30 Ogo 2013

Tahniah Zahid! Di atas Keberanian Gempur Kongsi Gelap


Rungutan mengenai peningkatan jenayah telah lama kita dengar iaitu sebelum terhapusnya Akta EO dan ISA lagi.  Kes-kes ragut terjadi hampir setiap hari di mana ia pantas dijadikan modal politik untuk pembangkang menyerang kerajaan dan memburuk-burukkan pihak polis. 

Dari situ, pembangkang membina persepsi seolah-olah polis Malaysia lembab, korup dan bodoh.   Pantang ada kesempatan, pembangkang pasti akan mempolitikkan kes-kes jenayah.

Namun, pelik sekali apabila dalam kita merasa bimbang akibat kes jenayah yang meningkat, pembangkang turut mendesak agar Akta-akta tertentu yang digunakan untuk membendung jenayah dihapuskan.   Dengan desakan berterusan, pembangkang akhirnya mendapat apa yang mereka idamkan iaitu lebih 2000 tahanan Simpang Renggam dibebaskan apabila Akta pencegahan dihapuskan.

Hampir dalam kadar segera iaitu sejurus mereka ini dibebaskan, jenayah bunuh yang melibatkan bekas tahanan tersebut pun berlaku.  Sejak dari itu, jenayah bunuh, sama ada menggunakan senjata tajam atau tembak terus berlaku adakalanya hampir setiap hari.    Apa yang menarik ialah, mereka yang berjaya ditangkap, hampir semuanya mempunyai hubungkait dengan bekas penjenayah yang dibebaskan.

Dari kronologi ini, tidak salahlah jika rakyat menyalahkan pembangkang kerana mendesak kepada keburukan dan bukannya kebaikan untuk masyarakat

Bagi memulihkan keadaan, pihak polis telah bertindak tegas memburu dan membawa penjenayah terbabit ke muka pengadilan.   Malangnya, tindakan tegas polis bukan sahaja tidak dihargai pembangkang tetapi dipersoalkan pula.

Nampaknya, pembangkang lebih berminat untuk membela penjenayah atas alasan hak asasi manusia, berbanding memikirkan keselamatan rakyat.

Namun, kita bersyukur kerana Kementerian Dalam Negeri di bawah pimpinan Dato Seri Zahid Hamidi tidak mudah melatah dengan mendengar cakap pembangkang sekali lagi.  Beliau mengabaikan suara-suara jahat pembangkang untuk membela penjenayah dan mengarahkan gerak gempur terhadap semua kumpulan kongsi gelap yang ada.

Setakat ini, sebanyak 49 kumpulan kongsi telah didedahkan dengan anggaran 40,000 ahli.

Rakyat bernasib baik kerana mempunyai Menteri yang prihatin dan berani berbuat apa yang perlu tanpa mengambilkira sentimen politik.   Sepatutnya, semua Menteri membawa pendekatan yang sama iaitu mengutamakan kerja daridapa politik.

Seharusnya, pembangkang mula memahami bahawa rakyat tidak gemar kepada penjahat, penjenayah, pembuat huru-hara dan pengkhianat.  Dan rakyat tidak mungkin akan menyokong pihak yang menyokong apatah lagi yang menjadi dalang kepada mereka-mereka ini.

Kesimpulannya, rakyat mahukan lebih banyak Zahid Hamidi.

28 Ogo 2013

PAS HILANG ARAH SELEPAS JADI KELDAI DAP


Kegagalan Pas dalam perjuangannya sebagai sebuah parti politik ialah meletakkan 'priority' atau keutamaannya.

Maksudnya agenda yang lebih penting didahulukan dan yang mana yang kurang penting, tidak perlu diketengahkan.

Sejak Pas bergabung bersama PKR dan Dap, keutamaan politiknya sudah menjadi caca marba.

Kalau dahulu penyokong Pas tahu matlamat unggul parti mereka ialah untuk menegakkan sebuah Negara Islam tetapi kini agenda tersebut sudah menjadi samar-samar atau dalam senario terburuk tidak wujud lagi.

Dulu "Membangun Bersama Islam" selain 'Daula Islamiah menjadi slogan Pas yang sering dilaungkan tetapi kini suara sedemikian tidak kedengaran lagi.

Yang ada hanyalah "Negara Kebajikan" setelah Pas bersekutu dalam Pakatan Rakyat.

"Negara Berkebajikan" jauh bezanya dengan "Negara Islam" kerana mewujudkan sebuah daulah atau kerajaan yang berlandaskan syariat adalah spesifik manakala konsep sekarang yang diperjuangkan Pas sudah jauh menyimpang dari tujuan asal.

"Negara Kebajikan" adalah hasil kompromi ang dipaksakan ke atas Pas oleh PKR dan Dap kerana kedua-dua sekutunya menentang sama sekali sebutan mengenai apa-apa usaha untuk menegakkan negara Islamiah apatah lagi menjadikannya agenda terpenting dalam kerangka politik pakatan pembangkang.

Sebab itulah dalam "Common Platform Framework" atau Kerangka Persetujuan Bersama antara Pas, PKR, Dap tidak disebutkan disebut atau dirujuk langsung mengenai "Negara Islam".

Yang menjadi persoalannya mengapa Pas begitu senang sekali menerima tekanan untuk menggugurkan tema perjuangannya yang merupakan satu penghinaan besar kepada parti itu.

"Negara Islam" adalah intipati kepada Pas dan tanpa ideologi politik tersebut, kewujudan parti itu tidak membawa apa-apa makna dan nilai.

Jika dahulu Pas mempunyai maruah dan identitinya tersendiri dengan matlamat mendirikan sebuah negara berpandukan kepada Piagam Madinah walaupun ditentang oleh musuh politiknya tetapi kini parti itu sudah hilang harga diri sungguhpun kuat di dalam Pakatan Rakyat.

Ketakutan Pas kepada Dap terutamanya amat ketara dalam isu kalimah Allah.

Bukan sahaja Pas merelakan kalimah Allah digunakan oleh pihak Gereja Katholik malah tidak berbuat apa-apa apabila kumpulan Kristian bersuara menghina Islam.

Apabila Mahkamah Rayuan tempoh hari menolak rayuan pihak gereja dalam isu ini, Pas tidak berkata sepatah pun untuk menyatakan pendiriannya.

Malah lidah rasminya, Harakah dan juga versi onlinenya juga membisu seribu bahasa seolah-olah tidak bersetuju kepada keputusan yang memihak kepada umat Islam.

Mengapa Pas sudah menjadi begitu teruk dan hilang arah tujuannya?

Paling lantang Pas bersuara pun ialah apabila sayap pemuda parti mengadakan demonstrasi dan solat hajat di luar Stadium Merdeka untuk membantah Konsert Metallica 2013 baru-baru ini.

Adakah ini sebab musabab Pas wujud sebagai sebuah parti politik hanya untuk menegah konsert untuk muda-mudi diadakan?

Bagaimana dengan perjuangan untuk mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara?

Oleh kerana itulah keutamaan Pas memposisikan halatujunya dipertikaikan kerana sememangnya parti itu sudah hilang arah dan haluan.

Ia tidak berminat lagi untuk memperkasakan Islam tetapi lebih fokus untuk mendapat kuasa yang selama ini menjadi idaman.

Jika dahulu bersendirian atau bergabung dalam Angkatan Perpaduan Ummah atau Barisan Alternatif tidak menampakkan hasil yang memberangsangakan kini hasilnya juga agak sama di dalam Pakatan Rakyat.

Pas perlu menerima hakikat parti itu tidak akan diterima sepenuhnya rakyat kerana sikap melampaunya dalam isu "Negara Islam".

Komprominya hanya helah untuk mendapat lebih kerusi di Parlimen tetapi strategi ini pun tidak berjaya.

Hasilnya pada PRU13 lalu, Dap yang paling banyak merangkul kerusi Parlimen walhal Pas dan PKR yang bertanding banyak kerusi hanya mampu gigit jari.

ends

21 Ogo 2013

Pelaburan di Selangor Menjunam: Bukti PR Gagal Mentadbir


Selangor Darul Ehsan merupakan negeri paling kaya di Malaysia dengan kemasukan pelaburan yang tinggi setiap tahun.  Namun, itu semua sudah menjadi kisah lama.  Hari ini pelaburan di negeri ini terus menjunam semenjak diambil alih pentadbirannya oleh Pakatan Rakyat.

Selangor kini berada di tangga ke 4 dengan penurunan kemasukan pelaburan sebanyak 86% dengan hanya mencatatkan RM1.8 billion pada tahun 2012 berbanding RM11.7 billion pada tahun 2011.   Senario yang sama juga dilihat di Pulau Pinang di mana negeri itu mencatatkan penurunan jumlah pelaburan sehingga 73%.

Dengan jumlah penurunan yang begitu drastik lagi dramatik, Pakatan Rakyat tidak mampu untuk menuding jari kepada sesiapa.  Setelah sepenggal memerintah, PR akhirnya telah gagal sama sekali untuk membuktikan bahawa parti itu lebih bijak dan lebih cekap dari BN.  

Jelas sekali bahawa pelabur tidak yakin dengan kredibiliti PR.  Malah, tidak mustahil pelabur sebenarnya takut dengan gelagat pemimpin PR yang gemar membuat huru-hara.   Mana tidaknya, sepatutnya kerajaan negeri mempromosi kestabilan dan keamanan tetapi kerajaan PR sentiasa berusaha mencetuskan kekecohan dan huru-hara.   Siapa yang berani melabur di dalam negeri yang pemimpinnya asyik berpolitik secara keterlaluan dan ganas pula?

Peningkatan aktiviti dan perniagaan gelap di seluruh Selangor semenjak pemerintahan PR juga pastinya menyumbang kepada menurunnya jumlah pelaburan di negeri itu.   Peningkatan aktiviti gelap menjadi punca kepada peningkatan kadar jenayah sekali gus membuktikan terdapat peningkatan masalah korupsi di negeri ini. 

Pelabur tentunya telah mengkaji keadaan ini yang mana menyebabkan Selangor tidak lagi menjadi destinasi pelaburan pilihan. 

Keadaan bertambah teruk apabila pemimpin-pemimpin PR juga tidak punya karisma dan kredibiliti mahupun pengalaman untuk berurusan dengan para pelabur luar negara bagi menarik pelaburan langsung asing.   Malah, Menteri Besar Selangor sendiri tidak mempunyai personaliti yang mampu memberi keyakinan kepada pelabur, sedangkan untuk menarik pelaburan langsung asing, peranan Menteri Besar amatlah penting.  

Meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Kewangan negeri secara tidak langsung telah memusnahkan semua harapan Selangor untuk meningkatkan pelaburan.   Walaupun Anwar mempunyai hubungan yang baik dengan negara-negara luar, namun nampaknya Anwar tidak mampu meyakinkan seorang pun pelabur luar untuk melabur di negeri jajahannya.  Ini kerana beliau mempunyai rekod hampir membangkrapkan negara serta mempunyai kelayakan ekonomi sifar.

Selain itu, beberapa pemimpin negeri ini, terutama dari parti DAP didapati tidak mampu berkomunikasi dengan baik serta tidak memahami adat, etika atau adab yang sesuai bagi menghadiri majlis rasmi apatah lagi yang bertaraf antarabangsa.   Justeru, tidak hairanlah jika pelabur meragui kepimpinan mereka.  Walaupun DAP sering merasakan diri mereka hebat, terbuka dan lebih bijak dari pemimpin Melayu, namun hakikatnya amatlah jauh berbeza.

Pendek kata, kepimpinan Pakatan Rakyat dari mana-mana partipun semuanya tidak berkualiti. 

Oleh kerana itu, Selangor kini tidak lagi boleh dibanggakan sebagai negeri pilihan pelabur.   Ekonomi Selangor pastinya akan terjejas dengan kurangnya jumlah pelaburan dari setahun ke setahun.   Tidak mustahil, tahun ini Selangor akan menyaksikan jumlah pelaburan yang jauh lebih rendah terutama apabila desas-desus bahawa satu lagi demonstrasi besar akan di adakan oleh Ambiga Sreevanesan pada bila-bila masa.

Kesimpulannya, PR tidak mampu memerintah dan jika rakyat Selangor ingin negeri ini pulih seperti sediakala maka tidak ada cara lain lagi selain dari kembalikan mandat memerintah kepada Barisan Nasional dalam PRU akan datang.

14 Ogo 2013

Guan Eng Sudah Panik:

Minta ROS Pula Beri Fakta Kenapa 753 Perwakilan DAP Tidak Diberi Hak Memilih CEC

Berpusing-pusing dan berbelit-belit lidah biawak si Guan Eng dalam usaha menepis isu penipuan dalam pemilihan CEC DAP.   Takut benar Guan Eng jika terpaksa mengadakan pemilihan semula

Dalam mesyuarat tergempar DAP untuk membincangkan isu ini semalam, nampaknya Guan Eng sudah membuat keputusan walau apapun terjadi, pemilihan semula bukanlah satu opsyen.  Ini bermakna, DAP akan melakukan apa saja untuk memastikan tiada pemilihan semula biarpun terpaksa memecat kesemua 753 ahli India yang membuat aduan.

Guan Eng rela menyerlahkan sifat rasis DAP daripada mengambil risiko dalam pemilihan semula.  Untuk itu, Guan Eng menggunakan taktik menghalakan kembali muncung senapang kepada ROS.  Taktik yang sama telah digunakan DAP untuk menangani kes korupsi parti itu sebelum ini di mana kematian ahlinya, Teoh Beng Hock telah membolehkan DAP memusingkan muncung senapang ke arah SPRM.

Kali ini, Guan Eng meminta ROS pula yang memberikan penjelasan dan fakta tentang kenapa DAP perlu mengadakan pemilihan semula kononnya arahan ROS itu tidak jelas.

Syarat yang dikenakan oleh Guan Eng ini membuktikan bahawa beliau sudah benar-benar terperangkap dalam penipuannya sendiri.   Fakta kes adalah mudah dan terlalu jelas iaitu 753 perwakilan DAP membuat aduan tidak menerima jemputan bagi menjalankan hak mereka untuk memilih ahli jawatankuasa parti.

Justeru, Guan Eng yang perlu menjelaskan kenapa ini terjadi, bukannya ROS.  

Guan Eng perlu menjelaskan jika kesilapan pengiraan undi adalah salah komputer, maka apakah kes perwakilan tidak menerima jemputan itu pula merupakan salah posmen?  Atau apakah komputer DAP sekali lagi tersalah dan secara automatik memadamkan nama-nama India dari senarai perwakilan?   Atau salah UMNO yang mencuri surat jemputan?

Guan Eng boleh berpusing keliling berkungfu menepis arahan ROS, namun seluruh rakyat tahu bahawa Guan Eng adalah penipu dan rasis.  Guan Eng juga seorang yang pengecut serta tidak punya keyakinan diri untuk menghadapi pemilihan semula.

Sama ada ini benar, atau Guan Eng sememangnya jenis bengap dan benak tidak faham bahasa sehingga tidak mampu memahami hakikat tentang di mana kedudukan DAP dan di mana pula kedudukan ROS dalam isu ini.   

Setakat ini, Guan Eng dikatakan ingin berunding dengan ROS.  Kita tidak tahu apa jenis rundingan yang dimaksudkan oleh Guan Eng tetapi kita harap ia tidak membabitkan kematian sepertimana yang berlaku ke atas Teoh Beng Hock.

2 Ogo 2013

Namewee Sekali Lagi Tunjuk Kebodohan


Setelah diberi maaf, diberi bantuan dan ruang untuk berkarya, terbukti kini bahawa anak Cina biadap si Namewee, sebenarnya tidak pernah ikhlas dengan permohonan maafnya.  Semalam, muncul lagi satu video dari Namewee yang mengutuk dan menghentam kerajaan kononnya berat sebelah kerana tidak membenarkan filem The New Village ditayangkan.

Jelas bahawa anak Cina seperti Namewee ini sememangnya tamak haloba.   Sudah mendapat betis, bukan sahaja masih menuntut peha, tetapi kesemuanya.  Seboleh-bolehnya, dia inginkan apa sahaja yang diinginkannya diberi tanpa syarat.  Sekiranya ada apa-apa yang diinginkan itu tidak dapat ditunai, dia akan mengutuk, menghina, memperlekeh dan menghentam sesuka hatinya, kononnya bakat seni.

Manusia seperti anak Cina Namewee ini pastinya tidak pernah dididik dengan nilai-nilai mulia.  Kepentingan dan kehendak diri mengatasi segala-galanya termasuk keharmonian negara.   Sensitiviti orang, terutama kaum lain merupakan sesuatu yang tidak pernah ada dalam diari hidupnya.

Seorang karyawan seni, selalunya sensitif dan amat halus jiwanya.  Tetapi, Namewee mempunyai jiwa ganas pemberontak serta tidak mengendahkan sesiapa.   Ini membuktikan bahawa Namewee sebenarnya bukan seorang seniman tetapi samseng jalanan yang bodoh, tidak punya kelas dan tidak boleh dibawa ke majlis, jauh sekali diberi ruang perbincangan.

Jika tidak tentu beliau tidak akan ke parlimen dengan memakai pakaian ala budak jalanan.  Hanya orang yang tidak pernah dididik dengan etika dan peradaban sahaja yang tidak tahu berpakaian yang sesuai dengan tempat.

Justeru, apalah diharapkan dari Namewee ini dari segi nilai-nilai kemasyarakatan mahupun kemanusiaan.  Namewee hanyalah anak Cina tidak bertamadun yang hidup berasaskan kemahuan dan kehendak sendiri.

Namewee tidak tahu sejarah tetapi hanya bergantung kepada cerita yang disogok oleh ibubapa dan gurunya yang pastinya diceritakan dari sudut kemahuan dan kehendak mereka sendiri juga.   Walaupun buta sejarah, Namewee tidak sedar diri ingin membuat filem sejarah.

Lalu terhasillah, The New Village yang mengangkat komunis sebagai wira.  Filem ini bukan filem sejarah, sebaliknya sebuah fiksyen yang membawa agenda bertentangan dengan aspirasi negara.   Ia dibuat tanpa kajian mendalam, tetapi hanya bersandarkan cerita, imaginasi dan emosi yang digarap dari kalangan satu kumpulan masyarakat sahaja iaitu pensimpati komunis.

Namewee langsung tidak membuka ruang kepada sudut pandangan lain jauh sekali rekod-rekod rasmi sejarah.  Sedangkan, sebuah filem sejarah perlu dilihat dari sudut terbuka dengan mengambil kira semua fakta.

Kita ingin bertanya Namewee, apa jenis Pengarah yang membuat filem sejarah tanpa kajian lengkap?   Dan atas dasar apakah Namewee berani berhujah bahawa filem tersebut memaparkan sejarah negara ini?   Siapakah rujukannya?  Apakah faktanya?  Di manakah buktinya? 

Dan yang paling penting, apakah mesejnya?

Maka tidak dapat dinafikan lagi bahawa Namewee ini bodoh orangnya.  Orang bodoh tidak tahu berhujah atas alasan kukuh tetapi hanya tahu meminta, mendesak, menuntut dan memaki hamun serta menghina orang.   Manusia begini tidak mampu berfikir secara mendalam tetapi hanya melihat semuanya dari atas permukaan.  Oleh itu, mereka tidak mampu mencerna kesan dan akibat dari perbuatan mereka serta tidak pula mempunyai perasaan bersalah atau malu.

Melayan manusia seperti Namewee seolah-olah meletakkan kita setaraf dengannya.

Malangnya,  Namewee bukan seorang, tetapi kebanyakan anak Cina produk SJKC adalah Namewee.   Mungkin tidak salahlah jika pak menteri menggelarnya sebagai ikon 1Malaysia iaitu ikon yang rosak teruk dan koyak rabak.

Hari ini negara ini dipenuhi dengan manusia seperti Namewee yang mana di dalam kepala mereka hanya ada perkataan saya mahu dan saya suka serta mempersetankan segala yang lain di keliling mereka.  Maka tidak hairanlah perbuatan menghina kaum semakin menjadi-jadi seperti yang dapat dilihat hari ini.

Walaupun kita enggan melayan orang bodoh seperti Namewee tetapi dia tidak wajar diberi kebebasan untuk mengutuk orang sesuka hati.

Anak Cina biadap ini wajib ditangkap dan diberi pengajaran.  Dia harus diajar dari segi sejarah negara jika benar ingin terus digelar warga Malaysia.  Tunjukkan padanya kubur-kubur mereka yang disembelih komunis dan paparkan padanya apa yang berlaku dalam masa 14 hari komunis bermaharajalela.  Jika selepas itu dia masih menganggap komunis sebagai wira, maka sahlah dia adalah sebenarnya musuh negara.