30 Mei 2012

ISU JIRAT CINA RIZAB MELAYU:AZIZAN PEKAK BUTA ATAU PURA2 TULI


Isu pembinaan jirat Cina komersial di Tanah Rizab Melayu, Karangan, Kulim sudah berlanjutan sejak 2007.   Memang mudah bagi Dato' Seri Azizan, selaku Menteri Besar menyalahkan kerajaan terdahulu dalam kes ini. 
Tetapi Azizan harus sedar bahawa, kerana marahkan kerajaan terdahululah maka rakyat telah bertindak menukar kerajaan di mana Azizan berpeluang menjadi Menteri Besar sekarang.  Harapan rakyat agar Azizan boleh berbuat sesuatu - memperbetulkan yang silap dan menambahbaikkan apa yang sedia baik.
Namun, harapan kini bertukar menjadi kemarahan.  Azizan bukan sahaja tidak boleh memperbetulkan apa-apa tetapi menambahkanlagi kesilapan dan merosakkan apa yang sedia baik.   Negeri Kedah kini berada dalam keadaan 'koma' dan semakin merosot setiap hari.   
Tidak cukup dengan pembalakan mega yang menghancurkan sistem perairan dan menjejaskan ekologi yang mana habis balak-balak yang masih 'halus' dibedal oleh kontraktor-kontraktor yang tidak bertanggungjawab.  Suatu ketika Azizan menjawab beliau tidak punya kuasa menghentikan semua itu kerana ia 'salah kerajaan terdahulu'.   Kemudiannya, kontrak yang lama diperbaharui dan Azizan hanya pura-pura tuli  konon tidak tahu menahu mengenainya. 
Begitu juga dengan Kulim Hi-Tech Park, yang suatu masa dahulu dibanggakan sebagai 'Silicon Valley' Malaysia kini muram, tiada pelaburan baru melainkan warga pengurusan Kulim Hi-Tech Park yang baru sahaja yang meriah keluar negara tanpa had.  Ada Azizan kisah?  Tidak, kerana kemungkinan besar beliau tidak tahu menahu apa-apa. 
Sikap yang sama diambil oleh Azizan dalam menangani masalah jirat cina di rizab melayu ini iaitu tidak berbuat apa-apa.   
Tapak tanah yang menjadi kontroversi ini terbahagi kepada 3 lot tanah dan dua daripadanya yang berkeluasan 8 hektar masih berstatus Tanah Rizab Melayu manakala satu lagi pula yang berkeluasan 76 hektar dijual kepada orang Cina pada 1926 iaitu sebelum Akta Tanah 1933 diwartakan.  Tanah ini sehingga kini masih berstatus Tanah Rizab Melayu.   Kawasan inilah yang akan dijadikan jirat Cina komersial di mana pembinaan sedang rancak dijalankan. 
Penduduk-penduduk di sini telah memacakkan papan tanda membantah pembinaan jirat Cina itu.   Perhimpunan aman juga dibuat untuk merayu keprihatinan Menteri Besar untuk menyelesaikan masalah ini.    Mereka mengharapkan agar kerajaan negeri boleh menggantikan kawasan lain kepada pihak terbabit dan mungkin juga memberikan pampasan sewajarnya untuk menyelesaikan masalah ini.  Sebarang bentuk penyelesaian adalah dialu-alukan dengan mengambil kira kepentingan 16,000 penduduk Melayu di kawasan tersebut. 
Sebagai mewakili parti yang menggunakan nama Islam, sikap membisu Azizan dalam perkara ini amatlah mengecewakan.  Isu jirat Cina di kawasan kediaman Melayu bukan isu kecil, apatah lagi di atas Tanah Rizab Melayu.  Isu ini melibatkan sensitiviti agama dan budaya serta mampu mencetuskan ketegangan kaum. 
Keengganan Azizan mengambil isu ini secara serius amat mengecewakan rakyat Kedah. 
Mereka tertanya-tanya, kenapakah Azizan tidak mampu memainkan peranan yang sepatutnya untuk mencari jalan terbaik - mungkin dengan meminta kerjasama DAP untuk merasionalkan perkara ini dengan pihak pemaju projek tersebut.   Atau mungkinkah benar Azizan kecut perut bila berhadapan dengan isu yang membabitkan kaum Cina?  Apakah sudah menjadi 'prinsip' PAS untuk mengalah setiap kali berkonfrontasi dalam perkara yang membabitkan kaum Cina?  
Apapun, ini adalah pengajaran kepada rakyat Kedah agar tidak tertipu oleh PAS yang  membawa imej Islam, negara kebajikan dan mewakili Melayu.   PAS bukan tidak ingin membela Melayu, tetapi PAS tidak berani dan tidak tahu caranya

APA TINDAKKAN AHLI PAS SETELAH FATWA PEMIMPIN PAS DI SAHKAN SESAT


Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa 'undi PAS masuk syurga' adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.  
Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat?  Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam. 
Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr.  Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu "bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut".   
Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka.  Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya. 
Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat.   Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan. 
Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman.  Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah.  Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan. 
Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.
Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR.  Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik. 
Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah.  Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu. 
Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama.  Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini. 
Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa 'undi PAS masuk syurga' telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.   
Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya.  Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar.  Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta. 
Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan.  Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T.  Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.  
Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia.   Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal. 
Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan 'akal' dalam membincangkan soal agama.  Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa 'akal' adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya.  Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya?
Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab.  Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah. 
Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan

DERMA UTK LEBUHRAYA KE SYURGA


Baru saja disergah oleh Majlis Fatwa Masjidil Haram berkenaan fatwa sesat yang menjanjikan syurga kepada pengundi, hari ini Nik Aziz sekali lagi menjanjikan pahala pula kepada manusia yang menderma untuk pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Bharu-Kuala Krai bernilai RM1.8 billion sepanjang 73km. 
Menurut laporan Berita Harian, Nik Aziz juga mengakui turut menyumbang RM5,000 bagi pihak arwah ibu dan ayahnya sebagai  bayaran pahala kepada mereka.    Nik Aziz berkata demikian selepas majlis pecah tanah pakej Satu lebuh raya itu antara Machang-Kuala Krai yang membabitkan laluan sepanjang 43 km.
Nik Aziz dengan itu menyeru rakyat untuk menderma bagi memastikan lebuh raya ini siap sepenuhnya.   Derma itu pasti akan digantikan dengan ganjaran pahala, katanya.  
Menarik sekali!  Cuma kita ada sedikit kemusykilan:
Adakah jumlah sumbangan menentukan jumlah ganjaran pahala?  Atau adakah semua yang menderma akan menerima jumlah pahala yang sama tanpa mengira jumlahnya?  Dan bolehkah kita menebus dosa dengan menderma kepada pembinaan lebuh raya ini atau menggunakan sistem kontra iaitu, satu jenis dosa untuk beberapa ringgit derma?  
Bagaimana pula jika ada yang menderma dengan wang haram?  Apakah mereka juga mendapat pahala?   Jika orang bukan Islam yang menderma, apakah mereka akan dikecualikan dari api neraka atau sekadar diringankan siksaan? 
Bagaimana pula dengan orang yang telah mengundi PAS yang telah dijamin syurganya oleh Nik Aziz?  Apakah dengan menderma lagi kepada lebuh raya ini maka mereka akan berpeluang untuk mendapat syurga yang lebih tinggi? 
Kita perlukan sedikit butiran lanjut mengenai perkara ini kerana ramai lagi umat Islam yang tidak mengundi PAS dan mereka ini semua pasti ingin tahu lebih lanjut kalau-kalau derma ini akan membantu memberatkan timbangan pahala ketika dihisab nanti.  
Lebuh Raya Rakyat ini juga dikatakan bakal menyediakan laluan khas untuk binatang seperti gajah dan harimau yang dikatakan melalui kawasan itu.  Tidak pula dikhabarkan sama ada laluan khas untuk makhluk-makhluk lain seperti jin atau bunian juga disediakan dan diasingkan jantina, bagi menepati sifat sebuah lebuh raya ke syurga.  
Apa yang kurang menarik ialah, walaupun lebuh raya ini bersifat 'saham akhirat', ini tidak bermakna yang lebuh raya ini akan beroperasi tanpa tol.  Sebelum ini Husam Musa telah membuat kenyataan bahawa "Mungkin akan ada tol nanti tapi kadarnya lebih murah dan berbeza mengikut musim." 
Nampaknya, walaupun Pakatan Rakyat menjanjikan lebuhraya tanpa tol di Malaysia tetapi Kelantan sebagai Serambi Mekah, sekali lagi mengatasi negeri-negeri lain dalam soal ini di mana tol dihalalkan di sana. 
Maka terfikir juga kita, mungkinkah bayaran tol bagi lebuhraya ini juga akan mendapat ganjaran pahala?   Jika ya, bolehkah Nik Aziz memanjangkan pemberian pahala itu untuk pembayar tol di lebuh raya negeri-negeri lain?  
Kita boleh ketawa geli hati dan menggeleng-gelengkan kepala dengan kesesatan yang dibawa Nik Aziz, tetapi penulis tetap tertanya-tanya berapa ramai pula yang akan tersesat dengan mempercayai bahawa Nik Aziz benar-benar mampu menjanjikan pahala kepada manusia, terutamanya manusia yang menderma dengan niat inginkan pahala dan bukan kerana ingin membantu mereka yang memerlukan.    
Sepatutnya, sebelum menyeru rakyat menderma untuk membina lebuhraya lebih baik Nik Aziz memungut derma untuk membina masjid yang sudah dijanjikan pahalanya oleh Allah S.W.T.    Bukan rakyat tidak tahu bahawa kerajaan PAS Kelantan hanya mampu membina satu masjid sahaja sepanjang dua dekad pemerintahan.  Masjid-masjid lain semuanya dibina oleh kerajaan pusat. 
Hakikatnya, meminta derma dari rakyat merupakan satu kenyataan rasmi bahawa PAS telah GAGAL TOTAL.  
PAS gagal menjana kewangan negeri dan akibatnya gagal menyediakan kemudahan asas kepada rakyat, gagal membuka peluang pekerjaan, gagal menaikkan taraf hidup rakyat dan kini PAS tidak malu ingin menagih derma dari rakyat pula.  
Rata-rata rakyat Kelantan hidup dalam kemiskinan dan Islam telah mengingatkan bahawa kemiskinan menghampirkan kita kepada kekufuran.   Justeru, bagaimana hendak ke syurga jika miskin dan tak mampu menderma untuk pembinaan lebuhraya?  Bagaimana hendak ke syurga jika kufur?   Apakah hanya dengan mengundi PAS?  
Inikah yang Nik Aziz cuba sampaikan sebenarnya iaitu kempen 'Undilah PAS' sempena pilihanraya yang semakin hampir?  
Apapun, apa yang kita nampak ialah Nik Aziz sebenarnya cuba memungut derma untuk menampung dana pilihanraya, bukannya untuk projek lebuh raya

DEMI GILAKAN KUASA NIK AZIZ SANGGUP SERAH PUTRAJAYA KEPADA DAP


Dua perkara berlaku sepanjang minggu lalu; pertama, terserlah niat sebenar parti rasis DAP yang telah dizahirkan secara lisan apabila Pengerusi Kebangsaannya, Karpal Singh secara jelas mengatakan beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan impian Perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di Malaysia pada suautu hari nanti.
Kedua pula, atas dasar tamakkan kuasa, Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat menyokong sepenuhnya idea Karpal tersebut dengan sedikit perubahan iaitu orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri negara ini asalkan ia beragama Islam.
Bermakna jika esok Lim Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang hatta Karpal memeluk agama Islam, mereka secara otomatik, menurut pandangan Nik Aziz, akan layak dipertimbangkan untuk kedudukan Perdana Menteri.
Bagi orang Melayu yang akal fikirannya masih waras dan siuman, dan jika tidak mengetahui bahawa idea tersebut tercetus daripada minda seorang 'Tok Guru', sudah tentu mengatakan bahawa ia datangnya dari seorang yang gila atau sudah nyanyuk.
Apahal pun kedua-dua anggapan tersebut tidak tersasar jauh dari keadaan sebenar kerana Nik Aziz sememangnya sudah lanjut umurnya yang mencecah 80 tahun.
Mungkin sedikit sebanyak faktor nyanyuk sudah meresap ke dalam dirinya sebagaimana yang dibuktikan dengan sikap 'flip flop' berhubung isu muzakarah dengan Umno - sekejap bersetuju kemudian tidak bersetuju pula.
Mungkin juga Nik Aziz belum nyanyuk tetapi hanya gilakan kuasa kerana pada usia yang lanjut begitu masih mahu bertanding mempertahankan kerusinya dan kalau boleh kedudukannya sebagai Menteri Besar Kelantan.
PAS telah membuktikan bahawa sememangnya parti itu tamakkan kuasa dan akan melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-citanya.
Jika dahulunya PAS berdegar-degar mencanangkan penubuhan negara Islam sebagai asas perjuangannya tetapi setelah selesa tidur sebantal dengan DAP, semangat itu sudahpun berjaya dilunturkan oleh sebuah parti yang rata-ratanya diterjaui oleh orang bukan Islam.
Kini PAS tidak mahu lagi negara Islam tetapi cukup sekadar negara kebajikan kerana hendak menjaga hati DAP!
Beginilah sifat munafik pemimpin-pemimpin beragama Islam di dalam Pakatan Rakyat - semuanya gilakan kuasa dan sanggup menjual maruah agama dan masa depan bangsa sendiri, semata-mata kerana gilakan kuasa.
Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum PKR yang buruk moral dan keperibadiannya dan dituduh sebagai peliwat pun sanggup dipertahankan oleh Nik Aziz.
Jadi tidak hairanlah jika beliau juga sanggup berkompromi dengan DAP jika itu diperlukan untuk mendapat kuasa politik.
Nik Aziz seolah-olah buta sejarah atau berpura-pura jahil apabila dengan senangnya mengatakan orang bukan Melayu boleh menjadi Perdana Menteri asalkan beragama Islam.
Sanggupkah Nik Aziz meletak jawatan sekarang dan menyerahkan posisi itu kepada Anuar Tan yang menjadi Exco Kanan dalam kabinet negeri Kelantan?
Kita mahu lihat samada Nik Aziz seorang yang berpegang kepada apa yang dicakapnya atau seorang yang bercakap secara sembrono, tidak mengggunakan akal.
Hakikatnya hanya Umno satu-satunya parti politik yang sanggup bergadai nyawa dan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan maruah dan kedudukan umat Melayu di negara ini.
PAS dengan kata-kata kosongnya hanya bermimpi disiang hari dan tidak mampu untuk melindungi sehelai rambut pun pada tubuh badan orang Melayu kerana ia sudah melacurkan diri pada golongan kafir yang anti-Melayu.
Bagaimanapun berlainan pula dangan apa yang disebut oleh Karpal kerana ia bukan sesuatu yang kosong dan lawak.
Tidakkah Nik Aziz peka dengan sejarah politik bagaimana hanya pada Projek Tanjung ketiga yang mula dilancarkan oleh DAP sejak tahun 1970an baru parti itu berjaya menawan Pulau Pinang pada pilihan raya umum 2008.
Meskipun memakan masa lebih 30 tahun tetapi DAP konsisten dengan impiannya, ia berjaya juga mencapai cita-citanya.
DAP tidak akan sesekali berjaya untuk menguasai Pulau Pinang jika pemimpin PAS dan PKR tidak mengkhianati orang Melayu.
Orang Melayu perlu buka mata mereka dan sedar dari tidur kerana tidak mustahil PAS dan PKR akan sanggup menyerahkan teraju kepimpinan Malaysia kepada DAP jika ia berkuasa di Putrajaya kelak.

Pernahkah Isteri Lim Guan Eng 'Kacau' Ng Paik Kheng?


Ng Paik Kheng mungkin nama yang kurang dikenali.  Dia bukan bintang filem, bintang sukan pun bukan, tapi ada sesuatu mengenai dirinya yang akan menjadikannya popular – walaupun bukan dalam skop popular seperti mana membabitkan artis dan selebriti ternama.
Dihikayatkan bahawa Ng Paik Kheng ada hubungan terlarang dengan seseorang.  Siapa orang itu penulis tidak tahu tapi hubungan terlarang itu menyebabkan ADUN Kota Laksamana dari DAP, Betty Chew begitu terganggu dengannya, sehingga sanggup mengambil tindakan sendiri dengan 'mengacau' wanita tersebut.  Khabarnya, bukan mengacau yang biasa ni, tapi ada sentuhan fizikal juga.
Isu ini sudah menjadi perbualan panas dikalangan inner circle DAP yang rapat dengan Betty Chew.
Asalnya, kita tidaklah berminat dengan masalah apa Betty Chew dengan perempuan tersebut.  Tapi sebab ia membabitkan orang politik, maka kita wajiblah mengambil tahu hal yang sebenarnya.  Orang politik ni macam orang seni juga, privasinya tu milik rakyat sebab yang meletakkan mereka di puncak kuasa pun rakyat juga.
Lebih-lebih lagi bila dah masuk bab-bab kaki tangan naik ni, sudah tentulah rakyat perlu tahu, paling tidak, apa hal sebenarnya yang berlaku?
Itu satu hal, satu hal yang lain ialah bila maklumat yang kita terima mengatakan, jentera propaganda DAP bersungguh-sungguh untuk menafikan kewujudan perempuan ini.  Sehingga ke satu tahap, penulis dimaklumkan gambar dan nama Paik Kheng ini ditukar untuk mengelak identiti sebenarnya dari diketahui orang ramai.   
Tapi kita pun hebat juga, kita ada gambar dan nama yang sebenarnya.
Kesungguhan ini semualah yang mencetuskan tanda tanya yang lebih besar.  Mesti ada sesuatu yang besar cuba ditutup dari pengetahuan ramai.   Sebab, kali terakhir 'kesungguhan' sama digerakkan jentera propaganda DAP ialah ketika salah seorang anak Ketua Menteri Pulau Pinang dikaitkan dengan cubaan meraba buah dada seorang pelajar perempuan di Pulau Pinang. 
Pokok pangkalnya, jentera propaganda DAP tidak akan bersungguh seperti ini kalau kes itu tidak serius dan boleh menjejaskan parti tersebut.
Justeru, penulis rasa, wajiblah untuk Betty Chew tampil dalam satu sidang media khas untuk menjelaskan hal ini kepada umum.  Betulkah dia ada 'mengacau' perempuan tersebut seperti mana yang digambarkan di atas.  Sebab kalau ada berlaku kejadian seperti itu, rosaklah imej DAP selama ini yang berbangga dengan konsep akauntabiliti dan intergritinya.
Mana boleh letak undang-undang di tangan sendiri, Betty Chew sepatutnya tahu ini.  Kalau ada kesalahan Paik Kheng ini yang menyalahi undang-undang, laporkan pada polis supaya tindakan sewajarnya dapat diambil.  Penulis rasa, ramai orang dalam DAP yang boleh menasihatkannya tentang undang-undang, kot kotlah kalau dia tak faham.
Lainlah kalau kesalahan Paik Kheng ini tidak ada kaitan dengan undang-undang tapi lebih kepada peribadi?
Apa pun kita tak berminat nak bincang soal ini dari sudut kesensasiannya, walaupun kalau nak diikutkan, itulah yang menarik sekali dalam politik ini.  Kita cuma mahu tahu bagaimana perbuatan yang melanggar undang-undang ini dilakukan oleh seorang penggubal undang-undang, walaupun diperingkat negeri.  Hari ini negerilah, besok lusa mungkin parlimen pula.  Perkara ini bukan mustahil berlaku dalam DAP, yang hanya dikawal dan dikuasai beberapa kerat pemimpin dari kalangan keluarga tertentu sahaja, sejak dulu hingga sekarang.
Apalah rupanya nanti kalau penggubal undang-undang sendiri pun langgar undang-undang?

29 Mei 2012

ANWAR MAINKAN LAGI SANDIWARA KONSPIRASI POLITIK


Sekali lagi pihak pembangkang melontar tuduhan terhadap kerajaan bahawa tindakan mendakwa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan timbalan presiden parti itu, Azmin Ali berhubung himpunan Bersih 3.0 motifkan politik.
Rakyat Malaysia sudah muak dengan alasan yang diberikan Anwar setiap kali pendakwaan mahkamah dilakukan terhadapnya.
Pemecatan beliau oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998 dikatakan 'konspirasi politik peringkat tertinggi'.
Begitu juga dakwaan liwat, pertama kali 14 tahun lalu dan kali kedua pada 2008, juga dianggap 'konspirasi' untuk menyekat impian Anwar ke Putrajaya.
Malah bagi mengguatkan lagi hujah mereka, maka diseret pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa seperti Human Rights Watch untuk membuat menyokong Bersih 3.0 serta menghentam kerajaan.
Begitulah sifat dan perangai pimpinan pembangkang terutamanya Anwar dan kuncu-kuncunya yang sentiasa bergantung atas sokongan NGO dari Amerika Syarikat mahupun Eropah untuk mengabsahkan segala tindak tanduk politik mereka, walaupun perbuatan itu secara terang melanggar undang-undang negara ini.
Anwar dan pakatan pembangkang yang diketuainya mahu dilihat bahawa mereka bebas melakukan apa sahaja untuk menentang kerajaan tanpa apa-apa sekatan perundangan.
Ini termasuklah mengadakan siri ceramah tanpa permit sesuka hati mereka di seluruh negara serta menganjurkan perhimpunan yang berakhir dengan rusuhan.
Di dalam himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu, bukan sahaja ramai peserta, malah petugas media serta anggota polis yng menjalankan tugas mereka turut tercedera.
Ini semuanya angkara Anwar yang dilihat di dalam paparan video memberi arahan supaya peserta merempuh halangan untuk menceroboh Dataran Merdeka yang sudahpun diisytiharkan sebagai zon larangan.
Begitu juga penganjur utamanya, Ambiga Sreenevasen seorang peguam kanan yang sepatutnya arif mengenai undang-undang tetapi bertindak lebih sebagai pemimpin pembangkang.
Pembangkang berfikir mereka bebas dari segala dosa dan kesalahan, justeru itu juga bebas melakukan apa sahaja tanpa sebarang tindakan undang-undang.
Malah mereka memperlecehkan Akta Perhimpunan Aman 2012 yang diluluskan untuk menangani antara lain penganjuran serta protes jalanan seperti Bersih 3.0.
Tindakan kerajaan mendakwa Anwar, Azmin dan lain-lain pemimpin pembangkang dalam isu ini patut dipuji dan dihargai.
Ia menunjukkan dalam hal menjaga keselamatan awam dan negara, kerajaan bersikap tegas dan tidak memilih bulu.
Sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang, tidak kira apa kedudukan mereka dalam masyarakat, hatta Ketua Pembangkang sekali, tidak bebas melakukan perkara yang menodai kesucian perundangan negara.
Samada Anwar dan Azmin bersalah atau tidak, terpulang kepada kebijaksanaan mahkamah menentukan berdasarkan hujah dan bukti sediada.
Bak kata pepatah Melayu, siapa yang termakan cili, dialah yang merasa pedasnya atau dalam lingo anak-anak muda, 'sendiri buat sendiri tanggung'.

28 Mei 2012

Punca Kes Liwat Anwar Tertunda Lebih 60 Kali Terjawab


Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini, iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat. 
Ketika kes masih berjalan, ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia?  Mana tidaknya, jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa, pastinya ia sudah lama selesai, lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata. 
Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.  Lebih pelik lagi, pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.  Sebaliknya, pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan. 
Walaupun hujah Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik, konklusif, tepat serta layak diberi 'tepukan berdiri', tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan. 
Dan apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah 'suka-sama-suka', mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras. 
Inilah yang dijangkakan oleh rakyat, kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan?
Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima, maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan. 
Namun, ini tidak berlaku.  Rayuan juga tidak berlaku.  Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.  Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam 'inner-circle'nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.   Dunia bagaikan terkedu sekejap, cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan. 
Akhirnya, hari ini, sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.
Benarlah, bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim, tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.   Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini. 
Jika dulu, Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar, tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.   Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah. 
Justeru, apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof?  Hampir tiada.  Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar, dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.   Jika ada pun perbezaan, ialah kerana Karpal mendapat 'bonus tambahan' iaitu dari segi keuntungan politik. 
Benar, dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.  Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian. 
Namun, melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika, professionalisme dan integriti, maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia. 
Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini, undang-undang itu adalah mengatasi keadilan, moral, etika malah agama juga.  Jika ada pun yang lebih 'tinggi' dari undang-undang, ia adalah wang!
Apapun, yang pasti, seperti juga kes liwat, Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0. 
Namun, selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat, selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi, selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara, selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih. 
Biarpun terlepas dari undang-undang, sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.

27 Mei 2012

PM Bukan Melayu: Nik Aziz Restu Impian Karpal Singh?


Suatu ketika dulu dalam tahun 1990, pemimpin utama DAP, Karpal Singh pernah mencabar PAS supaya melangkah mayatnya dahulu sekiranya PAS masih berkeras untuk meneruskan hasratnya untuk menubuhkan negara Islam.
Kira-kira 20 tahun berlalu, akhirnya PAS membatalkan hasrat untuk mendirikan negara Islam dengan alasan dalam Al-Quran tiada disebut negara Islam. Tanpa perlu melangkah mayat Karpal Singh akhirnya PAS tewas dan DAP bertepuk tangan gembira teruja.
Sepanjang awal tahun 1990-an, PAS gah bercakap perihal hukum hudud yang mahu diaplikasikan dalam pemerintahan negeri dan negara, namun selepas lebih 20 tahun berlalu Karpal Singh dan DAP membuktikan kemampuan mereka mengawal selia halatuju PAS.
Sekali lagi PAS tunduk pada kuasa politik DAP apabila hukum hudud kemudiannya ditongsampahkan oleh pembangkang kerana mengutamakan Buku Jingga.
Beberapa ketika yang lalu, kalimah Allah s.w.t menjadi isu kontroversi apabila pihak gereja Kristian menuntut hak penggunaan kalimah tersebut, sebagaimana biasa respon PAS ialah tunduk pada tuntutan tersebut semata-mata mahu menjaga kerjasamanya dengan DAP.
Untuk entah kali ke berapa, PAS mengalah lagi dek kerana takutkan kekuatan yang dimiliki oleh DAP disamping kelemahan PAS itu sendiri yang sudah tenggelam dalam angan-angan untuk ke puncak kuasa dengan bantuan non muslim pro DAP.
Beberapa hari yang lepas, Karpal Singh menganggap pelan transformasi yang dirintis oleh Perdana Menteri datuk Seri Najib Tun Razak sebagai tidak meluas dan hanya berada di pinggiran sahaja. Alasannya kerana status Bumiputera kini sepatutnya turut meliputi kaum lain yang lahir pada atau selepas negara merdeka.
Seperti biasa penyokong dan pemimpin PAS tampil mengangguk dan mengiakan tuntutan DAP itu atas nama samarata dan keadilan.
Kini, Karpal Singh sekali lagi buka mulut meluahkan hasratnya yang mahu mengangkat seorang Bukan Melayu sebagai Perdana Menteri Malaysia. Kata Karpal Singh, "Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini".
Respon awal dari PAS khususnya Nik Aziz, agak mengecewakan. Tiada bantahan keras ataupun persoalan yang dibangkitkan melainkan sekadar menyatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah kata-kata dari seorang yang sudah tua. Dengan kata lain, bagi Nik Aziz kenyataan berbaur provokasi oleh Karpal Singh itu boleh diremehkan begitu sahaja.
Sedangkan sejarah menunjukkan tiap bait kata yang keluar dari mulut Karpal Singh seringkali melambangkan prinsip dan dasar DAP sebagaimana dibuktikan dalam bantahan keras DAP terhadap isu negara Islam, hukum hudud, isu kalimah Allah s.w.t, hak keistimewaan Melayu & Bumiputera dan lain-lain.
Justeru itu, melihat pada respon Nik Aziz yang seumpama melepaskan batuk di tangga, rasanya tidak salah untuk kita beranggapan yang Nik Aziz sebenarnya seperti merestui kenyataan Karpal Singh yang mahu jawatan Perdana Menteri dikuasai oleh bukan Melayu.
Untuk menguasai pemerintahan negara secara majoriti mudah, pembangkang hanya memerlukan 112 kerusi daripada keseluruhan 222 jumlah kerusi parlimen. Sekiranya 40 kerusi parlimen pembangkang itu milik DAP dibantu dengan sokongan 20 lagi ahli parlimen PKR bukan Melayu, tentu saja impian DAP mudah tercapai.
Bayangkan jika benar tampuk pemerintahan negara ini jatuh ke tangan pembangkang, tika itu mahukah Nik Aziz berdolak dalik mengatakan kenyataan Karpal Singh itu hanyalah ucapkata dan angan-angan orang tua sahaja?

AMBIGA DH KALAH KE?

Setelah mengetuai 25,000 orang untuk membuat provokasi terhadap pihak polis di jalanan yang akhirnya berakhir dengan huru-hara, kecederaan, kerosakan terhadap harta awam dan mengotorkan kawasan tersebut dengan sampah-sarap, Ambiga dengan tidak malunya tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang terjadi. Dia mendakwa bahawa dia tidak mengarahkan penyokong-penyokongnya supaya mengganas. Ambiga langsung tidak menyesal terhadap tindakannya yang enggan menerima Stadium Merdeka untuk menjalankan perhimpunan aman 'Duduk Dan Bantahnya'.
Apa yang Ambiga mahu adalah publisiti dan sokongan dari parti-parti tententu terhadap bantahan yang dilakukan. Dia berharap agar BERSIH  mampu membantu gologan liberal dalam meraih kuasa. Namun, dia tetap gagal untuk membawa pendekatan ini di jalanan. Sekurang-kurangnya, rakyat sedar bahawa BERSIH seakan-akan menunjukkan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) tidak akan bersih dan mereka akan menjalankan lebih banyak protes dan mereka juga akan membawa lebih ramai media asing yang akan membantu dalam menjatuhkan kerajaan.
Ambiga pasti menjangkakan bahawa dia akan dikutuk oleh penyokong kerajaan. Namun, dia pasti mempunyai 'kekuatan dan semangat' yang kental. Jadi, apabila semuanya berakhir, dia pasti menjangkakan bahawa rakyat pasti akan sentiasa menyebut-nyebut tentang semangat  'keheroan-nya'
Dia pasti tidak menjangka bahawa orang-orang biasa atau 'nobodies', akan membantah dan mengamuk akibat daripada kesan BERSIH 3.0. Sebenarnya, mereka tidak berbuat banyak, mereka hanya memasang gerai-gerai dan menari sedikit di hadapan rumahnya, tetapi itu sudah cukup untuk menakutkan Ambiga.
Dalam keadaan panik, dia menyifatkan mereka sebagai bodoh, tidak matang, dan penganggur yang tidak mempunyai apa-apa yang lebih baik untuk dilakukan. Ambiga marah kerana mereka telah mengganggu jiran-jirannya, melanggar hak privasinya dan mengotorkan kawasan rumahnya dengan sampah-sarap di sepanjang jalan di rumahnya.
Apa yang dia tidak sedar adalah dia telah lakukan perkara yang sama terhadap peniaga-peniaga tersebut, lebih teruk lagi, kerana dia telah menganggu pendapatan harian mereka. Dia tidak sedar bahawa terdapat banyak perumahan di Kuala Lumpur dan juga di sepanjang jalan yang dikotori oleh BERSIH pada 28hb April 2012. Penduduk di pangsapuri, tetamu di hotel-hotel yang pasti mempunyai rancangan hari itu bnagaimanapun terkandas, takut dan tertanya-tanya mengapa Ambiga hancurkan rancangan mereka pada hari tersebut.
Semestinya, Ambiga akan memberi alasan bahawa ianya hanya dijalankan selama 'satu' hari. Tetapi, BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 juga dijalankan selama 'satu' hari. Dan kini terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa satu lagi protes akan dijalankan kerana PAS sudah mula meroyan untuk menjalankan 'satu' lagi demonstrasi. Jadi, tiada siapa yang tahu berapa 'satu' hari lagi Ambiga akan jalankan.
Ada yang boleh mengatakan bahawa perbuatan membalas dendam adalah kebudak-budakan. Walau bagaimanapun, kita mehu mengucapkan tahniah kepada yang para peniaga dan yang rakyat yang datang untuk memperjuangkan hak-hak mereka menyatakan bantahan mereka terhadap BERSIH dan melakukannya di tempat yang betul - di hadapan rumah Ambiga.
Ambiga mendakwa bahawa dia mewakili suara majoriti rakyat.Namun, para meniaga tersebut adalah antara mereka yang tidak pernah menyokong Ambiga. Terdapat beberapa laporan polis dan panggilan yang telah dibuat bagi membatalkan perhimpunan BERSIH, dan ianya dibuat oleh rakyat.
Adakah Ambiga dengar akan rintihan rakyat?
Dan bilakah rakyat pernah mengundi Ambiga untuk mewakili kita? Dia semestinya tidak mewakili penulis, keluarga, rakajn sekerja dan rakan-rakan penulis yang kini tidak tahan melayan kerenah dari Ambiga.
Apapun, rakyat perlu bersyukur kerana Ambiga akhirnya belajar dari kesilapan setelah dua lagi kumpulan telah datang ke rumahnya untuk membantah BERSIH. Jadi, setelah menerima segala memo, gangguan dan 'pasar malam aman' di hadapan rumahnya. Ratu LGBT ini tidak mampu bertahan lagi.
Akhirnya, dia meminta maaf!
Kita tidak perlu mempersoalkan seikhlas mana Ambiga dalam memohon maaf.
Dengan ini, kita percaya bahawa Ambiga tidak akan menggangu kita, rakyat Malaysia. Dan jika dia masih berbuat demikian, pasti jiran-jiran Ambiga akan menghalau ratu LGBT ini keluar dari kawasan perumahan mereka.

26 Mei 2012

Re: HADI AWANG SAHKAN HUDUD HANYA UMPAN POLITIK

On May 24, 2012 8:53 PM, "mee kari sedap" <meekarisedap@gmail.com> wrote:

Hukum hudud bukanlah satu keutamaan pakatan pembangkang, itu kata Hadi Awang yang juga Presiden PAS. Jelasnya lagi, hudud akan tetap dilaksanakan sekiranya pakatan pembangkang mengambilalih kerajaan. Tapi... ada tapinya...

Kata Hadi, hukum hudud hanya akan dilaksanakan mengikut proses demokrasi dan selepas masalah kemiskinan dapat diatasi serta hanya terhad kepada umat Islam sahaja pada permulaannya. Menurutnya lagi hukum hudud tidak dapat dilaksanakan selagi gaji minimum tidak dilaksanakan.

Banyak pula syarat, dalih dan alasan itu ini bila masuk bab perlaksanaan, nampak sangat sewaktu menabur janji dan selepas selesai membentangkan draf hukum hudud di DUN Kelantan pada tahun 1993, PAS sengaja mahu ianya tergantung setakat itu sahaja.

Keutamaan dan modus operandi sebenar PAS dalam isu hudud hanyalah berkisar pada soal mencari undi dan pengaruh politik untuk mengejar kuasa duniawi bagi keselesaan diri sendiri itu saja. Noktah.

Soal perlaksanaan, prasarana dan praktikal hukum hudud, PAS tak pernah pun ambil tahu dan ianya terbukti benar apabila hanya selepas Mufti Kelantan mengkritik kerajaan PAS Kelantan tahun lepas bersabit persoalan hudud barulah cepat-cepat kerajaan Nik Aziz menubuhkan jawatankuasa teknikal.

Itupun sampai sekarang jawatankuasa teknikal tersebut tidak pernah mengadakan walau satu mesyuarat pun untuk membincangkan persoalan teknikal dan perlaksanaan hukum hudud.

Semasa berkempen di atas pentas ceramah bukan main gah, bersembur air liur melaungkan takbir sambil menghukum UMNO dan Kerajaan BN sebagai anti-Islam, kafir dan jahiliah seolah-olah PAS bila-bila masa saja akan melaksanakan hudud dalam pemerintahannya.

Kita tak lupa Hadi Awang jugalah yang pernah menjanjikan perlaksanaan hudud di Terengganu sebelum ayam jantan habis berkokok. Selepas 4 tahun memerintah Terengganu sehinggalah dihumban oleh rakyat dari tampuk pemerintahan negeri, ayam jantan sampai hilang suara pun bayang hudud secara praktikal pun tak nampak.

Dan kini Hadi Awang dan PAS datang lagi buat perangai lama hanya kerana musim pilihanraya makin dekat, bertempik sakanlah mereka melaungkan akan laksanakan hudud dalam pemerintahan. Bezanya kali ini laungan PAS berselindung disebalik isu halangan kemiskinan dan gaji minimum pula  - perkara yang mereka tak fikirpun dulu sewaktu mula-mula menggembar gemburkan isu hudud.

Itulah nawaitu utama PAS bila mana menggembar gemburkan isu hudud segalanya hanya sekadar alat dan umpan politik semata-mata untuk mendapatkan sokongan secara mudah kerana dah terbiasa menjual agama dan gadai hukum hakam demi politik kepartian - dah jadi tabie semulajadi PAS sejak dulu hingga sekarang.

Re: HASIL TARBIYAH NIK AZIZ


On May 26, 2012 8:04 PM, "mee kari sedap" <meekarisedap@gmail.com> wrote:
On May 24, 2012 8:57 PM, "mee kari sedap" <meekarisedap@gmail.com> wrote:
Penulis terjumpa sebuah blog yang amat mengganggu fikiran, iaitu blog Kelab Murtad DiMalaysia (http://kelab-murtad.blogspot.com).  Blog tersebut bertujuan menyatukan semua rakyat Malaysia yang murtad, bekas Muslim dan Muslimah serta bukan Islam ke arah satu matlamat iaitu untuk menggerakkan semua rakyat Malaysia yang membenci Islam dan berhasrat untuk menghapuskan Islam, setiap mahkamah Syariah dan juga kesemua 9 Raja-raja Melayu bagi menubuhkan negara sekular, Republik Malaysia.
Pemilik blog berkenaan mengenalkan dirinya sebagai Hassan bin Mohamed Ali, bekerja dalam sektor kerajaan, beralamat di Selangor dan bekas Ahli PAS, parti Islamofasis di Malaysia.  Menurut beliau, dia berhasrat untuk menghapuskan Islam sepertimana Mustafa Kamal AttaTurk dengan memisahkan Islam dari Negara Turki sama seperti konsep memisahkan gereja dari Negara Kristian. 
Entah untuk apa blog ini dibuat kita tidak tahu.  Jika niatnya hanya untuk memprovokasi dan melagakan Melayu dengan Melayu atau Islam dengan Islam, ia adalah sedikit keterlaluan dan tidak akan berkesan. 
Tetapi jika beliau benar-benar menulis dari hatinya, dan berkata benar mengenai identitinya maka kita ingin mengucapkan Tahniah kepada PAS kerana berjaya mentarbiyah ahlinya sehingga menjadi murtad. 

Mungkin jurublog ini antara manusia yang masuk PAS kerana benar-benar menyangka yang PAS itu Islam.  Maka setelah melihat betapa buruknya tingkah laku pemimpin PAS yang sanggup menutup mata atas kesalahan rakan-rakan sendiri yang berzina, berkhalwat dan sebagainya maka beliau menyangka bahawa itulah ajaran Islam dan Islam itu adalah buruk sekali.  Inilah bahayanya apabila menjenamakan parti atas nama agama di mana semua kesalahan, keburukan dan kelemahan akan memberi impak kepada agama itu sendiri. 

Saudara Hassan ini juga adalah produk hasil dari keengganan PAS untuk bertegas menentang isu murtad.  Kerana tegarnya PAS ingin menjaga hati DAP dalam isu murtad, PAS sanggup menyepak keluar aset mereka, Datuk Dr. Hasan Ali seperti seekor anjing kurap.  Bagi mereka, DAP lebih penting dari seorang Hasan Ali dan jika umat Islam ingin murtad, apa masalahnya?  DAP boleh membawa mereka ke Putrajaya dan mereka pula tidak perlukan Hasan Ali untuk membawa mereka ke syurga kerana sebagai ahli PAS, syurga telah pun pasti bagi mereka. 

Inilah yang jurublog ini nampaknya terlepas pandang iaitu PAS tidak pernah memusuhi orang murtad.  Malah PAS hari ini  duduk di belakang pejuang murtad tegar iaitu Ambiga Sreevanesan dalam usaha merealisasikan agenda menukar kerajaan kepada kerajaan yang lebih liberal dan menerima murtad.  PAS juga bukan memperjuangkan Islam dan cukup selesa dengan perjuangan DAP untuk menjadikan Kristian sebagai agama rasmi.  Ini terbukti dengan kenyataan Hadi Awang yang ingin menukar perlembagaan dan membuang Islam sebagai agama rasmi negara.

Justeru, berdasarkan hakikat ini, saudara Hassan wajar berdamai dengan PAS kerana PAS bukan musuh sebenar bagi orang-orang murtad mahupun orang yang memusuhi Islam dan Raja-raja Melayu.

Re: MB KEDAH TAK TAHU UNDANG2

On May 26, 2012 8:05 PM, "mee kari sedap" <meekarisedap@gmail.com> wrote:
On May 24, 2012 8:54 PM, "mee kari sedap" <meekarisedap@gmail.com> wrote:

Satu laporan polis telah dibuat oleh rakyat Kedah yang juga plaintif/waris tanah waqaf khas Madrasah Salihiah, FIDEL FIRAIDI BIN MUSTAFFA, NO.K/P 631023-02-5229  terhadap YAB Dato' Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah atas kenyataan beliau di akhbar Utusan Malaysia dan Sinar Harian, yang disifatkan sebagai ugutan jenayah iaitu melanggar undang-undang kerana bertentangan dengan writ saman dan mendahului proses mahkamah. 

Dalam kenyataan itu, Dato' Seri Azizan berkata, "kerja-kerja meroboh madrasah itu kini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan secepat mungkin meskipun kes berkenaan dibicarakan di mahkamah".  Alasan beliau ialah permohonan injunksi tersebut bukan melibatkan kerja meroboh tetapi hanya mengenai penjualan tanah.

Walaubagaimanapun, injunksi yang dipohon adalah berbunyi: 

"SUATU PERINTAH INJUNKSI TERHADAP DEFENDAN-DEFENDAN (MAIK, PENTADBIR TANAH KOTA SETAR DAN KERAJAAN NEGERI KEDAH) UNTUK MENAHAN, DAN/ATAU MENGHALANG DEFENDAN-DEFENDAN SENDIRI, EJEN ATAU PENGKHIDMATNYA DARIPADA MEROBOHKAN DAN ATAU MENGOSONGKAN TANAH TERSEBUT SEHINGGA ARAHAN SELANJUTNYA DARIPADA MAHKAMAH YANG MULIA"

Nampak sangat MB Kedah langsung tidak tahu apa yang tertulis dalam permohonan injunksi yang jelas terdapat perkataan 'menghalang' dari 'merobohkan'. 

Jika Nik Aziz merasa dirinya jauh lebih hebat dari para Mufti dalam Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, Azizan pula merasakan dirinya jauh mengatasi undang-undang dan hakim. 

Inilah bukti bahawa pemimpin-pemimpin PAS itu amatlah sinonim dengan sifat riak, takbur, angkuh dan sombong. 

Menurut waris tanah tersebut, beliau mengambil tindakan membuat laporan polis kerana  bimbang jika kenyataan tidak bertanggungjawab sebegini tidak dibendung dan diambil tindakan dengan menghadapkan ustaz AZIZAN ke muka pengadilan, pertumpahan darah, pergaduhan, konflik antara waris dan jawatankuasa Madrasah Salihiah serta anak kariah dan seluruh umat Islam sekitar dengan kerajaan negeri boleh tercetus bila-bila masa sahaja.

Jelas, waris tersebut yang mewakili umat Islam sekitar dan pihak jawatankuasa Madrasah benar-benar tersinggung dan berang dengan Menteri Besar mereka.  Nampaknya, ini bukan sahaja membabitkan masalah tanah waqaf dan sensitiviti umat Islam tetapi juga membabitkan hubungan antara rakyat dengan pemimpin. 

Rakyat semakin menyampah melihat keangkuhan kepimpinan Kedah yang langsung tidak menepati ciri-ciri kepimpinan Ulama yang seharusnya bersifat tawaduk lagi zuhud.  

Sifat ini, ditambah dengan pusat-pusat hiburan yang tumbuh bagai cendawan sejurus selepas PAS mengambil alih kerajaan negeri, menyebabkan rakyat tertanya-tanya di manakah letaknya Islam di dalam nama PAS?

Mungkin inilah contoh nyata Negara Kebajikan ala PAS di mana pemimpin mereka adalah Raja yang mengatasi kuasa mahkamah, undang-undang, hakim, Mufti dan juga Sultan-sultan.  Bayangkan jika mereka memerintah negara, sifat diktator mereka pasti akan terserlah dengan lebih nyata, di mana rakyat akan dilayan seperti hamba.   

19 Mei 2012

DIPLOMAT SINGAPURA LAWAT KEDAH?


Malaysia mengalu-alukan lawatan Menteri Dalam dan Luar Negara Singapura, Masagos Zulkifli pada 7-10 Mei lalu. 

Sepertimana yang terkandung dalam kenyataan media pihak Singapura, dalam lawatan tersebut, beliau dijadualkan berjumpa dengan Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem dan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman.

Selain itu, beliau juga dijadualkan bertemu dengan Datuk Seri Azizan Razak di Kedah serta DYMM Tuanku Syed Sirajuddin di Perlis. 

Namun, sumber-sumber dari Kedah mengkhabarkan bahawa Encik Masagos telah membuat lawatan sampingan yang tidak terkandung dalam jadual asal ketika berada di Kedah.   Jika beliau hanya berjalan-jalan tidak mengikut jadual perjalanan untuk ‘pekena’ laksa Kuala Kedah atau Mee Abu, bolehlah kita berkata ‘ada ku kesah?’

Tetapi, bila khabar yang diterima menyatakan beliau telah melawat Pusat Pentadbiran PAS Kedah, maka kita mula merasa curiga, hairan, serta marah. 

Jika ini benar, kita marah kerana tindakan ini jelas menunjukkan bahawa Singapura telah dengan sengaja menunjuk sikap tidak menghormati hubungan diplomatik antara kerajaan dua negara dengan mengunjungi pusat pentadbiran parti pembangkang Malaysia. 

Kita juga merasa hairan kenapa PAS membenarkan ini berlaku.  Sedangkan umum tahu sejarah antara Singapura VS Malaysia atau Lee Kwan Yew VS Tunku/Tun M/Melayu yang penuh dengan prasangka serta tidak pernah selesa.   Sifat kiasu Singapura yang enggan mengalah, enggan mengaku salah dan tidak boleh bertolak ansur dalam apa jua perkara membuatkan hubungan antara dua negara ini tegang.  Walaupun tegang tetapi tetap tenang kerana sifat pemimpin Malaysia yang cukup sabar dan berhemah dalam menangani karenah kiasu mereka.   

Siapa tidak tahu dendam dan impian Lee Kwan Yew untuk mengCinakan Malaysia sepertimana yang dilakukannya di Singapura.  Lee Kwan Yew juga tidak pernah berselindung tentang pendiriannya yang menganggap Islam itu sebagai penghalang perpaduan dan telah membuat kenyataan menyeru orang Islam agar tidak terlalu berpegang kepada agama agar lebih mudah untuk bercampur dan bermasyarakat. 

Dan siapa tidak tahu hubungan ‘abang-adik’ PAP dengan DAP.  Dikhabarkan juga bahawa Lim Guan Eng memiliki sebuah pejabat di Singapura dan hampir setiap minggu akan ke sana.  Untuk apa? Apa agendanya?  Apakah Pulau Pinang sebuah negeri di bawah jajahan Malaysia atau Singapura?   Semua ini masih lagi menjadi tandatanya dan masih belum terjawab. 

Kini dengan lawatan pihak kerajaan Singapura ke Pusat PAS kita tertanya-tanya lagi tidak cukupkah DAP sebagai adik kandung dan kini PAP ingin mengambil PAS sebagai adik angkat pula? 

Rasa curiga kita terhadap Singapura dan PAS bukanlah tidak berasas.  Kita tahu pilihanraya semakin hampir dan Kedah adalah negeri yang menuju muflis di bawah pimpinan PAS.   Tidak mustahil jika lawatan Singapura itu membawa niat untuk ‘membantu’ adik-angkatnya di Kedah.  Bantuan yang ditawarkan boleh jadi dalam bentuk ‘pelaburan’ melalui ‘kerjasama’. 

Justeru, persoalannya sekarang sejauh manakah kebijaksanaan kepimpinan PAS Kedah untuk membaca yang tersirat, yang tersurat serta mencongak-congak angka, kesan dan akibat jika mereka menerima ‘pelaburan’ dan ‘kerjasama’ dengan Singapura? 

Kebimbangan kita ini juga bukannya tidak berasas kerana kita cukup maklum dengan tahap ‘kebijaksanaan’ pemimpin-pemimpin PAS apatah lagi bila berhadapan dengan orang luar atau bangsa lain.   Pemimpin-pemimpin PAS, termasuk Ustaz Azizan bukannya pernah terdedah dengan persaingan dengan bangsa lain dan tidak punya pengalaman untuk menangani manipulasi, jauh sekali memahami agenda mereka.  

Kerana itu, kita bimbang Kedah akan ditimpa nasib seperti Kelantan di mana tanah-tanah rizab Melayu habis tergadai ke tangan orang akibat ‘kebijaksanaan’ pemimpinnya. 

Ustaz Azizan harus menjawab segala kemusykilan rakyat mengenai lawatan Singapura ke Pusat Pentadbiran PAS Kedah ini.  Jika tidak benar, katakan tidak benar.  Jika benar, katakanlah kenapa.

Rakyat ada hak untuk mendapat penjelasan bagi menghapuskan segala kemusykilan

18 Mei 2012

DUA EKOR DIKTAKTOR DLM PEMBANGKANG


 Parti PKR dan DAP mempunyai banyak persamaan
 kerana itu perkahwinan poligami mereka dengan PAS menyaksikan kemesraan yang lebih antara antara mereka berdua, berbanding dengan PAS.  
Persefahaman antara mereka cukup utuh terutamanya dari segi matlamat iaitu ingin menjadikan negara ini sebagai Negara Republik, berfahaman plural, berpegang kepada prinsip liberal sekali gus menolak Islam sebagai agama rasmi, menghapuskan Raja-raja Melayu serta hak istimewa bumiputera. 
Bagaimanapun, menyedari yang mereka tidak mungkin dapat meraih sokongan ramai jika mempromosi matlamat tersebut secara terang-terangan dan drastik maka cara halus dan perlahan-lahan digunakan untuk merombak fikiran rakyat.  Ini dilakukan dengan berbagai cara menggunakan berbagai wajah seperti BERSIH, Seksuality Merdeka, SUARAM, SUHAKAM dan termasuklah menjemput Irshad Manji, lesbian tersohor dunia untuk mengasak minda muda-mudi kita agar menerima pemikiran ini. 
Seharusnya dengan persefahaman yang sedemikian, PKR dan DAP sudah boleh bergabung sebagai satu parti.   Lagipun, kedua-duanya sama-sama mempromosi diri sebagai parti berbagai kaum.  Tidak lupa juga, kedua-dua mereka merupakan parti pengamal nepotisme dan kronisme yang nyata kerana diterajui oleh keluarga dan sahabat handai pemimpin tertinggi.     
Justeru, jika matlamat, prinsip, pegangan dan hala tujunya sama, kenapakah mereka masih menjadi dua komponen berasingan? 
Jawapannya, kerana pemimpin-pemimpin mereka gila kuasa, ingin bergelar Ketua dan tidak sanggup menjadi orang nombor dua.   Walaupun DAP secara lahirnya menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang dan bakal Perdana Menteri tetapi umum tahu bahawa DAP mempunyai kuasa penuh ke atas Anwar kerana menyimpan segala bukti rahsia gelapnya. 
Anwar pula, lebih rela menjadi boneka kepada DAP asalkan di atas kertas, jawatannya tertera sebagai orang nombor satu.  Baginya, sekurang-kurangnya tanpa bergabung dengan DAP, dapatlah juga beliau mendabik dada sebagai Ketua yang sebenar iaitu kepada  juak-juak dalam partinya yang akan sentiasa setia buta tuli kepadanya.    Jika bergabung dengan DAP, pasti semua juak-juaknya menjadi keliru perintah mana yang perlu diikut, perintah Ketua Boneka atau Ketua yang sebenar?
Masalah yang lebih besar dari sekadar hairaki jawatan ialah sifat Anwar dan juga keluarga Lim itu sendiri iaitu mereka semua mempunyai sifat diktator tegar. 
Anwar adalah seorang Ketua yang tidak demokratik, kerana itu beliau sanggup memanipulasi undi dalam pemilihan parti untuk memastikan hanya ‘orang-orangnya’ yang kekal di jawatan tertinggi.  Walaupun PKR mempunyai Presiden iaitu isteri beliau sendiri, tetapi Presiden PKR hanyalah ilusi, atau bayang yang tidak wujud secara nyata.   Keputusan parti dibuat seratus-peratus oleh Anwar tanpa mengambil kira pendapat dan pandangan orang lain.  Kerana itu, seorang demi seorang rakannya meninggalkannya setelah menyedari bahawa mereka hanyalah alat yang diambil dan ditolak ke tepi mengikut keadaan semasa dan mengikut nafsunya.  
  
Sifat diktator Lim Guan Eng pula sudah menjadi pengetahuan umum.  Beberapa kali sifat tersebut mengheret beliau ke dalam konflik, krisis dan keadaan memalukan.   Kes sPICE misalnya, telah membuka luas karektor kuku-besinya yang keterlaluan.  
Namun, seperti juga Anwar, Guan Eng terlalu angkuh untuk mengakui dan memperbaiki kesilapan.   Mereka sering mempersetankan segala kritikan dan membawa keangkuhan mereka ke tahap lebih tinggi setiap kali dikritik, sehingga akhirnya menyerlahkan sifat zalim. 
Kerana itu Guan Eng tega meranapkan kampung-kampung dan perniagaan Melayu dan India yang baginya tidak menyokongnya.  Tetapi para peniaga Cina yang dianggap penyokongnya dibela dan perniagaan mereka tidak diganggu walaupun berniaga di kawasan yang dilarang serta menghalang lalu-lintas. 
Semua ini didedahkan oleh Tunku Aziz, serentak dengan pengumuman beliau untuk keluar dari DAP.   Bagi Tunku Aziz, Guan Eng adalah dari jenis yang berlainan dari bapanya yang tidak berpegang kepada integriti dan membuat sesuatu dengan hanya mengikut emosi dan ego sendiri.  
Mungkin Tunku Aziz sudah terlalu lama berkawan dengan Kit Siang atau mungkin juga beliau terlalu lurus dan mudah percaya sehingga gagal melihat bahawa Kit Siang adalah borek, dan Guan Eng adalah rintik.   Siapa lagi yang mengajar Guan Eng, jika bukan Kit Siang agar tidak perlu menghormati sesiapa?  Keluarga Lim ini hidup dengan beraja di mata, bersultan dihati.  Orang lain adalah hamba, dan bangsa lain adalah anjing yang boleh disenyapkan, disepak-terajang atau dibunuh jika perlu. 
Justeru, dengan dua orang diktator berada dalam satu pakatan, bagaimana kita mengharapkan yang mereka dapat bekerjasama dengan baik jika menjadi pemerintah?   Pemerintahan dua orang diktator pastinya menjanjikan kezaliman dan penindasan dua kali ganda juga.  
Seperti yang kita lihat hari ini, keangkuhan mereka membuatkan mereka sering berbuat silap dan merugikan diri serta parti. 
Maka, jika dua diktator ini menjadi pemerintah sekali gus, pasti kesilapan yang dilakukan mereka juga akan berganda sehingga akhirnya akan menyebabkan negara kerugian dengan berlipat kali ganda juga