering menghentam kerajaan atas tuduhan membazir. 
 
Pengundi Kajang wajar mengambil pengajaran dari siri PRK ciptaan Anwar ini.  Jika Anwar mampu mempermainkan kepercayaan dan membazir wang rakyat untuk mengadakan PRK yang tidak perlu, maka apakah Anwar seorang pemimpin yang baik?   Pemimpin jenis apa yang mengadakan pilihanraya 'sesuka-hati-mak-bapaknya'? 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

23 Jan 2014

Gempar!!!! PKR Bersetuju Lucutkan Jawatan Khalid Sebagai MB Selangor

 
Kemelut perbalahan antara Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dengan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sudah hampir sampai ke kemuncaknya. Mungkin kerana telah lama bersabar dengan kerenah Khalid yang dikatakan semakin 'hilang arah', Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR dilaporkan telah membuat keputusan untuk menggantikannya dengan calon MB yang baru.
 
Menurut laporan yang di keluarkan oleh akhbar Sin Chew Jit Poh edisi petang, keputusan untuk menggantikan Khalid itu dibuat melalui satu mesyuarat MPP yang diadakan semalam. Laporan muka depan, akhbar berbahasa cina itu turut mengatakan Azmin adalah merupakan calon yang disebut-sebut bakal menggantikan Khalid menerajui Selangor.
 
Paling mengemparkan apabila Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden parti, Wan Azizah dikatakan tidak lagi menyokong Khalid. Ini kerana dia dikatakan GAGAL memaklumkan atau mendapatkan pandangan parti sebelum memutuskan atau melaksanakan sebarang keputusan yang hendak dijalankan di Selangor.
 
Pimpinan PKR dikatakan tidak berpuas hati dengan cara Khalid mengendalikan 6 isu penting sehingga menyebabkan parti itu dikecam oleh pelbagai pihak khususnya para pengundi.
 
Antaranya isu berkaitan bekalan air di Selangor, penggunaan kalimah Allah, keputusan untuk menaikkan gaji dan elaun wakil rakyat, kenaikan lesen perniagaan secara mendadak sehingga 400 peratus terutamanya bagi yang melibatkan perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana serta cadangan kenaikan cukai pintu.
 
Tidak ketinggalan isu pemecatan  Azmin sebagai ahli lembaga pengarah, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan keputusan kerajaan negeri untuk menukar garis panduan bagi industri sarang burung walit sehingga menimbulkan bantahan para pengusaha yang majoritinya dari kalangan masyarakat cina.
 
Ekoran pelbagai kontroversi yang melanda itu, MPP parti telah memberikan mandat kepada Anwar untuk berjumpa, berbincang dan mendapatkan persetujuan dari pimpinan DAP dan Pas. Selain daripada itu, ahli parlimen Pematang Pauh itu juga perlu mengadap dan mendapatkan perkenan dari Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
 
Laporan akhbar tersebut turut mengatakan sekiranya pimpinan DAP dan Pas bersetuju dengan keputusan PKR itu, Khalid berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan dengan menggunakan faktor kesihatan sebagai alasan. Ia bagi mengelakkan Azmin dan para penyokongnya membuat usul undi tidak percaya kepada Khalid.
 
Menurut sumber juga, kepimpinan PKR berharap agar keputusan untuk menggantikan Khalid ini dapat dilaksanakan dalam tempoh 2 bulan atau sekurang-kurangnya 2 tahun iaitu sebelum pilihan raya umum ke-14.

Kenapa Erdogan Tidak Jumpa Anwar Ketika di Malaysia?

 
Pada10 Januari lalu, Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan, telah mengadakan lawatan dua hari ke negara ini dalam rangka lawatannya ke negara-negara Asia.  Dalam lawatan tersebut, beliau telah mengadakan perjumpaan dengan Dato' Seri Najib, dan sempat menunaikan solat Jumaat bersama.
 
Kunjungan tersebut secara kebetulannya bersamaan dengan ulangtahun hubungan Malaysia-Turki yang ke-50.   Antara jadual lawatannya, Erdogan telah menerima anugerah doktor kehormat dari UIA dan juga menyampaikan ceramah bertajuk 'Transforming Asia Pacific and Turkey' dalam siri ceramah yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Transformasi.  Dalam ceramahnya, Erdogan sempat memuji Dato' Seri Najib dan menyatakan keyakinannya yang Malaysia akan berjaya mencapai wawasan 2020 dan akan terus maju ke hadapan. 
 
Beliau kemudiannya dijemput makan malam di Seri Perdana bersama Perdana Menteri dan isteri. 
 
Di Malaysia, nama Erdogan cukup sinonim dengan Anwar Ibrahim.   Betapa 'kuatnya' hubungan kedua-dua pemimpin ini sehinggakan orang Anwar di dalam PAS, digelar kumpulan Erdogan. 
 
Hubungan Anwar dengan Erdogan boleh dikatakan melepasi tahap hubungan biasa antara dua pemimpin dari dua negara.  Mereka dikatakan sahabat yang akrab yang berkongsi pemikiran yang sama.
 
Bagi mengukuhkan pandangan ini, pada 5 Februari 2012, Terence Netto menulis di Malaysiakini dan disiarkan semula di blog Anwar Ibrahim sendiri, bahawa kedua-dua Anwar dan Erdogan mempunyai ideologi yang sama dan akan cuba untuk berjumpa sekerap yang boleh apabila saja berpeluang. 
 
Menurutnya, apabila Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat pada 9 Januari 2012, Anwar terus 'terbang' ke Istanbul melalui Bombay dan bertemu Erdogan sebanyak dua okali dalam masa empat minggu.  Menurut Netto lagi, Anwar dan Wan Azizah dikatakan telah bertemu Erdogan di Istana Dolmabache dan secara langsung mendesak pemimpin Turki itu untuk terus menyokong 'Arab Spring'.  
 
Dalam lawatan yang sama juga, Anwar dijemput memberikan ucapan bertajuk 'Democracy and Islam' di mana Anwar memuji kepimpinan Erdogan sebagai ke hadapan dari segi demokrasi berbanding negara Islam lain. 
 
Tidak lama dahulu, sebuah media antarabangsa, Radiance Viewsweekly telah menyiarkan pendapat seorang pembaca dari luar negara yang menggambarkan Anwar dan Erdogan sebagai 'pemimpin demokrasi baru' yang mempunyai visi dan tanggungjawab serta komited dalam memperjuangkan kebebasan beragama dan pluralisasi politik dan sosial. 
 
Jelas, hubungan rapat Anwar dan Erdogan telah menjadi pengetahuan umum di seluruh dunia.  Kedua-duanya saling puji memuji dan sanjung menyanjung. 
 
Oleh itu, amatlah mengejutkan sekali apabila Perdana Menteri Turki itu berlepas pulang ke Ankara pada 12 Januari dari Kuala Lumpur tanpa bertemu dengan Anwar Ibrahim.  Jika mereka sering mencari masa untuk bertemu ketika Anwar di Turki, kenapa mereka tidak turut mencari masa untuk bertemu bila Erdogan berada di sini? 
 
Khabar menyatakan bahawa persahabatan Anwar dengan Erdogan sudah tidak lagi seperti dahulu.   Adalah dikatakan juga bahawa Erdogan mula merasa sangsi dengan kejujuran dan agenda Anwar yang sebenar.  Malah, Erdogan mungkin merasa sedikit 'bimbang' dengan pemimpin pembangkang Malaysia itu. 
 
Kebimbangan Erdogan boleh jadi berasaskan laporan-laporan antarabangsa dan risikannya sendiri.   Namun, kita mengesyaki bahawa sebagai sahabat yang selalu menghabiskan masa bersama, tidak mustahil kebimbangan Erdgoan terhadap Anwar itu adalah berasaskan sesuatu yang lebih lagi.
 
Rekod Anwar selama ini menunjukkan trend yang sama di mana rakan-rakan rapatnya akan mula menjauhkan diri setelah beberapa lama.  Ada yang mengambil masa yang pendek dan ada yang mengambil masa yang cukup lama untuk meninggalkan Anwar, tetapi apa yang pasti, mereka tetap akan meninggalkannya. 
 
Mereka yang terus setia dan bersama Anwar selamanya hanyalah keluarganya sendiri selain mereka-mereka yang berada di luar lingkungan sahabat rapatnya serta penyokong-penyokongnya yang hanya mengenalinya dari jauh. 
 
Justeru, kita tidak hairan sekiranya Erdogan juga mula menjauhkan diri dari Anwar.  
 
Kini terbukti sudah bahawa Anwar tidak lagi relevan di dalam negara mahupun di peringkat antarabangsa. Dengan perkembangan terbaru di mana Jepun juga telah tidak menerima kunjungan Anwar ke negara itu atas alasan teknikal, maka terbuktilsh bahawa Anwar bukanlah manusia hebat yang mampu mengatasi undang-undang setiap masa.  
 
Nampaknya, sudah sampai masanya Anwar perlu memikirkan secara serius tentang janjinya untuk bersara selepas PRU-13. 
 

ANWAR PERASAN PEMIMPIN HEBAT DIMALUKAN JEPU

Aku
Penyokong pembangkang beriya-iya benar hendak memalukan perdana menteri dan kerajaan dengan mempermain-mainkan isu kenaikan harga sayuran termasuk kangkung tetapi kini pemimpin utama mereka pula yang dimalukan di mata dunia.
Ahad lalu, ketua pembangkang, Anwar Ibrahim dihalang daripada memasuki Jepun setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo oleh pihak imigresen negara itu.
Menurut Anwar tujuan beliau ke Jepun adalah bagi memenuhi jemputan Pengerusi Yayasan Nippon, Tan Sri Yohei Sasakawa dan juga untuk membentangkan satu kerja kerja.
Kerajaan Jepun menjelaskan tindakan jabatan imigresen negara itu berhubungkait dengan hukuman jenayah liwat terhadap bekas timbalan perdana menteri itu pada tahun 1999.
Sebenarnya sebagai sebuah kerajaan yang berdaulat, Jepun tidak perlu pun memberi sebarang sebab musabab atas tindakannya.
Tetapi Anwar memikirkan sebagai ketua pembangkang dan juga penasihat ekonomi negeri Selangor bergaji RM1, beliau merasakan begitu hebat, amat popular dan seluruh dunia menyanjunginya.
Mungkin juga ini benar tetapi ada juga pihak yang tahu tembelang pemimpin ketagih seks dwi-alam ini dan mereka tidak sesekali akan tunduk kepada kerenah pemimpin yang berfantasi besar untuk menjadi perdana menteri ini.
Yang pelik lagi ganjil, kerajaan Jepun yang tidak mahu bagi masuk Anwar, kerajaan Malaysia pula yang dipersalahkan kononnya ada tangan ghaib yang mempengaruhi dari negara ini ke atas negara matahari terbit itu.
Wah! begitu hebat dan berkuasa sekali kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga boleh arah atau 'dictate' kepada kerajaan Jepun untuk mengikut kehendaknya!
Tapi hakikatnya setiap negara mempunyai undang-undang imigresen mereka tersendiri yang menentukan siapa yang boleh masuk dan siapa pula yang tidak boleh.
Pada pandangan Jepun Anwar adalah seorang individu yang tidak dihendaki oleh Jepun untuk memijak bumi negara itu.
Mengapa Anwar menjadi 'undesirable element' kepada Jepun hanya kerajaan negara itu sahaja yang arif.
Namun mungkin satu dua perkara yang dilakukan oleh Anwar dan pakatan pembangkang yang dipimpinnya dilihat oleh Jepun sebagai memalu atau memfitnah negara itu.
Pembangkang negara ini semenangnya tidak bertanggungjawab kerana bukan sahaja gemar menabur fitnah terhadap pemimpin negara sendiri malah negara luar dan pemimpin luar juga akan dikritik hebat jika tidak mengikut nafsu dan kehendak mereka.
Umpamanya pembangkang pernah menimbulkan isu pampasan RM207 bilion yang kononnya dibayar oleh kerajaan Jepun untuk diagih-agihkan kepada keluarga mangsa buruh paksa 'Death Railway' di Myanmar ketika Perang Dunia Kedua.
Pembangkang mendakwa sejumlah wang tersebut telahpun dibayar oleh Jepun pada tahun 1990an tetapi sehingga kini tidak diketahui ke mana wang itu dibelanjakan.
Begitu hebat fitnah pembangkang sehingga boleh membangkitkan perasaan marah kepada kerajaan yang dituduh mencuri wang pampasan tersebut tanpa secebis mengemukakan secebis bukti pun.
Kementerian Kewangan Malaysia menafikan dakwaan menerima pampasan tersebut kerana memo yang digunakan oleh pembangkang berhubung perkara itu sebenarnya adalah palsu.
Jepun juga terkejut dan meminta penjelasan daripada kerajaan dan akhirnya juga menafi dan menolak cerita rekaan pembangkang setelah mendapat gambaran yang jelas dari Malaysia.
Inilah perangai dan sikap buruk pembangkang yang sanggup memburuk dan merosakkan hubungan dua hala Malaysia-Jepun yang terjalin selama ini.
Pembangkang telah melakukan pelbagai propaganda dan kempen untuk mencalar imej negara di luar negara sejak 1998 dan isu pampasan tersebut hanyalah sebahagian daripada perancangan licik mereka untuk menjatuhkan kerajaan.
Kini Anwar dan kuncu-kuncu mencari jalan untuk menutup aib begitu besar yang terpalit kepada muka mereka.
Tindakan mendesak kerajaan Malaysia dan Jepun meminta maaf kepada maaf kepada Anwar menunjukkan kebodohan pembangkang yang begitu jahil dan taksub kepada pemimpinnya.
Persoalannya siapa Anwar? Layakkah beliau untuk dianggap oleh kerajaan Jepun sebagai pemimpin negara yang perlu diberi penghormatan karpet merah atau sekadar pelancung biasa sahaja?
Dua tahun lalu pihak imigresen Malaysia menahan anggota parlimen Australia Nick Xenophon di Bandara Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), setibanya dari Melbourne, Australia.
Beliau kemudian dihantar pulang walaupun katanya kehadirannya adalah atas jemputan Anwar.
Kerajaan bukanlah sebodoh itu untuk tidak mengetahui niat sebenar ahli politik bebas Australia itu adalah untuk mecampuri urusan dalam negara berhubung isu proses pilihan raya yang didokong oleh Bersih.
kerajaan Australia juga menghormati keputusan Malaysia tidak membenarkan  Xenophon memasuki negara ini dan ia pun tidak mengambil sebarang langkah untuk masuk campur.
Pernah terjadi beberapa kali di mana pemerintah Anerika Syarikat tidak memberikan visa kepada pemimpin sesetengah negara dan anggota rombongan mereka untuk menghadiri persidangan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan tidak ada apa-apa juga yang boleh dilakukan oleh mereka kerana PBB terletak dalam wilayah Amerika Syarikat.
Begitu juga apabila Sabah dan Sarawak menghalang beberapa pemimpin pembangkang memasuki wilayah kedua negeri itu tidak ada apa yang boleh dlakukan oleh kerajaan pusat kerana itu adalah hak negeri tersebut.

21 Jan 2014

Pembangkang Akan Demo Untuk Pinda Undang-undang Imigresen Jepun? 


Sebenarnya, kes Anwar tidak dibenarkan masuk ke negara Jepun tidak perlu menjadi kes besar.  Ini kerana Anwar bukan satu-satunya manusia yang tidak dapat masuk ke negara itu atas sebab tidak menepati syarat imigresennya.  Pada tahun 1980 Paul McCartney telah tidak dibenarkan masuk ke negara itu kerana memiliki ganja.  Tahun 2002, Diego Maradona juga menerima nasib yang sama atas alasan di bawah pengaruh dadah.  Begitu juga dengan Paris Hilton pada 2010.
 
Namun, ke semua selebriti ini tidak pula meroyan seperti Anwar.   Mereka juga tidak menyalahkan sesiapa. Sebaliknya memahami bahawa mereka telah melanggar undang-undang kemasukan ke negara tersebut, dan perlu akur dengannya. 
 
Malangnya, Anwar Ibrahim bukanlah manusia yang tahu mengikut undang-undang. 
 
Partinya sendiri amat gemar membela penjenayah dan sering menyalahkan pihak berkuasa, sistem, peraturan, undang-undang, hakim, pendakwa, kerajaan dan apa-apa jua yang bertanggungjawab untuk memastikan keadaan terkawal dan berfungsi dengan baik.  Bagi Anwar, undang-undang yang tidak 'sesuai' dengan kehendak dan kemahuannya adalah pincang dan perlu ditukar. 
 
Justeru, Anwar tidak dapat menerima hakikat bahawa beliau telah tidak dibenarkan masuk ke Jepun atas sebab yang berkaitan undang-undang.  Anwar seolah-olah menuduh adanya 'permainan politik' antara UMNO dengan kerajaan Jepun.   
 
Sedangkan kerajaan tidak masuk campur dalam perjalanan undang-undang negara di mana Anwar kini lepas bebas, maka bagaimana pula kerajaan boleh masuk campur dalam undang-undang Jepun? 
 
Ramai yang membuat spekulasi sendiri tentang sebab-sebab Anwar dihalau dari Jepun.  Antara teori yang dikemukakan ialah pertemuan Anwar dengan wakil Yakuza yang menyebabkan kerajaan Jepun kurang senang dengan kunjungannya. 
 
Ada yang mengatakan bahawa ia berpunca dari fitnah Anwar pada 2013 bahawa kononnya Jepun telah membayar kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion sebagai pampasan kepada mangsa "Death Railway". Menurut mereka, kes fitnah inilah yang menjadi penyebab utama kenapa Anwar 'tidak diingini' di Jepun. 
 
Menurut sumber lain pula, masalah ini berpunca dari kecuaian Anwar yang tidak mempunyai Visa kerana menyangkakan passport biometrik dengan mikrocip sudah cukup untuk meluluskan lawatannya ke Jepun berdasarkan penguatkuasaan baru imigresen negara itu.  Bagaimanapun, penguatkuasaan itu hanyalah terpakai ke atas rakyat yang tidak mempunyai rekod jenayah sedangkan Anwar adalah bekas banduan. 
 
Apapun sebabnya, tiada siapa yang dapat memberi jawapan yang pasti melainkan kerajaan Jepun sendiri. 
 
Dalam usaha menjaga air muka Ketua mereka, pihak pembangkang cuba menyalahkan kerajaan dan juga UMNO konon mempengaruhi sentimen negatif Jepun terhadap Anwar.  Mereka juga melancarkan kempen boikot barangan Jepun tanpa memikirkan nasib rakyat yang bekerja di syarikat Jepun di negara ini jika negara itu benar-benar terkesan dengan tindakan boikot mereka. 
 
Usaha paling terdesak pembangkang datangnya dari Lim Kit Siang yang sanggup menjatuhkan maruah sendiri 'meminta bantuan' Putrajaya untuk mendapatkan penjelasan dari Jepun mengenai kejadian ini.  Kit Siang juga mendesak Putrajaya agar menuntut kerajaan Jepun meminta maaf kepada Anwar. 
 
Soalan kita kepada Kit Siang, apa kejadahnya Putrajaya perlu mengambil pusing perihal Anwar?  Pemergian Anwar ke Jepun bukannya mewakili Malaysia.  Beliau bukannya ditangkap, sebaliknya dihalau pulang.  Buat apa kerajaan perlu bersusah-payah kerananya?  
 
Apa yang kita tahu, Anwar mungkin pergi ke sana untuk memburuk-burukkan kerajaan Malaysia kerana itu sudah menjadi tugas hariannya.  Jadi, perlu apa kita menunjuk prihatin terhadap pengkhianat ini?
 
Jika Anwar atau Kit Siang inginkan penjelasan, maka mereka boleh menulis surat rasmi sendiri kepada kerajaan Jepun.  Kenapa perlu meletakannya di bahu Putrajaya setelah terlebih dahulu menyalahkan Putrajaya? 
 
Mungkinkah Anwar malu atau tidak sanggup mendengar alasan sebenar dari kerajaan Jepun berkenaan pengusirannya?  Mungkinkah Anwar sebenarnya lebih tahu apa yang telah dilakukannya yang telah menyinggung kerajaan Jepun? 
 
Jika benar, maka Anwar seharusnya berdiam diri sahaja.  Tindakannya menggembar-gemburkan perkara ini dan memaksa penyokong-penyokongnya berdemo dan meroyan memarahi Jepun hanya menambahkan 'kemaluan' yang ada. 
 
Kini, seluruh dunia boleh melihat sikap sebenar Anwar Ibrahim iaitu seorang yang tidak rasional, malah 'delusional' kerana menyangkakan diri begitu istimewa dan perlu mendapat pengecualian undang-undang di mana-mana saja negara di dunia. 
 
Sedangkan hakikatnya, di Permatang Pauh juga Anwar bukan lagi sesiapa.  

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

20 Jan 2014

Hadi Celik Melihat Isu Arab Saudi, Namun Buta Apabila Melibatkan Parti Sendiri


 
Pasti ramai yang akan tergelak besar atau sekurang-kurangnya tersenyum sinis apabila membaca kenyataan Presiden Pas, Abdul Hadi Awang mengenai kerajaan Arab Saudi yang dikatakan telah menjadi 'alat' kepada Amerika Syarikat dan negara Eropah untuk menjaga kepentingan Israel di Timur Tengah.
 
Tawa dan senyum itu bukan untuk menolak kenyataan tersebut, namun disebabkan kerana Hadi hanya mampu melihat dari satu sudut sahaja. Dalam erti kata mudah, dia hanya mampu melihat kuman yang berada di seberang laut berbanding 'bangkai' gajah yang berada di depan mata.
 
Bekas Menteri Besar Terengganu itu, ketika diwawancara oleh saluran televisyen satelit Press TV baru-baru ini mengatakan pergolakan berpanjangan akibat perbezaan mazhab di negara Islam sebenarnya adalah hasil plot terancang negara Barat dengan mempergunakan Arab Saudi untuk melebarkan pengaruhnya di negara Islam.
 
"Arab Saudi sudah dipengaruhi oleh permainan politik AS dan negara Eropah. Saudi dan negara Arab lain menjadikan negara mereka sebagai pangkalan Barat. Mereka lakukan ini bukan untuk menyokong Islam tetapi untuk meluaskan kuasa," katanya.
 
Betul, dari satu sudut kita menyokong dan tidak boleh menafikan kenyataan Hadi itu. Ini kerana apabila dinilai dan diteliti, banyak tindakan dan keputusan kerajaan Arab Saudi yang boleh dilihat seakan-akan menyokong barat terutamanya apabila melibatkan konflik negara Islam.
 
Namun yang menjadi persoalan pokoknya ialah, mengapa Hadi hanya mampu melihat, menilai dan merasakan perkara yang melibatkan negara Arab Saudi berbanding masalah yang sedang dihadapi oleh parti itu? Sedangkan sekiranya dikaji semula, isu tersebut turut berlaku di dalam Pas, apabila parti itu mengambil pendekatan 'tahalul siyasi' untuk bersama DAP dan PKR. Sedangkan isu yang berlaku hampir sama.
 
Ini kerana, sebaik sahaja Pas mengambil keputusan untuk menerima DAP dan PKR di bawah gabungan 'Pakatan Rakyat', ia dilihat semakin merugikan Islam dan orang Melayu. Ini kerana dasar perjuangan DAP yang 'ultra kiasu' dan PKR dengan pendekatan 'liberal' telah menyebabkan Islam dan orang Melayu semakin tertekan.
 
Malah perkara itu turut diakui para penyokong dan ahli Pas sendiri yang merasakan parti Islam itu semakin 'hilang taring' sejak berada di dalam pakatan. Malah di dalam Muktamar pas yang diadakan tidak lama dahulu, perkara ini turut mendapat perhatian beberapa orang perwakilan dan pemimpin Pas yang merasakan sokongan orang Melayu kepada parti itu khususnya dalam pilihan raya umum lalu semakin merosot.
 
Tambah mengecewakan apabila menyentuh soal Melayu, menjaga kepentingan umat Islam dan institusi raja-raja, Pas dilihat terlalu berhati-hati kerana bimbang menyinggung perasaan sekutunya. Ia ditambah pula dengan pendirian Pas yang tidak mahu terlalu menjaga memperjuangkan nasib orang Melayu kerana menganggap itu perbuatan assobiyah.
 
Paling memeranjatkan, apabila seakan terpaksa menyalahkan Umno, kononnya ingin mempolitikkan isu kalimah Allah kerana desakan dan tekanan DAP dan PKR. Sedangkan apabila diteliti 'ahli-ahli agama'parti itu turut berbalah dalam memberikan pendapat dan pandangan berhubung isu ini.
 
Kesimpulannya pelaksanaan tahaluf siyasi itu dilakukan semata-mata untuk mengukuhkan kedudukan Pas tanpa mengambil kira kepentingan rakyat adalah bertentangan dengan fikrah siasah Islamiah. Ini kerana apabila parti itu tidak mampu mendominasi pakatan pembangkang ia secara tidak langsung telah memberi kesan negatif kepada agama dan orang Melayu itu sendiri.
 
Contohnya sudah banyak isu yang dibangkitkan oleh DAP dilihat telah menyentuh sensitiviti agama sehingga menimbulkan kontroversi, namun sebagai parti yang ingin memperjuangkan Islam, Pas hanya mampu diam dan membisu seolah-olah menyokong perbuatan itu walaupun ia jelas bertentangan dengan akidah.
 
Jadi ada baiknya, Hadi selaku Presiden melihat, mengkaji dan meneliti perkara ini sebelum cuba mempertikaikan perkara yang lebih besar.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Terima Kasih Kerajaan Turunkan Harga Kereta


Sepertimana yang telah dijanjikan oleh kerajaan, harga kereta kini dijangka akan terus turun antara 20%-30% menjelang 2018.  Penurunan ini membabitkan kereta yang dipasang di dalam negara, sekali gus menggalakan syarikat automotif membuka kilang pemasangan di negara ini. 
 
Antara pengeluar yang terlibat dan telah pun mengurangkan harga secara berperingkat ialah Honda Jazz iaitu penurunan sehingga 17%, Nissan Sentra 13%, Proton Saga 12% dan Perodua Alza 12%.   Bagi memastikan usaha mengurangkan harga kereta berjaya dilaksanakan dengan lebih berkesan, kerajaan bercadang untuk mengurangkan duti eksais dan juga membenarkan pengeluar tempatan termasuk dari negara ASEAN, memohon rebat cukai. 
 
Penurunan ini bukan sahaja bakal menjadikan lebih ramai rakyat akan mampu memiliki kereta tetapi ia juga turut membuka peluang pekerjaan dan juga perniagaan berkaitan automotif.  Ia juga dilihat mampu membawa industri otomotif negara ke tahap yang lebih tinggi melalui pemindahan teknologi dan pengetahuan, khususnya dalam segmen Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). 
 
Seperti yang dijangka, langkah murni kerajaan ini hanya dipandang sinis oleh pembangkang yang 'perasan' bahawa  kerajaan telah menciplak idea mereka. 
 
Namun, tidak seperti saranan pembangkang, langkah penurunan harga kereta oleh kerajaan dibuat dengan teliti setelah mengkaji dari berbagai aspek terutama kesannya terhadap pengeluar kereta nasional. 
 
Oleh yang demikian, kerajaan bercadang memastikan lesen pemasangan EEV hanya diberi kepada enjin berkapasiti 1800cc ke atas dengan harga RM150,000 se-unit agar tidak 'mengganggu' pasaran kereta nasional.    
 
Jelas, kerajaan cukup berhati-hati  dengan mengambil tindakan secara berperingkat-peringkat bagi memastikan matlamat sebenar untuk memudahkan pengguna dan menjana ekonomi negara tercapai. 
 
Apa yang pasti, tindakan kerajaan menurunkan harga kereta bukanlah satu tindakan politik untuk bersaing dengan pembangkang, tetapi merupakan satu langkah yang memandang jauh ke hadapan serta prihatin dengan realiti kehidupan rakyat. 

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Edmund Bon Harus diTangkap di bawah Akta Hasutan


Seorang peguam, Edmund Bon, semalam, telah membuat kenyataan di portal Malaysian Insider bahawa bukan Islam tidak perlu patuh kepada Yang di-Pertuan Agong.   Alasan beliau, titah Yang di-Pertuan Agong mengenai kalimah 'Allah' merupakan hak ekslusif umat Islam, adalah sebuah fatwa, yang mana hanya terpakai ke atas orang-orang Islam serta tidak melibatkan bukan Islam. 
Kita ingin membantah hujah Edmund Bon yang amat dangkal lagi tidak berpijak di bumi nyata. 
Yang di-Pertuan Agong sebenarnya telah bertitah atas kapasiti baginda sebagai Ketua Negara dan bukannya Ketua Agama Islam semata-mata.  Sebuah fatwa perlu melalui Majlis Fatwa dan ianya haruslah berkaitan amal ibadah atau hal-ehwal perundangan syariah yang melibatkan umat Islam.  
Berdasarkan hakikat ini, maka titah Yang di-Pertuan Agong tersebut ternyata bukanlah berkenaan hal ehwal ibadah umat Islam semata-mata tetapi berkenaan sekalian rakyat serta bersandarkan undang-undang dan juga keprihatinan baginda terhadap kesejahteraan negara. 
Justeru, adalah salah menyatakan bahawa titah baginda adalah fatwa.  Sebaliknya, ia adalah perintah kepada seluruh rakyat jelata agar akur dengan undang-undang negeri yang menetapkan bahawa bukan Islam tidak boleh menggunakan kalimah Allah.
Tindakan Edmund Bon mempertikai dan merendah-rendahkan titah murni Yang di-Pertuan Agong adalah jelas berupa hasutan di mana beliau dilihat sengaja membangkitkan rasa tidak hormat kepada Institusi diRaja negara ini. 
Edmund Bon cuba meletakkan garis pemisah antara orang-orang Melayu dengan bukan Melayu dengan menggambarkan seolah-olah bukan Melayu tidak perlu hormat kepada Sultan dan Raja-raja mahupun Yang di-Pertuan Agong.  Dalam kata lain, Edmund Bon memberitahu warga bukan Melayu bahawa mereka tidak terikat dengan sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan yang digunapakai di negara ini. 
Sekiranya Edmund Bon merupakan seorang warga Thailand yang menghina Raja mereka, tentu sekali beliau akan dikenakan hukuman berat.  Namun, di Malaysia nampaknya undang-undang kita begitu longgar kerana sehingga kini Edmund masih bebas berkeliaran menghasut rakyat jelata agar tidak menghormati Sultan. 
Tindakan Edmund Bon bukan sahaja derhaka, tetapi juga merbahaya selain melanggar undang-undang di bawah Akta Hasutan. 
Selama ini, warganegara Malaysia dari kalangan bukan Melayu sering menepis tuduhan orang-orang Melayu bahawa mereka tidak setia pada negara ini.  
Namun, apa yang dilakukan oleh Edmund Bon memberikan asas dan alasan kukuh kepada orang-orang Melayu untuk terus mempertikai kesetiaan kaum bukan Melayu terhadap negara.  Terserlah kini bahawa sememangnya ramai di kalangan kaum bukan Melayu yang enggan menerima dan menghayati aspirasi negara serta sentiasa menentang sistem dan perlembagaannya.   
Bagi mereka ini, apa yang tertulis dalam Rukunegara iaitu 'Kesetiaan Kepada Raja dan Negara' langsung tidak bermakna apa-apa.  Malah, tidak mustahil mereka langsung tidak tahu apa itu Rukunegara.   Ini dengan sendirinya menunjukkan betapa lemahnya struktur  negara ini.   
Rakyat yang tidak berpegang kepada Rukunegara tidak layak mengaku sebagai warganegara.  Seharusnya Edmund Bon dan sesiapa sahaja yang setuju dengan beliau, dilucutkan saja kewarganegaraan.  Sudah sampai masanya orang seperti Edmund Bon dikenakan tindakan. 
Malaysia tidak memerlukan rakyat yang derhaka dan tidak setia.  Negara ini pastinya sukar untuk dimajukan selagi penghasut dan penderhaka ini wujud dan bebas menentang dan mempertikai undang-undang dan titah baginda Sultan. 
Rakyat Malaysia perlu dididik agar kembali kepada Rukunegara sebelum kita mampu bangun menjadi negara dunia pertama sepertimana yang dicita-citakan.   Rakyat perlu disatukan di bawah payung dan aspirasi yang sama, dengan semangat patriotisme yang jitu sebelum kita mampu mengorak langkah pasti ke destinasi yang diinginkan.   
Jika tidak, percayalah bahawa Malaysia tidak akan ke mana-mana dan hampir pasti akan hancur jua. 

17 Jan 2014

Akhirnya DALANG Himpunan Jalanan Mengakui Demo Tak Mampu Selesai Masalah


 
Setelah menganjurkan pelbagai siri himpunan jalanan yang menyusahkan majoriti rakyat, menyukarkan penjaja kecil untuk berniaga, merosakkan harta benda awam dan sebagainya NGO Bersih akhirnya mengakui tindakan tersebut tidak akan menyelesaikan masalah.
 
Menurut Pengerusi Bersih, Maria Chin Abdullah menegaskan bahawa demonstrasi tidak akan menyelesaikan semua masalah dan kepincangan sistem pilihan raya negara.
 
"Tetapi sekarang pilihan raya seterusnya hanya akan berlangsung dalam masa lima tahun. Kita perlu bina semula momentum itu dan demonstrasi juga tidak akan menyelesaikan semua (kepincangan pilihan raya).
 
"Kita mungkin akan dapat publisiti tetapi akhirnya yang paling penting adalah apakah kesan daripada perhimpunan itu?," katanya dalam satu wawancara dengan portal pembangkang.
 
Maria turut mengatakan, dia juga bimbang dengan sambutan orang ramai yang "penat" apabila kerap turun ke jalan raya untuk berhimpun sebelum ini. Katanya, dia turut merancang agar Bersih "berundur selangkah ke belakang", untuk melihat usaha yang telah dilakukan sebelum ini.
 
Dalam erti kata mudah, setelah melakukan pelbagai kerosakan dan mewujudkan persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan, mereka mengakui himpunan jalanan tidak mampu untuk menyelesaikan masalah yang ada.
 
Persoalannya ialah, sekiranya ia tidak mampu menyelesaikan masalah mengapa mereka begitu bersungguh-sungguh menganjurkan pelbagai siri himpunan? Apakah kerana sekadar untuk bersuka ria, atau sekadar memenuhi tuntutan penderma asing yang telah menyalurkan dana untuk menumbangkan kerajaan?
 
Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari sebelum ini berkata, golongan terbabit telah dibiayai oleh pertubuhan luar negara yang mempunyai agenda mahukan seorang pemimpin yang mengikut telunjuk mereka menerajui Malaysia.
 
"Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri secara langsung menerima tajaan dari Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) bagi membiayai program latihan pemimpin dan ahli mereka.
"Malah, (mantan) Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga dan ramai pemimpin PKR telah hadir atau dihantar menyertai kursus dan program dua badan itu di serata dunia yang mempromosi kebebasan dan keadilan ala Amerika Syarikat (AS)," katanya kepada pihak media sebelum ini.
 
Paling menarik, ia turut diakui sendiri oleh NGO tersebut yang mengesahkan telah menerima sumbangan sebanyak RM90 ribu bagi tujuan menganjurkan perhimpunan Bersih.

Bekas Mufti Diselar Agar Tidak Meroyan – Noh Gadut

 
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyelar tindakan mana-mana bekas mufti yang kerap menggunakan medium media sosial untuk menghentam kerajaan.
 
Beliau yang juga merupakan bekas Mufti Johor itu berkata demikian ketika menyampaikan ceramah yang bertajuk "Husnul Khotimah, Allah Dan Rasul Disisiku" di perkarangan Masjid Kg Baru, semalam.
 
Beliau yang tidak menyebut nama mana-mana individu itu menjelaskan Islam ada menggariskan beberapa panduan berhubung adab dan kaedah untuk menasihati pemimpin.
 
"Sebagai seorang mufti, kita sepatutnya menggunakan adab sopan yang digariskan untuk menegur pemimpin. Jangan disebabkan kita tidak lagi menjadi mufti, kita meroyan di dalam media sosial dengan menghentam kerajaan.
 
"Saya juga pernah menjadi mufti, namun saya tidak meroyan. Tak perlulah saya, menyebut nama mana-mana individu, semua faham-faham sendirilah" katanya.
 
Islam ada menggariskan beberapa cara untuk menegur pemerintah, contohnya hadis daripada Ibnu Abbas r.a yang mana Nabi Muhammad s.a.w mengajar cara kita menegur pemerintah.
 
"Menegur pemerintah bukanlah dengan cara memaki hamun, menghina dan bukannya menyampaikannya di mimbar-mimbar khutbah dengan terbuka, itu bukan adab Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam menegur dan menasihati pemerintah.
 
"Kata Ibnu Abbas lagi, Nabi mengajar kamu, pegang tangan pemerintah, bersendirianlah dengannya dan sampaikan apa yang ingin kamu sampaikan. Sekiranya dia terima, itu perkara baik dan jika dia tidak terima, kamu telah menunaikan tanggungjawab," katanya.
 
Ramai yang berpendapat, kenyataan Nooh Gadut itu merujuk kepada beberapa tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang sering mengkritik kerajaan melalui laman media sosial seperti Twitter dan Facebook.
 
Malah minggu lalu, Asri melalui laman facebook rasminya dilihat telah mengeluarkan sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dikatakan sebagai jet baru milik kerajaan. Namun apabila diselidik ternyata gambar tersebut palsu, yang boleh diperoleh melalui enjin carian Google.
 
Disebabkan itu, Asri telah diserang kerana dilihat cuba menimbulkan persepsi buruk masyarakat terhadap kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Rentetan daripada itu juga, pihak admin beliau terpaksa mengaku telah melakukan kesilapan dan menarik kembali gambar tersebut yang disusuli dengan kenyataan maaf secara terbuka.
 
Ceramah yang diadakan itu adalah merupakan program anjuran Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan bersempena dengan Sambutan Majlis Maulidur Rasul dengan tema "Malam Cinta Rasul".
 
Selain tazkirah dan ceramah, program yang dihadiri oleh hampir 3000 orang itu, turut diserikan dengan persembahan Qasidah oleh kumpulan Al Yamani.

ANWAR MAHU MURTADKAN UMAT ISLAM SELANGOR


Pembangkang sanggup melakukan apa sahaja u tuk mendapat sokongan golongan kafir sehingga rela mengorbankan kepentingan Islam.
Dalam isu rampasan 353 naskah Alkitab versi  bahasa Melayu yang menggunakan kalimah Allah, pakatan pembangkang yang memerintah Selangor sanggug menghukum pihak Jabatan Islam Agama Islam Selangot (Jais).
Lebih malang menteri besar Khalid Ibrahim yang berbangsa Melayu dan beragama Islam mengarahkan pula pihak Jais kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tindakan rampasan kitab Kristian tersebut.
Sepatutnya beliau sebagai menteri besar wajib mempertahankan tindakan Jais sebagai sebuah agendi di bawah kerajaan negeri.
Sebaliknya Khalid lebih senang melihat Jais di kritik hebat oleh parti cauvinis Cina, Dap.
Malah beliau tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap tiga Adun Dap yang ingin membawa cadangan pindaan terhadap Enakmen Agama Bukan Islam Selangor (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.
Tiga Adun DAP Selangor tersebut – Lau Weng San (Kampung Tunku), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Yeo Bee Yin (Damansara Utama) – kini sudah sampai ke tahap kurang ajar dan berani untuk mencabar kesucian dan martabat Islam di negeri itu kononnya atas hak kebebasan beragama.
Strategi hak kebebasan beragama inilah yang menjadi modal kepadapembangkang pimpinan Anwar Ibrahim untuk menekan kerajaan supaya golongan bukan Islam juga mempunyai hak  sama seperti umat Islam di negara ini.
Atas alasan untuk keselarasan dengan Perlembagaan Persekutuan tujuan pindaan tersebut adalah bagi memudahkan pendakwah-pendakwah Kristian yang didokong oleh pembangkang untuk memurtadkan orang Islam terutamanya anak-anak muda.
Dalam hal ini Pas sebagai sekutu PKR dan Dap tidak dapat membuat apa-apa respons keras terhadap sikap tiga Adun Dap itu kerana parti itu sendiri pun seudah menjadi balaci parti rasis itu.
Bagaimana boleh diharapkan Pas menentang Dap apabila ia juga menyokong penggunaan kalimah Allah di dalam Alkitab yang menjadi pendirian rasmi pakatan pembangkang.
Sesungguhnya Pas telah terperangkap dalam permainan kotor Dap dan PKR untuk merosakkan Islam.
Ia sukar untuk berkata tidak kepada segla kehendak Dap dan PKR kerana pemimpin-pemimpinnya sudah mendapat keuntungan besar dari segi kewangan, kedudukan dan dan projek daripada Dap di Pulau Pinang dan PKR di Selangor.
Pemimpin Pas telah berjaya dibeli dengan wang ringgit dan kemewahan supaya mereka tutup mulut dan tidak berkata apa-apa terhadap tindakan Dap dan PKR yang menjejaskan kedudukan Islam di negara ini.
Ini membuatkan Pas sebagai pembelit kepada bangsa Melayu dan juga Islam.
PKR pula langsung tidak boleh diharapkan memperjuangkan agenda Islam walaupun pimpinan atasan kebanyakan adalah orang Islam.
Masakan Islam menjadi penting bagi PKR bilamana Liberalisme dan Pluralisme adalah agama anutan mereka.
Sudah tentu dalam isu kalimah Allah, pendirian PKR adalah lebih teruk daripada Pas yang sudah menjadi alat Dap.
PKR pula berperanan menyebarkan fahaman yang anti Islam merosakkan akidah umat Islam di negara ini.
Anwar sendiri tidak berani untuk mempertahankan tindakan Jais malah menyalahkan agensi itu atas tindakannya.
Sepatutnya pihak gereja yang harus dipersalahkan kerana bersikap anti Islam apabila terus mendesak untuk menggunakan kalimah Allah di dalam penerbitan majalah Herald.
Ini kerana mahkamah tinggi dan juga mahkamah rayuan telah menolak usaha gereja Katolik untuk menggunakan kalimah Allah tetapi mereka tidak mempedulikan keputusan badan kehakiman.
Kalau tidak kerana agenda licik kristianisasi terhadap umat Islam di Malaysia, mengapa mereka bersungguh-sungguh mahu menggunakan kalimah yang sinonim dengan Islam itu?
Bahayanya amat besar kepada kestabilan politik negara dan teras kekuasaan orang Melayu jika perkara ini berterusan.
Kerajaan harus mengambil tindakan keras terhadap mana-mana pihak yang cuba memperlekehkan Islam dan meletakkannya setaraf dengan agama lain.
Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan hendaklah dipertahankan habis-habisan kerana agenda pembangkang bukan sekadar untuk berkuasa tetapi menggunakan kuasa di tangan mereka untuk merubah sistem pemerintahan kepada satu pentadbiran yang anti Islam, anti Melayu dan anti Raja.

Pembangkang Sengaja Putar-Belit Isu Kangkung Untuk Alih Perhatian Rakyat


Penyanyi nasyid tersohor tanah air, Hafiz Hamidun hari ini menyelar para pengguna media sosial yang begitu ghairah menggunakan isu #kangkung ketika memuatnaik status di laman media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram mereka.
 
Beliau yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, itu melahirkan rasa kesal di atas sikap segelintir masyarakat yang sengaja menggunakan isu remeh itu, berbanding cerita mengenai kelahiran junjungan besar umat Islam Nabi Muhammad SAW.
 
"Nampaknya kita lebih gemar 'share' cerita kangkung dari cerita Maulidur Rasul. Salam Maulidur Rasul" luahnya di laman Twitter miliknya semalam.
 
Paling menarik, status tersebut turut dikongsikan hampir 400 orang peminatnya sebagai tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut dan seramai 139 orang telah menjadikan status tersebut sebagai 'favourite'. Apabila beliau menggunakan status yang sama di laman facebook miliknya, seramai 18,386 orang telah menekan butang 'like' dan  dikongsi oleh 1,082 orang.
 
Isu #kangkung mula menjadi hangat apabila segelintir penyokong pembangkang cuba memutar-belitkan dan menggunakan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir di Kemaman, semalam.
 
Tidak ketinggalan media dan portal pembangkang juga turut menggunakan isu ini, bagi menghangatkan suasana dengan pelbagai andaian, kononnya kerajaan Barisan Nasional begitu berbangga dapat menurunkan harga #kangkung.
 
Sedangkan secara realitinya #kangkung hanya digunakan sebagai contoh untuk membuktikan bahasa pembangkang hanya pandai menyalahkan kerajaan dalam isu kenaikan harga barang. Dalam erti kata mudah, perkataan kangkung hanyalah sebagai analogi mudah untuk menerangkan kepada rakyat, bahawa kerajaan hanya mengawal sebilangan barangan keperluan asas seperti beras, gula, minyak dan sebagainya.
 
Selebihnya yang tidak termasuk dalam harga kawalan, ia ditetapkan oleh pengilang, pengedar, pemborong, penjual dan sebagainya. Oleh itu sebagai pengguna, rakyat seharusnya turut memainkan peranan apabila ada di kalangan mereka yang sengaja mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barangan keperluan.
 
Malah ada sesetengah pendapat yang mengatakan kenaikan harga barang di pasaran ini berkemungkinan sengaja dilakukan oleh mereka-mereka yang ingin memastikan rakyat terbeban, sekali gus menyalahkan kerajaan.
 
Berbalik kepada isu yang dibincangkan, walaupun pembangkang cuba menjadikan #kangkung sebagai pendekatan mewujudkan persepsi negatif masyarakat terhadap kerajaan. Masih ada di kalangan mereka yang merasakan ia hanyalah strategi pembangkang untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap isu yang lebih besar.
 
Selain mengalihkan perhatian masyarakat Islam terhadap hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, ada di kalangan pengguna media sosial merasakan banyak lagi isu besar yang cuba ditutup oleh pembangkang.
 
Contoh polemik penggunaan kalimah Allah, perebutan kuasa di Selangor antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim, penutupan pusat Giat Mara dan sebagainya. Berikut adalah antara komen pengguna media sosial berhubung isu #kangkung :
 
Mega Sutera isu kangkung lebih menarik perhatian dari isu penutupan giat mara...adakah ini kejayaan kacang merah?
 
Saikopen Saiko Kaum cina rileks aje... yang bising...kenapa kita SPIN isu nie... cari maksudnya bukan ayatnya...
 
Saikopen Saiko cuba lihat sekeliling... bising bab KANGKUNG ... Kita diam dalam bab TUTUPNYA PUSAT LATIHAN GIAT MARA...bila tutupnya pusat itu.. bermakna TUTUPNYA SALAH SATU PENDIDIKAN ISLAM.... lihat betapa cerdiknya Orang Kristian PERBODOHKAN ORANG ISLAM.... TUMBANGNYA INSTITUSI ISLAM... GELAK GELAK GELAK.. AKHIRNYA KITA JUGA BERSAMA DENGAN GOLONGAN TERSEBUT... WALLAHUALAM..
Polong Al TMx Bodoh ker khalid nak tutup giat mara yg dah jd darah daging kaum melayu selama nie hakhak melaikan isu untk tutup isu besar yg lain...fikir2 hakhak
Samuel Hashim Sayur sayuran dan kangkong je jadi contoh permulaan projek utk 10,000 perserta he he he..apa pun saya nampak kerajaan mahu menggalakan bumiputera berusaha berniaga dlm semua perniagaan..dan bermaufakat dlm semua perniagaan dari ahli2 dari akaq umbi sampai keatas party umno BN.Pemimpin dan ahli2 akar umbi menghuluran perbagai bantuan hal2 isu yg tahu tentang keperluan hidup bumiputera.Harap2 semua ahli mainkan peranan menjayakan hasrat pasaran perniagaan hal2 keperluan hidup supaya tidak di monopoli satu kaum saja..amin.
 
Firdaus Azil The level of intelligence around here is worrying. Feeling suffocated reading these unfunny jokes and trolls about kangkung. Are you considering yourself as funny? Its nowhere near funny. It is silly
 
FarEast Roslan nk buat mcm mana,kt Malaysia ramai sgt taksub bpolitik...x kira la kalau najib sebut apa pun..tetap kena balik kt dia sbb bila hati dah benci kt org..kata la apa pun,tetap org pusing..
 
Nur Arisyah bodonye......pm kate ttg kangkung sbb ape sblm ni?? npe lA bodo bangang sgt. pastu puak korg slps tu abs sindir gile kangkung, x ke bodo nmenye tu
 
Aisyah Haziq Haiqal Apa ada pada kangkung...cuma sekadar sayur...nak jd isu sangat watpe...manusia2 yg suka mengaib dan mengajuk org lain...Selebihnya biar Allah yg tentukan.kita bkan sesiapa..nabi bkan..malaikat apalagi...kita cuma manusia biasa..xda sempurnanya.gunakan pendekatan menegur secara sopan..bkan menghina. .muhasabah diri lebih baik..yg baik dtg dari Allah. .dan yg buruk sebenarnya dari kita sendiri.salam maulidur rasul....
Kesimpulannya walaupun, para penyokong pembangkang dan tidak ketinggalan para macai mengatakan isu #kangkung menjadi satu topik perbualan hangat kononnya rakyat marah adalah merupakan sebahagian dari strategik mereka. Sedangkan masih ramai lagi yang bijak dan faham maksud sebenar yang ingin disampaikan.
 
Salam Maulidur Rasul buat semua.

‘Penghapusan Etnik’ di Pulau Pinang?

 
Agenda 13 Mei DAP untuk menghalau Melayu balik kampung dan masuk hutan adalah agenda yang berterusan.  Laungan Melayu Mati! merupakan cetusan kebencian yang tidak berkesudahan dan berakar umbi dari generasi ke generasi, dijana oleh Sekolah-sekolah vernakular. 
 
Biarpun pada dasarnya DAP telah menjadi parti politik yang sah, namun agenda perkauman mereka tidak pernah luput.  
 
Keadaan memihak kepada mereka apabila mereka berjaya menawan Pulau Pinang.  Mungkin kemenangan mereka adalah satu petunjuk bagi orang-orang Melayu yang masih enggan sedar.  Sejak DAP menguasai Pulau Pinang, parti itu tidak segan silu dan semakin rakus menjalankan agenda mereka menghalau orang Melayu dan juga India jauh dari kawasan yang ingin diduduki mereka. 
 
Tidak cukup dengan menggunakan kuasa sebagai kerajaan negeri, mereka turut menggunakan samseng apabila 'perlu'.  Kejadian di Nibong Tebal semalam seharusnya membuka mata semua orang-orang Melayu dan India di Pulau Pinang bahawa keputusan mereka memberi kuasa kepada DAP adalah keputusan yang salah dan memakan diri. 
 
Dalam kejadian tersebut, samseng telah digunakan untuk menakut-nakutkan penduduk Kampung Valdor, Sungai Bakap setelah penduduk mengadakan demonstrasi dan menghalang lori pemaju dari masuk ke kawasan mereka.   Tindakan penduduk kampung tersebut adalah sebagai membantah tindakan kerajaan DAP meluluskan projek pembangunan di kawasan bersebelahan. 
 
Projek tersebut nampaknya telah dibangunkan tanpa kajian mendalam memandangkan tiada persediaan awal bagi meningkatkan sistem perparitan.  Menurut penduduk, saluran parit telah ditimbus bagi memberi laluan kepada projek tersebut sehingga menyebabkan banjir kilat di kampung mereka setiap kali hujan lebat. 
 
Memandangkan majoriti penduduk adalah Melayu dengan segelintir India, tidak hairanlah kenapa keadaan ini berlaku. 
 
Kita percaya, ini adalah cara halus bagi DAP untuk menghalau penduduk kampung tersebut dari tanah mereka bagi memberi laluan kepada tauke-tauke Cina untuk mengaut keuntungan dari projek pembangunan dan komersial. 
 
Hakikatnya, apa yang berlaku di Kampung Valdor hanyalah lanjutan dari apa yang berlaku di Kg. Pokok Assam yang mana penduduknya telah dihalau dan diberi pampasan yang tidak setimpal berbanding nilai tanah yang dirampas.  Pampasan yang ditawarkan adalah RM25,000 – RM180,000 sedangkan nilai hartanah yang bakal dibina menjangkau jutaan ringgit.  Sehingga kini, difahamkan seramai 29 penduduk masih enggan meninggalkan rumah mereka dan menuntut dialog yang dijanjikan oleh kerajaan negeri. 
 
Pada tahun 2010 sahaja, 6 dari 13 kampung Melayu di kawasan Jelutong telah pun dimajukan untuk tujuan pembangunan komersial. Antara yang terlibat ialah 450 penduduk Kampung Tengah dan 200 penduduk Kg. Masjid yang ditawarkan pampasan sekitar RM14,000 – RM180,000.
 
Pastinya, wang pampasan yang diberikan tidak mampu membeli rumah yang dibina pemaju yang rata-ratanya berharga RM800,000 ke atas.  Yang menerima rumah pangsa pula kini baru menyedari bahawa nilai rumah pangsa mereka jauh terlalu rendah berbanding nilai tanah yang mereka tinggalkan. 
 
Mahu tidak mahu, mereka ini semua pasti terpaksa berhijrah ke kawasan lain yang semestinya jauh dari pusat pembangunan dan jauh dari bandar. 
 
Apa yang berlaku membuktikan segala amaran BN terhadap rakyat mengenai kezaliman dan sifat perkauman DAP bukanlah sekadar mainan politik.  Ia adalah benar dan sedang berlaku di hadapan mata kita semua. 
 
Apa yang DAP lakukan adalah 'penghapusan etnik' secara terancang.  Lebih menakutkan, kejadian di Kg. Valdor menunjukkan bahawa pihak yang rakus ini tidak lagi pedulikan undang-undang, alam sekitar atau apa kata orang.   Walaupun samseng-samseng tersebut mungkin bukan orang suruhan DAP, namun keberanian mereka mengugut penduduk kampung merupakan 'konsistensi' dari sikap DAP yang begitu giat membela samseng selama ini. 
 
Nampaknya, DAP benar-benar sedang merealisasikan slogan mereka pada 13 Mei iaitu 'Melayu balik kampung', 'masuk hutan' dan 'mati'.

KHALID TUNDUK KEPADA DAP TEKAN JAIS


Kemelut isu kalimah Allah membuktikan kepada rakyat pembangkang tidak boleh diharapkan untuk menjaga kedaulatan dan martabat Islam di negara ini.
Bukan sahaja parti seperti Pas yang sepatutnya memperjuangkan Islam secara jujur dan ikhlas malah pemimpin mereka bersekongkol dengam parti anti Islam, anti Melayu dan rasis seperti Dap untuk menekan dan menentang Islam.
Ketika majlis angkat sumpah jawatan menteri besar di hadapan Sultan Selangor, Khalid Ibrahim berpakaian lengkap sambil memegang tombak diraja.
Antara lain dalam sumpah terima jawatan, Khalid membuat akujanji di hadapan baginda dengan disaksikan semua pembesar negeri, pegawai tinggi kerajaan dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri bahawa beliau akan mempertahankan kedudukan Islam dan tidak melakukan apa-apa perbuatan yang boleh mencemarkan agama.
Ini kerana, sultan adalah ketua agama negeri dan jika imej Islam dibiarkan tercalar, maruah sultan dan umat Islam di negeri itu juga terjejas.
Apa yang berlaku di dalam isu perampasan lebih 300 naskah Alkitab milik Bible Society of Malaysia ialah menteri besar sendiri yang menentang dan mempersalahkan Jabatan Agama Islam Selangor atas tindakan itu.
Beliau sepatutnya mempertahankan agensi kerajaan tersebut kerana ia menjalankan tugas selaras dengan fungsi yang termaktub di dalam piagam penubuhannya.
Bukan sahaja tanggungjawab JAIS menjalankann operasi membanteras penyebaran ajaran sesat yang bertentangan Islam mazhab Sunnah wal Jamaah, tetapi juga memastikan juga tidak ada campur tangan agama lain dalam urusan Islam.
Di dalam hal ini, pihak mahkamah sehingga ke peringkat mahkamah rayuan  telah memutuskan majalah Herald tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah di dalam mana-mana penerbitannya.
Malangnya pengarang Herald, Father Lawrence Andrew menunjukkan sikap angkuh dan sombong dengan mencabar ketetapan undang-undang dan mahu terus menggunakan kalimah Allah di dalam Alkitab.
Perbuatan biadapnya itu sudah tentu tidak akan diterima pihak Jais mahupun umat Islam dengan berdiam diri.
Atas prinsip itu maka pihak Jais menguatkuasakan kuasa merampas yang dibekalkan kepadanya.
Tiba-tiba Jais pula yang dipersalahkan oleh menteri besar dan mengarahkan agensi itu merujuk kepada Kementerian Dalam Negeri berhubung tatacara penguatkuasaan.
Peliknya pihak gereja yang keras kepala dan tidak menunjukkan hormat kepada sultan selaku ketua agama, Jais pula yang terpaksa menerima bahana.
Pujian patut diberi kepada pihak yang kini menyiasat pengarang bongkak tersebut di bawah Akta Hasutan.
Tindakan tegas hars diambil kepada mana-mana pihak yang berfikir mereka boleh melakukan apa sahaja sehingga menghina Islam dengan menyorok di belakang prinsip kebebasan.
Sebenarnya sikap tidak mempertahankan Islam yang ditunjukkan oleh Khalid adalah beliau ditekan hebat oleh Dap yang memainkan peranan sebagai dalang di dalam isu ini.
Khalid hanyalah boneka bernyawa yang tidak boleh mengambil apa-apa sebagai menteri besar tanpa arahan atau kebenaran Dap.
Dap lah yang sebenarnya berkuasa di Selangor, bukan PKR atau Pas.
Dap lah menteri besar de facto kerana semua dasar dan program mesti mendapat restu parti perkauman itu.
Menteri Besar berbangsa Melayu hanya digunakan sebagai rubber stamp untuk menghalalkan segala perancangan licik Dap yang merugikan orang Islam dan Melayu.
Pas juga berkerjasama dengan Dap untuk menekan Islam kerana tamakkan kuasa dan pangkat.
Pas juga dianggap sebagai tunggul oleh Dap kerana itu ia amnat takut sekali bersuara lebih daripada yang dibenarkan oleh bosnya.
Sekadar melepaskan batuk di tangga Pas dilihat tidak langsung mempertahankan kesucian Islam apabila diserang bertubi-tubi oleh Dap, gereja dan orang kafir.
Ia lebih sibuk menganjurkan demonstrasi anti Israel dan menyertai himpunan gulingkan kerajaan daripada benar-benar mempertahankan isu kalimah.
Melihat keadaan ini tidak sukar untuk difahami jika pembangkang berkuasa, Islam dan Melayu adakan menjadi sasaran pertama dan utama mereka.

Mentafsir ‘Kesederhanaan’ Dalam perasmian

Persidangan Antarabangsa Gerakan Kesederhanaan Global atau International Conference on Global Movement of Moderates (ICGMM) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 17-19 Januari 2012, Dato' Sri Najib telah mengumumkan penubuhan Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global atau Global Movement of Moderates Foundation (GMMF). 
Secara dasarnya, GMMF menyeru negara anggota agar mengamalkan kesederhanaan serta menolak dan mengecam pelampau di negara masing-masing. 
Yayasan ini diterajui oleh Dato' Saifuddin Abdullah sebagai Ketua Eksekutif GMM, yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.  
Sejak dari awal perlantikannya lagi Saifuddin telah memperlihatkan sikap 'tidak senang' dengan NGO yang mewakili orang-orang Melayu, iaitu PERKASA.  Saifuddin langsung tidak berselindung dalam menggambarkan pendapatnya terhadap NGO itu yang dianggapnya ekstrem.
Dalam kenyataan akhbarnya sempena penubuhan GMM pada September 12, 2012, beliau mengingatkan PERKASA bahawa tiada pihak yang boleh mendapat 100% apa yang mereka mahukan di negara ini.  Saifuddin juga mengigatkan PERKASA bahawa NGO itu tidak mewakili pendapat majoriti rakyat.  Perjuangan PERKASA untuk memartabatkan bangsa Melayu dikatakan tidak menepati slogan kesederhanaan. 
Namun, di masa yang sama Saifuddin secara tidak langsung menyokong pihak ekstremis Cina Dong Zong, dengan menyatakan bahawa pintu rundingan masih terbuka mengenai Dasar Pendidikan Nasional.  Saifuddin langsung tidak mengecam Dong Zong yang berdegil ingin memisahkan kaum Cina dari aspirasi negara.  Saifuddin juga tidak menganggap Dong Zong ekstrem walaupun jelas pertubuhan itu ingin mengukuhkan keCinaan bangsanya yang mana amat bertentangan dengan slogan kesederhanaan. 
Benar, bahawa PERKASA tidak mewakili majoriti rakyat tetapi Dong Zong pula jelas mewakili hanya segelintir rakyat.  Justeru, adalah tidak wajar bagi GMM untuk mengambil sikap berpihak dalam menyatakan pendapat.  Apatah lagi memilih untuk berpihak kepada minoriti yang kecil. 
Apa yang berlaku menunjukkan bahawa Saifuddin atau GMM, PERKASA, Dong Zong, dan mungkin juga sekalian rakyat atau pemimpin negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza-beza mengenai 'moderation' (kesederhanaan). Kita yakin, ramai yang keliru antara 'sederhana' dengan 'kebebasan',  dan kemudiannya keliru pula antara 'kebebasan' dengan 'kebebasan total'. 
Baru-baru ini pula, Saifuddin atau GMM memilih untuk menyokong COMANGO serta mengecam tindakan mengharamkan gabungan itu.  Ini adalah bukti bahawa tafsiran Saifuddin/GMM mengenai 'kesederhanaan' adalah berbeza dengan tafsiran majoriti rakyat negara ini. 
Ini tidak mengejutkan kerana antara personaliti yang menerajui GMM ialah Datuk Seri Wong Chun Wai, CEO akhbar The Star yang giat menikam belakang UMNO.  
Selain GMM, Suhakam dan Majlis Konsultansi Perpaduan Negara (MKPN) juga dilihat menyokong COMANGO atas alasan 'kesederhanaan'.   Menurut semua pihak ini, pengharaman COMANGO adalah keterlaluan dan tidak menepati slogan kesederhanaan Perdana Menteri dan juga perjuangan hak asasi manusia. 
Bagi GMM, COMANGO, MKPN dan juga SUHAKAM serta rangkaian pembangkang iaitu SUARAM atau BERSIH, 'kesederhanaan (moderation)' tidak mungkin dapat dilaksanakan secara tuntas selagi negara ini berpaksikan kepada agama Islam dan bersandarkan kepada perlembagaan yang dikuncikan dengan Hak Istimewa Melayu. 
Bagi majoriti rakyat, dan akar umbi UMNO sendiri yang menjadi tunjang kerajaan pula, 'kesederhanaan (moderation)' adalah memberi ruang kepada semua bangsa dan agama untuk mengamalkan budaya dan ibadah masing-masing tanpa sekatan di samping meletakkan Islam di tempat teratas sejajar dengan perlembagaan negara. Dalam kata lain, tidak diubah apa-apa mengenai perlembagaan dan undang-undang negara. 
Untuk membuat keputusan mengenai pendapat siapa yang perlu diikut atau pendirian siapa yang benar dan tepat mengenai apa itu 'bersederhana' tentulah sukar dan hampir mustahil. 
Pastinya, pihak yang bersama GMM merasakan pendirian mereka tepat dan penentang mereka adalah kolot, ketinggalan atau bodoh.  
Manakala pihak majoriti Melayu Islam di negara ini pula merasakan pendirian merekalah yang tepat dan penentang mereka sebagai jahil, sesat atau kafir. 
Justeru, inilah ditekankan agar pihak kerajaan memberi tafsiran yang tepat mengenai apa itu 'kesederhanaan' yang dilaungkan dan ke mana arah tujuan negara ini?  Apakah kerajaan benar-benar ingin mengubah struktur sosial dan identiti negara?   Apakah Malaysia sedang menuju ke liberalisasi dan tidak lagi ingin berpegang kepada agama Islam sebagai agama rasmi?  
Sementara itu, inilah juga diingatkan bahawa perkara utama yang perlu dipertimbangkan dalam menentukan hala tuju negara ialah, keamanan dan kesejahteraan keseluruhan rakyat. 
Tiada siapa yang dapat menafikan bahawa perlembagaan negara yang bertunjangkan agama Islam dan Hak Istimewa Bumiputera telah memperlihatkan kejayaan yang besar.  Kita pernah dinobatkan sebagai Harimau Asia dengan bersandarkan kepada perlembagaan yang sama.  Hak Istimewa Bumiputera juga membantu kita mengatasi ancaman ekstremis Cina sepertimana yang berlaku pada 13 Mei 1969. 
Malah, perlembagaan yang sama juga yang memberi peluang kaum Cina untuk menguasai ekonomi negara ini. 
Penganut agama lain tidak pernah dihalang untuk beribadah, malah setiap perayaan mereka juga diiktiraf sebagai cuti umum yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh minoriti di negara lain di dunia.  Mereka juga diberi hak untuk mencetak dan mengedar akhbar dalam bahasa masing-masing serta mempunyai sekolah berasingan, yang mana tidak mungkin dapat dinikmati oleh minoriti di negara lain di dunia. 
Jelas, tidak ada kepincangan dalam kesederhanaan yang kita amalkan malah terlebih-lebih pula.  Malaysia sudah cukup sederhana dan kesederhanaan itulah yang meletakkan kita di mana kita berada pada hari ini. 
Bagi yang melihat 'kesederhanaan' diamalkan Malaysia belum lengkap atau tidak tepat, kita ingin bertanya, apakah wajar kita memperjudikan kehidupan yang baik ini untuk mencuba 'kesederhanaan' mengikut tafsiran mereka? 
Berbaloikah kita mengambil risiko membuat perubahan bagi memuaskan hati segelintir dari kumpulan minoriti?  Ingatlah, bahawa Kristian hanya mewakili 9% dari rakyat, dan dari jumlah itu pula tidak semuanya menyokong tuntutan menggunakan nama 'Allah' dalam Injil berbahasa Melayu.  Dan golongan yang mengamalkan LGBT pula tidak mungkin melebihi 5% pun.  
Berapa ramai pula yang ingin sangat untuk murtad?  Sepuluh?  Dua puluh orang? 
Wajarkah kita menggadaikan keamanan negara bagi memuaskan hati segelintir manusia ini?   Bukankah Saifuddin, sebagai Ketua Eksekutif GMM sendiri menyatakan bahawa kita tidak boleh menunaikan 100% kehendak satu-satu golongan itu dan tidak semua orang akan 100% berpuas hati?  
Minoriti telah mendapat kuasa ekonomi dan majoriti mendapat kuasa politik yang menentukan identiti negara ini.  Sebarang 'pengurangan' kuasa ke atas mana-mana sektor wajarlah berlaku secara seimbang.  Jika satu pihak membolot kedua-dua kuasa maka ia akan bermakna kehancuran pihak yang lagi satu. 
'Kesederhanaan' yang kita amalkan merupakan formula terbaik untuk negara ini.  Biarpun majoriti menentukan hala tuju dan identiti negara tetapi selagi minoriti dapat hidup sejahtera, malah mewah pula, maka kita sebenarnya tidak punya masalah apa-apa. 
Jika tiada masalah, kenapa perlu dicari masalah? 
Hakikatnya, kesederhanaan yang kita amalkan adala tepat dan GMM sendiri wajib mencerna hakikat ini sebaik-baiknya.   

15 Jan 2014

Gobind Singh Patut Saman DAP Bukan ROS! 


Bagaimana sebuah parti yang tidak mempunyai ahli jawatankuasa pusat yang sah boleh terus beroperasi dan berfungsi seperti biasa?  Bagaimana ahli jawatankuasa haram ini boleh bertindak sebagai pentadbir dan pengurus kepada parti dan berbuat sesuka hati?
 
Namun, itulah yang berlaku dalam parti DAP. Sehingga ke hari ini, masalah pengundian dan perlantikan CEC DAP masih lagi tidak selesai. 
 
Sebagai sebuah parti samseng, para pemimpin DAP cuba mengenepikan undang-undang pertubuhan dan ingin terus berlagak seolah-olah mereka tidak bersalah.  Mereka juga cuba menyalahkan kerajaan, ROS, UMNO, 'cuaca' dan mungkin juga 'harga pasaran kangkung semasa', atas apa yang berlaku dalam parti mereka. 
Kononnya, semua masalah yang melanda DAP adalah permainan UMNO melalui ROS. 
 
Hakikatnya, tugas menghantar notis kepada perwakilan DAP bukan tugas UMNO.  Tugas mengira undi CEC juga bukan tugas UMNO.  Justeru, bagaimana pula UMNO boleh menjadi punca kemelut dalam DAP? 
 
Bagi menyelamatkan air muka DAP, Pengerusi Biro Undang-undangnya, Gobind Singh Deo, telah mewar-warkan yang beliau telah menghantar 'surat guaman' kepada ROS.  Harapannya agar dapatlah DAP memperlihatkan kepada rakyat bahawa masalah notis mesyuarat CEC tidak diterima dan juga kehilangan perwakilan dalam proses pengundian CEC adalah salah ROS. 
 
Bagaimanapun, rakyat tahu bahawa tugas menghantar notis dan menjemput perwakilan DAP bukan tugas ROS.  Oleh itu, kedudukan ahli jawatankuasa DAP menjadi tidak sah pada hari ini bukanlah salah ROS.
 
Sebaliknya, ROS hanya menjadi tempat mengadu oleh para perwakilan DAP yang merasakan diri mereka telah teraniaya, terpinggir atau dipermainkan oleh pemimpin sendiri. 
Apa yang lebih menarik ialah ROS menafikan ada menerima apa-apa surat guaman, surat saman atau surat cinta dari DAP. 
 
Kebetulan, ROS sememangnya ada menunggu 'surat' dari DAP iaitu surat-surat notis mesyuarat yang dikatakan telah dihantar tetapi tidak diterima oleh lebih 700 perwakilan dalam pemilihan awal.  ROS juga sedang menunggu surat penjelasan yang terperinci dari pihak pemimpin DAP mengenai aduan ahli-ahli mereka sendiri. 
Namun, satu-satunya surat yang diterima oleh ROS dari DAP ialah berkenaan memohon penjelasan mengenai pengesahan jawatankuasa CEC yang ditandatangani sendiri oleh Lim Guan Eng - itu saja. 
 
Jika Guan Eng sendiri sedar bahawa kedudukan sendiri tidak sah, apa hal pula Gobind Singh ingin menyaman ROS?   
 
Nampaknya, ROS akan terus menunggu penjelasan DAP dan DAP pula akan terus menipu. Sementara itu, parti DAP akan terus diterajui oleh jawatankuasa yang tidak sah. 
Inikah parti yang kononnya melaungkan 'cekap, amanah dan telus' serta keadilan untuk semua?

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

7 Jan 2014

Ugut Bunuh Hannah Yeoh: Taktik Basi DAP


Hanya kerana kenyataan tidak prihatin terhadap wanita hamil, Hannah Yeoh membuat aduan kepada rakyat bahawa beliau telah diugut bunuh.  Begitulah terdesak dan murahnya politik Speaker DAP yang bergaji lebih tinggi dari Perdana Menteri ini. 
Taktik mewar-warkan berita menerima ugutan bunuh apabila kehabisan modal membela diri merupakan strategi yang telah terlalu sering digunakan oleh DAP. 
Contohnya, Karpal Singh melaporkan menerima peluru hidup pada Mei 2008 dan kemudiannya sekali lagi pada Februari 2009.   Lim Guan Eng juga pernah membuat laporan menerima ugutan bunuh pada September 2013.  
Skrip ugut bunuh yang paling dramatik pula tentunya dimenangi oleh Anwar Ibrahim di mana beliau terpaksa mengangkut berbelas pengawal peribadi untuk ke beberapa majlis pada ketika tertentu.  Bagaimanapun, di ketika lain, Anwar begitu bebas 'meninjau' LRT dan juga ke seluruh pelusuk negeri dan negara tanpa perlu bimbang terhadap keselamatan dirinya.  Mungkin ugutan bunuh terhadap Anwar hanya sah pada dan ketika tertentu sahaja. 
Kononnya lagi, ugutan bunuh itu pernah diperpanjangkan kepada anak dan isteri Anwar juga. 
Namun, sehingga hari ini tiada siapapun di antara mereka ini yang dibunuh. 
Dalam kes Hannah, kurang jelas bagaimana ugutan bunuh dilakukan kerana Hannah tidak membuat laporan polis dan sekadar membuat laporan akhbar.  Dalam laporan itu pula, Hannah lebih banyak merengek menceritakan bagaimana beliau dimarahi rakyat kerana tidak prihatin terhadap wanita hamil berbanding menceritakan secara terperinci tentang ugutan tersebut. 
Nampaknya Hannah juga telah ketandusan idea dan terpaksa meraih simpati dengan mencari publisiti murah, sama seperti tindakan 'bos-bosnya'.   Jelas, Hannah tidak cukup bijak untuk memahami bahawa taktik ini sudah basi.  Rakyat sudah mual mendengarnya. 
Apa ke jadahnya Hannah diugut bunuh hanya kerana satu kenyataan bodoh?  Bukankah lebih baik membiarkan Hannah hidup untuk dijadikan bahan ketawa? 
Dan tindakan Hannah mengadu konon diugut bunuh membuatkan kita ketawa lebih besar lagi. 
Apa yang kita tahu, kerja-kerja mengugut ala samseng ini adalah kerja DAP.  DAP yang paling galak membela samseng dan penjenayah.  DAP yang paling giat menjana perniagaan gelap yang berkaitan samseng dan penjenayah.  Jika benar ada ugutan, maka ia pastinya kerja dari dalam DAP sendiri.  Kita tidak pernah lupa bagaimana Teoh Beng Hock 'terpaksa' mati bagi menyelamatkan pemimpin DAP. 
Kita faham bahawa Hannah sebenarnya buntu apabila semakin ramai yang memandang serong terhadap Ratu Kristian Evangelis ini.  Bermula dari kenaikan gajinya yang begitu drastik dan sikapnya mempertahankan kenaikan itu, rakyat mula meraguinya.  Justeru, ramai yang tidak terkejut apabila Hannah langsung tidak prihatin terhadap wanita hamil apatah lagi apabila yang terlibat itu adalah Melayu. 
Selama ini, seperti juga pemimpin pembangkang yang lain, Hannah begitu lantang mengkritik kerajaan persekutuan terutama isteri Perdana Menteri atas tuduhan 'boros'.  Laman sosial Hannah juga tidak pernah kering dengan sindirian dan kecaman terhadap kerajaan terutama mengenai ekonomi.  Kononnya kerajaan perlu berjimat cermat dan lebih prihatin terhadap peningkatan kos sara hidup rakyat. 
Namun, dalam keprihatinan Hannah terhadap rakyat, dengan tidak semena-mena, gajinya pula yang meningkat.  Peningkatan itu pula bukan sebanyak 10%-20% tetapi 268%! iaitu dari RM6109.29 kepada RM22,500! 
Justeru, tidak hairanlah Hannah terpaksa menggunakan taktik paling bodoh untuk meraih simpati dan publisiti tahap lelong dengan mewar-warkan bahawa beliau telah menerima ugutan bunuh.  Logiknya, tiada siapa yang perlu mengugut Hannah kerana beliau langsung tidak signifikan dalam hidup rakyat Malaysia. 
Nasihat kita pada Hannah, carilah cara lain untuk mencari publisiti kerana cara ini sudah basi. 

Kalimah ‘Allah’:  June Wong, Pengarang The Star Ingin Jemput Campurtangan Asing Pula


Akhbar The Star nampaknya telah mengambil pendirian memihak kepada Kristian dalam isu kalimah 'Allah'.  Menurut June Wong iaitu seorang pengarang di akhbar tersebut,  halangan terhadap orang-orang Kristian di Malaysia untuk menggunakan kalimah tersebut bagi merujuk kepada Tuhan 'Bapa' adalah bertentangan dengan konsep moderat yang dipromosikan oleh Perdana Menteri. 
 
Justeru, katanya, sekiranya masalah ini berlarutan maka beliau menyarankan agar pihak Kristian meminta bantuan asing untuk menjadi pengantara bagi menyelesaikannya. 
Fakta yang sengaja tidak disebut oleh June Wong ialah isu ini bukanlah satu isu kerana telah termaktub di dalam Enakmen 1998 bahawa Kalimah Allah merupakan antara perkataan Arab yang tidak dibenarkan diguna oleh bukan Islam di Malaysia. 
 
Selain itu, perkara ini diperkuatkan lagi melalui kes The Herald, apabila mahkamah memutuskan yang sama, dengan pengecualian terhadap Sabah dan Sarawak.
 
Sewajarnya sebagai pengarang akhbar dan manusia yang bertamadun, June Wong harus akur dengan undang-undang dan keputusan mahkamah.  Namun, June Wong memilih untuk bersikap degil dan samseng dengan sengaja memberi tekanan kepada kerajaan kononnya atas nama kebebasan beragama
 
Persoalannya, kebebasan yang manakah dalam amalan agama Kristian yang dihalang oleh kerajaan? Sejak bila amalan Kristian wajib menggunakan nama Allah?
 
Kita pasti yagn June Wong tidak akan dapat menjawab soalan ini.  Pun begitu, beliau akan terus menyalak melolong-lolong sengaja berbuat bising, kononnya untuk menakut-nakutkan kerajaan
 
Hakikatnya, June Wong, DAP, Marina Mahathir, COMANGO dan mana-mana pihak yang sewaktu dengan mereka ini bukannya memperjuangkan kebebasan beragama, hak asasi manusia mahupun keadilan.  Mereka sebenarnya hanya ingin menentang Islam.  
 
Mereka tidak senang melihat negara ini aman damai dengan semua agama mengamalkan ibadah masing-masing tanpa pertelagahan.  Mereka tidak senang selagi Islam menjadi agama rasmi negara dan menjadi penghalang kepada cara hidup mereka yang tanpa batasan. 
 
Oleh itu, biarpun kerajaan tidak pernah mengganggu amalan agama lain, tetapi itu belum cukup bagi mereka. Mereka ingin mendesak fahaman liberal mereka ke atas kerajaan dan seluruh umat Islam. 
 
Sesiapa yang tidak bersetuju dengan fahaman liberal mereka akan dikecam sebagai kolot, sampah dan bodoh. Sikap yang mereka tonjolkan ini tentulah amat bertentangan dengan perjuangan yang mereka laungkan. 
 
Jika benar mereka memperjuangkan kebebasan beragama, maka kenapa mereka memperlekeh pegangan Umat Islam? 
Jika benar mereka berpegang bahawa semua orang punya hak, maka kenapa setiap kali Umat Islam mempertahankan haknya akan dituduh sebagai sampah, kolot dan bodoh pula?   Apakah umat Islam tidak punya hak apa-apa?  Kenapa Islam perlu didiskriminasi?  Bukankah mereka juga yang menentang sebarang bentuk diskriminasi?
Sekiranya June Wong mengkaji sejarah kitab Injil, maka beliau pasti tahu bahawa walaupun Kristian turut mengiktiraf Tuhan sekalian alam yang dipanggil Triune, Tuhan yang dimaksudkan itu adalah berbeza dengan yang disembah oleh Umat Islam kerana sifatnya yang terbentuk dari 3 entiti iaitu Bapa, Anak dan Holy Spirit.   
Sedangkan 'Allah' yang disembah oleh umat Islam adalah Esa, tidak punya anak atau bapa atau bersangkutan dengan sebarang entiti asing. 
Maka tidak hairanlah apabila tidak pernah sama sekali dalam sejarah Injil yang merujuk kepada Tuhan Triune yang terdiri dari 3 entiti itu, sebagai Allah. 
Antara nama-nama lain bagi Tuhan Kristian mengikut zaman dan daerah ialah Jehovah, Eloihim, El Shadai, Adonai, Emmanuel dan lain-lain yang semuanya berakar dari Bahasa Arab dan Hebrew, TETAPI nama 'Allah' BUKAN serta TIDAK PERNAH merupakan salah satu daripadanya. 
Bagi membantu June Wong memahami hujah ilmiah ini, maka inilah diringkaskan seperti berikut: 
 
1.      Memandangkan nama 'Allah' tidak pernah ada kena mengena dalam kitab Injil agama Kristian, maka tidak ada sebab konkrit bagi Kristian untuk bermati-matian memperjuangkan penggunaan nama itu dalam aktiviti dan kitab agama mereka di Malaysia.
 
2.      Amalan Kristian tidak akan terjejas jika mereka tidak menggunakan nama Allah. 
 
Maka, kita pinta June Wong menjelaskan kenapa beliau sanggup menjejaskan keharmonian serta memperjudikan kedaulatan negara semata-mata untuk memperjuangkan sesuatu yang tidak signifikan? 
 
Dengan tidak mengetahui sejarah kitab Injil yang diperjuangkannya, maka tidak salah jika kita menuduh June Wong sebagai bukan seorang Kristian yang alim atau bukan seorang Kristian pun.  Sekali gus, ini bermakna, perjuangan June Wong dalam isu ini bukanlah kerana agama demi alam abadi selepas mati, tetapi sekadar memenuhi kebenciannya terhadap Islam dalam usaha meruntuhkan kerajaan Islam. 
 
Untuk  itu, June Wong amat mengharapkan campurtangan asing agar agenda untuk meruntuhkan kerajaan Islam lebih cepat tercapai.
Setiap manusia yang rasional pasti dapat melihat bahawa membenarkan Kristian menggunakan kalimah Allah di Semenanjung Malaysia hanya akan membawa keburukan dan langsung tiada kebaikan – termasuklah kepada para penganut Kristian sendiri. 
 
Malangnya, June Wong, Marina Mahathir, DAP dan yang seangkatan dengan mereka...bukanlah manusia yang rasional.    

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Isu Gambar Jet Baru, Dr Maza dan Admin Akui Silap Sebar Gambar Fiitnah


Masyarakat pada hari ini secara tiba-tiba kecoh, memperkatakan mengenai sekeping gambar hiasan dalaman sebuah pesawat yang dimuatnaik oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dato Dr Mohd Asri Zainul Abidin di dalam laman facebook rasminya. Tidak cukup dengan itu, dia turut mendakwa hiasan tersebut adalah merupakan gambaran di dalam pesawat baru yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
"Cantik dan mewah hiasan dalam jet baru Putrajaya, menurut laporan tahun 2012 kos perjalanan 'Putrajaya' lebih 180 juta... bersyukur negara kita mewah", menurutnya lagi.
 
Paling menarik, apabila para blogger Umno membuktikan bahawa gambar tersebut adalah merupakan sekeping gambar palsu, Dr Asri dengan segara membuat pusingan 'u-turn' dengan meletakkan kesalahan tersebut kepada pengendali (admin) laman sosial beliau. Kononnya tindakan tersebut dilakukan tanpa merujuk atau mendapat kelulusan dari pihak beliau sendiri.
 
Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh laman sosial rasmi beliau berhubung perkara tersebut:
 
" Pihak DrMAZA.com memohon maaf atas gambar 'hiasan pesawat' kerajaan sebelum ini. Gambar itu sebenarnya dikeluarkan oleh Malaysia Chronicle. Adapun kos 180 juta tahun 2012 memang laporan kebanyakan media. Di samping bersyukur atas kekayaan negara, kita juga menunggu gambar rasmi yang sebenar. Atas sikap adil DrMAZA.com telah menyiarkan jawapan rasmi Pejabat PMO sebelum ini."
 
" [admin] Pihak Admin memohon maaf kepada Prof Madya Dato' Dr MAZA (Dr Asri) dan followers page ini atas gambar yang tidak tepat tentang Jet Putrajaya sebelum ini. Pihak Prof Madya Dato' Dr MAZA telah mengarah admin menarik balik gambar tersebut dan sudah pun ditarik. Ada jumlah 180 juta itu adalah bersumberkan laporan berasas. Sesiapa yang ada gambar sebenar harap dapat bantu pihak admin."
 
Di dalam kenyataan di atas, admin beliau secara jelas menyatakan permohonan maaf terhadap Dr Asri di atas kesilapan yang dilakukan itu. Dalam erti kata mudah, yang salah adalah admin page tersebut, dan bukannya Dr Asri sendiri kerana telah dilakukan tanpa pengetahuan dirinya.
 
Tambah menarik, mungkin kerana ini menjaga air muka atau maruah Dr Asri sebagai tokoh agamawan yang disegani ramai, dia ingin mengatakan yang salah hanya gambar, tetapi kenyataan terhadap gambar tersebut adalah merupakan fakta dari laporan yang berasas.
 
Sedangkan sekiranya dirujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri sebelum ini, sewaan terhadap pesawat ACJ A320 di antara 1 Februari - 31 Disember 2013 (mungkin itu yang beliau maksudkan dengan jet baru Putrajaya) adalah disebabkan pesawat sedia terpaksa dihantar untuk urusan penyelenggaraan.
 
Dalam erti kata lain, sebagai langkah berjimat-cermat kerajaan hanya menyelenggarakan pesawat-pesawat yang lama agar boleh digunakan kembali, berbanding membeli pesawat baru bagi digunakan untuk tugasan rasmi. Namun semua itu tidak dibangkitkan oleh Dr Asri walaupun beliau merupakan seorang tokoh agama yang disegani.
 
Mungkin kerana telah dikritik oleh pelbagai pihak atas tindakan tersebut, barulah pihak admin page tersebut meletakan kenyataan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri, itu pun setelah 2 jam penyataan maaf itu dikeluarkan.
 
Namun apa yang mendukacitakan ialah, sehingga artikel ini ditulis, langsung tiada sebarang permohonan maaf secara rasmi dari pihak Dr Maza sendiri mahupun admin beliau terhadap Perdana Menteri selaku orang yang dikaitkan secara langsung dengan fitnah tersebut.
 
Sedangkan disebabkan gambar tersebut, pelbagai persepsi, cacian, sindiran dan sebagainya telah dilemparkan kepada Perdana Menteri. Mereka menuduh kononnya kerajaan tidak prihatin, boros, membazir dan tidak kurang juga yang mengeji dengan pelbagai kata-kata nista.
 
Oleh yang demikian, Dr Asri dan pihak admin yang mengendalikan page tersebut perlu memikul tanggungjawab dengan memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri atas tindakan tersebut dan bukan hanya kepada followers page tersebut.
 
Ini kerana perkara tersebut melibatkan 3 pihak secara langsung iaitu, tuan empunya diri (Dr Asri), orang yang tertipu (followers) dan yang paling penting Perdana Menteri selaku orang yang menerima kesan terhadap fitnah tersebut.

--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

2 Jan 2014

Ceramah Azhar Idrus, Ibarat Cerita Lucah, Sia-Sia Dan Menjual Agama


Tindakan salah seorang aktivis pembangkang, Khalid Mohd Ismath yang mengkritik penceramah politik, Azhar Idrus telah mengundang kemarahan pengikut fanatik ustaz tersebut. Disebabkan kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, Khalid telah diserang dengan pelbagai kata-kata makian dan cacian dan disifatkan telah menghina Islam.
 
Bukan niat untuk membela tindakan anak didik pembangkang ini, namun sekadar ingin memperlihatkan betapa fanatik dan jumudnya para pengikut pembangkang yang jelas tidak boleh menerima sebarang teguran dan kritikan.
 
Sedangkan sebelum ini, mereka begitu hebat melaungkan hak asasi dan kebebasan bersuara bagi membolehkan mereka memaki dan mencerca para pemimpin negara. Bagi mereka yang sering menghadiri ceramah, program dan demonstrasi anjuran pembangkang ini, pasti dapat melihat bagaimana biadapnya mereka menghina para pemimpin.
 
Apabila disoal, mereka berkata ia adalah sebahagian dari hak dan kebebasan yang ingin mereka perjuangkan. Namun apabila perkara yang sama terkena atas tokoh dan para pemimpin mereka, ia dianggap bodoh dan menghina Islam. Tambah menyakitkan hati apabila mereka, apabila menerima kritikan dari orang yang lahir dari acuan yang diajarkan oleh 'sekolah politik' pembangkang.
 
Khalid melalui laman sosial twitter dan facebooknya sebelum ini menyifatkan ceramah agama yang dianjurkan itu sebagai satu perkara yang paling hina.
 
"Sambutan tahun baru (yang) disambut dengan ceramah agama adalah paling hina. Lebih baik ke Dataran Merdeka, ubah kerajaan daripada jual agama.
 
"Ketika kawan-kawan kita sedang bermati-matian di dataran (merdeka), apa hukumnya kita yang tidak berjuang bersama (tetapi hanya) bergelak-tawa mendengar ceramah agama yang penuh unsur-unsur gelak tawa?. Ketika kawan-kawan kita sedang 'berperang' dengan musuh-musuh Allah (kerajaan BN).
 
Dia turut berkata, penyertaan ahli Pas dalam perhimpunan haram di Dataran Merdeka tengah malam tadi merupakan langkah awal kepada kejayaan mengubah corak pemikiran pemimpin Pas yang selama ini disempitkan oleh anasir jumud kepada anasir pemikiran liberal.
 
"Pilih, sama ada nak Azhar Idrus yang buat lawak sia-sia atau berjuang bersama pemuda Pas dan kawan-kawan NGO serta punk dan skinhead?" katanya.
 
Tidak cukup dengan itu, melalui postingnya di dalam Facebook, dia menyifatkan ceramah yang dilakukan oleh Azhar Idrus itu sebagai ceramah lucah.
 
"Buat mereka yang fikir ini 'bermanfaat'. Lebih kurang filem porn" jelasnya yang turut memberikan link terhadap ceramah tersebut.
 
Semalam, Azhar menyampaikan ceramah dalam majlis Sembang Ambang 2014 di Padang Majlis Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.