12 Okt 2012

DAP Parti Mafia

Kenyataan terbuka bekas Pengerusi DAP Pantai Sepang Putra, R. Vellasamy Rasu yang melabelkan DAP sebagai sebuah parti mafia merupakan satu dakwaan yang agak serius dan tidak boleh dipandang ringan atau diabaikan begitu sahaja.

Menurut Vellasamy, DAP sebetulnya bukanlah sebuah parti yang mengamalkan demokrasi sebaliknya lebih kepada parti mafia yang didokong kuat oleh kumpulan gengster yang dipercayai mempunyai hubungan dengan pemimpin tertentu.

Jelasnya lagi ahli-ahli bawahan seperti sengaja ditakut-takutkan dengan kehadiran sekumpulan gengster dalam mesyuarat parti dengan demikian setiap keputusan atau tindak tanduk pemimpin atasan akan dituruti tanpa dikritik atau dipersoalkan oleh ahli bawahan.

Dakwaan tersebut bagaimanapun sehingga kini belum mendapat ulasan balas atau penafian dari pihak DAP.

Namun jika dikaji dan diimbas semula beberapa peristiwa dan kontroversi sebelum ini, tidak dapat tidak sedikit sebanyak kesahihan dakwaan itu kelihatan ada benarnya.

Antaranya ialah isu sensasi melibatkan kematian Teoh Beng Hock (TBH) akibat terjatuh dari bangunan SPRM tidak berapa lama dulu, yang kiranya diteliti dan dikaji besar kemungkinan membabitkan elemen gengsterisme yang didakwa telah menguasai DAP.

TBH yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada seorang pemimpin kanan DAP Selangor sebagaimana kita ketahui merupakan saksi penting dalam membantu siasatan SPRM berhubung salah guna kuasa dan rasuah yang dilaporkan membabitkan penyelewengan tender kerajaan negeri untuk kontraktor Bumiputera.

Pastinya wujud ketakutan dan kerisauan dalam diri TBH terhadap kemungkinan tindakbalas gengster yang mempunyai kaitan rapat dengan DAP berikutan langkahnya membocorkan maklumat penting penyelewengan yang berlaku kepada SPRM semasa sesi siasatan dijalankan.

Berikutan kematian mengejut TBH selaku saksi penting kes tersebut, kesannya menyebabkan siasatan SPRM terpaksa dihentikan dan kes itu gagal diselesaikan, jelas sekali senario itu amat menguntungkan DAP di masa yang sama menyelamatkan imej pemimpinnya dari dikaitkan dengan kes rasuah.

Amat tidak logik untuk kita menerima dakwaan karut dan propaganda murahan pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP kononnya kematian TBH disebabkan oleh anggota SPRM. Tidak begitu?

Dalam isu lain yang mirip dengan unsur gensterisme, tidak berapa lama dulu juga bekas orang kepercayaan Anwar Ibrahim iaitu Raja Petra Kamarudin pernah mendedahkan serba sedikit kes kematian rakannya, Dato' Patrick Wong yang disyaki mempunyai kaitan rapat dengan skandal perlombongan pasir di Selangor.

Selain itu, kita juga sedia maklum kegiatan gengsterisme juga mempunyai hubungan langsung dalam menjaga dan memberi perlindungan untuk pusat maksiat seperti rumah urut, pusat pelacuran, kelab malam dan tempat perjudian tanpa lesen.

Seringkali kumpulan gengster atau kongsi gelap tertentu merupakan pihak yang mengaut keuntungan berlipat ganda hasil memberi perlindungan kepada pusat-pusat maksiat, manakala hasil keuntungan pusat maksiat sedemikian acapkali menjadi sumber kewangan bagi menampung keperluan sesebuah organisasi atau pertubuhan politik.

Kebetulannya, sejak pasca PRU 2008, negeri Selangor, Kedah dan Pulau Pinang yang jatuh kepada pakatan pembangkang yang dikenali sebagai PR, kita dapat lihat wujudnya pertambahan mendadak banyak rumah urut, pub dan pusat judi tanpa lesen di negeri terbabit. Jumlah pusat perlacuran juga meningkat berlipat ganda bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Malah sejak PR berjaya mengumpul kekuatan politiknya hasil tsunami politik 2008, lagak dan pembawaan pemimpin mereka khususnya dari DAP dan PKR amat jelas begitu kuat membela penjenayah. Mereka juga agak aktif menekan, menyerang dan mempertikaikan urusan dan tugasan pihak polis.

Impak dari serangan mereka yang bertali arus itu, akibatnya imej pihak polis tercalar dan masyarakat seperti semakin hilang hormat pada pihak keselamatan.

Akibatnya dalam tempoh yang sama juga kegiatan jenayah meningkat berkali ganda dan penjenayah semakin berani melakukan kegiatan mereka disebabkan yakin setiap tindak tanduk mereka apastinya mendapat pembelaan dari kalangan pemimpin pembangkang.

Jika dilihat pada semua peristiwa dan kontroversi di atas, jelas ada kebenaran dan kesahihan disebalik dakwaan bekas pemimpin DAP R. Vellasamy bersabit kegiatan gengsterisme yang kini telah menguasai DAP sekaligus melayakkannya merangkul gelaran sebagai parti mafia.

Pendakwa Perancis Sahkan Pembangkang Malaysia Penipu No. 1

SUARAM, sebuah NGO yang didalangi pembangkang Malaysia dan ditaja oleh Zionis dan Soros, terkantoi lagi, dan lagi dan lagi, dalam isu pembelian kapal selam scorpene.  Tetapi, walaupun telah berapa kali kantoi, setiap kali juga mereka akan menafikan, menebalkan muka serta tidak malu bersemuka dengan media, rakyat Malaysia serta dunia sambil meneruskan lakonan dan penipuan mereka.

Mungkin kerana dana yang diterima mereka terlalu banyak, maka SUARAM a.k.a pembangkang tidak punya pilihan selain meneruskan lakonan dan penipuan dengan harapan kerajaan Islam Malaysia akan jatuh jua akhirnya.  

Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu. 

Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua 'hakim penyiasat' bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM.  Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia.   

Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia. 

Oleh itu, bagi SUARAM dan pembangkang untuk menegaskan bahawa perbicaraan sedang berjalan dan beberapa orang telah dikenalpasti untuk disapina serta mendedahkan dokumen kapal selam yang berbahasa Perancis kononnya sebahagian daripada bukti, menunjukkan betapa rendahnya akhlak para pendokong SUARAM yang memakai nama pejuang hak asasi manusia ini. 

SUARAM seolah-olah memperbodohkan dan meludah ke muka setiap manusia di dunia dengan sanggup berbohong bagi memenuhi agenda syaitan yang membawa kemusnahan melalui peperangan dan pembunuhan menggunakan bantuan satu lagi syaitan yang memanipulasi pasaran mata wang dunia. 

Selaras dengan sikap angkuh Zionis dan Soros itu, SUARAM telah menunjukkan sikap tidak menghormati sesiapa dan mana-mana kerajaan di dunia termasuk Malaysia dan juga Perancis.   Sudahlah kerajaan Malaysia difitnah dan diburuk-burukkan, kerajaan Perancis pula dipermainkan mereka. 

Dalam usaha SUARAM 'mengenakan' kerajaan Malaysia, mereka telah menggambarkan yang mahkamah Perancis tidak telus kerana telah membocorkan maklumat siasatan termasuk bahan bukti kepada mereka yang kemudian didedahkan pula oleh mereka kepada umum.  SUARAM juga memberi gambaran yang polis Perancis tidak cekap kerana tidak mampu mengesan kemasukan Altantuya ke negara itu dalam jangka masa urusniaga berlaku. 

Dan kini, SUARAM dan pembangkang Malaysia masih lagi enggan mengaku yang semuanya sudah berakhir dan bahawa penipuan mereka sudah sampai ke penghujung.  Sebaliknya, Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia telah berusaha membawa masuk peguam Perancis, William Bourdon untuk memberi keterangan bagi pihak SUARAM dalam isu menerima dana asing.  Kedatangan Bourdon pastinya dibayar dan bayarannya pula pastinya bukan sedikit, sesuai dengan namanya yang tersohor sebagai peguam kepada George Soros. 

Secara langsung, tindakan pembangkang membawa Bourdon bagi membantu SUARAM menguatkan lagi fakta bahawa SUARAM dan pembangkang Malaysia bukannya memperjuangkan hak asasi manusia mahupun rakyat jelata, sebaliknya sedang dalam proses melancarkan misi 'pertukaran rejim' di Malaysia demi kesejahteraan Soros dan Yahudi penakluk dunia melalui strategi berbohong atau menipu, tanpa had dan batasan.

Pemimpin PKR Selangor desak Faekah letak jawatan (Sinar Harian)

SHAH ALAM – Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor, Borhan Aman Shah mendesak Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin meletak jawatan kerana didakwa mengeluarkan kenyataan boleh mencetuskan kekeliruan dan salah faham dalam Pakatan Rakyat (PR).

Borhan berkata, desakan itu dibuat kerana Faekah didakwa mengkritik Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali secara terbuka menerusi sebuah portal berita baru-baru ini.

Menurutnya, beliau berharap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dapat mengambil tindakan terhadap isu tersebut.

"Kami selaku pemimpin-pemimpin PKR Selangor mendesak agar pimpinan pusat mengambil tindakan keras terhadap Faekah.

"Faekah perlu meletakkan jawatannya dengan serta-merta dan kami faham kuasa penuh ada di tangan Menteri Besar untuk membuat sebarang keputusan mengenainya," katanya pada sidang media di pejabat PKR Selangor di sini semalam.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan Azmin mengeluarkan kenyataan Abduk Khalid akan dilantik sebagai menteri pusat sekiranya PR berjaya merampas Putrajaya.

Dalam pada itu, Azmin menafikan membuat kenyataan seperti itu dan Faekah mempersoalkan niatnya itu.

Tindakan Faekah itu menyebabkan beliau ditegur oleh Timbalan Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin dan Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei.

Faekah diingatkan supaya tidak memberi kenyataan secara membuta tuli kerana boleh mengeruhkan lagi hubungan antara pimpinan parti.

Borhan berkata, beliau mempersoalkan tindakan Faekah mengkritik Azmin secara terbuka kerana dia tidak mempunyai sebarang jawatan di dalam parti.

Katanya, Faekah perlu ingat bahawa Azmin mengeluarkan kenyataan berdasarkan kapasiti selaku timbalan presiden, pengerusi majlis pimpinan negeri merangkap pengarah pilihan raya.

"Perkara ini dah berlaku berulang kali dan kita harap Faekah lebih teliti pada masa akan datang sebelum membuat sebarang kenyataan.

"Sebarang komen perlu dirujuk terlebih dahulu kerana kita khuatir perkara seumpama ini boleh menimbulkan pertelingkahan," katanya.

Dalam pada itu, semalam Sinar Harian Online melaporkan Faekah mengambil pendirian tidak akan mengulas lagi isu melibatkan kedudukan Menteri Besar.

Faekah juga akur dengan teguran kepimpinan PKR supaya tidak membuat kenyataan balas mengenai isu berkenaan.

Air Empangan Susut: Bukti Selangor di Ambang Krisis Air

Kita tidak faham kenapa kerajaan PR Selangor masih menafikan yang negeri yang diperintah mereka ini bakal berdepan dengan krisis air yang kronik.  

Tidak mungkin mereka tidak mampu memahami fakta dan angka yang menjelaskan masalah ini.  Tidak mungkin juga mereka tidak turun melawat sendiri ataupun melihat gambar-gambar empangan yang didedahkan oleh beberapa blog dan laman web yang menunjukkan jumlah takungan air yang menyusut dengan kadar yang pantas. 

Antara yang terbaru ialah empangan Sungai Selangor dekat Jalan Kuala Kubu Bharu yang didedahkan oleh Mynewshub semalam.  Air di empangan ini yang berukuran lebih kurang 600 hektar telah susut hampir 40 peratus dari paras takungan yang sepatutnya iaitu kira-kira 235 juta meter padu.

Salah satu sungai iaitu Sungai Liut yang menjadi sumber kepada takungan air di empangan itu juga semakin kering untuk menyalurkan air ke dalam empangan tersebut.

Gelongsor limpahan di empangan juga sudah hampir lima bulan tidak dilimpahi air menyebabkan tiada simpanan air di empangan pengawal Sungai Selangor.

Justeru, apakah alasan kerajaan PR Selangor bagi terus berdegil menyatakan yang krisis air yang dibimbangi BN hanya mainan politik? 

Krisis air Selangor dijangka berlaku pada 2014 atau lebih awal berdasarkan kajian dan unjuran yang dijalankan oleh pakar. 

Masalah kekurangan bekalan air mula timbul selepas kerajaan PR Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) syarikat konsesi yang menyebabkan syarikat tersebut tidak berupaya meneruskan kerja-kerja penggantian paip yang telah lama dan rosak. Sekali gus menyumbang kepada peningkatan bekalan non-revenue water (NRW) di negeri ini.

Secara dasarnya, negara ini mempunyai bekalan air hujan yang cukup tetapi, bekalan air terawat memerlukan loji dan teknologi rawatan yang sistematik yang mana membawa kepada projek Langat 2 yang dicadangkan oleh kerajaan BN Selangor yang terdahulu.   Namun, kerajaan PR Selangor telah bertindak membekukan projek ini atas alasan ingin mengstruktur semula industri air di Selangor. 

Alasannya ialah agar membolehkan kerajaan Selangor mengurus kadar tarif air dengan lebih rendah berbanding kenaikan sehingga 37 peratus yang dicadangkan syarikat konsesi air terlibat.   Dalam ertikata lain, kerajaan PR Selangor mengambil pendirian bahawa mereka lebih rela jika rakyat tidak mendapat bekalan air bersih langsung daripada membayar harga yang tinggi untuknya. 

Pendirian kerajaan PR Selangor ini amatlah mencurigakan, apatah lagi dengan terbuktinya bahawa janji mereka untuk memberi 20m padu air percuma kepada rakyat dalam PRU terdahulu hanyalah janji kosong di mana perlaksanaannya adalah tidak menyeluruh dan tidak adil kepada beberapa pihak. 

Kini, krisis air yang bakal melanda semakin nyata dengan empangan-empangan yang semakin menyusut dan kering.   Apakah kerajaan PR Selangor buta?   Politik apakah yang sedang dimainkan oleh kerajaan Selangor?   Salahkah jika rakyat terus meragui mereka?

Apakah kerana mereka terlalu angkuh untuk mengaku tersilap memahami dan mencongak fakta dan angka mengenai bekalan air, sehingga sanggup membiarkan rakyat menanggung derita?  

Dengan kedegilan kerajaan Selangor, inilah disarankan agar rakyat Selangor yang masih ragu-ragu mengenai isu air mengambil inisiatif sendiri untuk menyelidik perkara ini agar dapat membuat pilihan yang tepat dalam PRU nanti.  Pastikan kerajaan yang dipilih dapat menjamin kesejahteraan hidup rakyat dan bukannya angkuh tidak bertempat.  Jangan dua kali terhantuk sehingga berdarah baru hendak ditengadah.  Ingatlah kata-kata Khalid Ibrahim, iaitu manifesto PR bukannya janji. 

SCORPENE STRATEGI ANWAR ALIH ISU BAJET 2013

Suaram yang menerima dana daripada penyanggak mata wang Yahudi melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd masih terus memfitnah dan memburuk-burukkan kerajaan berhubung isu kapoal selam Scorpene.

Terbaru pertubuhan badan bukan kerajaan yang tidak berdaftar secara sah itu telah menganjurkan satu forum bertajuk "Skandal Kapal Selam Buatan Perancis" di Ipoh, Perak 30 September lalu.

Walaupun badan itu kini sedang disiasat berhubung penerimaan dana asing yang ada kaitan dengan gerakan Yahudi-Zionis antarabangsa, namun Suaram mahu menunjukkan bahawa ia seolah-olah kebal dan mempunyai immuniti yang tebal untuk terus menjalankan kegiatan subversif.

Seolah-olah ia tidak takut kepada kerajaan kerana yakin ada kuasa disebalik operasinya yang mampu melindungi dan mempertahankan kebebasan untuk mencemar nama baik negara samada di dalam atau di luar negara.

Ini terbukti beberapa hari lalu apabila tiga orang ahli parlimen pembangkang - R. Sivarasa, Tian Chua dan Mahfuz Omar mengadakan sidang akhbar di ruang legar Parlimen berhubung isu Scorpene.

Mereka memaklumkan bahawa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kini berada di Paris, Perancis untuk menyerahkan dua pucuk surat - satu warkah bagi menjemput dua orang peguam yang mewakili Suaram dan satu lagi bagi peguam yang mewakili Thales, anak syarikat DCNS, syarikat milik kerajaan Perancis yang membuat kapal selam Scorpene.

Tujuan Anwar berada di ibu negara Perancis itu adalah bagi menjemput ketiga-tiga peguam tersebut membuat taklimat kepada ahli-ahli parlimen terutamanya daripada pihak pembangkang mengenai kapal selam Scorpene.

Tindakan Anwar tersebut secara jelas mengesahkan hubungkait beliau dan pembangkang dengan Suaram.

Selama ini Suaram bertegas menafikan ia adalah sebuah pertubuhan bebas politik dan tidak ada sangkut paut dengan pembangkang tetapi kini hubungan keduanya tidak lagi boleh diselindungi.

Sahlah bahawa Suaram sebenarnya adalah apparat yang digunakan oleh Anwar untuk memfitnah kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dan memburuk-buruk imej Malaysia di peringkat antarabangsa.

Hakikat bahawa Anwar kini berada di Paris selang beberapa hari setelah Bajet 2013 dibentang oleh Perdana Menteri menimbulkan syak wasangka yang menunjukkan ia adalah satu usaha yang terancang.

Ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mengalihkan tumpuan rakyat daripada membicarakan tentang bajet pro-rakyat yang telah mendapat sambutan amat positif daripada setiap lapisan rakyat.

Ia juga bagi menutup perbincangan rakyat mengenai bajet palsu yang dibentangkan oleh Anwar dua hari sebelum pembentangan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.

Rata-rata rakyat menolak bajet alternatif pembangkang yang tidak mempunyai elemen baru tetapi hanya merupakan kitaran semula isu-isu lapuk yang sudah tidak relevan dan sesuai dengan perkembangan ekonomi negara yang terkini.

Anwar takut jika tidak ada isu baru yang boleh diketengahkan untuk menyerang Perdana Menteri maka tembelang pembangkang akan terbongkar.

Maka beliau perlu mencari satu isu yang boleh hangat diperkatakan dan Scorpene adalah sasaran yang sesuai pada pandangannya.

Namun strategi ini meleset sama sekali kerana isu Scorpene tidak lagi aktif dibicarakan oleh sistem perundangan unik Perancis.

Ini kerana mahkamah negara itu hanya menjalankan siasatan berhubung syarikat DCNS samada ada wujud unsur rasuah dalam urusan jual beli kapal selam tersebut oleh kerajaan Malaysia.

Apabila dakwaan rasuah tidak mampu dibuktikan, pembangkang mengubah jalan ceritanya dengan cuba menggaitkan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dengan Perdana Menteri dan isterinya pula.

Langkah ini juga mendedahkan bahawa tindakan Suaram membawa isu ini ke mahkamah Perancis adalah bermotifkan politik dan bukannya untuk memperjuangkan keadilan atau hak rakyat negara ini.

Pembuktian bahawa Altantuya tidak tahu bertutur bahasa Perancis serta tidak ada bukti rekod imigresen Perancis bahawa wanita itu memasuki negara tersebut sekali gus meranapkan premis dakwaan Suaram dan pembangkang yang selama ini bergantung hidup kepada pembohongan itu.

Namun demi melaksanakan agenda tuan asing yang memberi sokongan kewangan, Suaram terpaksa meneruskan juga siri fitnahnya walaupun setiap hari berlalu semakin terserlah penipuannya.

Begitu juga dengan Anwar yang begitu setia menjalankan arahan Soros dan rakan-rakan Yahudi-Zionisnya di Washington.

Bagi pelopor gerakan Yahudi-Zionis, jika Anwar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia pada pilihan raya umum ke 13 nanti, beliau perlu mengikut segala rentak dan program yang telah diatur oleh mereka untuk menumbangkan kerajaan sedia ada.

Begitulah hebatnya Anwar menjadi hamba Yahudi-Zionis sehingga sanggup menjual maruah, agama dan bangsa sendiri demi mencapai cita-citanya.

ends