28 Apr 2013

Wang Besar! DAP Songlap Wang Negeri Untuk Taja Red Bean Army


Red Bean Army iaitu sekumpulan tentera siber yang ditaja oleh DAP difahamkan telah wujud sejak 4-6 tahun lepas.   Kekuatan mereka dianggarkan berada dalam jumlah 2000 hingga 3000 dan didarabkan dengan 10 hingga 20 jumlah capaian ke internet (Facebook, twitter, email, komen, dll) iaitu sekitar 60,000.   Kekuatan ini akan secara semulajadi digandakan sekiranya rakyat yang terpedaya turut menyambung
kerja mereka melalui media sosial. 

Pejabat Operasi utama Red Bean Army ialah di Bangunan Komtar, Pulau Pinang dan satu lagi di Hotel Concorde Kuala Lumpur.   Bayaran bagi setiap seorang dari mereka secara puratanya ialah RM3000-RM8000. 

Tugas mereka saban hari secara sepenuh masa ialah:

       menyerang laman web pro-kerajaan,

        menyerang laman-laman sosial aktivis yang pro-kerajaan,

         menyebarkan bahan untuk memburukkan kerajaan,

         mematahkan komen-komen pro-kerajaan di media alternatif,

         menghalang penjelasan kerajaan dari sampai kepada rakyat melalui internet,

         mengganggu apa saja program yang dilihat mampu memberi kredit kepada kerajaan,

"         menyebarkan maklumat yang memberi kredit kepada DAP

Modus Operandi mereka ialah mencipta fitnah atau fiksyen yang separa benar, memanipulasi maklumat, menghentam dan mencaci kerajaan dan menyebarkannya seluas yang mungkin dan secepat mungkin.

Objektif mereka pula ialah untuk membangkitkan rasa benci yang meluap-luap serta perasaan tidak percaya langsung kepada kerajaan.  

Justeru, tidak hairan jika satu isu kecil, contohnya kejadian di KFC di mana pelanggan Cina dikasari oleh pekerja Melayu kerana berang dimaki hamun, telah dijadikan isu rasis dan tersebar di internet dalam masa 24 jam lalu dipetik oleh portal pro-pembangkang seperti Malaysiakini yang kemudiannya menerima beribu-ribu komen pro-pembangkang dalam sekelip mata. 

Ia kemudian dipetik dan disebar lagi oleh blog dan laman web sehingga menjadi satu isu besar.  Jika kena isunya, maka ia akan dipetik juga oleh pihak asing sehingga menampakkan seolah-olah Malaysia tidak selamat. 

Pendek kata, kewujudan beribu-ribu tentera siber DAP tidak wajar dipandang ringan kerana pembunuhan etnik Rohingya di Myanmar juga sebenarnya bermula dengan kebanjiran maklumat tidak tepat secara besar-besaran dan cepat melalui internet seperti ini.  

Lebih dahsyat, bagi mencapai objektif mereka, DAP sanggup pergi lebih jauh sehingga ke tahap mengugut dan mengancam. 

Bukan hanya orang politik dan rakyat biasa yang menjadi sasaran, tetapi juga para artis dan selebriti yang secara terbuka menyokong kerajaan Barisan Nasional turut menjadi mangsa.  Artis Korea popular, Psy, adalah antara mangsa ugutan dan ancaman mereka apabila menerima jemputan MCA untuk membuat persembahan di Pulau Pinang tidak berapa lama dahulu.   Antara artis lain yang menerima nasib yang sama ialah artis Cina tempatan Leng Yen, Jackie Chan dan Dato Michelle Yeoh.  Dua lagi artis dari Taiwan juga tidak terkecuali di mana mereka akhirnya bertindak membatalkan persembahan di sini.  Malah tokoh Sami tersohor Buddha, Master Hsing Yun juga tidak terkecuali menjadi sasaran DAP apabila beliau membuat kenyataan memuji kepimpinan Dato Seri Najib. 

Apa yang penyokong DAP sendiri mungkin sukar untuk percaya ialah, ugutan dan ancaman terhadap mereka ini bukan sekadar secara maya tetapi secara langsung juga.  Sekiranya mangsa masih berdegil, maka ugutan dan ancaman ini akan dipanjangkan kepada keluarga dan periuk nasi mangsa.  Ini bermakna, mereka akan mengganggu keluarga mangsa, menyerang tempat kerja atau perniagaan mereka termasuk mengugut para vendor atau pembekal dan sesiapa sahaja dalam rangkaiannya sehingga mangsa berada dalam keadaan tiada pilihan

Semua ini didedahkan sendiri oleh Shen Yee Aun, iaitu bekas Setiausaha Pemuda DAP yang kini aktif membantu MCA dalam terlibat langsung dalam NGO yang mesra kerajaan.   Yee Aun pada mulanya adalah anak didik Institut Kajian Dasar (IKD) iaitu sebuah organisasi milik Anwar Ibrahim.  Dari situ, beliau dipujuk oleh DAP agar menyertai mereka dan membantu dalam perang menentang kerajaan.   Sebagai anak muda yang penuh dengan aspirasi dan cita-cita, Yee Aun menjalankan tugasnya dengan dedikasi di bawah DAP dan diberi jawatan yang tinggi. 

Namun, sampai satu ketika Yee Aun yang mempunyai jatidiri Malaysia yang kuat tidak mampu lagi mengabaikan kata hatinya yang menyayangi negara ini.  Bagi beliau tindakan mengugut dan mengancam keluarga dan periuk nasi orang lain adalah kejam dan beliau tidak sanggup membiarkan negara ini diperintah oleh orang yang kejam. 

Beliau pertama kali memberontak menentang DAP sejak 2010 dengan mendedahkan sikap kuku-besi dan tidak telus parti itu dalam menangani isu di Klang pada ketika itu.  Sedikit demi sedikit Yee Aun semakin lantang mengkritik DAP dari dalam sebelum mengambil keputusan keluar parti.  Beliau kini aktif mendedahkan operasi kotor serta agenda jahat DAP terhadap Malaysia.  

Menurutnya, ada kes di mana DAP telah bertindak membuli dan mengugut keluarga sasaran mereka termasuk teman wanitanya.  Mereka juga mencuri kereta bapanya dan kemudian ibunya dan berbagai-bagai ancaman lagi bagi menakutkannya dan keluarganya.  Ini tidak mengejutkan kerana Tony Pua sendiri tidak menafikan kewujudan tentera Red Bean Army ini dalam satu kenyataan dalam Malaysiakini dan menjelaskan peranan tentera ini adalah untuk membunuh orang. 

Dengan apa yang dilalui Yee Aun, maka kita tidak hairan jika Teoh Beng Hock membunuh diri apabila beliau menjadi masalah kepada DAP. 

Apa yang didedahkan ini mungkin sukar untuk diterima terutama dengan beribu-ribu tentera siber DAP yang bersedia menghalang (block) dan membela parti itu di internet.  Mana-mana isu yang mendedahkan kelemahan mereka akan dihalang dengan cara beribu-ribu tentera itu akan membuat laporan spam supaya kebenaran tidak sampai kepada pembaca internet. Malah, kita boleh melayari sendiri nama Yee Aun dan lihatlah bagaimana giatnya namanya dicemar oleh tentera Red Army di alam siber. 

Gerak kerja tentera ini didapati berkesan di kalangan golongan atas pagar, terutamanya.  Apabila melihat komen-komen yang begitu ramai membela DAP, maka golongan ini akan mempunyai persepsi seolah-olah DAP berada di pihak yang benar dan orang seperti Yee Aun telah dibeli kerajaan. 

Namun, sekiranya golongan ini sanggup mengambil sedikit masa untuk mencari kebenaran, mereka tentu tahu bahawa Yee Aun bukan satu-satunya pihak yang mendedahkan sikap kukubesi DAP mahupun agenda jahat mereka.  Tunku Abdul Aziz, bekas Pengerusi DAP, bekas Adun DAP Teja R. K. Muthu, bekas ADUN Malim nawar Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh malah bar-baru ini, Pengerusi DAP Johor, Dr. Boo Cheng Hau juga telah bertindak keluar parti atas alasan yang sama, iaitu tidak sanggup lagi menerima pemerintahan kukubesi Lim Kit Siang anak beranak. 

Jika itu belum cukup untuk membuat kita berfikir tentang bahayanya DAP, maka fikirkanlah bagaimana DAP membayar sebegitu ramai tentera siber ini? 

Tidak lain tidak bukan, wang negeri Selangor dan Pulau Pinang telah dipamkan secara besar-besaran untuk tujuan ini.  Bukankah wang tersebut adalah wang rakyat?  Wang pembayar cukai?   Bukankah ia perlu digunakan untuk negeri dan bukannya parti?  Di manakah cekap, amanah dan telus (CAT) yang dilaungkan DAP?   Bukankah lebih tepat jika dikatakan kejam, kotor dan korup (KKK)? 

25 Apr 2013

Polis Sudah Dapat Kertas Undi: Cybertroopers PR Cuba Timbulkan Kekeliruan Tentang Undi Pos


Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Aziz awal-awal lagi sudah berpesan dan mendedahkan rancangan sulit PKR untuk menimbulkan huru-hara dalam PRU13 akan datang. Rancangan sulit ini cukup teratur dan terancang oleh PKR dan disokong beberapa NGO di belakang mereka yang terlibat dalam menguruskan proses pengundian.

Mereka telah diberi latihan kepada Agen Mengundi, Agen Pengiraan Undi dan Agen Booth/Barong oleh NGO yang dipanggil Tindak Malaysia. Mereka diajar bagaimana untuk mewujudkan suasana tegang di beberapa kawasan yang telah dipilih kononnya untuk mengawal kesulitan undi.

Mereka ini diajar supaya menjadi vokal dan mencabar Ketua Tempat Mengundi dalam usaha mewujudkan rasa tidak puas hati pengundi kepada SPR. Mereka ini diajar bukan sahaja di tempat-tempat tertentu milik kerajaan negeri di bawah pentadbiran Pakatan, malah sebahagian besar latihan telah diadakan di gereja-gereja.

Ini semua hanya mempunyai satu matlamat iaitu menerbitkan persepsi negatif terhadap SPR yang kononnya tidak adil. Jangkaan serangan adalah sewaktu pilihan raya tetapi rupa-rupanya mereka telah mula menyerang sebaiknya sahaja penamaan calon selesai.

Semalam segelintir pengguna media sosial pro-pembangkang menyebarkan tweet kononnya anggota polis telah mendapat kertas undi sebelum 30 April. Mereka mendedahkan kononnya anggota polis itu telah menunjukkan bukti kertas undi yang tertera nama dan lambang parti calon yang bertanding di kawasannya.

Ini adalah strategi cybertroopers pembangkang untuk mencalit kredibiliti SPR seperti yang biasa mereka gunakan. Tetapi anehnya, sehingga ke saat ini, mereka tidak membuat sebarang laporan polis dan atau merujuk kes ini kepada pihak SPR.

Peguam-peguam handalan PKR seperti N. Surendren, Latheefa Koya, Sivarasa dan pengarah Strategi, Rafizi Ramli tidak mengambil sebarang inisiatif dan hanya berdiam diri. Ini menunjukkan mereka juga tidak dapat untuk mensahihkan berita yang diputar belitkan ini walaupun mereka kaki belit.

PDRM telah pun mengeluarkan kenyataan rasmi untuk mematahkan fitnah-fitnah PR ini. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, polis akan menyiasat termasuk memanggil mereka yang terbabit dalam menyebarkan maklumat palsu itu.

Polis mempunyai kuasa memanggil dan mengambil keterangan mereka yang didapati menyebarkan maklumat tidak benar dan boleh mendakwa mengikut seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Cukup-cukuplah puak-puak pakatan haram ini menyebarkan fitnah. Salam 1Malaysia Tolak Fitnah.

22 Apr 2013

PEMBANGKANG HANCUR LAWAN SESAMA SENDIRI


Pilihan Raya Umum ke 13 mencatat sejarah dalam banyak segi bukan setakat pertandingan politik paling sengit dan getir untuk merebut 222 kerusi parlimen serta 505 kerusi dewan undangan negeri.

PRU ke 13 juga melakar sejarah poltik tanah air sebagai pilihan raya paling menarik sejak 1959 dengan 579 calon menawarkan diri untuk bertanding di kawasan parlimen di seluruh negara manakala jumlah yang lebih besar seramai 1,320 calon bagi kawasan DUN.

Barisan Nasional sebagai gagasan politik peringkar kebangsaan yang paling lama dan pengalaman sejak era merdeka mewarisi kesinambungan daripada Perikatan dilihat sebagai 'favourite' untuk memenangi PRU13.

Malah dengan mood amat rakyat yang amat ketara menyokong BN tidak mustahil kemenangan besar BN akan juga diiringi pencapaian majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

PRU13 juga mmperlihatkan ketegasan BN memecat ahli-ahli yang mengkhianati kesetiaan terhadap parti dengan bertanding sebagai calon bebas di mana perkara yang sama juga berlaku kepada beberapa calon parti pembangkang.

Bagaimanapun aspek paling terserlah di dalam pilihan raya kali ini  ialah kemelut yang melanda pakatan pembangkang yang pada mulanya menonjolkan imej seolah-olah mereka adalah satu blok yang berdisiplin, mempunyai organisasi yang kemas dan sukar digugat oleh pihak lawan.

Pada mulanya pembangkang amat yakin terhadap impian mereka menawan Putrajaya tetapi setelah parlimen di bubar berlakulah pertelingkahan dan pergaduhan yang hebat dan serius di kalangan pemimpin-pemimpin PKR, Pas dan Dap dalam isu pengagihan kerusi.

Masing-masing menunjukkan sikap dan wajah mereka yang sebenar iaitu perangai tamak haloba untuk membolot seberapa banyak kerusi yang ditandingi.

Walaupun pada peringkat awal ketiga-ketiga parti pembangkang mahu menutup segala perbalahan dan krisis yang berlaku namun ia tidak mampu menangkisnya lagi apabila isu merebut kerusi meletup tanpa dapat dikawal lagi.

Maka pada hari penamaan calon Sabtu lalu berlakulah perlawanan sengit antara parti pembangkang - PKR melawan Pas.

Akhirnya PKR bergelut dengan Pas di tujuh kawasan semantara Dap pula pening kepala memikirkan mengenai status parti itu berikutan keputusan Pendaftar Pertubuhan tidak mengiktiraf senarai jawatankuasa eksekutif pusatnya (CEC).

Pembangkang yang menggelar kerjasama politik mereka sebagai Pakatan Rakyat sidah berkecamuk dan keadaan dalam parti masing-masing menjadi kucar kacir.

Barisan pimpinan atas hinggalah ke peringakat akar umbi masing-masing menyalahi satu sama lain, maki dan hamun dan menunjukkan sikap tidak mahu mengalah.

Malah Ketua Pembangkang mempertahankan keputusannya untuk meletakkan 'Chegu Bard' yang merupakan pangkat anak saudara kepada beliau sebagai calon PKR di DUN Sg Acheh.

Tindakan itu menyebabkan rakan sekutu Pas marah lalu meletakkan calon mereka sendiri untuk menentang PKR.

Selain Sg Acheh di mana Mohd Yusni Mat Piah dari Pas berentap dengan calon PKR di Kota Damansara juga menyaksikan Ridzuan Ismail dari Pas berdepan dengan Dr Mohd Nasir Hashim dari PSM yang bertanding di bawah lambang PKR selain tiga calon bebas yang lain.

Di Labuan calon Pas Hadnan Mohamad bertemu Tan Sri Ibrahim Menudin dari PKR manakala di Panti, Johor, Azlisham Azahar wakil Pas melawan calon PKR Mohd Annuar Mohd Salleh. 

Begitu juga di Seberang Takir, Terengganu, Zakaria Dagang (PAS)
betembung Ahmad Nazri Mohd Yusof (PKR).

Satu lagi kawasan di Terengganu iaitu Kota Putera menyaksikan Adam Mat Said (PAS) berlaga dengan Mohamed Abdul Ghani Ibrahim (PKR) manakala di Bukit Besi juga di negeri yang samaRoslan Ismail dari Pas bersekemuka dengan Mohd Shamsul Mat Amin dari PKR.

Perlawanan antara parti-parti pembangkang sebenarnya adalah satu rahmat kerana undi pembangkang akan berpecah dan ini memberi peluang yang lebih besar dan mudah untuk BN memenangi di kawasan terbabit.

Perebutan kerusi DUN Sg Acheh selain enam lagi kawasan lain yang gagal diselesaikan oleh pucuk pimpinan pembangkang adalah bukti jelas Pakatan Rakyat tidak sepakat dan rangka kerjasama mereka adalah seperti melepaskan batuk di tangga sahaja.

Jika pembangkang tidak ada muafakat sesama sendiri bagaimana mungkin mereka mahu menggalas tanggungjawab yang maha besar untuk mentadbir sebuah negara yang kompleks seperti Malaysia dengan kepelbagaian bangsa dan suku etnik serta bahasa budaya dan agama?

Jika hanya tiga parti tidak boleh berbincang hanya mengenai satu isu yang tidak begitu serius seperti parti mana bertanding  di mana bagaimana pembangkang mengatakan mereka lebih baik daripada BN yang berjaya mengurus dan bersepakatan dengan mantap bersama-sama 14 parti-parti politik?

Oleh itu rakyat harus tidak terpedaya sama sekali dengan helah dan tipu daya pembangkang yang hanya berpolitik untuk mendapatkan kuasa bagi kepentingan pemimpin mereka dan bukannya demi rakyat.

Pembangkang hanya melakukan sesuatu kononnya demi rakyat apabila ia melihat peluang untuk mengaburi mata rakyat.

ends

14 Apr 2013

Sidek Baba: Anwar seorang yang bermasalah


Setelah lebih 30 tahun menjadi penyokong tegar dan tulang belakang Anwar Ibrahim, Profesor Datuk Dr Sidek Baba akhir membuat keputusan untuk meninggalkan Anwar dan perjuangan PKR kerana yakin dengan masalah moral ketua umum PKR itu. Malah menurut rekod semenjak penubuhan PKR, seramai 32 daripada 34 pengasas PKR telah keluar parti tersebut.
Malah sekiranya di teliti, semakin hari semakin ramai golongan akademik yang telah tinggalkan Anwar. Maka tinggallah geng bodoh dan fanatik tak tentu pasal sahaja di dalam PKR. Kawan-kawan yang suatu ketika dahulu sanggup sehidup semati sudah mula menjadi "musuh"nya.
Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengatakan, beliau memahami kenapa Profesor Datuk Dr Sidek Baba mengambil masa yang lama untuk meninggalkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini kerana, menurut Tun, beliau juga mengambil masa lebih kurang enam tahun untuk mempercayai segala dakwaan ke atas Anwar sebelum mengambil keputusan untuk memecatnya pada 2 September 1998. Jadi sebagai golongan intelektual, Dr Sidek telah dilatih untuk membuat kajian dan penyelidikan yang mendalam sebelum membuat sesuatu keputusan yang tepat.
Bak kata pepatah Melayu, "tak kenal maka tak cinta, kalau tidak kenal, susah nak cinta dan masa itulah keburukannya baru kita nampak. Menurut Dr Sidek, Anwar hanya pandai bercakap tapi takde tindakan. Malah ketika rakyat berbilang bangsa sama-sama majukan negara, Anwar Ibrahim singlehandedly mahu hancurkan negara.
Walaupun pernah ditahan ISA pada September 1998, namun sokongannya terhadap Anwar pada masa itu tidak pernah goyah. Namun apabila Anwar dituduh melakukan liwat II pada tahun 2008, telah menyebabkan beliau mula mencari jawapan dengan menemui orang-orang yang pernah bersama dan meninggalkan Anwar.
Akhirnya selepas tiga tahun mengkaji dan bertanya orang-orang yang dekat dengan Anwar, beliau menbuat keputusan untuk menjarakkan diri dengan pemimpin 'Anugerah Tuhan' itu. Kesimpulan yang ditemui oleh Dr Sidek ialah ada sesuatu yang tidak kena pada intergriti Anwar.
"Saya mahukan Malaysia ini dipimpin oleh tokoh yang mempunyai integriti. Tetapi kalau kita tampilkan imej yang tercalar mungkin orang luar, kuasa-kuasa luar boleh menjadikan asas ini sebagai peras ugut. Apa lagi orang dalam pakatan pembangkang. Jadi, saya percaya, banyak pihak tahu apa yang berlaku. Cuma tidak berani menyampaikan kepada khalayak kerana banyak faktor."
Malah Anwar sendiri pernah berpesan untuk menjadi pemimpin, sesorang itu mesti bersih dan kelihatan bersih. Maka adalah tidak salah Dr Sidek menjadikannya sebagai asas untuk mencari kebenaran dan pendirian di kalangan 28 orang yang pernha rapat dengan Ketua Umum PKR itu.

Berikut adalah senarai mereka yang telah meninggalkan Anwar :
1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)
2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar).
3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar)
4. Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi)
5. Fairus Khairuddin (Bekas ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)
6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang)
7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim, bekas Peguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik dan penceramah kes-kes anti-murtad)
8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam)
9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, Ketua Penerangan PKR dan Otai Reformasi)
10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)
11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia)
12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)
13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor) .
14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau).
15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).
16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).
17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).
18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)
19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)
20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)
21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)
22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)
23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)
24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)
25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)
26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)
27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)
28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)
29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)
30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)
31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)
32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)
33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)
34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)
35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)
36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)
37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)
38. Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)
39. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001, Pemimpin ABIM dan WAMY, menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim.)
40. Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)
41. Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang
42. SD Mohamad Johari Yasin, (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia) penggerak awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?
43. Mustafa Khalid Hanafi, (Pengarah Pilihanraya PKR Kedah).
44. Abdul Manap Shahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang)
45. Mohd Shukri Mohd Ramli @ blogger CucuMatKilau (blogger ulung reformasi yang mula berblog sejak 1998 dan Calon PKR dalam PRU-12 bagi DUN Kemayan Parlimen Bera)
46. Tuan Hj. Sulaiman Abdullah (Peguam kes Anwar)
47. Zamil Ibrahim (Bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat)
48. N Gobalakrishnan - YB Padang Serai, Kedah.

Siapa sebenarnya yang lebih membawa harapan rakyat?

Jika hendak dibandingkan antara kedua-dua manifesto Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan juga rekod prestasi pentadbiran kedua-dua parti politik berkenaan, jelaslah BN lebih mampu menawan kebolehpercayaan rakyat.

Hal ini berikutan kerana setiap janji ditepati dan setiap janji-janji baru akan lebih banyak membawa kesejahteraan kepada rakyat jelata dari setiap lapisan masyarakat.

BN bawa harapan untuk semua rakyat Malaysia. Pakatan hanya bawa harapan untuk Anwar Ibrahim.

Pengarah kanan ISIS Malaysia Steven Wong setuju dengan praktikaliti Manifesto Akujanjai BN, yang mana menurutnya manifesto BN mempunyai kelebihan.

Dalam kesemua 17 bidang yang diliputinya, terdapat penjelasan secara khusus tentang perkara yang telah dilaksanakan dalam tempoh lima tahun lepas dan yang akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menurutnya, perancangan BN itu juga lebih menyeluruh berbanding PR yang tidak menyatakan secara tepat apa dan bakal yang mereka akan laksanakan serta tempoh masa mereka melaksanakan janji manifesto itu.

Beliau turut membangkitkan soal pemberian wang secara tunai melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya baik dan munasabah.

"Walaupun pelbagai pihak heboh memperkatakan tentang pemberian wang oleh kerajaan, namun jumlah bantuan kewangan yang ditawarkan itu agak munasabah.

"Bagi 40 peratus isi rumah bawahan, jumlah yang mereka terima hanya lebih kurang bersamaan dengan pendapatan tambahan untuk satu bulan bagi mereka," katanya.

Jelasnya lagi, melalui pemberian berkenaan, ia mensasarkan kepada kumpulan tertentu dengan tepat.

Katanya, ia tidak sama dengan pemberian bukan berbentuk wang seperti subsidi tenaga dan makanan, yang boleh membawa kepada berlakunya penyelewengan dan pembaziran dalam skala besar.

Perlu juga disebut bahawa insentif lain yang ditawarkan oleh manifesto itu menunjukkan sesetengah rakyat negara ini akan mendapat pelbagai bentuk bantuan.

"Bagaimanapun, saya berpendapat bahawa dari segi pemberian geran wang, manifesto BN tidaklah bersifat keterlaluan dan layak diberi markah yang baik."

Intipati manifesto BN itu juga adalah kunci untuk memenuhi semua aspeknya ialah pembinaan sebuah ekonomi yang berdaya tahan, dinamik serta inovatif, kerana tanpa asas ekonomi yang kukuh, semua sasaran lain hanya merupakan impian semata-mata.

Sekiranya terdapat perbezaan ketara antara manifesto BN dan manifesto PR, ia adalah berkaitan aspek pro pertumbuhan dan pro perniagaan.

Kita sudah tahu tentang pro dan kontra Program Transformasi Ekonomi (ETP), tetapi kita tidak pasti tentang strategi pertumbuhan PR.

Manifesto BN secara jelas menyebut bahawa ia menyokong penubuhan Komuniti Ekonomi Asean serta usaha meningkatkan kepentingan ekonomi dan kepentingan dua hala.

Manifesto PR sebaliknya hanya fokus kepada pemansuhan pelbagai perkara dan "percuma" semua benda tanpa menilai keseluruhan secara pendekatan ekonomi yang bakal memberikan kesan terhadap kedudukan kewangan negara.

Dalam hal ini, manifesto BN layak diberi markah tinggi. Namun demikian, perlu juga ditegaskan bahawa banyak negara turut meliberalkan ekonomi masing-masing untuk memiliki daya saing, dan perkara ini perlu diambil kira.

13 Apr 2013

Perang Maya: Barisan Nasional Kini Lebih Bersedia


Kajian yang dibuat oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) menunjukkan, 90 peratus orang muda menggunakan media-media sosial baru untuk mendapatkan maklumat berkaitan politik tanahair.

Manakala 60 peratus memperolehi maklumat daripada media alternatif, 25 peratus daripada media arus perdana seperti tv dan hanya 15 yang menggunakan akhbar untuk mencari maklumat politik.

Jelas di sini betapa pentingnya media alternatif sebagai platform untuk meraih undi pengundi muda. Isi kandungan media tersebut bakal menjadi penentu kejayaan mana-mana parti yang bertanding.

Dalam hal ini terdapat perbezaan besar yang jelas diantara hebahan internet BN dan Pakatan di mana BN lebih banyak menyebarkan fakta dan bukannya fitnah.

Kegagalan menguasai dunia siber pada 2008 dikatakan antara faktor kekalahan teruk BN sehingga tumbang lima negeri.

Berbanding PRU12, BN kini lebih bersedia menghadapi perang siber PRU13 dengan penyokong-penyokong muda BN dan netizens bersama-sama bergerak menghadapi serangan pembangkang.
BN kini sudah sedar pengaruh yang dimainkan media sosial sangat besar untuk menjadi penentu dalam pilihan raya umum akan datang.

Kekuatan cybertrooper BN ini sudah mula dirasai pemimpin tertinggi Pakatan Haram seperti Lim Kit Siang.

Lim Kit Siang sangat takut sehingga menuduh agensi kerajaan yang kononnya menghabiskan wang rakyat dengan menganjurkan program-program yang membabitkan para pengamal media baru.

Kerisauan Lim Kit Siang ini ada asasnya apabila melihat puluhan ribu penyokong BN terus menyerang mendedahkan pembohongan yang dilakukan oleh pembangkang.

Oleh hal yang demikian, wajarlah cybertrooper BN terus berkempen dengan dan adil serta mengelakkan dari mencerca dan memaki hamun.

Cybertroopers Pakatan lebih gemar guna bahasa kesat dan berdebat ikut emosi. Mereka telah menyalahgunakan kebebasan bersuara yang diamalkan dinegara ini dengan menyebarkan spekulasi, khabar angin dan fitnah.

Bukan mereka sahaja, pemimpin Pakatan seperti Nizar juga tidak ketingalan dalam menabur fitnah di pentas media sosial ini untuk berlaku biadap, kurang hajar dan derhaka kepada sultan.

Yang anehnya, segala pembohongan ini tetap diterima dan dipercayai secara membuta-tuli oleh penyokong-penyokong taksub mereka.

Skandal Seks Mustaffa Ali Merupakan 'Game' Anwar dan Endorgan


Bermula dari petang semalam, media maya gempar dengan pendedahan mengenai rakaman seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi Pas. Durasi rakaman video selama 11 minit 25 saat itu, dikatakan mirip dengan Setiausaha Pas Pusat, Dato Mustaffa Ali bersama seorang wanita di dalam salah sebuah hotel.

Ekoran dari pendedahan tersebut, blog dan portal pembangkang terus menunding jari dengan menyalahkan Umno. Pelbagai andaian dikeluarkan bagi meyakinkan khalayak pembaca mereka kononnya Umno terlibat dengan skandal tersebut.

Namun apabila diteliti, nyata ia hanya merupakan satu lagi fitnah jahat yang dilakukan oleh para pencacai pakatan pembangkang bagi merosakan imej Umno. Malah sebelum ini majoriti perjuang alam maya Umno, pernah membuat penegasan, tidak memerlukan sebarang skandal seks untuk menang dalam pilihanraya umum ke-13.

Ini kerana BN/Umno hanya memerlukan kemampuan dan keupayaan untuk meneruskan kepimpinan yang cemerlang dalam pentadbiran negara Malaysia ini, ditambah dengan manifesto yang meyakinkan rakyat menjelang pilihan raya umum ke 13 nanti. Walaupun pakatan pembangkang sebelum ini menegaskan manifesto itu bukan janji, namun bagi BN/Umno ia merupakan Akujanji antara pemerintah dan rakyat.

Lebih mengemparkan lagi, melalui laporan yang diterima, 2 orang suspek telah ditahan polis pada 11 April 2013 kerana disyaki mengedarkan sampul surat yang mengandungi CD video seks tersebut. Suspek dikatakan telah mengedarkan CD tersebut di sekitar Kg Alor Lintang dan Kg Raja, Besut Terengganu.

Melalui soal-siasat yang dilakukan, kedua-dua suspek tersebut dikatakan merupakan ahli kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang bertindak atas arahan pihak tertentu. Maka timbullah tanda tanya, sekiranya Umno merupakan dalang kepada penyebaran rakaman tersebut, mengapa ahli AMK yang ditangkap?

Setelah dilakukan analisa, temu bual dan kaji selidik berdasarkan kronologi kes dan maklumat dari rakan-rakan yang masih akttif di dalam Pas, akhirnya berjaya merungkai persoalan yang selama ini bermain di minda. Kesimpulan yang ditemui ialah, Dato Mustaffa Ali telah diperangkap oleh 2 kumpulan di dalam pakatan pembangkang yang mempunyai kepentingan peribadi mengatasi ageda perjuangan parti.

Satu kumpulan yang diketuai oleh Anwar dan Azmin manakala satu lagi kumpulan merupakan pemimpin Anwarinas atau lebih dikenali sebagai puak Endorgan Pas. Mereka-mereka inilah yang sebenarnya bertanggungjawab di sebalik penyedian dan pengedaran video seks tersebut.

Isu ini bermula sejak idea kerajaan perpaduan (UG) mula diperkenalkan tidak lama dahulu yang akhirnya telah memecahkan Pas kepada 3 kumpulan iaitu 1) kumpulan ulama dan penyokong yang menyokong UG, 2) kumpulan Anwarinas @ Endorgan yang jelas menentang kumpulan ulama Pas dan 3) kelompok yang tetap akur dan setia dengan Nik Aziz selaku Mursyidul Am.

Antara pimpinan Pas yang menyokong UG ialah, Hadi Awang (sebelum didesak untuk menukar pendirian), Nasaruddin Mat Isa (Mantan Timbalan Presiden), Mustaffa Ali (Setiausaha Agung Pas), Harun Din ( Timbalan Mursyidul Am), Harun Taib (Ketua Dewan Ulama), Hassan Ali (Mantan Pesuruhjaya Pas Selangor), Mahfodz Mohamed (Pesuruhjaya Pas Johor), Hashim Jasin (Pesuruhjaya Pas Perlis), Azizan Razak (Pesuruhjaya Pas Perlis) dan beberapa lagi pimpinan yang enggan memberikan sokongan secara terbuka.

Perkembangan yang jelas mengusarkan Anwar selaku ketua pembangkang itu, akhirnya dapat diredakan, apabila kumpulan Anwarinas @ Endorgan berjaya menyingkirkan beberapa pimpinan Pas selepas pemilihan parti itu tidak lama dahulu.

Walaupun Anwar dengan kerjasama puak Endorgan telah berjaya menggantikan pimpinan Pas dengan penyokong gerakan Liberal, dendam kesumat itu nyata tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia tetap diteruskan dengan beberapa lagi pendekatan bagi mendesak kumpulan UG agar menukar pendirian, antaranya mengunakan pendekatan skandal seks Mustaffa Ali.

Ia bagi mengugut beliau agar menarik kembali sokongan yang telah diberikan sebelum ini. Nyata pendekatan tersebut dilihat berkesan apabila tidak lama selepas itu idea mengenai UG sekali lagi berjaya dimatikan. Namun ekoran dari tindak-tanduk DAP sebagai rakan kongsi yang berterusan dengan agenda menentang Islam, ditambah dengan pendedahan demi pendedahan yang melibatkan Anwar, idea mengenai UG kembali disuburkan tapi melalui pendekatan yang berbeza.

Ini kerana ramai dikalangan mereka tidak lagi percaya dengan DAP dan Anwar yang kononnya akan ditabal sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan berjaya merampas Putrajaya akan serius untuk memartabatkan Islam. Atas sebab itu di dalam Muktamar Pas yang diadakan pada tahun lalu, Hadi Awang telah dicalonkan sebagai Perdana Menteri bagi mengantikan Anwar sekiranya pakatan berjaya dalam misi menyingkirkan Umno.

Malah kegagalan Pas mempertahankan beberapa dasar yang mendapat bantahan DAP semakin memburukkan keadaan. Isu pengunaan kalimah Allah akhirnya telah berjaya membuka minda dan hati pimpinan Pas yang selama ini terpaksa akur dengan keputusan atas nama jemaah. Maka tidak hairanlah, apabila Harun Din sebelum ini dikatakan telah berjumpa dengan Anwar dan memberikan kata dua kepada pemimpin Anugerah Tuhan itu.

Walaupun pencacai Anwar bertegas mengatakan ia hanyalah khabar angin yang sengaja direka oleh Umno, namun keputusan Pas Negeri Perlis yang enggan memberikan sebarang kerusi parlimen kepada PKR telah membuktikan dakwaan tersebut. Malah percubaan PKR untuk meletakkan Mufti Perlis, Juanda Jaya juga gagal mempengaruhi keputusan tersebut.

Dilemparkan dengan pelbagai gelaran seperti tamak dan tidak menghormati semangat parti di dalam pakatan, jelas tidak mampu menukar pendirian ustaz Hashim Jasin yang tetap bertegas dengan keputusan untuk meletakan calon Pas di Arau, Padang Besar dan Kangar.

Perkara yang hampir sama turut berlaku di negeri-negeir lain seperti Terengganu, Perak, Wilayah Persekutuan dan sebagainya. Rata-rata bertegas untuk meletakkan calon-calon lama dan mereka yang cenderung menyokong UG sebelum ini.

Bukankah keputusan itu jelas membuktikan, keinginan mereka untuk mengekang kemahuan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri? Menurut sumber sekiranya pakatan pembangkang berjaya mengalahkan BN/Umno untuk membentuk kerajaan, mereka-mereka dari kepimpinan ulama akan segera memberikan sokongan kepada BN/Umno sekaligus menghalang usaha Anwar dan DAP menguasai kerajaan persekutuan.

Kesimpulannya, pendedahan video seks Mustaffa Ali hanya merupakan sebahagian dari perancangan Anwar untuk berdepan dengan kumpulan UG. Dengan menyalahkan Umno sebagai dalang, Anwar mengharapkan kumpulan tersebut marah dengan tindakan jijik tersebut dan kembali menyatakan sokongan kepada pakatan pembangkang, sekaligus menerima idea untuk meletakkan Anwar sebagai Perdana Menteri ke-7.

8 Apr 2013

DEKLARASI GELANG PATAH HELAH DAP TIPU KAUM INDIA

Ketua Parlimen Dap, Lim Kit Siang sudah tersilap langkah umum awal-awal mahu bertanding di kerusi parlimen Gelang Patah.

Tindakan Kit Siang itu sebenarnya menempah maut kerana Johor adalah tempat kelahiran UMNO dan kubu kuat parti itu.

Tidak mungkin dan tidak sesekali rakyat Johor yang rata-ratanya menyokong Barisan Nasional akan membenarkan Kit Siang bertapak di situ walaupun beliau mengaku itu negeri kelahirnya.

Memang ada benarnya apabila mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata karier pemimpin veteran Dap berusia 72 tahun itu akan berkubur di Johor sambil berkata pengundi Gelang Patah hendaklah memastikan ia menjadi realiti.

Begitu juga dengan tindakan pemimpin muda Dap lain seperti ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong yang mahu berhijrah ke Johor yang pastinya tidak akan mendapat laluan begitu mudah.

Untuk meraih undi masyarakat Cina terutamanya, Kit Siang segera mengeluarkan Deklarasi Gelang Patah.

Kegemaran pembangkang yang suka membuat deklarasi itu dan ini menjelang pilihan raya sudah tentunya menimbulkan sangsi dan ketidakyakinan di kalangan rakyat.

Ini kerana berdasarkan pengalaman manifesti Pakatan Rakyat Selangor pada pilihan raa umum 2008 dahulu, hampir 90 peratus gagal ditunaikan.

Rakyat akan tertanye-tanye jika manisfesto peringkat negeri Selangor tidak mampu untuk dilaksanakan bagaimana pula hasrat berkobar-kobar pembangkang untuk menunaikan janji-janjinya dalam Manifesto Rakyat peringkat nasional?

Malah Deklarasi Gelang Patah yang diumumkan oleh Dap adalah tindakan unilateral iaitu tidak mendapat restu dari pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Apakah niat Dap berbuat demikian kerana merasakan manifesto yang dilancarkan oleh pemimpin de facto Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim pada 25 Februari lalu.

Mungkin terlalu banyak lompongan Dap merasakan ia perlu satu lagi lampiran kepada manisfesto induk yang serba kekurangan.

Jika deklarasi ini bukan menjadi sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat ini bermakna kaum India akan sekali lagi ditipu oleh pembangkang kerana semua janji-janji yang ditaburkan dalam dokumen itu tidak akan dilaksanakan.

Intipati kepada Deklarasi Gelang Patah ialah janji Dap untuk menyelesaikan yang dihadapi oleh kaum India di negara ini.

Deklarasi ini dengan jelasnya adalah rasis dan berdasarkan bersifat perkauman walhal Pakatan Rakyat sebelum ini mengkritik hebat UMNO dan BN kerana melaksanakan Dasar Ekonomi Baru bagi meningkatkan sosioekonomi masyarakat Melayu.

Nampaknya Dap hanya pentingkan kaum India tanpa memikirkan jumlah masyarakat Melayu dan Cina miskin dan daif yang masih memerlukan pembelaan serta bantuan.

Memberi fokus hanya kepada kaum India sahaja menunjukkan Dap dan Pakatan Rakyat bercakap tidak serupa bikin kerana lupa merekalah paling lantang sekali membangkang sebarang polisi yang berbentuk atau menjurus kepada satu kaum sahaja.

Tetapi disebabkan kemaruk untuk mendapat undi Dap sanggup menjilat kembali ludah mereka sendiri.

Sekiranya Dap mampu mengeluarkan deklarasi khas untuk kaum India sahaja adalah ia juga akan berbuat perkara yang sama bagi kaum Melayu, kaum Cina atau kaum Orang Asli yang memerlukan pembelaan?

Jika Dap dan Pakatan Rakyat hanya mahu membela kaum India sahaja maka ini adalah satu tindakan diskriminasi ekstrim terhadap kaum-kaum lain yang juga mempunyai hak sama rata untuk mendapatkan kemudahan dan bantuan dari pihak kerajaan.

Jadi jikalau kini Pakatan Rakyat sudah mengubah program sosioekonominya daripada yang berdasarkan kepada keperluan (needs-based) kepada keperluan kaum (race-based) apa bezanya dengan DEB yang kemudiannya ditransformasi kepada Dasar Pembangunan Negara.

Ini bermakna Dap dan Pakatan Rakyat kini sudah bersetuju bahawa apa yang dilakukan oleh BN untuk membasmi gejala kemiskinan tanpa mengira kaum adalah sesuatu yang tepat dan berada pada landasan yang betul.

Jika diteliti deklarasi tersebut akan didapati kebanyakan yang dijanjikan Dap sudah pun terlaksana atau sedang dilaksanakan samada di peringkat negeri mahupun nasional.

Antaranya janji menyelesaikan masalah kaum India yang tidak bernegara dalam tempoh 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat.

Kementerian Dalam Negeri sudah pun lama mengambil tindakan ke atas isu itu dan baru-baru ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyerahkan dokumen pengenalan diri kepada 120 penerima membabitkan taraf kerakyatan tertunggak.

Begitu juga dengan isu sekolah Tamil yang sejak merdeka mendapat pembelaan dari pihak kerajaan.

Malah Perdana Menteri telah meluluskan RM20 juta lagi untuk membina dan memperbaik 13 sekolah bantuan penuh jenis kebangsaan Tamil di seluruh negara.

Peruntukan baru yang di luar dana RM100 juta itu yang sebelum ini diberikan di bawah Belanjawan 2013, adalah untuk memenuhi keperluan mendesak pembangunan infrastruktur sekolah- sekolah Tamil terbabit.

Menurut statistik, sejak 2009, kerajaan BN telah memperuntuk sejumlah RM540 juta bagi sekolah-sekolah Tamil jauh lebih besar daripada bajet RM4 juta yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Jadi janji Dap untuk memperkasa sekolah Tamil tidak relevan langsung dan hanya gimik politik untuk mendapat undi.

ends

7 Apr 2013

17 Janji Terbaik Dalam Manifesto BN


Manifesto Barisan Nasional telah dilancarkan dengan jayanya semalam.  Rata-rata, Manifesto tersebut dipuji dan dianggap terbaik kerana amat menyeluruh serta padat.  

Dalam pada itu juga, tidak salah jika dikatakan bahawa Manifesto Pakatan Rakyat juga hebat bunyinya di mana segala-galanya percuma, murah dan mudah bagaikan hidup di dalam syurga dunia. 

Namun, bak kata orang, sesuatu yang terlalu baik sehingga sukar untuk dipercayai, kemungkinan besar ia memang tidak boleh dipercayai.  Ini terbukti apabila Pakatan Rakyat sendiri mengakui bahawa Manifesto mereka pada 2008 dahulu bukan janji.  

Justeru, tidak hairanlah apabila terlalu banyak yang dijanjikan telah tidak mereka ditunaikan.  Malah, ada di antara pemimpin mereka sendiri yang turut menyatakan kesilapan dalam menabur janji yang terlalu banyak dalam pilihanraya yang lalu. 

Sebenarnya, menabur janji tidak apa, asalkan ia ikhlas dan mempunyai asas untuk ditunaikan.   Oleh itu, sebelum janji dibuat, haruslah terlebih dahulu berfikir, mengkaji dan menganalisa bagi memastikan ianya berasas dan mampu untuk ditunaikan.   Jika manusia biasa dipegang kepada janji-janjinya, maka tentulah lebih-lebih lagi bagi seorang manusia yang ingin memerintah negara.  

Berbeza dengan PR, sehingga kini, BN telah terbukti sebagai parti yang tidak pernah berjanji kosong.  Malah BN dengan megah dan beraninya menjadikan ungkapan Janji Ditepati sebagai slogan Kemerdekaan yang lalu.   Tidak mungkin slogan itu dipilih jika BN tidak serius dalam berjanji. 

Menyedari sikap bertanggungjawab BN, maka tidak hairanlah rakyat tertunggu-tunggu Manifesto BN diumumkan.  Dan ternyata, Manifesto yang diumumkan oleh Dato Seri Najib semalam, telah tidak menghampakan, malah meningkatkan lagi keterujaan rakyat untuk terus menyokong BN.  

Antara janji-janji BN ialah:

1.      Menangani Kos Sara Hidup

2.      Meningkatkan Kehidupan Warga Bandar

3.      Menyediakan Rumah Mampu Milik

4.      Peluang Mendapat Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti

5.      Ke Arah Kecekapan Terhebat Pengangkutan Awam

6.      Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar

7.      Membina Ekonomi Mapan, Dinamik dan Inovatif

8.      Membina Kecemerlangan Pendidikan Negara

9.      Meningkatkan Keselamatan Dan Ketenteraman Awam

10.  Memperkasa Penyertaan Wanita

11.  Memenuhi Aspirasi Belia

12.  Merancang Jaringan Keselamatan Sosial

13.  Mempromosikan Agama Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:

14.  Memerangi Gejala Rasuah

15.  Memperkukuhkan Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus

16.  Gerakan Kesederhanaan Global

17.  Memulihara Sumber Semula Jadi

Beberapa janji di atas bukanlah perkara baru, antaranya, Menangani Kos Sara Hidup di mana termasuk di dalamnya skim BR1M dan KR1M.  Namun, apa yang menarik ialah janji tersebut dipertingkatkan lagi dari segi jumlah dan jangka masa di mana skim itu kini akan dilaksanakan secara tahunan. 

Begitu juga dengan janji-janji mengenai memerangi rausah, memperkukuh perkhidmatan awam, menyediakan rumah mampu milik, meningkatkan keselamatan dan lain-lain lagi yang mana merupakan satu janji yang telah, dan sedang ditepati, cuma ianya kini diikrarkan untuk diteruskan di samping dipertingkatkan lagi.

Oleh itu, walaupun kita mungkin mendengar Manifesto yang lebih indah dari PR, namun, apalah ertinya jika ia bukan merupakan satu janji berbanding Manifesto BN yang disifatkan sebagai Akujanji oleh Perdana Menteri sendiri. 

Dengan hakikat bahawa PR telah pun terbukti tidak melaksanakan apa yang tersenarai dalam Manifesto terdahulu, tentulah kurang bijak bagi mana-mana rakyat untuk terus mempercayai parti pembangkang itu, kali ini. 

Sedangkan, dalam menentukan masa depan negara, keluarga dan diri sendiri, tidak boleh tidak, kita wajib berpegang kepada sesuatu yang pasti.  Kita tidak boleh mengambil risiko menyerahkan masa depan kita kepada parti yang bukan sahaja tidak boleh dipercayai malah, sehingga kini masih belum pasti siapakah bakal Perdana Menteri.  

Hakikatnya, BN adalah sebuah parti yang teguh dan pasti.  Kita pasti dengan Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri, serta kita yakin dengan Manifesto BN sebagai sebuah Akujanji. 

2 Apr 2013

Ops Daulat: Teresa Kok kata pasukan keselamatan negara dimangsakan


Selepas giliran Tian Chua dan Nurul Izzah menghina pasukan keselamatan, seperti polis dan tentera, kini tiba pula giliran Teresa Kok, ahli Parlimen Seputeh menghina pasukan keselamatan yang bermati-matian mempertahankan bumi Malaysia ini daripada dicerobih orang asing.

Kalau sebelum ini Tian Chua pernah berkata insiden di Lahad Datu adalah sandiwara Umno walaupun kejadian pencerobohan itu telah mengorbankan 10 perajurit tanah air, Nurul Izzah pula menyalahkan UMNO atas insiden pencerobohan lanun Sulu di Sabah, polis tidak berfungsi, UMNO gagal mentadbir negara dan salahguna kuasa.

Giliran Teresa Kok pula berkata perajurit dan anggota keselamatan kita yang berjuang dan terkorban dalam pertempuran dengan militan Sulu di Lahad Datu telah "dimangsakan."

Apa maksud Teresa Kok mereka dimangsakan?

Jelas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ini berfikiran cetek dan sempit apabila semua perkara yang berlaku, waima insiden yang serius seperti di Lahad Datu itu pun ingin dipolitikkan dan menjadi salah Umno.

Menuduh Umno bertanggungjawab dalam perkara itu jelas tidak masuk akal kerana Umno lah pihak yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara.

Ada pemimpin PR yang melawat lokasi ground zero?

Mereka lebih kerap mengeluarkan kenyataan yang menghina pasukan keselamatan tanpa memikirkan perasaan anggota keluarga mereka yang anak, suami, isteri pergi berjuang di Lahad Datu.

Apa yang mereka tahu, menuduh insiden itu konspirasi Umno, pasukan keselamatan itu menjadi mangsa dengan sandiwara Umno.

Adakah Teresa Kok mengatakan anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu itu pergi dengan sia-sia dan menjadi mangsa?

Apa yang dimaksudkan oleh Teresa tentang mangsa atau dimangsakan? Adakah Teresa melihat insiden di Lahad Datu itu sebagai satu sandiwara UMNO dan menjadikan perajurit negara sebagai mangsa konspirasi?

Jika itulah tuduhan Teresa dan pemimpin-pemimpin pembangkang, jelas mereka sengaja mahu mempolitikan insiden Lahad Datu.

Ketika negara sedang berjuang untuk memastikan kedaulatan negaranya tidak dicabar, pembangkang masih lagi sibuk memainkan sentimen politik yang sempit.

Pembangkang sibuk menuduh insiden Lahad Datu konspirasi Umno, tapi mereka terlupa Reuters melaporkan pembangkang menjadi dalang pencerobohan Sabah menerusi pertemuan Anwar dengan Nur Misuari dan Jamalul Kiram III.

1 Apr 2013

PAS Larang Anwar Ke Masjid Dan Surau


Ramai pemimpin PAS yang berlatar belakang agama rata-ratanya sudah hilang kepercayaan kepada Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim berikutan keraguan masing-masing atas faktor isu moral dan kerendahan moral yang menyelubungi sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Golongan ini termasuklah sebahagian besar ahli Majlis Syura Ulama PAS yang berkongsi pendapat bahawa Anwar Ibrahim tidak layak menjadi Perdana Menteri seandainya PR berjaya menguasai Kerajaan Pusat kelak, disebabkan pertimbangan berkaitan moral dan akhlak.

Sebaliknya mereka bersepakat hanya Presiden PAS, Abdul Hadi Awang adalah satu-satunya calon yang sesuai.

Kecuali hanya Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja yang masih meyakini Anwar disebabkan faktor dipengaruhi oleh golongan Anwarinas dalam PAS yang mempunyai hubungan rapat dengan Mursyidul Am PAS itu.

Sementara itu, satu sumber PAS menyatakan Ketua Umum PKR itu telah dinasihatkan supaya mengurangkan penglibatannya dalam program anjuran PAS terutama sekali solat hajat, munajat dan sebagainya.

Nasihat berupa larangan penuh diplomasi itu tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk mengurangkan kesan mudarat dari terpalit kepada PAS berikutan sikap liberal Anwar yang berkeras menyokong penggunaan kalimah Allah S.W.T dalam kitab Bible oleh penganut Kristian.

Sebab itu sejak akhir-akhir ini amat jarang sekali Anwar berpeluang memberi tazkirah di masjid atau surau yang ahli jawatankuasanya terdiri dari kalangan penggerak akar umbi PAS, sebaliknya pemimpin utama PKR itu lebih banyak berceramah di pentas PKR atau DAP.

Cuma sesekali sahaja Anwar dapat berceramah di pentas PAS itu pun sekiranya ia merupakan anjuran pemimpin PAS pro Anwarinas dan sekali sekala terpaksa menggagahkan kaki berlakon mesra sepentas dengan Presiden PAS.

Senario ini dipercayai ada kaitan rapat dengan pendirian pemimpin-pemimpin PAS yang menguasai Majlis Syura Ulama parti itu yang semakin merenggangkan hubungan mereka dengan Anwar.

Malah arahan dalam juga sudah dikeluarkan meminta supaya lidah rasmi PAS, Harakah mengurangkan penampilan Anwar dalam akhbar itu, dengan demikian PAS percaya pendekatan ini akan mengekang ketaksuban penyokong kepada Ketua Umum PKR, sekaligus mengurangkan pengaruhnya di kalangan ahli dan penyokong PAS.

Namun untuk melihat PAS menyuarakan larangan secara terbuka tentunya tidak sama sekali memandangkan PAS sendiri dalam keadaan tersepit bila mana sebahagian pemimpinnya dari golongan Anwarinas masih menguasai sebahagian besar kepimpinan PAS di peringkat Pusat.

Anwar dipercayai menyedari keadaan ini tapi sedaya mungkin beliau masih cuba menaruh keyakinan para penyokongnya dalam PAS mampu berbuat sesuatu bagi menaikkan semula imejnya dikalangan penyokong dan pemimpin PAS.

Menjelang PRU 13 akan lebih banyak konflik kepentingan dan kepercayaan antara PAS dan PKR akan terdedah kepada umum, tak mustahil selepas PRU 13 lebih banyak konflik akan muncul dan Pakatan Rakyat (PR) bakal berkubur sebagaimana lain-lain kerjasama sebelum ini.

Angkatan Muda Keadilan Pening Video Mirip Anwar


Disebalik kesungguhan segelintir penyokong PKR terus menerus mempersendakan kesahihan video "Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa" namun diam tak diam rupanya ramai anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) amat berkeyakinan individu dalam video itu sememangnya Anwar Ibrahim.

Mereka sudah melihat sendiri video tersebut yang memperlihatkan betapa gersangnya Anwar tika itu ditambah lagi dengan aksi menerkam ke arah pasangannya, menyebabkan masing-masing bercambah keraguan terhadap moral pemimpin tertinggi parti.

Keyakinan mereka kian bertambah apabila baru-baru ini Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli secara tak sengaja telah mengakui Anwar adalah seorang yang peramah dan mudah didekati ketika merujuk kepada video yang disiarkan oleh blogger PapaGomo itu.

Dalam beberapa video dan gambar lain sebelumnya terutama sekali video intim Anwar dan Cinadoll, mereka masih lagi sedaya upaya menyalahkan individu dalam video terbabit dilakonkan oleh individu lain yang mirip atau menyerupai wajah Anwar.

Kini masing-masing terpaku kelu dan mula menerima hakikat betapa rendahnya moral dan akhlak pemimpin yang dipuja-puji selama ini. Mereka tahu wajah yang mirip Anwar itu memang sah milik Anwar.

Senario ini agak membimbangkan dan memeningkan kepala para pemimpin AMK dan PKR, lebih-lebih lagi jika keadaan ini berterusan dikhuatiri akan menimbulkan kesangsian yang agak serius di kalangan anggota parti terhadap pucuk pimpinan PKR.

Tambahan pula rata-rata di mana sahaja Anwar menyertai aktiviti ceramah atau bertemu muka dengan rakyat sejak akhir-akhir ini, dari hari ke hari kedatangan penyokong PKR dan juga semakin berkurangan. Itu petanda jelas semakin ramai yang menjauhi PKR dan PR.

Jika ia berlanjutan demikian, bermakna lambat laun ahli parti sendiri akan mula bangkit mempersoalkan akhlak dan moral Anwar seterusnya ia akan meletakkan PKR dalam keadaan bahaya menjelang PRU 13.

Apatah lagi tika ini kepercayaan PAS terhadap Anwar juga kelihatan kurang meyakinkan apabila sebahagian pemimpin dan penyokongnya sudah berani menolak Anwar sebagai Perdana Menteri disebabkan faktor akhlak dan moral yang melingkari sisi gelap kehidupan peribadi Anwar.

Selain itu, penggerak-penggerak PAS yang menguasai masjid dan surau juga seboleh mungkin cuba mengelakkan penyertaan Anwar dan pemimpin PKR yang lain dalam sebarang majlis munajat dan solat hajat kerana masing-masing bimbang ia akan memberi impak buruk terhadap imej PAS.

Bila ahli parti sendiri semakin meragui akhlak dan moral pemimpinnya ditambah lagi dengan kesangsian rakan sepakatan, kelihatan agak sukar untuk Anwar dan PKR meraih semula kepercayaan sebahagian ahli dan penyokong mereka.

Mungkin tertekan dengan keadaan inilah mendorong jentera propaganda PR mula sibuk merekayasa cerita untuk mengaitkan penyebaran video itu dengan UMNO dengan harapan dapat meraih simpati umum.

Tak cukup dengan propaganda sebegitu, PKR cuba pula membuat video palsu bagi mencipta persepsi umum kononnya semua video dan gambar-gambar Anwar sebelumnya adalah rekaan semata-mata. Mungkin kaedah ini mampu menipu penyokong totok PR, tapi orang ramai tidak semudah itu untuk menerimanya bulat-bulat.