29 Apr 2012

PENDEMO BERSIH 3 PONDAN


Peserta BERSIH Pondan, Gas Pemedih Mata Pun Takut!
Malang bagi Anwar Ibrahim, Ambiga dan pemimpin-pemimpin BERSIH yang lain kerana lembu demo belaan mereka adalah pondan-pondan belaka.  
Seperti yang kita tahu, matlamat utama BERSIH bukanlah menuntut pilihanraya bersih tetapi tidak mahukan pilihanraya dan ingin menjatuhkan kerajaan melalui jalanraya.  Ini terbukti melalui laungan 'Jatuhkan BN', 'Mampus PM', 'Tumbangkan Kerajaan' yang kedengaran sekarang ini di dalam perhimpunan.   Ucapan-ucapan pemimpin mereka juga sering menjadikan Dataran Tahrir Mesir sebagai rujukan, ilham dan contoh teladan. 
Untuk itu, Anwar dan Ambiga mengharapkan sesuatu yang jauh lebih ganas dari sekadar tawaf keliling Dataran Merdeka.  Mereka membayangkan bangunan terbakar dan lebih baik lagi jika jalanraya Kuala Lumpur bermandi darah dengan mayat bergelimpangan.   Mereka juga inginkan kecurian dan rompakan berleluasa sehingga pihak berkuasa hilang kawalan. 
Namun, ini tidak berlaku.  Lembu-lembu mereka semuanya sama spesis dengan Azmin Ali dan Anwar Ibrahim iaitu keliru jantina dan dayus belaka.   Jangankan merempuh kawat duri di Dataran Merdeka, berpanas pun sudah ramai yang tidak tahan terutama kaum Cina, akibatnya ramai yang balik lebih awal. 
Akhirnya tinggallah beberapa kerat yang benar-benar benak sahaja yang merayau-rayau sekitar Kuala Lumpur tanpa arah tujuan.    Sekali tengok meluat, dua kali tengok kesian, tiga kali tengok sedih memikirkan anak bangsa kita. 
Apalah agaknya yang difikirkan oleh para peserta BERSIH 3.0 ketika berlari-lari, terkinja-kinja mencabar polis di jalanan hari ini.  Jika pemimpin mereka hanya memikirkan Putrajaya, mereka pula fikir mereka hendak ke mana? 
Untuk merasai pengalaman hidup dalam negara yang hancur?   Tahukah mereka jika kerajaan benar-benar berjaya digulingkan hari ini maka ekonomi akan merudum dalam sekelip mata.  Tiada pelabur yang akan melabur di negara yang tidak stabil, tiada pelancong yang berani melancong ke negara yang tidak aman, maka kadar pengangguran akan meningkat mendadak dan menurunkan dayabeli rakyat sehingga menjejaskan peniaga dan juga bank-bank.  Rizab negara akan terjejas sehingga memaksa subsidi ditarik balik lalu harga makanan termasuk susu bayi dan barangan lain akan meningkat secara drastik.  Rakyat menjadi resah, marah yang mana akan menyebabkan pemberontakan berterusan lalu menyukarkan lagi usaha untuk memulihkan keadaan.  
Dalam sejarah penggulingan kuasa melalui demonstrasi jalanan, seperti di Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain, tahukah kita bahawa tidak ada satu pun dari negara tersebut yang dapat bangun dan menjadi lebih baik dari sebelumnya.   Kesemuanya musnah, dan kehidupan rakyatnya adalah jauh lebih susah dan menderita dari yang pernah dialami mereka di bawah kerajaan terdahulu. 
Inikah yang peserta BERSIH mahukan apabila melaungkan slogan untuk menggulingkan kerajaan?
Tahukah mereka betapa bodohnya mereka jika menginginkan sedemikian?    Tapi logik menyatakan bahawa jika mereka tidak bodoh, tidak mungkin mereka akan turun berdemonstrasi, membahayakan diri dan bergadai nyawa hari ini. 
Arahan telah dikeluarkan bahawa Dataran Merdeka adalah Haram dijejak oleh BERSIH, tetapi mereka diberikan pilihan untuk duduk di Stadium Merdeka.   Namun, seperti biasa, mereka membantah. 
Mereka tidak mahu duduk, dan tak mahu Stadium Merdeka, mereka mahu berarak dan mahukan Dataran Merdeka juga.   Kerana apa?  Kerana Anwar dan Ambiga mahu mencetuskan keganasan dan mereka adalah umpan untuk dijadikan korban. 

SIAPA TAJA BERSHID?????????


Satu lagi perhimpunan di Kuala Lumpur yang dipanggil BERSIH 3.0.  Sebenarnya, sejak Anwar Ibrahim dipecat, rakyat Malaysia sudah lali dengan perhimpunan demi perhimpunan yang menuntut entah apa-apa.  
Himpunan ini selalunya didalangi oleh pihak Anwar sendiri dan kadangkalanya oleh pihak minoriti yang sengaja menangguk di air keruh.   Bagi mengabui mata ramai konon mereka mewakili sebahagian besar rakyat, mereka menggelarkan diri mereka dengan berbagai-bagai nama yang hampir semuanya merupakan NGO haram, iaitu tidak berdaftar.  
Tidak perlu rasanya untuk kita cuba merasionalkan tuntutan BERSIH kerana penulis yakin hampir semua rakyat Malaysia sedia maklum bahawa BERSIH bukannya memperjuangkan pilihanraya bersih.  Yang mungkin tidak tahu apa-apa, hanyalah segelintir penyokong mereka yang sempit dan cetek pengetahuannya dalam soal politik negara dan juga politik dunia.   Bagi golongan ini, walau apapun jawapan dan penjelasan yang diberikan, tidak akan sampai ke otak mereka kerana mereka tidak pernah ingin mencarinya. 
Hakikatnya, matlamat BERSIH hanyalah satu iaitu membuat huru-hara dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.   Ini semua orang tahu.  Tetapi mungkin tak semua tahu tentang dari mana datangnya dana untuk menggerakkan satu demonstrasi besar s,eperti BERSIH.
Bersih 2.0 menyaksikan sebanyak 120,000 TShirt di edar dan khabarnya Bersih 3.0 juga sama akan mencetak dalam jumlah yang sama.  Dari mana datangnya modal untuk mencetak T.Shirt sebegitu banyak?  Dan dari mana datangnya modal untuk menampung kos logistik, telekomunikasi dan kebajikan para pemimpin atasan, bawahan dan peserta?  Semua ini memakan jumlah jutaan ringgit.  Itu belum termasuk program-program pra-BERSIH seperti mesyuarat, perjumpaan, kos penginapan, pengangkutan, perhubungan, alatulis, banner, poster, bayaran kepada penulis, pemikir, kumpulan propaganda dan lain-lain. 
Justeru, dari mana datangnya dana ini?
Pada 27 Jun 2011, Ambiga Sreevanasan, iaitu pengerusi BERSIH 2.0 telah membuat kenyataan berikut kepada media, "BERSIH ada menerima sejumlah kecil sumbangan daripada dua organisasi Amerika Syarikat iaitu National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI) bagi projek-projek lain, yang tiada kaitan dengan Himpunan Bersih 2.0 bulan depan."
Pokoknya di sini, bukanlah kecil atau besar sumbangan tersebut tetapi dari siapa dan kenapa?  Tentang untuk apa ia digunakan, Ambiga boleh kelentong apa saja kerana beliau pastinya baru tersedar yang perkara yang didedahkannya itu akan menjerat dirinya.  Justeru, eloklah kita kaji sendiri apakah 'projek-projek' lain yang disebut Ambiga? 
Untuk tujuan ini, kita harus terlebih dahulu mendalami siapa NDI yang memberi sumbangan 'kecil' kepada BERSIH? 
NDI adalah salah satu dari empat komponen NED atau National Endowmen for Democracy.  Di dalam laman web NDI sendiri, iaitu www.ndi.org juga ada melaporkan bahawa program NDI di Malaysia adalah ditaja oleh NED.

Siapa atau apakah NED? 
NED (National Endowment for Democracy), adalah salah sebuah yayasan dana demokrasi, topeng CIA yang didalangi neocon di Amerika Syarikat (AS). NED diasas oleh Ronald Reagan pada tahun 1983.  Pengerusinya, Carl Gershman adalah seorang ahli neo-konservatif.  Untuk pengetahuan, Rahimi Othman, bekas setiausaha Anwar pernah mendedahkan surat Anwar kepada Gershman yang bertujuan meminta dana juga. 
Seorang wartawan barat, William Blum dalam tulisan bertajuk "NED and Project Democracy" mendedahkan NED telah campur tangan di dalam hubungan di negara- negara luar dengan memberikan dana, kemahiran teknikal, latihan, bahan-bahan pelajaran, komputer, mesin faks, mesin fotokopi, dan kereta kepada kumpulan politik yang terpilih, organisasi masyarakat, kesatuan, puak penentang, kumpulan pelajar, penerbit dan akhbar, dan sebagainya atas tujuan menggulingkan kerajaan yang sah bagi membolehkan pemimpin yang pro-Amerika/neocon berkuasa. 
Sebelum ini NED telah melakukan perubahan kerajaan di Panama, Nicaragua, Haiti dan kini diteruskan lagi di Timur Tengah dan Thailand.
NDI mengaku telah mengadakan beberapa program di Malaysia bagi menghadapi pilihanraya 2008.  Program tersebut melibatkan Research for Social Advancement (REFSA), BERSIH Amnesty International Malaysia (AIM), All Women's Action Society (AWAM), Centre for Independent Journalism (CIJ), Komuniti Masyarakat (KOMAS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Women's Aid Organisation (WAO), Writer's Alliance for Media Independence (WAMI), Bar Council dan beberapa yang lain.
Jika dibuat sedikit kajian anda akan mendapati bahawa hampir semuanya yang disebut diatas menerima dana dari NED dan juga OSI (Open Society Insitute) yang dimiliki oleh George Soros. 
Maka, kita berbalik kepada soalan tentang kenapa mereka ini memberi dana kepada BERSIH? 
Tidak lain tidak bukan ialah untuk  menumbangkan kerajaan Islam yang sah di Malaysia untuk digantikan dengan kerajaan yang lebih liberal, plural dan patuh kepada kumpulan neo-konservatif. 
Inilah sedikit sebanyak tentang siapa penaja BERSIH. 
Jika masih lagi ada yang bersikap skeptical dan bertanya kenapa NED atau NDI perlu 'mengganggu' Malaysia, jawapan penulis ialah rujuklah kepada Al-Quran tentang bagaimana orang-orang Yahudi itu tidak akan duduk diam selagi mereka tidak dapat mengalahkan Islam.

APA SELPS DEMO BABISHIT3.0


Manusia belajar dari kesilapan.  Malangnya memperbaiki kesilapan tidak selalunya mudah dan adakalanya ia tidak dapat diperbaiki lagi.  Kesilapan pula sering dibayangi dosa dan adakalanya dosa tersebut mungkin dapat diampunkan dan mungkin juga tidak.  Di kala itu, yang tinggal hanyalah penyesalan.  Maka hiduplah kita dalam keadaan tidak keruan akibat kesilapan yang dibuat. 
Mungkin ada yang melihat bahawa soal kesilapan memilih kerajaan sebagai soal remeh kerana ia boleh diperbetulkan dalam masa 5 tahun lagi. 
Atau mungkin juga kita tidak sedar yang kita telah berbuat silap malah begitu yakin yang kita benar dan cukup arif membuat pilihan.  Kerana itu, banyak negara-negara di dunia mengalami kehancuran akibat kesilapan rakyat memilih kerajaan.  
Untuk pengetahuan semua, soal memilih kerajaan sebenarnya bukan seratus peratus terpulang kepada rakyat negara tersebut.  Ini kerana mengikut pendedahan bekas pegawai CIA, Phil Agee, CIA telah lama terlibat dalam menggulingkan kerajaan yang sah di seluruh dunia untuk digantikan dengan pemimpin boneka pilihan Amerika.  Ini telah dilakukan sejak berdekad-dekad dahulu.   Dalam bukunya, beliau menyebut antara negara yang beliau sendiri terlibat dalam menggerakkan pemberontakan dan penggulingan kuasa ialah Chile, Brazil, Albania, Filipina, Panama dan banyak lagi. 
Kita faham bahawa apa yang berlaku di Mesir, Tunisia, Iraq, Libya dan beberapa lagi negara akhir-akhir ini adalah juga kerja CIA.   Dan inilah yang kita cuba fahamkan kepada rakyat Malaysia iaitu tentang betapa membuat keputusan yang bijak dalam pilihanraya adalah penting, kerana ia bukan sahaja melibatkan soal pembangunan dan polisi dalam negara tetapi juga kedaulatan, kemerdekaan malah kehidupan seharian kita. 
Penulis enggan menyentuh lebih jauh tentang Modus Operandi CIA kerana ia boleh dibaca sendiri dalam buku Phil Agee, Inside the Company: CIA Diary.  Apa yang penting untuk kita renungkan ialah apakah yang berlaku selepas sesuatu pemberontakan, huru-hara atau selepas kerajaan yang sah digulingkan bukan melalui pilihanraya?
Kita ambil contoh apa yang terjadi di Mesir selepas protes besar-besaran pada 25 Januari 2011 yang 'berjangkit' dari Tunisia.  Protes bertukar menjadi rusuhan dalam sekelip mata dan kemudiannya, keganasan.  Seperti yang kita sedia maklum, ketika Mesir sedang kecoh, Amerika Syarikat pantas menghulurkan sokongan dan bantuan kepada pihak pemberontak sehingga akhirnya Presiden Hosni Mubarak melepaskan jawatannya, sekali gus, membuktikan pendedahan Phil Agee. 
Semua ini berlaku selama 18 hari sebelum membawa kepada kehancuran Mesir yang belum tentu pengakhirannya.  
Apakah kemenangan pihak pemberontak membawa kepada Mesir yang lebih baik?  TIDAK!!!
Hari ini, Mesir terpaksa menapak membangunkan kembali negara mereka dari bawah.  Kini, rakyat yang bersungguh-sungguh ingin menggulingkan kerajaan mula tertanya-tanya apakah mereka telah berbuat kesilapan? 
Pemberontakan membawa kepada lumpuhnya ekonomi dan pentadbiran di Mesir menyebabkan rakyat termasuk pemberontak terpaksa berhadapan dengan keadaan di mana kemudahan asas juga sukar untuk didapati.  Bangunan-bangunan yang menempatkan pejabat, kedai dan pusat perkhidmatan runtuh, terbakar dan musnah.  Ramai yang kehilangan kerja dan makanan juga sukar didapati.  Pemberontak dan rakyat yang lapar mula menceroboh dan mencuri bagi menyambung kehidupan. 
Keadaan ini berlanjutan sehingga beberapa lama.   
Pada 25 Januari 2012 yang lalu iaitu ulangtahun pemberontakan menyaksikan keresahan rakyat yang memuncak akibat pergolakan politik, pemerintahan tentera serta kebangkitan parti-parti Islam.   Walaupun telah setahun berlalu, kehidupan rakyat termasuk para pemberontak belum pulih seperti sediakala malah lebih teruk dari sebelumnya. 
Dengan lumpuhnya prasarana dan struktur sosial, Mesir mengalami krisis ekonomi yang amat buruk.  Pemerintahan tentera dan kebangkitan parti-parti Islam kini meletakkan negara dalam keadaan sukar yang menjurus kepada penurunan nilai matawang dan hutang negara meningkat.  Kerajaan Mesir kini terpaksa membelanjakan sehingga USD2 billion sebulan bagi mengimbangi kejatuhan nilai tersebut sedangkan rizab matawang asing pula hanya tinggal USD10 billion daripada USD36 billion sebelum penggulingan kerajaan.   Pelaburan asing juga terhenti terus dan jumlah pelancong menurun secara drastik. 
Akibatnya, subsidi terpaksa ditarik balik dan harga makanan dan kemudahan asas di Mesir menjulang tinggi sehingga dua kali ganda. Penarikan subsidi juga pastinya menjejaskan harga minyak sekali gus semua harga barangan lain. 
Sikap rakyat Mesir terhadap subsidi sebelum ini adalah tidak jauh dari sikap rakyat Malaysia iaitu merasakan bahawa itu adalah kewajiban kerajaan atau menjadi hak mereka sejak lahir, tanpa mengambil kira keadaan ekonomi negara dan dunia.  Penarikan subsidi ini tentunya menambahkan kemarahan rakyat, cuma kini mereka mungkin tidak tahu lagi kepada siapa kemarahan tersebut harus ditujukan. 
Perkembangan terbaru,, kerajaan telah menjual saham di beberapa bank dengan harga yang rendah dari nilai sepatutnya.  Hari ini, rakyat Mesir tidak berani menyimpan wang mereka di dalam bank kerana bimbang apa yang akan berlaku di masa depan. 
Keadaan menjadi lebih teruk dengan kadar pengangguran kini berada di tahap 12 – 24 peratus berdasarkan angka rasmi dan tidak rasmi.  Sedangkan sebelum ini, kadar pengangguran berada di tahap 9 – 12 peratus yang mana menjadi faktor utama pemberontakan bermula.  Ini adalah tanda jelas bahawa keadaan adalah jauh lebih teruk dari sebelumnya.
Kemelut pemilihan Presiden juga tidak membantu Mesir sebaliknya menambahkan kemarahan, keresahan dan kesusahan rakyat.  Justeru, bagi melepaskan kemarahan, pemberontakan berterusan setiap minggu walaupun pemberontak telah berjaya menggulingkan kerajaan sebelumnya. 
Pada 20 April lepas, beribu-ribu rakyat berhimpun lagi kerana mencurigai peralihan kuasa yang bakal berlaku bulan depan. 
Jika dulu pemberontak memberontak terhadap pemerintah kerana merasakan hidup mereka susah, tetapi hari ini hidup mereka jauh lebih susah.  Jika dulu rakyat secara puratanya membelanjakan USD300 untuk sebuah majlis perkahwinan, tetapi kini mereka hanya mampu membelanjakan sekitar USD100.  Jika dulu, pihak pengantin lelaki menghadiahkan emas tetapi kini tidak lagi.  Kini mereka terpaksa berlapar dan berebut untuk makan.  Mereka terpaksa menerima hakikat bahawa minyak adalah satu bentuk kemewahan. 
Semua ini adalah kesan langsung dari pemberontakan dan penggulingan kerajaan secara demonstrasi ganas yang dibakar oleh semangat kebencian dan sifat tidak tahu bersyukur.   Maka benarlah bahawa sesuatu perjuangan yang digerakkan oleh rasa benci dan marah adalah perjuangan yang diilhamkan oleh iblis. 
Semoga rakyat Malaysia tidak terpengaruh dengan bisikan iblis dan belajar menghargai segala nikmat keamanan, keselesaan dan kesenangan yang dimiliki hari ini.  Sebelum kita memBERSIHkan segala apa yang lain, eloklah kita BERSIHkan dulu hati nurani dan fikiran sendiri. 

27 Apr 2012

BERSIH YG CELAKA BURUKKAN MALAYSIA



Persiapan hebat sedang dilakukan oleh pihak pembangkang untuk mengganas dan menghuru-harakan negara dalam ‘Demonstrasi Duduk Bantah’ BERSIH 3.0 atau lebih tepat dipanggil ‘Demonstrasi Berarak Ganas’ kerana mereka dikhabarkan akan berarak, berlari, mengganas dan mencabar pihak berkuasa dari beberapa penjuru KL sebelum duduk. 
Antara persiapan penting puak-puak pengkhianat dan balaci CIA ini ialah memberi taklimat awal kepada wartawan-wartawan asing agar bersedia mengambil gambar mereka dalam keadaan paling teruk untuk menggambarkan penganiayaan polis terhadap mereka.   Ini penting bagi mereka kerana dalam setiap demonstrasi yang dilakukan oleh pihak mereka sama ada atas nama BERSIH, PTPTN, 901, Reformasi, Himpunan Hijau atau apa saja sukar sekali mendapat gambar sehebat demonstrasi-demonstrasi di negara lain di mana polis betul-betul membantai dan membelasah para peserta.  Ini kerana di Malaysia, polis tidak akan berkeras selagi tidak dalam keadaan terpaksa atau terdesak. 
Bersih 2.0 telah membuktikan bagaimana pendemonstrasi dilayan dengan lembut di mana mereka yang ditangkap diberi makan dan ‘tempat berehat’ yang selesa siap dengan kemudahan untuk bersolat. 
Malah, kerana tiada keganasan polislah maka salah seorang peserta demonstrasi BERSIH 2.0 terpaksa berlakon mati dengan kamera sedia merakam lalu disebarkan di internet sebagai usaha memburukkan kerajaan.
Khabarnya, kali ini, pemimpin-pemimpin BERSIH 3.0 akan memastikan keadaan menjadi benar-benar genting.  Malah mereka bersedia mengorbankan peserta iaitu penyokong mereka sendiri dalam demonstrasi ini demi mencapai matlamat untuk menghuru-harakan negara kerana pilihanraya semakin hampir.   Mereka mengharapkan momentum kemarahan rakyat akan terus meningkat selepas itu sehingga pilihanraya menjadi benar-benar panas. 
Antara perancangan mereka ialah menyamar sebagai polis untuk membelasah peserta yang sudah tentunya tidak diberitahu tentang perancangan sebenarnya.   Siapa yang bakal dikorbankan atau terkorban tidaklah diketahui. 
Yang pastinya, mereka akan memastikan sudut terbaik bagi para wartawan asing untuk merakamkan setiap adegan ganas tersebut lalu menyebarkannya kepada dunia.  Apabila ini berlaku, dunia akan mengutuk Malaysia dan membuka ruang bagi barat untuk masuk campur dalam urusan negara atas nama hak asasi manusia. 
Ini adalah taktik biasa CIA di bawah pertubuhan NED yang menjadi dalang menjatuhkan kerajaan yang sah di seluruh dunia.   Buku ‘Inside the Company: CIA Diary’ yang ditulis oleh bekas pegawai CIA Phil Agee menghuraikan modus operandi CIA dalam usaha meletakkan pemimpin boneka di negara-negara di mana Amerika ingin menguasai.   Cara mereka tidak pernah berubah iaitu mewujudkan organisasi-organisasi untuk kononnya memantau pilihanraya negara-negara tersebut di mana di masa yang sama membangkitkan kecurigaan rakyat terhadap sistem pilihanraya dan kerajaan. 
Seterusnya, mereka juga meletakkan ‘warna-warna’ tertentu seperti  merah di Thailand, dan kuning di Mlayasia sebagai melambangkan sokongan atau tentangan terhadap kerajaan bagi mewujudkan ‘volume’. Ke semua usaha ini kemudiannya diarahkan kepada satu tujuan semata-mata iaitu demonstrasi jalanan yang membawa kepada huru-hara dan keganasan sehingga akhirnya kerajaan digulingkan. 
Phil Agee mengakui mereka melakukan yang sama di Filipina melalui satu badan yang dipanggil National Association for Free Election (NAMFREL) (menyerupai BERSIH) dengan menggunapakai slogan kuasa rakyat (menyerupai Pakatan Rakyat).  Mereka juga membuat banyak percubaan untuk mengambil alih Panama melalui Civic Crusade tetapi tidak begitu berjaya.  Namun mereka berjaya di semua negara lain antaranya, Bulgaria yang mana juga menggunakan para pelajar universiti agar turun ke jalanan berdemonstrasi, dan Albania, Chile, Brazil serta banyak lagi.
Kita juga tahu bahawa mereka juga berada di belakang kejatuhan Mesir, Libya, Iraq, Tunisia dan lain-lain. 
Kesemua ini tidak mungkin dapat dilakukan tanpa bantuan media.  Dan tidak hairanlah BERSIH di Malaysia ini juga berusaha memastikan media asing memainkan peranan yang sama untuk membantu  memusnahkan negara ini. 
Kini terpulanglah kepada rakyat untuk menilai maklumat yang terbentang di hadapan mata.   Rakyat boleh membantu kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan negara dengan menjauhkan diri dari BERSIH.  Kuasa rakyat itu benar, kerana itu gunakanlah kuasa minda kita untuk memilih yang terbaik untuk diri, bangsa, agama dan negara.  Jangan sekali-kali terpengaruh dengan mainan politik musuh-musuh Islam. 

26 Apr 2012

ANWAR & 9 NYAWA KUCING HANTUI BERSIH 3.0

,

Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 sabtu nanti, tidak salah rasanya untuk kita semua mengimbas semula beberapa peristiwa lama mungkin ada antaranya sesuai untuk dijadikan teladan dan sempadan.
Bak kata orang tua dulu-dulu, sejarah itu guru yang baik sebagai panduan, tidaklah nanti orang kata kita buta sejarah sebagaimana Mat Sabu yang gagal pemahaman sejarah hingga komunis yang anti ketuhanan pun diagung-agungkan.
Rencana sembilan nyawa kucing yang dipetik dari blog xpressminda ini ringkasnya berkisar pada kebolehan semulajadi seorang pemimpin politik pembangkang bernama Anwar Ibrahim yang memiliki pelbagai karekter yang berubah-ubah mengikut masa dan kepentingan - bermatlamat menarik perhatian & simpati khalayak.
Mungkinkah dalam demonstrasi Bersih 3.0 kelak, Anwar selaku pembawa watak politikus hipokrasi & haprak terulung abad ini akan memanfaatkan stok nyawanya kucingnya yang terakhir demi mencari klimaks & kepuasan politik kendiri atau nyawa kucing itu hanya benar-benar tamat dalam PRU 13 kelak, sama-sama kita lihat nanti.

Nyawa Ke-8 Anwar Terancam…
Tahukah anda Anwar Ibrahim memiliki 9 nyawa sama seperti kucing? Betul ke? Realiti atau hikayat moden? Korang semua tentu tahu mitos yg mengatakan kucing memiliki 9 nyawa entah betul atau tidak tak tahulah, yg pastinya kisah 9 nyawa kucing tu agak popular.
Barangkali kerana ingin meniru mitos kucing tersebut atau mungkin jugak terangsang dgn kehebatan 9 nyawa yg dimiliki oleh spesis kucing kurap maka Anwar memanfaatkan sepenuhnya mitos itu utk meraih simpati khalayak.
Tahukah anda keadaan terkini menunjukkan Anwar sedang bertarung utk menyelamatkan nyawanya yg ke-8 selepas kehilangan nyawanya dalam 7 kejadian lampau sebelum ini.
Ikuti urutan hikayat berikut utk mengenali kehebatan Anwar yg di percayai memiliki 9 nyawa sama seperti mitos seekor kucing kurap.
1. Propaganda Tumbukan Ketua polis
- Anwar telah di tumbuk hingga mencederakan sebelah matanya oleh Ketua Polis ketika itu (Rahim Noor). Berikutan itu disebarkan cerita wujudnya konspirasi nyawa Anwar terancam dan akan di bunuh oleh pihak polis.
- Kerana mulut badan binasa, kerana pulut santan binasa. Nyata tindakan provokatif Anwar yg memanggil pihak polis dan Rahim sendiri sebagai barua dan juga anjing kerajaan telah dilupakan begitu saja gara-gara simpati mencurah-curah kalangan khalayak kepada Anwar. Dengan hanya sekali tumbukan padu ini boleh di anggap ianya kehilangan nyawa yg pertama bagi Anwar Ibrahim.

- Hasil mata lebam tersebut akhirnya sebagai pengabadian kehilangan nyawa yg pertama maka simbol perjuangan Anwar diterjemahkan melalui  Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR) yg berlogokan sebijik mata sama seperti mata dajjal. Innalillah.

2. Drama Keracunan Arsenik
- Tidak semena-mena selang kejadian tumbukan padu oleh bekas KPN ketika itu, timbul pula dakwaan oleh Wan Azizah bahawa suami tersayangnya itu telah di racun dgn racun arsenik melalui pemakanan oleh polis dan orang2 Dr. Mahathir.

- Wan Azizah, para pemimpin ADIL (skang PKR) ketika itu termasuklah peguam kanan Anwar yakni Zulkifli Noordin (skang ahli parlimen bebas) telah menyebarkan berita nyawa Anwar dalam bahaya. Kuku jari dan kaki menjadi hitam, Anwar sudah kronik dan nazak.

- Walaupun siasatan oleh HKL menunjukkan tiada keracunan arsenik dalam air kencing dan darah Anwar, namun keputusan lengkap HKL itu tidak mampu menghalang pemergian ke rahmatullah nyawa ke-2 nya itu.
- Jangka hayat Anwar diramalkan oleh para pimpinan PKR dan Pas hanya mampu bertahan 1 tahun kerana keracunan arsenik yang teruk,.. Dek kerana singkatnya masa, maka nyawa ke-2 Anwar tidak mampu menanggung lagi lalu pergi menghadap Illahi.

- Anwar yg masih hidup selepas setahun di racun dgn arsenik adalah Anwar yg memanfaatkan stok nyawa ke-3. Hebat gitu.
3. Sandiwara Suntikan Darah HIV
- Selang selepas drama paling hot berkaitan keracunan arsenik, kemudiannya timbul pulak dakwaan Wan azizah suaminya telah disuntik dgn darah HIV positif. Nyawa ke-3 Anwar benar-benar dalam bahaya. Kebiasaannya orang yg menghidap HIV+ selang 2, 3 tahun kemudiannya akan menghidap AIDS kemudian meninggal dunia selepas 2 atau 3 tahun selepas itu dgn badan yg kurus kering dan berkudis-kudis.

- Tiada ubat atau penawar hingga kini utk pesakit HIV+ mahupun AIDS, kerana itu hanya ucapan Innalillah sahaja yg mampu diungkapkan utk nyawa ke-3 tersebut. takziah utk keluarganya. huk..huk..
- Tanpa sebarang penawar atau ubat utk HIV+ dan juga AIDS tidak menghalang Anwar utk menggunakan talian hayatnya yg ke-4.
- Hasil keupayaan memiliki 9 nyawa telah membantu Anwar meneruskan kehidupan hingga kini (2011) tanpa sebarang masalah kudis mahupun mati kekeringan melainkan perutnya terus maju ke depan.
4. Lelucon Patah Tengkuk
- Sepanjang perbicaraan dan hingga mendiami istana Sungai Buloh yg dilengkapi dgn pengawal keselamatan di setiap penjuru, ketika ini Anwar dan para pemimpin tertinggi PKR dan Pas telah mengwar-warkan kehidupan Anwar masih terancam kerana lehernya di dapati patah dan ada urat yg terkehel.

- Sepanjang perbicaraan meliwat dan juga tuduhan salah guna kuasa, Anwar sentiasa memakai penyokong leher utk memperbetulkan kembali lehernya yg patah dan uratnya yg terkehel.
- Secara umumnya dgn keadaan leher yg patah itu sebenarnya nyawa ke-4 Anwar sudahpun pergi meninggal jasad, Innalillah… Akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menggunakan nyawa baru yakni nyawa kucing yg ke-5 utk meneruskan kehidupan duniawi.

- Hasil penggunaan nyawa ke-5, Anwar bebas menanggalkan penyokong lehernya itu bila-bila masa di dalam penjara terutama sekali selepas pulang daripada perbicaraan mahkamah.
5. Filem Box Office Lumpuh  Sakit Belakang
- Sewaktu hayat nyawa ke-5, Anwar mendakwa tulang belakangnya telah bengkok dan terkehel hingga mengakibatkan lumpuh tidak mampu berjalan.
- Dalam waktu-waktu membawa rayuan ke mahkamah dan juga sewaktu menghadiri perbicaraan merayu kesnya itu, Anwar kerap datang ke Mahkamah sambil melambai  tangan pada penyokongnya dgn menaiki kerusi roda yg di sorong oleh pembantu ataupun isterinya.

- Bertebaran berita yg mendakwa kerajaan sengaja mendera Anwar dan keengganan kerajaan membenarkan Anwar mendapat rawatan di luar negara telah menyemarakkan emarahan khalayak yg menyokong bung Anwar.
- Kisah Anwar yg terpaksa hidup dalam kelumpuhan ketika hayat nyawa ke-5 di palu di gendang tiap masa walaupun di masa yg sama kerajaan telah menawarkan rawatan pakar tempatan di HKL utk menentukan sejauh mana patah terkehelnya tulang belakang Anwar itu.

- Nyawa anwar yg ke-5 pergi meninggalkan jasadnya itu selepas kerajaan muktamad tidak mahu mengikut kehendak Anwar, maka keperitan hidup dalam kelumpuhan tidak dapat membendung nyawa ke-5 utk kekal di jasad Anwar. Innalillah.

- Berkat keajaiban memiliki nyawa kucing, sewaktu berada di KLIA Anwar telahpun menggunakan nyawa ke-6 kerana itu sebelum berlepas ke Jerman utk pembedahan tiada lagi kerusi roda sebaliknya Anwar bebas bangun duduk dan berjalan utk bersalaman dgn penyokongnya yg menunggu di lapangan terbang.

- Anwar kembali ke arena politik dgn nyawa ke-6 yg bertenaga luarbiasa selepas pembedahan tulang belakang yg paling berjaya dalam sejarah dunia tercipta di Jerman. Hanya dalam tempoh 2 jam sahaja Anwar sudah tidak lumpuh malah sudah mampu berjalan berlari tanpa sebarang kesan sakit.

- Keajaiban proses pembedahan di Jerman ini pastinya di cemburui banyak negara lain kerana tidak pernah ada pesakit kronik tulang belakang mampu berjalan berlari hanya selepas 2 jam pembedahan. Rata-rata pesakit yg berjaya di bedah di serata dunia memerlukan 3 – 6 bulan utk pulih dan berjalan berlari seperti biasa. Inilah kehebatan Anwar, anugerah tuhan yg complicated dan tidak mungkin dimiliki oleh insan lain.

6. Hikayat Ancaman Bunuh
- Tidak semena-mena hujan tidak ributpun tidak, nyawa ke-6 Anwar pula dikesan dalam bahaya. Wujud ancaman bunuh yg mengncam nyawa ke-6 Anwar ibrahim yg secara halusinasi yg tak terlihat oleh mata kasar mahupun mata hati manusia biasa seperti kita.

- Tika itu Anwar  sedang asyik meeting bersama pimpinan PKR serta Wan Azizah, tiba-tiba bagaikan beruk terkejut, mesyuarat tiba-tiba dihentikan oleh Anwar hanya selepas menerima satu panggilan telefon yg rupanya membawa berita Saiful Bukhari telah pergi membuat laporan polis berkaitan satu kes liwat.

- Demi menyelamatkan nyawanya yg ke-6 maka Anwar sanggup mengharung kegelapan malam daripada quality Hotel di Shah Alam utk mencari perlindungan di Kedutaan Turki yg terletak di KL.
- Namun takdir menentukan Kedutaan Turki tidak mampu membantu Anwar selama-lamanya, natijahnya upacara sembahayang ghaib utk nywa ke-6 dilakukan sambil itu Anwar terpaksa meneruskan kehidupan menggunakan stok nyawa ke-7 tapi masih lagi guna jasad yg sama.

7. Failure Movie Sabotaj Kereta Azizah
- Kegawatan kes liwat Anwar dan Saiful kemudiannya makin menjadi-jadi dgn pelbagai penangguhan proses mahkamah daripada kes sakit demam peguam hinggalah cubaan memecat pendakwa dan hakim memperlihatkan keazaman tinggi nyawa ke-7 Anwar utk terus menghayati keindahan alam ini.

- Kehebatan inspirasi yg dimiliki oleh nyawa ke-7 Anwar ini nyata memberi semangat kuat utk para penjenayah utk cuba menggunakan method yg sama yakni menangguhkan sebanyak yg boleh kes perbicaraan di mahkamah termasuklah cuba memecat hakim dan pendakwa mengikut kemahuan sendiri demi keadilan diri sendiri.

- Namun disebalik pelbagai cubaan tangguh menangguh itu, tiba-tiba tampil Datuk Trio yg menghebahkan satu kegiatan projek Anwar dgn Chinadoll berumur 26 tahun di sebuah apartmen sederhana mewah.
- Walaupun muka lelaki dalam video itu adalah milik Anwar namun dikatakan ramai penyokong Anwar perut dan punggung Anwar tidaklah boroi dan berisi seperti itu. Hebat. Nyata kekentalan nyawa ke-7 lebih hebat daripada sebelumnya. Lebih bijak dan inovatif. Hinggakan kepakaran 2 proffesor di US, kepakaran syarikat TV di Korea pun tidak mampu menyakinkan penyokong Anwar bahawa lelaki tersebut adalah Anwar.

- Pun demikian tidak tahan dgn asakan demi asakan apatah lagi bila video seks tersebut bertebaran di alam internet hinggalah di cetak dalam benduk CD & DVD, akhirnya nyawa ke-7 terancam jua.
- Bertiuplah angin-angin spoi yg mendakwa nyawa ke-7 Anwar terancam selepas dikatakan wujud sabotaj terhadap kereta Wan Azizah. Selang sebulan selepas kejadian yg dikatakan berlaku 'eksiden mengejut' yg cuba membunuh Anwar itu, barulah pemandu Wan Aziah tampil membuat laporan polis.

- Walaupun logiknya patut wan Azizah yg terancam kerana kereta itu dinaiki olehnya dan pemandu itu pulak adalah pemandu kereta Azizah, namun logik tersebut tidak dapat menghalang utk Anwar kehilangan nyawanya buat kali ke-7. Innalillah sekali lagi utk kali ke-7 dalam masa 13 tahun.

8. Demo Jalanan Bershit 2.0, 09/07/2011
- Ya, kini selepas kehilangan 7 nyawa dalam masa 13 tahun dgn pelbagai plot luar tabie melangkau batasan pemikiran manusia, kini adalah masanya Anwar menggunakan nyawanya yg ke-8.
- Rupanya hayat nyawa ke-8 tidak panjang, malah kekentalannya adalah yg paling lemah berbanding 7 nyawa yg lain sebelum ini.
- Berita terbaru yg di terima sewaktu kekecohan demo Bershit 2.0 petang tadi (09/07/2001), nyawa ke-8 Anwar benar-benar di peringkat sakkaratulmaut.
- Demo haram Bershit 2.0 yg sepatutnya di adakah di Stadium Shah Alam seperti tawaran MB Selangor, namun kemudiannya dikekalkan utk diadakan di sekitar KL nyata telah secara langsung mengancam nyawa ke-8 Anwar.
- Di khabarkan Anwar terkena tembakan FRU yg bersenjatakan senapang gajah, darah membasahi bajunya hingga tidak nampak lagi warna kuningnya itu, penafasan oksigen diperlukan, ini sudah kes berat. Ini peringkat kehilangan nywa yg ke-8, memang bahaya.

- Dilaporkan pula oleh banyak blog, nyawa ke-8 Anwar ini hanya di hujung misai kucing, dikhabarkan bacaan Yassin berkumandang dan wasiat mungkin sedang dibacakan kepada kaum keluarga sementara menanti kehadiran stok baru nyawa ke-9.

- Berkemungkinan besar, tarikh 16 Julai 2011 utk perbicaraan Anwar nanti bakal tertangguh lagi sebagai meraikan bakal kehilangan nyawa ke-8 Anwar ini. Sebagai standby setelah melihat floating nyawa ke-8 Anwar ini tak tentu hala, maka blog ini mengucapkan pending order dgn ucapan Innalillah. Huh.. ucapan pun ada pending & floating macam forex. :)

9. Hikayat 9 Nyawa Kucing Milik Anwar Ibrahim
- Sampai bila Anwar akan terus bergantung pada nyawa kucing demi melanjutkan kehidupan jasadnya dalam dunia politik? Sama-sama kita nantikan episod seterusnya dalam hikayat ini kelak.
Hakikatnya, dunia realiti kita tiada 9 nyawa demikian juga dgn kucing. Semua kita makhluk Allah s.w.t hanya ada satu nyawa dan satu jasad.
Namun fahamkah anda apa yg ingin aku sampaikan di sini berkaitan hikayat seorang politikus yg bernama Anwar Ibrahim yg memilik 9 nyawa?
Yup, tentu ramai yg faham betapa kehebatan Anwar bukan sahaja terletak pada pidatonya namun juga dgn gerak geri lakonannya yg pasti mampu mengabui mata rama penyokong taksub dan bebal.
Bagi kita yg faham susur galur dan gerak geri politik Anwar, kita faham Anwar gemar bermain sandiwara utk menarik perhatian khalayak.
Anwar Ibrahim seumpama seorang pemidato yg mampu meyakinkan khalayak umum bahawa tahik kambing itu adalah ubat makjun tonik. Dan khalayak yg menyokongnya itu tanpa segan dan silu tetap akan dgn selambernya menjamah tahik kambing itu dan di suap masuk ke dalam mulut utk menguatkan tenaga dan semangat.
Pun begitu, sampai bila Anwar mahu terus berpura-pura menghebahkan yg dirinya terancam dan nyawanya dalam bahaya? Betul akan ada yg terpesona dan bersimpati dengan lakonannya itu, namun sampai bila? Allah s.w.t melihat apa yg kita buat dan apa yg kita ucapkan walaupun dgn niat yg pelbagai.
Semoga para pembaca sekalian terutama mereka yg pernah melalui zaman gawat reformasi akhir 1990-an dulu itu, boleh sejenak seketika menghayati hikayat di atas sebagai pengajaran utk mengenal seorang manusia yg bernama Anwar ibrahim.

HIMPUN BERSIH 3 SATU MALAPETAKA PR

MAKLUMAT dari sumber yang sahih mengatakan bahawa demonstrasi Bersih 3.0 yang dirancang pada 28 hb April (Sabtu) ini akan menjadi satu malapetaka besar kepada Pakatan Rakyat.  Menurut sumber tersebut lagi, petunjuk yang mengatakan perhimpunan itu akan gagal mencapai matlamat 'terunggul' mereka iaitu mengumpulkan seramai 500 ribu orang pendemo, begitu kuat sekali.Antaranya ialah dilihat dari kegagalan himpunan pra Bersih di Kelab Sultan Sulaiman pada 17 April, yang hanya menyaksikan seramai 10 ribu orang hadir (angka dari sumber pembangkang), yang mana jauh dari sasaran awal 100,000 orang.  Beberapa siri jelajah pra Himpunan Bersih 3.0 yang diadakan selepas itu juga, sekadar dihadiri beberapa puluh dan ratus orang sahaja, contohnya di Dataran Shah Alam pada minggu sudah yang hanya dihadiri sekitar 200 orang.Perlu diingatkan bahawa semua angka yang penulis nyatakan di atas adalah mengambil bulat-bulat dari yang dinyatakan dalam blog pro pembangkang, dan seperti mana yang kita sedia maklum, angka tersebut amat diragui kebenarannya.  Sudah menjadi pengetahuan umum bahawa pembangkang cukup suka membesar-besarkan jumlah kehadiran peserta himpunan, kerana itu akan menunjukkan konon-kononnya acara tajaan mereka mendapat sokongan rakyat.Mengambil contoh himpinan Mansuh PTPTN pada 14 April yang dihadiri sekitar 250 – 300 orang peserta pada, 'dinaikkan tarafnya' kepada beribu-ribu orang oleh haimpir kesemua blog pro pembangkang, kecuali portal berita yang mencari makan dengan sumber dari langganan berita separuh tepat seperti Malaysiakini.  Malaysiakini melapurkan himpunan itu dihadiri sekitar 300 orang sahaja, jauh dari sasaran 5,000 orang yang dijaja penganjurnya.Kalau nak didebatkan dari segi kelayakan peserta yang hadir (mahasiswa dan peminjam PTPTN), nescaya jumlah itu akan menjadi jauh lebih kecil dari yang dinyatakan Malaysiakini.Itu dari segi kehadiran.Dari segi agenda juga, perhimpunan Bersih 3.0 ini sudah menunjukkan masalah.  Dikhabarkan bahawa Pengerusi Bersama Bersih 3.0, Datuk Ambiga Sreevanasan, yang juga Pengerusi program Seksualiti Merdeka, akan menggabungkan perhimpunan Bersih dengan himpunan LGBT yang terganggu oleh larangan pihak berkuasa ke atas penganjuran program Seksualiti Merdeka pada November tahun lepas.Ambiga dikatakan melihat himpunan kali ini adalah kesempatan terbaik untuk memperjuangkan hak golongan LGBT, dalam masa yang sama mempromosikan Pakatan Rakyat sebagai organisasi yang menjuarai isu-isu berkaitan hak asasi manusia di Malaysia.Malah, beberapa blog pro pembangkang juga sudah mewar-warkan tentang penggabungan kedua himpunan tersebut (Bersih 3.0 dan LGBT), walaupun disebut-sebut yang idea itu dibantah sepenuhnya oleh PAS.  Tapi dalam masa yang sama, siapalah PAS jika nak dibandingkan dengan DAP yang terang-terang menyokong program Seksualiti Merdeka ketika ia dilangsungkan pada November.Agenda LGBT ini walaupun menerima respon positif dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat seperti PKR dan DAP, tapi pasti akan ditolak sepenuhnya oleh penyokong PAS dan golongan atas pagar yang rata-rata tidak bersetuju dengan keputusan Ambiga tersebut, dan ini dikatakan akan menjadi punca kepada kurangnya sambutan rakyat kepada perhimpunan ini.Ketiadaan 'publisiti percuma' dari media-media arus perdana dan pihak polis sendiri, juga akan menyumbangkan kepada kehadiran yang kurang.  Tindakan semua media arus Perdana yang tidak memberi liputan besar-besaran kepada penganjuran Bersih 3.0 (tidak seperti Bersih 2.0 Julai tahun lepas), dijangka akan menghilangkan 'tarikan' untuk rakyat hadir ke perhimpunan seumpama itu lagi.Semua inilah petunjuk yang memberi gambaran tepat bahawa Himpunan Bersih 3.0 ini akan menemui gagal sepenuhnya.  Sumber penulis menganggarkan hanya sekitar 15,000 orang sahaja yang akan hadir ke himpunan tersebut.

23 Apr 2012

SAMBUTAN HAMBAR DI MAJLIS ANK KELANTAN BERSAMA NIK AZIZ



Ada sebab besar untuk pemimpin Pas Kelantan berasa gundah gelana apabila Majlis Temu Mata Anak Kelantan Di Perantauan bagi Parlimen Pengkalan Chepa yang diadakan pada 22 April 2012 di Puchong Perdana, Selangor gagal menarik perhatian ramai anak Kelantan untuk hadir memeriahkannya.
Majli anjuran Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN) itu merupakan siri perjumpaan rasmi antara pemimpin Pas Kelantan dengan rakyat Kelantan yang berada di luar negeri yang diharap akan menambah sokongan pengundi luar untuk Pas negeri.
Penulis yang turut hadir di sana bersama empat rakan lain pada mulanya menjangkakan kehadiran mungkin akan melebihi 2,000 orang dengan andaian kemunculan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat akan menjadi daya penarik utama namun apa yang terjadi adalah sebaliknya.
Berbekalkan undangan dari rakan-rakan Facebook, penulis dan empat rakan lain bertolak dari Klang menaiki dua buah kereta dan sampai di sana sewaktu Datuk Nik Aziz baru saja turun dari kereta mewah Mercedes E class mata belalang nombor plate DAT 55 berwarna hitam metallic.
Dari kejauhan kelihatan beberapa pemimpin Pas Kelantan yang mengiringi Nik Aziz seperti terpinga-pinga melihat sambutan dingin dan agak hambar itu. Mungkin tidak menjangkakannya sama sekali.
Selepas Nik Aziz dan rombongannya selesai bersalaman dengan hadirin, kami menyert24ai majlis tersebut sambil tiga rakan lain mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran mengikut kawasan DUN tempat mereka mengundi.
Semasa penulis bersama beberapa rakan melilau sana sini merakamkan gambar suasana, beberapa kali terdengar rungutan kekecewaan tetamu berikutan sambutan majlis yang suram. Suara-suara kekecewaan itu hanya terhenti seketika sewaktu Datuk Nik Aziz membuat ucapan perasmian.
Di dua sudut berhampiran kaunter urusetia kelihatan beratus-ratus beg cenderahati masih tidak terusik manakala mengikut maklumat seorang rakan yang juga urusetia majlis, masih terdapat banyak lagi beg cenderahati yang gagal diedarkan dan tersimpan di dalam kenderan mereka.
Beg cenderahati tersebut yang pada mulanya hanya diberikan kepada hadirin yang mendaftarkan diri sahaja; antaranya mengandungi buku 100 sebab kenapa mesti tolak UMNO, buletin kerajaan negeri, flyer Purnama, pamplet isu royalti minyak serta cenderati lain seperti pen dan key chain berlogo Pas, akhirnya diagih-agihkan kepada semua selepas majlis cabutan bertuah selesai pada kira-kira jam 2.10 petang.
Pihak penganjur pada mulanya agak yakin mampu menghimpunkan lebih 3,000 orang anak Kelantan yang tinggal dan bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur untuk hadir ke majlis tersebut kemudiannya terpaksa berpuas hati dengan kehadiran hanya lebih kurang 200 orang hadirin sahaja.
Kegagalan majlis tersebut tidak dapat tidak pastinya memberi satu gambaran awal keyakinan rakyat Kelantan terhadap pemerintahan 22 tahun Pas dan Nik Aziz di Kelantan mungkin hampir sampai ke penghujungnya.
Jika gambaran awal mood pengundi luar sama seperti sambutan dingin yang diterima Nik Aziz dalam majlis temu muka 22 April dijadikan sandaran, besar kebarangkalian untuk Pas Kelantan bakal berdepan dengan masalah yang agak besar menjelang pilihanraya akan datang.
Tak mustahil situasi genting tahun 2004 bakal berulang seperti mana jangkaan ramai pihak ataupun mungkinkah pilihanraya umum kelak menjadi noktah akhir untuk Pas? Sama-sama kita nantikan.